News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Himpunan Anti PM Najib 27 Mac: Salah ke PAS Tidak Bersama?

February 29, 2016

Tidak semena-mena, kenyataan Tuan Guru Presiden PAS bahawa PAS tidak akan menyertai Himpunan tersebut, diputar belit kononnya sebagai bukti nyata bahawa PAS kini bersama UMNO mempertahankan PM Najib.

Persoalan yang patut dijawab:

1) siapa penganjur program tersebut?

2) apa agenda, matlamat dan halatuju program tersebut?

3) adakah apabila PAS tidak mahu ikut rentak-tari politik Tun Mahathir yang hanya mahu menjatuhkan PM Najib demi menyelamatkan survival masa hadapan UMNO itu tindakan yang salah?

4) adakah kita boleh dengan sewenangnya membuat kesimpulan dan hukuman, sesiapa yang tidak hadir program itu bermakna menjadi pembela dan penyokong PM Najib?

Berapa lama lagi mahu bermain dengan politik persepsi dan sentimen emosi semata tanpa berfikir secara realiti dan fakta?

Dahulu pun Tun Abdullah berundur atas desakan Tun Mahathir, lalu digantikan dengan PM Najib.

Adakah hanya dengan menukar individu,masalah boleh selesai?

Sedangkan Tuan Guru Presiden PAS sudah menyebut berulangkali bahawa sistem secara keseluruhan yang perlu diubah.

Sudahkah kita lupa bahawa kebobrokan yang berlaku dalam pemerintahan PM Najib ini ialah mewarisi kemusnahan apa yang telah pun dilakukan oleh Tun Mahathir pada saat beliau berkuasa di takhta dahulu.

Kepada yang begitu berminat dan terpesona dengan langkah ini, teruskanlah, tapi jangan pula hendak paksa PAS untuk ikut apa agenda jangka pendek yang kamu mahukan.

Syed ahmad fadhli

KANTOI ZAHID BAKAL PM!!??

February 27, 2016

Siapa sebenarnya dalang penyingkiran Muhyiddin?!

Seperti yang diramal kebanyakkan pemerhati politik tanahair, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan daripada Umno.

Laporan media menyatakan Muhyiddin digantung keahlian serta merta, sehingga pemilihan Umno 2018. Setiausaha agung Umno mengumumkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Zahid Hamidi akan mengambil alih tugas timbalan presiden.

Penyingkiran Muhyiddin dilihat sebagai 1 tindakan terakhir untuk menghukum pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak isu derma RM2.6 Billion ke akaun peribadi Najib mula dilaporkan.

Muhyiddin mula mengkritik Najib, dengan kedudukannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Najib membalas serangan Muhyiddin dengan menyingkirkan timbalan presiden Umno itu daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kini menyingkirkannya dari jawatan timbalan presiden Umno.

Pemerhati politik pernah menjangka pemecatan Muhyiddin daripada kabinet akan menimbulkan kemarahan ahli Umno dan akan mempercepatkan kejatuhan Najib.

Sebaliknya, dengan penyingkiran 2 orang pengkritiknya daripada kabinet, Najib mengukuhkan kedudukanya dalam Umno. Seorang timbalan presiden dan seorang naib presiden yang dipilih majoriti ahli Umno dilucutkan jawatan mereka dalam kerajaan, tetapi tiada bantahan ataupun tentangan hebat daripada ahli Umno sendiri.

Cukup berbeza dengan situasi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan. Seluruh ahli Majlis Tertinggi Umno dilihat menyokong Najib dalam keputusan itu. Yang membuat bising adalah segelintir kecil ahli Umno yang masih setia kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir dan Muhyiddin sendiri.

Najib tidak pernah tergesa-gesa untuk menyingkirkan Muhyiddin, tetapi lebih berhati-hati dalam percaturan politiknya.

Satu persatu pengkritik Najib disingkirkan tanpa sebarang tentangan. Karisma Mahathir dilihat tidak efektif lagi di kalangan ahli Umno.

Cara Najib mengendalikan seluruh isu skandal 1MDB, SRC International dan derma politik RM2.6 Billion nyata membawa satu imej negatif terhadap perdana menteri itu.

Pengkritik dalam parti disingkirkan, penjawat awam ditamatkan perkhidmatan, diganti, media diharamkan dan rakyat terus diberi amaran.

Segala tindakan ini tidak akan membantu Najib untuk terus menerajui Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Namun begitu, Najib dilihat begitu agresif dalam percaturan politiknya. Apakah sebabnya?

Sedang kita semua membuat kesimpulan, Najib menjadi penggerak penyingkiran Muhyiddin, kita mungkin terlepas pandang satu lagi individu yang menjadi pemain utama dalam drama Umno ini.

Dalam pemilihan Umno yang lalu, kita melihat bagaimana Zahid menjadi naib presiden Umno dengan sokongan yang kuat. Kedua-dua presiden dan timbalan presiden Umno dipilih tanpa bertanding. Jawatan tertinggi dalam hierarki Umno yang melihat persaingan sengit adalah jawatan naib presiden. Zahid muncul sebagai pemenang dalam pemilihan tersebut dan mencatatkan nama sebagai pemimpin utama Umno.

Najib memilih Zahid untuk menggantikan Muhyiddin, kerana Najib memang sedar populariti Zahid di kalangan ahli Umno.

Dengan penyingkiran Muhyiddin semalam, Zahid secara automatik menjadi pengganti Muhyiddin dalam hierarki parti. Dilaporkan semasa pengundian untuk penggantungan Muhyiddin dibuat, Najib dan Zahid meninggalkan mesyuarat.

Najib difahamkan meninggalkan mesyuarat kerana tidak mahu dilihat mendesak Majlis Tertinggi Umno. Tetapi, kenapa Zahid perlu meninggalkan mesyuarat itu?

Walaupun Najib dilihat dan ditonjolkan sebagai penggerak utama penyingkiran Muhyiddin, yang sebenarnya menjadi penggerak dan penyebab utama penyingkiran tersebut bukanlah Najib.

Penggerak utama di sebalik tabir sebenarnya adalah Pemangku Timbalan Presiden Umno, Zahid Hamidi.

Kebanyakkan daripada kita tidak sedar tentang proses peralihan kuasa yang sedang berlaku dalam Umno dan Najib sedang bersiap sedia untuk mengundur diri.

Umno sendiri sedar, jika dipimpin seorang presiden yang penuh dengan skandal, mustahil untuk Umno mengekalkan kuasa.

Najib sendiri sedar akan kenyataan itu. Satu-satunya kebimbangan Najib, bukanlah tentang Umno tetapi dirinya.

Jika Najib mengundur diri dengan dibelenggu skandal kewangan-politik terbesar, kemungkinan besar dirinya akan diburu penentang dalam parti dan pembangkang setelah pengunduranya juga.

Satu-satunya cara untuk melepaskan diri dari segala kepincangan ini adalah melalui cara “strike a deal” dengan penggantinya.

Menurut hierarki Umno, apabila presiden meletak jawatan, secara automatiknya timbalan presiden akan mengambil alih tugasnya.

Walaupun, penyingkiran Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri tidak menjadi masalah besar kerana kuasa mutlak tersebut di bawah perdana menteri, situasinya berbeza dalam parti, di mana timbalan presiden akan menjadi pemangku presiden sejurus presiden mengundur dan mula melaksanakan tugasnya.

Najib memang tidak boleh mengundur diri tatkala Muhyiddin masih menjadi timbalan dalam parti.

Penyingkiran Muhyiddin kini adalah hasil daripada persefahaman antara Najib dan Zahid untuk peralihan kuasa.

Peralihan kuasa itu bakal berlaku dalam beberapa bulan lagi.

Rasanya, keseluruhan MT Umno setuju dengan pelan peralihan kuasa Najib-Zahid.

Mereka hanya menunggu masa untuk menyingkirkan Muhyiddin dari parti dan mantan timbalan itu masuk jerat seperti yang dimahukan kepimpinan Umno.

Penyingkiran Muhyiddin dari jawatan timbalan presiden Umno bukanlah dirancang Najib, tetapi bakal penggantinya dan orang kuat bakal perdana menteri.

Bukankah penyingkiran Muhyiddin akan meningkatkan tentangan? Kenapa Umno atau Najib mahukan serangan berterusan?

Sebenarnya, penyingkiran Muhyiddin adalah untuk mewujudkan laluan kepada Zahid, bukan untuk melindungi Najib atau Umno daripada diserang.

Sejak sebulan yang lalu, beberapa orang pegawai kerajaan dalam jawatan tertinggi dinaikkan pangkat atau ditukar jawatanya. Walaupun, perubahan sedemikian dikatakan urusan pentadbiran, tetapi dapat dilihat sebilangan daripada mereka melaporkan terus kepada timbalan perdana menteri.

Menurut sumber dalaman, bakal perdana menteri akan mencanangkan “Perubahan Dari Dalam” sebagai motonya untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya.

Diperkatakan juga beliau sudahpun melantik beberapa orang pegawai khas yang tidak berasal dari parti politik yang akan menjadi penasihat hal ehwal orang bukan Melayu, untuk mengendalikan mengembalikan kepercayaan mereka kepada Umno-BN.

Malah, keputusan untuk membekukan pengambilan warga asing termasuk 1.5 juta warga Bangladesh untuk berkerja di Malaysia juga diperkatakan sebagai salah 1 gimik yang menonjolkan imej “bakal perdana menteri mendengar kepada rakyat”.

Perubahan besar dalam landskap politik negara dijangka bakal berlaku selepas pilihanraya Sarawak dan tamatnya perkhidmatan gabenor Bank Negara.

Adakah perubahan sedemikian dapat membawa impak kepada Malaysia dan rakyat?

Kita perlu tunggu dan lihat. – 27 Februari, 2016.

#beranikeranabenar

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=458223124386583&substory_index=0&id=429798750562354

Sambutan Tahun Baru Cina PAS Selangor. Anjuran LPN PAS Selangor

February 24, 2016



Sambutan Tahun Baru Cina PAS Selangor.
Anjuran LPN PAS Selangor.

1. Kehadiran fullhouse daripada kalangan masyarakat Cina utk bertemu Presiden PAS.
Tuan Guru Presiden memberikan ucapan menerangkan Islam kepada masyarakat Cina dan bukan Islam.

2. Beliau menjelaskan kesempurnaan Islam dan sikap pendirian Islam terhadap orang bukan Islam dan Cina.

3. Keadilan yang dibawa oleh Islam dan hak bukan Islam yang dijamin oleh Islam.

4. Tuan Guru Presiden menyatakan perbezaan penciptaan kaum dan bangsa adalah ciptaan Allah. Maka hak bukan Islam dan mengekali bahasa dan adat mereka adalah jaminan daripada Islam.

5. Tuan Guru Presiden juga memetik beberapa ayat suci al Quran dan dibaca dihadapan masyarakat bukan Islam dan Cina.

6. Tuan menceritakan bahawa terdapat sejarah lama membuktikan bahawa negara China sudah lama melakukan hubungan dengan Islam dan hubungan perdagangan dengan Arab hatta pada zaman Nabi s.a.w. masih hidup.

7. Sekiranya dalam sejarah pernah melakarkan bahawa negara dan masyarakat Cina dan India pernah menggunakan sistem dan idea Sosialis dan Kapitalis yang akhirnya sistem ini menindas manusia. Kenapa Masyarakat Cina dan India tidak boleh menerima Islam yang ia merupakan sistem hidup yang lengkap.

8. Tuan Guru mengambil contoh bagi menjelaskan perbezaan antara Melayu dan Islam. Lihatlah negeri yang kuat pegangan Islam seperti Kelantan Terengganu dan Kedah yang banyak pengajian Islam dan pondok, dimana negeri2 ini mengamalkan Islam dan masyarakat Cina dan bukan Islam boleh hidup dengan aman di negeri2 ini.

9. Disebabkan umat Islam yang berpendidikan dan pegangan Islam yang kuat tidak menzalimi bukan Islam. Hatta pada peristiwa 13 Mei, negeri2 ini tidak berlaku rusuhan kaum.
Inilah Islam.

Catatan

Ustaz Muhammad Najhan
SU DUPNS
Dewan Hokkien Klang.

PENJELASAN ISU "UMNO BUKAN PARTI SESAT"

February 23, 2016

Artikel saya kelmarin (22 Februari 2016) tentang perintah mahkamah yang menghalang penggunaan nama PAS oleh Kumpulan Islah pada 1990 telah dimanipulasikan oleh satu portal berita iaitu mynewshub dengan memutarbelitkan tajuk asal kepada "Umno bukan parti sesat".

Berita yang dimanipulasikan tersebut boleh diikuti di sesawang di bawah
http://www.mynewshub.cc/2016/02/22/umno-bukan-parti-sesat-pas/

Sedangkan artikel asal saya disiarkan disesawang berikut
http://pas.org.my/arkib/hari-ini-dalam-sejarah-pas/7654-hari-ini-dalam-sejarah-pas-mahkamah-perintah-halang-kumpulan-islah-salah-guna-nama-pas-22-februari-1990

Isu yang dimanipulasikan ialah kenyataan saya tentang sikap Kumpulan Islah yang menganggap Umno dan serpihannya, Semangat 46 adalah kumpulan sesat, sedangkan PAS melihat Umno dan ahli-ahlinya adalah sasaran dakwah. Saya tidak menyebut pun yang pemimpin PAS mengatakan Umno bukan parti sesat.

Yang dimaksud oleh pimpinan PAS ialah kedudukan ahli-ahli Umno yang menolak perjuangan Islam kerana jahil bukanlah jatuh kafir seperti yang dipegang oleh Kumpulan Islah. Sebaliknya Dewan Ulamak PAS yang bersidang di Pondok Pasir Tumbuh hanya meletakkan ahli-ahli Umno yang tahu tetapi menolak Islam secara sedar sahaja mengalami kerosakan akidah. Yang selain itu hanya menjadi zalim dan fasik, lalu ia menjadi kelompok sasaran dakwah PAS yang paling utama.

PAS berpegang bahawa ahli-ahli Umno memainkan peranan penting dalam memenangkan PAS dalam pilihan raya kerana PAS bertanding di kawasan Melayu seperti Kelantan. Perbuatan mengkafirkan Umno secara borong akan merugikan politik PAS.

Tindakan PAS mengadakan tahaluf siasi dengan serpihan Umno seperti PMS46 (1989-1996) dan PKR (1999-sekarang) adalah bertolak dari sikap PAS yang menganggap Umno adalah sasaran dakwah utamanya. Bahkan, hari ini pun PAS masih berusaha mendekati Umno sebagai sasaran dakwah ketika parti sekular kebangsaan itu di ambang keruntuhan.

Saya percaya ada pihak tertentu yang tidak takutkan azab Allah telah memanipulasikan artikel saya dengan menukarkan tajuk berita tersebut, kemudiannya ada pihak lain yang berfahaman serupa membuat print screen pada tajuk dan gambar sahaja lalu diviralkan dengan tujuan yang jahat.

Kepada Allah saya serahkan mereka semua. Semoga Allah memberikan hidayah dan mengampunkan perbuatan jelek mereka itu.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Februari 2016

MENYIMBAH PETROL MEMBUNUH DIRI (LANGKAH SELAMATKAN ISRAEL)

February 22, 2016



MENYIMBAH PETROL MEMBUNUH DIRI (LANGKAH SELAMATKAN ISRAEL)

Ketika Dunia Islam dan umatnya bersemangat menerima berita Intifadah rakyat Palestin yang gagah berani menghadapi keganasan Zionis Israel yang melampau, kerana negaranya yang haram itu dilindungi negara besar berkuasa veto, dibekalkan segala jenis senjata, menggunakan pengaruhnya terhadap media yang tidak adil, monopoli ekonomi dan pengaruh politiknya. Namun sejarah tidak boleh dipadamkan, betapa golongan pelampau Yahudi itu merompak, meroboh rumah kediaman dan menghalau rakyat Palestin. Terkini lebih melampau lagi, apabila melaksanakan usaha membina Haikal Sulaiman (Kuil Yahudi) di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa yang dirancang untuk diroboh, ke arah menakluk dunia dengan menegakkan semula Kerajaan Nabi Sulaiman AS yang sudah tamat risalah kenabiannya, namun dijadikan impian.

Mangsa paling malang ialah penduduk asal Palestin, mengikut konsep asal ketetapan Allah sejak zaman Nabi Ibrahim AS yang menganut Islam mengikut kenyataan Allah SWT. Al-Quran menegaskan :

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ * إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ *

"Tidaklah Ibrahim itu seorang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tetapi sebenarnya dia seorang muslim (menganut Islam ) dan dia juga bukan seorang musyrikin. Sebenarnya, yang lebih utama bersama Ibrahim ialah mereka yang mengikutnya dan Nabi ini (Muhammad SAW) dan orang-orang yang beriman. Dan Allah menjadi Wali kepada orang-orang yang beriman."

(Surah Ali-Imran, ayat 67-68)

Tegasnya bumi Palestin diamanahkan kepada penganut Islam yang sebenar, dan mereka bersikap terbuka terhadap semua panganut agama-agama lain yang berkunjung memuja bumi Palestin tanpa halangan mengikut acara agama masing-masing. Polisi Islam yang terbuka dilaksanakan di Palestin, sejak dibebaskan di zaman Khalifah Umar Al-Khattab RA daripada penjajah Rom Ortodoks yang menyekat penganut bukan Kristian dan Kristian yang tidak semazhab dengan mereka.

Begitu juga dilakukan oleh tentera Salib yang pernah menakluknya, sehinggalah dibebaskan oleh Sultan Salahuddun Al-Ayubi, maka dibuka semula kepada penganut agama–agama yang mengunjunginya termasuk Yahudi. Bahkan kerajaan Uthmaniyyah memberi perlindungan kepada kaum Yahudi yang dibunuh dan dihalau daripada Andalus, menunjukkan Islam mengatasi kebangsaan.

Malangnya barat dan timur bukan Islam tidak menilai budi dan jasa Islam dan tamadunnya, mereka boleh mengiktiraf penaklukan tentera salib yang bermandi darah dan melangkah timbunan mayat, dan menolak Sultan Salahuddin yang adil dan pemaaf terhadap musuh dan melupai sikap terbuka Khilafah Uthmaniyyah.

Kini bumi Palestin dijajah pula oleh Zionis Yahudi selepas Perang Dunia Kedua, dengan lesen merompak dan membunuh oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kuasa veto Kuasa-Kuasa Besar yang menjadi anggota tetapnya. Terkini dilaksanakan perancangan merampas Masjid Al-Aqsa dan meyahudikan bandar sucinya. Mutakhirnya satu usul dibawa ke Kaniset (Parlimen Israel) undang-undang bagi menutup masjid-masjid bermula dengan membatalkan kegiatannya termasuk khutbah dan pengajian di-atas nama menentang keganasan.

Rasulullah SAW telah berjanji dengan sabdanya; “akan muncul satu kumpulan manusia yang bangkit menegakkan kebenaran, mereka tidak mampu ditundukkan oleh orang-orang yang mengecewakan mereka sehingga Allah menentukan kemenangan kepada mereka." Para sahabat RA bertanya; "siapakah kumpulan itu wahai Rasulullah?" Jawabnya; "mereka ialah penduduk Bait Al-Maqdis dan sekitar Bait Al-Maqdis."

(Riwayat Imam Ahmad)

Sejarah merakamkan apabila Negara Haram Israel diisytiharkan mengikut jadual perjanjian Sykes-Picot, berikutnya ditubuhkan negara-negara arab yang dibahagikan kepada pemimpin yang menyokong kuasa besar menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah di atas semangat masing-masing. Samaada nasionalisme Arab atau Sunnah Wahabi Salafi yang menentang Sunni yang tidak semazhab termasuk Turki Uthmaniyyah, begitu juga Shah, Iran bermazhab Syiah dan Raja Yaman bermazhab Zaidiyyah.

Maka kini kalangan negara itu manyambut hari kebangsaan masing-masing kerana berjaya menghalau Turki Uthmaniyyah yang dianggap penjajah dengan sokongan Kuasa Besar Timur dan Barat yang dianggap sahabat karib, berbeza dengan hari kebangsaan kita disini kerana bersempana keluarnya penjajah British dan Belanda.

Di tengah kegembiraan mendapat takhta dan kuasa dengan perlindungan pengkalan tentera negara besar yang bertapak di negeri masing-masing sehingga hari ini, tiba-tiba Negara Israel diisytiharkan tahun 1948 secara haram dan ganas. Kumpulan Islam dan beberapa kumpulan nasionalis bangkit berperang menentang penubuhan Negara Israel dimasa itu di atas nama Islam tanpa mengira bangsa dan mazhab, melaksanakan hasil pertemuan bersejarah di antara Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh di awal abad yang lalu dan di antara Imam Hasan Al-Banna dan Imam Khumaini yang masih muda ditahun 1938.

Hasilnya tercetus kesedaran menentang penubuhan Negara Israel, walau pun hilangnya Khilafah, namun kebangkitan ini dikecewakan oleh negara arab dan Islam yang bersekongkol dengan kuasa besar. Banyak pemimpin menentang penubuhan Israel ditahan di negeri masing-masing kerana bersama perjuangan Palastin bahkan ada yang dibunuh, seperti Hasan Al-Banna daripada gerakan Ikhwan Muslimin Mesir (1949) dan Nawwab Safawi daripada gerakan Fidayyan Islam di Iran (1955) dan lain-lain, namun perjuangan Palastin gagal dipadamkan walaun pun memakan zaman beberapa dekad dan bersenjatakan batu dan tangan.

Kini kita berada dalam era kebangkitan Islam yang sangat dibimbangi oleh semua kuasa besar dunia yang terus bermusuh terhadap Islam yang mendaulatkan negara, bersamanya berlaku Intifadah di Palestin yang gagal dipadamkan. Revolusi Islam di Iran yang tidak dijangka, kejayaan Mujahidin Afghanistan menghalau Tentera Soviet, serta kemaraan parti berteraskan Islam di beberapa negara yang agak bebas. Kuasa Besar yang semuanya bersekongkol menubuhkan Negara haram Israel tidak senang dengan semua perubahan kepada Islam tanpa mengira mazhabnya, termasuk yang bersikap menentang Israel tanpa mengira ideologinya.

Maka Barat mengisytiharkan Order Baru Dunia dan Globalisasi merempuh sempadan selepas gagalnya blok Komunis dan Sosialis dengan berkecainya Negara Besar Soviet setelah kalah di Afghanistan, serta muncul semula cahaya Islam. Islam tetap menjadi sasaran, maka diisytiharkan isu Islamofobia, namun, Negara Islam yang telah merdeka daripada kuasa penjajah masih meneruskan agenda penjajah selepas kemerdekaan mengikut agenda Islamofobianya. Maka masalah dalaman tanahair umat Islam gagal di atasi ,namun Islam juga disalahkan.

Islam telah berjaya memerintah masyarakat majmuk dengan aman lebih daripada seribu tahun. Pemerintah yang adil dan penyelesaian perbezaan mazhab dengan ilmu dan kebijaksanaan oleh para ulamak telah berjaya menyatukan umat. Mazhab Salaf dan Khalaf sudah wujud dalam aspek aqidah, juga Mazhab Fiqh Sunni, Syiah dan Khawarij kerana politik dalaman umat juga sudah lama bertapak, di samping Tareqat Sufi berbagai nama. Kezaliman dan krisis dalaman umat diselesaikan di atas konsep kesatuan umat, dengan sabar dan ilmu tanpa campur tangan asing.

Pihak kuasa besar di zaman kini tiba-tiba berjaya melagakan umat Islam dengan mencetuskan peperangan secara wakalah (proksi) dengan mengambil peluang daripada pemerintahan kuku besi yang zalim di negeri-negeri yang menindas dengan perlindungan mereka juga, dengan mengumpan golongan yang menentang kerajaan termasuk bantuan senjata bagi melahirkan kalangan pelampau di atas nama Islam dan jihad tanpa feqah dan siyasah syariyyah.

Sebenarnya, supaya menimbulkan kekacauan di atas nama Jihad atau Demokrasi atau hak rakyat yang adil dalam masa yang sama mempertahankan kerajaan yang sah. Ucapannya sangat baik tetapi tujuannya sangat jahat terhadap Islam dan penganutnya yang sebenar . Kini apa yang berlaku di Mesir, Syria, Yaman, Arab Saudi, Bahrain dan lain-lain, hukuman terhadap beberapa yang dituduh, termasuk tokoh-tokoh ulamak dan rakyat tanpa mengira mazhabnya, masih ramai lagi dalam penjara.

Adalah agenda musuh Islam, menggunakan slogan yang zahirnya benar dan manis, tetapi niat yang salah dan jahat, tujuannya yang sebenar ialah menyelamatkan Israel dan pengaruh kuasa besar yang bertapak di rantau itu, dengan menggalakkan isu yang kecil dibakar menjadi api fitnah yang besar. Tujuannya laksana mencurah petrol keatas api fitnah yang sengaja di-wujudkan.

Saya tetap berpegang dengan Mazhab Ahli Al-Sunni Wa Al Jamaah dengan keimanan, ilmu dan keyakinan, namun kita diajar tidak mudah mentakfirkan dan menyesatkan mana-mana ahli kiblat yang satu yang berlainan mazhab, walau pun qaulnya terlalu lemah dan ditolak oleh Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun dasar dan rukunnya masih bersamaan.

Majmak Fiqh OIC di Jeddah dan Majmak Buhus Al-Azhar Mesir telah menyenaraikan lapan Mazhab dan beberapa yang lain adalah golongan Ahli Al-Qiblah, sehingga semuanya datang ke-Makkah tanpa halangan. Majmak Buhus Islamiyyah di Mesir mengeluarkan Enseklopedia Fiqh lapan mazhab Ahli Al-Qiblah. Maka sangat malang kalau fatwanya terkini mengikut arus kuasa besar Timur dan Barat yang mempermainkan para ulamak kita, kerana dipergunakan oleh kerajaan yang bertawakkal kepada perlindungan Nato bukannya pertolongan Allah.

Saya menyaksikan dalam hidup saya di negara arab, bagaimana para Jamaah haji bermazhab Syiah daripada Iran, Lubnan, Yamen dan yang lain, di zaman Shah berkuasa di Iran, ketika berhubungan diplomatik yang kukuh dengan negara Israel, di masa itu Iran yang penuh dengan pelacuran, judi, arak dan segala maksiat yang bebas juga bagi jiran arabnya, para jamaah hajinya pula bersembahyang berasingan tanpa mengikut Imam Masjid Makkah dan Madinah, betapa ulamak di masa itu tetap menerima Zaidiyyah dan Imamiyyah, Wahabiyyah dan tidak Wahabiyyah adalah kalangan umat Islam.

Tetapi selepas Revolusi yang dipimpin oleh Imam Khumaini kerana mazhabnya Syiah, bersikap berani terus memutuskan hubungan dengan Negara Israel dan mengisytiharkannya negara haram, negaranya mengharamkan segala kelucahan, sehingga pelancung wanita barat diwajibkan berpakaian sopan, judi, arak dan pelacurannya dimusnahkan, perkara yang tidak khilaf daripada semua mazhab. Para jamaah hajinya diarahkan sembahayang bersama satu imam sahaja, tiba-tiba fatwa-fatwa mengikut arahan kenyataan Bush, Obama dan John Kerry, mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, di arah supaya sunni menyerang syiah habis-habisan dan syiah menyerang sunni, atau sesama mazhab kerana berbeza kebangsaannya, tanpa hujah ilmu yang bijak dengan meletakkan semuanya dalam satu bakul.

Isu Takfir dan menyesat dalam satu umat menjadi sumbu fitnah. Tanpa dinafikan adanya kelakuan murtad di kalangan umat, tetapi Islam menyelesaikannya secara keluarga dalam satu umat dan ilmu dengan konsep menyelamat aqidah secara bijak, termasuk yang murtad kerana kejahilan sendiri dan tipu daya musuh. Lebih malang lagi berdakwah mazhab dalam satu umat, apabila dihidupkan paksaan sunnah mazhab Wahabi di kalangan sunni yang lain atau bertempur syiah dan sunni dalam satu umat, padahal kita tidak diizinkan memaksa orang bukan Islam menganut Islam, tidak dibenarkan memusnahkan gereja dan membunuh paderi dan sami, kerana konsep tiada paksaan dalam agama, mengapa berperang kerana mazhab dan kaum?

Saatnya pula, intifadah di-Palestin menentang pelampau Yahudi sedang bermaharaja gila meroboh rumah rakyat Palastin untuk penempatan Yahudi dan melaksanakan perancangan meroboh Masjid Aqsa bagi diganti dengan Haikal Sulaman (Kuil Besar Yahudi). Negara-negara jiran yang menepuk dada semangat arabnya terus mengecewakan Palastin dan masih banyak berhubungan secara langsung atau berselindung dengan Negara Israel (diplomatik, perdagangan, pelancongan dan yang lain) Bakhil menderma kepada Palestin, pengecut menghadapi Zionis, melakukan pula dengan harta kekayaanya, perkara yang diberi amaran oleh Rasulullah SAW; “kamu akan menyaksikan mereka yang berkaki ayam, bertelanjang, dahulunya papa kedana, gembala-gembala unta dan kambing, tiba-tiba berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi." Ditambah bangunan tinggi dan budaya barat.

Percayalah bahawa Israel dan sekutunya tetap berperang dengan sesiapa sahaja yang tidak mengiktirafnya tanpa mengira mazhab Sunni atau Syiah dan Wahabiyyah atau Asyairah/Maturidiyyah tanpa mengira ideologi kanan atau kiri. Mereka akan mengekalkan Negara Islam dan Parti Islam tanpa cita-cita pelaksanaan Islamnya dan berpolisi mengiktiraf Israel atau bermujamalah dengannya.

Perkara-perkara yang menakjubkan ialah negara serantau khususnya negara-negara Arab sedang menggali kubur sendiri mengikut pelan yang dilakar dan diatur oleh kuasa bekas penjajah, menghidup atau menyuburkan semula krisis mazhab, kaum, kabilah dan ideologi asing. Tujuannya, menubuhkan negara baru mengikut pecahan mazhab Sunni dan Syiah, Arab, Kurdis dan Turkuman, mengikut pengaruh Timur dan Barat tanpa Islamnya.

Bersedia membina gagasan ketenteraan untuk berperang sesama sendiri bukannya menghadapi ancaman Israel dan sebaliknya menguatkan kuasa besar dengan sumber tenaga kurnia Allah dengan wang sekadar jaminan negara yang dianggap berkuasa besar, menjaga harta dan takhta tanpa jatidiri bersama Islam. Bahkan sebarang perubahan kepada Islam dikira ancaman dan bahaya, maka Arab Spring tidak berbuah masak atau dicantas putiknya sebelum masak, pesertanya dibunuh, diburu, disumbat kedalam penjara.

Sepatutnya mereka bersatu di atas perkara yang sama, dalam perkara rukun agama, politik dan ekonomi yang tidak berbeza. Adapun dalam perkara yang berbeza berbincang secara ilmu di kalangan ahlinya dengan adab-adab ikhtilaf yang menyatukan umat walau pun adanya perbezaan di antara satu sama lain. Segala-galanya boleh dilakukan apabila kembali kepada Islam. Sangat tidak patut menerima jaminan Naib Presiden Amerika Syarikat John Baiden bahawa Amerika akan membatu Turki dan Arab bagi menentang Syiah.

Khalifah Umar Al-Khattab RA pernah menegaskan :

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغي العز بغير ما أعزنا الله أذلنا الله

"Kita adalah Umat yang diperkasakan oleh Allah bersama Islam, sekiranya kita mencari kekuatan dengan cara yang lain daripada Islam nescaya kita dihukum oleh Allah menjadi hina."

Sepatutnya OIC berperanan membina kekuatan Islam serantau dan sedunia dan para ulamanya menyatukan umat dengan ilmu dan hujjah yang adil yang kaya bersama Islam yang sumber asasinya tetap dipelihara Allah.

Tegakkan Islam yang menyatukan bangsa dan umat semuanya selamat, tetap tidak selamat dengan menegakkan semangat kebangsaan atau mazhab dan ideologi tanpa Islamnya menghilangkan jati diri bangsa dan memusnahkannya.

Maka sepatutnya Arab, Iran dan Turki bersatu bersama Islam menjadi barisan hadapan kepada seluruh umat Islam, menghadapi Israel dan semua kuasa besar dibelakangnya. Malangnya dilagakan untuk menghancur diri sendiri, sehingga perjuangan Palestin dibiarkan ersendirian.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

13 Jamadil Awal 1437

Satu Lagi 'Pembaziran' Azmin Ali



BAS SEKOLAH PERCUMA DI PJS

22 FEBRUARI 2016 - MBPJ menyediakan perkhidmatan bas sekolah PERCUMA.

Saya turut serta dalam bas meninjau perkhidmatan yang disediakan.

Sebelum ini, pelajar menaiki bas Rapid untuk awam. Kebanyakkan adalah pelajar sekolah menengah.

Pelajar lebih suka menaiki bas sekolah tersebut berbanding bas awam kerana laluannya khusus ke sekolah-sekolah.

Haniza Talha

DAP Nak Bergabung Dengan BN Dalam Pr Sarawak? Wow!

February 21, 2016



Setiap hari parti dalam Pakatan Hopeless berperang sesama sendiri, tiba-tiba akhirnya DAP mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan BN di Sarawak.

Ha-ha-ha!
--
Gabungan antara Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bagi membentuk kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang mustahil.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pada dasarnya BN tidak akan menerima DAP menyertai kumpulan itu kerana parti dari Semenanjung Malaysia itu mempunyai objektif serta organisasi berbeza dengan BN.

Menurutnya BN dan DAP mempunyai sejarah dan objektif tersendiri, yang boleh menimbulkan masalah sekiranya kedua-dua parti itu bekerjasama membentuk satu kerajaan.

“DAP berjuang bertahun-tahun, dilihat ‘cauvanis’, parti bersifat perkauman.

“Mungkin berusaha mendekati kaum lain sejak beberapa tahun lalu untuk dilihat parti pelbagai kaum namun hakikatnya ahli parti itu sebahagian besarnya adalah Cina.

“Walaupun tiada yang mustahil dalam politik, namun melihat senario politik sekarang prospek kerajaan gabungan antara BN dan DAP nampak ‘hampir sifar’ dan mustahil,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan dengan BN Sarawak di peringkat negeri.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa, dalam akhbar kebangsaan berbahasa Cina berkata, selagi beliau pengerusi DAP Sarawak, DAP tidak akan menyertai BN.

Bagaimanapun beliau tidak menolak 100 peratus kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan dengan BN, sambil menambah dalam banyak negara, pembangkang bekerjasama dengan parti memerintah di peringkat negeri tetapi bersaing di peringkat persekutuan.

Mengulas kenyataan Chong itu, Karim yang juga ADUN Asajaya berkata: “Setahu saya, Chong bukannya presiden (DAP), saya fikir beliau hanya bermimpi.

“DAP adalah parti Semenanjung Malaysia dan sesiapa sahaja yang berasal dari Sarawak hanya bermimpi untuk dipilih menjadi presiden parti,” katanya.

http://www.theborneopost.com/2016/02/19/abdul-karim-no-way-dap-can-form-unity-government-with-bn/
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sarawak-dap-pkr-continue-spat-over-seats
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sarawak-dap-pkr-continue-spat-over-seats
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pack-it-in-sarawak-pkr-tells-state-dap

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1767886813430105&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3

Azerbaijan, Iran, Israel dan Syiah



Azerbaijan merupakan negara bekas kesatuan soviet yang mendapat kemerdekaan pada 30 Ogos 1991. Bersempadan dengan Iran di Selatan, Russia di Utara, Georgia di Barat Laut, Turmekistan di Timur.

Mungkin ramai yang tidak mengenali negara Azerbaijan berbanding Iran. Kerana selama ini kita hanya mengetahui bahawa hanya negara parsi itu sahaja yang memiliki populasi Syiah yang tinggi. Namun ketahuilah bahawa Azerbaijan juga mempunyai populasi Syiah yang tinggi iaitu hampir 85% Syiah.

Dan seperti Syiah Iran yang mesra dengan Israel dibelakang tabir, Syiah Azerbijan pula lebih terbuka menunjukkan kemesraan mereka dengan negara Yahudi berkenaan.

Pada bulan Febuari 2012, Israel telah menandatangani perjanjian berjumlah 1.6 Bilion Dolar Amerika untuk membekalkan senjata berserta drone dan sistem pertahanan udara ke negara berkenaan.

Dan lebih menarik, Azerbaijan juga memberikan kebenaran kepada Israel untuk membuka pengkalan udara di negara berkenaan. :)

RESOLUSI KONGRES RAKYAT NEGERI PULAU PINANG



Suasana KONGRES RAKYAT PP .

21 Feb 2016 @ 9am-2pm
Yayasan An Nahdhoh
Kubang Semang,
Pulau Pinang

RESOLUSI KONGRES RAKYAT NEGERI PULAU PINANG

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Kongres Rakyat Negeri Pulau Pinang yang bertemakan “Membina Pulau Pinang Sejahtera” yang diadakan pada hari ini 12 Jamadilawal 1437 Hijrah bersamaan 21 Februari 2016 di Yayasan An-Nadhoh, Pulau Pinang yang disertai oleh rakyat dari pelbagai lapisan , kaum dan pegangan agama , mengisytiharkan resolusi berikut:

MENYEDARI bahawa mendahulukan kebajikan rakyat adalah aspek terpenting yang menjadi tanggungjawab pemerintah untuk dilakasanakannya dengan amanah dan adil,

MENGINSAFI bahawa rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan menegur pemerintah yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan menuntut supaya salah pentadbiran kerajaan diperbaikki.

MEMAHAMI bahawa segala aspek pembangunan yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk persoalan ekonomi , sosial , seni budaya , politik , pendidikan , kesihatan , pentadbiran , perundangan dan pengurusan sumber bumi perlu dikendalikan dengan cermat , berhemat dan penuh kebijaksanaan ,

MEYAKINI bahawa rakyat berhak memastikan kerajaan yang melaksanakan tanggungjawab dengan mengutamakan kebajikan rakyat dipileh untuk diberi mandat menerajui pemerintahan berdasarkan sistem pemilehan yang adil, bebas dan demokratik.

DENGAN INI MENGISTIHARKAN bahawa kami:

1. Bertekad membina Negeri Pulau Pinang yang mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui pengemblengan dan gerakan kesedaran rakyat melibatkan seluruh lapisan, dari golongan masyarakat bawahan hinggalah pemimpin kerajaan, agar melaksanakan dasar pembangunan yang betul bagi menjayakan cita-cita Membina Pulau Pinang Sejahtera.

2. Menjadikan agenda pendidikan sebagai isu terpenting untuk memupuk kesedaran rakyat ke arah perubahan sosial, ekonomi dan politik yang adil, partisipatif dan demokratik serta mendidik rakyat agar mengelak pendekatan yang boleh menimbulkan suasana kucar kacir dan tidak harmonis di negeri Pulau Pinang.

3. Memperkasa dan mengangkat peranan wanita dalam pelbagai sektor yang boleh membantu golongan ini membangunkan potensi yang ada dalam diri mereka serta memperketatkan undang-undang agar wanita tidak dieksplotasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

4. Bertindak menitiberatkan kebajikan rakyat dari sudut ekonomi dan pendidikan kepada semua kaum serta menyediakan program-program kemasyarakatan dengan memberi fokus kepada permasalahan sosial. Selain itu, pihak yang berwajib perlu bertegas dalam berhadapan dengan kepesatan pusat-pusat hiburan, rumah urut, kegiatan maksiat dan “gengsterism”.

5. Kenaikan kos sara hidup rakyat yang semakin runcing, perhatian serius seharusnya diusahakan dalam membela masyarakat negeri ini terutama mereka yang berada didalam sektor industri. Pemerincian akta-akta yang melibatkan kebajikan pekerja perlu diperhalusi agar memberi manfaat pada semua dan bukannya menindas.

6. Meningkatkan mutu pendidikan Sekolah Agama Rakyat dengan memberikan peruntukan yang sekata serta hak kesamarataan dan keistimewaan sama seperti sekolah kebangsaan serta tidak dipolitikkan isu pendidikan Sekolah Agama Rakyat dalam melahirkan generasi insan yang berilmu dan menjunjung tinggi nilai agama.

7. Kongres juga memberi perhatian terhadap pembelaan hak dan tanggungjawab kepada peniaga-peniaga Melayu dalam mengurangkan jurang ekonomi dan penindasan serta menyediakan peluang perniagaan yang sama terhadap semua kaum demi melahirkan negeri Pulau Pinang yang menegakan keadilan untuk semua.

8. Memastikan agar sumber negeri Pulau Pinang diurus dengan berkesan, menghindari pembangunan yang menjejaskan kualiti alam sekitar , meneliti dasar-dasar kerajaan dengan mengambil kira faktor ekonomi semasa, dan kepentingan rakyat juga perkara yang berkaitan sumber air, hasil laut serta sektor perikanan bagi mengelak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab demi mengekalkan daya saing dan daya maju ekonomi negeri Pulau Pinang dengan mapan untuk generasi kini dan generasi masa depan .

9. Bertindak untuk mendesak Kerajaan Negeri dan Persekutuan berperanan dengan berkesan mentadbirurus negeri Pulau Pinang dengan amanah dan berintegriti demi kebajikan rakyat; serta mengekang segala amalan rasuah , salahguna kuasa dan pembaziran wang awam , menghentikan sebarang tindakan yang menyusahkan rakyat seperti pelaksanaan GST untuk semua golongan, menaikkan kos harga rumah, pengambilan tanah tanpa pampasan setimpal, pengurusan dan pembangunan tanah wakaf yang tidak efektif serta pelbagai bayaran perkhidmatan awam yang membebankan kos sara hidup rakyat .

10. Mengkaji, meneliti dan menghalusi semua tuntutan yang disuarakan dalam Kongres Rakyat Negeri PulauPinang; seterusnya merumuskan sebuah Pelan Tindakan Rakyat Pulau Pinang seperti berikut:

PELAN TINDAKAN KONGRES RAKYAT NEGERI PULAU PINANG

1. Menubuhkan pasukan petugas khas bagi setiap sektor isu rakyat untuk diambil langkah susulan.

2. Menghasilkan sebuah memorandum rakyat Pulau Pinang untuk dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri dan Pusat dengan tujuan tindakan dilaksanakan ke atas semua usul yang dinyatakan dalam Kongres Rakyat.

3. Mengadakan dialog dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan berdasarkan isu yang dibangkit oleh pembicara di Kongres Rakyat.

4. Menganjur perhimpunan rakyat berdasarkan isu utama yang dibangkit agar memperinci tuntutan yang dibahaskan dalam Kongres Rakyat.

5. Menubuhkan seketariat tetap Kongres Rakyat Negeri Pulau Pinang bagi mengambil langkah susulan dan menjadi pusat pengembelingan rakyat.

Sekian

Pengarah Kongres Rakyat PP.
Ust Yusni Mat Piah

FT: PQPTRW 1-0 UKMFC

February 20, 2016



FT: PQPTRW 1-0 UKMFC
--
83' Blazhe Ilijoski
.
Penyerang import PQPTRW, Blazhe Ilijoski meraikan jaringan kemenangan yang dijaringkan olehnya pada minit ke-83 sekaligus membawa PQPTRW layak ke pusingan ke-3 #SuperBestPower Piala FA 2016.
.
.
PENAJA UTAMA:
• Vida Beauty @datoserivida
• Pamoga Qu Puteh
• Millenia
• CengalJati
.
Foto oleh @wawanfaiz
.
————————————
Facebook/Twitter: TRWFC
Instagram: @trwfc_official
www.theredwarriorsfc.com
————————————

Ustaz Kazim Tidak Meninggal



Update Terkini 9.41pm 20hb feb 2016. "Alhamdulillah, keadaan DUKE semakin baik dan berita kematian beliau adalah palsu. Diharap sahabat mengabaikan berita tersebut. Di HUSM ini DUKE mrndapat rawatan terbaik dr pakar2 perubatan yg terlatih dan professional. Terima kasih atas doa2 kalian." P.A DUKE.

Amanat MB Kelantan Kepada Seluruh Warga Juang Pas



[ admin ] YAB Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan ketika menyampaikan amanat di Majlis Pelancaran Gerak Kerja PRU-14 di PUTIK pagi tadi menegaskan:

1) Bahawa perlunya ada jentera yang ISTIQAMAH, berkualiti dan mengutamakan matlamat kemenangan yang diredhai Allah.

2) Mesti bersungguh-sungguh menggerak-gempurkan pendaftaran pemilih daripada sekarang.

3) Menggerakan dana PRU-14 terutama diperingkat peti-peti undi dengan sasaran RM 5 ribu satu peti undi.

4) Mengaktifkan program-program sama ada yang melibatkan parti dan juga Kerajaan Negeri dalam usaha mengekal dan meraih sokongan rakyat.

Panji-Panji sebagai simbolik persediaan ampuh menghadapi PRU-14 turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan raya PAS Dewan-Dewan dan Kawasan. Seluruh jentera turut melafazkan ikrar dan baiah FASTAQIM serta bertaqarrub di akhir tirai pelancaran dengan Munajat dan Doa Nusrah PRU-14. Allahu Akbar!

Kontroversi pekerja Bangladesh: Mesyuarat kabinet berfungsi ke tidak?

February 19, 2016

Kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang berakhir dengan pembekuan pengambilan warga asing serta-merta oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi amat memalukan kerana ia mendedahkan betapa lemahnya kepimpinan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penerangan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot yang menjelaskan bahawa jumlah 1.5 juta yang dinyatakan oleh TPM adalah pekerja yang berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk dihantar ke 139 negara yang memerlukan khidmat mereka lagi mengejutkan. Ia cukup berbeza dengan apa yang dinyatakan TPM sebelum ini di mana kerajaan akan membawa masuk sejumlah 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun.

Lebih mengejutkan graduan Oxford dari Umno juga merasakan apa yang diutarakan TPM sebelum ini itu munasabah.

Kenyataan TPM hari ini datang sehari selepas Najib memberitahu wartawan di Amerika Syarikat bahawa beliau akan berbincang dengan timbalan beliau mengenai kemasukan 1.5 juta Bangladesh.

Ini menimbulkan persoalan – apakah menteri-menteri ini menghadiri mesyuarat kabinet? Apakah perkara sebesar ini dibincang di dalam kabinet? Jika tidak, apa yang dibincang di dalam kabinet sebenarnya dalam setiap kali mesyuaratnya? Apakah yang cuma dibincang ialah strategi mempertahankan kedudukan Najib sebagai PM?

Apa yang berlaku dalam kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini, saya percaya, adalah hasil daripada tindakan mempertahankan PM dalam episod 1MDB dan juga derma RM2.6 bilion sehingga ia menjadi satu budaya dalam Umno-BN.

Apa yang disebut oleh pihak atasan diterima bulat-bulat tanpa soal ibarat lembu dicucuk hidung. Apabila pihak atas membuat kesilapan yang terang-terang, tiada siapa yang berani memperbetulkannya sehinggalah nasi menjadi bubur seperti apa yang dilakukan oleh Richard Riot hari ini.

Lebih besar lagi, kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini, menonjolkan bahawa PM tiada masa menguruskan negara kerana disibukkan mempertahankan diri. Ahli-ahli kabinet pula turut serta dalam kerja mempertahankan bos sehingga alpa dengan kerja sendiri.

Apa yang rakyat boleh harap lagi daripada kabinet yang gemuk tapi kurang berfungsi ini?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 Februari 2015

Kajian Persepsi Awam terhadap Parti Amanah Negara (Pan)

February 18, 2016

Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, pihak Insan membuat tinjuan rambang terhadap perkembangan Pan di kawasan lingkaran Melayu di utara semenanjung iaitu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak.

Tinjauan dilakukan dengan menemui pimpinan yang memegang jawatan secara temu bual mendalam dan dilakukan secara rawak dan terpilih.

Dapatan kajian ini didapati sudah berlaku rungutan dan kebimbangan pimpinan bawahan parti seperti di peringkat cawangan mahupun kawasan terhadap perkembangan Pan mutakhir.

Kebanyakan mereka yang ditemui ialah penyokong Dap semasa Muktamar lepas. Kami dapat simpulkan dapatan tak rasmi adalah seperti berikut:

1) Pimpinan Pan peringkat tertinggi termasuk Ahli Majlis Tertinggi sekarang kurang dikenali sejak penubuhan Pan.

Jika dibuat perbandingan antara AJK Pas Pusat dan Ahli Majlos Tertinggi Pan, mereka dapati pimpinan Pas ini lebih menonjol dan rajin memenuhi ceramah anjuran kawasan.

Pimpinan Pan sekarang, tidak turun ke bawah dan tidak menonjol di media menyebabkan kewujudan mereka tidak dirasai. Sifat lebih elitis dan sukar memenuhi undangan untuk berceramah di kawasan-kawasan. Jika adapun, nama pimpinan tersebut tidak bersifat crowd puller. Ceramah hanya kepada ahli Pan sahaja. Gagal menarik minat pihak yang lain. Lebih malang, nama sebesar Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, kehadiran sekadar mereka yang hadir ke majlis tahlil sahaja.

Selain itu, Biro yang ditubuhkan juga tidak berfungsi, malah tidak dirasai kewujudannya.

2) Ketua Pan Negeri tidak dikenali dan diyakini untuk memimpin negeri dan pilihan raya. Sbg contoh Pan Kedah, Datuk Fakhrarazi lebih dikenali sebagai pencetus krisis dan tidak disenangi oleh ahli Pas dan Pan di peringkat akar umbi dan tidak faham kenapa Presiden memilih individu seperti itu.

3) Kerjasama Dap; rata2 ahli Pan dan bukan sukar menerima pendirian parti terbaharu atas konsep tahaluf yg Pas jayakan. Tiada penjelasan tuntas terhadap satu polisi besar ini. Ahli di bawah berbalah dan bertengkar atas perkara yang tidak difahami dgn jelas. Lebih malang pimpinan tertinggi tidak membuat pekeliling atau penjelasan rasmi parti.

Bagi sesetengah kawasan atau kampung yang sebelum ini memperlihatkan pertembungan ever green struktur sosial antara Pan dengan Umno seperti surau, kedai kopi, khairat kematian, tadika/pasti kini berada dalam dilema.

4) Gerak kerja pilihan raya: Setakat ini, jentera pilihanraya Pan masih belum bergerak ke arah pilihan raya. Ada beberapa sebab antaranya aktivis atau penggerak sebenar jentera Pan sudah berhijrah ke Pas semila. Berbaki mereka yang tiada pengalaman dari aspek mengurus kendali modus operandi pilihan raya.

Organisasi pilihan raya negeri bermasalah dari peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan. Semua individu penting sama ada dari aspek menyusun strategi, taktikal, teknikal, penjanaan dana parti kelihatan tidak menjiwai atau memahami peranan. Nama hanya pada kertas untuk membuktikan ego Pan bahawa Pan masih belum lumpuh sepenuhnya walaupun pada hakikatnya, jentera pilihan raya Pan amat bermasalah.

5). Kenyataan bercanggah antara pimpinan adalah antara kekurangan paling ketara kepimpinan Pan kali ini. Kenyataan media yang kontradik antara satu sama lain sama ada antara Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden sesama Naib Presiden, Setiausaha Agung yang kelihatan bercanggah dan gagal diurus dengan baik.

Mesej yang dihantar kepada massa menggambarkan Pan tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap sesuatu isu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang kemudiannya bercanggah sesama sendiri.

Hisamudin Abd Aziz
Insan Centre
18 Feb 2016

KENDERAAN RASMI AL-MARHUM TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

February 17, 2016




(Sunarti Kibat - Bekas Wartawan Utusan Malaysia)

Saya masih mengingati, kenderaan rasmi Tok Guru pada ketika itu ialah Mercedes Benz hitam, bernombor DAB 80. Pada suatu hari, ketika kempen sedang rancak berlangsung di Semerak, Tok Guru turut dijadualkan untuk memberi ceramah selepas waktu Isyak. Petang itu beliau mempunyai tugas nun jauh di Kuala Krai. Sehabis tugas di Kuala Krai pada lewat petang, beliau terus ke lokasi sepatutnya untuk menyampaikan ceramah.

Disebabkan kehadiran Tok Guru ke majlis ceramah pilihan raya dengan kenderaan rasmi pada malam itu, ia menjadi modal terbaik kepada parti lawan untuk mempertikaikan ketulusannya. Sehingga beliau disifatkan 'cakap tak serupa bikin' kerana turut menyalahgunakan harta kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi dan politik.

Persoalannya, apakah reaksi Tok Guru setelah beliau dihentam kerana menyalahgunakan kenderaan menteri besar untuk ke ceramah politik?

Keesokan paginya saya menemui Tok Guru untuk bertanyakan jawapannya atau bahasa wartawan buat 'follow up'. Jawapan beliau amat memeranjatkan saya. Saya menyangka Tok Guru akan marah atau sekurang-kurangnya hanya mendiamkan diri sahaja. Saya tidak ingat ama ada berita tersebut disiarkan atau tidak.

Dalam satu lagi majlis ceramah, selepas Tok Guru menerima kritikan tersebut, beliau bersungguh-sungguh memohon maaf kerana telah melakukan kesalahan. Iaitu menyalahgunakan kenderaan rasmi bagi tujuan ceramah politik. Beliau juga berjanji tidak akan mengulanginya. Itulah sebenarnya jawapan awal Tok Guru kepada saya ketika saya maklumkan mengenai kritikan salah seorang pemimpin politik lawan ke atasnya.

Tok Guru menjelaskan bahawa, beliau terpaksa menggunakan kereta rasmi itu kerana majlis yang dihadiri sebelumnya di Kuala Krai tamat lewat petang. Oleh kerana itu, beliau terpaksa bergegas ke Semerak dan tidak sempat balik ke Kota Bharu untuk menukar kenderaan lain. Setelah permohonan maaf itu dibuat oleh Tok Guru, maka isu salah guna kereta rasmi menteri besar berakhir malam itu juga dan tidak ada siapa yang mengungkitnya lagi.

Begitulah akhlak yang ditunjukkan oleh Tok Guru yang semestinya sukar untuk dilakukan oleh orang lain sekiranya berada ditempat beliau.

FT: PQPTRW 1-0 PDRM FA

February 16, 2016



TAHNIAH PQPTRW berjaya mencatat kemenangan pertama musim ini selepas dua perlawanan.
.
FT: PQPTRW 1-0 PDRM FA
--
65' Dramane Traore
.
GAMBAR: Reaksi puas terpancar diwajah Dramane Traore selepas berjaya meletakkan bola ke gawang PDRM pada minit ke-65 perlawanan.
.
PENAJA UTAMA:
• Vida Beauty
• Pamoga Qu Puteh
• Millenia
• CengalJati
.
Foto oleh @wawanfaiz
.
————————————
Facebook/Twitter: TRWFC
Instagram: @trwfc_official
www.theredwarriorsfc.com
————————————

Keadaan Air Di Sebuyau Sarawak, Sangat Kotor!



Keadaan air paip di kawasan Sebangan, Sebuyau. Mohon pihak berkenaan turun padang bagi mengatasi masalah ini.

Photo By Sebanganion Sarawakions

7 CIRI YANG ADA PADA MANUSIA SOMBONG.



7 CIRI YANG ADA PADA MANUSIA SOMBONG.
Tiada Jaminan Syurga.

Dikisahkan daripada Abu Salamah bin Abdur Rahman bin 'Auf r.a menceritakan:

"Pernah Abdullah bin Umar dan Abdullah bin Amr bin 'Ash r.huma bertemu di Bukit Marwah. Lalu mereka berdua bercakap-cakap beberapa saat. Setelah itu Abdullah bin Amr pergi, sedangkan Abdullah bin Umar masih berada di sana sambil menangis, lalu seseorang datang bertanya kepadanya :

"Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Abu Abdur Rahman?"

Ibnu Umar berkata : "Orang ini, iaitu Abdullah bin 'Amr baru saja mengaku bahawa ia telah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

"Barangsiapa yang ada kesombongan dalam hatinya walaupun sebesar zarah, maka اللّٰه akan menghunjamkan wajahnya ke dalam Neraka".
(H.R. Ahmad dan Tabrani dalam al-Kabiir dan para perawinya shahih, Majma'uz Zawa 'id 1/282)

Sudah menjadi sunnatullah, bahawa manusia mempunyai sifat khilaf dan lupa.

Walau bagaimanapun kepandaian seseorang, sekali waktu ia pasti berbuat khilaf atau lupa. Kerana itu, sebagai makhluk yang lemah kita harus senantiasa memohon rahmat dan ampunan dari-Nya atas segala kekhilafan dan kesalahan kita, baik yang kita sengaja maupun yang tidak.

Firman اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bermaksud:

" Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( QS Al Isra': 037 )

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

Ibnu Qayyim Al-Jauzi, mejelaskan seseorang yang sombong memiliki sifat-sifat seperti:

1. Sesungguhnya semakin bertambah ilmunya, semakin bertambah pula kesombongan dan kebongkakannya.

Dengan ilmu yang mereka miliki itu akan digunakan untuk menjatuhkan seseorang yang ia benci, menanti sanjungan dan pujian atau merasakan ianya sudah cukup sebagai jaminan syurga untuknya.

2. Setiap bertambah amalnya, semakin bertambah kebanggaannya dan memandang rendah orang lain, serta semakin bertambah prasangka baiknya terhadap diri sendiri.

3. Semakin bertambah usianya, semakin bertambah rakus dan serakahnya kepada dunia.

Dengan pengalamannya, kelebihan ini digunakan untuk meraih gelaran dan juga pujian. Namun ia tidak sedari bahawa ia semakin menghampiri kematian.

4. Semakin menumpuk harta dan kekayaannya, semakin bertambah bakhil dan kikirnya.

Segala yang اللّٰه kurniakan kepadanya, dipergunakan untuk mencari nama dalam kumpulan tertentu. Memandang rendah orang-orang yang miskin daripadanya tanpa ia sedari nikmat kekayaan itu adalah fitnah yang besar menimpa dirinya, juga itu hanyanya pinjaman kepadanya.

5. Semakin meningkat darjat dan pangkatnya, semakin meningkat pula kesombongan dan keangkuhannya.

6. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

7. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan اللّٰه hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

— Sesungguhnya seorang yang sombong adalah seperti Qarun, yang berlaku sombong dan zalim terhadap golongannya dengan kekayaan dan kekuasaan yang اللّٰه telah kurniakan padanya.

Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada اللّٰه.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

"Seseorang yang sombong umpama ia melihat kecilnya seseorang di puncak bukit, namun ia tidak sedari, bahawa ia juga kecil dari pandangan di atas bukit."

KELEBIHAN PARA ULAMA ADALAH PADA IJTIHADNYA



Para ulama adalah golongan yang arif mengenai agama. Justeru, sesiapa yang tidak sampai tahap mujtahid, perlulah mengambil panduan dan bertanya kepada yang arif. Firman Allah:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
(al-Qur’an, Surah al-Anbiya’ 21: 7)
Maksudnya:
Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu Zikri jika kamu tidak mengetahui.

Malah, ijtihad orang awam adalah tertolak berdasarkan dua ayat al-Qur’an iaitu:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ
(al-Qur’an, Surah al-Isra’ 17: 36)
Maksudnya:
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Maka seseorang muslim tidak harus mengelurkan pendapat pada hukum-hakam terutamanya pada perkara yang tidak diketahui.

أَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
(al-Qur’an, Surah al-A’raf 7: 33):
Maksudnya:
Dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

Berbanding dengan golongan liberal yang membuka seluas-luasnya kepada orang awam untuk berijtihad dan menolak kebolehan ulama berijtihad. Ini merupakan prinsip golongan liberal yang bercanggah benar daripada pandangan Islam. Islam membenarkan ulama berijtihad tetapi golongan liberal memandang negatif ijtihad ulama. Begitu juga, Islam menolak ijtihad orang awam dalam cabang agama tetapi golongan liberal membuka seluas-luasnya kepada orang awam berijtihad. Malah, prinsip-prinsip wacana Islam Liberal adalah bebas berijtihad dan menolak autoriti ulama.

Dalam Islam, kedudukan ulama seiring dengan pemerintah kerana kedua-duanya iaitu ulama dan pemerintah adalah diiktiraf oleh al-Qur’an sebagai sumber arahan. Tetapi golongan liberal menolak kepimpinan dan autoriti ulama. Sungguh bercanggah!!! Islam memberi autoriti kepada ulama untuk mengeluarkan arahan berdasarkan kefahaman nas tetapi golongan liberal sentiasa menolak autoriti ulama. Malah, golongan Islam Liberal melihat autoriti ulama hanya akan memberi kesan negatif. Mereka mengatakan golongan ulama akan memonopoli kebenaran dan menghukum pandangan orang lain. Golongan liberal sememangnya benar-benar mencabar Islam dan syariat Allah.

Dr. Muhammad Atiullah Bin Othman

Apa Masalahnya Dr Harun Din Dilantik Kluster Dakwah?

February 15, 2016

Ust. Hj Idris Hj Ahmad

15/2/16

Kenapa kalut sangat apabila tokoh ulama PAS berada di dalam Majlis Perundingan Islam yang dipengerusi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi? Adakah dijemput atas surat Setiausaha Agung Umno?

Bukan perkara baru Datuk Dr Haron Din menganggotai jawatankuasa kerajaan. Walaupun menjadi calon PAS dan Ahli Majlis Syura beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Perlis. Adakah satu penghinaan, sedangkan yang menjadi Pengerusi Majlis Fatwa Negeri ialah Mufti.

Walaupun beliau pemimpin PAS tetapi beliau lebih dilihat seorang ilmuan agama yang dihormati daripada kawan dan lawan. Beliau seorang yang cukup dihormati juga dalam kalangan istana. Ramai tokoh-tokoh korporat rapat dengan beliau sejak dahulu hingga sekarang. Mungkin ini pendekatan beliau dalam berdakwah, yang pemimpin PAS tidak boleh lakukan.

Pelik juga orang yang menuduh macam-macam kepada beliau, kerana rapat dengan orang atasan. Adakah salah? Adakah beliau tidak berkawan dengan ahli PAS bawahan dan rakyat biasa? Adakah beliau tidak menerima jemputan orang ramai untuk menyampaikan kuliah?

Berapa banyak sumbangan beliau kepada masyarakat awam melalui perubatan syifa'. Adakah salah? Mereka yang fitnah beliau, berapa ramai pula masyarakat bertemu dengan mereka untuk berdoa kepada Allah supaya menyembuh penyakit.

Saya pun pelik mereka marah kepada PAS apabila ada dalam kalangan pemimpin PAS menerima jemputan kerajaan, bukan parti. Ketika Tuan Guru Presiden PAS hadir dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 bercakap benar dan menasihat pemimpin negara, bukan minta projek. Dituduh pula sudah bersama Umno, kerana baju sedondon.

PAS dituduh berfikiran IS dan radikal. Tetapi apabila PAS menyertai program anjuran kerajaan dituduh mengukuhkan Umno.

Kalau Pas ini IS, sudah tentu PAS tidak akan hadir dalam program kerajaan. Bukankah PAS mengambil pendekatan "muwajahah silmiah" untuk menggunakan pelbagai platform untuk menarik sokongan. Ada dalam kalangan ahli PAS bersama NGO, PIBG, persatuan penduduk, AJK masjid, AJK surau, AJK Badan Kebajikan di pejabat kerajaan. Semuanya berperanan, walaupun jawatankuasa tersebut bercampur dengan ahli Umno. Apa yang penting pengaruh dakwah dan fikrah perjuangan dapat disampaikan.

Mana-mana ahli PAS yang berada di mana-mana posisi kena berperanan, syaratnya jangan masuk Umno. Sekolah PAS turut mengambil aliran perdana sebagai silibus pengajian adakah bererti PAS mengukuhkan Umno. Berapa ramai di kalangan orang PAS yang memegang jawatan di dalam peringkat kementerian, turut merangka dasar, adakah mereka boleh dituduh mengukuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib. Tentunya tidak.

Mungkin ada yang menjawab, ini analogi yang tidak betul. Yang betulnya apa? Yang betulnya kerana memang aku tidak suka individu di dalam PAS. Buatlah macam mana pun aku tidak setuju. Kalau orang yang aku setuju, hendak bekerjasama dengan Umno dan Tan Sri Muhyiddin pun tidak mengapa kononnya atas alasan Selamatkan Malaysia. Hendak buat konsensus nasional pun tidak mengapa. Kalau pimpinan PAS terus dikatakan PAS sudah hendak berUG. Ini masalah hati, bukan masalah politik.

Program Presiden PAS di Bukit Gantang anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS dan PAS Bukit Gantang



Gambar sekitar Program Presiden PAS di Bukit Gantang anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS dan PAS Bukit Gantang :-

1. Lawatan dan Dailog bersama Jawatankuasa Rumah Ibadah Kaum Tionghua Taman Kota Jaya Simpang.

2. Himpunan Fastaqim DHPP Malaysia dan Sambutan Tahun Baru Cina PAS Perak 2016 di Dewan Berida Simpang.

3. Menziarahi kaum Tionghua meninggal dunia.

Tahniah kepada semua JK Program yang menyumbangkan tenaga dan fikiran sehingga berjayanya program ini.

Terimakasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini termasuklah penyumbang-penyumbang yang budiman.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1655680381364155&id=100007666270430

SEMBILAN PRINSIP DAKWAH WALI SONGO



1. Kalimasada senjatane ( Senjatanya adalah Iman, Islam dan Ihsan yang terkandung dalam Syahadat) Ertinya : selalu mendakwahkan iman, Islam, Ihsan. Mengajak umat untuk kembali kepada Allah dan setia pada Rasulullah.

2. Becik ketitik, Olo ketoro (Kebenaran akan selalu menang, dan kemungkaran akan lenyap binasa). Ertinya: Dakwah Wali Songo adalah dakwah dalam kebenaran dengan cara damai. Dan Allah pasti akan menolongnya.

3. Sugih tanpa banda (Kaya tanpa modal harta).Ertinya : Jangan rakus pada harta….kebahagiaan adalah ketika kita mampu mendakwahkan agama, dakwah jangan bergantung pada harta.

4. Nglurug tanpa bala (Menyerbu tanpa banyak orang/tentara).Ertinya : jangan terhijab dan terpesona dengan banyaknya jumlah kita,…..karena kemenangan berasal dari pertolongan Allah. Bukan karena banyaknya pengikut.

5. Menang tanpa ngasorake (Menang/unggul tanpa merendahkan orang). Ertinya : Berdakwah harus dengan cinta, damai dan lemah lembut, jangan menganggap hina musuh-musuh kita….kita pasti unggul dengan sikap tawadhu’…..jangan merendahkan orang lain (jangan sombong).

6. Mulya tanpa punggawa (Mulia tanpa anak buah). Ertinya : kemuliaan hanya dalam iman, takwa, akhlak dan pengamalan Islam secara Kaaffah, bukan karena banyaknya pengikut

7. Mletik tanpa sutang (Melompat jauh tanpa galah/tongkat panjang).Ertinya : Niat untuk berdakwah ke seluruh penjuru alam adalah berkat pertolongan Allah, bukan karena sebab-sebab yang lain.

8. Mabur tanpa lara (Terbang tanpa sayap). Ertinya : kita bergerak untuk berdakwah menjumpai umat di mana pun berada.

9. Menang tanpa tanding (Menang tanpa berperang). Ertinya : Berdakwah adalah dengan hikmah, cinta, kasih, damai, kata-kata yang sopan, akhlaq yang mulia dan doa-doa yang selalu dipanjatkan kepada Allah agar umat seluruh alam mendapatkan hidayah dari Allah. Bukan dakwah dengan kekerasan atau anarkis.

Oleh:
Asy-Syaikh As-Sayyid KH.Shohibul Faroji Azmatkhan Ba’alawi al-Husaini
(Peneliti Sejarah & Nasab Wali Songo, Mursyid Thariqah Wali Songo dan Pimpinan Majelis Dakwah Wali Songo)

DEBAT; TELADANI SIKAP DUA TOK GURU

February 14, 2016



Selepas banyak pihak menegur tentang diskusi antara Dr Maza dan Zamihan yang tidak membawa kepada sebarang manfaat, pendokong kepada kedua pihak ini masih mempertahankam tindakan mereka. Antaranya ada yang menggunakan hujah, diskusi ini bukan bersifat furuiy, tetapi membincangkan soal tuduhan ekstrimis terhadap Dr Maza dan tuduhan Syiah terhadap Zamihan.

Kalau semua masih ingat, orang yang paling banyak dituduh Wahhabi adalah Tok Guru Nik Aziz. Beliau banyak mengeluarkan pandangan kotroversi terutama balam bab akidah. Masih teringat isu seperti tuhan samseng, Nabi Muhammad sama macam mamat-mamat kampung biasa, dan bermacam lagi sehingga ramai Ulama pondok di Kelantan mengecamnya malah ada yang telah mengkafirkan batang tubuh Tok Guru.

Namun apa yang Tok Guru buat? Beliau tidak mengambil pendekatan debat untuk menangani tuduhan sebegini. Pengalamannya dalam politik, dan kebersamaannya bersama rakan-rakan gerakan Islam mengajar bagaimana meletakkan prioriti dalam menjalankan urusan Islam. Tok Guru tidak melayan sebarang tuduhan tersebut dengan cara membalas tuduhan terhadap pengkritik. Sebaliknya terus menggerakkan kesedaran politik untuk mengembalikan kuasa Islam.

Hasilnya, perbezaan pandangan agama antara mereka tidak membawa kepada permusuhan antara para pengikutnya. Malah, hampir semua pengikut aliran pondok sepakat menyokong kerajaan Islam Tok Guru Nik Aziz. Walaupun berlainan aliran, dalam bab kuasa Islam semua sedar sokongan perlu diberikan kepada wadah perjuangan Tok Guru.

Sama juga tuduhan Wahabi yang dilempar terhadap Tuan Guru Ayah Chik. Sesiapa yang biasa ikut kuliahnya, pasti tahu bagaimana pendiriannya terhadap sesetengah amalan masyarakat melayu dan bagaimana teguhnya beliau berpegang kepada al-Quran dan Sunnah melebihi pandangan manusia lain. Dari muda hingga ke tua, batang tubuh beliau tidak pernah berhenti dari dihujani peluru wahabi, ekstrim, jumud dan sebagainya.

Tetapi beliau juga sama dengan rakan seperjuangan di Kelantan itu, tidak pernah melayan provokasi untuk berdebat bagai dalam isu tersebut atas nama aliran agamanya. Tuan Guru terus menjalankan agenda utama menyatukan ummah atas nama Islam. Perbezaan tidak menghalang beliau untuk mendekati kumpulan tidak sealiran dengannya dan menjalankan kerjasama atas hal kebaikan dan ketaqwaan.

Hasilnya, pegangan beliau dihormati seluruh pihak. Penuntut aliran tradisional tidak bermusuh dengan beliau, bahkan memberikan pengiktirafan yang besar terhadap apabila beberapa kali dijemput menyampaikan ucapan dalam perhimpunan pondok-pondok seluruh negara.

Tok Guru dikenali sebagai seorang yang tegas dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaahnya. Setiap ucapannya pasti ditunjangi dengan al-Quran dan Hadis. Seringkali beliau di dalam ucapan dan kuliahnya membela para sahabat dan Ulama sunni yang biasa di kritik Syiah. Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas menjadi pegangan selamanya.

Tetapi dalam hal penyatuan ummah, beliau tidak mengambil langkah debat untuk menentukan aliran mana lebih benar, sebaliknya bersama sebagai ahli Sekretariat Mendekatkan aliran Sunni-Syiah. Beliau tidak membincangkan hal perbezaan, tetapi mencari titik persamaan supaya boleh bekerjasama demi Islam. Ayah Chik tidak kisah langsung apabila dituduh pro-Syiah dengan tindakannya itu. Baginya, masadepan Islam lebih bernilai dari maruah yang tercalar.

Alhamdulillah, apabila kedua tokoh ini meletakkan maslahah Islam lebih tinggi, maruah mereka dijaga oleh Allah. Sewaktu kematian al-Marhum Tok Guru Nik Aziz, seluruh negars merasai pemergiannya. Manusia berbagai lapisan berkunjung tanpa paksa ke Kelantan memberi penghormatan terakhir kepada jenazahnya. Begitu juga Tuan Guru Ayah Chik, diangkat sebagai orang no.2 di dunia selepas Dr Yusuf Qardawi dari sudut ilmu. Semakin hari semakin ramai cuba mendekati beliau dan memberi berbagai harapan untuk menyelesaikan masalah ummah yang kian meruncing.

Kerana itulah saya bertambah yakin sebagaimana yang saya tulis dahulu, di akhir zaman yang sangat mencabar ini, alim ulama juga tidak akan terlepas dari fitnah dunia yang mengelirukan. Musuh Islam terlalu licik mencari setiap inci kelemahan umat dan mempergunakannya sebagai alat meruntuhkan Islam. Satu perkara yang boleh menjadi penyelamat kepada mereka adalah terlibat dalam dunia politik, dan selami tipudaya politik musuh Islam.

Maka dengan apa yang dilakukan kedua 'tokoh' agama hari ini, saya masih tidak menjumpai di mana letaknya maslahah kesatuan ummah padanya. Di mana agenda menyedarkan pengikut masing-masing tentang kepentingan mengembalikan kuasa politik Islam sebagai agenda paling utama mengatasi segala isu lain.

Kononnya mereka berkata mahu bebas dari berpolitik. Tapi apa yang jelas, mereka sendiri kecundang dan tertipu bila cuba berdamping orang politik. Ada yang menyokong pemimpin yang zalim menggunakan nas-nas yang dihafal, ada juga yang sebelum ini membidaahkan sesuatu perbuatan, tetapi apabila melakukannya, difatwakan halal pula atas alasan protokol.

Kerana itu Tuan Guru Ayah Chik amat tekankan soal kesedaran politik ini sejak dahulu. Beliau ada ceritakan, dahulu ada Tok Guru pondok yang mahir baca kitab kuning bab akidah dan sebagainya, tetapi bila nak lawan penjajah, masuk kumpulan Komunis pula! Itu sebab dalam kitab dulu hanya sebut kumpulan sesat ialah seperti Muktazilah, Qadariah, Jabariah sahaja. Tak sebut pula Komunis!

Tok Guru Nik Aziz di akhir hayatnya juga pernah berkata kepada rakan sepengajian zaman mudanya dahulu, ketika rakannya itu bertanya,

"Kenapa kamu tidak habis-habis lagi terlibat politik. Sudah-sudahlah. Bersara sajalah. Kenapa tidak mengajar kuliah agama saja."

Jawab Tok Guru:
"Sebenarnya ilmu politik adalah ilmu yang sangat tinggi. Politiklah yang mematangkan ilmu agama saya. Kalau dulu, bila ayat al-Quran sebut tentang musuh, kita hanya faham musuh yang ada zaman Nabi. Tetapi apabila masuk politik, baru kita faham siapa musuh sebenar yang ada di zaman ini."

(Alang Ibn Shukrimun)

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

February 13, 2016

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,

30 minit lalu, saya baru selesai membaca kenyataan penuh Dato' Seri, berkenaan "Cadangan Memorandum Persefahaman Antara Malaysia Dengan Bangladesh Mengenai Penggajian Pekerja Bangladesh Melalui Mekanisme Kerajaan Plus (MOU G-to-G)". Ia telah dimuat naik 9 jam lalu oleh pihak Dato' Seri. Amat mengejutkan setelah membaca kenyataan rasmi tersebut. Kami semak semula dan baca baik-baik kenyataan media itu. Di akhirnya, kami sebagai rakyat Malaysia menemui kewajaran untuk tidak bersetuju dengan polisi pekerja asing yang "sangat cerdik" ini.
.

A) SEBAB RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERSETUJU

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
amat sukar untuk akal kami menerima secara membuta tuli bahawa faktor permintaan dan penawaran industri adalah sebab utama 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini. Berikut ialah perkara utama yang menjadi asas kami tidak bersetuju dengan cadangan polisi pekerja asing ini:

1. Di dalam kajian Cervantes-Godoy, D. and J. Dewbre (2010), “Economic
Importance of Agriculture for Poverty Reduction”, sektor perladangan adalah penyumbang utama kepada penurunan kadar kemiskinan rakyat Malaysia di luar bandar sejak tahun 1984 sehingga tahun 2000-an. Sebanyak 52% sumbangan sektor perladangan ke atas negara Malaysia dalam usaha menyelesaikan masalah kemiskinan masyarakat ladang di negara ini.

Maka, mengapakah pihak kerajaan cuba membuka peluang pekerjaan kepada pekerja asing khususnya bagi pekerja dari negara Bangladesh yang akan memonopoli pasaran buruh bagi perladangan kelapa sawit di negara ini? Bagaimana nasib kelompok miskin sedia ada yang hendak melalui fasa peningkatan pendapatan sedangkan pembayaran upah yang murah telah dipenuhi oleh sumber tenaga daripada asing? Bukankah ini satu pertentangan dengan matlamat kerajaan untuk menyelesaikan isu kemiskinan? Atau, usaha pembasmian kemiskinan ini hanya sekadar retorik sehingga hak rakyat tempatan dalam sektor perladangan terus dinafikan?

Di negeri Sabah, negeri Sarawak dan beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia seperti Pahang antara negeri-negeri yang ramai rakyat tempatan yang membina asas ekonomi mereka hari ini bergantung sepenuhnya dengan sektor perladangan. 1.5 juta rakyat tempatan luar bandar daripada 28 juta lebih rakyat Malaysia mampu memenuhi semua peringkat tenaga sumber yang diperlukan. Mengapa mesti 1.5 juta ini dipenuhi oleh warga Bangladesh Dato' Seri?
.

2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mensasarkan peningkatan jumlah pekerja ladang rakyat tempatan di ladang-ladang miliknya sehingga 40% menjelang tahun 2020. Namun, pertambahan 1.5 juta pekerja Bangladesh adalah bertentangan dengan perkara ini. Ia melebarkan lagi perbezaan jumlah pekerja tempatan di dalam sektor perladangan kerana kebergantungan besar negara ini kepada pekerja asing. Pada tahun 2009 lalu, wakil institusi Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan Felda menyatakan bahawa sebahagian besar daripada pekerja ladang Felda adalah warga asing dan hanya 18% rakyat tempatan. Di manakah kewajaran dasar dan polisi mesra pekerja asing ini dapat membantu menaikkan pendapatan rakyat di tahap 40% masih belum tercapai sumber tenaga tempatan sekaligus menyelesaikan masalah pengangguran serta miskin tegar di negara ini?
.

3."Mekanisme G to G plus" antara Malaysia dan kerajaan Bangladesh akan diperluaskan ke sektor-sektor lain daripada segi mepercepatkan urusan permohonan. Mekanisme ini kononnya akan menjamin kelicinan proses pengambilan pekerja Bangladesh. Pendekatan ini adalah bertentangan dengan perancangan penyelesaian masalah Model Ekonomi Baru yang digagaskan oleh Perdana Menteri. 40% daripada isi rumah Malaysia masih memperolehi pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Ketaksamaan pendapatan masih perlu ditangani dengan giat. Langkah diperlukan untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi yang meluas di Sabah dan Sarawak serta di kawasan luar bandar di Semenanjung. Di manakah "political will" dan jaminan kuasa untuk pihak Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri serta Perdana Menteri menyelesaikan masalah ini jika peluang pekerjaan dalam sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan pertanian yang hanya akan dimonopoli oleh pekerja asing ini?
.

4. Dalam Pelan Transformasi Ekonomi Kerajaan, laporan tahunan 2014 yang lalu, Sistem Insurans Pekerjaan akan diwujudkan sebagai jaminan kepada pekerja tempatan dalam semua sektor. Matlamat utama sistem EI termasuklah, jaminan pendapatan iaitu mengisi kehilangan pendapatan yang dialami oleh pekerja dan keluarga mereka (respon serta-merta terhadap risiko kemiskinan). Adakah pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini akan menyelesaikan risiko kemiskinan bagi komuniti perladangan tempatan di Malaysia?

Kedua, kerajaan telah berjanji membantu pencarian dan penempatan kerja dalam semua sektor pekerjaan. Mengapa rakyat tempatan tidak diberikan peluang untuk menikmati peluang pekerjaan ini seperti yang dijanjikan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Kerajaan Mlaaysia? Peluang kebolehgajian yang lebih tinggi juga dijanjikan di bawah pengurusan Kementerian Sumber Manusia. Namun, kesan negatif pengambilan buruh asing yang murah ini akan menyebabkan pekerja tempatan tidak menikmati peluang pembayaran upah dalam sektor perladangan yang bersesuaian dengan produktiviti mereka. Adakah nasib syarikat swasta dan kapitalis serta tauke-tauke besar dalam sektor perladangan di Malaysia ini lebih dilindungi keuntungan mereka berbanding kebajikan dan kenaikan pendapatan kelas peladang-peladang tempatan di seluruh negara?
.

5. Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) 2016 akan diadakan dalam bulan April 2016 ini. Kelihatan mekanisme ini seperti tergesa-gesa hendak diluluskans secara bersama di bawah kerajaan Malaysia dan kerajaan Bangladesh. Adakah kemasukan pekerja asing ini penting untuk menambah pengundi hantu di negeri Sarawak dan menyaksikan kemenangan Adenan Satim bersama parti PBB-BN terus meningkat berikutan kemerosotan undi popular dan jumlah kerusi pada pilihan raya DUN 2011 yang lalu? Sila jawab Dato' Seri.
.

B) SIAPAKAH EMPUNYA HAK SUMBER EKONOMI NEGARA MALAYSIA INI? HAK RAKYAT MALAYSIA? ATAU HAK RAKYAT DARIPADA NEGARA BANGLADESH?

Ingatlah.
Kami sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk sentuh perkara ini kerana ia berkenaan pasaran kerja industri perladangan di negara ini. Juga melibatkan sektor lain seperti yang dicadangkan di bawah "mekanisme G to G plus" antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Bangladesh. Saya kira kami berhak untuk menegur secara terbuka berkenaan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk ke Malaysia sebelum rakyat tempatan dinafikan hak oleh pemerintah yang membuat polisi yang korup sebegini. Malaysia Ini adalah negara bagi 28 juta rakyat Malaysia. Bukan hak milik tauke besar dalam sektor perladangan , bukan hak milik parti pemerintah yang dibayar gajinya oleh rakyat dan juga bukan milik kerajaan Bangladesh. Paling penting, ia bukan hak 1.5 juta pekerja asing dari negara Bangladesh. Cukuplah sudah kita membuka peluang tahun-tahun yang sudah untuk mereka berkerja.

Kami risau, jika penguatkuasaan TPPA bermula pada tahun 2018, apakah nasib pekerja tempatan ini akan terjamin dengan puluhan juta peluang pekerjaan sekiranya pemerintah korup hari ini lebih mesra dengan kepentingan tauke-tauke tempatan dan antarabangsa serta mesra pekerja asing yang murah kos pembayaran upahnya. Ke mana sebenarnya nasib rakyat Malaysia hendak kerajaan UMNO-BN halakan? Saya tidak yakin pendapatan rakyat Malaysia akan menjadi pendapatan tinggi pada tahun 2020 kerana 4 tahun berbaki ini seolah-oleh ia hanya retorik dan janji manis.
.

C) HAK KAMI UNTUK BERSUARA

Apa pun, hal ini disuarakan dengan hak bersuara kita yang termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Maka wajar untuk usaha "check and balance" ini dilakukan. Kami undi wakil rakyat berbahas isu pengangguran yang tidak selesai di Malaysia namun akhirnya ia hanyalah wayang dalam demokrasi palsu di era pentadbiran Najib Razak. Kami tidak perlu menunggu menjadi ahli politik untuk ubah polisi ini. Suara kolektif kami semua akan memastikan perkara ini diubah demi kebaikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Tuntasnya.
Kami merayu dan memohon. Sila manfaatkan 1.5 juta komuniti peladang tempatan di negara ini untuk memenuhi permintaan industri dalam sektor perladangan. Enough is enough! Sila siarkan peluang pekerjaan ini kepada rakyat Malaysia di semua medium media arus perdana dan media baharu kerajaan Malaysia. Jika tidak, kami akan menentukan nasib pemerintah hari ini pada PRU ke-14 nanti.

lawan tetap lawan!

Jufazli Shi Ahmad
Graduan Master Sains Politik,
Universiti Kebangsaan Malaysia (2015)

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan meletakkan jawatannya serta merta

February 3, 2016



Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan meletakkan jawatannya serta merta

SEDIAKAN KEKUATAN SEMAMPUNYA – Presiden PAS



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

PUCHONG: Jentera PAS mestilah membuat persediaan dengan segala kekuatan yang termampu agar layak meraih pertolongan Allah, demikian seru Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tegasnya, selagi terdapat anggota yang menyembunyikan keupayaan dan tidak menyediakan kekuatan semampunya, maka tidak layak mendapat pertolongan Allah.

Beliau berkata demikian pada Liqa’ Fikri PAS Pusat di Stadium Tertutup MPSJ, Seri Kembangan, di sini 30 Januari lalu.

Tuan Guru merujuk kekuatan tenaga, harta dan wang ringgit serta seumpamanya yang disediakan mengikut kadar kemampuan pada diri dan tidak semesti menyamai kekuatan musuh.

Jelasnya, sekalipun musuh mempunyai kekuatan berlipat ganda, dengan pertolongan Allah akan tetap mampu dihadapi sepertimana PAS pernah menang di Terengganu, Kedah dan Perak, juga kekal di Kelantan dan Selangor, selain kerusi di beberapa negeri lain.

“Sebaik-baik bersahabat empat orang, sebaik-baik pasukan 400 orang, sebaik-baik tentera 4,000 orang dan orang Islam tidak boleh dikalahkan sekiranya jumlah mereka 12,000 orang dengan sebab jumlah itu. Ini hadis Nabi.

“Dengan makna kalau jumlah pasukan orang Islam 12,000 kalau kalah juga, bukan dengan sebab jumlah, (tapi) dengan sebab ada kesilapan. Kesilapan rohani, kesilapan jasmani, tak cukup syarat-syarat kemenangan. Ini kita kena sedar.

“Dalam konteks pilihan raya ialah tentera pilihan raya, jentera pilihan raya. Campur semua jumlah 12,000 (anggota); jentera kempennya, jentera posternya, jentera penerangan, jentera lainnya. Saya rasa lebih daripada 12 ribu.

“Ahli PAS sekarang ini sejuta lebih, tak kan tak boleh nak cari 12,000 yang betul-betul berkualiti tinggi yang Nabi sebut ini? Kalau ada 12,000 yang kualitinya sangat tinggi, boleh mencapai kemenangan, dengan izin Allah,” ujarnya melontar renungan.

Dalam melaksanakan gerakan katanya, pelaksanaan PAS adalah secara ‘muassir’ yakni kontemporari mengikut konsep jihad dan dakwah dengan wajib mendahulukan ‘muwajahah silmiyyah’ dan perdamaian.

Terang Tuan Guru, pemilihan konsep demokrasi banyak dipengaruhi oleh fekah siasah Islamiyah di mana perkembangan terkini menunjukkan pemilihan cara lain akan menjadikan masalah dalaman umat lebih parah, selain memberi peluang kepada musuh dan penjajah datang semula dengan cara lebih memudaratkan.

Malah katanya, dalam masyarakat majmuk, lapangan dakwah lebih luas untuk mengajak bukan Islam kepada Islam atau menerima pemerintahan Islam dan meninggalkan atau menggantikan ideologi yang bukan daripada agama, adat dan bangsa mereka, serta mengajak umat Islam supaya kembali kepada Islam dengan ilmu.

“Wajib bersikap positif, mengadakan hubungan dengan semua pihak, secara damai dengan sifat benar, amanah, tabligh dan fatonah. Ini sifat wajib bagi Rasul, sifat wajib bagi kumpulan Islam. Kalau kita tak benar, contoh berjanji orang nak beri ceramah, tetapi tak bagi ceramah, tak ada keuzuran apa-apa, ini cari pasal.

“Itu benar amalan kita. Itu contohlah. Jadi wakil rakyat lagi banyak cabaran dia, banyak. Jangan bohong dengan rakyat. Dia marah, biar dia marah, tak apa cakap betul, dia nak marah, marahlah. Tetapi jangan bohong dengan rakyat, jangan, tak boleh.

“Tegas, jangan takut. Insya-Allah, lama kelamaan kita akan dapat melaksanakan dengan baik. Kalau ajar dengan bohong, jawabnya akan rebah di tengah jalan. Amanah, amanah sungguhlah, bukan nama dia amanah. Amanah ini ialah melaksanakan perintah Allah. Melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan.

“Menjadi orang yang amanah, tidak khianat. Menyampaikan, tabligh dan fatonah, kebijaksanaan dengan ilmu dan akal kita. Mencontohi sifat yang wajib bagi para Rasul,” ujarnya menyenaraikan sifat perlu dimiliki ahli PAS.

Tuan Guru juga menerangkan iktibar dari Parti Istiqlal iaitu parti Islam di Maghribi pimpinan Almarhum Syeikh Allal El-Fassi di mana selepas kematiannya telah berubah pendekatan kepada sekular kerana inginkan sokongan yang ramai dan mudah, namun akhirnya tersingkir dari arena masyarakat Islam di negara itu.

Malah di Malaysia katanya, ada parti yang mengaku Islam tetapi ditubuhkan atas dasar protes, bukan atas islah dan tajdid.

“PAS ditubuhkan oleh ulama-ulama kita tahun 1951 pada masa tak ada parti lain yang memperjuangkan Islam. Islam dalam keadaan dagang, payah orang nak ikut perjuangan Islam ini, masa itulah ditubuhkan PAS.

“Ada orang dia tubuh parti, kemudian kerana lambat sangat, dia buat parti nak cepat menang. Lambat juga akhirnya rebah tengah jalan. Ada orang kerana tak puas hati dengan kesilapan-kesilapan. Ada kesilapan yang betul, tapi tak boleh buat jemaah lain, tak boleh.

“Selagi parti ini tak ubah dasar, lalu dia buat parti lain. Tak perlulah sebut nama parti-parti ini, jadi gemulah dah, orang Pantai Timur kata jadi gemulah. Dengan sebab itu, jangan kita buat pasal memisahkan diri daripada kumpulan, tidak boleh.

“Mesti mengikuti jemaah yang ditubuhkan di atas islah dan tajdid. Wajib beristiqamah, menjadi syarat mendapat pertolongan Allah dan kepercayaan manusia,” serunya.

Senarai 16 orang dilarang berceramah di Johor

February 2, 2016






Semoga ada jalan penyelesaian.

Kenyataan Media ADUN-ADUN Pembangkang Kedah




HENTIKAN SEGERA KRISIS, UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT

1. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi junjungan kasih ke atas Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang turut menjemput semua ADUN dari parti pembangkang bagi mendapatkan pandangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri Kedah sekarang. Tindakan yang diambil oleh pihak Istana ini adalah merupakan satu langkah terpuji, menghormati prinsip demokrasi serta hak-hak rakyat.

2. Semua ADUN Pembangkang Kedah mengambil sikap bersama; membantah sekeras-kerasnya tindakan sebahagian pemimpin BN negeri ini yang cuba menurunkan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dari kedudukannya selaku Menteri Besar melalui cara yang tidak bersusila. Lebih mendukacitakan, tindakan tidak beradab tersebut dibuat sewaktu negeri ini sedang dalam tempoh meraikan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

3. Jika Dato’ Seri Mukhriz dinaikkan melalui laluan demokrasi maka proses menurunkannya juga mestilah dibuat mengikut amalan demokrasi, tidak gopoh, berperaturan serta menghormati kehendak rakyat. Tidak wajar hanya kerana mahu memenuhi kehendak politik individu tertentu maka semua pihak disusahkan; termasuk rakyat dan pihak istana.

4. Bagi kami, pada ketika ini, tindakan menukar Menteri Besar Kedah tidak menjadi keutamaan berbanding dengan keperluan menukar Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak menyusahkan rakyat.

5. Kami menggesa agar masalah kepimpinan utama Kerajaan Kedah ini diselesaikan dengan segera, kerana krisis yang berlarutan akan membantutkan urusan pentadbiran negeri yang membawa kesan buruk terhadap rakyat. Jika kemelut menghadapi jalan buntu, maka pilihan terbaik ialah penyelesaian mengikut amalan demokrasi menerusi suara rakyat melalui penentuan di Dewan Undangan Negeri.

Sekian, terima kasih.

ADUN2 Pembangkang Kedah
Bertarikh: 2 Februari 2016

Kedai Makan Cina Tidak Diganggu Di P. Pinang?



Kami mendapat maklumat dan beberapa keping gambar, dalam minggu kerap kes merobohkan gerai makan milik orang islam melayu.

Bukan perkauman nak diperbesarkan tetapi kalau tengok kedai tepi jalan milik oramg cina tidak pula menghadapi masalah di sana. Kita boleh tengok sendiri.

Kenapa jadi macam tu? Kami sekadar bartanya saja.

SIAPA KELIRUKAN RAKYAT KEDAH?



APABILA seorang rakan wartawan menghubungi saya pada Jumaat lalu memaklumkan bahawa usaha menggantikan Da­tuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar (MB) Kedah tidak akan berjalan semudah yang disangka, penulis hanya menganggap itu sekadar khabar angin.

Apatah lagi pandangan penulis seharusnya tidak ada masalah memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengemukakan nama pengganti Mukhriz kepada Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Secara dasarnya ia hanya menunggu pengumuman sahaja.

Bagaimanapun, konflik yang diharapkan selesai itu dijangka berterusan apabila Mukhriz terus menunjukkan penentangan dan kedudukan beliau hanya akan diketahui secara muktamad apabila selesai majlis menghadap Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) bersama-sama Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

Difahamkan majlis menghadap itu mungkin ada kaitan dengan surat akuan sumpah ditandatangani oleh 19 ADUN BN yang menyokong Mukhriz diganti. Ahli-ahli Jemaah ingin mendapatkan kepastian apakah ia dilakukan secara sukarela atau di bawah tekanan.

Bagaimanapun, pelbagai pihak tetap mengharapkan kemelut yang berlaku diselesaikan segera bagi membolehkan suasana politik di Kedah kembali tenang. Bagi penulis sama ada suasana seumpama itu boleh wujud atau tidak, ia bukan sahaja bergantung kepada siapa yang menjadi MB tetapi sejauh mana semua pihak khususnya dalam UMNO secara tulus ikhlas mahu menamatkan persengketaan.

Dari segi rakyat, penulis percaya walaupun ada antara mereka kecewa atau sedih dengan suasana politik Kedah tetapi ia tidak sampai mereka membenci UMNO dan BN. Tetapi pendirian mereka boleh berubah jika di dalam UMNO sendiri ada kelompok-kelompok yang bersedia menjadi ‘gunting dalam lipatan’ dan ‘musuh dalam selimut’.

Penulis diberitahu bagaimana ‘sudah ada amaran’ diberikan bahawa pengganti Mukhriz akan di­serang habis-habisan melalui media sosial dan blog-blog. Ia akan dilakukan oleh kelompok yang kononnya berjuang demi UMNO dan BN.

Kalau betul mereka berjuang demi UMNO dan BN, kesetiaan mereka bukan kepada mana-mana pemimpin atau pemimpin yang mengisi ‘tembolok’ mereka sahaja tetapi kepada parti.

Sebenarnya, penulis tidak berasa hairan jika serangan ‘duri dalam daging’ itu berlaku. Sepanjang krisis politik di Kedah berlaku sejak 20 Januari lalu, penulis sudah melihat ‘kegilaan’ dan ‘kejahilan’ puak-puak berkenaan.

Mereka seolah-olah sanggup me­lakukan apa sahaja termasuk menggunakan nama Istana sekalipun bagi menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Pelbagai dakyah mereka hasilkan melalui media-media sosial sehingga rakyat menjadi bercelaru apa sebenarnya berlaku.

Sementara penulis menghormati kesetiaan mereka kepada seseorang pemimpin tetapi dalam masa yang sama ‘kejahilan’ mereka berhadapan krisis dalaman boleh menjejaskan UMNO dan BN.

Dan keadaan menjadi bertambah bercelaru, apabila sebuah jabatan kerajaan membuat kajian mengenai sokongan rakyat Kedah kepada Mukhriz. Hasil kajian itu akhirnya bocor kepada media termasuklah gambar ‘ketua jabatan yang rajin’ tersebut.

Mungkin jabatan itu ingin menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi mereka kepada kepemimpinan kerajaan negeri tetapi persoalannya wajarkah tindakan tersebut? Konflik yang berlaku melibatkan seorang ketua kerajaan negeri yang kedudukannya ditentukan oleh Perdana Menteri, jabatan kerajaan yang membuat kajian itu pula ada salah satu agensi Persekutuan yang kementeriannya dipimpin oleh seorang menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Oleh itu, tidakkah tindakan membuat kajian tersebut akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rak­yat atau bak kata orang Kedah, “awat yang haru sangat ni’’ sekali gus memberi imej tidak baik kepada kerajaan.

Kalau benar mahu membantu kerajaan, kajian seumpama itu perlu dilakukan pada hari pertama Mukhriz menjadi MB dan dijalankan secara konsisten sekurang-kurangnya enam bulan sekali, bukan ketika Mukhriz telah ‘menerima isyarat’ untuk mengosongkan pejabat MB.

Justeru hentikanlah perbuatan mengelirukan rakyat Kedah. Penggantian MB bukanlah sesuatu yang aneh, apatah lagi di negeri itu yang sudah pernah menempuhnya sebanyak enam kali sebelum ini sejak 1985.

Pergolakan politik dalam sesebuah negeri adalah perkara biasa. Ia bukan sahaja berlaku dalam UMNO, malah Pas dan PKR pun tidak terlepas menghadapi suasana ini.

Masihkah kita ingat bagaimana ‘Langkah Kajang’ diatur. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan Datuk Seri Mohammad Azmin Ali. Ketika itu Abdul Khalid masih mendapat sokongan majoriti Exco dan ADUN tetapi beliau tetap disingkirkan dan jangan lupa ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menggantikan Tan Sri Osman Aroff sebagai Menteri Besar Kedah pada 1996, seramai 22 ADUN menyokong Osman.

Tetapi sama ada suka atau tidak, realitinya hak melantik seseorang MB itu adalah kuasa mutlak Perdana Menteri atau mana-mana Presiden parti selepas mendapat perkenan Istana.

Justeru tidak perlu hendak mengelirukan rakyat Kedah dengan menganggap penggantian Mukhriz seolah-olah ‘satu dosa besar’ dan ‘satu penganiayaan’. Penulis yakin Mukhriz pun memahami setakat mana keupayaan beliau untuk ‘melawan kembali’.

Apa yang penting rakyat Kedah tidak harus dikelirukan atau berada dalam keadaan bercelaru. Puak-puak dalam UMNO yang masih belum dapat menerima hakikat Mukhriz hendak diganti perlu banyak-banyak ingatkan Allah SWT kerana sesungguhnya sebaik manapun perancangan manusia, perancangan Allah adalah lebih tepat.

Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu kembali bersatu supaya rakyat tidak keliru. Bak kata Mukhriz dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia, “Krisis dalaman kalau terus berlaku ia adalah pengkhianatan kepada parti dan amanah yang diberikan oleh rakyat’’.

Diharapkan bukan sahaja pihak-pihak lain, Mukhriz juga harus mengotakan kata-kata itu kerana beliau pasti memahami bagaimana krisis di Kedah boleh diselesaikan.

Zulkiflee Bakar
Utusan

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.