News Update :

Betul Ke Rosmah Sapu Lumpur Mangsa Banjir?

January 5, 2013

http://2.bp.blogspot.com/-89SB3QjnD7k/UOgRIcqcBKI/AAAAAAAAX0U/e8IK0kpyTyA/s400/rosmah+basuh+rumah+banjir.bmp


giler la! 
rosmah tengah sapu rumah magsa banjir? 
wow! 
teruknya keadaan!

masa rakyat susah, kau shopping kat luar negara!


http://www.utusan.com.my/pix/2013/0105/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_06.1.jpg

ROSMAH Mansor bersalaman dengan anggota Pandu Puteri dan penduduk kampung dalam majlis gotong-royong Persatuan Pandu Puteri Malaysia bersama penduduk Kampung Cenerai, Meranti di Masjid Mukim Siram, Rantau Panjang, Kelantan, semalam.

RANTAU PANJANG 4 Jan. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat diseru membantu mangsa banjir yang berada dalam kesusahan dan serba kekurangan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pihak-pihak tersebut wajar bersedia menghulurkan bantuan dan tidak membiarkan mangsa banjir bersendirian untuk menghadapi pelbagai masalah yang timbul.

"Saya menyarankan agar pihak korporat dan NGO yang lain supaya terus membantu mangsa banjir dan jangan membiarkan mereka mengalami kesusahan bersendirian.

"Terutama sekali mereka yang berkemampuan, seharusnya memikirkan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh mangsa banjir, sila tolong mereka," ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong Persatuan Pandu Puteri Malaysia bersama penduduk Kampung Cenerai, Meranti di Masjid Mukim Siram, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; YDP Pandu Puteri Kedah, Tengku Soraya Tuanku Sultan Abdul Halim dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah.

Pada majlis tersebut, Rosmah yang juga YDP Pandu Puteri Malaysia telah menyampaikan sumbangan kepada lebih 300 penduduk Kampung Cenerai yang terjejas akibat banjir.

Sementara itu, Rosmah meminta mangsa banjir supaya berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Saya telah melihat sendiri bagaimana mangsa banjir terpaksa menghadapi pelbagai kesusahan dan derita ketika bencana alam ini.

"Saya menasihatkan mereka supaya berhati-hati kerana saya dimaklumkan bahawa ini pusingan kedua dan mungkin ada lagi gelombang ketiga banjir akan melanda negeri ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap semua ahli Pandu Puteri dapat menjalankan tanggungjawab mereka untuk memberikan pertolongan kepada mangsa banjir seiring dengan prinsip pertubuhan itu yang sentiasa bersedia untuk membantu.

"Saya berharap pemimpin Pandu Puteri di peringkat negeri akan selalu memberi dorongan kepada ahli-ahli di bawah untuk menjalankan tanggungjawab selain menggalakkan anak-anak remaja menjalankan tugas sukarela," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130105/dn_06/NGO-korporat-diseru-bantu-mangsa-banjir#ixzz2H6QHgGYO
© Utusan Melayu (M) Bhd

Artikel berkaitan POLITIK

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.