News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Tun Mahathir Sudah Nyanyok?

January 30, 2016



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa sesiapa saja yang menegur Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan dibuang dari kepimpinan kerajaan. Katanya kepada Malaysiakini, itu permainan politik Najib.

Satu kenyataan yang ringkas dan menarik. Cukup untuk menggambarkan kepada negara kononnya Najib itu ‘zalim’ dan ‘kejam’. Cukup untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu di mata rakyat.

Terlintas di fikiran penulis, sepanjang Tun M berkuasa selama 22 tahun, pernah atau tidak beliau menukar mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengannya dari kepimpinan kerajaan?

Jawapan penulis, ‘tidak pernah’. Penulis percaya, Tun M ‘tidak pernah’ buang, tukar atau jatuhkan walau seorang pun pemimpin UMNO atau BN yang menegur beliau selama berkuasa di negara kita. Itu ‘benar’, sangat-sangat ‘benar’.

Kerana itulah ramai pemimpin UMNO dan BN di bawah kepimpinannya dahulu bersikap sangat ‘berani’ untuk menegur Tun M ketika memegang jawatan nombor satu negara. Boleh dikatakan hampir setiap minggu Tun M ‘ditegur’, ‘dimarah’, ‘dipertikai’ dan ‘diserang’ selama 22 tahun.

‘Telus’ dan ‘baiknya hati’ Tun M, beliau ‘tidak’ tukar, buang atau ‘cantas’ seorang pun dari kalangan mereka yang menegur beliau ketika itu, bukan? Begitulah ‘suci’nya hati Tun M, bapa kepada Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Ketika menjadi Presiden UMNO pun dulu, beliau ‘tidak pernah’ buang atau pecat sesiapa pun dari UMNO. Kerana itulah semua perwakilan, pemimpin dan ahli akar umbi parti itu riuh rendah menegur beliau dulu. ‘Tiada’ seorang pun diambil tindakan disiplin terhadap mereka. Malah ada yang ‘dipeluk cium’ dan ‘diangkat dijulang’ ke peringkat ‘tertinggi’ karier politiknya.

Tidak perlulah penulis senaraikan nama-nama pemimpin UMNO dan kerajaan dulu yang ‘tidak pernah diambil tindakan’ terhadap mereka. Dari pemimpin atasan hinggalah ke akar umbi, semua pernah merasa seorang sedikit ‘kebaikan hati’ Tun M. Pendek cerita, ada yang sampai meninggal dunia pun masih ‘sayang sangat’ pada Tun M atas tindakan ‘baik hatinya’ itu.

Penulis teringat pada kata-kata Tun M sebelum ini yang mengaku akan buang pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau. Apakah Mukhriz sehaluan dengan Najib? Dipertikai soal RM2.6 bilion secara terbuka, padahal boleh ditanya di dalam mesyuarat MT.

Bila didedahkan kebenaran dan disahkan kerajaan Arab Saudi, tidak dapat terima pula kebenaran itu? Jika dapat terima hakikat, apakah beliau sudah meminta maaf secara terbuka setelah menjejaskan kreadibiliti Presiden parti?

Jadi Mukhriz ‘sehaluan’ dengan Najib dan tidak perlu ‘direhatkan’? Apa Tun M lupa pada ayat sendiri? Atau memang kini Tun M sendiri tergolong dari kalangan ‘Melayu Mudah Lupa’? Cukup-cukuplah menjahanamkan imej sendiri.

Sumber:http://www.mykmu.net/2016/01/mahathir-tidak-pernah-buang-gugur-sesiapa-pun-sepanjang-22-tahun/

Selepas Undian, TG Haji Hadi Pulang Awal Sebab Tak Sihat.

January 27, 2016



Oleh: Syed Ahmad Fadhli

Sekilas Info Pengundian di Parlimen

1. Tidak ada jadual waktu yang tepat bilakah ia akan berlangsung kerana ia hanya boleh dibuat setelah perbahasan dan penggulungan selesai., ada masa cepat, ada masanya lambat.

Contohnya: pengundian TPPA hari ini dibuat pada waktu Maghrib

2. Kaedah Pengundian ada dua iaitu:

a) suara majoriti- kaedah ini termudah dan paling kerap digunakan. Speaker hanya perlu bertanya samada usul disetujukan atau tidak, kemudian Ahli Dewan menjawabnya beramai-ramai dengan menyebut SETUJU atau TIDAK.

Namun, keputusan dibuat bukan bergantung kepada nyaring/kuat bunyi suara jawapan yang diberikan tetapi merujuk kepada jumlah pihak yang mempunyai majoriti dalam dewan.

b) belah bahagian- undi direkod satu persatu secara bertulis melalui Ketua Blok tempat duduk yang membuat catatan samada Setuju, Tidak Setuju, atau Berkecuali (tidak mengundi).

3. Undi tidak rahsia kerana tidak ada kertas undi yang perlu diisi oleh setiap orang secara bersendiri sepertimana dalam Pilihanraya Umum.

Rekod pengundian setiap Ahli Dewan dibuat oleh Ketua Blok, dengan menandakan pada kertas senarai nama yang dipegang olehnya.

Dalam keadaan normal, Ahli Dewan akan mengundi mengikut keputusan parti melalui arahan Ketua Whip Parti masing-masing.
Pihak parti pemerintah sentiasa menang kerana mereka adalah Kerajaan yang mempunyai majoriti melainkan ada Ahli Parlimen Kerajaan yang berani untuk menentang arus dengan mengundi sepertimana Pembangkang.

Adakalanya, Usul Kerajaan juga diluluskan sebulat suara apabila Pembangkang sedia mengenepikan perbezaa untuk bersama menyokong Kerajaan dalam isu yang berkaitan, contohnya isu kemanusiaan di Palestin, menentang ISIS, dan tragedi serangan terhadap Kapal Terbang MH 17.

Keterangan Gambar:

Ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bergerak keluar setelah beliau selesai mengundi menolak TPPA.

Beliau memaklumkan perlu bertolak pulang dan tidak sempat mendengar keputusan pengundian oleh Speaker kerana kurang sihat.

Ustaz Khalil yang turut berada di situ ketika itu bergerak mengiringi Tuan Guru pulang.

Ketika beliau berbahas semalam pun, saya dapat lihat Tuan Guru agak keletihan dengan nada suara beliau yang agak perlahan.

Walau bermacam perli, cacian, kutukan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau, namun tidaklah sesekali ia melemahkan semangat beliau untuk meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran.

Semoga Tuan Guru terus diberikan kekuatan memimpin kami...

PERGIMU SUKAR DICARI GANTI




(Ustaz Haji Ahmad Dusuki Abd Rani)

Apa yang saya lihat sendiri, cara hidup al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz betul-betul mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan hubungan dengan ibunya, Aminah binti Majid. Setiap kali pulang daripada kuliah atau ceramah, Tok Guru pasti akan melihat ibunya terlebih dahulu sebelum dia berjumpa dengan orang-orang lain. Pintu bilik ibunya akan dibuka bagi memastikan ibu berada dalam keadaaan sihat dan selamat.

Pernah sekali, selepas Tok Guru menang pilihan raya dan dilantik sebagai Menteri Besar, ibunya tidak mahu duduk di rumahnya. Sewaktu ibunya sedang mengemas barang, Tok Guru bertanya kepada ibunya, 'Buat pa mek mengemas barang?' Ibunya menjawab 'Mek nak duk di Pahang, nak balik kampung.' Lalu Tok Guru bertanya kembali 'Kenapa mek nak balik kampung pulak' Ibunya menjawab 'Zid (Tok Guru) dah jadi menteri besar, Zid akan duduk di rumah Menteri Besar.'

Setelah dia mendengar jawapan daripda ibunya itu, Tok Guru terus menitiskan air mata. Beliau memberitahu kepada ibunya bahawa dia tidak akan duduk di rumah menteri besar, sebaliknya akan terus tinggal di rumah ini.

Mendengar jawapan tersebut. ibunya terus tidak jadi pindah dan terus menginap bersama Tok Guru. Kejadian ini berlaku pada tahun 1990. Ibu Tok Guru antara orang yang rajin membaca al-Quran. Dia sempat khatam al-Quran tiga hari sekali di penghujung usianya.

Satu lagi perkara yang saya cukup kagumi pada diri Tok Guru ialah, beliau adalah seorang dermawan. Masuk sahaja satu Ramadhan, maka ramailah yang datang meminta bantuan darinya. Tidak ada seorang pun dalam kalangan orang yang meminta bantuan itu pulang dengan tangan kosong. Pasti akan membawa sesuatu walaupun sekadar menerima dalam jumlah yang sedikit.

Banyak kenangan saya bersama Tok Guru. Paling saya ingat adalah ketika mana bermusafir bersama beliau dari pahang sehingga ke Kelantan, kenangan ketika pergi ke setiap kuliah dan ceramahnya serta banyak lagi. Apa yang paling seronok dalam hidup saya, apabila dapat duduk bersama dengan beliau di dalam kenderaan. Saya melihat beliau adalah seorang yang sangat merendah diri. Di dalam kenderaan beliau tidak banyak bercakap. Sebaliknya membasahi lidah dengan zikrullah sepanjang masa, membaca al-Quran dan adakalanya dia mendengar kuliah dari ceramahnya yang dipasang di dalam kereta.
Tok Guru adalah seorang yang lembut dalam ketegasan. Dia akan pastikan anak-anaknya dengar kuliah subuh. Dia akan marah kalau anak-anaknya tidak turun menunaikan solat subuh berjemaah. Inilah cara didikan yang berkesan. Sehingga hari ini saya masih lagi mempraktikkannya disebabkan asuhan yang telah diberikan. Terima Kasih Tok Guru atas nasihat dan bimbingan ini.

"Tiba hari minggu sahaja, Tok Guru akan memanggil saya pergi ke pasar untuk menemani isterinya (Datin Tuan Sabariah). Tok Guru akan tunggu di dalam kereta. Ini kerana, kalau Tok Guru yang pergi ke pasar, dia akan dapat banyak barang secara percuma kerana semua mengenali dan menghormatinya. Oleh sebab itu, Tok Guru suruh isterinya pergi ke pasar dan saya menemani untuk mengangkat barang. Waktu itu saya dalam lingkungan umur 12 tahun."

(TAHNIAH)Akim & The Majistret Juarai AJL30 Menerusi Lagu Potret

January 25, 2016




Written by AbangNara | January 25th, 2016

Sebentar tadi telah pun berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL30). Mungkin atas faktor usia yang semakin meningkat, Abang Nara rasakan AJL30 dah makin tak best. Gegar Vaganza lagi layan. Namun lain orang lain citarasa. Pasti ada yang gembira dan excited melihat persembahan para finalist AJL30.

Berikut adalah keputusan akhir AJL30. Kemenangan Akim & The Majistret pastinya tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi. Sememangnya lagu tersebut power dan awesome. Tahniah!!!

JUARA: Akim & The Majistret (Potret)
NAIB JUARA: Faizal Tahir (Assalamualaikum)
TEMPAT KETIGA: Caliph Buskers (Hanya Namamu)
VOKAL TERBAIK: Dayang Nurfaizah (Tak Akan Menyerah)
PERSEMBAHAN TERBAIK: Akim & The Majistret (Potret)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk penggiat industri muzik terus mencipta karya yang awesome. Apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan AJL30 ini?

Serpihan dipercayai milik MH370 ditemukan di Thailand

January 24, 2016

BANGKOK 24 Jan. – Satu serpihan dipercayai bangkai pesawat ditemukan di kawasan pantai di selatan Thailand, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa serpihan itu merupakan milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada Julai 2014.

Menurut portal Mail Online, serpihan berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang ditemukan oleh penduduk kampung di wilayah Nakhon Si Thammarat.

Ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan berkata, pihak berkuasa telah dimaklumkan tentang penemuan itu dan siasatan akan dijalankan bagi memastikan sama ada serpihan itu berasal dari sebuah pesawat.

KENAPA ADA MERCURY DLM KOSMETIK QU PUTEH?



Pengunaan merkury dalam kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian FDA mengharamkan penggunaannya dalam kosmetik pada tahun 1990.

Pigmentasi ataupun kecerahan warna kulit disebabkan oleh penghasilan melanin. Tompok hitam ataupun kulit gelap boleh disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanocytes, sel yang berfungsi untuk menghasilkan pigmentasi warna kulit.

Pigmentasi warna kulit ini boleh disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, proses penuaan (peningkatan umur) dan juga gangguan hormon semasa bersalin ataupun disebabkan oleh pengambilan ubat.

======
BAGAIMANA MERCURY PUTIHKAN KULIT?
======

Mercury ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil Raksa biasa digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segara. Raksa ini bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses penghasilan melanin yang memberikan warna gelap pada kulit.

Melanin adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit. Melanin ini adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi kulit dari sinaran UV Matahari, walaubagaimanapun, penghasilan melanin yang berlebihan menyebab warna kulit menjadi gelap ataupun tidak sekata.

Selain Raksa, ada beberapa bahan lain lagi yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon. Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).

Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kalli boleh terkumpul kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan dan masuk ke salur darah. Raksa mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.

=====
KESAN BURUK MERCURY
=====

Apabila raksa ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration) dan juga parut. Terdedah kepada raksa untuk jangka yang lama membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.

WHO memberi amaran penggunaan raksa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang dan gangguan Sistem Saraf. Raksa yang tinggi dalam badan juga menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak-kanak.

TANDA-TANDA KERACUNAN MERCURY
*

Tanda-tanda keracunan raksa termasuklah ganguan emosi, letih, hilang ingatan, mudah lupa dan sakit kepala. Keracunan raksa ini juga boleh menyebabkan perubahan tingkah laku seperti cepat terasa, kurang keyakinan diri dan kurang selesa semasa bergaul. Raksa yang berlebihan dalam badan menyebabkan gangguan buah pinggang (membranous nephropathy), badan menggigil dan kekejangan otot.

=====
KENAPA ADA MERCURY DALAM PRODUK QU PUTEH?
=====

Dua produk Vida Beauty iaitu 'Qu Puteh Whitening Pro 9' dan 'Qu Puteh Whitening UV Block' disahkan mengandungi Mercury oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Selain daripada 2 produk kosmetik ini, Vida Beauty juga mempunyai lebih 33 produk kosmetik lain yang bernotifikasi dengan KKM. Produk Qu Puteh Whitening UV Block masih lagi terdapat dalam sistem notifikasi BPFK dengan nombor NOT151106645K.

Ujian saringan bahan beracun ke atas produk kosmetik adalah ujian rutin yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Kualiti, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM. Ujian bahan beracun ini termasuklah ujian hidrokuinon, tertinoin, dan juga had logam berat termasuklah mercury.

Ujian saringan ini dijalankan berdasaran persampelan produk kosmetik di pasaran dan juga berdasarkan aduan yang diterima daripada pengguna. Produk-produk kosmetik seperti krim pemutih dan krim pelansing adalah produk yang berisiko tinggi dicampurkan dengan bahan beracun ini. Oleh itu sampel-sampel produk kategori ini diberikan lebih perhatian untuk diuji.

Dari kajian yang pernah saya jalankan ke atas produk kosmetik semasa bertugas di Pusat Kawalan Kualiti, BPFK, KKM pada tahun 2007 - 2011. Hampir 8 - 10% daripada 300 produk kosmetik di pasaran Malaysia yang diuji sepanjang tahun didapati positif mengandungi bahan beracun. [Screening of Hydroquinone in Cosmetics Products by QCC in 2006 and 2007 by Rahman Baco et. al.]

Sampel kosmetik yang didapati positif mengandungi bahan beracun pada ujian saringan pertama akan diuji semula oleh penganalisa berbeza untuk mengesahkan keputusannya benar-benar tepat. Apabila keputusan telah disahkan, maklumat produk kosmetik beracun ini akan dikongsikan dengan pihak berkuasa kesihatan negara jiran iaitu Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand untuk tindakan selanjutnya sebelum kenyataan akhbar dikeluarkan.

Sebab itulah, posting-posting di media sosial banyak menggunakkan laporan akhbar daripada negara Brunei yang dikeluarkan lebih awal berbanding Malaysia.

Produk kosmetik mengandungi bahan beracun seperti mercury yang dikesan dalam 2 produk jenama Qu Puteh ini boleh berlaku kepada mana-mana jenama kosmetik yang lain dan juga pernah terjadi ke atas jenama kosmetik popular yang lain.

Vida Beauty selaku pemegang pendaftaran produk ini telah mendaftarkan produk kosmetik ini mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Produk kosmetik yang telah didaftarkan akan diberikan nombor Notifikasi yang bermula dengan NOT. Sistem Notifikasi produk kosmetik ini memudahkan proses recall (panggil-balik) produk dari pasaran apabila berlaku kejadian seperti ini.

Pihak Vida Beauty diberi masa 72 jam untuk menarik balik 2 produk kosmetik ini daripada pasaran dan mengambil langkah pembendungan yang perlu.

Tidak adil untuk kita menghukum semua produk keluaran Vida Beauty atau jenama Qu Puteh beracun kerana Vida Beauty mempunyai lebih 30 produk kosmetik atas jenama Qu Puteh dan 2 produk tradisional atas jenama PAMOGA yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

*
"Jadilah Pengguna Yang Bijak Memilih"
*

RAHMAN BACO, Pharmacist
Herbal Choice
Your Halal Trusted Pharmacist

‪#‎vidabeauty‬
‪#‎quputeh‬
‪#‎pamoga‬
‪#‎herbalchoice‬

Berikut senarai produk-produk kosmetik yang disahkan mengandungi bahan-bahan beracun yang diharamkan:

1. Khazanah White Pembersih Wajah
2. Gloskin Krim Malam & Siang
3. Reena's Astringen Lanjutan
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk
5. EETYE Whitening Cream
6. O'Lynn Skin Lightening Cream
7. Hans Beauty Flawless Day Cream
8. Hans Beauty Flawless Night Cream
9. Hans Beauty Treatment Toner
10. AS Beauty Night Cream
11. AS Beauty Day Cream
12. Golden Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden Horse Bio C omplex Cream
14. Dermaceutic Spot Cream
15. Dermaceutic Spot Peel Cream
16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng)
17. Dnars Magic Gold Foundation
18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM
19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream
20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap
21. White Complex
22. SS Pearl Cream
23. SS Vita C Night Repair
24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
25. Natural 99 Night Cream
26. Natural 99 Day Cream
27. SF Beauty Night Cream (Facial)
28. SF Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana Night Revival Cream
30. Blemished Skin Ampoules
31. Golden Horse B&W Cream
32. Felisa Gentle Peeling Solution
33. Krim Malam Rahsia Rimba
34. Eriesya Spa Beauty Cream
35. Natasya Krim Herba
36. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
37. Ratna Sari Whitening Night Cream
38. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
39. Chantique - Whitening Night Cream
40. NV Toner Treatment No 1
41. Zara Rejuvenation Cream
42. Natasya Gold Krim Herba
43. De Putih Night Cream
44. BML HB LOTION
45. Yoko Whitening Cream
46. Sensual Whitening Cream
47. Derma-Rx Arbutin-R Cream
48. EZEE SUNBLOCK CREAM
49. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
50. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute

Senarai penuh produk kosmetik yang diharamkan KKM rujuk di www.bpfk.gov.my

:: TPPA: Senjata Peperangan Ekonomi ::

January 23, 2016


Artikel ini tidak akan menyentuh isi kandungan TPPA kerana sudah ramai yang menulis berkenaan itu. Artikel ini akan cuba menyentuh TPPA di dalam konteks geopolitik. Agenda TPPA adalah sebuah agenda untuk menjajah, mengawal masyarakat melalui sebuah sistem perdagangan dan ekonomi yang menjerat agar sekelompok kecil manusia dapat berkuasa. Inilah sebenarnya kerja-kerja dajjal di akhir zaman. Lihat kata-kata Rockefeller:

“The goal is to get everybody chipped, to control society, to have bankers and the elite control the world” Nicholas Rockefeller (to Aaron Russo, 2005)

Kerajaan pada hari ini dipimpin oleh manusia-manusia yang lebih suka hidup melutut daripada mati mempertahankan sesuatu. Ahli Politik UMNO dan Barisan Nasional tidak mencipta situasi berlaku pada hari ini, tetapi mereka mengambil kesempatan daripada kealpaan rakyat Malaysia. Namun, sedih memikirkan bahawa rakyat marhaen masih tidak peduli ataupun mengambil berat nasib negara dan masa depan generasi mendatang.

Selagimana perut terisi dengan makanan, minda yang kosong dan masa yang dipenuhi dengan hiburan yang mempersona dan melalaikan, rakyat terus tidak peduli manakala pemuja-pemuja berhala moden (duit, kuasa, wanita) bermaharajalela – sebagaimana kata-kata Rockefeller di atas. Mereka tidak perlu membeli nyawa rakyat marhaen. Mereka hanya perlu momokkan rakyat dengan sistem kepercayaan yang mengarut, pilihan-pilihan yang tiada manfaat, dan janji-janji kosong agar sekelompok kecil golongan elit boleh terus berkuasa.

Pemimpin-pemimpin UMNO/Barisan Nasional dan juga mana-mana parti politik di Malaysia yang bersetuju dengan TPPA merupakan entiti yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat di dalam penjajahan bentuk baru ini. Di dalam bukunya, James Rickard menyatakan bahawa RAND Corporation yang dibentuk pada tahun 1949 merupakan think-tank Amerika Syarikat dan menghimpunkan tenaga pemikir yang terhebat di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Antara pelopor agensi ini adalah Herman Kahn, James Schlesinger, Don Rumsfeld, Dick Cheney, Paul Wolfowitz dan sebagainya. Agensi ini bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan sebuah perancangan dominasi global dan pemeliharan keselamatan Amerika Syarikat.

Pada September 2012, sebuah mesyuarat telah diadakan untuk membentangkan kepada Andy Marshall (RAND) berkenaan Sovereign Wealth Fund, pembelian emas dan implikasi keselamatan disebabkan oleh polisi-polisi Federal Reserve Bank. Di dalam pertemuan tersebut, dimaklumkan:

“China has over $3 trillion of investments denominated in the U.S. dollars and every 10% devaluation in the dollar engineered by the Federal Reserve represents a $300 billion dollar real wealth transfer from China to the United States. It is not clear how long China will tolerate this raid on its accumulated wealth. If China were not able to defeat the United States in the air or on the sea, it could attack through … markets” James Rickards, Death of Money

Bank Persekutuan U.S. mempunyai kuasa untuk mengawal nilai dollar Amerika Syarikat. Kerana itu, setiap 10% pengurangan nilai US dollar akan menyebabkan kekayaan Negara China berpindah ke Amerika Syarikat. Ini adalah serangan ekonomi tersembunyi Amerika Syarikat terhadap China. Namun dengan pelaburan sebanyak USD3 trillion di Amerika Syarikat, China mempunyai kapasiti untuk melancarkan serangan balas ekonomi juga. Maka, Presiden Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan berikut:

“Now our enemies are also seeking the ability to sabotage our … financial institutions … We cannot look back years from now and wonder why we did nothing in the face of real threats to our security and our economy” President Barack Obama, February 12, 2013.

Ini bermakna bahawa modus peperangan tidak lagi pada persenjataan, tetapi di dalam penguasaan ekonomi dan perdagangan. Kerana itulah, kita melihat Presiden Amerika Syarikat berusaha memikat Perdana Menteri Malaysia dengan melawat Malaysia sebanyak dua kali di dalam masa dua tahun. Ini bukan kebetulan, malah ini adalah operasi penjajahan yang amat terancang.

Cukuplah untuk dikatakan bahawa pemimpin-pemimpin negara masa kini dan rakyat harus sedar bahawa TPPA adalah sebentuk penjajahan untuk memastikan kelangsungan ekonomi dan keselamatan Amerika Syarikat. Ia tidak ada kaitan dengan kemakmuran Malaysia ataupun kebajikan rakyatnya.

Sekiranya rakyat faham percaturan politik antarabangsa ini dan memahami rantaian New World Order, tidak akan timbul sebarang kesangsian bahawa TPPA adalah sebuah senjata kolonialisasi yang harus dibantah.

Saranan saya kepada kerajaan Malaysia, “Walk away while you can!”

Saranan saya kepada rakyat, “Ayuh! Jumpa di Dataran Merdeka pada 23hb Januari!”

Mohd Prasad bin Hanif
Ketua Penerangan PAS Selangor

Tolak MB: Kumpulan anti-Mukhriz tutup mulut

January 22, 2016

NIZAM ZAIN 22 Januari 2016

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim 'tutup mulut' dan enggan mengulas lanjut mengenai perjumpaan pemimpin Umno Kedah dengan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dalam keadaan tergesa-gesa kira-kira jam 6.40 petang tadi.

Bagaimanapun pergerakan Abdul Azeez dapat 'dihidu' petugas media ketika melalui pintu belakang PWTC yang menghubungkan Hotel Seri Pasific menuju ke kenderaan rasminya.


Biarpun beliau diasak beberapa kali oleh petugas media, namun beliau enggan memberi komen tentang perjumpaan itu.

"Tak ada komen, mesyuarat tadi Alhamdulillah," katanya kepada pemberita sebaik sahaja memasuki kenderaan rasminya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sik, Dr Mansor Abdul Rahman yang muncul di laluan sama selepas Abdul Azeez turut 'menutup mulut' dan terus meninggal petugas media.

"Saya tak boleh bagi komen," tegasnya

Terdahulu, 14 Ketua Umno Bahagian, Adun dan Ahli Parlimen Kedah mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung krisis Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di PWTC, di sini, hari ini.

Ia susulan tindakan Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.

Sidang media itu mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah yang menurutnya dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri

Malaysia, Brunei haram jual produk Qu Puteh



Produk kesihatan dan kosmetik Qu Puteh diharamkan penjualannya di Brunei kerana dikatakan mempunyai bahan berbahaya kepada kesihatan.

Ia adalah antara tiga produk berkenaan diharamkan dijual di kedai dan peruncit dalam talian yang diumumkan Kementerian Kesihatan.

Kesemua produk berkenaan ialah kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal, Qu Puteh Kosmetik Whitening Pro 9 cream dan Qu Puteh Kosmetik Whitening UV Block.

BYE BYE Mukhriz!

January 20, 2016



Wan Suhaijie Aupn

Hari Ini Dalam Sejarah 20 Januari 2016
Hari ini satu sidang media diadakan di Hotel Grand Alora oleh seluruh kepimpinan UMNO Negeri Kedah,Adun2 UMNO Kedah serta Ahli2 Parlimen UMNO Kedah bagi menyatakan pendirian HILANG KEPERCAYAAN terhadap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yg juga Menteri Besar Kedah iaitu DS Mukhriz Mahathir.

Sidang media ini turut dihadiri oleh semua Ketua2 UMNO Bahagian seluruh Kedah kecuali Ketua Bahagian Padang Terap iaitu DS Mahadzir Khalid yg berada di luar negeri ketika ini serta Ketua Bahagian Kulim Bandar Crustacea Dato Aziz Sheikh Padiaq. Lebih menarik lagi apabila beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri Kedah turuit hadir sma bersolidariti mendesak Mukhriz meletak jawatan. Antara EXCO yg hadir adalah YB Dato Tajul Urus,YB Dato Mohd Tajudin Abdullah dan YB Dato Ku Rahman.
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Ketua Puteri Umno Negeri Kedah Puan Norashimah Md Nowar serta Ketua Wanita UMNO Kedah Datuk Maznah Hamid turut sama hadir mendesak Mukhriz untuk meletak jawatan. Ketua2 Pemuda,Puteri dan Wanita Bahagian seluruh Kedah turut hadir. Paling menarik apabila Ahli Parlimen Jerlun YB Dato Othman Aziz serta Ketua2 sayap UMNO Jerlun turut berada bersama di Grand Alora.

Alhamdulillah..nampaknya kini semua pihak sudah mulai sedar dan buka mata tentang kelemahan dan kegagalan Mukhriz dalam mengemudi UMNO Kedah serta mentadbir negeri Kedah. In Sya Allah malam ini kami akan upload video penuh ucapan drp Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Dato Ahmad Bashah yg mewakili kesemua barisan kepimpinan 4 sayap UMNO Kedah serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

Akhir kalam..awak dah checkmate Boboi !!!

UMNO Kedah Hilang Kepercayaan Kepada Mukhriz



Kesian. Hayat mb tak lama. Lagi pun tak banyak benda yang mukhriz buat kat kedah.

Tukar je la mb!

MELEPASKAN NAFSU SYAHWAT DI TENGAH KOTA MANHATTAN

January 17, 2016



Banyak kali juga aku baca berita ni dan cuba baca sumber-sumber yang lain untuk mengesahkannya. Aku ingatkan lawak sahaja, rupanya memang betul! Macam tak percaya, wujud pula satu kumpulan manusia yang menerima amalan sebegini dipromosi di tengah khalayak ramai.

"GuyFi" adalah sebuah booth yang dilengkapi dengan sebuah kerusi dan komputer yg mempunyai "high speed internet" dengan bertujuan memberi "kelepasan" bagi lelaki-lelaki yang sibuk di tengah kesibukan bandar. Di tengah-tengah tempat pejalan kaki di kota Manhattan yang sibuk itu, boleh pula para lelaki memuaskan nafsu mereka di dalam booth ini.

Pada hari pertama ianya dibuka, ia telah mendapat sambutan lebih kurang 100 orang lelaki di kota tersebut!

Inilah hasil 'kebebasan' yang dicanang-canangkan. Orang yang hidup tanpa sebuah panduan yang hakiki, akan sentiasa terpinga-pinga untuk memberi definisi kepada nilai-nilai yang dipegangnya.

Kita mungkin berasa jijik dan merasa perkara ini jelas adalah kerosakan moral yang melampau. Hakikatnya ramai daripada mereka yang memperjuangkan kebebasan, melihat ini sebagai satu ekspresi kebebasan yang mutlak; semua orang berhak buat apa yang mereka mahu, tanpa sesiapa pun yang patut 'impose' nilai-nilai mereka.

Kalaulah malaysia juga berpegang kepada nilai kebebasan yang sama definisinya, maka akhirnya kita tidak akan mampu memberi definisi kepada apa itu 'moral', apakah nilai-nilai yang patut dipegang; kerana akhirnya kita tidak mampu untuk mengatakan 'tidak!' kepada kehendak manusia yang berbeza pendapat dengan kita.

Sebab itulah sesebuah masyarakat dan negara harus dibina berasaskan neraca yang betul, bukannya tunduk kepada hawa nafsu orang ramai semata-mata.

Moga-moga malaysia dipimpin oleh orang-orang yang mempunyai prinsip dan bertindak berpandukan wahyu yang tidak pernah berubah nilai-nilainya. Moga-moga kita juga dapat mengislah diri dan masyarakat, agar terdidik untuk berpegang kepada neraca yang betul dan tidak terpedaya dengan 'langkah-langkah syaitan'.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (2:208)

Sumber: http://m.nydailynews.com/new-york/manhattan/manhattan-guyfi-booth-men-relieve-stress-article-1.2499002

IS nyaris lancar serangan bunuh diri di ibu kota

January 16, 2016

PETALING JAYA: Seorang anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) disahkan merancang untuk melancarkan serangan berani mati di Kuala Lumpur, semalam sebelum dapat diberkas polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata lelaki terbabit yang berumur 28 tahun mahu meletupkan dirinya sendiri selepas menerima arahan daripada warga asing yang juga anggota IS di Syria.

Katanya, serangan berani mati yang dirancang itu bertujuan untuk memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan supaya menghentikan operasi ke atas penangkapan anasir IS di negara ini.

“Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman berjaya memberkas empat individu yang disyaki terbabit IS dalam satu operasi khas yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Tiga daripada suspek yang ditangkap pernah ditahan pihak berkuasa Turki atas cubaan menyeludup masuk ke Syria untuk menyertai IS dan dihantar pulang negara ini, manakala seorang lagi ditahan di Ampang, semalam,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

TAHAJUD AMALAN SEJAK MUDA (DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK)

January 11, 2016



Oleh: Zafrullah Zafrullah

Tok Guru sangat suka membaca. Masanya juga dipenuhi dengan menelaah kitab-kitab agama. Jarang sekali Tok Guru duduk berehat begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa yang bermanfaat untuknya. Setiap kali waktu solat, Tok Guru akan berjemaah di masjid. Waktu malamnya juga diisi dengan amalan ibadat dan seumpamanya.

"Dia seorang yang sangat sederhana. Hidup kami sekeluarga macam orang lain juga. Dia selalu ingatkan saya dan anak-anak bahawa ilmulah harta yang sangat mahal. Ilmu jugalah darjat yang paling tinggi di akhirat."

Tok Guru juga seorang suami yang memudahkan. Dia akan menyediakan keperluan rumah tangga secukupnya. Tapi untuk pakaian isteri dan anak-anak, dia akan beri sejumlah wang dan pandai-pandai Tuan Sabariah memilih apa yang diminati. Dia tidak akan komen tapi sekadar senyum sahaja.

Selain daripada kaut berpegang pada prinsip agama, Tok Guru juga seorang yang zuhud, tidak suka membazir, penyayang dan bercakap perkara yang baik-baik sahaja. Kesederhanaan ini juga dipraktikkan ketika menjadi ketua dan pemimpin dalam masyarakat.

"Sewaktu menjadi menteri besar, pernah sekali Tok Guru membawa saya menghadiri majlis makan malam. Saya memang teruja. Tetapi selepas habis mesyuarat, dia terus ajak saya balik. Saya tanya, kenapa tidak makan terlebih dahulu. Dia cakap, mesyuarat tu sekejap saja tapi jamuan yang diadakan itu belanjanya beratus ribu ringgit. Membazir! Dia tidak mahu bersubahat makan duit rakyat."

Sebagai isteri, Tuan Sabariah juga kagum dengan ketegasan suaminya yang sangat menjaga solat tahajud sejak muda lagi. Dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, Tok Guru gagahkan diri untuk bangun se pertiga malam bagi melakukan rutin itu.

"Setiap jam 3.00 pagi, saya dengar Tok Guru sedang mengaji sebelum bertahajud. Pernah satu ketika, bacaannya sengaja dikuatkan untuk bangunkan saya agar kami sama-sama bertahajud. Inilah amalannya. Walaupun kadangkala balik lambat namun solat tahajud tetap dilakukan."

Isteri Tok Guru Ceritakan Kisah Selepas Kematian Tok Guru Nik Aziz

January 10, 2016



Selepas Tok Guru meninggal, masa saya tidur, saya dengar macam ada orang kejut saya.

Bunyi suara; “Hem...bangun.” Saya terkejut. Saya lihat jam pukul 4 pagi.

Malam yang seterusnya, (5 April) saya dengar orang ketuk pintu bilik saya. Saya sedar, tengok jam pukul 4 pagi.

Esok pagi saya tanya anak menantu: “Farah...ada gerak cek (kejut mak) ke...”.

Farah kata tak ada. Saya berasa macam ada orang kejut setiap pukul 4 pagi. Masa Tok Guru ada, saya biasa bangun pukul 4 pagi. Tok Guru awal lagi bangun.

Dulu masa Tok Guru jadi ahli parlimen, selalu tidak ada di rumah. Saya dengan anak-anak saja di rumah. Bila malam saya tidur, dengar ada orang ketuk pintu. Saya mengadu dengan Tok Guru, takut ada orang ketuk pintu.

Tok Guru jawab: “Itu bukan orang...itu malaikat suruh bangun solat...” katanya memandang saya sambil tersenyum...

-Tuan Sabariah Tuan Ishak

Semoga Tuhan merahmatimu murabbi...

HITAM PUTIH TURKI

January 9, 2016



Masyarakat di sini melihat Kamal Attartuk satu simbol kemodenan yang disanjung sebagai hero pembaharuan kerajaan Turki.

Jasanya dikenang menjadikannya idola yang banyak berjasa kepada Turki walaupun doktrin yang dibawa olehnya bersifat sekularisma. Satu realiti bahawa dirinya dipandang mulia walaupun di kawasan perkampungan sejauh Göreme.

Lelaki bermata biru bernama Attartuk itu meninggalkan kesan yang berbeza pada kita, pemerhati dari Nusantara.

Di negara kita, Attartuk dikenali pemimpin yang menggulingkan Turki dan berjaya musnahkan legasi khalifah Uthmaniyah. Kejayaannya memodenkan Turki sehingga agama berjaya dipisahkan dari dunia. Benih yang ditanam Attartuk berjaya menjadikan Turki sebagaimana hari ini.

Sejarah hanya tinggal sejarah.. hitam dan putihnya masih samar di Turki mahupun di Nusantara.

Masyarakat Turki menjadi lebih barat dari barat.

PELAJARAN BUAT KITA

British telah memberi kemerdekaan kepada kita. Itupun setelah mereka sempat meracun pendidikan kita dan pentadbiran dengan doktrin sekulerisme yang telah berjaya mereka uji kejayaannya di Turki.

Sebelum kita, Indonesia dulu telah berjaya di porak perandakan sistemnya dengan seruan nasionalisma dan demokrasi lalu acuan kejayaan itu dipakaikan pula di Malaya.

Orang yang berperanan membenihkan sosialisme dan urus tadbir pecah dan perintah melalui kesinambungan kolonialisme adalah Sir Henry Gurney.

Jurutera yang telah berjaya membuka penjajahan Palestin sehingga dirampas Yahudi. Malangnya, bagi sejarah Malaysia beliau dikenali sebagai insan yang membawa pembaharuan kepada negara. Namanya terpampang diingati sebagai salah seorang tokoh sejarah negara.

Kalau Turki pun rakyat telah berjaya digelapkan sejarahnya sehingga generasinya tidak dapat membezakan haq dan batil. Anak cucu kita juga sedang mengalami nasib yang sama.

Tanyalah ibubapa mereka, belum tentu ada yang kenal siapa Snouck Hurgronje?
Sejarah yang kita belajar hanyalah untuk memenuhi syarat sekeping sijil.

Bukan untuk pembinaan jati diri.
Bukan untuk mencipta generasi pewaris.

Anak-anak kita sedang mengikut barat sebagai kiblat. Segala cara hidup, dari pakaian sampai kebebasan beragama ligat diperjuangkan.

Segalanya nak disamakan, pakat nak jadi orang putih celup jawa.

SHAUQI
Salam Jumaat dari Amasya, Turki.

Permohonan maaf dari saudara zainol abidin



Semoga perkara ini selesai.

KISAH AKAUN GIRO AL-MARHUM TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

January 7, 2016




Sewaktu berkhidmat di kelantan, saya mengenali Abe Ya atau Zakaria sebagai pegawai keselamatan dan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Loh sebagai pemandu kepada Al-marhum Tok Guru Nik Aziz.

Saya sebenarnya sudah lama terfikir untuk menemui kedua-dua insan ini kerana mereka berpeluang berkhidmat dengan Tuan Guru. Bukan sekejap perkhidmatan mereka tetapi belasan tahun lamanya. Sudah pasti kalau saya ingin menulis, pasti banyak cerita menarik yang dapat saya coretkan daripada pengalaman mereka.

Saya ingin kongsikan sedikit pengalaman bersama Abe Loh. Sungguh bertuah Abe Loh kerana tempat tinggalnya berdekatan dengan kediaman Tok Guru di Pulau Melaka. Siapa yang mengenali Abe Loh ini tentu tahu perwatakannya yang lemah lembut dan suka senyum. Apa yang saya selalu tanya Abe Loh sewaktu menemuinya ketika menghantar Tok Guru ke mana-mana majlis ialah Tajuk tazkirah yang disampaikan oleh Tok Guru di dalam kereta.

Tok Guru pernah beritahu saya, beliau tidak banyak tidur pada waktu malam. Oleh sebab itu Tok Guru biasanya ambil kesempatan untuk lelap seketika sewaktu dalam kereta menuju ke sesuatu majlis terutama yang jauh jaraknya. Jika Tok Guru tidak tidur, maka berpeluanglah pemandu dan pengawal keselamatan mendengar tazkirahnya.

Itu pengalaman biasa dengan Abe Loh. Pengalaman luar biasa berlaku apabila saya terserempak kereta rasmi Tok Guru yang sedang diletakkan di luar sebuah bangunan di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Saya lupa akan nama bangunan tersebut. Tetapi yang masih ingat di situ ada mesin ATM GIRO.

Kebetulan pada masa yang sama, saya ke sana kerana ingin mengeluarkan sejumlah wang. Kalau tidak salah pada waktu itu gaji belum masuk. Rupa-rupanya Abe Loh juga ingin mengeluarkan wang. Disebabkan hanya kami berdua sahaja yang ingin melakukan urusan tersebut maka sempatlah untuk saya bertanya khabar.

Saya beri peluang kepada Abe Loh untuk mengeluarkan wang terlebih dahulu manakala saya berdiri di belakangnya. Tidak berapa lama Abe Loh menoleh ke arah saya sambil tersenyum dan menyuruh saya mengambil giliran. Saya perasan beliau tidak mengeluarkan wang daripada mesin itu. Dia kemudian terus membuat panggilan kepada seseorang.

Selesai urusan saya, sempat kami berbual seketika, Rupa-rupanya Abe Loh diamanahkan untuk mengeluarkan sejumlah wang oleh Tok Guru daripada akaun Gironya untuk dikirimkan pada salah seorang anaknya yang sedang belajar di luar negara. Kalau tidak salah saya, anaknya itu adalah Nik Mohamad Abduh.

Jumlah yang diperlukan bukanlah banyak mana pun. Hanya lebih kurang jumlah yang saya belanjakan untuk beli susu jenis Bebelac untuk anak saya, Muhammad Alif Ameer yang berusia 4 tahun pada ketika itu. Tidak sampai pun RM 400.

"Duit tak cukup..." Kata Abe Loh spontan lalu tersenyum.

"Tok Guru royat gapo tadi bila tahu pitih tak cukup...??" soal saya.

"Semula.... Tunggu gaji." kata Abe Loh.

SubhanALLAH....Seorang yang berstatus Menteri Besar, yang meminpin sebuah kerajan negeri perlu menunggu wang gaji untuk menghantar belanja kepada anaknya.

Mungkin perkara ini hanya berlaku kepada orang biasa sahaja. Tidak mungkin berlaku kepada seseorang yang sama pangkatnya seperti Tok Guru. Tetapi inilah hakikat yang berlaku dan saya menyaksikan sendiri. Mungkin Abe Loh masih ingat peristiwa ini.

Atas sebab inilah, saya tidak pernah susah hati jika tidak ada duit untuk berbelanja. Ini kerana saya sudah menjumpai insan hebat hafal al-Quran pun pernah tidak berduit.

Setakat saya ini, yang hanya hafal beberapa ayat-ayat lazim, itupun yang pendek-pendek, apa nak dihairankan kalau ALLAH bagi rezeki sedikit. Yang peliknya, ada orang yang mempunyai duit berjuta-juta tetapi masih lagi berasa tidak cukup. Maka bersyukurlah.

(Sunarti Kibat - Bekas Wartawan Utusan Malaysia)

Budak Viral Hilang Dah Ditemui Dengan Jantan

January 1, 2016

As Salam Ydh Datuk Seri/Dtuk/Dto/Tuan/Puan

UPDATE;
Bandar Sultan Suleiman Rpt: budak perempuan Melayu l4 th d katakn d culik n d viralkan...
SEK .363KK

Butiran pengadu:

Nama: Asmah Binti Mamai
Kpt: 820810
Alamat:
Pekerjaan: Penyelia

Butiran Mangsa

Nama: Nur Amirah Atirah Binti Abdul Majid
Kpt: 010610
Umur: 14 tahun
Keturunan: Banjar
Alamat:
Ringkasan kes:

Pada 27/12/2015 jam lebih kurang 1430hrs, semasa pengadu sampai di rumah, pengadu telah mendapati anak perempuan pengadu bernama Nur Amirah Atirah @ ira , Kpt: 010610 telah tiada dirumah. Pengadu kemudianya telah menghubungi anak pengadu dan bertanyakan di mana anak pengadu berada dan anak pengadu telah beritahu bahawa dia mahu berjumpa dengan rakannya. Setelah itu, anak pengadu gagal di hubungi dan oleh kerana bimbang akan keselamatan anaknya, pengadu datang ke balai polis untuk membuat laporan.

TINDAKAN
Hasil drpd siasatan teknikal n kajian talian mangsa telah menimbul identiti saspek dan talian tel yg digunakan
Pada 31/12/15 @ 2200Hrs Sepadulan Polis JSJ D8 diketuai olh PT D8 ASP Nazeri dibantu llh peg serbuan Insp Anuar Ibrahim n btn JSJ D8 Bkit Aman tlh thn sebuah m/KAR WJS 6128 di dapati 1L C .1PM n 1 Kanak perepuan melayu umur 6 thn di depan petrol pam petronas Kanchong Darat Banting.
Hasil pemeriksan dapati

1. Perrmpuan melayu nama NUR AMIRAH ATIRAH
(Mangsa)

2. NURQISTINA umur 6 thn

3. GAN CHIN TECK
961127

HASIL SOALSIASATAN AWAL
1. Mangsa mengaku tidak culik sengaja mengadakn diri di culik.

2. Buat panggilan kepada ibu bahwa menyatakan diculik.

3. Lelaki Cina tersebut adalah teman lelaki yg dikenali 1 minggu.

4. Semasa keluar rumah tinggal bersama bapa angkat nama NIZAM di Sg Emas.

5. Tujuan mangsa buat bergini hendak bebas.

6. Mangsa tidak bersekolah brkerja di ASAM PEDAS Bdr Baru Sultan Sulaiman.

7. Mangsa mengaku tiada hubungan sek bersama teman lelaki....d ragui..

Utk maklumam YDH Datuk Seri/Datuk/Dto/Tuan/Puan...
Perkembangan soalsiat akan dkmaklumkn.

Tkaseh

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.