News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Baik Tun Mahathir Diam Dari Bising Yang Memalukan Diri Sendiri

February 29, 2012

Mahathir: Kit Siang patut jadi Presiden Pas

Oleh: NORSHAHZURA MAT ZUKI

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan Pas untuk melantik Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sebagai 'langkah terbaik'.

Sehubungan itu beliau menyindir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya dilantik menjadi Presiden Pas.

“Dulu Pas kata kita kafir, sekarang mereka nak terima orang bukan Islam sebagai pemimpinnya.

“Dulu Pas kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam Pas? Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden Pas kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno menegaskan, sekarang pemimpin bukan Islam belajar mengenai agama Islam antaranya boleh memberikan syarahan dengan menggunakan ayat al-Quran.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Dzulkefly berkata, dalam Islam terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah. Contoh perkara yang boleh berubah ialah perkara politik.

Ditanya mengenai kenyataan Dzulkefly, perpecahan Melayu memberikan hikmah, Mahathir menegaskan perpecahan baik untuk Pas.

“Saya sokong, Pas mesti berpecah. Sudah cukup Melayu berpecah, kita pecah semua parti.
“Pas patut berpecah lagi,” katanya.

Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, perpecahan undi di kalangan Melayu dilihat sebagai satu kebaikan dan hikmah malah mampu menjadikan rakyat di negara ini matang dalam membuat pemilihan terbaik pada pilihan raya umum.

Menurutnya, sebelum ini, rata- rata pemimpin politik dan penganalisis mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Kesian Kat Guru Di Kelantan. Sekarang Di Paksa Datang Ke Majlis Hasan Ali Pula

Guru diarah hadir program Hassan Ali

Harakahdaily

KOTA BHARU, 29 Feb: Guru-guru agama sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri dikatakan diarah menghadiri program ceramah bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr Hassan Ali malam ini.

Ceramah itu akan diadakan di padang awam Taman Guru, Pintu Geng dekat sini. Risalah dan poster ceramah tersebut diedar secara meluas di beberapa jajahan sejak beberapa hari lalu.

Menurut sumber arahan berkenaan dibuat secara lisan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu.

Katanya guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

“Arahan dibuat secara lisan dan bukannya secara bersurat. Kami hairan apa pula kaitan Hassan Ali dengan PPD,” kata sumber terbabit.

Katanya juga penganjuran program berkenaan ada kaitan langsung dengan Umno, biar pun dibuat atas nama sebuah NGO baru diberi nama Jati.

Manakala sumber lain pula memberitahu sehingga hari ini sebanyak tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu.

Kata mereka bukan sekadar program anjuran Umno Bahagian Kota Bharu, sebaliknya program wanita Umno juga mengarahkan kehadiran guru-guru agama terutamanya yang mengajar di sekolah rendah.

Malah dakwanya, pada tahun lepas diarah semua guru Kafa yang mengajar di sekitar kawasan parlimen ini memindahkan alamat tempat mengundi ke Dun Bunut Payong.

Sindiket itu difahamkan dikendalikan petugas Umno dengan harapan dapat memenangkan calon parti itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Ini semua ada urua-ura seorang pegawai di PPD Kota Bharu yang disebut-sebut mahu menjadi calon di Dun Bunut Payong pada pilihan raya umum ini,” ujarnya.

MP Sabak Bernam didapati bersalah buat tuntutan palsu

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.

Majalah-Majalah Yang Dihidangkan Apabila Anda Ke Pejabat Agama Islam Terengganu

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/419749_337324379642938_1872044575_n.jpg

Tutup kes Ariffahmi bersih nama Kerajaan Negeri

Wartawan Sinar Harian


KOTA BHARU – Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes penyalahgunaan kuasa Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abd Rahman secara tidak langsung membersihkan nama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Exco Kerajaan Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, beliau bersyukur dengan penutupan kes tersebut walaupun kecewa kerana mengambil masa agak lama untuk diselesaikan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Ariffahmi dan seluruh anggota keluarga, saya mendoakan agar segala kepedihan dan pengorbanan semasa berhadapan kes tersebut mendapat ganjaran besar ALLAH SWT.

“Saya dari dahulu lagi saya yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini namun biarlah proses perundangan diberikan ruang berperanan,” katanya.

Mohamed Fadzli yang juga Ketua Penerangan Pas berkata, apabila kes itu ditutup tanpa sebarang pendakwaan, ia bukan saja membersihkan nama Ariffahmi tetapi juga nama Nik Abdul Aziz dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Berkat doa daripada orang yang dizalimi, katanya, niat pihak tertentu menggunakan kes tersebut untuk menjatuhkan Ariffahmi dan Menteri Besar sekali lagi menemui kegagalan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada SPRM kerana menjalankan tugas secara profesional,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Ariffahmi Abd Rahman bersyukur kerana nama beliau dibersihkan Panel Penilaian Operasi SPRM.

Katanya, siasatan kes tersebut memakan masa yang agak lama iaitu semenjak September 2009 dan melibatkan banyak pihak yang bersangkutan.

Penantian untuk mendapatkan keputusan kes yang dilihat tergantung sepanjang tahun 2010 dan 2011 itu, katanya, mungkin kerana dipengaruhi pelbagai faktor politik, terutama musuh Pas apatah lagi suasana menjelang pilihan raya umum.

'Pertemuan dengan 2 Exco Kedah positif'

ROSNANI SAAD

ALOR SETAR - Pertemuan antara Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dengan dua pemimpin Pas Kedah semalam membuahkan hasil positif dan dijangka boleh membantu menyelesaikan kemelut pelantikan semula sebagai Exco.

Salahuddin ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau sudah bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi di rumah masing-masing.

"Pertemuan hari ini (semalam), membuahkan cadangan, buah fikiran dan pendapat yang positif ke arah penyelesaian isu di Kedah.

"Selaku perantara, saya akan membawa semua cadangan, pemikiran dan pendapat ini dalam mesyuarat khas Pas Pusat yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur malam esok (hari ini)," katanya.

Beliau berharap isu itu dapat segera diselesaikan dengan baik bagi melancarkan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Saya nampak ada harapan yang positif ke arah penyelesaian isu ini. Bagaimanapun sebarang keputusan akan dimaklumkan selepas mesyuarat," katanya.

Ditanya sama ada pertemuan turut melibatkan seorang lagi Exco yang didakwa menolak untuk dilantik semula, Dr Ismail Salleh, beliau berkata, pertemuan dengan Azizan dan Phahrolrazi sudah memadai.

Kehadiran Salahuddin ke negeri ini bertujuan menjadi perantara bagi menyelesaikan kemelut itu setelah Pas Pusat memutuskan untuk campur tangan agar tidak berlarutan.

Lapan daripada 10 Exco semasa menerima tawaran dikekalkan jawatan. Majlis angkat sumpah berlangsung pagi semalam.

Phahrolrazi: Keputusan saya sendiri, jangan kaitkan 'Anwarism'

MOHD IDROS MOHD ALI & ROSLINDA HASHIM

ALOR SETAR - Datuk Phahrolrazi Nawawi menegaskan beliau sendiri membuat keputusan untuk tidak menyambung tugasnya sebagai Exco Kerajaan Negeri disebabkan perbezaan pendapat yang agak ketara dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, tindakan itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak seperti yang dikaitkan sebelum ini iaitu Anwarism atau Erdogan untuk mendesak Azizan melepaskan jawatannya dalam kerajaan.
Menurutnya, ia tiada kaitan dengan sesiapa kerana lebih kepada perbezaan pendapat dengan Azizan.

"Kalau berbeza sedikit dan masih boleh tahan, saya akan duduk. Tetapi apabila menjadi ketara, saya rasa lebih baik duduk di luar sebab tidak boleh lagi bekerjasama untuk membuat keputusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

"Kalau daripada 10 perkara, perbezaannya adalah enam atau tujuh, ia adalah besar dan perlu melakukan sesuatu untuk kebaikan bersama," katanya pada sidang media di rumahnya petang semalam.

Mengenai pengaruh Anwar, Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah berkata, beliau tiada apa-apa hubungan dengan ketua pembangkang itu.

"Saya pun jarang berjumpa atau bercakap dengan Anwar," katanya.

Menurutnya, pandangan dan tindakannya itu turut dkongsi oleh Dr Ismail Salleh yang berpendapat untuk tidak meneruskan perkhidmatan sebagai Exco disebabkan tidak dapat membuat keputusan secara bersama.

Ditanya tindakannya itu adalah untuk mendesak Azizan melepaskan jawatan Menteri Besar, beliau berkata, ia langsung tiada kena-mengena.

"Jika saya nak mendesaknya letak jawatan, kenapa saya perlu keluar dari kerajaan. Adalah lebih mudah jika saya berada di dalam," katanya.

Ditanya mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa tindakannya itu dikaitkan pertembungan antara golongan profesional dan ulama, beliau berkata ia adalah tidak benar.

"Adakah saya dianggap sebagai golongan profesional sedangkan tindakan saya ini mendapat restu Dewan Ulama Pas Kedah. Azizan juga ulama tetapi dapat sokongan pemuda dan muslimat Pas Kedah. Jadi tidak timbul soal itu," katanya.

Ditanya sama ada tindakannya itu boleh memecahbelahkan perpaduan parti, Phahrolrazi yang juga Adun Pengkalan Kundor berkata, ia tiada kena mengena dengan Pas sebaliknya hanya melibatkan urusan Kerajaan Negeri.

Ditanya bila mengambil keputusan untuk meletak jawatan, secara berseloroh beliau berkata tidak ingat tarikhnya.

"Seronok juga bila tiada jawatan dalam kerajaan. Bangun pagi boleh berehat sambil baca surat khabar sebab tiada tugas rasmi untuk dilakukan," katanya.

Insiden keganasan: Pasukan forensik periksa kereta Anwar

February 28, 2012

Keadilan Daily

PETALING JAYA 28 Feb: Pihak polis dari pasukan forensik Cheras, memulakan penyiasatan mereka terhadap kerosakan kereta milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Siasatan tersebut bagi mengenal pasti kerosakan akibat keganasan yang berlaku ketika ceramah KEADILAN di Sembrong, Johor 19 Febuari lalu.

Seramai sembilan anggota polis yang disertai ASP Zamri dari Ibu Pejabat Polis Kluang, Johor melakukan pemeriksaan termasuk mengambil gambar, pada kenderaan tersebut.

Dalam kejadian itu, kereta yang dinaiki Anwar dibaling mercun, batu dan kayu, malah turut ditendang oleh sekumpulan yang dipercayai ahli Umno.

Insiden itu menyebabkan cermin kereta Anwar pecah dan bahagian tepi kanan kenderaanya itu remuk.

Ekoran itu, KEADILAN membuat laporan polis selepas kejadian itu di Balai Polis Kluang.

Dalam kejadian keganasan terbaru, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar turut diserang pada satu program ceramah di Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang.

[caption id="attachment_27485" align="alignright" width="283" caption="Pasukan forensik turut meneliti cermin kereta Anwar yang dipecahkan"][/caption]

Malah salah seorang dari kumpulan itu didakwa hampir mencederakan Nurul Izzah dengan menghalakan tangannya, beberapa inci dari muka ahli parlimen Lembah Pantai itu.

Selain kejadian itu, kumpulan Umno dan Perkasa turut membuat kacau di Himpunan Hijau yang diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua menteri, Lim Guan Eng.

Kenyataan Terkini Phahrolrazi Berkaitan Isu Berbeza Pendapat Dengan Azizan

Phahrolrazi akui ada perbezaan pendapat dengan Azizan

ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.

Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".

" Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.

"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.

Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco.

Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.

"Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya.

Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan.

Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.

" Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya.

Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat.

Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas.

"(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya.

Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas.

"Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya.

Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. - Bernama

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Angkara Kebodohan Blog PapaGomo, Seorang Panglima TLDM Terpaksa Letak Jawatan?

Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.

Mungkin beliau terlalu naif sehingga tidak tahu bahawa kerajaan melaburkan sehingga RM1.3 juta untuk melatih seorang kru KD Tun Razak, malah mungkin beliau juga terlalu naif sehingga gagal memikirkan kesan serta nasib yang mungkin menimpa kru-kru yang wajahnya didedahkan di dalam internet.

Eksklusif 'Ruang Sulit' KD Tun Razak dipaparkan di laman blognya hanya kerana mahu rakyat Malaysia melihat betapa hebatnya beliau. Tetapi tanpa beliau sedari sebenarnya beliau telah mendedahkan satu perkara yang TIDAK PATUT didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.

Selanjutnya..
Sumber

Butler tinggalkan Kelantan

WARTAWAN SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, Peter Butler akhirinya menamatkan kontrak secara rasmi dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuat kuasa hari ini.

​​Ikatan tersebut terlerai setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan secara bersama pada perbincangan tertutup tengah hari tadi.

Timbalan Presiden Kafa Datuk Afandi Hamzah berkata keputusan menamatkan kontrak Butler sebagai ketua jurulatih itu dicapai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam satu pertemuan di Wisma Kafa di sini.

"Kami berbincang secara kekeluargaan dan kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk meleraikan ikatan ini.

"Kontrak Butler bersama Kafa berakhir yang berkuatkuasa hari ini dan Kafa mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangannya terhadap Kelantan dan pasukan selama ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian bersama penamatan kontrak itu di sini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim.

Butler sebelum ini mencetuskan isu apabila tidak kelihatan melatih pasukan Kelantan sebelum ini berikutan "perang dingin" antara bekas jurulatih itu dengan pengurusan Kafa.

Khabar angin yang mengatakan Kafa akan mengambil jurulatih baru terus bertiup kencang apabila persatuan itu melantik bekas ketua jurulatih UPB My Team, Bojan Hodak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) yang baru.

Namun apabila ditanya sama ada benar Kafa akan melantik Bojan sebagai ketua jurulatih yang baru, Afandi berkata keputusan itu belum muktamad.

"Bojan dan beberapa nama jurulatih tempatan kini sedang dalam perhatian Kafa dan kita belum buat keputusan dan Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkannya dalam tempoh tidak lama lagi," katanya.

Mengulas Bojan yang dilihat melatih pasukan Kelantan sekarang, Afandi berkata Bojan berhak melatih bersama penolong jurulatih yang lain iaitu Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin kerana mereka adalah pegawai terlatih Kafa.

Butler ketika ditanya selepas itu bagaimanapun melahirkan rasa terkejut apabila kontraknya ditamatkan namun beliau akur kerana itu adalah hak Kafa untuk berbuat demikian.

"Saya sedikit terkejut tetapi keputusan ini saya terima dengan baik dan kami pun berbincang dengan baik dan saya menerimanya juga dengan baik," katanya.

Beliau bagaimanapun belum menetapkan hala tujunya selepas ini tetapi akan tetap menjadi seorang jurulatih bola sepak di mana sahaja.

"Saya berharap pasukan Kelantan akan lebih baik selepas ini dan Kelantan adalah sangat dekat di hati saya dan kepada peminat bantulah pasukan ini untuk menjadi yang terbaik," katanya.

Bersama Kelantan pada 2008-2009, Butler telah melonjakkan nama pasukan itu apabila dapat melangkah ke Liga Super pada 2009.

Bekas pemain tengah West Ham United, Butler telah berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA namun kalah di tangan Selangor pada tahun yang sama.

Butler kemudiannya dikatakan merajuk dan membawa diri ke tempat lain sehingga kembali semula ke Kelantan pada musim baru ini selepas pengunduran Datuk M. Karathu.

Kelantan kini di tangga teratas liga dengan mengutip 17 mata keseluruhan selepas lapan perlawanan.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Ini Ke Asrullah Affendi? Samseng Yang Nak Pukul pemimpin Pakatan Rakyat?

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/419093_10150641212740238_167063945237_9180506_1835243566_n.jpg

Samseng kepala hotak!


Ceramah PKR diganggu, Nurul Izzah nyaris ditumbuk

‎​NORAIZURA AHMAD

PETALING JAYA - Ceramah Pakatan Rakyat sekali lagi diganggu dan kali ini melibatkan serangan ke atas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika menyampaikan ceramah di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan semalam.

Ceramah yang bermula 8.30 malam itu turut disertai Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dianjurkan cabang PKR kawasan tersebut.

Menurutnya, sebelum ceramah diadakan, hampir 30 orang berada berdekatan dengan tempat kejadian dengan memegang bendera dan menyanyikan lagu Umno dan Barisan Nasional.

“Ketika giliran saya menyampaikan ceramah selepas Nazmi, seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah meluru ke arah saya dan menunjukkan tangan seolah-olah mahu menumbuk tetapi di halang penyokong yang berada berdekatan.

“Kami terpaksa menghentikan ceramah atas nasihat polis walaupun baru beberapa minit saya memulakan ucapan,” katanya ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Square, di sini, semalam.

Beliau berkata, ceramah tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak polis dan mereka yang menyerang ceramah tersebut dipercayai orang tempatan.

“Saya menganggap kejadian ini satu serangan mengila daripada mereka yang tidak bertanggungjawab terutama sekali sebagai satu usaha untuk melumpuhkan usaha kami.

“Kami hanya mahu memberi penerangan kepada penduduk setempat dan serangan yang dilakukan dianggap sesuatu yang provokasi kepada parti terutama untuk menarik perhatian pengundi,” katanya

Nurul Izzah berkata, mereka terpaksa diiringi Polis Bantuan Felda untuk keluar daripada kawasan ceramah kerana dikepung sekumpulan penyerang.

Sementara itu, Nazmi berkata, identiti lelaki yang menyerang Nurul Izzah sudah dikenal pasti dan pihaknya mahukan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Tiada komplot jatuhkan MB Kedah - Phahrolrazi

Muslim Abdul Razak, Warta Kedah,

ALOR SETAR, 28 Feb: Laporan kononnya ada gerakan yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak hanyalah tuduhan semata-mata dan merupakan tuduhan yang tidak berasas.

Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan hanyalah spekulasi yang dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu sahaja.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai khabar angin menyatakan beliau mengetuai gerakan menyingkirkan Menteri Besar, selepas mengadakan perjumpaan dengan petani di Tandop baru-baru ini.

“Saya bukanlah individu yang mengetuai gerakan tersebut seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak. Saya tidak ada sebarang gerakan ke arah itu, kerana saya hanyalah pimpinan di peringkat tertinggi PAS Kedah dan juga menyertai gerakan dalam Parti PAS kawasan saya.

“Selain itu, komplot yang berkaitan dengan diri saya adalah tidak berasas dan saya tidak tahu pula ada dalang seperti yang dikatakan, sedang bergerak aktif menjatuhkan Ustaz Azizan," jelas beliau sebagaimana dilaporkan Warta Kedah, lidah rasmi kerajaan negeri Kedah.

Katanya lagi, sama ada ada dalang atau tidak di sebalik spekulasi ini, beliau tidak mengetahuinya dan saya juga tidak mengenali dalang yang dimaksudkan.

Beliau juga menafikan bahawa kononya beliau kecewa dengan pentadbiran dan pimpinan Ustaz Azizan.

Phahrolrazi dan seorang lagi exco, Dr Ismail tidak mengangkat sumpah exco hari ini apabila majlis mengangkat sumpah berjalan.

PERKEMBANGAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH EXCO KEDAH

Wartawan Sinar Harian

BERIKUT ialah perkembangan istiadat majlis angkat sumpah Exco Kerajaan Negeri:

11.35 pagi: Datuk Phahrolrazi dan Dr Ismail sehingga kini belum menerima jawapan berhubung surat tawaran pelantikan semula, kedudukan mereka akan diputuskan dalam seminggu ini hingga tempoh berakhir 7 Mac.

Sehingga tarikh itu kedua-duanya masih memegang jawatan Exco, kata Menteri Besar Kedah.

10 pagi: Kesemua Exco yang dilantik semula, dianugerahkan surat tauliah pelantikan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Majlis mengangkat sumpah selesai dan majlis berhenti rehat dan akan disambung jam 10.30 pagi dengan pengurniaan pingat dan bintang. Sidang media dijangka diadakan selepas itu.

9.40 pagi: Exco kedua yang mengangkat sumpah ialah Datuk Amiruddin Hamzah diikuti Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalid. Kelibat Datuk Phahrolrazi dan Dr Ismail tidak kelihatan sejak majlis bermula.

Seterusnya Datuk Siti Aishah Ghazali mengangkat sumpah, diikuti Datuk S Manikumar, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad.

Exco terakhir yang mengangkat sumpah pada hari ini ialah Tan Chow kang. Pada majlis ini lima Exco PKR selesai mengangkat sumpah pada jam 10 pagi.

9.35 pagi: Istiadat mengangkat sumpah bermula bagi tempoh satu penggal 2012. Majlis angkat sumpah didahului oleh Mohamed Taulan Mat Rasul.

9. 15 pagi: MB sudah sampai, Jemaah Pemnagku pun sudah sampai tetapi kelibat dua Exco, Phahrolrazin Ismail belum kelihatan. Majlis baru bermula.

9.10 pagi: Kesemua 8 Exco sudah memasuki dewan sementara menanti majlis bermula.

9.05 pagi: Tujuh Exco Kerajaan Negeri yang dijadual akan angkat sumpah hari ini, dilihat tiba di Istana Anak Bukit.

Wanita kes Badrol: 'Fitnah, saya tak khalwat'

Wartawan Sinar Harian


ROMPIN - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.

“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.

“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.

Kalau bas tak angkut, ceramah Hasan lengang

Saya sebenarnya tidak mahu menulis lagi tentang Dr Hassan Ali, tetapi kerana ceramahnya di Cukai, Kemaman, maka saya tulis artikel ini. Banner besar mengenai ceramah Dr Hasan Ali memenuhi seluruh Kemaman. Siang di Stadium negeri Terengganu di Kuala Terengganu dan malamnya di Padang bandar Chukai, Kemaman. Malam ceramah itu sebenarnya ada 2 ceramah. Ceramah Adam Adli anjuran MTD Cukai di Kampung Dusun Nyior dan ceramah Hassan Ali di Padang Astaka Chukai. Usai merasmikan mesyuarat agung sebuah cawangan malam itu, saya meronda sekitar tempat ceramah. Bas-bas yang disewa memenuhi sekitar padang. Ada yang beritahu padang tak penuh, tapi jumlah sebenar pengunjung saya tak pasti. Diberitahu bahawa semua JKK, Wanita Umno, Puteri dan belia dikerah untuk menghadiri ceramah tersebut. Benarkah demikian?

Di kawasan letak kereta dan tempat lain, RELA ramai juga. Saya teringat dengan tulisan Dato’ Tuan Ibrahim mengenai kebimbangannya dengan RELA sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun.

Tema ceramah Himpunan Sejuta Umat mengajak umat menjaga aqidah. Siapa sebenarnya penganjur ceramah? NGO atau Umno Kemaman? Umno cakna kepada aqidah? Jauh panggang dari api.

Dr Hassan Ali mungkin teruja dengan sambutan. Rupanya selepas tidak menjadi ahli PAS, sambutan masih banyak. Cuma yang banyak itu dari siapa ya? Kalau nak uji pengaruh, boleh uji di kawasan DUN yang Dr menjadi wakil rakyatnya. Letak jawatan dan bertanding di atas tiket JATI atau BN.

Dr Hassan Ali sebut bahawa pemecatannya kerana Islam, perjuangkan Islam. Lantas beliau memberikan justifikasinya. Saya tak fikir Presiden PAS memecat Dr Hassan Ali kerana Islam atau perjuangkan Islam. Di sana ada pelbagai isu lain yang berlaku. Mungkin Dr Hassan Ali mahu menuding jari kepada beberapa orang sahaja di dalam PAS tetapi apabila ceramah dan roadshow yang dibuat, maka ia menjadi seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar, atau beruang menampar lalat di pipi tuannya.

Dasar perjuangan PAS tidak lari hanya dengan sebab ada beberapa orang yang kurang disenangi tadi kerana PAS tetap dipandu oleh Majlis Syura Ulama. Kita juga punya Dewan Ulama yang tidak akan mendiamkan diri jika perjuangan PAS dibawa secara salah. Apatah lagi MursyidulAm dan Presiden PAS sendiri ialah ulama haraki yang berpengalaman.

Di atas kapasiti seorang pakar motivasi, mungkin ucapan Dr Hassan Ali ada yang mengiakan seLURRUH ucapannya. Mungkin ada sedikit kebenarannya, dan banyak juga yang perlu dijelaskan kembali. Mungkin juga ada orang atas yang terpengaruh lalu tidak lagi mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Lagi banyak roadshow yang dibuat lagi banyak ucapan dibuat. Lagi banyak ucapan lagi banyak kekeliruannya.

Peluang untuk kembali kepada PAS belum berakhir. Presiden PAS pernah mengimbau seorang tokoh dalam PAS yang aktif menulis dan aktif juga mengkritik secara berlebihan. Beliau akhirnya kembali kepada PAS di hujung umur. Bagi Dr Hasan Ali, sekarang suara masih kuat dan lantang. Adakah Dr akan kembali kepada PAS di hujung umur juga atau bagaimana?

Nik Nasri Nik Malek,

Kemaman, Terengganu

Umno Kedah Akan Terngangga Esok

Angan-angan Umno untuk melihat Pas Kedah berpecah dengan harapan kerajaaan Pakatan Rakyat yang dipimpin Pas akan hancur berkecai tidak akan kesampaian. Esok 28 Februari seperti mana dirancangkan akan berlangsung majlis angkat sumpah Exco Kedah. Lapan orang Exco akan mengangkat sumpah semula untuk meneruskan khidmat mereka. Azizan Razak pula akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Dua orang lagi Exco dikatakan tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu. Bagaimana pun dua Exco berkenaan yang dikatakan tidak akan menyertai kabinet Azizan Razak juga dikatakan akan turut berbuat demikian - angkat sumpah tetapi bukan esok.

Dua orang Exco yang disebut tidak akan hadir untuk mengangkat sumpah memeganag jawatan ialah Pahkhorarzi Zawawi dan Dr Ismail Salleh. Difahamkan mereka telah memaklumkan mengenai ketidakhadiran mereka esok kepada Sultan Kedah.

Tempoh perkhidmatan mereka sebagai Anggota Exco Kedah akan berakhir pada 3 Mac.

Perkembangan mengenai kemelut Pas Kedah yang cuba dicetus dan dibesarkan oleh pihak tertentu sehari dua ini akan tamat sebaik saja majlis angkat sumpah berlangsung esok. Umno menafikan mereka ada campur tangan atau cuba memecah belahkan Pas tetapi tidak dapat menyembunyikan niat jahat mereka apabila akhbar miliknya terus membuat spekulasi dan terjahan-terjahan jahat.

Blog MT difahamkan Umno berusaha ke saat akhir untuk menghuruharakan Pas Kedah. Agen mereka cuba memwujudkan ketegangan di kalangan Pas Kedah dan juga cuba membentuk puak-puak di dalam Pas Kedah. Bagaimana pun kematangan ahli dan penyokong Pas Kedah menyebabkan usaha itu gagal.

Beberapa helai sepanduk yang menyokong pihak tertentu juga disediakan untuk digantung di Alor Star dan beberapa tempat strategi tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana kurang mendapat sambutan. Beberapa ahli Pas yang dikatakan cuba disogok agar memasang sepanduk menyatakan sokongan kepada satu pihak dan menentang pihak lain juga tidak mudah teperngaruh.

Ahli dan penyokong Pas bawahan di Kedah tidak mempedulikan sangat siapa MB atau Exco kerana bagi mereka yang utamanya Pas terus memerintah Kedah bersama Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke-13 kelak. "Kami tidak kisah siapa MB dan Exco yang penting Pas perlu menang lawan UBN," demikian ujar seorang penyokong yang mengirim SMS kepada saya.

Dalam pada itu kegagalan Umno cuba menangguk di air keruh dan memimbulkan situasi huruhara dalam Pas antara lain disebabkan keadaan Umno negeri itu sendiri yang kini sudah berpecah kepada empat kumpulan. Perpecahan di kalangan mereka yang agak parah menyebabkan Umno tidak begitu mempunyai idea untuk menghancurkan Pas sebelum tiba pilihan raya.

http://msomelayu.blogspot.com/2012/02/ulasan-tengah-malam.html

Isu Kes Khalwat: Pendedahan Terkini Dan Panas Dr Badrul Amin

February 27, 2012

Anwar nafi jadi dalang pengkuatkuasaan akta 1996


KUALA LUMPUR, 27 Feb: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan kenyataan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menuduhnya terlibat dalam kelulusan penguatkuasaan akta 1996 untuk membenarkan syarikat-syarikat swasta import dan eksport barangan ke Israel.

Menurut Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN itu, Pemuda Umno sanggup berbuat apa untuk mengaburi mata rakyat.

“Pemuda Umno ni dia ada masalah, dia nak tutup semua keaiban mereka, sampai hari ini dia hanya bercakap. Itu memang cara pemuda umno memfitnah dan menipu,” kata Anwar ketika ditemui di Perhimpunan Hijau 2.0 di Kuantan 26 Februari lalu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan Anwar yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lebih penting lagi Menteri Kewangan yang bertanggungjawab atas Jabatan Kastam pada 1996.

“Di bawah Akta Kastam 1967 memang ada larangan transaksi perdagangan dengan Israel. Walau bagaimanapun kelonggaran telah diberi kepada penguatkuasaan akta ini pada tahun 1996.

“Oleh itu Anwar tidak boleh buat-buat tidak tahu mengenai wujudnya kelonggaran tersebut yang beliau sendiri meluluskan dengan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional” katanya.

Anjing Pemuda Umno Sebenarnya Yang Kurang Ajar!

Umno dakwa 'wartawan Cina' kurang ajar

Insiden wartawan tercedera dalam perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang semalam meletus akibat provokasi dan penampilan mereka sendiri, yang digambarkan mengambil sikap memihak, dakwa Pemuda Umno setempat.

Timbalan Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor Novandri Hasan Basri berkata, seorang daripada wartawan itu - Adam Chew dari harian Kwong Wah Jit Poh - menimbulkan kemarahan rakyat apabila "bertindak sebagai benteng" kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Aksi wartawan suratkhabar Cina yang membangkitkan kemarahan anak muda Melayu," tulis Dr Novandri dalam blognya "Dr MiM".

Beliau mendakwa lagi, Adam juga tidak memegang kamera dan memakai baju hijau seperti penyokong anti-Lynas.

"Walhal, dalam insiden di Padang Kota semalam , tiada seoranng pun wartawan yang memegang kamera dan video dipukul atau cedera," tulisnya lagi.

Chew, 29, dilapor dibelasah semasa dalam Himpunan Hijau di Padang Kota dan mendapat lapan jahitan akibat kecederaan di tangan. Rakannya Lee Hong Chun, 25, pula dilapor dipukul dengan topi keledar dan mengalami kecederaan kecil di kepala.

Chew mendakwa dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas , yang dilapor turut disertai pemimpin Umno dan PERKASA.

Manakala Pemuda PKR pula mendakwa Novandri muncul di kawasan insiden bersama dengan samseng yang membuat kecoh dan provokasi.

Sambil menggelar Adam sebagai "wartawan Cina kurang ajar" dan "lelaki kung fu cari pasal", Dr Novandri mendakwa media pro-pembangkang memuatarbelitkan peristiwa itu untuk menagih simpati orang ramai.

"Pada mulanya MiM mahu berlapik-lapik untuk memberikan laporan di dalam blog ini tetapi memandangkan ada pihak yang cuba menukar cerita sebenarnya, MiM dan rakan yang lain akan dedahkan semuanya!" tulisnya.

Polis bersekongkol dengan samseng Umno ganggu Himpunan Hijau Pulau Pinang

(Oleh: Aedi Asri)

PULAU PINANG 27 Feb: KEADILAN menyifatkan polis bersekongkol dengan samseng UMNO yang mencetuskan kekacauan di Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di Sudut Pidato, Padang Kota, Pulau Pinang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin berkata, polis yang berada di tempat kejadian tidak mengambil sebarang tindakan untuk meleraikan kekecohan yang berlaku.

"Sememangnya menjadi tanggungjawab polis untuk menjaga keamanan. Adakah kerana pihak pengacau adalah ahli UMNO, maka polis hanya berdiam diri?" soal Sim ketika dihubungi Keadilandaily.

Beliau juga mengatakan alasan polis yang tidak berbuat apa-apa kerana tidak dimaklumkan lebih awal berkenaan program itu adalah tidak meyakinkan.

"Insiden ini bukanlah kali pertama berlaku di Pulau Pinang, malah sudah terlalu kerap berlaku tanpa sebarang tindakan dari pihak polis," ujar beliau.

Pulau Pinang adalah di antara lokasi Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di luar Kuantan untuk membantah operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Selain daripada Pulau Pinang dan lokasi asal di Kuantan, satu lagi lokasi Himpunan Hijau 2.0 adalah di Maju Junction, Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur dan Kuantan himpunan itu berlangsung tanpa sebarang kekacauan namun keadaan sebaliknya berlaku di Pulau Pinang.

Kira-kira 50 orang samseng Umno menerjah peserta himpunan, menjerit dan mengancam orang ramai serta melaungkan slogan seperti "Hidup UMNO".

Mereka turut naik ke pentas dan menghamburkan kata-kata kesat ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi ucapan.

Insiden ini mengakibatkan beberapa kecederaan, antaranya adalah wartawan akhbar harian Kwong Wah Jit Poh, Adam Chew yang terpaksa menerima lapan jahitan di tangan kanan.

Bercakap lanjut, Sim turut mencabar pemimpin-pemimpin UMNO untuk tampil ke hadapan dan memberi jawapan berkenaan siri kekacauan yang sering berlaku di program-program Pakatan Rakyat.

"Mereka harus menyatakan pendirian mereka, bukan berselindung di belakang polis sahaja", ujar Sim lagi.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula menambah, UMNO terpaksa menggunakan cara samseng dan ganas kerana maklum akan kesukaran untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat Pulau Pinang.

"Mereka mencetuskan huru-hara supaya rakyat negeri berasa takut dan menganggap Pulau Pinang kini sudah tidak aman.

"Selalunya orang yang terlibat membuat kacau ini orang yang sama - kerana mereka memang datang dari pihak yang sama" Jelas beliau lagi.

Pas Pusat hantar wakil selesai ‘krisis’ Kedah

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

KUALA LUMPUR - Pas Pusat terpaksa campur tangan bagi menyelesaikan ‘krisis’ kepimpinan yang dilaporkan sedang dihadapi oleh parti itu di peringkat negeri Kedah, yang dilihat ketara dalam soal pelantikan semula barisan Exco.

Justeru, menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, Pas Pusat akan menghantar wakil untuk bertemu dua Exco dan Menteri Besar negeri itu, esok.

“Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub akan ke sana dan akan bertemu semua pihak bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Kami yakin kesemua 10 Exco sebelum ini akan dikekalkan," kata beliau pada sidang media di sini sebentar tadi.

PAS Yakin Isu Kedah Selesai Dengan Aman

PAS yakin isu Kedah dapat diatasi secara harmoni melalui ukuhwah Islamiah dan musyawarah. Melalui beberapa pertemuan dan perbincangan pimpinan, PAS mendapati isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak yang terlibat lebih menjurus kepada maklumat yang kurang jelas dan ada jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku.

Sehubungan itu, ahli dan pimpinan di semua peringkat diseru mendapatkan maklumat dari saluran rasmi parti bagi mengetahui perkembangan yang berlaku.

Pelbagai usaha sedang giat dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan parti secara keseluruhannya.

PAS yakin perkara ini dapat ditangani dengan baik, demi kepentingan parti, dan tambahan pula di saat seluruh jentera parti bertungkus lumus membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Sehubungan itu, semua pihak mestilah bertindak dengan tepat, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Ketepikan emosi, dan fikirlah dari sudut parti dan bukan sudut peribadi

Dalam cabaran media baru tanpa kawalan ini, penyebaran maklumat yang tidak sahih serta andaian peribadi tanpa asas jamaah yang kukuh, tidak membantu mengeratkan hubungan dan memperkasakan parti.

Perbezaan pandangan tidak seharusnya merosakkan asas ikatan jamaah. Sebarang tindakan mestilah berada dalam ruang lingkup pemikiran jamaah.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Berita Automotif: Lagi Butiran Terkini P3-21A Didedahkan



http://2.bp.blogspot.com/-MGQs6rMt3_U/TzNF57OzWTI/AAAAAAAAAPc/fpEIW4w3Y5A/s400/01.jpg

Salam semua.. Inilah model yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh sebahagian rakyat Malaysia, P3-21A dan berita mengenainya tidak henti-henti dan semakin panas diperkatakan sejak tahun 2010 lagi. Banyak informasi yang saya ingin kongsikan pada anda semua kali, ada diantara ciri-ciri nya telah pun kita semua ketahui sebelum ini yang telah didedahkan oleh rakan-rakan dan Tun Mahathir juga di blognya chedet.cc, tetapi banyak lagi rupanya ciri-ciri lain yang masih belum di kenalpasti. Antaranya adalah seperti berikut.

ACCESSORIES

Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
Follow Home Lamp
Headlamp Warning Buzzer
Trunk Remote Release
Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area 'pilar B'
Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
Front & Rear Fog Lamp
Anti-Trap Power Windor - Driver side only
Seat Material - Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
Smart Info Display (SID) - Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
Autolock & Advance Lock System
Magnisium Inside Door Handle
Keyless Entry - Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
BCM - Body Control Module

SAFETY

4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
TC (Traction Control)
ESC (Electronic Stability Control)
BA (Braking Assist)
4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
5 STARS Australia NCAP - Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran P3-21A ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP. Dan saya sendiri tidak hairan tentang markah penuh tersebut setelah milihat video perlanggaran P3-21A dengan kelajuan 140km/h, bahagian 'pilar A' langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.

DIMENSION

Length = 4.543m
Width = 1.786m
Height = 1.524m
- Size luar keseluruhan kereta menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic

CHASSIS

Boot Space: 508 liter - Terbesar diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic
Turning Radius: 5.3 meter
Full Tank Capacity: 50 liter
Aerodynamic (Rintangan Angin): CD Factor = 0.30 - Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CD Factor = 0.29. Secara theory nya, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol ;)

POWER-TRAIN

1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) - 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
0-100km/h: 9.6 saat - Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat

VARIANT

Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT

COLOR

Solid White
Tranquility Black
Genetic Silver
Fire Red (my favorite)
Blue Lagoon

Ciri-ciri lain yang telah diketahui sebelum ini:

Auto Cruise Control
Keyless Push Start (ON/OFF)
Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) on gear column
Audio Switch Steering Control
Soft touch plastic dashboard
Emblem on Steering Wheel
ISOFIX
Rain Sensor
Light Sensor
Day light Front LED
Sport Rim 16" (10 Spoke)
Multi-link rear suspension with Lotus RIDE & HANDLING

Sementara itu, saya sempat menyampaikan pendapat para komentar di internet dan blog kepada pihak atasan, yang mana Proton kurang membuat pengiklanan dan promosi di Television tentang kelebihan dan ciri-ciri yang ada dalam kereta-kereta mereka. Pihak Proton menerima pendapat tersebut dan susulan segera akan diambil. Terima kasih kepada yang memberikan pendapat dan maklum balas positif. Kita semua sudah tentunya tidak mahu abang-abang R&D 'syok sendiri' buat itu buat ini, tapi akhirnya makcik-makcik kat rumah yang layan drama TV, tak tau-menahu tentang 'improvement' dan kelebihan produk yang kita ada, sebab adik-adik di bahagian Marketing terlepas pandang, walhal makcik-makcik kat rumah tu lah sebenarnya merupakan 'decision maker' dalam keluarga mereka.

Secara keseluruhan dan peribadinya, saya amat berpuas hati dengan ciri-ciri yang diberi. Dari segi reka-bentuk, saya juga yakin ramai akan berpuas hati setelah melihat sendiri di depan mata. Ada yang bertanyakan kepada saya sebelum ini, apakah 'WOWW!!! factor' P3-21A ini? Bagi saya, 'WOWW!!! factor' model ini bukan sahaja pada reka-bentuk, tetapi lebih pada ciri-ciri yang ditawarkan. Memang tiada tolok bandingnya model ini dalam Segment C, dan yakin saya katakan, "BEST IN ITS CLASS". Dan secara keseluruhan, semua ciri-ciri (accessories, performance, safety, space & etc.) yang diberi, tiada dalam City, Vios, Forte, Altis, Civic, Swift & Fiesta. Mungkin salah satu atau beberapa memang ada, tetapi bukan semua sekali gus dalam sebuah kereta. Ciri-ciri sebegini hanya mungkin ada dalam sebuah kereta RM130,000 dan keatas sahaja.

P3-21A... DRIVE IT TO BELIEVE IT!!!!

http://funtastickodesign.wordpress.com/

http://proton-sales.blogspot.com/2012/02/lagi-butiran-terkini-p3-21a-beserta.html

Rakaman Dato Seri Anwar Ibrahim Dihimpunan Hijau Kuantan

Umno Pulau Pinang Pelihara Anjing Ganas

Lapan jahitan untuk wartawan diserang

Susan Loone

Wartawan akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew, 29 - yang dibelasah semasa membuat liputan Himpunan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang, semalam, terpaksa memerlukan lapan jahitan akibat kecederaan di tangannya itu.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan, semalam yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Seorang lagi petugas Kwong Wah - Lee Hong Chun, 25, pula dilaporkan dipukul dengan topi keledar semasa bertugas. Beliau hanya mengalami kecederaan kecil dengan kesan lebam di kepalanya.

Chew (kanan), bagaimanapun, terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang pada kira-kira jam 8 malam selepas perhimpunan yang diadakan di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu disuraikan oleh pihak polis selepas diganggu oleh kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

Ketika dihubungi, Chew berkata kepalanya sedikit pening selepas dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas, yang cuba untuk menghalang Himpunan Hijau yang dihadiri lebih daripada 500 orang itu, termasuk oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katnya, beliau akan berjumpa doktor sekali lagi hari ini kerana matanya mempunyai kesan seperti darah beku.

"Saya tidak boleh bekerja dan doktor memberi saya cuti sakit serta meminta saya untuk datang semula jika saya mengalami pening mana-mana," katanya kepada Malaysiakini.

Menceritakan pengalamannya itu, Chew berkata beliau ditugaskan membuat liputan perhimpunan solidariti Himpunan Hijau seperti yang diadakan di bandar-bandar lain di seluruh negara, seperti di Kuala Lumpur, Perak dan Kuantan.

"Kejadian berlaku apabila ketua menteri turun dari pentas selepas ucapannya untuk menyertai orang ramai.

"Kumpulan pro-Lynas cuba mengganggu Lim tetapi kakitangan keselamatan mengepung dan mengekori rapat.

"Tetapi kumpulan itu berjaya untuk memecahkan ‘rantaian manusia’ yang dibuat itu dan saya juga cuba menghalang mereka daripada merapati ketua menteri," kata Chew.

Kumpulan berkenaan sebelum majlis bermula dilaporkan telah mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Walaupun membuat bising dan memprovokasi peserta, namun tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Mereka juga dikatakan cuba mengganggu ucapan yang disampaikan.

Menurut Chew, kumpulan berkenaan selain menghamburkan kata-kata kesat, turut melemparkan kata-kata perkauman.

Namun apabila ditegur supaya tidak menimbulkan kata-kata perkauman yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini, kumpulan yang turut disertai oleh pemimpin Umno dan PERKASA itu mula menjadi berang.

"Kemudian mereka tarik tangan saya. Seorang daripada mereka memukul saya dengan topi keledar, dan lima rakannya juga memukul saya di kepala.

"Apa yang saya lakukan ialah cuma menghalang mereka daripada serang CM," katanya.

Malam tadi, Lim juga mengunjungi Chew di hospital dengan beberapa pemimpin DAP dan setiausaha akhbar beliau.

Ketika dihubungi Lim berkata beliau terharu kerana Chew membahayakan dirinya untuk melindunginya namun beliau kecewa dan kesal terhadap apa yang berlaku kepada wartawan itu.

Beliau juga membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyemai benih-benih kebencian berbentuk perkauman di kalangan rakyat di negara ini. Menurut Lim, beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi ini, untuk mengulas isu berkenaan.

"Saya juga telah arahkan setiausaha akhbar saya untuk memantau keadaan Chew. Jika beliau berasa pening atau tidak sihat, maka beliau mesti dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

DR BADRULAMIN DINASIHAT BERCUTI SEBULAN UNTUK BERSIHKAN NAMA

February 26, 2012

Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom dinasihatkan supaya mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan yang dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.

Kerajaan Negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu dan mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan professional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.

Kerajaan Negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.

Sepanjang tempoh bercuti ini, tugas-tugas beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Sekretariat akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar yang diketuai oleh Setiausaha Akhbar Dato' Menteri Besar.

Akhir sekali Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan.


DIkeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Kenyataan Media Ariffahmi Berhubung Pembebasan Dari Tuduhan Rasuah

SIARAN MEDIA

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamamualaikum dan salam sejahtera

Marilah kita semua mengucapkan setinggi syukur kehadrat Ilahi diatas segala nikmat yang telah dicurahkan semenjak dilahirkan ke dunia sehingga ke detik ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw yang telah menyempurnakan amanah dalam menyampaikan risalah Islam untuk dinikmati semua makhluk di seluruh alam semesta.

Saya telah dihubungi oleh ramai kawan melalui pelbagai saluran semenjak semalam sebagai respon kepada keputusan yang dibuat oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM. PPO yang mewakili SPRM bersidang semalam telah membersihkan nama saya daripada tuduhan penyalahgunaan kuasa semasa berada di PMBK dengan menyatakan kes siasatan telahpun ditutup.

Berita mengenai perkara ini juga telah dilaporkan dalam buletin AWANI dan beberapa portal berita serta blog pada hari ini Jumaat, 24 Februari 2012.

Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah swt kerana telah membebaskan saya daripada tuduhan penyalahgunaan kuasa yang disebarkan, seterusnya membersihkan nama saya dari persepsi negatif semenjak kes ini berjalan.

Sememangnya siasatan kes ini memakan masa yang agak panjang, semenjak September 2009 dan melibatkan banyak pihak yang bersangkutan. Alhamdulillah saya sentiasa tenang dalam menempuh dugaan ini. Penantian untuk mendapatkan keputusan kes yang dilihat tergantung sepanjang tahun 2010 dan 2011 mungkin juga kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor politik, terutama musuh PAS, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum akan datang.

Keputusan kes ini juga memberikan saya ketenangan yang lebih sempurna dalam merancang kehidupan kami sekeluarga dengan lebih baik.

Dikesempatan ini juga saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutama ayahanda Tok Guru dan kedua-dua bonda di atas doa berterusan untuk kesejahteraan saya sekeluarga. Tidak lupa kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan sentiasa yakin bahawa saya di pihak yang benar.

Terima kasih yang teristimewa kepada isteri saya yang tercinta kerana sentiasa berada disisi saya di saat sukar dan memberi sokongan yang bermakna dalam hidup saya.
Akhir sekali, saya mendoakan semoga apa yang berlaku selama ini mampu mematangkan saya dalam menempuh kehidupan pada masa hadapan. Apa yang lebih penting, dengan keputusan terbaru ini ianya secara langsung dapat membunuh segala persepsi negatif hasil dari adu domba dan gelombang fitnah terancang oleh pihak tertentu ke atas saya.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan hidayat dan berkat Allah swt jua.

Ir Abdul Ariffahmi Bin Ab Rahman
24 Februari 2012
Pulau Melaka

Hanya 8 Exco Kedah angkat sumpah Selasa ini

ALOR SETAR - Hanya lapan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi 2012 akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada Selasa ini berbanding 10 sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, lapan individu terbabit bukan muka baru.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Azizan bagaimanapun berkata, dua lagi jawatan Exco akan diisi kemudian dan mungkin melibatkan pelantikan baru.

"Saya sudah muktamadkan (tentang pelantikan exco), cuma ada sedikit masalah teknikal dari segi undang-undang sebab semua Exco akan tamat tempoh pada 7 Mac ini.

"Jadi tak boleh nak angkat sumpah 10 orang Exco pada 28 Februari ini sebab akan jadi 12 exco lah nanti sebab tarikh tamat tempoh tak sampai lagi... Exco tak cukup tak apa, jangan lebih (ikut undang-undang tubuh Kedah)," katanya.

Azizan berkata setiap anggota Exco yang dilantik mempunyai hak untuk menolak pelantikan itu dan pihaknya tidak ada masalah untuk melantik individu lain kerana ramai yang menawarkan diri untuk jawatan terbabit.

"Mereka boleh tolak (jika dilantik), saya lantik orang yang tak tolak.

Senarai semua nama sudah dihantar kepada Tuanku (Sultan Kedah)," katanya.

Sebelum ini wujud khabar angin dua Exco Kedah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumum Selasa ini.

Dua Exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah.

Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini. - Bernama

Azizan sayang semua Exco Kerajaan Negeri

Wartawan Sinar Harian

SEHARI selepas media mendedahkan spekulasi membabitkan dua anggota Exco Kerajaan Kedah yang didakwa menolak untuk dilantik semula bagi penggal 2012, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kepastian.

Namun pada sidang media yang diadakan sejurus beliau merasmikan Bazar Malam Sinar Sejahtera di Pekan Rabu, Alor Setar malam semalam, Azizan melayan setiap pertanyaan wartawan dengan tenang dan bersahaja. Ikuti respons beliau sidang media penuh pada malam itu.


Ada dakwaan mengatakan dua anggota Exco sudah menghantar surat menolak tawaran dilantik semula, benarkah?

Azizan: Kenapa pula mereka nak hantar surat, sebab saya belum hantar surat tawaran kepada mereka. Jika mereka mahu tolak tawaran dilantik sebagai Exco, mereka perlu tunggu surat tawaran dahulu, kemudian baru jawab.


Namun sejak semalam, spekulasi ini semakin heboh seolah ianya benar berlaku?

Azizan: Biasalah… spekulasi. Perkara itu mungkin betul, atau tidak. Saya pun tahu spekulasi ini wujud melalui akhbar, saya sendiri pun tak tahu.


Sejak spekulasi ini diperkatakan, adakah kedua-dua Exco terbabit berhubung dengan Datuk Seri?

Azizan: Nak berhubung apa? Mereka tak bagi tau apa-apa pun. Berhubung biasa la, sebab mereka Exco.


Isu ini membabitkan empat atau tiga Exco?

Azizan: Spekulasi ini media yang sebut. Kemungkinan betul atau tidak betul. Saya baru balik dari Kuala Lumpur dan Ahad ini mungkin ada perkembangan baru.


Jadi, benarlah rombakan akan dibuat?

Azizan: Sekarang saya tunggu pengesahan dari pejabat Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong. Saya sudah serah senarai nama Exco kepada Tuanku Abdul Halim. Mungkin baginda akan perkenan, atau tolak yang tu (Exco lama), dan bagi yang ni (Exco baru). Bila dapat surat, baru boleh bagi tau. Saya sendiri pun tak dapat surat pengesahan itu lagi. Apa-apa sahaja boleh berlaku!


Sekiranya spekulasi itu benar-benar berlaku, apa tindakan Datuk Seri?

Azizan: Kalau spekulasi ini betul, kita buat cara betul, jika tak betul buat cara tak betul. Masih ada masa tiga hari lagi sebelum majlis angkat sumpah.


Spekulasi ini membabitkan dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah (Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh), adakah ini menunjukkan wujud masalah dalaman dalam Pas Kedah?

Azizan: Biasanya bila timbul isu macam ini, ahli parti akan lebih bersatu. Apabila dicabar, akan bersatu semula... itu silap mereka buat spekulasi kerana hanya akan buatkan kami bersatu semula.


Tetapi pihak luar akan pandang serong seolah memang wujud pertelingkahan dalaman?

Azizan: Sejak hari pertama saya jadi Menteri Besar, sudah ada yang pandang serong. Macam-macam spekulasi timbul. Ada dakwa saya mampu bertahan tiga bulan sahaja, selepas itu enam bulan. Mereka kacau juga tetapi Alhamdulliah sampai sekarang bertahan. Wartawan la yang buat spekulasi ni.


Ada kemungkinan Datuk Seri tahu siapa dalang di sebalik spekulasi ini?

Azizan: Saya tau pun tak apa, tak tau pun tak apa. Lagi senang jika saya tak tau.


Kemungkinan dibuat orang dalam Pas sendiri?

Azizan: Saya tidak berminat dengan semua ini.


Adakah Datuk Seri memberi kepercayan sepenuhnya kepada barisan Exco?

Azizan: Saya sayang semua Exco dan tidak pernah prejudis terhadap mereka. Juga tidak ada kelas-kelas dalam barisan Exco. Saya sangat sayang mereka dan percayakan mereka. Kita kerja macam abang adik.


Bila senarai baru Exco dijangka keluar?

Azizan: Senarai baru mungkin Ahad ni. Pejabat Sultan Kedah di Istana Negara akan hantar. Walaupun baginda adalah Yang di-Agong tetapi urusan pelantikan Exco masih bawah bidang kuasa baginda. Saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda. Itu tradisi Kedah. Saya sudah mengadap Tuanku dua hari lepas di Istana Negara, dah bincang perkara ini. Perkara ini bukan seperti wartawan tanya, kena jawab sekarang, Tuanku biasanya tidak bagi keputusan ketika itu juga, baginda teliti dulu.


Adakah senarai nama dihantar itu turut diserahkan kepada Presiden Pas?

Azizan: Saya tidak tunjuk pada beliau, lagipun beliau kata itu hak saya.


Mungkin ada tambahan nama baru dalam senarai?

Azizan: Itu pun saya tidak boleh bagi tau!


Boleh Datuk Seri berikan sedikit bayangan apakah bentuk kejutan pada Selasa ini?
Azizan: Asyik media sahaja buat saya terkejut, saya pun nak buat mengejut juga.

Anwar dalang hanya spekulasi

Wartawan Sinar Harian


ALOR SETAR - Dakwaan wujudnya konspirasi membabitkan beberapa Exco Kerajaan Negeri yang didakwa didalangi pihak tertentu, terutama kumpulan Erdogan untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, disifatkan hanya spekulasi.
Menurut Azizan, beliau sendiri tidak pasti siapa kumpulan itu yang didakwa wujud dalam barisan kepimpinan Pas Kedah.

“Saya pun tidak tahu siapa yang dikatakan Erdogan itu. Saya tiada masalah dengan sesiapa dan berkawan dengan semua orang, sama ada Erdogan atau tidak, saya tidak tahu,” katanya di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul. Azizan berkata, konspirasi yang didakwa wujud dan turut dikaitkan dengan penyokong ‘Anwarinas’ itu hanya mainan media.

“Istilah itu media yang tulis. Anda boleh kata apa sahaja tapi realitinya berbeza. Saya tetap dengan pendirian, jika setuju, kata ya, tetapi jika tidak setuju, saya bantah,” katanya.

Azizan turut menyangkal wujud cubaan untuk menyingkirkan golongan ulama dalam Pas Kedah bagi memperluas pengaruh kumpulan Erdogan.

Kumpulan Erdogan atau Anwarinas dirujuk sebagai kumpulan yang wujud dalam Pas dan dipengaruhi oleh ketakbsuban terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebuah akhbar semalam mendakwa wujud komplot untuk menyingkirkan Azizan yang didalangi Anwar disebabkan sikap Menteri Besar itu yang tegas memperjuangkan Islam dan Melayu yang tidak disenangi Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu.

Azizan turut didakwa akan jadi mangsa yang kedua selepas Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada Pas baru-baru ini.

“Tak betul tu, saya masih ada dalam Pas Kedah,” katanya.

Ditanya sama ada spekulasi itu susulan usaha menggulingkan beliau sejak Oktober lalu, apabila faktor kesihatan beliau dijadikan senjata untuk memaksanya beliau berundur, Azizan berkata, pelbagai cerita tidak enak sudah dilemparkan terhadap dirinya, namun sehingga kini masih bertahan.

Live Dari Kuantan. Blogger Tukar Tiub Baca Doa Dalam BI.

Live Dari Kuantan. Stop Lynas! 4

Rakyat Pahang akan tolak kerajaan umno yang bebal.

Bersiap sedia Adnan!

Live Dari Kuantan. Stop Lynas! 3

Orang ramai mula memenuhi padang.

Nyanyian lagu negaraku dimulakan.

Rakyat Pahang mula buat perubahan.

Allahukhbar!

Live Dari Kuantan. Stop Lynas! 2

Depan tempat himpunan. Ayuh penuhkan Kuantan dengan warna hijau!

Live Dari Kuantan. Stop Lynas!

Phahrolrazi nafi 'dalangi' guling MB Kedah

ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau ada menubuhkan gerakan untuk menentang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Gerakan saya, gerakan Pas sahaja. Spekulasi tersebut tak benar dan dakwaan komplot menjatuhkan MB juga tidak benar," katanya ketika ditemui hari ini.

Phahrolrazi merupakan antara Exco Kedah yang disebut-sebut telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu,
yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Ketika ini, beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian.

Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini, dan beberapa Exco lain juga dijangka berbuat demikian.

Sementara itu, Phahrolrazi yang bercuti sehingga 1 Mac berkata, beliau belum menerima surat jemputan daripada kerajaan negeri untuk menghadiri majlis pelantikan anggota Exco bagi 2012 di Istana Anak Bukit, Selasa ini.

Katanya, beliau tidak kecewa atau kecil hati jika tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri bagi 2012.

Phahrolrazi berkata, sebagai ahli Pas, perjuangan beliau bukan dengan niat menjadi Exco, sebaliknya jawatan itu dicadangkan ahli parti tersebut yang mahu beliau bertanding sebagai Exco.

"Mereka suruh saya bertanding, saya bertandinglah. Kalau tidak, saya boleh jadi pekerja biasa dalam parti, dan tak ada niat (untuk pegang jawatan Exco), itu bukan cara perjuangan kita," katanya.

Mengulas spekulasi yang mendakwa namanya tidak disenaraikan dalam pelantikan semula Exco, beliau berkata, tidak mengetahui hal itu dan mahu membiarkan Menteri
Besar sahaja yang membuat kenyataan.

Beliau yang enggan mengulas lebih lanjut berkata ini bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan. - Bernama

Anwar: Nik Aziz 'tok guru' saya


Abdul Rahim Sabri

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media arus perdana tidak mempunyai harapan untuk "melaga-lagakan" beliau dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keselamatan Israel.

Mendedahkan secara ringkas isi pertemuan beliau dengan Nik Aziz beberapa hari lalu, Anwar menganggap jika pergaduhan itu berlaku, ia merupakan "hadiah paling besar" bagi media arus perdana.

"Kalau saya gaduh dengan Nik Aziz, bagi mereka (itu) hadiah paling besar.

"(Gaduh) dengan Nik Aziz, dia tok guru saya, tidak ada harapan (tengok) saya nak bergaduh dengan dia (Nik Aziz)," kata Anwar dalam ceramahnya di Kuantan semalam.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, menteri besar Kelantan itu bertanya beliau mengenai dakwaan 'menyokong' Israel, ketua pembangkang menunjukkan kepada Nik Aziz, laporan bahawa beliau menyebut perkataan 'contingent' yang membawa maksud "tertakluk dengan syarat".

Bagaimanapun, Anwar menegaskan perkara tersebut tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

"Tok Guru kata tak tahu cerita panjang, minta penjelasan. Saya jelas, saya tetap (membela) rakyat Palestin.

"Tetapi PAS tak mahu terus (iktiraf) pada Israel," kata Anwar di hadapan lebih 500 penyokong di sebuah tanah lapang dalam kawasan Pejabat Perhubungan PKR negeri.

Katanya, antara syarat tersebut adalah menerima negara Palestin, kembalikan Baitulmaqdis, melepaskan Gaza dan tidak membunuh rakyat Palestin.

"(Israel) terima syarat tak?... Tak terima. Jadi (saya) tak (sokong Israel)... Apa parti Umno, hari-hari kena (buat) fitnah," katanya sambil menempelak parti itu yang didakwanya mahu menang dengan memfitnah.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan berkata beliau amat menghormati Mursyidul Am iu dan pandangan PAS.

"Nik Aziz, dia baik, kita hormat beliau," katanya Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu Selasa lalu, Anwar dilapor berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini, selari dengan pandangan Hamas dan Fatah.

Dalam pertemuan selama 40 minit itu, Anwar yang juga ketua pembangkang berkata beliau tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirundingkan mereka di Doha, Qatar dua minggu lalu.

"Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian PAS yang tegas tentang Israel, " katanya .

Dalam ceramahnya beberapa jam sebelum berlangsungnya Himpunan Hijau 2.0, Anwar berkata beliau berjanji untuk "melepas" pelajar dari beban hutang Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) dalam masa satu hingga dua tahun jika mentadbir Putrajaya.

"Dalam masa satu atau dua tahun kita lepaskan (mereka) dari PTPTN. Kita buat macam Erdogan dalam masa tiga tahun untuk lupuskan pinjaman (pendidikan)," katanya sambil menambah Turki memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

Ustaz Badrul Amin Kena Tangkap Khalwat Kat Kuantan?

February 25, 2012

Pemimpin PKR ditangkap khalwat

Oleh: Wartawan Sinar Harian

KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Pemimpin PKR ditangkap khalwat

Oleh: Wartawan Sinar Harian

KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Isu Baiah Akhirnya Memakan Diri Umno Sendiri. Padan Muka!

'MB Azizan seperti bapa'

Oleh: Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Desas-desus dua anggota Exco Kerajaan Negeri dikatakan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai protes terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di luar pengetahun barisan Exco sedia ada.

Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak mendapat maklumat berkenaan perkara itu.

“Saya tidak tahu pula ada kalangan Exco menyatakan hasrat untuk tidak dilantik semula. Setahu saya, semua Exco bersedia galas amanah jika ditawarkan peluang,” katanya kepada Sinar Harian.

Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit mengulas spekulasi melanda politik Kedah sejak kelmarin, mendakwa kononnya kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco.

“Jika saya mendapat tawaran dilantik semula sebagai Exco, saya akan terima amanah itu dan hadir pada majlis pelantikan 28 Februari di Istana Anak Bukit.

“Saya tiada masalah dan bersedia pikul tanggung jawab. Saya menyokong kepimpinan Azizan yang saya anggap sebagai seorang bapa dalam keluarga besar Kerajaan Negeri,” katanya.

Menurutnya, masih banyak perancangan untuk melonjakkan ekonomi negeri ini yang belum dilaksana.

Ditanya sama ada Azizan kini berdepan tekanan, Amiruddin berkata, Azizan dilihat tenang atau tertekan dengan pelbagai dakwaan, malah menjalankan tugasnya de ngan lancar.

“Menteri Besar seperti biasa sahaja, semua mesyuarat lancar, seolah tidak ada apa-apa berlaku,” katanya.

Hamdan nafi boikot angkat sumpah

Oleh: SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

SUNGAI PETANI - Seorang daripada anggota Exco Kerajaan Kedah yang disebut-akan memboikot majlis angkat sumpah Exco pada 28 Februari ini, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib menafikan beliau terbabit dengan konspirasi menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sebaliknya kata Hamdan, beliau masih bersama dengan kepimpinan negeri (Azizan) dan sanggup berada dalam barisan Exco jika mendapat tawaran menyambung tugas.

“Saya setuju terima jika ada tawaran untuk jadi Exco lagi. Saya sedia sambung tugas untuk terus memberi khidmat kepada rakyat dan juga meneruskan perjuangan jemaah (parti) yang penuh dengan cabaran ini.

“Kita tunggu 28 Februari ini, pada hari angkat sumpah Exco untuk sambung tugasan yang belum selesai untuk rak yat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kenyataan Hamdan itu sekali gus menafikan laporan muka depan sebuah akhbar semalam, menyebut beliau antara empat anggota Exco Kerajaan Kedah yang akan memboikot majlis angkat sumpan anggota Exco Kerajaan Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Selain Hamdan, turut disebut ialah Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dr Ismail Salleh.

Kedua-duanya juga masing-masing adalah Timbalan Pesuruhjaya I dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.

Sinar Harian semalam menyiarkan kenyataan Menteri Besar yang mengaku akan membuat kejutan pada hari pelantikan Exco sebagai susulan kontroversi itu.

Azizan berkata, tidak timbul ada Exco sedia ada yang menolak tawaran menyambung jawatan kerana surat tawaran belum dihantar.

Phahrolrazi ketika dihubungi berkata, beliau akan memberi kenyataan apabila tiba masanya.

Azizan: Saya ada hak lantik Exco tanpa rujuk Presiden parti

Oleh: Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Azizan berkata, beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.

"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidang kuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.

"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita malam ini.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua Exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.

"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana.

Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul," katanya.

Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Dua Exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Kedua-dua Exco tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.

Majlis pelantikan anggota Exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar. - Bernama

SPRM sepatutnya tiada masalah siasat Shahrizat- Rafizi

Keadilan Daily
(Oleh: Aedi Asri Abdullah)

PETALING JAYA 24 Feb: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepatutnya tidak mempunyai masalah menyiasat Datuk Seri Shahrizat Jalil, berhubung pembabitannya dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau mengulas kenyataan panel SPRM yang mahukan skandal itu diselesai segera, supaya berlaku 'adil kepada semua pihak terlibat'.

"Tuduhan terhadap perlakuan Shahrizat adalah jelas- samada Shahrizat terlibat dalam memberi kontrak- atau jika dia sudah tahu wang diguna untuk membeli kondo, kenapa dia tidak melaporkan kepada pihak berkuasa?

"Ini soal yang jelas, sepatutnya tidak ada masalah bagi SPRM siasat secepat mungkin," ujar Rafizi dalam satu kiriman emel kepada keadilandaily.

Semalam, Pengerusi panel SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil dilapor berkata, kes itu terlalu 'dipolitikkan', maka SPRM perlu memutuskan sama ada Shahrizat terlibat dalam proses membuat keputusan mengenai pembiayaan projek tersebut.

"Soal politik atau tidak itu tidak ada kena mengena dengan siasatan SPRM," kata Rafizi.

"NFC merupakan isu besar, bukan bermakna ia dipolitikkan. Sepatutnya SPRM berterima kasih kerana ramai tampil ke hadapan membantu siasatan dengan memberi maklumat.

"Sebab itu rakyat hilang sabar walaupun pelbagai fakta telah diberikan, namun sehingga sekarang tiada tindakan," tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan peguam negara menyerahkan semula kertas siasatan SPRM sebelum ini, bukan perkara mengejutkan.

"Malah saya yakin banyak siasatan rasuah 'tersangkut' di jabatan peguam negara, bukan di SPRM. Kalau perkara ini berterusan, pimpinan SPRM perlu berani tampil ke depan dan dedahkan perkara ini.

"Jangan duduk diam dan salahkan pejabat peguam negara, tapi berdepan dengan mereka," tegas Rafizi.

Menjelang Angkat Sumpah Jawatan EXCO K'jaan Negeri Kedah

February 24, 2012


Perlantikan mahupun rombakan Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Kedah merupakan sebahagian rutin pentadbiran. Urusannya perlu dipersembah dengan perkenan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kedah. Exco-exco yang dilantik akan mengangkat sumpah pegang jawatan dihadapan baginda.

Sejak zaman Tan Sri Sanusi Junid, urusan itu dilaksanakan setahun sekali. Baik perlantikan mahupun rombakan Exco, tidak pernah pernah ia menjadi isu. Begitu juga dengan sebarang perubahan portfolio, kerana ia rutin biasa pentadbiran.

Tetapi sejak Pakatan Rakyat Kedah diterajui PAS mengemudi pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, hal berkaitan perlantikan, rombakan dan perubahan portfolio turut menjadi modal politik pihak tertentu termasuk usaha melariskan jualan akhbar.

Dahulu mereka memandang enteng dan mempertikaikan barisan Exco yang dilantik kerana tiada pengalaman mentadbir. Tahun berikutnya mereka cuba memfitnah Exco kononnya menghina Tuanku Sultan dalam usaha melaga-lagakan Kerajaan Negeri dan pihak Istana.

Apabila rombakan dibuat dalam saf Exco mereka membuat dakwaan Exco gagal berperanan dan seumpamanya.

Kini apabila terdapat Exco yang berhasrat berundur tidak menyambung tugasan Exco, mereka terjemahkan sebagai berlaku pergolakan, krisis, kemelut dalaman, ketidakpercayaan serta pelbagai lemparan lain.

Mereka gagal memahami, dalam perjuangan PAS yang berteraskan Islam ini, jawatan itu adalah amanah. Pertanggungjawabannya sangat berat dan menjadi hitungan di hadapan Allah 'Azza wa jalla kelak.

Kerana itu sikap yang dapat dilihat pada pimpinan Islam ialah tidak menawarkan diri untuk jawatan, bahkan bermuhasabah dengan jawatan dipegangnya. Berbeza dengan golongan yang ghairah kepada kuasa dan jawatan, namun apabila mendapatnya, mereka bukan sahaja berpegang dan bersuka ria, tetapi juga menindas, menipu dan memperhambakan rakyat.

Tawaran untuk mengundurkan diri juga bermakna memberi laluan untuk mereka yang lebih berkemampuan memikulnya. Ini sekaligus menunjukkan perjuangan Islam khususnya PAS Kedah memimpin Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah ketandusan pemimpin.

Malah ini menunjukkan kecekapan PAS Kedah memberi perkhidmatan kepada rakyat selaku parti yang memerintah sentiasa digiatkan memandangkan pimpinan sama juga kebanyakan turut mengetuai urusan parti selain tanggung jawab selaku wakil rakyat.

Begitu juga andai mereka kononnya wujud ketidakpuasan hati kepada pimpinan tertinggi hingga mencetus hal yang didakwa, jika benar, maka ia membuktikan betapa keterbukaan dan sikap telus dalam menyatakan sesuatu perkara. Sikap ini tentu sekali jauh berbeza dengan golongan yang hanya membisu melihat kesalahan pimpinan mereka, bahkan menjadi pula pengampu nan menjijikkan.

Mahathir tak boleh pura-pura tak tahu tentang skandal MAS

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh berpura-pura dan cuba lari daripada tanggungjawabnya berhubung skandal Malaysia Airlines (MAS) di mana sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, syarikat penerbangan yang menjadi kebanggaan negara merudum teruk dalam masa satu dekad sahaja.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Mahathir takut menghadapi cabaran Datuk Zaid Ibrahim yang memintanya “menulis sebuah buku” tentang mengapa MAS diswastakan kepada Tan Sri Tajudin Ramli pada 1994, dengan memberi alasan beliau (Mahathir) bukanlah ketua syarikat penerbangan yang rugi itu.

“Mahathir cuba menulis semula sejarah 22 tahun menjadi Perdana Menteri seolah-olah beliau tidak tahu apa-apa dengan apa yang berlaku dalam pelbagai kementerian di bawah pentadbirannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Mahathir cuba menggambarkan seolah-olah beliau tidak terlibat dalam beberapa krisis besar negara sepanjang pemerintahannya termasuk:

* Krisis kehakiman paling teruk dalam sejarah negara dengan pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan hakim-hakim lain;

* Zaman paling gelap pencabulan hak asasi manusia dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila membuat penangkapan besar-besaran di bawah Operasi Lalang pada 1987; dan

* Pelbagai skandal kewangan lain termasuk skandal MAS dan “jenayah kejam tanpa penjenayah” seperti skandal kewangan Mahathir yang pertama pada tahun 1983 – skandal RM2.5 bilion Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Mahathir hilang kredibiliti apabila cuba menafikan beliau tidak bertanggungjawab dalam skandal MAS yang menyebabkan kerugian puluhan bilion ringgit.

Sedangkan, katanya, Tajudin Ramli yang diamanahkan menjaga MAS telah mendakwa bahawa Mahathir telah memaksa beliau (Tajudin) membeli MAS untuk membantu menyelamatkan Bank Negara selepas bank pusat itu mengalami kerugian pertukaran asing kerana spekulasi dalam mata wang asing oleh kerajaan UMNO-BN.

Katanya, Tajudin telah menguasai 29 peratus saham MAS pada 1994 daripada Bank Negara membayar RM8 seunit saham sedangkan harga pasaran ketika itu hanyalah separuh daripada nilai tersebut.

Menurut Kit Siang, Tajudin mendakwa beliau enggan membeli MAS tetapi menuduh Mahathir memaksanya atas alasan “khidmat negara”.

Beliau menambah, Tajudin telah mengambil pinjaman RM1.8 bilion untuk membeli syarikat penerbangan itu tetapi beliau telah menandatangani perjanjian “overriding” yang membolehkannya menjual kembali kembali kepada kerajaan, dan kerajaan akan membayar ganti rugi terhadap sebarang kerugian yang ditanggungnya dengan menggunakan wang rakyat.

Justeru, beliau menjelaskan, Mahathir tidak boleh berlakon kononnya tidak tahu tentang apa yang sebenarnya terjadi dan perlu bertanggungjawab dan berani menjelaskan pekara sebenar demi rakyat dan negara. – Roketkini.com

'Hasan Ali, siapa taja kamu?'

Kuek Ser Kuang Keng

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad hari ini mendesak bekas exco negeri Datuk Hasan Ali menjelaskan sama ada benar dakwaan NGO barunya Jalur Tiga (JATI) ditaja dua syarikat besar.

Sambil menafikan membuat tuduhan, Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata, beliau melontarkan perkara itu supaya Hasan dapat menafikannya, jika tidak benar.

Khalid mengutarakan kemungkinan syarikat-syarikat itu akan mendapat faedah kewangan sekiranya BN berjaya menawan Selangor dalam pilihan raya depan.

Hasan sebelum ini menubuhkan JATI untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja atau apa yang digelarnya sebagai IMR.

MB: 'Tunggu 28 Feb, saya pun ada kejutan'

ROSLINDA HASHIM

ALOR SETAR - Di sebalik spekulasi dua Exco Kerajaan Kedah dikatakan akan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai tanda protes kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, beliau sendiri membayangkan akan ada kejutan pada hari angkat sumpah Exco baru 28 Februari ini.

"Tunggu 28 Februari, saya pun ada nak buat kejutan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sama ada berlaku rombakan ataupun tidak, semua persoalan akan terjawab pada hari itu.

Mengenai isu dua anggota Exco disebut-sebut akan menolak jawatan sebagai tanda protes terhadap beliau, Azizan mengaku hairan kerana surat tawaran pelantikan belum lagi dihantar.

"Surat lantikan belum dihantar, macam mana pula boleh ada yang tolak," katanya.


Menurutnya, selagi pelantikan tidak dibuat, tidak wajar untuk mendedahkan senarai nama anggota Exco, sama ada yang sedia memegang jawatan akan dikekalkan ataupun diganti dengan muka baru.

Mengulas desas-desus mendakwa kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri menyifatkan itu hanya khabar angin.

“Rramai orang sebelum ini pun bercakap perkara tidak betul berkenaan Kerajaan Negeri. Banyak dakwaan sebelum ini pun tak betul, tapi mereka cakap juga,” katanya.

Sementara, Penolong Setia­usaha Kerajaan (Pengurusan Korporat), Noor Akmar Mohd Omar mengesahkan senarai anggota Exco penggal 2012 belum dikeluarkan.

“Sehingga hari ini, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri belum menerima senarai siapa yang dilantik sebagai Exco. Senarai itu akan diberikan kepada media, sebelum bermulanya majlis pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Anak Bukit, 28 Februari ini,” katanya.

Phahrolrazi ketika dihubungi, berjanji membuat kenyataan apabila tiba masanya.

“Buat masa ini, lebih elok saya tidak buat sebarang kenyataan. Sampai masa nanti saya sendiri akan berikan kenyataan,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu lebih elok dijelaskan sendiri oleh Menteri Besar, bukannya melalui spekulasi atau sumber tidak rasmi.

Ismail pula mengakui tidak tahu menahu mengenai spekulasi itu kerana beliau tidak tahu apa yang berlaku.

Dr. Rosmah Wajar Dijadikan Menteri

Oleh Shahbudin Husin

Setelah kita dihebohkan dengan berita-berita kurang enak mengenai isteri Perdana Menteri, Dr. Rosmah Mansor sejak sekian lama, mutakhir ini menyusul pula berita yang agak mengagumkan mengenai beliau. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Curtin, Australia dan diberikan Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia oleh NASEBA atas pelbagai sumbangannya dalam dunia kebajikan selama ini.

Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim Ali juga turut memberikan gelaran Serikandi kepada Rosmah atas ketabahannya menghadapi pelbagai cabaran, fitnah serta tohmahan daripada pelbagai pihak. Gelaran ini diberikan dalam sebuah majlis makan malam yang turut dihadiri Rosmah, baru-baru ini.

Sejak Najib mengambil alih kepimpinan UMNO dan kerajaan, nama Rosmah dilihat sama naik dengan suaminya. Permata yang ditubuhkannya telah menimbulkan kegemparan kepada rakyat berikutan tindakan Najib memberikan bajet yang besar kepada Permata dalam dua belanjawan iaitu 2009 dan 2010 yang dibentangkannya di Parlimen.

Beliau bukan sahaja menjadikan Permata begitu aktif dan diperkatakan tetapi keaktifannya dalam pelbagai program lain seperti berkempen dalam pilihanraya kecil turut mencetuskan fenomena baru dalam politik negara. Ia sesuatu yang janggal sebelum ini tetapi Rosmah telah membuka laluan baru mengenainya.

Tidak cukup bergelar isteri Perdana Menteri, beliau mahu digelar pula Wanita Pertama Malaysia meskipun hakikatnya gelaran itu tidak terpakai dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen seperti Malaysia. Gelaran Wanita Pertama biasanya hanya digunakan untuk negara repuplik. Najib kemudiannya terpaksa menjawab di Parlimen bahawa gelaran Wanita Pertama yang digunakan oleh isterinya adalah dibenarkan kerana ia tidak mengatasi status dan kedudukan Raja Permaisuri Agong yang sepatutnya merupakan wanita berstatus palng tinggi dalam negara.

Tidak cukup dengan itu, Rosmah juga kemudian mengadakan Sidang Puncak Wanita-Wanita Pertama Dunia di Kuala Lumpur serta banyak melakukan lawatan ke luar negara menggunakan bajet kerajaan dengan membawa sama isteri-isteri menteri mengiringinya. Sudah tentu isu perbelanjaan mengenainya dibangkit dan diperkatakan oleh rakyat dari pelbagai peringkat.

Berselang-seli dengan itu, pelbagai pendedahan mengenai perbelanjaan, kemewahan dan pemborosan Rosmah didedahkan media satu persatu dan ini menjadikan namanya sentiasa basah dibibir hampir setiap rakyat negara ini. Dari pakaian, hiasan, permata, cincin, gelang, beg tangan, kos penginapan bilik hotel dan sebagainya didedahkan satu demi satu dan semua ini menjadikan beliau terus popular serta diperbualkan.

Sesuatu yang mengagumkan tentang Rosmah ialah beliau tidak peduli tentang semua cakap-cakap orang mengenainya. Beliau tetap terus dengan agendanya, kalau dia mahu menonjol diri, dia akan terus menonjol diri, kalau dia mahu bershopping sakan, dia juga akan terus berbuat demikian. Kalau dia mahu bercuti mewah, dia tetap juga bercuti mewah di Dubai, Australia, Monaco dan sebagainya. Ketidakpeduliannya terhadap cakap-cakap orang amat mengagumkan dan luar biasa.

Di sudut yang lain, harus diakui Rosmah juga mempunyai stamina dan gaya hidup yang berbeza berbanding isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini. Beliau nampaknya tidak mahu sekadar menjadi peneman suami di acara-acara rasmi atau mempunyai rutin menghantar dan menyambut di muka pintu setiap kali Najib pergi dan pulang dari pejabat. Beliau mahu lebih dari itu. Beliau mahu kelihatan berkuasa dan memiliki kuasa.

Penonjolannya yang ketara di khalayak ramai berbanding isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini adalah bertujuan ke arah itu. Dengan banyak memberi ucapan, melontarkan idea serta memberi pendapat di pelbagai acara dan kerapkali kali pula wajahnya muncul di media-media, secara langsung dan tidak langsung menjadikan beliau kelihatan penting dan berkuasa.

Dan Rosmah juga tidak menyembunyikan keghairahannya itu. Dia ternyata wanita yang suka kepada kuasa dan gembira bila khalayak menganggapnya demikian. Ramai pemimpin UMNO sendiri yang amat menghormati Rosmah berbanding rasa hormat terhadap menteri-menteri kabinet lain. Ramai pula yang cuba mendekatinya dan tunduk apabila bercakap atau berpeluang bersalam dengannya. Malahan terdapat mereka yang bersalam sambil mencium tangannya.

Ibrahim Ali, pengasas Perkasa yang lebih berusia daripada Rosmah pun bersalam mencium tangannya baru-baru ini. Nampaknya Ibrahim Ali yang mengasaskan Perkasa untuk memperjuangkan ketuanan Melayu turut tunduk kepada ketuanan Rosmah.

Dari wajahnya jelas terpamer kegembiran apabila dihormati, disanjung dan diperakui tentang kuasa yang ada adanya. Rosmah tidak pernah menolak sesiapa pun mahu mencium tangannya.

Oleh itu, melihat kepada kegigihan Rosmah muncul di khalayak ramai, ketidakpedualiannya terhadap cemuhan awam dan kesukaannya kepada kuasa, rasanya wajar untuk Najib memikirkan untuk meletakkan isterinya itu di kedudukan yang sesuai selepas pilihanraya nanti. Berilah peluang beliau bertanding dalam pilihanraya akan datang dan jika BN terus diberi mandat oleh rakyat, berilah juga jawatan menteri kepadanya.

Dengan kedudukan Shahrizat Jalil yang begitu nazak di mata rakyat berkaitan skandal NFC, Rosmah adalah calon yang sesuai diberikan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kepimpinan Rosmah yang hebat mungkin boleh mengelakkan Wanita UMNO daripada berpecah dan lemah semangat kiranya Shahrizat tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya nanti.

Dengan memberikan Rosmah kedudukan dalam kabinet, tiada lagi isu jika beliau rajin bertemu rakyat dan menjelajah ke serata pelosok dunia atas kapasiti menterinya. Isu perbelanjaan dan menggunakan bajet kerajaan juga tidak akan berbangkit lagi.

Ataupun beliau juga boleh dijadikan peneraju kepada mana-mana agensi kerajaan atau GLC bagi membolehkannya kerap bertemu rakyat, tampil bergaya dan menggunakan peruntukan kerajaan. Barangkali menjadi peneraju sayap pelaburan utama kerajaan iaitu Danaharta amat bersesuaian dengan Rosmah dan jika ini berlaku, beliau setaraf dengan isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching yang mengetuai Temasik Holding, sayap pelaburan Singapura.

Jika Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri hanya berjaya menjadikan anaknya Mokhzani sebagai Bendahari Pemuda UMNO Malaysia manakala Pak Lah pula hanya berjaya menjadikan menantunya Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau, kejayaan Najib meletakkan isterinya di tahap yang lebih tinggi daripada itu, pastinya ia sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia dan dikenang dalam lipatan sejarah sepanjang zaman.

Najib pastinya menyedari bakat kepimpinan dan keghairahan yang ada dalam diri isterinya itu. Mudah-mudahan disebaliknya merudumnya sokongan rakyat kepada UMNO dan BN berikutan pelbagai isu dan skandal yang bertali arus sejak sekian lama, dengan menguar-uarkan bahawa Rosmah adalah salah seorang "winnable candidate" dan akan dijadikan menteri selepas itu, ia berupaya menjadikan sokongan rakyat membuak-buak dan BN berjaya meraih kejayaan paling gemilang dalam sejarah pilihanraya negara ini, mengatasi pencapaian cemerlang pilihanraya tahun 2004 yang dianggap paling cemerlang setakat ini.

http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.