News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

30 Gambar Program Bicara Murabbi Stadium Kelantan

May 28, 2015
































Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir.

Semoga allah kekalkan kerajaan kelantan di bawah pimpinan ulama. Amin.

Utusan Malaysia boleh tukar nama jadi Utusan Wahhabi.

Dari Al-Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal:

Sekiranya kamu melempar timba di dalam telaga, kemudian menariknya ke atas tiba-tiba didapati di dalam timba itu tiada air, maka janganlah kamu terus mengatakan telaga itu tiada air di dalamnya sehinggalah engkau sendiri melihatnya, boleh jadi tali timbamu pendek sedangkan telaga itu dalam begitulah gambarannya apabila kamu membahaskan sesuatu persoalan maka janganlah kamu cepat-cepat menjatuhkan hukum dengan mengatakan tiada dalilnya sedangkan kamu tidak menjumpai dalil-dalilnya, sehinggalah kamu bertanya pada orang yang lebih arif daripadamu atau merujuk kepada kitab2 yang muktabar, tali timba yang pendek masakan dapat menyentuh air pada telaga yang dalam.

Di antara persoalan seperti zikir menari, cium kaki ulama (bukan sujud), tawasul, yaqazah dan seumpamanya sudah lama dibahaskan oleh ulama silam dan mereka membenarkannya dengan nas yang jelas dari Al Quran atau Al Hadis atau kedua-duanya.

Firman Allah yg bermaksud "Bertanyalah pada ahli zikir jika kamu tidak mengetahuinya".

Ketahuilah ilmu disertai dengan zikir melahirkan adab, tawaduk, taqwa, berhati-hati dalam menghukum dan seumpamanya dan ilmu tidak disertai dengan zikir membawa kepada keras hati, cepat menyalahkan orang dan seumpamanya. Semoga Allah memelihara orang yang membaca status ini.

Depa Bergaduh Ke?

May 27, 2015



Reaksi wajah yang menggambarkan seribu makna. Apa kes?

Intisari Ucapan Perbahasan RMK 11 oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

May 26, 2015



Intisari Ucapan Perbahasan RMK 11 oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;

1. Beliau memulakan ucapan dengan menyebut peripentingnya muhasabah dibuat terhadap kesemua RMK yang sudah dibentang sebelum ini bagi mengambil iktibar, bukan sahaja atas kejayaan yang dicapai tetapi termasuklah kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbaiki.
Muhasabah itu penting agar kita telah syukur nikmat kepada bumi tanah air kita ini dan bukannya kufur nikmat sehingga tenggelamlah semua tanpa disedari akibat mengulangi kesilapan sehingga menjadi lebih parah.

2. Segala indeks, angka dan statistik yang dibaca hendaklah berpijak di medan rakyat secara nyata, bukan atas kertas sahaja. Pendapatan tinggi yang tidak saksama dengan kadar inflasi adalah ukuran yang tidak tepat dan menipu diri sendiri. 

3. Adakah kita sudah mampu berdikari tanpa bantuan dan hutang atau kita masih berharap bantuan pihak lain dan dibebani sehingga tidak mampu diatasi..?
Kita masih meneruskan amalan riba yang telah merudumkan ekonomi liberal kapitalisme atau seperti negara bekas sosialis yang mengabdikan rakyat atas nama membela rakyat tertindas.

4. Masalah kemiskinan, penggangguran yang ditampung dengan pekerja asing bukan rakyat sendiri, bergantung kepada cukai yang membebankan seluruh rakyat, masih ada negeri, daerah, kampung,dan pedalaman yang terpinggir dari kemudahan asas, ini semua adalah perkara yang wajib dilihat dengan adil dan berterus-terang. Hubungan Pantai Timur dan Pantai Barat, Malaysia Timur dan Malaysia Barat memerlukan kecanggihan bagi merapatkan jurang antara satu-sama lain. 
Contohnya, Lebuhraya Simpang Pulai-Gua Musang-Terengganu, Lebuhraya Rompin-Negeri Sembilan, Lebuhraya Timur-Barat begitu juga hubungan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah-Sarawak yang perlu didekatkan agar hasilnya dapat digabungkan dan diseimbangkan.

5. Budaya bergantung selamanya kepada Kerajaan perlulah diubah. Masalah ini tidak selesai kerana budaya memberi ikan bukannya mata pancing. Cukai GST diperkenalkan bukti kegagalan menguruskan hasil tanpa cukai, pengurusan kewangan yang lemah akibat boros dan salahlaku.
Kebergantungan kerajaan kepada Government Link Company (GLC), bukannya cara yang baik kerana ia akan membantutkan perkembangan ekonomi rakyat disebabkan berlaku persaingan yang sentiasa memenangkan kerajaan berbanding rakyat. 

6. Ibnu Khaldun sudah pun menyebut 1000 tahun yang lalu: "penglibatan kerajaan dalam aktiviti ekonomi boleh membawa keburukan."
Campurtangan melampau kerajaan mengikut Teori Komunis dan Sosialis telah menghancurkan negara besar sehingga terpaksa melakukan pembaharuan berasaskan ekonomi bebas yang melahirkan pula tokoh kapitalis daripada pemimpin dahulunya pendokong Komunis dan Sosialis.

7. Tema RMK 11 "Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat" gagal tanpa kejayaan pembangunan insan kerana tidak mengikut acuan Allah. Agenda pembangunan insan adalah kunci kejayaan ummat dan negara, yang mengikut fitrahnya iaitu jasad, ruh dan akalnya. Keseluruhan teori ciptaan manusia hanya melihat aspek jasad,yang tidak seimbang dengan akal dan terpisah daripada ruh, menjadikan kebendaan adalah matlamat, bukannya alat bagi memakmurkan bumi maka manusia itu tenggelam menjadi hamba kepada kepentingan kebendaan. 
Ini adalah punca kejatuhan tamadun negara yang paling maju dalam lipatan sejarah hanya tinggal kenangan dan mewarisi peninggalan lambang kezaliman terhadap rakyat walaupun hebat bangunan dan kotanya., sumber manusianya mati ditelan bumi dihumban ke neraka serta dikutuk sejarahnya.

8. Ibnu Khaldun menyebut, "manusia makhluk bertamadun, masyarakat madani boleh menghasilkan pelbagai pekerjaan hasil daripada dirinya dan sumber sekeliling." Contohnya, daripada satu keperluan makanan, bukan sahaja memerlukan pertanian, bahkan mewajibkan adanya industri dan perdagangan, pengangkutan dan jentera yang akan menumbuhkan peluang pekerjaan dan memajukan di mana sahaja bumi kita berpijak dengan syarat diurus dengan bijak dan baik tanpa ada penyelewengan dan kebocoran. 
Golongan penasihat kerajaan mestilah ikhlas,berilmu, beriman dan budiman, bukannya hanya tahu mengampu dan memuji setiap masa.

9. Pelaburan asing yang tidak memberikan pulangan pindahan teknologi bagi mencapai negara maju, kerana pelabur yang bakhil ilmu tanpa meraikan tuan rumah, dan lebih mengundang tenaga asing daripada tenaga tempatan. Kita tidak boleh hanya menjadi pengkalan ekonomi bagi negara besar, dahulu kita pernah menjadi pengkalan keselamatan mereka ketika zaman penjajahan Perang Dunia ke 2 dahulu.
Dalam peperangan itu, 60 % yang menjadi mangsa adalah negara yang dijajah sedangkan rakyat negara penjajah hanya 40% yang menjadi mangsa. Itu dalam peperangan, dalam ekonomi kita juga akan menjadi mangsa jikalau tidak berwaspada. Lebih parah apabila kita dijemput menyertai gagasan mereka, sekadar menjadi khadam bagi memulihkan krisis yang dialami mereka. Kerjasama antara negara itu penting tetapi faedah yang diperoleh itu perlulah secara bersama bukannya sebelah pihak sahaja. 

10. Warisan penjajahan yang meminggirkan Pantai Timur dan Malaysia Timur hendaklah dihapuskan kerana negeri-negeri ini kaya sumber buminya tapi rakyatnya masih miskin dan dipinggirkan apabila dibandingkan dengan Pantai Barat dan Malaysia Barat. Hentikanlah permainan politik yang melampau, jadikan penyelesaian tanggungjawab secara holistik bukan hanya ketika pilihanraya umum dan pilihanraya kecil sahaja. 

11. Perdana Menteri ada menyebut ayat Quran ketika ucapan pembentangan RMK 11 bahawa Allah yang memiliki segala-galanya, dan Allah yang terbaik. Apabila disebut itu, maka kita perlu balik kepada acuan Allah iaitu pembangunan Insan. Tamadun Barat yang diciplak daripada Tamadun Islam itu kini sedang menuju kehancuran kerana mengabaikan aspek ruh. 

12. Peranan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu amat penting bagi menambahkan lagi sumber manusia. Penterjemahan ilmu kepada bahasa kebangsaan akan memberi kemudahan dan lebih cepat melahirkan ilmuan dalam pelbagai lapangan. Lihat contoh negara Jepun, Korea, China, Jerman yang bangkit dengan bahasa mereka sendiri sepertimana Tamadun Islam yang bangkit dengan Bahasa Arab.

13. Akhirnya, beliau mengulas isu antarabangsa iaitu pelarian Rohingya dan IS. Isu pelarian Rohingya bukanlah isu keagamaan semata-mata, tetapi ia adalah isu kemanusiaan. Dalam tahun 1970an dahulu, kita pernah membantu pelarian Vietnam yang datang ke perairan Pantai Timur. Walaupun majoriti penduduk di situ adalah beragama Islam tetapi mereka tetap membantu pelarian tersebut yang bukan beragama Islam yang telah menjadi mangsa kezaliman Perang Vietnam.
Kesannya, hari ini kita mempunyai hubungan yang baik dengan Vietnam.

14. Beliau turut mengingatkan agar tidak berulang lagi sejarah Perang Dunia Kedua. Peristiwa kelahiran ISIS di Asia Barat tidak lain adalah permainan kuasa besar dunia untuk melagakan antara sesama orang Islam di atas nama perbezaan mazhab, kaum, ekonomi dan lain-lain. Ada artikel yang mendedahkan pihak intelligence Barat meletakkan pelampau di kawasan ini bagi menimbulkan ketegangan yang mencetuskan peperangan secara proksi/wakil kepada kuasa besar yang memberi keuntungan daripada syarikat senjata dan syarikat minyak mereka.

*Seperti biasa, ucapan Tuan Guru Presiden PAS sarat dengan ilmu, fakta dan hujjah ilmiah. Beliau menyentuh RMK 11 ini secara kerangka dasar dan sudah pun menyebut di awal ucapan itu bahawa hal yang lebih terperinci dan cabang akan dibahaskan oleh wakil rakyat lain.
Walaupun Tuan Guru berkelulusan agama tetapi beliau berkebolehan dalam berbahas menyentuh hal ekonomi, pentadbiran negara, bahkan politik antarabangsa. Beliau mampu menerangkan sesuatu konsep realiti semasa hari ini dengan diperkukuhkan dalil Al Quran dan Hadis.

Catatan Oleh;
Syed Ahmad Fadhli 
Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

PERINGATAN PRESIDEN PAS

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.


Firman Allah dalam Surah Attaubah ayat 122 :


(وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ)
[Surah At-Tawbah ayat 122]

Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

من يرد الله به خيرا يفقهه فى الدين

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim


Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasul ullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.


Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud :

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).


Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?.

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

( Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Khadam Perjuangan Islam

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

PRESIDEN PAS

Kan Dah Kena!





Dulu bila ada orang kritik isu perumahan di penang, bukan main melenting.

Sekarang nak hentam kerajaan kelantan dan exco, tahu pulak hang cakap dapat berita.

Siapa yang beri maklumat kat hang? Sudah sudah la. Pas tak akan tertegak dengan adu domba dan fitnah.

Sudah-sudah La Fitnah Kerajaan Pas Kelantan



Kamu tahu ke cara urus tanah kelantan? Kamu dapat maklumat tepat ke bagaimana kerajaan negeri kelantan buat persediaan rumah mangsa banjir?

Jangan kita syok tabur berita perkara yang belum pasti kebenaran.

TOK GURU KEPADA TUAN GURU



Pintu pagar tertutup rapat. Garaj kereta kosong. Hanya sebuah lampu yang bernyala. Gelapnya seolah rumah tidak berpenghuni.

Saya cuba dapatkan kepastian apakah rumah itu benar-benar tiada orang. Berkali-kali pintu diketuk, loceng ditekan, dan salam diberi. Namun masih tiada reaksi. Nampaknya semacam memang kosong. Saya berpatah balik hampa.

Sedang saya menolak pagar untuk keluar, nampak kelibat seorang wanita bertudung dari dalam pintu kaca rumah tersebut.

"Alhamdulillah. Ada orang rupanya." getus hati. Dengan gembira, cepat-cepat saya pusing mendapatkannya.

Tidak lama selepas wanita itu masuk ke dalam kembali, muncul pula sebatang tubuh yang uzur, menolak lembar langsir dengan kerusi rodanya. Tersenyum beliau menyambut salam yang saya hulur. Saya turut membalas senyumnya.

Orang itu ialah Dr Muhammad, pengamal perubatan Homeopati dari Kg Bukit Tok Beng. Saya adalah pelanggan setianya sejak anak pertama saya, Miyaz dilahirkan.

Homeopati adalah rawatan alternatif yang merangsang sistem antibodi tubuh untuk melawan penyakit. Prosesnya penyembuhannya agak lama tidak seperti rawatan konvensional/ allopathy, namun ia lebih bersifat semulajadi dan tidak melibatkan bendasing/ unsur bukan makanan dalam ubatannya.

Prinsip yang saya pegang, sebaik-baik ubat adalah makanan, dan sebaik-baik makanan adalah ubat.

خير الدواء ما كان غذاء وخير الغذاء ما كان دواء.

Sejurus bersalaman dan bertanya khabar ringkas, saya terus melabuhkan punggung di kerusi usang berhadapan rak buku Dr Mat. Melihat susunan buku-bukunya, nyata sosok tua itu bukan calang-calang orangnya. Dia guru perubatan, dia guru tasauf, guru politik dan juga guru haraki. Selerakan buku dalam berbagai genre dan bahasa di hadapan saya itu sudah cukup untuk membuktikannya.

Hampir semua buku-buku itu bertanda pada muka surat tertentu. Setiap kali saya datang, buku yang ada di meja kopi pasti bertukar lain. Kadang-kadang timbunan buku tasauf, kadang-kadang buku perubatan, kadang-kadang buku berbahasa Inggeris yang saya sendiri juling untuk mengejanya. Ini menunjukkan dia benar-benar baca, bukan seperti sebahagian orang yang hanya jadikan kitab sebagai alat perhiasan.

"Agak-agak apa pula lepas Azmin jadi MB ni?" Dr Mat bertanya memulakan bicara sambil menyiapkan ubat yang saya pesan. Memang Dr Mat selalu ambil peluang berkongsi pandangan politik setiap kali saya berkunjung. Walaupun dia sudah tidak mampu bergerak jauh, dia tidak pernah lupa mengambil tahu masalah semasa masyarakat. Mindanya terus menjelajah tanpa mempedulikan kudrat empat keratnya.

"Sepatutnya PAS dah boleh relaks. Tengok lah apa pula jadi pada PKR nanti." jawab saya ringkas sebagai mukaddimah. Biasanya saya tidak menjawab sebegini bila ditanya berkait isu Selangor.

Memandangkan soalan pertama pun berbeza dari soalan masyarakat kebanyakan yang saya pernah terima, saya kongsikan banyak pendapat dengannya, samada yang pernah saya tulis di alam maya mahupun yang masih saya pendam. Ternyata Dr Mat menumpukan sepenuh perhatian pada setiap titik yang meniti di bibir ini.

Saya terus luah segala isi hati yang terbuku sejak Anwar umum isterinya sebagai MB. Dr Mat seorang yang berilmu luas. Sudah tentu dia dapat menangkap apa sahaja yang saya maksudkan.

Dari peranan sultan, penglibatan Anwar, pemilihan Azmin seterusnya gelagat Wan Azizah sehinggalah pada penegasan Tuan Guru Ayah Chik, semua topik kami kupas bersama.

Berbeza dengan orang lain, ramai yang saya jumpa memang tidak puas hati dengan sikap Anwar. Mereka sudah cukup selesa dengan cara tadbir TSKI di Selangor. Bila mereka minta saya ulas, saya akan jawab mudah;
"Biasalah adat berpakat. Pemimpin kita lebih tahu kenapa mereka buat keputusan demikian."

Sebelum saya ke rumah Dr Mat pun, masih ada ahli jemaah surau tempat saya berkuliah bertanya soal yang sama . Dengan kesempatan yang singkat sebegitu, saya tidak mahu bicara tentang prinsip dan maqasid jemaah. Risiko mereka salah faham adalah tinggi. Menerang dalam suasana lepak-lepak hanya boleh menukat maqasid jadi mafasid.

Kefahaman tentang maqasid perlu difahami berperingkat dan bermanhaj. Usrah, Liqa Fikr, Daurah, Nadwah dan Tamrin berkala adalah cara yang sepatutnya untuk memahami dengan jelas.

"Ayah Chik tu sibuk. Kurang seminggu sebelum muktamar, beliau terbang ke Indon menemui pimpinan gerakan Islam di sana. Selepas itu, beliau bersidang pula dengan tetamu-tetamu muktamar dari gerakan Islam lain di Johor. Esoknya menyertai muktamar dengan penuh jiwa raga. Selesai sahaja muktamar, beliau terus ke Qatar untuk mesyuarat Kesatuan Ulama Dunia. Semalam balik dari Qatar, hari ini terus ke Sidang Dewan Negeri. Petang itu ke Pengkalan Kubur pula. Lepas PRK ini tak tahulah ke mana pula." Saya membilang jadualnya bimbang tentang kesihatan Ayah Chik.

Dr Mat kan pengamal perubatan. Mungkin dia boleh bagi sikit nasihat untuk saya sampaikan pada Ayah Chik yang masih dalam 'tempoh berpantang' selepas serangan jantung ketika Sidang Gerakan Islam sedunia di Turki dua bulan lepas. Sepatutnya dia masih perlu berehat panjang dari sebarang aktiviti luar.

Ternyata tokoh dunia itu tidak senang untuk duduk berehat tanpa berbuat apa-apa untuk Islam. Kehulu hilir membawa mesej Islam di kotak fikirannya adalah lebih selesa baginya, tanpa menghiraukan kondisi kesihatannya.

"Saya juga hairan dengan Ayah Chik tu. Dari mana beliau dapat 'kuasa' sampai boleh bertahan gagah sampai hari ini. Dulu saya pernah merawatnya. 20 tahun lepas, kesihatan dirinya sudah membimbangkan. Macam-macam penyakit kritikal ada padanya." Balas Dr Mat pula.

"Rasanya kalau orang biasa tu memang dah tak 'cakak' nak ke sana ke mari macam dia tu. Dengar ucapan penangguhan dalam muktamar baru ni pun saya terkejut. Sangat bertenaga macam zaman mudanya."

"Saya rasa kekuatan itu bukan dari dirinya. Itu Maunah Allah. Kalau nak kata karamahpun saya percaya." Tambahnya lagi penuh taajub.

Walaupun Dr Mat lulusan sains perubatan yang biasanya berfikir bersandarkan bukti dan kajian saintifik, beliau tidak pernah menafikan pengaruh unsur metafizik dan spiritual dalam kehidupan. 

Inilah ciri-ciri iman yang dituntut. Yakin kepada takdir kekuasaan Allah tanpa mengenepikan asbab musabbab.

Saya mulai perasan memang Ayah Chik berubah mendadak sejak balik dari persidangan Turki tempoh hari. Sebelum-sebelum ini beliau banyak berehat dan letih. Ucapannya pun perlahan dan pendek. Dia jarang berdiri lama seperti ucapan penangguhan muktamar baru-baru ini.

Menurut Dr Samsuri (SetPol Presiden PAS), antara sebab beliau diserang sakit pun kerana sebelum itu beliau telah memaksa diri berucap dengan nada yang agak keras, demi menegur sikap kebanyakan pemimpin gerakan arab yang masih termakan dengan sentimen sunni-syiah.

Sebelum ini juga pendirian Ayah Chik agak lunak dengan dua tiga orang pemimpin bermasalah dalam jemaah. Sudah banyak aduan yang disampaikan pada Ayah Chik mengenai orang-orang tersebut. Ayah Chik sendiri turut berhadapan dengan mereka, tapi Ayah Chik tetap dengan pendekatan damai, tidak bertegas dan banyak beri muka.

Tapi sejak pulang dari menerima rawatan ini beliau memang lain. Bukan saya sahaja yang perasan. Kawan-kawan yang lebih rapat dengan Ayah Chik pun nampak perbezaannya. Kali ini beliau lebih tegas. Seolah ada satu semangat baru yang dibawa pulang dari tanah constantinople, persis semangat Sultan Al-Fatih dalam perjuangan membuka kota sejarah itu. Tempoh rehat beliau di Hospital Istanbul seperti disuntik 'ubat juang' baru dalam tubuhnya. Nampak sungguh semangat beliau macam orang muda.

Beliau juga lebih ceria kini. Selalu ketawa, suka buat kelakar dan lebih mesra jika dibandingkan dua tiga menjak yang lepas. Semakin lama berjuang semakin kental semangatnya.

Satu perubahan yang menggembirakan!

Masakan tidak. Sejak usia muda lagi, Ayah Chik sudah mewakafkan diri kepada Islam dengan terlibat langsung dalam politik tanahari dan antarabangsa. Pulang dari pengajian, beliau bertugas menjadi pegawai di Yayasan Islam semasa PAS dalam kerajaan campuran. Beliau kerap dihantar oleh Presiden-presiden PAS sebelumnya menghadiri sidang-sidang antarabangsa, selain menangani krisis yang berlaku di peringkat mahasiswa luar negara. Beliau juga antara orang penting dalam merangka manhaj pentarbiyahan PAS yang telah melahirkan ramai graduan berwibawa dan berjasa untuk Islam.

Bahkan sebelum beliau tamat belajar lagi, kerajaan Saudi di zaman Mufti Abdul Aziz Ben Baz telah mengarahkan Ayah Chik berkuliah di Masjidil Haram kepada jemaah haji. Ketokohan beliau telah menawan hati pimpinan ABIM supaya beliau mengepalai ABIM bagi negeri Terengganu, walaupun pada waktu itu beliau telah mencurah komitmen sebagai AJK PAS. Itu belum cerita lagi keajaiban beliau mengarang berpuluh judul buku dalam kepadatan jadualnya.

"Saya pernah mengajar Ayah Chik dulu. Masa dia belajar di Sekolah Menengah Arab Marang kemudian Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, kedua sekolah itu saya mengajarnya." Dr Mat tambah mengimbau perjalanan hidup Ayah Chik.

"Masa sekolah dulu lagi dia sudah berbakat. Waktu saya jadi pengerusi badan khitobah (pidato) di SMASZA, saya lantik beliau jadi setiausahanya walaupun dia masih seorang pelajar." Ujarnya.

Rupanya inilah pendidik Tuan Guru. Sungguh tidak disangka. Orangnya tenang, suaranya perlahan, tempo bicaranya juga perlahan, tapi siapa tahu dialah pencungkil bakat terpendam Ayah Chik selama ini. Besar sekali jasanya melahirkan seorang ulama antarabangsa. 
Dialah 'Tok Guru kepada Tuan Guru'.

Hebat. Patutlah beliau nampak sangat relaks. Rupanya beliau sudah boleh goyang kaki dengan hasil sentuhannya lama dulu. Setiap amalan yang Tuan Guru lakukan hari ini hasil didikan beliau pasti akan mengalir pahala kepadanya jua. Ini yang diajar Nabi: Orang yang menunjuk ajar kebaikan, pahalanya sama seperti yang melakukannya.

الدال على الخير كفاعله.

Sebut pidato, teringat pula cerita arwah Tuan Guru Harun Taib masa mereka belajar di Mesir dulu. Ayah Chik selalu berlatih pidato tak kira masa. Tengah masak, basuh pinggan, menghadap cermin, lidah beliau kerap memperdengarkan pidato-pidato tegas dan lantang. Tidak hairanlah sebuah majalah antarabangsa menobatkan beliau antara tokoh paling petah berpidato di Asia suatu ketika dahulu. 'Fenomena Haji Hadi' zaman awal 80-an dulu adalah suatu catatan sejarah yang perlu dikaji.

Kini Dr Mat sudah berusia 74 tahun. Dia sudah tidak boleh berdiri lama. Hanya kerusi roda peneman setia. Tapi saya suka berkunjung ke rumahnya. Walaupun luas, halamannya sangat bersih. Walaupun cucunya ramai, bingit teriakan dan hilai tawa mereka tidak mengganggu ketenangan itu. Setiap kali saya datang di petang hari, biasanya beliau sedang menyapu halaman rumahnya.

Selain saya, orang tempatan lain juga ramai mendapatkan khidmatnya. Kakak ipar saya dari Pulau Pinang akan memborong ubat-ubatan berpuluh botol apabila pulang ke Terengganu. Menurutnya, sudah banyak klinik homeopati yang dikunjungi namun lebih berpuashati dengan rawatan Dr Mat.

Saya amat terkilan apabila rawatan homeopati seolah dianaktirikan oleh kerajaan Malaysia. Kerajaan lebih mengamalkan perubatan bermodelkan sistem kapitalis. Sepatutnya mereka mengambil langkah proaktif membangunkan perubatan yang hebat ini dari terus ditelan zaman.

Ia bukanlah rawatan tradisional. Ia juga sebahagian rawatan moden, cuma lebih neutral.

Pengasas homeopati adalah seorang doktor dari Jerman kerana tidak berpuashati dengan cara perawatan moden, yang didakwanya banyak 'menyembunyikan penyakit', bukan menyembuhkan.

Dakwanya lagi, ubatan moden/allopathy bermatlamatkan keuntungan semata-mata kerana ianya sebahagian dari projek kapitalis supaya manusia hidup bergantung kepada ubatan yang mereka cipta. Kesan ubat sesuatu penyakit boleh mencipta satu lagi penyakit baru. Kapitalis mahu mencari 'pelanggan tetap' ubatannya.

Wallahualam. Saya bukan pakar kesihatan. Tapi dari pengalaman dan hasil perkongsian orang ramai, ia seolah mengiyakan dakwaan tersebut.

Pengasas homeopati Malaysia pula adalah Dr Burhanudin Helmi, bekas Yang Dipertua PAS tahun 60an yang mati setelah mendekam lama di penjara rejim. Mungkin juga ianya salah satu sebab kerajaan mengenepikan perubatan yang hebat ini sampai sekarang.

Saya belum ceritakan pertemuan ini pada Ayah Chik. Kalau dia tahu, barangkali Ayah Chik mahu ziarahi orang banyak berjasa padanya itu. Mungkin Ayah Chik tidak tahu, dia selalu melintasi rumah Dr Mat sebelum merantau jauh, sebab rumah Dr Mat terletak hanya kira-kira 2km dari lapangan terbang Terengganu. Biasanya Ayah Chik akan cari peluang ziarah kenalannya. Mungkin masa belum mengizinkan.

Setelah hampir 20 minit bersembang, saya minta diri dahulu kerana malam semakin lanjut. Bimbang juga waktu rehatnya terganggu walaupun riak wajahnya masih belum puas bercerita. Lagipun ada beberapa urusan lagi perlu diselesaikan malam itu.

Kepulangan saya diiringi senyuman manisnya. Masih tersusun kemas gigi asli putih melepak. Dengan senyuman itu, saya juga tumpang gembira andai ada anak didik saya yang berjaya seperti Ayah Chik.

(Alang Ibn Shukrimun)
23/9/2014

KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN ISU TAREKAT (MERUJUK LAPORAN EKSKLUSIF UTUSAN MALAYSIA)

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
ISU TAREKAT (MERUJUK LAPORAN EKSKLUSIF UTUSAN MALAYSIA)

1. Amalan tasawuf sememangnya dituntut dalam Islam kerana dengan mengamalkannya dapat membersihkan jiwa, mengamalkan akhlak terpuji dan boleh membuang amalan yang dikeji. Salah satu cara untuk mengamalkan tasawuf adalah melalui tarekat. Suka Jakim menyatakan bahawa semua tarekat adalah dibenarkan kecuali setelah dikaji, dibuktikan dan diputuskan ia bertentangan dengan syariat Islam. Secara keseluruhannya Jakim menganggap semua tarekat adalah baik selagimana tiada salah faham terhadap konsep-konsep tertentu dalam tarekat. (Para wajib)

2. Jakim bersama-sama dengan Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa memantau isu-isu berkenaan dengan tarekat berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai termasuklah isu habaib. Walau bagaimanapun, sebagaimana kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan; Tan Sri Prof Dato’ Dr Abdul Shukor Hussin pada 20 April 2015 yang lalu, kumpulan habaib tidak boleh dikaitkan dengan kumpulan Tarekat Naqsyabandiah Al A’liyyah selagi belum dapat dibuktikan. (Para wajib)

3. Sebelum sesuatu keputusan diambil dan diputuskan di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Jakim akan memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berasaskan kajian terperinci dan mekanisme yang telah ditentukan. Setiap hasil laporan kajian yang dibuat oleh Jakim akan dibentangkan dalam Panel Pakar Akidah (PPA) sebelum dibawa kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

4. Panel Pakar Akidah Jakim adalah terdiri daripada 15 orang pakar dari pelbagai disiplin ilmu khususnya dalam bidang aqidah, tasawuf dan aliran pemikiran.

5. Bagi menentukan kesahihan sesuatu ajaran dalam tarekat tersebut, Panel Pakar Akidah akan memanggil ketua atau wakil dari kumpulan tarekat berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dengan amalan-amalan yang terdapat dalam tarekat tersebut.

6. Ini bermakna, Jakim tidak mengambil mudah dalam membuat sesuatu keputusan dan jawatankuasa menimbang sesuatu perkara dengan begitu teliti termasuklah memanggil dan bertemu dengan wakil kumpulan berkenaan beberapa kali serta melihat sendiri amalan mereka sehinggalah kita benar-benar berpuas hati.

7. Sehubungan dengan itu, saya menasihati orang ramai agar merujuk kepada pihak berautoriti agama dalam memastikan setiap maklumat yang diterima adalah tepat dan tidak mengelirukan. 
Sekian dimaklumkan, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

‘Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
25 Mei 2015

Hentikan serangan terhadap PAS dan Presiden PAS

May 25, 2015

Serangan bertali arus DAP terhadap PAS telah menimbulkan satu keadaan yang sangat tidak selesa dalam hubungan Pakatan Rakyat. Bukan itu sahaja, tindakan DAP ini telah memberikan nafas baru kepada Umno-BN yang semakin lemas dengan isu penipuan 1MDB dan kos sara hidup yang meningkat kerana GST.

Saya telah membuat teguran dan ingatan beberapa kali terhadap sikap pimpinan DAP sebelum ini. Semua pihak melihat Pakatan Rakyat salah satu wadah terbaik bagi menumbangkan BN. Namun, wadah ini perlu memperkasakan ketiga-tiga rakan tahaluf dan bukannya melemahkan mana-mana parti yang menjadi rakan tahaluf. Sepakat pada perkara yang dipersetujui bersama dan jangan mencabuli dasar parti rakan tahaluf dalam perkara berbeza. Semua parti perlu kuat bagi mencapai kemenangan dalam PRU akan datang. Serangan sesama sendiri hanya menguntungkan Umno-BN.

DAP berkali-kali berkata mereka mementingkan Pakatan Rakyat. Tapi tindakan mereka menyerang PAS dan Presiden PAS bertubi-tubi pula membuktikan sebaliknya. Tindakan DAP ini sedang menolak Pakatan Rakyat ke ambang perpecahan.

Isu serangan bertali arus DAP terhadap PAS amat meluatkan akar umbi PAS. Perkara ini dijangka membawa kesan pada muktamar PAS ke 61 yang bakal menjelang. Maruah PAS sebagai parti berwibawa perlu dibela.

Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang PAS. Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf.

Jika tidak, jangan salahkan PAS seandainya tahaluf dengan DAP ini terungkai kerana ahli PAS akan tetap pertahankan prinsip perjuangan parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz.

Betul kata Lim Kit Siang, Allahyarham TGNA sangat sayangkan Pakatan Rakyat. Namun begitu, percayalah beliau tidak akan sesekali menggadaikan prinsip parti demi memenuhi tuntutan rakan tahaluf yang mengharapkan PAS melupakan cita-cita Islamnya.

Di sini, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa tuduhan PAS akan bergabung dengan Umno hanyalah fitnah. Majlis Shura PAS telah menegaskan perkara ini baru-baru ini. Soalan saya masih sama, berapakah kerusikah yang Umno sanggup beri ke PAS sekiranya betul gabungan politik ini berlaku? 40? Hujah ini sahaja sudah cukup untuk mematahkan fitnah ini daripada berterusan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
25 Mei 2015

Bekas Banduan Ditetak Sampai Mati Area Puchong

May 23, 2015



Lokasi : kompleks puchong perdana,berhampiran 7e
Jam : 9 malam 22.05.2015
-----------------------------------------
Seorang bekas banduan ditemui mati akibat ditetak oleh sekumpulan lelaki di hadapan kedai ubat di Puchong Perdana, Selangor malam tadi.

Kejadian berlaku jam 8.30 malam ketika mangsa baru sahaja keluar dari kedai terbabit.

Mangsa yang didatangi kira-kira 8 lelaki menaiki 2 buah motosikal dan sebuah kereta, kemudian diserang dan ditetak.

Mangsa berusia 30 tahun itu dikatakan baru sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 5 bulan lalu.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Penyebar video amukan muhyidin isu 1MDB dikenal pasti

May 21, 2015



Kalau korang dah cam, jangan lupa kongsi dengan kami ok!

Bekas Timbalan Pelajaran Tibai Muhyiddin




Apa masalah? Ramai lagi guru dan pelajar di pedalaman mengalami masalah yang besar. Menteri di Putrajaya dok kalut pasal pelan pembangunan.

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN "BAWA ISU PELARIAN ROHINGYA KE PARLIMEN"

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN

"BAWA ISU PELARIAN ROHINGYA KE PARLIMEN"

Isu kegawatan pelarian Rohingya yang terkandas dan kelaparan dilautan adalah isu kemanusiaan sejagat. Umat Islam seluruh dunia khasnya negara-negara umat Islam perlu bertegas dan memainkan peranan mendesak kerajaan Myanmar agar menghentikan segera pembunuhan dan kezaliman keatas etnik muslim Rohingya.

Gambar-gambar yang terpampang didada akhbar dan media sosial yang sangat menyayat hati membuktikan bahawa satu jenayah perang besar keatas umat Islam Rohingya sedang dilancarkan sekarang. Saya menggesa kerajaan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN agar membawa usul khas bagi membincangkan isu ini serta membuat ketetapan penyelesaian di persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang. Saya telahpun menghantar surat rasmi kepada YAB Perdana Menteri pada petang semalam bagi menyatakan hasrat tersebut.

Umat Islam di Malaysia wajib mendoakan keamanan bagi saudara seakidah kita dan mereka yang dizalimi di Rohingya serta wajib menghulurkan bantuan yang sepatutnya sama ada dari sudut perubatan, pakaian dan makanan kepada pelarian melalui badan-badan yang dipertanggungjawabkan.

YAB USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 3 Sya’ban 1436H / 21 Mei 2015M

ULAMA VS PROFESIONAL KINI PRO-PR VS PRO-UG

May 20, 2015



Sekiranya kita sedar, dahulu laungan Ulama VS Profesional didendangkan sebahagian manusia dalam dan luar PAS. Projek ini adalah untuk menggambarkan persepsi buruk bahawa kepimpinan PAS dari kalangan agamawan pada waktu tersebut adalah anti-profesional. Kononnya kepimpinan PAS jumud kerana hanya memilih agamawan di barisan hadapan.

Laungan tersebut sedikit sebanyak menggoncang PAS. Sejak laungan itu, banyak tampuk kepimpinan yang beralih tangan. Budaya bertanding merebut jawatan dalam PAS mula disuburkan. Sikap sebahagian ulama yang mudah melepaskan pencalonan sekiranya ada pencabar memudahkan perkembangan projek ini. Secara senyap dan terancang, kepimpinan utama berjaya ditawan.

Namun, projek tersebut tidak mampu lagi pergi jauh. Ahli PAS sudah mula menyedari bahawa pertembungan tersebut sebenarnya tidak berlaku. Realitinya ramai profesional yang bersama ulama, tidak kurang juga ulama yang menentang ulama sendiri. Dari awal penubuhan lagi pas diwarnai dengan variasi latar belakang kepimpinan. Bahkan yang mengemukakan Usul Kepimpinan Ulama tahun 80an sendiri adalah pemuda dari golongan profesional.

Dengan penerangan dari para pemimpin, ahli PAS sejati tidak lagi termakan dengan dakyah tersebut. Kalau adapun, hanyalah mereka-mereka yang baru dalam PAS dan tidak mengenali realiti sebenar.

Selepas berakhir validiti projek tersebut, sebuah lagi projek menabur bibit perpecahan didendangkan, iaitu laungan PRO-PR vs PRO-UG. Kononnya PAS hari ini terpecah kepada dua golongan utama; sebelah pihak memperjuangkan kebersamaan dalam PR, dan sebelah pihak lagi digambarkan sebagai anti PR dan mesra BN.

Ternyata tuduhan ini juga berniat jahat. Menggambarkan sebelah pihak yang mempertahankan keaslian PAS dan bersikap kritis terhadap rakan PR sebagai mesra BN dan anti PR adalah keterlaluan. Dakyah ini bertujuan supaya ahli melihat ada pihak yang sayangkan BN dan mahu bersama BN dengan melupakan semua perjuangan kepimpinan terdahulu.

Dengan fitnah sebegini, ramai ahli yang terpedaya dan mula benci terhadap beberapa tokoh. Kebanyakannya adalah ahli-ahli baru yang tidak begitu mengenali batang tubuh tokoh-tokoh dalam PAS. Lebih parah apabila projek kali ini bertujuan menjatuhkan presiden sedia ada. Perkataan UG yang pernah disebut TGHH dijadikan modal evergreen untuk mempalitkan bahawa beliau juga anti-PR dan mesra BN.

Walaupun sudah berkali-kali dijelaskan oleh TGHH dan pimpinan lain bahawa cadangan itu sudah berakhir dan PAS masih bersama PR, tetapi sehingga ke hari ini lafaz itu masih diratib. Program-program membincangkan masadepan PR giat diadakan bagi menimbulkan kononny memang ada usaha penyatuan PAS-UMNO. Soal dosa pahala memfitnah dan melempar persepsi buruk tidak lagi menjadi pertimbangan.

Laungan ini juga sedikit sebanyak menggoncang keharmonian PAS. Mereka yang termakan dengan dakyah sehingga hari ini masih percaya PAS mahu bersama BN. Walaupun rakan PR juga ada menyatakan perkara sama seperti Konsensus Nasional dan Save Malaysia, semua itu dibutakan dari dilaporkan.

Hakikatnya, laungan-laungan di atas adalah roadmap panjang mereka, bertujuan merampas bahtera PAS oleh lanun-lanun politik. Projek tersebut sudah diatur lama dan rapi sebagaimana perancangan Zionis untuk menjatuhkan Khilafah Othmaniah.

Siapakah kepala bana yang merancang perpecahan dalam PAS selama ini? Saya serahkan kepada pembaca untuk mengkaji.

(Alang Ibn Shukrimun)

DIAM LAH LIM GUANG ENG!

Kenyataan Media: Lim Guan Eng Usah Berlagak Sangat, Belajarlah Menghormati Orang

1. Saya selaku Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, menegur Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng yang mengatakan Presiden PAS sebagai penghalang utama bagi membentuk kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Sebagai pemimpin utama di dalam parti demokratik, tidak sewajarnya beliau meneruskan serangan peribadi kepada pemimpin tertinggi parti rakan dalam PR.

2. Pakatan Rakyat dibina atas semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain, di samping tidak meleburkan dasar perjuangan parti masing-masing. Pada hari ini kesemua Ketua Whip DAP, PKR dan PAS telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat iaitu isu kabinet bayangan PR tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen. Setiap parti akan menghantar 2 orang wakil untuk menyertai jawatankuasa tersebut. Ahli Parlimen PR turut menubuhkan Jawatankuasa untuk menilai,mengkaji dan menganalisa Rancangan Malaysia ke 11 yang akan dibentangkan oleh PM Najib pada Khamis ini.

3. Justeru, lebih baik Lim Guan Eng merujuk kepada Ketua Whip DAP, YB Loke Siew Fook dalam hal kabinet bayangan sebelum begitu sibuk menyerang orang lain. 

Saya berharap Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat berhenti mengeluarkan kenyataan yang menyerang antara satu sama lain kerana ia bukan sahaja akan mengeruhkan lagi ikatan hubungan PR bahkan akan memeningkan kepala rakyat yang begitu berharap akan wujudnya kerajaan baru pengganti BN-UMNO pada PRU 14 kelak. Semua pimpinan PR perlu kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan suasana damai dan harmoni.

4. PAS juga sudah membahagikan kesemua 21 orang Ahli Parlimen PAS mengikut portfolio Kementerian supaya dapat dipantau isu berkaitan dengan lebih dekat.

5. Semoga dengan tertubuhnya Jawatankuasa Reformasi Parlimen oleh Pakatan Rakyat akan menjadi medium yang terbaik untuk menambahbaik peranan institusi Parlimen Malaysia agar lebih bebas, efektif dan dihormati.

YB Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
19 Mei 2015

GERAKAN ISLAM ANTARA WALA DAN TAKSUB



Islam mengajar umatnya supaya tajarrud ataupun membebaskan diri dari segala ideologi yang bertentangan dengan ajaran islam. Tidak boleh mencampur adukkan islam dengan ajaran lain apatah lagi mengambil sebahagian ajaran islam dan menolak sebahagian lain. Islam sudah cukup sempurna kerana ia adalah ciptaan Tuhan Maha Sempurna, bukan ciptaan mana-mana manusia yang bersifat lemah.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya cara hidup yang diterima oleh Allah hanyalah islam.

Pun begitu, islam tidak mengajar umatnya supaya menolak sebarang pembaharuan dan idea-idea baru yang bermanfaat selagi tidak bercanggah dengan islam walaupun tidak pernah diamal nabi, sahabat, ulama atau nenek moyang kita sebelum ini. Nabi banyak menggunapakai kehebatan tamadun lain untuk manfaat umat islam seperi matawang dinar dirham, strategi parit (khandaq), cop mohor dan pakaian-pakaian rekaan fesyen Parsi dan Rom. Sirah baginda menceritakan segalanya.

Sabda Nabi:
Kebijaksanaan adalah barangan tercicir milik orang islam. Dimana sahaja yang dia temui, maka dialah yang lebih berhak untuk mengambilnya.

Bahkan, islam mencela pula kita meniru buta amalan dan cara orang-orang dulu tanpa menilai terlebih dahulu dengan ilmu dan realiti semasa. Ia adalah amalan umat-umat dahulu yang enggan menerima dakwah pemulihan dan pembaharuan yang dibawa nabi-nabi mereka sehingga menerima laknat dari Allah.

Saidina Abu Bakar RA memerangi golongan yang enggan bayar zakat. Amirul Mukminin Umar RA banyak memperbaharui sistem pentadbiran pemerintahan islam. Khalifah Uthman pula memusatkan rujukan al-Quran kepada 5 mushaf sahaja dan Imam Ali RA buat pertama kalinya menubuhkan suruhanjaya bebas mengkaji semula jawatan khalifahnya.

Semua contoh ini adalah perkara baru yang belum dibuat di zaman nabi. Generasi islam terdahulu amat mengerti konsep islah dan tajdid.

Sebenarnya tarbiyyah islamiah melahirkan umat yang wala' bukan taksub, kritis bukan ingkar, idealistik juga realistik, terbuka tanpa terbabas, dan berprinsip bukan rigid.

Muhasabah ialah salah satu bentuk check and balance terbaik untuk islam sentiasa bergerak maju kehadapan. Secanggih manapun kereta yang dicipta, tetap dipasang cermin sisi dan cermin pandang belakang. Walaupun kita mungkin tidak mampu untuk meniru cara umat islam dahulu, tapi kita mungkin boleh lakukan yang lebih baik dari mereka.

GERAKAN ISLAM

Sesuai dengan namanya sebagai sebuah 'gerakan', perlu sentiasa bergerak dari satu pendekatan ke satu pendekatan, dari satu strategi ke strategi yang lain, menyusun misi dari tangga pertama hinggalah sampai ke matlamat tertingginya. Kekal dengan tradisi semata-mata adalah siatu bidaah besar. Kata Syeikh Ali An-Nadwi: Menggabungjalinkan antara tradisi lama yang baik dengan penemuan baru yang bermanfaat.

Pendokong islam tidak boleh statik dengan cara kerja orang-orang dahulu sahaja. Perlu difahami cara kerja mereka adalah sesuai dengan keadaan persekitaran mereka di zaman kegemilangan mereka. Ianya perlu sentiasa dimuhasabah dan disegarkan dengan langkah seterusnya. Setiap anak tangga yang didaki memerlukan booster tersendiri, yang mungkin berbeza dengan sebelumnya kerana setiap anak tangga itu punya halangan musuh yang berbeza-beza.

Kata Imam al-Qurafi: Jumud/rigid dengan hanya mengikut kata-kata orang terdahulu selama-lamanya adalah satu kesesatan dan kejahilan terhadap maksud ulama-ulama dan orang terdahulu itu sendiri.

Kalaulah tokoh yang kita sanjungi itu hidup pada zaman kita, pasti mereka akan baharui prinsip lama yang mereka perkenalkan demi tuntutan massa. Nabi Muhammad SAW yang diutus lewat abad ke tujuh tidak lagi bulat-bulat membawa ajaran umat dahulu. Nabi Isa AS juga yang bakal turun akhir zaman nanti tidak lagi membawa ajaran Kitab Injilnya, tetapi menjunjung syariat hari ini. Imam Syafie sendiri terkenal dengan mazhab lama dan mazhab baru demi memenuhi dua latar yang berbeza.

Islam tidak sama dengan mana-mana ajaran yang memuja bapa ideologinya seperti Karl Marx oleh Komunis, Adolf Hitler oleh Nazi, Mahatma Gandhi oleh anti-kasta ataupun Nelson Mandela oleh anti-apartied. Sebarang pujaan melambung terhadap beberapa tokoh dalam islam adalah diluar norma agama. Bahkan mendewa-dewakan batang tubuh Rasulullah SAW sendiri ditegah oleh islam supaya tidak terjadi sepertimana Kristian yang mendewakan Nabi Isa AS.

Merubah strategi pentadbiran, strategi dan cara kerja bukan bermakna kita ingkar terhadap kepimpinan sebelum ini, tetapi itulah makna kita wala' terhadap tarbiyyah yang mereka ajarkan selama ini. Wala' diletak bukan kepada batang tubuh pimpinan dan tokoh semata-mata, tetapi untuk agama Allah jua.

Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

TAKSUB

Pimpinan sendiri sebenarnya rimas dengan anak buah yang tidak kritis yang hanya tahu mengampu dan memuja tanpa menuang idea-idea segar yang boleh membantu mereka memajukan gerakan. Itu bukan taat namanya tapi taksub.

Kadang-kadang mereka tertekan dengan sikap anak buah yang ikut bulat-bulat apa sahaja mereka kata tanpa komen dan istifsar. Seolah-olah membiarkan mereka sendirian memegang payung islam sedangkan yang lain hanya berlindung di balik payungannya. Letih.

Kata-kata seperti "sebelum ni buat macam ni" atau "ustaz tu suruh buat macam tu" atau "Orang dulu tak pernah buat macam ni" harus diminimakan dalam merencana sesuatu. Jika ingin nyatakan juga, datangkan illah dan sebab-sebabnya sekali bukan meniru buta. Belajar cara ulama mengkaji Tarikh Tasyrik sebelum meniru ijtihad terdahulu.

Kalau ianya hadis nabi sekalipun, ulama' tidak terus amalkan dengan zahir makna semata-mata. Asbab Wurudnya perlu dikaji, Nasikh Mansukhnya perlu dikaji, gaya bahasa arabnya perlu dikaji, dan waqi'nya juga perlu dikaji! Telusurilah disiplin Ulum Quran, Ulum Hadis dan Usul Fiqh sebelum berIstinbat.

Kata Imam Syatibi: Beramal dengan zahir nas secara terlampau mengikut sahaja adalah jauh dari maksud syariat. Sebaliknya tidak mempedulikannya juga adalah suatu kecuaian.

Revolusi dan inovasi adalah ajaran islam. Sabdanya:
Barang siapa yang mencetuskan suatu perkara baru yang baik, maka untuknya pahala dan untuknya juga pahala orang lain yang meniru cetusannya sehingga hari kiamat.
Dan barang siapa yang mencetuskan suatu perkara baru yang tidak baik, maka untuknya dosa dan untuknya juga dosa orang lain yang meniru cetusannya sehingga hari kiamat.

WALA'

Dalam menjunjung aspirasi baru, 7 perkara perlu diambil kira:

1. Ikhlaskan niat sebelum berbicara. Jangan mengharap dari lontaran pendapat dan kritikan selain redha Allah dan kebaikan jemaah semata-mata bukan kerana kemasyhuran, kerana dibayar pihak tertentu atau kerana benci/marah/tidak puashati terhadap pihak lain

2. Al-Quran dan Hadis perlu menjadi pegangan utama agar tidak terbabas. Jangan rasa kita lebih bijak dari pencipta kita sendiri dan nabiNya. Hadis larangan mengada-adakan sesuatu yang bukan dari islam (bidaah) harus diteladani sekemasnya.

3. Pengalaman dan pendapat orang dahulu perlu diteliti supaya kita tahu dari titik mana kita harus bermula. Jangan sampai mengulang-ulang kajian yang sudah diterokai dan ditemui jawapannya sejak lama dahulu. Membazir masa dan kurang faedahnya.

4. Beradab dengan ulama'-ulama' lain yang lebih senior. Masing-masing bersungguh berijtihad untuk terus memajukan islam. Cara yang mereka guna adalah yang terbaik untuk zaman mereka. Alimnya kita hari ini pun kerana kesungguhan mereka memelihara agama supaya sampai ke generasi kita.

5. Berani mengakui kesilapan. Sebagaimana kita berani mengkritik, harus juga berani untuk dikritik. Jangan taksub pada pendapat sendiri kerana semua manusia tidak sempurna. Tawadhu adalah sikap terbaik kerana kita berpendapat untuk mencari benar bukan mencari menang. Tazkiyah Nafs adalah ubat untuk membuang ego diri.

6. Mentaati pimpinan selama tidak bercanggah dengan nas. Walaupun ruang perbincangan sentiasa dibuka, itu bukan bermaksud kita boleh menangguh arahan yang dikeluarkan kerana mudaratnya besar melebihi mudarat sekiranya ijtihad pimpinan itu salah. Bahkan, kesilapan sesebuah jemaah adalah hikmah terbesar dari Allah yang menginginkan sesuatu yang terbaik disebaliknya.

Ambil contoh Saidina Ali yang mulanya mempersoal kewajaran tahaluf siyasi antara muslimin dan musyrikin, tetapi akur setelah mengetahui bahawa ia adalah sebuah arahan. Lihat juga contoh Hubaib bin Munzir yang berbincang dengan baik arahan Nabi dalam perang Badr sehingga Nabi mengubah strategi asal untuk menuruti cadangan beliau. Fiqh Siasah harus dihadam rapi.

7. Mengakui bahawa khilaf dalam berpendapat adalah lumrah hidup. Masing-masing ada pendapat dan bukan semua pendapat boleh disatukan. Jalan terbaik ialah menghormati pendapat masing-masing dan akur apabila pandangan kita belum diterima. Walaupun terbukti pandangan Saidina Umar lebih baik, beliau akur dengan keputusan nabi yang memilih pendapat Saidina Abu Bakar dalam beberapa peristiwa. Jika keputusan itu adalah keputusan kepimpinan jemaah, ia adalah yang paling tepat. Fiqh Harakah juga perlu terisi di ruang minda.

Sebagai konklusi, binalah akal dengan tapak akidah, syariat dan akhlak yang mantap terlebih dahulu sebelum membina idea yang mencakar langit.

Muhasabah bersama demi menuju ke arah kebaikan.

(Alang Ibn Shukrimun)
20/4/2014

Rohingya: Selamatkan saudara seagama kita

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | 19 Mei 2015.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut melahirkan rasa simpati serta bimbang saat ribuan rakyat Rohingya yang terkandas di lautan tanpa adanya bekalan makanan dan air yang baik, berpunca daripada penganiayaan kerajaan Myanmar ke atas mereka.

Penganiayaan tampuk kerajaan Myanmar ke atas rakyat Rohingya ini sudah menjadi satu krisis kemanusiaan dan pasti memerlukan bantuan serta tindakan Asean sendiri bagi menyelesaikannya.

PAS menggesa kepada tampuk kerajaan Malaysia yang juga merupakan pengerusi Asean bagi mengadakan perbincangan khas serta mendesak kerajaan Myanmar menghentikan penganiayaan tersebut.

Mereka yang berada pada tampuk kepimpinan Asean perlu lagi bertindak pantas bagi menyediakan bantuan kemanusiaan walaupun penyelesaiannya mengambil masa yang panjang.

Mesti bertindak segera, bukan hanya berbincang berpanjangan tanpa ada tindakan, krisis ini nyata melahirkan kesepakatan bumi serantau Asia bagi menangani konflik yang getir ini.

Justeru, PAS menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama bermunajat dan mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing agar Allah SWT menyelamatkan saudara seagama kita di luar sana.

Pada masa yang sama PAS melalui lajnah dan unit berkaitan pula akan terus membantu dengan berbagai cara untuk meringankan bebanan pelarian Rohingya ini. - HARAKAHDAILY 19/5/2015

Presiden PAS
1 Syaaban 1436 / 19 Mei 2015

Bukan Muslim Pun Sokong Hudud

May 19, 2015



Boleh baca ayat luahan mereka yang mana rumah mereka dipecah masuk. Tengok! Hanya hukum islam adalah hukuman yang paling setimpal.

Ayuh sokong hudud!

Ucapan Morsi bila dijatuhkan hukuman mati

Beliau memetik ayat Surah Ali Imran 171-175

(يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظيم الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ)

Yang bermaksud:

171 – Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

172 – Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.

173 – Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.

174 – Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

175 – Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Seterusnya beliau berucap:

هذا نداء الله لنا جميعا ألا نخشى إلا الله وألا نعود أبدا إلى الوراء وأن نعتصم به سبحانه وأن نقول ونردد دائما:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

هذا يكفينا. الله كافينا. الله سبحانه وتعالى يحب إذا نظر إلى عباده أن يراهم له داعين وبسنته متمسكين وبدينه وبحبله المتين معتصمين.

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ

جئنا برسالة سلام إلى هذا العالم لا نريد حربا ولا عدوانا. وإنما نريد للناس خيرا.

Maksudnya:
“Inilah seruan Allah kepada kita semua, supaya kita tidak takut melainka kepada Allah shj. Supaya kita tidak berpaling ke belakang. Dan supaya kita sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah serta berkata dan kita ulang2kan firman Allah: [Cukuplah ALLAH buat kami, Dialah sebaik2 wakil].

“Ini sudah cukup untuk kita. Allahlah yg mencukupkan (pertolonganNya) untuk kita. Allah sangat suka apabila melihat kepada hambaNya, mereka ketika itu sedang menyeru kepada agama Allah, beramal dengan sunnah (nabi)Nya, berpegang teguh dengan agama dan taliNya. Firman Allah: [Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah semuanya dan janganlah memisahkan diri (dari tali Allah)…]

“Kami datang dengan membawa misi damai ke dunia ini. Kami tidak mahu peperangan dan permusuhan. Sesungguhnya kami hanya mahukan kebaikan untuk sekalian manusia

https://www.youtube.com/watch?v=hEiVJUwyk74

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2015

May 18, 2015




Pihak Kerajaan Negeri Kelantan sangat mengutamakan aspek keselamatan para penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA musim 2015 edisi ke-26 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei 2015 nanti. Saya berharap para penyokong dari Kelantan dapat menjaga solat ketika disana, tatasusila sebagai anak Kelantan dan adab ketika menyaksikan perlawanan tersebut.

Pihak Kerajaan Negeri dengan ini mengisytiharkan tarikh 24 Mei 2015 iaitu hari ahad sebagai hari cuti peristiwa di Negeri Kelantan bagi memberi keselesaan kepada anak-anak Kelantan untuk pulang dengan selesa dan tidak tergesa-gesa. Jaga keselamatan dijalan raya dan jangan berlumba-lumba untuk cepat sampai memandangkan ruang masa masih panjang untuk perjalanan pulang.

Harapan saya agar penyokong Kelantan dapat membawa ruh riadhah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika dan insiden yang tidak bermoral. Saya sendiri menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-Allah.

Pasukan Bola Sepak Kelate Boleh!

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 29 REJAB 1436 / 18 MEI 2015

PAS BERKOCAK ANGKARA BEBERAPA EKOR ANAI-ANAI

May 17, 2015




Benar sekali. Pertembungan dalam PAS memang berlaku. Ia bukan sekadar pertembungan antara individu, jauh sekali antara blok Ulama dan Profesional seperti yang digembar gemburkan. Ada agamawan yang tidak memperjuangkan aspirasi Ulama lain, dan ada profesional lain yang mendokong aspirasi ulama.

Lalu apakah hakikat sebenar pertembungan yang berlaku dalam PAS ini?

Untuk memahami hakikat ini, kita perlu membelek kembali lipatan sejarah sedari penubuhan PAS. Penubuhan Parti Islam Semalaysia ( dahulunya Parti Islam Se-Tanah Melayu) adalah kesinambungan daripada gerakan-gerakan islam sebelumnya ditanah melayu seperti Sarekat Islam dan Hizbul Muslimin Malaya.

Gerakan-gerakan islam ini pula ditubuhkan bertujuan untuk menggalas peranan khilafah setelah pemerintahan Khilafah Uthmaniah Turki dilemahkan oleh kuasa imperialis barat. Walaupun kuasa politik islam hilang, tugas menjaga kepentingan umat islam seperti pendidikan, dakwah, amar makruf nahi mungkar, jihad, kebajikan dan sebagainya tidak berakhir begitu sahaja.

Ulama' mujaddidin waktu itu berijtihad bahawa untuk mengembalikan semula khilafah islamiah dan membawa gagasannya, tidak dapat tidak perlunya kepada kuasa politik, lalu mewajibkan gerakan islam mendaftarkan diri sebagai sebuah parti, maka tertubuhlah PAS.

Perlu disedari walaupun PAS itu adalah sebuah parti politik, ia bukan semata-mata berpolitik, tetapi hakikatnya sebuah 'gerakan islam' yang turut menggunapakai wasilah selain politik dalam usaha meneruskan kewajipan-kewajipan islam. Orientasi sebenar PAS adalah tarbiah (pendidikan), dakwah, dan siasah (politik).

Konflik awal telah berlaku dalam PAS yang terkeliru dengan nama PAS yang didahului dengan perkataan 'parti'. Tidak sedikit yang memahami perjuangan PAS adalah sekadar terlibat dalam bidang politik. Ramai juga yang beraliran kiri menyertai PAS sebagai proksi untuk menghapuskan aliran liberal bawaan british yang memonopoli kerajaan waktu itu.

Setelah beberapa dekad, usaha memurnikan pemikiran sebegini telah berhasil. Penubuhan Majlis Syura Ulama' hasil desakan kepimpinan Dewan Pemuda di zaman Dato' Mustafa Ali berjaya memahat wawasan pengasas PAS terdahulu dalam jiwa-jiwa ahli.

Zaman itulah kita boleh melihat agenda tarbiah merupakan makanan asasi bagi ahli. Cawangan subur dengan usrah. Masjid dan surau dimakmurkan. Institusi pendidikan daripada peringkat pra-sekolah hingga sarjana tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ahli-ahli sanggup berjalan melewati kilometer untuk mendengar amanat-amanat tuan guru dan ulama'. Prestasi ukhuwwah, pengorbanan, thiqah dan wala' berada tahap tertinggi yang pernah dicapai.

Aura ini tidak hanya berlaku dalam masyarakat biasa. Ia turut terbias ke universiti dalam dan luar negara. Mahasiswa begitu pro-aktif membawa kesedaran tarbiah walaupun bukan dalam aliran agama. Kegemilangan zaman ini telah melahirkan tokoh-tokoh politik negara yang ada sekarang. Di luar negara, mahasiswa Timur Tengah dan Barat juga tidak terkecuali.

Walaupun kesedaran islam ini begitu pesat, ia tidak dapat lari pertembungan pendapat. Selain daripada ahli PAS, kebanyakan mahasiswa dan pemikir berpendapat politik demokrasi Malaysia bukanlah ruang yang baik untuk islam. Bahkan ramai juga yang berpendapat menyertai politik adalah satu bidaah yang tidak diharuskan agama. Antara kumpulan yang tidak sependapat dengan ijtihad PAS ini diperingkat awalnya adalah ABIM, IRC dan kumpulan ekstremis yang mengamalkan pendekatan muwajahah bilquwwah.

Apabila generasi idealistik ini tamat pengajian dari kampus, mereka membaca suatu hakikat baru apabila menempuh medan masyarakat, iaitu perlunya pengaruh politik dalam menyebarkan idea mereka kepada umum.

Ringkas cerita merekapun membuat permohonan untuk menyertai PAS yang dahulunya dianggap 'musuh ketat' dari sudut fikrah. Kepimpinan PAS begitu mengenali individu-individu yang berada dalam jemaah yang bertembung dengan fahaman PAS ini, tetapi dasar keterbukaan PAS dalam menerima ahli membuatkan kepimpinan meluluskan jua permohonan ahli mereka. Kepimpinan waktu itu bersangka baik bahawa mereka akan mengikut sesi pentarbiahan PAS dari bawah kembali untuk memahami hakikat perjuangan gerakan tersebut.

Namun ia bukanlah seperti yang diharap. Mereka yang sebelum ini telah melalui percambahan fikrah dari anutan sebelumnya cukup payah menundukkan diri menerima konsep yang dibawa PAS. Pada mereka, PAS tidak lain melainkan sebuah parti yang berjuang demi kuasa politik sama seperti parti-parti yang lain. Mereka juga menghantar wakil untuk berada dalan parti-parti politik lain termasuk UMNO, dan terkini PKR.

Lalu perjuangan mereka didalam PAS tidak lain selain memastikan PAS berjaya di persada politik, secara tidak langsung mengepikan aspek tarbiah dan dakwah. Mereka seolah-olah meletakkan kuasa politik sebagai syarat utama sebelum dakwah dan tarbiah. Selagi kuasa belum diperoleh, kerja tarbiah dan dakwah kepada masyarkat tidak menjadi wajib selain kepada ahli mereka sendiri.

Apabila golongan ini berada dalam PAS, mereka sedaya upaya meraih sokongan ahli supaya diangkat menjadi pemimpin parti. Ditambah dengan sikap tawadhu' sesetengah pemimpin dari kalangan agamawan, kerja-kerja pendakian mereka untuk ke kemuncak jawatan bertambah mudah.

Bermulalah zaman malap bagi sebuah gerakan islam induk Malaysia. Tarbiah tidak lagi menjadi agenda wajib cawangan. Dakwah pada rakyat bukan lagi suatu kelaziman. Ceramah-ceramah umum tidak lagi bercakap soal iman, syurga neraka, ayat-ayat Quran hanya sekadar pembuka majlis, sirah-sirah anbiya' sudah dianggap suatu retorik yang membosankan. Core businessnya hanya bercakap soal strategi politik, pendedahan urus tadbir kerajaan, isu-isu semasa dan sewaktu dengannya.

Alhamdulillah, ada yang menyedari perkara ini. Gerakan memperbetulkan kembali allignment perjuangan mula dipergiat. suara-suara mengadu ketandusan tarbiah bergema dalam siri-siri muktamar dan ijtima negeri. Peranan ulama' kembali didamba bagi meniupkan angin kesedaran islam yang hampir menyembah bumi.

Bermulalah pertembungan apabila 'orang baru' dalam PAS itu tidak senang dengan kesedaran ini. Maka wujudlah program-program membawa dua fikrah berbeza ini kepada masyarakat terutamanya ahli PAS. Program semakin rancak menjelang pemilihan parti. Ada yang mengimport pemain-pemain luar parti untuk membantu merelevankan gagasan yang dibawa. Taktik kotor dan sabotaj juga terpilih menjadi senjata untuk bertahan dan menyerang.

Untuk kembali pada landasan asal, tarbiah adalah bengkelnya. Hidupkan kembali usrah, liqa fikr, tamrin, nadwah dan sewaktu dengannya. Itulah paksi syakhsiah muslim sejati.

Ada yang menafikan perkara ini. Mereka lihat realiti PAS semakin gagah mendaki ke puncak politik. Sokongan pihak luar semakin bertambah, keahlian berduyun-duyun. Kerusi-kerusi DUN bertambah setiap kali PRU walaupun diakui tarbiah semakin pupus. Bagi mereka tarbiah bukanlah faktor utama kekuatan PAS.

Benar, PAS akan tetap gagah sebagai sebuah parti politik tanah air. Tapi sebagai sebuah gerakan islam, PAS amat tenat. Aspirasi politik semakin utuh, tapi kesedaran islam semakin luruh. Peranan khalifah yang mati tidak lagi diwarisi. Yang diperjuangkan sekarang hanyalah kuasa, kuasa dan KUASA!

Jika tiada sebarang langkah untuk memandang cermin sisi dan belakang diambil, kemungkinan gerakan islam ini akan terus mati.

Justeru itu memahami susur pertembungan secara adil adalah perlu. Ia bukan melibatkan perbezaan profesion semata-mata. Ia adalah pertembungan fikrah! Antara fikrah sebuah gerakan, dan sebuah parti.

Disebelah pihak memang meletakkan ulama' sebagai pemuka hadapan, disamping tidak melupakan peranan profesional lain dibelakang. Di sebelah pihak yang lain juga melibatkan peranan ulama', tetapi lebih sekadar tempat bertanya apabila berhadapan pihak satu lagi.

Pertembungan ulama profesional hakikatnya tidak wujud. Ia hanya dicipta untuk memburukkan golongan yang ingin mengembalikan asolah dakwah, seolah-olah pendokong Ulama tamakkan jawatan. Sebelum pemilihan 2011, agamawan dan profesion bekerja secara kolektif di bawah kepimpinan yang satu. Tiada blok profesional yang tidak sebulu dengan ulama'. Pernah ketiga-tiga Naib Pres, bukan dikalangan ulama', tetapi itu tidak menjadi isu kerana yang bukan ulama' bersama membawa aspirasi asal.

(Alang Ibn Shukrimun)

Amutu Iwuji Gomo Budu



Patut la gagah semacam je semalam. Kena budu dah!

Semoga pasukan kelantan berjaya dalam final piala fa nanti.

AYAH CHIK SEBAGAI NELAYAN, PETANI, PENTERNAK DAN PEMBURU

May 16, 2015



Ya, hobi Ayah Chik adalah memancing dan menjala. Malah sebenarnya bukan setakat itu. Dia juga suka memburu, bercucuk tanam dan menternak. Dia mahir dalam berkuda. Dia juga handal menembak. Selain dari itu, dia juga perenang hebat. Sehingga kini, usianya masih tak menghalang untuk beliau terus hidup mesra dengan alam semesta.

Selain dari memiliki sebuah bot kayu, beliau juga memiliki kebun kecil di atas bukit di Rusila. Di sana terdapat bermacam-macam perusahaan seperti tanaman sayur, pohon-pohon buah dan herba, sangkar ikan, kandang ternakan dan berbagai lagi.

Ayah Chik pernah memelihara berbagai jenis haiwan. Beliau pernah memiliki kuda, burung merak, burung unta, angsa, kambing gurun, rusa dan sebagainya. Sewaktu belajar di MDQ dahulu, saya amat suka berkunjung ke rumahnya yang dibuka setiap masa melihat ternakan peliknya itu. Di sanalah tempat pertama kali saya lihat binatang-binatang aneh dalam hidup saya.

Saya juga kerap ke bukitnya melihat ulama itu menguruskan makhluk-makhluk tuhan yang diamanahkan di bahunya. Usai solat Subuh, beliau sering kelihatan memandu sendiri kereta ke bukit untuk menyantuni alam di saat langit masih gelap. Anak-anak dan kawan-kawan sebaya adalah orang utama yang menguruskannya tika Ayah Chik tidak berkesempatan. 

Itu cerita bab darat. Bab laut lain pula ceritanya. Hidupnya memang tak boleh berpisah dengan laut. Beliau membesar dengan laut. Laut dan pantai sudah menjadi teman rapatnya. Itulah tempat beliau melepas tekanan, mengadu kepenatan, merenung visi dan mencetus ilham.

Semasa belajar dulu, saya dan kawan-kawan sering merayau-rayau di pantai selepas sesi persekolahan. Bukan sekali terserempak dengan Ayah Chik sendirian memancing di tengah terik mentari. Hanya joran dan topi tudung saji yang menjadi peneman selain baju pagoda dan kain pelikat. 

Kami pasti akan bertenggek bak anak manja di sebelahnya sambil bertanya macam-macam. Dan beliau pasti akan melayan penuh mesra alam. Memang beliau suka bercerita. 

Kadang-kadang kalau kami segan nak menyapa, beliau akan menyapa dahulu. Masih terbayang wajah yang begitu ceria dan tenang menyambut usapan angin pantai, walaupun jelas tergambar kerut di dahi memikirkan masalah umat. Ya lah, beliau waktu itu adalah seorang Menteri Besar! Seorang MB yang hidup lebih sederhana dari kebanyakan rakyat biasa.

Saya betul-betul rindu akan saat itu.

Saya masih ingat, ketika Karnival Petani, Nelayan dan Penternak yang diadakan di Hulu Terengganu, beliau menerima anugerah sebagai tokoh Petani, Nelayan dan Penternak negeri Terengganu. Sebelum mengumumkan namanya, penganjur membilang satu satu persatu bakti beliau terhadap bumi. Tak sangka insan yang dimaksudkan adalah seorang 'Tok Guru'.

Biasa selepas program-program besar atau dilanda isu-isu besar, beliau akan mengajak ke laut dalam. Berhari-hari beliau di sana. Sangat beruntung mereka yang sempat mengikutinya. Beliau seorang yang tak lokek membuka mulut. Isu yang tak akan lekang di lidah adalah isu-isu antarabangsa. Kita boleh faham peranannya membela nasib umat Islam dunia melalui pemikirannya. Lautan luas itulah saksi terpenting tubuh dan akalnya yang diwakaf untuk Islam.

Laut itu juga saksi satu nyawa telah terselamat dengan keringat beliau. Ketika sedang menjala tahun 2009, beliau mendengar hiruk pikuk manusia bertempik. Orang ramai sedang berkumpul melihat seorang lelaki sedang lemas di laut. Masing-masing tak berani membantu, hanya mampu meminta bantuan dan berdoa.

Dengan pagoda dan pelikatnya, Ayah Chik pantas turun mendekati mangsa. Laungan orang ramai yang menghalang tidak dipedulikannya. Beliau terus berenang dan menarik mangsa ke tepi. Alhamdulillah, Allah izinkan lelaki itu terus hidup dengan wasilah Ayah Chik. Saya yakin masih ramai yang ingat kisah yang mendapat liputan media ini.

Selain laut, beliau juga suka ke sungai. Tempat biasa adalah sekitar Tasik Kenyir. Yang mengiringi hanya teman-teman lama dan ahli keluarga. Dua tiga hari juga mereka berkhemah di hutan sana. 

Selain memancing dan memukat, beliau juga gemar memburu. Bidikannya memang hebat. Ikan, ayam hutan, rusa hasil tangkapannya adalah santapan 'ringkas' siri-siri perkhemahan beliau. Dengan usia yang sudah lebih separuh abad, memang ajaib melihat tenaga dan kekuatannya yang mengalahkan orang muda.

Menurut teman-teman lama sekampung, beliau dari kecil lagi memang seorang yang aktif, berani dan hebat. Dalam permaian bedil, beliau memang digeruni. Budak-budak lain biasa bersembunyi di belakang pokok, tapi Ayah Chik akan terus mara dengan bedilnya, hanya mengelak kiri atau kanan. 

Mungkin kerana 'tarbiyah' inilah, beliau tak gentar berhadapan musuh samada dalam negara mahupun antarabangsa. Pidatonya sering menggegar istana penguasa zalim. Kelibatnya sehingga hari ini ditakuti penjahat-penjahat munafiq.

Cerita bab pertarungan, saya teringat beliau pernah diserang seorang lelaki berparang dihadapan rumahnya lama dahulu. Ketika itu beliau baru pulang lewat malam bersendirian. Sebagaimana orang-orang melayu lama lain, beliau dibekalkan ilmu silat untuk mempertahankan diri. Alhamdulillah, parang di tangan musuh berjaya dijatuhkan sebelum jiran-jiran menerpa.

Catatan di atas hanya sekadar respon terhadap 'hobi' Ayah Chik yang diperkatakan kini. Kalau nak ceritakan mengenai tabiat membacanya pula, rasanya perlu sebuah artikel yang khusus. Membaca bukan lagi dianggap hobi beliau untuk mengisi masa lapang, bahkan itu adalah makanan asasi yang wajib dijadikan santapan saban hari.

Itu belum lagi cerita mengenai pidato, tulisan, ceramah dan pengalaman-pengalamannya dalam seminar, persidangan dan pembentangan dalam dan luar negara. Sejak remaja lagi, beliau sudah terlibat dalam mencerahkan alam buana dengan cahaya Islam. Sungguh bumi amat terhutang budi dengan sebatang tubuh sasa itu.

Sekiranya Tun Mahathir terkenal dengan Wawasan 2020 yang entah kemana sekarang, Ayah Chik dengan auranya telah berjaya membawa wawasan 'batas iman dan kufur' di seluruh Malaysia. Hari ini, tiada lagi orang Islam berani mendakwa diri sebagai sekularis, ataupun mempermainkan secara jelas tentang ajaran Islam.

InsyaAllah sekiranya diberi kesempatan, saya coretkan lagi kisah-kisah mengenai tokoh murabbi ummah insan satu dalam sejuta ini. Ruangan hobi dalam borang biodata diri memang terlalu kecil untuk diisi oleh beliau. Selayaknya kanvas daratan berdakwat lautan perlu untuk digunakan untuk merakam segalanya.

(Alang Ibn Shukrimun)

Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan hari ini sepakat beberapa perkara penting antara yang dinyatakan:



Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan hari ini sepakat beberapa perkara penting antara yang dinyatakan:

¤Wajib anggota PAS terlibat dengan agenda tarbiah dan bagi ahli yang ingin bertanding jawatan penting dalam parti mestilah melepasi merit usrah dan tarbiah.

¤Ulama pelapis dan Alimat digerakkan disemua peringkat dan posisi serta ruang aktiviti diperluaskan lagi.

¤Usaha kearah tatbiq syariah di Kelantan yang dibuat oleh kepimpinan Kerajaan Negeri dan parti PAS disokong dan didokong sepenuhnya oleh seluruh anggota Dewan Ulama disemua peringkat tanpa sekelumit curiga.

¤Adalah ditegaskan agar 'Kepimpinan Ulama' diteruskan tanpa ada apa-apa prangsangka dan dicadangkan agar jawatan presiden dan timbalan presiden PAS adalah daripada kalangan ulama.

¤Semua ahli PAS wajib mengikut keputusan Majlis Syura Ulama dan ketetapan PAS Pusat untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti PASMA. Mana-mana yang terlibat hendaklah diberi nasihat, jika tidak didengari hendaklah diambil tindakan lucut keahlian.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.