News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Doakan Mereka Berdua Sihat

March 31, 2015



Semoga terus istiqamah dalam memimpin parti islam yang kita semua sayangi.

Hasan Malek Nafikan Kenyataan Media




Agak korang, minyak naik ke turun?

Kenapa Kubur TG Nik Aziz Jadi Macam Ni?



Semoga penerangan akan merungkai kan segala persoalan.

Keadaan Terkini Awal Asaari

March 29, 2015



Beliau bengkak oada bahagian mulut dan sakit pada bahagian belakang.

Doakan cepat sembuh.

Pejabat Rafizi Digeledah Polis





Beberapa orang polis memecah masuk ke dalam pejabat keadilan. Merampas beberapa barang seperti komputer dan sebagainya.

Gambar Perkahwinan Anak Najib Rosmah



Kami dapat salinan dari fb zunar. Wah hebat majlisnya tatkala orang di kampung sedang bergelut mencari nafkah tampung kehidupan yang mencabar.

Tahniah la najib dan rosmah. Kalau guna wang rakyat, kami tak halal satu sen pun.

Betul ke haji hadi jawab macam ni?



Jangan terlalu percaya terus kepada wartawan yang sengaja nak perjatuhkan islam.

YB Khalid Samad Ditahan Pukul 3 Pagi




Ditahan di rumah. Maklumat seterusnya akan dikemaskini.

Keadaan Sungai Golok Yang Kering




Keadaan yang berlaku di pengkalan che kasim.

Allahuakhbar!

Mat Sabu Akhirnya Dibebaskan




Alhamdulillah, semua sudah selesai. Doakan abang mat diberi kesihatan yang baik.

Ops Gempur Tidak Tutup Aurat

March 28, 2015



Sedang dijalankan di wakaf che yeh. Alhamdulillah. Biar mereka sedar.

Ahli Parlimen Miri Guna Isu Fitnah Agama?









Khabarnya seorang guru telah difitnah kononnya memaksa seorang pelajar bukan islam di salah sebuah sekolah di miri untuk memeluk islam. Sedangkan pelajar itu sendiri yang nak masuk.

Sedangkan perkara ni tidak benar dan dinafikan oleh pelbagai pihak di sekolah terbabit.

Perkara ini menjadi teruk apabila ahli parlimen miri sendiri masuk campur dan menyokong golongan pemfitnah ini.

Kalau nak main isu agama untuk menang politik, jangan mimpi la wahai ahli parlimen miri.

Vokalis kumpulan 90-an direman kes dadah

KUALA LUMPUR 27 Mac – Seorang bekas vokalis kumpulan terkenal era 90-an direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengambil dadah jenis amphetamine.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini dikeluarkan oleh Majistret Zulyana Zollkapli di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selebriti yang baru-baru ini menjadi antara pemenang dalam sebuah pertandingan nyanyian membabitkan penyanyi ‘otai’ itu dibawa masuk ke dalam mahkamah dengan diiringi anggota polis untuk mendapatkan perintah reman pada pukul 11.30 pagi.

Suspek yang semakin kurus itu langsung tidak cuba menyorokkan wajahnya namun kelihatan bersahaja apabila wajahnya dirakam oleh jurugambar ketika dibawa keluar dari mahkamah pada pukul 12.30 tengah hari.

Semalam, suspek ditahan oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di kawasan Jalan Jelatek 2, Jelatek Business Park, Hulu Kelang di sini pada pukul 9 malam.

Ketika pemeriksaan badan dilakukan, polis tidak menjumpai apa-apa barang larangan namun suspek kemudiannya dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk menjalani ujian saringan dan didapati positif dadah jenis amphetamine.

Menteri Kecam Laman FB Miri Community Berhubung Dakwaan Murid Dipaksa Tukar Agama

MIRI: Laman Facebook Miri Community menerima kecaman keras daripada kerajaan negeri kerana menyiarkan tulisan yang mendakwa seorang murid perempuan berusia 13 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini dipaksa menukar agamanya.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah berkata individu yang menulis catatan itu perlu bertanggungjawab mengenai tulisannya yang tidak mencermikan perkara sebenar.


Kata beliau, tulisan itu bersifat berat sebelah dan boleh mencetuskan ketegangan agama serta menghancurkan keharmonian yang wujud sejak sekian lama di Sarawak.


"Paling penting, murid perempuan itu tidak pernah dipaksa memeluk Islam, dia masih beragama Kristian, dia secara sukarela datang berjumpa guru-guru berkenaan untuk menyatakan minatnya terhadap Islam sebelum bermulanya cuti persekolahan selama seminggu baru-baru ini," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan murid itu, ibu bapanya dan para guru di sini, Jumaat.


Fatimah, yang juga bertanggungjaab bagi hal ehwal pendidikan di negeri ini, berkata para guru berkenaan berulang kali bertanya sama ada niatnya itu benar-benar ikhlas dan murid terbabit memberi jawapan positif, tanpa sesiapa mempengaruhi atau memaksanya menukar agama.


"Satu-satunya kesilapan para guru itu ialah mereka tidak pernah berbincang dengn ibu bapa murid berkenaan sebab dia dijaga datuknya," kata Fatimah.


Beliau berkata, murid itu turut mengaku dia berjumpa dengan guru berkenaan secara sukarela untuk menyatakan minatnya terhadap Islam.


Fatimah juga menafikan tuduhan beberapa individu melalui laman Miri Community bahawa guru berkenaan mempunyai "satu senarai panjang pelajar yang disasar untuk diIslamkan" di kawasan terpilih di sini.


Kontroversi ini timbul apabila gambar sepucuk surat aduan yang dihantar kepada pengetua sekolah itu mengenai guru terbabit dan satu salinan laporan polis mengenainya dimuatkan dalam laman Miri Community, laman facebook berasaskan komuniti untuk berkongsi maklumat tentang Bandar Raya Miri, yang mendakwa guru berkenaan memaksa murid itu memeluk Islam.


Gambar itu segera tersebar dengan meluas dan banyak pengguna internet berkongsinya hingga mendorong parti pembangkang, PKR di sini mengambil tindakan. - Bernama

Berikut adalah kenyataan media dari dua individu yang dikatakan terlibat menafikan fitnah pengislaman secara paksa seorang murid seperti yang tersebar di media sosial.

Kami, Suti Kamila Md Zain dan Nik Seri Ayu Nik Ibrahim telah membuat Laporan Polis pada pagi tadi di Balai Polis Lutong.

Laporan tersebut adalah laporan penafian terhadap laporan polis yang mengandungi unsur fitnah yang telah dibuat oleh * Anak (No Kad Pengenalan: 20*-13-*0, Tarikh Repot 25.03.2015 jam 12.18pm, No Repot: LUTONG/001631/15) di Balai Polis Lutong.

Kami menafikan sekeras-kerasnya perkara yang mengandungi unsur fitnah yang tidak benar sama sekali, yang mana di dalam kandungan laporan polis itu antara lain menyatakan seperti berikut:

1. PengIslaman * merupakan satu paksaan dan merupakan satu muslihat dari pihak kami adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana * sendiri telah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam kepada rakan-rakannya di sekolah dan telah datang berjumpa dengan beberapa orang guru memohon bantuan untuk pengIslamannya secara sah mengikut saluran yang sepatutnya. Ini menunjukkan tiada paksaan dari pihak kami mahupun tipu muslihat untuk mengIslamkan * secara tidak sah. Malah beliau sendiri telah memilih nama Islam beliau iaitu Nhur Syahirrah Azhra.

2. Satu surat aduan yang mengandungi unsur fitnah yang sama dan berniat jahat terhadap kami juga telah dihantar kepada pihak sekolah kami iaitu SMK Lutong. Untuk makluman,
* sendiri telah mengesahkan kepada pihak kami bahawa sedari kecil beliau telah dijaga oleh datuknya sendiri iaitu Achu Anak Mangku dan sehingga kini masih tinggal bersama datuknya. Datuknya sendiri telah membenarkan proses pengIslaman cucunya. Untuk rekod, bahkan apa yang sebenarnya berlaku adalah datuk kepada * sendiri iaitu Achu Anak Mangku (No Kad Pengenalan: 480519-13-5231) juga sebenarnya telah secara sukarela bersyahadah dan memeluk Islam tanpa paksaan serta ingin didaftarkan pengIslaman beliau mengikut saluran yang sah melalui pihak berkuasa.

3. Pihak kami yakin dan percaya bahawa ada pihak tertentu yang mempengaruhi mereka untuk membuat pengakuan atau kenyataan sebaliknya. 

4. Kami memohon satu siasatan yang telus dan adil perlu dilakukan memandangkan laporan polis yang dibuat oleh
* dan surat aduan yang dibuat kepada pihak sekolah telah disebarkan secara meluas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial seperti Facebook, FB Miri Community dan lain-lain yang telah mengundang pelbagai kritikan tidak berasas, tuduhan melulu dan komen yang tidak sewajarnya sama sekali.

Laporan penafian ini dibuat kerana bimbang keselamatan kami akibat dari tuduhan tersebut. Emosi dan kehidupan kami sangat terganggu akibat dari dakwaan palsu dalam laporan tersebut. Marilah kita bersama-sama bersikap adil untuk menjaga keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.

Sekian, terima kasih.

DAP Sarawak Umum Keluar PR

March 27, 2015

KUCHING - DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.
    
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, Pas telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif Pas, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan Pas sebagai sebuah parti politik di Sarawak.
    
"Oleh itu, dengan Pas kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.
    
Chieng Jen, yang juga Ahli Parlimen Kuching MP dan Adun Kota Sentosa berkata, resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu. - Bernama

Sultan Kelantan Ziarah Jasad Bekas PM Singapura

March 26, 2015



Semoga allah beri kesihatan yang berpanjangan kepada tuanku.

Lelaki Ini Curi Motor Di KB Mall Kota Bharu



Dapat ditangkap hari ni. Maklumat lain akan menyusul.

3 Lelaki Bawa Pistol dan Wang



Salam YDH Tan Sr/Dato/tuan Untuk makluman awal:

Rampasan sepucuk pistol jenis stayer dan rampasan sejumlah wang RM200K( sedang dikira)

Fakta Kes:

Pada jam 1420 hrs bertarikh 25/03/15 semasa Kpl 119696 dan 143277 menjalankan tugas mpv KN 275 tahan sebuah teksi nombor pendaftaran CAK9078 jenis Nissan Sentra di KM2 jalan gua musang- kuala Krai. Dalam kenderaan tersebut 3(L) berbangsa cina dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan dalam teksi telah menjumpai sepucuk pistol bersarung kulit hitam dibawah tempat duduk penumpang depan dan juga sebuah bag kertas warna biru tertulis "ADIDAS" berisi duit kertas. Anggaran RM200K menurut OYDS. Kemudian ketiga-tiga lelaki cina telah dibawah balik ke IPD Gua Musang Untuk tindakan lanjut. 

⏩Butir-butir Tangkapan:

Nama: Boo Yang Chai (Pemandu teksi)
No kpt: 510404-08-5523
Umur:48 Tahun
Alamat: 5-15 Continental Height Condo Jalan Batalong Taman Continental OFF Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur

Nama: Cheong Kok Wai
No KPT: 850326-14-5623
Alamat: J-3-4 Blok J Perdana Puri Apartment Jalan Puri Desa Aman Puri,52100 Kuala Lumpur

Nama: Lee Yee Kwan
No KPT: 710604-10-5847
Alamat: No 1159 Jalan 16 Kg Baru Ampang 68000 Ampang Selangor.

Jumlah duit sedang dikira dan report akan dibuat selepas kiraan duit.

Sekian Untuk makluman Ydh .Tan Sri/ Dt
Salam Hormat dr JPJKK Ipk Kelantan

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

March 25, 2015

Kenyataan Akhbar

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i) Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

25 Mac 2015

Hari Pertama Coach Baru Kelantan Azrai Khor


























Semoga kelantan mencatat kemenangan berkali ganda.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.