News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Isu Fitnah Gambar Rumah Banglo TG Haji Hadi

June 30, 2016







Siapa yang dok sebar tentang fitnah kepada tg haji hadi? Kata ada rumah banglo baru? Beri kepada isteri ke dua? Rumah tu sebenarnya rumah ajk pas dalam kawasan terengganu. Alahai.. Tengok gambar last sekali.

Kaki fitnah tak takut api neraka? Sebarkan kebenaran ini.

Kenyataan Media DAP Pulau Pinang

June 29, 2016



"Pesanan Saudara Lim kepada saya adalah menguatkan semangat menghadapi krisis politik ini dan memastikan parti dan Kerajaan Negeri tetap kukuh dalam masa ini," Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang.

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM ISU BANGLO: SPRM TAHAN LIM GUAN ENG DAN PHANG LI KHOON



KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

ISU BANGLO: SPRM TAHAN LIM GUAN ENG DAN PHANG LI KHOON

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tangkapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok.

Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang sementara Li Khoon ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, hari ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
29 JUN 2016

PULAU PINANG

“See you tomorrow.” That's Chief Minister Lim Guan Eng's



“See you tomorrow.” That's Chief Minister Lim Guan Eng's words to the exco members, state officers and his office staff members as he was taken away by several officers from the MACC. Lim was seen leaving Komtar at around 6.30 pm after an exco meeting. Accompanying him were a few MACC officers in the CM's car.

According to his former political secretary, MP for Tanjong Ng Wei Aik, Lim has been arrested by the MACC and will be charged at the session court tomorrow (Thursday 30 June). “He will likely be in the lock-up at the MACC Headquarter at Jalan Sultan Ahmad Shah tonight.,” Ng said. It was informed that they are charging CM Lim for two counts – Section 23 of the MACC Act and Sec 165 of the Penal Code.

Apa yang kita perlu tahu ttg Iceland dan Apa yang kita boleh pelajari dari Iceland

June 28, 2016



Apa yang kita perlu tahu ttg Iceland dan Apa yang kita boleh pelajari dari Iceland.

1. Iceland, sebuah negara yang besar sikit pada negeri Sabah, tapi mempunyai populasi terendah di Eropah, lebih kurang 330,000 orang, hampir sama dengan populasi di daerah Kuala Terengganu, Terengganu.

2. Dari segi iklim, majoriti sepanjang tahun, Iceland mengalami cuaca sejuk lebih dari 7 bulan dalam setahun.

3. Dari segi bola sepak, pasukan kebangsaan Iceland pernah menduduki ranking ke-131 dunia pada April 2012.

4. Perlahan-lahan ranking pasukan yang tak pernah layak ke sebarang kejohanan utama dunia ini naik sikit demi sedikit, sehinggalah mendaki ke ranking 34 dunia pada hari ini.

5. Kebangkitan pasukan bola sepak Iceland ni mula disedari oleh masyarakat bola eropah pada 2013, di mana Iceland selangkah lagi untuk layak ke Piala Dunia 2014, namun kurang bernasib baik kerana kalah di peringkat play-off kepada Crotia.

6. Semenjak itu keghairahan Iceland untuk meneroboskan diri ke kancah elit bola sepak tak pernah padam, malah makin memuncak keghairahannya ketika kelayakan Euro2016 ini.

7. Tahukah anda pasukan mana antara mangsa keghairahan Iceland di kelayakan Euro2016? Pasukan The Oranje, Belanda! Iceland menang kedua-dua perlawanan menentang Belanda tanpa dibolosi sebarang gol.

8. Dengan 6 menang, 2 seri dan 2 kalah, Iceland berpesta mencatat sejarah untuk pertama kalinya layak ke kejohanan bola sepak utama dunia.

9. Apa yang antara yang menyebabkan Iceland tiba-tiba muncul antara pencabar di benua eropah? Padahal liga utama di sana (Urvalsdeild karla) adalah liga semi-pro, takde gaji ratus ribu, takde pemain pakai kereta mewah, takde kelab mampu beli tanah di Sepanyol, tapi tak dengar berita pulak ada kelab sampai tak mampu bayar gaji pemain.

10. Tak lain tak bukan ialah pembangunan pemain muda. Apa tiga perkara yang dititik beratkan oleh Iceland Football Association (KSI) ialah pertama i) Sistem, kedua ii) jurulatih dan yang ketiga iii) ialah padang.

11. Mari kita cuba bandingkan apa yang Iceland lakukan dan apa yang sedang kita lakukan melalui NFDP sekarang.

12. Tentang sistem, rasanya sistem yang Lim Teong Kim bawa masuk sekarang amat bagus. Sistem pembangunan akar umbi yang diolah dari sistem akademi Bayern Munich. Bagi skuad utama NFDP yang berada di Bukit Jalil sekarang memeang tip top baqhang, tapi macam mana 2 team feeder di Sek Sukan Gambang dan Sek Sukan TMI, Johor? Bagaimana dengan akademi-akademi Tunas dan PLD di negeri-negeri lain?

13. Di Iceland, apabila pemain akademi menginjak ke usia remaja, kebanyakan pemain yang berkualiti biasanya akan berhijrah ke luar negara, kerana liga di Iceland hanyalah bertaraf semi-pro, tidak menawarkan gaji lumayan.

14. Ini masalah yang sedang dan bakal terus dihadapi oleh pemain berbakat di Malaysia. Lihat sajalah apa jadi dengan Nazmi Faiz, pada 2012 dia hero, dia masa depan bola negara, dia bakal mengubah landskap bola negara, tapi sekarang ni 2016 di mana Nazmi Faiz? Buat apa susah payah main di luar negara sedangkan kelab macam PKNS pun mampu bagi gaji lumayan untuk pemain muda!

15. Yang kedua ialah tentang kepakaran jurulatih. Di Iceland, KSI memudahkan proses mengambil lesen kejurulatihan di sana, dengan bantuan khas dan pengurangan yuran kursus. Sampai di satu tahap kebanyakan jurulatih di akademi Iceland mempunya lesen kejurulatihan UEFA pro-B.

16. Dan terakhir sekali, ialah kerajaan dan KSI telah meyediakan sejumlah padang bola sepak yang berkualiti untuk rakyatnya bermain bola dengan betul.

17. Menurut laporan KSI, sebanyak 179 buah padang bola sepak bersaiz standard wujud di Iceland, tidak termasuk 166 buah padang bola sepak biasa (160 outdoor dan 6 indoor). Kebanyakan padang ini telah dibina selepas tahun 2000.

18. Akademi di Malaysia? Tak payah kira NFDP la, team utama ye lah training di turf MSN Bukit Jalil, team lain? Projek Akademi Mokhtar Dahari di Gambang yang katanya bakal ada 10 biji padang pun entah bila la nak siap, padahal dah dirasmikan oleh Perdana Menteri beberapa tahun lepas.

19. Tengok ke Liga 1MCC kat Astro Arena, ya tuhan, tak tahu lah budak-budak ni main bola atas padang ke atas tanah liat, warna kuning lagi banyak dari warna hijau kalau tengok dari tv. Kesian budak, dah lah beli but copy ori, main atas tanah, mana tak melecet kaki, krem betis, lutut dislocate, bila dah serius main bola, adalah yang kena ACL di usia muda.

20. Padang-padang awam kat taman perumahan, kat kampung, hatta padang sekolah sekalipun, banyak yang teruk dari yang elok. Macam mana lah budak-budak nak belajar short pass dengan betul, sebab itulah bila stopball bola melantun, faktor padang pun main peranan. Jangan haraplah tiki-taka, kalau Messi bawa bola kat padang macam ni pun boleh tersungkur.

21. Kita boleh belajar sesuatu dari Iceland, sistem, kepakaran jurulatih dan prasarana. Setakat yang diketahui, mungkin tiga entiti sahaja yang serius tentang 3 perkara ini di Malaysia buat masa ini, iaitu pertama NFDP (bajet kerajaan = duit rakyat), kedua JDT, ketiga mungkin Frenz United. Tapi ingat, penanung JDT dah beli saham Frenz United.

22. Iceland bukan sekadar player nama son-son-son, bukan sekadar Eidur Gudjohnsen, tapi banyak yang kita boleh pelajari bagaimana mereka tiupkan roh kebangkitan bola sepak mereka sehingga mereka seghairah ini.

Majulah bola sepak untuk negara.

-Ismail Senik, penganalisis bola sepak amatur.

Letupan Bom Di Puchong Awal Pagi Tadi



28 June 2016

Selangor - Makluman awal berlaku letupan disyaki bom di hadapan Movida Puchong Jaya jam 3am pagi ini. Kawasan sekitar IOI Mall ditutup utk Unit Forensik/UPB PDRM/JBPM/PDRM yg telah tiba dilokasi. Kami masih belum dapat maklumat lanjut utk kes ini. Akan di update kemudian. Harap maklum.

ORANG YANG DIBERI KEUZURAN MAKAN SECARA TERBUKA DI SIANG HARI RAMADHAN

June 27, 2016



KHAS RAMADHAN #80 ORANG YANG DIBERI KEUZURAN MAKAN SECARA TERBUKA DI SIANG HARI RAMADHAN

Written by Muhammad Fahmi Rusli.


Mukadimah

Di antara isu yang menjadi perbualan hangat di laman sosial ketika ini adalah berkenaan boleh ataupun tidak seseorang yang tidak boleh berpuasa disebabkan keuzuran makan secara terbuka di siang hari bulan Ramadhan ? Mereka itu termasuklah wanita yang berada dalam keadaan haid, seseorang yang bermusafir, golongan tua yang tidak mampu berpuasa, dan juga orang yang sakit. Justeru, Irsyad al-Fatwa edisi khas Ramadhan kali ini akan membahaskan isu ini secara terperinci.

Siapakah Golongan Yang Diberi Keuzuran Untuk Tidak Berpuasa ?

Berikut kami kongsikan beberapa golongan yang diberikan keizinan oleh syarak untuk tidak berpuasa disebabkan keuzuran. Antaranya:

Pertama: Wanita Yang Dalam Keadaan Haid & Nifas

Para ulama telah bersepakat bahawa wanita yang dalam keadaan haid diharamkan baginya untuk berpuasa. Sekiranya dia tetap berpuasa maka puasanya adalah tidak sah. Sama ada puasa tersebut merupakan puasa wajib, sunat, kaffarah, ataupun nazar. Wajib ke atas mereka untuk menggantikan puasa ini apabila mereka suci dari haid. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W:

أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ

Maksudnya: Tidakkah seorang wanita itu apabila dia datang haid dia tidak boleh solat dan tidak boleh berpuasa ?

Riwayat al-Bukhari (1951)

Kedua: Orang Yang Dalam Keadaan Sakit

Orang yang sakit diberikan keringanan untuk berbuka puasa (tidak berpuasa). Apabila dia sihat semula maka wajib ke atasnya untuk menggantikan puasanya yang ditinggalkan tersebut. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

أَيَّامٗا مَّعۡدُودَٰتٖۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ

Maksudnya: (Puasa) itu adalah bilangan hari-hari yang tertentu. Siapa dari kalangan kalian yang sakit ataupun dalam keadaan bermusafir maka gantikanlah ia (puasa) pada hari yang lain.

Surah al-Baqarah (184)

Walaupun begitu, ada dhabit (piawaian) bagi kategori sakit yang dibenarkan berbuka dari ayat ini. Antaranya ialah:

Sakit tersebut adalah sakit yang teruk (berat) yang mana apabila orang tersebut berpuasa ia akan menambahkan lagi kesakitan ataupun melewatkan kesembuhan yang terdapat pada dirinya.
Apabila seseorang yang sakit itu berpuasa ia datang bersamanya masyaqqah (kepayahan) ke atas dirinya.

Ketiga: Orang Yang Sedang Bermusafir

Orang yang sedang dalam permusafiran diberikan rukhsah (keringanan) untuk berbuka (tidak berpuasa). Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:

أَيَّامٗا مَّعۡدُودَٰتٖۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ

Maksudnya: (Puasa) itu adalah bilangan hari-hari yang tertentu. Siapa dari kalangan kalian yang sakit ataupun dalam keadaan bermusafir maka gantikanlah ia (puasa) pada hari yang lain.

Surah al-Baqarah (184)

Berdasarkan ayat ini, orang yang sedang bermusafir juga diberikan keringanan untuk tidak berpuasa. Apabila dia berbuka, menjadi suatu kewajipan ke atas dirinya untuk menggantikannya (qadha’) pada hari yang lain. Akan tetapi permusafiran ini juga mempunyai beberapa kriteria untuk menjadikan ia suatu yang mengharuskan berbuka puasa. Antaranya adalah seperti berikut:

Permusafiran tersebut merupakan perjalanan panjang yang terdapat masyaqqah (kepayahan) kepada musafir yang berpuasa untuk meneruskan puasanya.
Jika orang yang bermusafir itu meneruskan puasa semasa bermusafir, akan tetapi puasanya tidak memberi kemudharatan atau kepayahan kepada dirinya, maka adalah lebih afdhal untuk dia teruskan puasa.

Bolehkah Golongan Yang Disebutkan Di Atas Untuk Makan & Minum Secara Terbuka Di Siang Hari Ramadhan ?

Inilah isu utama yang menjadi tumpuan kami untuk diulas. Kerana ia menjadi isu yang agak hangat dibincangkan. Sebelum kami mengulas lebih lanjut, suka untuk dikongsikan bersama beberapa kisah yang boleh dijadikan pengajaran.

Pertama: Rasulullah S.A.W bersabda:

أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ وَلاَ فَخْر

Maksudnya: Aku adalah ketua (penghulu) bagi seluruh anak Adam dan itu bukan satu kebanggaan.

Riwayat Abu Daud (4308)

Ketika mengulas hadis ini, Sulthan al-Ulama al-Izz Ibn Abd al-Salam (w. 660 h.) berkata: Nabi S.A.W menyebut bahawa hal tersebut bukanlah suatu kebanggaan adalah untuk mencantas sangkaan golongan yang bersangka buruk terutamanya apabila baginda menceritakan berkenaan dirinya.

Sekalipun perbuatan menceritakan kelebihan yang ada pada diri sendiri itu bukanlah satu kesalahan, akan tetapi baginda tetap menyebutkan bahawa itu bukanlah suatu kebanggaan bagi mengelakkan fitnah berlaku ke atas diri baginda S.A.W.

Kedua: Di dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah S.A.W dilihat sedang berdua-duan dengan seorang perempuan. Lalu dua orang lelaki dari kalangan Ansar melalui kawasan tersebut. Sebaik sahaja mereka melihat Nabi, keduanya terus berjalan secara laju. Maka sabda Nabi S.A.W:

عَلَى رِسْلِكُمَا إِنَّهَا صَفِيَّة بِنْت حُيَي فَقَالَا‏:‏ سُبْحَانَ اللَّه يَا رَسُولَ اللَّهِ‏!‏ ‏:‏‏"‏إِنّ الشَّيطَانَ يجَرِي مِن ابنِ آَدَمَ مَجْرَى الدَّم وَإِنِّي خَشِيْت أن يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَرَّا


Maksudnya: Nanti dahulu wahai kamu berdua, sesungguhnya wanita ini adalah isteri aku Safiyyah binti Huyaiy. Lalu keduanya berkata: Maha Suci Allah wahai Rasulullah. Maka sabda Nabi S.A.W: Sesungguhnya Syaitan itu mengalir dalam tubuh badan manusia mengikut saluran darah dan aku takut dia mencampakkan keburukan dalam hati kamu berdua.

Riwayat Muslim (2175)

Hadis ini juga turut menunjukkan bahawa baginda S.A.W berusaha untuk mengelakkan fitnah ke atas diri baginda serta sangkaan buruk yang mungkin boleh terhasil ke atas orang lain melalui perbuatan baginda. Sekalipun berdua-duaan dengan isteri itu merupakan suatu yang dibolehkan, akan tetapi sekiranya ia boleh mendatangkan fitnah maka perlu diberikan penjelasan keadaan yang sebenar.

Ketiga: Kisah Ibrahim Nakhaie Dengan Anak Muridnya Sulaiman al-A’masy

Diriwayatkan bahawa Ibrahim al-Nakha’ie adalah seorang yang buta dan anak muridnya, Sulaiman bin Mehran al-A’masy pula seorang yang rabun. Satu hari keduanya berjalan bersama-sama menuju ke masjid. Kata Ibrahim: “Sulaiman, apa kata kamu ikut jalan yang lain manakala aku pula ikut jalan yang lain kerana aku takut nanti orang ramai melihat kita lalu mereka berkata: Si buta dipimpin si rabun. lalu mereka mengumpat kita dan mendapat dosa”.

Kata Sulaiman: “Wahai guruku, apa salahnya kita akan mendapat ganjaran pahala dan mereka (yang mengumpat) berdosa”. Jawab Ibrahim: “Tidak, kita selamat dan mereka juga selamat itu lebih baik dari kita diberi ganjaran pahala sedangkan mereka mendapat dosa”. [Lihat al-Muntazom fi Tarikh al-Muluk wa al-Umam karya Ibn al-Jauzi, 7/22]

Lihatlah akhlak yang telah ditonjolkan oleh Ibrahim al-Nakha’ie yang mana beliau bertanggungjawab ke atas perbuatannya. Boleh saja mereka berdua berjalan bersama untuk pergi ke masjid. Namun, apabila memikirkan mulut dan hati manusia lain yang tidak boleh di kawal dari mengumpat dan mencaci, maka mereka menggunakan jalan yang lain agar jauh dari manusia yang lain. Mungkin kita lebih suka untuk mendapat pahala hasil daripada umpatan orang lain sedangkan tanpa kita sedari perbuatan kita itu sendiri yang telah mengundang cacian dan umpatan. Ini tidak disukai oleh Ibrahim al-Nakha’ie dan baginya jika kedua-duanya terselamat adalah lebih baik.

Keempat: Bolehkah Seseorang Yang Melihat Anak Bulan Syawal Untuk Tidak Berpuasa ?

Diriwayatkan dari Ibn Umar R.anhuma beliau berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا

Maksudnya: Apabila kalian melihatnya (anak bulan) maka berpuasalah dan apabila kalian melihatnya (anak bulan syawal) maka berbukalah (raya sudah tiba).

Riwayat Muslim (1080)

Ketika mengulas hadis ini, kata Imam al-Son’aani Rahimahullah: Jika seseorang yakin dia telah melihat anak bulan Syawal, maka dia boleh untuk berbuka (tidak berpuasa), dan sebaiknya dia sembunyikan hal itu, bertujuan untuk memelihara hamba (orang ramai) dari mereka berburuk sangka dengannya lalu mendapat dosa. Rujuk Subul as Salam, al-Son’aani (2/422).

Penutup

Akhir kalam, kami berpendapat bahawa hukum seseorang yang ada keuzuran untuk tidak berpuasa makan di siang hari bulan Ramadhan adalah HARUS. Adalah lebih afdhal ianya dilakukan di tempat yang sunyi dari penglihatan orang ramai bagi menjaga dan memelihara diri kita dari fitnah serta menyelamatkan orang ramai dari sangkaan buruk lalu mereka mendapat dosa. Semoga pencerahan ini dapat difahami dengan sebaiknya. Kami berdoa kepada Allah S.W.T agar menerima segala ibadah kita di bulan Ramadhan ini, seterusnya menjadikan kita tergolong dalam kalangan mereka yang bertakwa. Ameen.

http://www.muftiwp.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-ramadhan/1037-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-80-orang-yang-diberi-keuzuran-makan-secara-terbuka-di-siang-hari-ramadhan

Rombakan kabinet : Senarai nama-nama yang dilantik.



Rombakan kabinet : Senarai nama-nama yang dilantik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa perubahan kepada Kabinet Persekutuan hari ini.

Kabinet ini rombakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan yang ketiga sejak beliau mengekalkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Selepas mengatur kabinetnya selepas pilihan raya, Ahli Parlimen Pekan pertama dirombak kabinetnya pada bulan Jun 2014.

kabinetnya, kemudian dirombak lagi pada bulan Julai 2015 di mana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digantikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam sidang akhbar pada pukul 3.15 petang, beliau membuat pengumuman berikut.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah meletakkan jawatan kabinetnya. Portfolio beliau akan diambil oleh Datuk Johari Abdul Ghani. “Husni telah memaklumkan saya tentang hasrat untuk bersara, jadi saya menghormati itu. Beliau cukup bersedia untuk bersara,” kata Najib.

Beliau berkata walaupun tidak ada wanita dalam rombakan pada kali ini, mereka boleh dimasukkan pada masa yang lain.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan telah mengambil alih jawatan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Wahid Omar yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi. Bekas portfolio Rahman sebagai Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan akan diambil alih oleh Datuk Seri Mohamad Noh Omar.

Najib juga berkata, Datuk Lee Chee Leong akan mengambil portfolio Timbalan Menteri Kewangan bersama-sama dengan Datuk Othman Aziz.

Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Kiong dilantik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menggantikan Datuk Seri Douglas Uggah.

Uggah yang meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya Sarawak dilantik sebagai salah satu daripada tiga ketua timbalan menteri Sarawak.

Bagi jawatan timbalan menteri pula, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan sementara Ahli Parlimen Silam, Datuk Nasrun Mansur pula Timbalan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi bagi menggantikan arwah Tan Sri Noriah Kasnon.

Turut dilantik sebagai timbalan menteri ialah Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) manakala Datuk Seri S.K. Devamany (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Sandiwara anak Malaysia ultra kiasu (Sinar Harian 27.6.16)



Sandiwara anak Malaysia ultra kiasu (Sinar Harian 27.6.16)

Saya dilabel sebagai pengkhianat bangsa hanya kerana bercakap benar mengenai bangsa saya sendiri. Dituduh mahu menjadi orang Melayu atau lebih Melayu daripada Melayu. Nasib baiklah selepas saya keluar daripada MCA, baharu ultra kiasu sedar bahawa selama ini saya berada dalam parti Cina. Adakah saya rasis atau seksis sebagaimana yang dituduh?

MCA tidak putus-putus menyerang saya. Sepatutnya sasaran MCA adalah DAP. Tetapi perkara itu tidak berlaku, mereka sangat berpakat. Saya yakin majoriti ahli mereka yang didakwa seramai 1.07 juta tidak mengundi BN, sebaliknya DAP.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai seorang pemimpin wanita ultra kiasu Kristian Evangelis yang berkahwin dengan lelaki India. Setelah mendapat anak, pasangan ini pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tujuan pendaftaran kelahiran. Peliknya dalam ruangan keturunan (bangsa) dia menulis ‘anak Malaysia’ iaitu bangsa yang tidak pernah wujud dalam kamus pendaftaran kelahiran JPN. Sudah tentu JPN menolak.

Perkara ini sengaja dirancang supaya menjadi kecoh dan heboh, agar JPN dipersalahkan. Muslihatnya, bagi mengelakkan dia menulis keturunan India iaitu keturunan suaminya. JPN dikutuk dan dituduh tidak patriotik menolak keturunan anak Malaysia atas alasan kita semua anak Malaysia. Liciknya ultra kiasu ini mengkambinghitamkan JPN bagi melunaskan cita-cita jahatnya.

Sebagai orang Cina yang sangat berpegang teguh kepada budaya bangsa seperti ultra kiasu, dia sepatutnya menulis keturunan India mengikut nasab suaminya. Tetapi ia tidak berlaku. Jika mengikut budaya Cina yang amat memuliakan nasab bapa, sepatutnya keturunan anak pasangan ini ditulis bangsa INDIA mengikut bapa. Tetapi keadaan tersebut tidak berlaku, dia menyalahkan JPN menulis keturunan CINA.

Di manakah semangat anak Malaysia yang pada awalnya mahu digunakan jika dia benar-benar meraikan kepelbagaian. Apatah lagi ultra kiasu selalu mendakwa ia parti berbilang kaum. Jika begitu, kenapa tidak meraikan bangsa India mengikut keturunan suaminya? Kenapa dalam kepala dia hanya ada Cina? Hinakah meletakkan keturunan bangsa India? Bukankah India juga dijadikan oleh Allah SWT? Siapa rasis? Apakah pemimpin sebegini boleh diharap memimpin negara?

Baik pulak saya, saya Cina, isteri saya Melayu, keturunan saya, saya letakkan Cina kepada anak saya. Kenapa? Sebab saya orang Cina. JPN memberi pilihan sama ada memilih bangsa ibu atau bapa. Siapa hipokrit sebenarnya? Beginilah liciknya mereka.

Pertama, memahami bangsa saya, mereka lebih mahukan anak lelaki daripada anak perempuan kerana anak lelaki akan memanjangkan nasab keturunan mengikut surname yang dibawa, berbanding anak perempuan. Anak perempuan akan berkahwin mengikut keturunan suaminya. Anak perempuan dianggap sebagai menghabiskan beras kerana akan menjadi milik orang lain atau keturunan lain.

Kedua, mengenali ultra kiasu sekian lama, mereka memandang rendah orang yang lebih gelap kulitnya. Mereka cuba mengelak untuk berjiran dengan orang sebegini. Mereka lebih selesa dengan kalangan yang lebih cerah seperti orang putih. Sebab itu, mereka lebih suka berhijrah ke negara kulit putih daripada kulit hitam.

Kehidupan mereka hari ini lebih orang putih daripada orang putih. Sebab itu MCA begitu marah apabila saya menegurkan soal pakaian seksi dan singkat. MCA menyerang saya dengan mengatakan saya ini sakit mental dan perlu meminta maaf kepada orang Cina. Siapa perempuan palsu ini? Kenapa saya perlu minta maaf. Hipokrit sungguh. Pergi telek dan belek pakaian budaya Cina sebenar.

Ketiga, ultra kiasu Kristian Evangelis jugalah yang setiap kali bulan puasa akan dibenarkan masuk ke surau dan masjid berbaju kurung dan bertudung menyampaikan bantuan kepada umat Islam yang berpuasa, bagi menunjukkan dia ‘sayang’ dan ‘menghormati’ bulan puasa. Cuba dekati hati budi mereka, apakah mereka rela berpakaian sedemikian saban kali ketika dewan bersidang misalnya. Jawabnya, tidak. Ultra kiasu lebih suka pakaian orang putih yang didakwa itu pakaian budaya mereka.

Malang sekali umat Islam mempertahankan ultra kiasu ini, hanya dengan bantuan RM2000, kopi, teh dan susu di bulan Ramadan dan memuji pula mereka dengan kata-kata “cantiknya amoi-amoi ini”. Murah sungguh hargai diri dan maruah kita.

Ternyata ultra kiasu ini cakap lain, buat lain. Peliknya, MCA dan akhbar the Star langsung tidak pernah langsung menyerang wanita ultra kiasu ini seperti dia menyerang saya, sedangkan saya juga ‘menyayangi’ Cina seperti yang ‘diperjuangkan’ MCA, DAP dan Gerakan. Bukan begitu MCA?

Wahai umatku, bangunlah, lihatlah kebobrokan ultra kiasu yang bersatu dalam terang dan senyap. Saya akan terus diserang dan diserang lagi. Tetapi saya jenis yang tidak menyerang jika tidak diserang. Tidak menyerang tanpa tentangan.

Saya akan terus dilabel lebih Melayu daripada Melayu supaya orang Cina membenci dan menganggap saya sebagai pengkhianat. Sehingga ada yang meludah dan menjegilkan mata bila bersua muka. Begitu juga ugutan bunuh. Tidak mustahil akan ditembak. Saya bertawakkal kepada Allah akan takdir ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1043845049039911&id=797212753703143

Jangan rendahkan sikap Mahathir!

June 26, 2016



SUBKY LATIF | 25 Jun 2016.

KITA mungkin tidak setuju dengan banyak tindakan Dr. Mahathir semasa dia jadi Perdana Menteri dan kita juga boleh berbeza pandangan dengannya yang hendak menggantikan PM Najib sebagai Perdana Menteri tetapi mahu mengekalkan Umno sebagai sistem pemerintahan.

Sikapnya masa berkuasa dulu ada kelemahannya, tetapi sekarang dia menentang satu pemerintah yang paling tidak bertanggungjawab kepada semua kecuali hulubalang berjiwa Hang Tuah saja.

Dulu Mahathir orang atas. Dia tidak nampak masalah orang bawah. Sekarang dia rakyat yang boleh ke atas dan ke bawah. Dia dapat melihat orang atas sebagai mana orang atas itu dilihat oleh orang bawah.

Sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno dia dapat semua yang dikehendakinya. Jawatan-jawatan yang berelaun puluhan ribu. Kerana dia rasa rakyat tertindas dan negara berada dijurang kehancuran, maka dia sedia tinggalkan semua yang diberi kepadanya.

Apa yang dibuatnya sekarang sama seperti yang Tunku Abdul Rahman, sebagai bekas Perdana Menteri buat selepas tidak jadi Perdana Menteri dulu. Seolah-olah tiada yang baik yang Tun Razak dan Tun Hussein buat dulu. Tunku naik pentas PAS dalam PRK Pantai Merdeka.

Apa Tunku buat dulu adalah satu tindakan prorakyat yang mahukan keadilan. Sekalipun dulu Mahathir tidak peka tentang keadilan, itu adalah kelemahannya dulu. Sekarang dia peka tentang keadilan yang diabaikan. Jika kelemahannya dulu tidak dikomen terbuka oleh Tun Hussein sebagai bekas PM. Itu adalah kelemahan Tun Hussein.

Sekarang Mahathir peduli rakyat macam juga Tunku peduli rakyat. Apabila dia peduli rakyat dan negara, mungkin kita tidak suka dengan kaedah yang digunakannya dan apa dia nak jadi selepas itu, maka tidaklah wajar tindakannya itu diremahkan. Boleh dia tidak disokong tetapi jangan perleceh sikap dan tindakannya semata-mata kita geram padanya dulu.

Kelemahannya dulu kita masukkan dalam sejarah, tetapi tidak boleh dinafikan sikapnya pada masa negara diambang keruntuhan ini dibakul sampahkan saja.

Satu teguran dan tindakannya terhadap Najib lebih berkesan dari tindakan 500 biasa yang mengecam Najib. Berjaya atau tidak Najib digugurkan hal yang lain. Serangan Tunku terhadap Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir dulupun tidak berjaya memenangkan PAS dalam PRK Pantai Merdeka. Tidak banyak juga yang Tunku dapat buat untuk menukar pimpinan masa itu.

Tetapi jangan kata Tunku buat kerja sia-sia! Maka jangan juga kata Mahathir buat kerja sia-sia sekarang.

Saya juga beranggapan menggantikan orang bukan menggantikan sistem seperti yang dipeloporinya sekarang. Tetapi keberanian, kesungguhannya untuk menggantikan kerajaan yang ranggi dan tidak peduli rakyat wajar dihargai.

Jika dia pedulikan dirinya saja sekarang, dia tidak buat kerja yang menghilangkan puluhan ribu elaun sebulan. Jika pedulikan keluarganya saja, dia tidak buat kerja yang menyebabkan anaknya terbuang dari Menteri Besar Kedah.

Dia tahu dengan kegiatan anti Najibnya itu dia berkemungkinan tidak dipusarakan di Makam Pahlawan Masjid Negara nanti. Apa yang dibuatnya adalah sekali ganda kesannya dari apa yang pembangkang dan pengkritik Najib dapat buat selama ini.

Tidak banyak kerugian bagi sekalian yang mengecam Najib, tetapi Mahathir rugi banyak. Selain dari hilang sebahagian pendapatan, dia dikecam dan dikutuk oleh Umno. Apa untungnya? Selain dari membela rakyat dan negara yang tertindas.

Boleh dia tidak disokong tetapi mensia-siakan tindakannya amat tidak patut. – HARAKAHDAILY 25/6/2016

Catatan Sebelum Sahur : London Bridge Is Falling Down?

June 25, 2016



Catatan Sebelum Sahur : London Bridge Is Falling Down?

Jika ditaip perkataan WHY di ruangan google pada hari ini, carian yang paling masyhur ialah WHY BREXIT. Begitulah betapa hebatnya sumpahan Brexit yang melebar ke seluruh dunia bagi membayangkan betapa ia bukan sahaja merupakan isu setempat United Kingdom tetapi ia merupakan isu yang menjadi perhatian dunia. Ia dipercayai akan mendatangkan kesan khususnya kepada ekonomi negara-negara yang sedang berurusan dengan Britain pada hari ini.

BREXIT atau Britain Exit ialah satu referendum atau pungutan suara yang dicadangkan Perdana Menteri UK, David Cameron selepas pilihan raya pada 2015 bagi mengutip undi rakyat United Kingdom (UK) untuk menentukan sama ada UK kekal atau keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Ia bukanlah kali pertama rerendum berhubung isu ini diadakan di Britain. Pada tahun 1975, referendum yang sama pernah dilaksanakan bagi menentukan keahlian UK dalam Komuniti Ekonomi Eropah (EEC), badan kerjasama awal dalam kalangan negara Eropah yang kemudiannya dibentuk menjadi EU pada 1993. Pada tahun tersebut, 67 peratus rakyat Britain mengundi untuk Britain kekal dalam EEC.

Kali ini, natijahnya sedikit berbeza, dalam pungutan suara yang bersejarah pada Khamis lalu tersebut, 51.9 peratus atau 17,410,742 pengundi menyokong negara itu meninggalkan EU sementara 48.1 peratus atau 16,141,241 pengundi memilih untuk kekal dalam EU. Ekoran daripada itu, Perdana Menteri David Cameron mengumumkan perletakan jawatannya dari posisi tersebut berkuatkuasa Oktober depan selepas kempennya untuk kekal di dalam Kesatuan ditolak oleh hampir 52 peratus rakyatnya.

Hakikatnya kempen ‘Leave’ dan ‘Remain’ ini mewakili golongan yang berbeza di dalam negara tersebut. Kempen ‘Leave’ lebih didominasi oleh sentimen golongan veteran dan pertengahan yang menyaksikan bagaimana penyertaan Britain ke dalam Kesatuan ini telah mengakibatkan kebanjiran besar-besaran penduduk asing ke negara tersebut. Pada mereka, Great Britain sudah hilang Greatnya, hanya tinggal Britain.

Mengikut rekod, sebelum tahun 1993 iaitu ketika EU masih bergelar Kesatuan Ekonomi Eropah, imigrasi ke UK bersifat minus. Lebih ramai penduduk Britain yang keluar daripada mereka yang berhijrah ke negara tersebut. Namun bermula tahun 1993 sehingga 2014, warga asing yang lahir di Britain meningkat secara mendadak daripada 3.8 juta orang kepada 8.3 juta orang. Dalam masa yang sama, jumlah warga asing yang berhijrah dan menetap di negara tersebut juga bertambah daripada hanya sekitar 2 juta orang kepada lebih 5 juta pada hari ini. Ia membangkitkan kebimbangan penduduk tempatan yang melihat bagaimana India dan Pakistan tiba-tiba berada di tangga pertama dan ketiga tertinggi negara yang mempunyai warga mereka di bumi Britain. Perasaan tidak senang terhadap kebanjiran warga asing ini mendorong warga tua dan pertengahan di negara tersebut mengundi untuk keluar dari EU.

Golongan sedikit muda pula membayangkan bagaimana mereka akan kehilangan hak untuk menetap dan mencari pekerjaan di 27 buah negara Kesatuan Eropah yang lain. Bukan sahaja hak untuk mencari pekerjaan, hak untuk berkeluarga, belajar, melancong dan sebagainya. Jika sebelum ini mereka menikmati keistimewaan selaku anggota negara EU, selepas ini segalanya dibimbangi bertukar menjadi rumit.

Bagaimanpun, hak demokrasi rakyat Britain wajar dihormati. Apakah yang akan berlaku kepada Kesatuan Eropah selepas ini boleh dijangka. Britain sebelum ini merupakan negara tertinggi penyumbang kepada purata GDP Kesatuan Eropah yang merupakan blok ekonomi yang terbesar di dunia berbanding Amerika Syarikat yang mempunyai GDP paling besar untuk negara tunggal. Dengan keluarnya Britain dari Kesatuan ini bakal menyaksikan purata GDP EU akan jatuh mendadak memandangkan Britain merupakan negara yang paling tinggi jumlah GDP di kalangan negara-negara EU.

Tidak hairan jika langkah Brexit ini dicontohi oleh negara-negara lain yang sudah pasti tidak akan mahu memikul mayat hidup. Khabarnya, Greece juga sedang berkira-kira untuk melaksanakan Langkah Greece atau Greexit. :D Tinggallah barangkali negara Turki yang sudah separuh abad mengetuk pintu EU untuk memohon masuk.

Di Malaysia, ramai yang mengharapkan agar nilai mata wang Pound UK menyusut sehingga setidak-tidaknya setaraf dengan US Dollar. Jika ia berlaku, itulah khabar gembira kepada para pelajar yang sedang menuntut ilmu di negara tersebut dengan pembiayaan dari Malaysia. Ia juga khabar gembira kepada kaki travel yang akan menikmati kos pelancongan ke United Kingdom yang lebih murah berbanding sebelum ini. Namun ia berita kurang enak kepada warga kerja rakyat Malaysia di sana yang menikmati bayaran gaji dengan mata wang Pound.

Ironinya, kita membuka dasar TPPA yang menuju ke arah membuka pintu ketika Britain sedang memililh untuk bersikap konservatif. TPPA sekalipun tidaklah dapat disamakan seratus peratus dengan dasar EU, namun ia juga mencetuskan kebimbangan berhubung masa depan negara. Rakyat UK mengambil masa 40 tahun untuk sedar.

Apapun, keputusan rakyat UK wajib dihormati dan itulah keputusan yang dianggap terbaik bagi mereka. Adakah selepas ini London Bridge tidak lagi Falling Down bahkan Rising Up?

- Ahmad Fadhli Bin Shaari, 25 Jun 2016
Ketua Pemuda PAS Kelantan

Tanda-tanda Awal Jantung Bermasalah!



Tanda-tanda Awal Jantung Bermasalah!
.
1) Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
.
2) Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
.
3) Lidah terasa tegang dan pendek.
.
4) Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
.
5) Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
.
6) Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
.
7) Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
.
8) Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
.
9) Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
.
10) Rasa keletihan sepanjang masa.
.
11) Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
.
12) Degupan jantung tidak menentu.
.
13) Nafas terasa pendek.
.
14) Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
.
15) Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
.
16) Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

TUAN GURU HJ ABDUL HADI SOKONG VAKSIN

June 24, 2016



TUANGURU HJ ABDUL HADI SOKONG VAKSIN

SYUKUR diberi peluang untuk berdiskusi dengan Dato Seri Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang (TGHH) di rumahnya Rusila pagi tadi. Hasil dari jemputan anak beliau Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi untuk membincangkan isu hangat vaksin yang diperdebatkan kini. Perbincangan ini merentasi sempadan politik dan kemelut negara. Tumpuan hanya isu vaksin.

TGHH dengan tegas menyatakan sesiapa yang menolak perubatan termasuk vaksin sebagai golongan yang jahil dalam agama.
"Mereka membaca kitab tak habis" itulah ayat yang tegas disebut oleh beliau.

Bertemuan ini menjadi medan ilmiah setelah TGHH membuka laptop nya dan menunjukkan kepada kami kitab-kitab rujukan termasuk rujukan dari Maktabah Syamilah.
"Vaksin adalah darurah, mesti diambil! Percayalah kepada orang yang ahli dalam bidang ini." Tegas beliau dengan nada serius.

Beliau kesal isu yang berlaku akhir-akhir ini, seolah-olah ibubapa yang enggan memberi vaksin kepada anak-anak mempertaruhkan kesihatan mereka. Malah anak-anak dan cucu-cucu beliau pun diberi vaksin.

Isu Yahudi dan agendanya juga disentuh dalam pertemuan tadi. Salah faham kita bermuamalat dengan Yahudi dan Kristian berlaku akibat kita terlalu terkongkong dengan pemikiran jumud serta tidak mempelajari kitab ulamak muktabar secara mendalam.
"Jika berkawan, boleh makan bersama Yahudi, boleh tidur bersama kristian". Antara beberapa tamsilan ulamak dalam bab muamalah dengan orang bukan Islam.
"Dalam Quran juga menyebut berkaitan dengan makan makanan Yahudi ini. Ini kita kena faham". Sambung beliau.

Isu penggunaan bahan syubhah dalam vaksin juga dibentangkan kepada kami. Lantas beliau membuka satu lembaran artikel dari Syeikh Atiyah Saqar yang mengulas penggunaan bahan haram dalam perubatan seperti penggunaan organ jantung dari khinzir juga dibenarkan dalam keadaan menyelamatkan nyawa manusia (hifz al nafs). Konsep istihalah dan istihlak banyak disebut oleh para ulama boleh diambil sebagai hujah yang mengharuskan penggunaan ini. Banyak lagi contoh-contoh lain yang saya tidak sempat catat di sini.

Akhir sekali beliau bersetuju untuk membuat satu kenyataan berkaitan isu ini dalam masa terdekat demi memberi kesejahteraan kepada ummah secara keseluruhannya.

Terima kasih Tuanguru kerana sudi menjemput kami

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Fb.com/drsuhazeli
www.suhazeli.com

24 JUN 2016
Masjid Rusila Marang

#ProVaksin #Vaccine4life #MasyarakatKenaTahu #ProVaccine

Gambar Majlis Pengebumian Bill Kayong Di Lambir









Pelbagai bangsa dan agama hadir bagi menghormati arwah bill kayong. Semoga polis dapat menangkap siapa yang bertanggungjawab membunuh arwah.

Assad menyerang lagi !



Assad menyerang lagi !

Bandar Hayan diserang malam tadi menggunakan tektik yang sama iaitu melalui serangan udara.
Begitulah puan-puak rejim ni, hanya berani menabur senjata dari atas. Mereka lupa, ada Allah yang Maha Atas dari segala benda untuk hancurkan mereka dengan hanya sekelip mata.

Tunggu sahaja waktunya..

#RamadandiSyria

Aleppo
18 Ramadan 1437
23/6/2016

Tulisan Armarhum Dato' Ustaz Haji Fadzil bin Muhammad Noor



■Tulisan Armarhum Dato' Ustaz Haji Fadzil bin Muhammad Noor■

AQIDAH DAN PERJUANGAN

MUQADDIMAH

Aqidah merupakan suatu perkara yang paling penting dalam perjuangan Islam. Ia merupakan suatu kekuatan utama yang mesti dimiliki oleh seluruh pejuang Islam agar perjuangan yang didokongi tidak lari daripada matlamat asal serta tidak bercanggah daripada landasan yang telah digariskan oleh Islam. Menyedari betapa pentingnya kekuatan aqidah ini kepada jatuh bangunnya perjuangan Islam telah menyebabkan musuh Islam dari dulu hingga kini sentiasa berusaha di dalam menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar melalui serangan pemikiran. Kesinambungan daripada itulah maka kita sebagai orang yang mengaku berjuang Islam mesti faham, mengguna serta mempertahankan kekuatan aqidah ini daripada sebarang usaha musuh Islam untuk merobek dan menghancurkannya demi mencapai kejayaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

Definisi Aqidah

Dari segi bahasa aqidah berasal daripada perkataan ‘aqada yang bermaksud ikatan atau simpulan yang kukuh. Menurut istilah syara’: Aqidah ialah kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai oleh apa jua suasana dan keadaan. Aqidah Islamiyyah ialah satu ikatan yang menghubungkan antara makhluk (yang dicipta) dengan Allah sebagai Khaliq (pencipta). Ia dibina di atas Rukun Iman.

“…Dan barangsiapa yang engkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah memegang tali yang amat kuat dan tidak akan putus…”
(Surah Al-Baqarah : 256)

“Orang-orang Mukmin hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu...”
(Surah Al-Hujurat : 15)

“Kitab itu (Al-Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah : 2)

3 Unsur Utama Aqidah
Tidak mencari Tuhan selain Allah S.W.T
Tidak mengambil pemimpin atau pelindung selain daripada Allah
Tidak mencari hakim selain Allah

Perjuangan Kita

Sesungguhnya aqidah ini wajib diperjuangkan. PERJUANGANNYA IALAH MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DAN MERUNTUHKAN SEGALA KEKUFURAN. Tidak sempurna iman bagi sesiapa yang hanya menumpukan amal untuk dirinya sendiri tanpa ada hubung kait dengan masyarakat. Aqidah ini bukan untuk dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Ia juga bukan hanya perlu diperjuangkan oleh orang-orang tertentu sahaja. Bukan hanya diperjuangkan oleh para Nabi dan Rasul atau para ulama’, bahkan seluruh umat Islam. Sebagaimana Allahu Subhanahu Wa Ta’ala menyebut di dalam al-Quran dalam banyak ayat tentang aqidah dan perjuangan. Disebut tentang kewajipan berada dalam perjuangan ini seiring dengan perintah beriman kepada-Nya. Dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan pada tiap-tiap umat akan Rasul (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut.”
(Surah An-Nahl : 36)

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh melakukan yang ma’ruf dan kamu melarang dari mengerjakan yang mungkar serta beriman kepada Allah.”
(Surah Ali Imran : 110)

“Perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama semuanya hanyalah untuk Allah.”
(Surah Al-Anfal :39)

“Orang-orang Mukmin hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta benda dan dirinya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”
(Surah Al-Hujurat : 15)

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari azab yang pedih. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
(Surah As-Shaf : 10-11)

Perjuangan ini adalah jihad. Aqidah dan jihad ibarat sebatang pokok yang mana aqidah sebagai akarnya dan pucuknya adalah jihad.

Kecacatan Aqidah Tanpa Perjuangan

Jika kita lihat masyarakat Islam pada hari ini dapat kita lihat betapa sedikitnya golongan yang memperjuangkan Islam. Agama dianggap hak individu. Padahal Islam bukan agama individu, tetapi agama jamaah. Pandangan sesetengah anggota masyarakat kita, “biarlah dia (orang yang melakukan kemungkaran). Kita jaga diri kita cukuplah”. Mereka kedekut untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang ramai. Ini sebenarnya aqidah yang tidak jelas. Para penjajah pada era penjajahan dahulu, amat suka golongan macam ini. Walaupun ‘abid (orang yang kuat beribadat), tetapi tidak ambil kisah soal orang lain, soal negara dan sebagainya. Asalkan tidak mengganggu ibadat khususnya. Lebih malang apabila ada golongan yang hendak memperjuangkan undang-undang Islam, politik Islam, maka akan dianggap salah. Sedangkan kita sedia maklum tentang kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar dan kewajipan beramal dengan seluruh ajaran Islam. Tidak ada seorang Rasul pun yang bersenang-lenang tanpa perjuangan menegakkan Islam. dan jika tidak kerana perjuangan orang-orang terdahulu menyebarkan Islam, mungkin Islam tidak akan sampai ke nusantara ini.

Setiap individu Muslim wajib berjuang menegakkan Islam. lebih-lebih lagi pada saat ini di mana tiadanya satu khilafah ataupun daulah yang melaksanakan seluruh ajaran Islam dan menggunakannya dengan adil. Malah, ummat Islam sebahagiannya dijajah oleh Barat dan Yahudi. Golongan yang tidak berjuang untuk Islam mereka juga tidak selamat. Allahu Subhanahu Wa Ta’ala mengingatkan kita akibat meninggalkan perjuangan menegakkan agama Allah dalam Al-Quran dalam beberapa kisah. Di sini saya memetik peristiwa pada hari Sabtu kaum Nabi Musa a.s.

“Tanyakanlah kepada mereka tentang negeri yang terletak berhampiran laut. Ketika mereka melanggar perintah Allah pada hari Sabtu, ketika ikan-ikan mereka datang terapung-apung (di muka air) pada hari Sabtu, sedangkan pada hari (yang lain) bukan hari Sabtu tiada datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka disebabkan mereka orang-orang fasiq. Ketika segolongan di antara mereka itu berkata: Mengapa kamu menasihati kaum, sedang Allah akan membinasakan mereka itu atau menyiksanya dengan seksaan yang keras? Mereka menjawab: (kami nasihati mereka itu) untuk meminta uzur (setelah menunaikan tanggungjawab dakwah) kepada Tuhan-Mu dan mudah-mudahan mereka itu bertakwa. Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang-orang yang aniaya dengan ‘azab yang keras, disebabkan mereka fasiq. Setelah mereka sombong (melanggar) apa yang terlarang, Kami berfirman kepada mereka: Jadi keralah kamu serta terusir.”
(Surah Al-A’raaf : 163-166)

Dalam ayat lain, Allahu Subhanahu Wa Ta’ala menyebut:
“Terlaknatlah orang-orang kafir dari golongan Bani Israel melalui lisan Nabi Allah Daud dan Isa bin Maryam, itu adalah disebabkan oleh derhaka mereka (terhadap Allah Ta’ala) dan mereka melampau, mereka tidak mencegah kemungkaran di kalangan mereka - itulah seburuk-buruk amalan mereka.”
Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:

“Tidak ada dari Nabi yang diutus dalam ummat sebelumku, kecuali dari ummatnya terdapat orang-orang yang membelanya dan sahabat-sahabat yang melaksanakan sunnahnya dan meneladani perintahnya. Kemudian setelah itu akan datang orang-orang yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan. Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan tangannya, maka dia mukmin. Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan lisannya, maka dia mukmin. Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan hatinya, maka dia mukmin. Setelah itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar biji jagung.SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang tidur dan tidak mengambil tahu ataupun mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah golongan mereka (golongan orang-orang Islam)”.

Kecacatan Perjuangan Tanpa Asas Aqidah Yang Kukuh

Diriwayatkan dari Abu Musa r.a.:
Seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) tentang jihad: “Orang yang berjuang atau berperang kerana mahukan harta rampasan, orang yang berperang kerana mahukan supaya namanya disebut, orang yang berperang kerana menunjuk-nunjuk kepada orang, orang yang berperang kerana keberanian semata-mata, orang yang berjuang kerana perkauman, atau kerana kekeluargaan, ataupun kerana fanatic keturunannya, ataupun berperang kerana marah, maka siapakah yang dikatakan berperang fi sabilillah?” Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menjawab: “Orang yang berperang pada jalan Allah, ialah mereka yang berperang kerana menegakkan kalimah Allah yang Maha Suci.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Dari Amirul Mukminin Umar Ibnu Al-Khattab r.a. katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah (bergantung) dengan niat. Dan sesungguhnya setiap apa (yang dilakukan oleh) manusia itu (balasannya atas) apa yang diniatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin dikecapinya, atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ia berhijrah kerananya.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kepentingan Aqidah Terhadap Perjuangan Islam

1. Supaya jelas matlamat perjuangan
Pejuang Islam mesti tahu bahawa perjuangan yang sedang didokongi merupakan suatu tuntutan Allah S.W.T di mana setiap gerak kerja yang dilakukan mestilah selari dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. Bagaimana kita mahu berjuang sekiranya kita tidak tahu matlamat perjuangan Islam yang sebenarnya

2. Supaya perjuangan benar-benar ikhlas kerana Allah S.W.T
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa al-Asy’ari bahasanya seorang arab badwi telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya:

يارسول الله! الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ؟ وفى رواية يُقَاتِلُ شَجَاعَةً و يُقَاتِلُ حَمِيَّةً , وفي رواية : يُقَاتِلُ غَضَبًا فَمَنْ فى سبيل الله؟ فقال رسول الله : مَنْ قَاتَلَ لِتَكُوْنَ كَلِمَةُ الله هِىَ العُلْيَا فَهُوَ فِى سَبِيْلِ الله
Maksudnya : Ya Rasulullah! Ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan suapaya disebut-sebut namanya dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya”. Dan dalam riwayat lain “ Ada seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberaniannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya. Dan riwayat yang lain pula disebutkan “ Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?.” Rasulullah s.a.w menjawab :” Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah S.W.T (Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah. 2 kisah dalam peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara ini lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir. Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya. Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri. Apabila Rasulullah s.a.w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka

3. Supaya dapat merasai kemanisan iman dalam perjuangan
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas:
قَالَ الرَّسُوْلُ : ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ ِبهِنَّ حَلاوَةَ الإْيمَان : أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ ِمَّما سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لايُحِبُّهَ إِلا ِللهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ
Maksudnya : Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman iaitu dia mengasihi Allah dan rasulNya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka

4. Supaya tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan

Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :
وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين
Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar

5. Supaya tidak menjadikan perjuangan sebagai tempat mencari habuan dunia
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:
…. وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ
Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya

6. Supaya amanah dan bertanggungjawab dalam perjuangan
قَالَ الرَّسُوْلُ : لا دين لمن لاأمانة له
قَالَ الرَّسُوْلُ : يا أبا ذر ‍ إنك ضعيف وأنها أمانة وأنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من آخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها – رواه مسلم

Maksudnya : Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya engkau lemah sedangkan jawatan itu adalah suatu amanah dan pada hari qiamat kelak kehinaan dan penyiksaan yang akan menimpa kecuali orang yang telah mengambilnya dengan hak dan menunaikan tanggungjawabnya

7. Supaya tidak mudah goyah apabila diserang oleh pihak musuh Islam
فرمان الله تعالى دالم أية 19 سورة التوبة :
أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن ءامن بالله واليوم الآخر وجــهد فى سبيل الله لايستون عند الله والله لايهدى القوم الظــلمين
Maksudnya : Adakah mereka yang memberi minuman kepada jemaah haji dan menguruskan Masjidil Haram kamu samakan kedudukan mereka dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah?. Mereka tidak sama kedudukannya di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim

8. Supaya dapat lari daripada menjadi pengkhianat terhadap perjuangan Islam

9. Supaya tahan dalam menerima ujian dan cabaran
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut :
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لايفتنون . ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين .
Maksudnya : Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengatakan: “ Kami telah beriman “, sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.

10. Supaya sentiasa muhasabah diri dalam perjuangan
Firman Allah S.W.T dalam ayat 104 surah an-Nisa’ :
ولا تهنوا في ابتغاء القوم , إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون , وترجون من الله مالا يرجون
Maksudnya : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan

11. Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T

12. Supaya tidak mencampur-adukkan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, dosa dan pahala, ibadat dan maksiat dalam perjuangan
120 سورة االأنعام :
وذروا ظــهر الإثم وباطنه إن الذين يكسبون الإثم سيجزون بما كانوا يفترون
Maksudnya : Dan tinggallah dosa yang nampak dan tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi balasan disebabkan apa yang mereka telah kerjakan
Pesan Sayyidina Umar al-Khattab : Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah.

Perjuangan ini hendaklah didasari dengan aqidah. Tanpa aqidah maka perjuangan menjadi batil, sebagaimana orang-orang munafiq yang ikut Rasulullah dalam peperangan, tetapi mereka tiada Aqidah Islamiyyah. Perjuangan sebegini tidak diterima oleh Allah. Aqidah yang lemah akan menyebabkan kita lemah dalam perjuangan. Kita akan mudah goyah dan juga akan mudah terpesong dengan kehendak-kehendak dunia yang sementara apabila aqidah kita tidak kukuh.

Penutup

Justeru, hendaklah kita sentiasa bermuhasabah diri sejauh manakah kedudukan iman dan aqidah dalam perjuangan kita. Di samping kita beramal secara jama’ie dan amal ijtima’ie, jangan kita lupa untuk mendekatkan diri kepada Allah di malam hari dengan berqiamullail dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kita juga perlu menekankan amalan-amalan tazkiyatunnafs (mendidik jiwa), amalan-amalan fardi (individu) supaya kita benar-benar berjuang pada landasan aqidah. Dalamilah ilmu aqidah/ilmu tauhid/ilmu usuluddin/ilmu kalam. Biarlah hubungan kita rapat dengan Allah supaya perjuangan kita tidak terpesong dengan keinginan duniawi. Tidak disekutukan dengan sesuatu dan hanya bermatlamatkan Allah. Jangan kita terlalu asyik mengutamakan ilmu-ilmu haraki dan gerak kerja sedangkan ilmu-ilmu fardhu ‘ain, ilmu feqah, ilmu aqidah kita tidak dalami, dan jangan pula kita asyik dengan amalan-amalan fardi (individu) sehingga melupakan tanggungjawab kita terhadap masyarakat. Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam perjuangan ini hanya untuk Allahu Subhanahu Wa Ta’ala.

Aqidah mestilah diperjuangkan,
Dan perjuangan mestilah berteraskan aqidah.

APA ITU DIFTERIA

June 23, 2016



APA ITU DIFTERIA

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.

Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan. Ibubapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibubapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

Sumber: Blog Ketua Pengarah Kesihatan
22 Jun 2016

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Anda Patut Tahu




5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Anda Patut Tahu

Anda minum air dari gelas bilik hotel? Eiii ... Pengotornya !

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka.

Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.

Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.

Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.

Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.

Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.

Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak atau ibu mengandung yang cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.

Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah dengan staff high-class berbahasa Inggeris seperti di Kuala Lumpur.

Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.

Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum.

Sekian.

JANGAN MANJAKAN CALON BINI DENGAN KEMEWAHAN WALAUPUN KAU MAMPU

June 22, 2016



JANGAN MANJAKAN CALON BINI DENGAN KEMEWAHAN WALAUPUN KAU MAMPU.

Hidup tidak seindah CEO anak Tan Sri dan Datuk Seri yang muda-muda muka pale, skinny & pretty ala gaya Korea sikit tapi cakap serupa Bangla. Realitinya kebanyakan masih struggle nak bayar PTPTN tetapi fantasi pada kebanyakan orang ialah mereka ini sudah memandu kereta mewah siap ada supir pada umur twenty something. Saya tidak follow drama jam 7 kerana pada waktu ini saya masih biasanya di ofis. Cuma kadang-kadang terklik jugalah sharing mering anak-anak gadis kita yang flattered sangat dengan CEO muka jambu yang konon romantik.

Kita ni dah nak sama macam negara India. Cerita fantasi dengan rumah agam besar dan nak balik rumah kena pakai heli yang landing di hartanah ratusan ekar. Masuk-masuk rumah ada lelaki segak tua bergobi putih sedang tunggu di hadapan tangga perpusar yang biasa ada di hotel-hotel 5 bintang. Hakikatnya yang menonton terbuai dalam mimpi untuk melupakan sebentar bebanan hutang Bank Rakyat yang dibuat masa nak kahwin dulu, hutang PTPTN dan masalah pelaburan-pelaburan tersontot yang masih diburu dek downline.

Hari ini kita belanja besar untuk create impression. Dari butik-butik yang berlumba-lumba nak buat fashion show siapa lagi grand di hotel siapa paling mahal sedangkan jika diukur pada kemampuan sebenarnya tidak mampu. Hinggalah berhutang dan ikat perut untuk balik raya dengan kereta mewah untuk menyakitkan mata gadis yang menolak cinta kamu dulu dengan harapan "padan muka...ko menyesal" ataupun nak sedapkan hati orang tua yang nampak kita ni sukses sangat kerana dah berjaya trade in Perodua Kelisa untuk bawak keluar Honda City. Dah elok Kelisa habis hutang siap tambah komitmen hutang lagi maksimum term 9 tahun bulan-bulan bayor RM1000. Gaya punya pasal. Kenapa seksa diri sampai berhutang untuk puaskan hati orang atau buatkan orang tak puas hati?

Jauh saya pusing sebenarnya nak komen, kalau ada duit...ajak kahwin secara berhemah ikut saluran yang betul dan itulah yang lebih mengangkat kemuliaan seorang wanita. Malah itu lebih baik dari usung anak gadis orang naik limo sewa. Wanita pula, janganlah terasa bajet dihargai sangat kalau setakat kena kipas dengan duit. Kehormatan kamu ada nilaian yang lebih tinggi dari limo ride. Kepada lelaki, tak perlu lah nak benchmark sangat pada aras limo ride tu kerana semua itu atas kemampuan masing-masing. Kalau tiba-tiba lah girlfriend ko hint nak naik limo sewa...ko login Facebook ko announce lah ko dah single semula. Kat Facebook ni pun banyak gadis baik yang belum ada orang nak lagi.

Saya pernah nasihatkan orang yang paling saya kenali dan paling rapat dengan saya supaya jangan bercinta dengan menabur kemewahan kerana itu akan jadi benchmark dan persepsi threshold yang bahaya. Terkurang sedikit nanti sudah dikira terpelecok. Tapi dia kekal dengan prinsip "aku kerja kuat untuk berikan yang terbaik untuk bakal isteri aku". Betul, tapi kemampuan engkau tak sama hari ini atau besok. Mungkin besok poket kamu tidak setebal hari ini. Akhirnya selepas lebih kurang 4 tahun berkahwin, mereka bercerai juga. Expectation lari.

Semasa saya ajak isteri saya kahwin dulu, saya memang sudah kaya raya kerana masa raya pun saya kaya dan kerana kaya pun saya banyak kali raya. Saya berjumpa dengan isteri saya sekarang pun dulu tak naik limo atau tak sewa kereta pun. Kami naik turun bas sahaja dulu semasa di UK. Nak naik tren dari Cambridge ke London pun kalau naik bas boleh plan awal dapat tiket 1 pound tapi naik tren boleh kena samapi 20-30 pound. Baik aku naik bas. Kebetulan jumpa mak ayah dia pun drive Kancil...kebetulan kereta yang nampak kemas sikit depan mak mertua ni kena langgar orang di Federal. Bawalah kereta Kancil sahaja.

Takkan orang tak tanya kita sibuk nak bagitahu "Ini kereta saya yang lain, saya ada kereta lagi satu yang lagi besaarrrr". Tapi yang baik, mak dan pak mertua saya langsung tak kisah. Dia sendiripun walaupun high rank officer dalam government level-level JUSA tapi pakai kereta Toyota yang pada saya dah layak kena hukum tembak.

Senang begitu kerana aku tidak mengorat bini aku dengan expectation yang tinggi. Tetapi aku preparekan diri aku seadanya aku.

Saya tak mahu salahkan apa yang budak naik limo tu pun tapi saya takut orang ambil itu sebagai satu benchmark calon laki pilihan. Habislah golongan macam saya nanti terkeluar dari KPI list.

Sudahlah, hentikan tengok drama pukul 7 malam.
Hidup kita ini REAL bukannya MIMPI.
Lebih baik hidup dalam realiti yang pedih dari hidup dalam mimpi yang membuai.

Yang marah-marah dah boleh makan dah.

SAIFUL NANG
Tokey Limo Sewa
(siapa nak sewa boleh sewa dengan saya...saya ada limo Volvo panjang klasik zaman Marcos).

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153840692240958&id=25409635957

Nama-Nama Para Pejuang Perang Badar adalah Sebagai berikut



Nama-Nama Para Pejuang Perang Badar adalah Sebagai berikut :

1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
2. Abu Bakar as-Shiddiq r.a.
3. Umar bin al-Khattab r.a.
4. Utsman bin Affan r.a.
5. Ali bin Abu Tholib r.a.
6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a.
7. Bilal bin Rabbah r.a.
8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.
9. Abdullah bin Jahsyi r.a.
10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.
11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.
12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
13. Abdullah bin Mas’ud r.a.
14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.
15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.
16. Anasah al-Habsyi r.a.
17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.
18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.
19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.
20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.
24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a.
25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a.
26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.
27. Sinan bin Muhsin r.a.
28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a.
29. Sinan bin Abi Sinan r.a.
30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.
31. Syuja’ bin Wahab r.a.
32. ‘Utbah bin Wahab r.a.
33. Yazid bin Ruqais r.a.
34. Muhriz bin Nadhlah r.a.
35. Rabi’ah bin Aksam r.a.
36. Thaqfu bin Amir r.a.
37. Malik bin Amir r.a.
38. Mudlij bin Amir r.a.
39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a.
40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.
41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a.
42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a.
43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.
44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah r.a.
45. Umair bin Abi Waqqas r.a.
46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.
47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a.
48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.
49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.
50. Amir bin Fuhairah r.a.
51. Suhaib bin Sinan r.a.
52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.
53. Syammas bin Uthman r.a.
54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.
55. Ammar bin Yasir r.a.
56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.
57. Zaid bin al-Khattab r.a.
58. Amru bin Suraqah r.a.
59. Abdullah bin Suraqah r.a.
60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a.
61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.
62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.
63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
65. Amir bin Rabi’ah r.a.
66. Amir bin al-Bukair r.a.
67. Aqil bin al-Bukair r.a.
68. Khalid bin al-Bukair r.a.
69. Iyas bin al-Bukair r.a.
70. Uthman bin Maz’un r.a.
71. Qudamah bin Maz’un r.a.
72. Abdullah bin Maz’un r.a.
73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.
74. Ma’mar bin al-Harith r.a.
75. Khunais bin Huzafah r.a.
76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.
77. Abdullah bin Makhramah r.a.
78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.
79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a.
80. Hatib bin Amru r.a.
81. Umair bin Auf r.a.
82. Sa’ad bin Khaulah r.a.
83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.
84. Amru bin al-Harith r.a.
85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.
86. Safwan bin Wahab r.a.
87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a.
88. Sa’ad bin Muaz r.a.
89. Amru bin Muaz r.a.
90. Al-Harith bin Aus r.a.
91. Al-Harith bin Anas r.a.
92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a.
93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.
94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.
95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.
96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.
97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a.
98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.
99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.
100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.
101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.
102. Abdullah bin Sahl r.a.
103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.
104. Ubaid bin Aus r.a.
105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.
106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.
107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a.
108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.
109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.
110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a.
111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.
112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a.
113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a.
114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a.
115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.
116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.
117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.
118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.
119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a.
120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.
121. Rafi’ bin Anjadah r.a.
122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.
123. Tha’labah bin Hatib r.a.
124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a.
125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.
126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.
127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a.
128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.
129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.
130. Jubr bin ‘Atik r.a.
131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.
132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a.
133. Abdullah bin Jubair r.a.
134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.
135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.
137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.
138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a.
139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a.
140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a.
141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a.
142. Sa’ad bin Khaithamah r.a.
143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.
144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a.
145. Al-Harith bin Arfajah r.a.
146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.
147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.
148. Abdullah bin Rawahah r.a.
149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a.
150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.
152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.
153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.
154. Abdullah bin Abbas r.a.
155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.
156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.
157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a.
158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a.
159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.
160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.
161. Abdullah bin Umair r.a.
162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.
163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.
164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.
165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.
166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.
167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.
168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.
169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.
170. Amir bin Salamah r.a.
171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a.
172. Amir bin al-Bukair r.a.
173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.
174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.
175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.
176. Aus bin al-Somit r.a.
177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a.
178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.
179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.
180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.
181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.
182. Amru bin Iyas r.a.
183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.
184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.
185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a.
187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.
188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a.
189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.
190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a.
191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a.
192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.
193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.
194. Dhamrah bin Amru r.a.
195. Ziyad bin Amru r.a.
196. Basbas bin Amru r.a.
197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.
198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.
199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.
200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.
201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.
202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.
203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.
206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.
207. Hubaib bin Aswad r.a.
208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.
209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.
210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a.
211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a.
212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a.
213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.
214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.
215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.
216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.
218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.
219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.
220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a.
221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.
222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.
223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.
226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.
227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man r.a.
228. An-Nu’man bin Yasar r.a.
229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.
230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.
231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.
232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.
233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.
234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad r.a.
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais r.a.
236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.
237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.
238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.
239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.
240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.
241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.
242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.
243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.
244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.
245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.
246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.
247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.
249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.
250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.
252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.
253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah r.a.
254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.
255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid r.a.
256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.
257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.
258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan r.a.
259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.
260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man r.a.
261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.
262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza r.a.
263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru r.a.
264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani r.a.
265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.
266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.
267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.
268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.
271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah r.a.
272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.
273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.
274. Ishmah al-Asyja’i r.a.
275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.
276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.
277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan r.a.
278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.
279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.
280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.
281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.
282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.
283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.
284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.
285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.
286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi r.a.
287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik r.a.
288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.
289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik r.a.
290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.
291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.
292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.
293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.
294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim r.a.
295. Sulaim bin Milhan r.a.
296. Haram bin Milhan r.a.
297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.
298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.
299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.
300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.
301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah r.a.
302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah r.a.
303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud r.a.
304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.
305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah r.a.
306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.
307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.
308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.
309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.
310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.
311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.
312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj r.a.
313. Oleh bin Syuqrat r.a. (khadam Nabi s.a.w.)

Ya Allah, himpunkanlah kami bersama mereka di akhirat kelak. Aameen.

copy & paste dari fb Pondok Ledang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

#Syahid : Adapun dipihak tentera Muslimin hanya 14, iaitu 6 orang dari kalangan Muhajirin dan 8 orang dari kalangan Anshar, yang gugur sebagai syuhada`. Antara yang gugur sebagai syahid adalah:

Dari kalangan #Muhajirin

♡ Ubaidah bin al-Harits – beliau tercedera sewaktu pertempuran satu sama satu, dicederakan oleh Utbah bin Rabi’ah. Kakinya putus di dalam pertempuran tersebut dan kemudiannya wafat di as-Safra’.

♡ ‘Umair bin Abu Waqqash - beliau dibunuh oleh ‘Amru bin Abdul Al-Amiri. Umair adalah seorang remaja yang turut serta berjihad. Kisahnya diriwayatkan oleh al-Bazzar, juga disebut didalam Majma Zawaaid. Kisahnya …. ketika kaum Muslimin menuju ke Badar, ikutlah seorang remaja bernama ‘Umair bin Abi Waqqash yang berusia 16 tahun. Beliau mengikut secara terendap-endap agar pemergiannya ini tidak diketahui oleh kaum Muslimin. Beliau khuatir penyertaannya tidak dibenarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Tatkala melihat keadaan itu, abangnya, Sa’ad bin Abi Waqqash bertanya kepadanya mengapa. Beliau menjawab: “Aku takut ditolak oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم , padahal aku sangat ingin turut serta, barangkali Allah memberikan kesyahidan kepadaku”. Hal itupun terjadi dimana Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menolaknya kerana ‘Umair masih muda. Maka ‘Umair pun menangis. Hal tersebut membuatkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم terharu lalu akhirnya mengizinkan beliau turut serta. Dan akhirnya harapan ‘Umair untuk mendapat syahid diperkenankan Allah.

♡ Dzu Syimalain Umair bin ‘Abd Amr,

♡ ‘Aqil bin al-Bukhair,

♡ Mihja bin Sholeh bekas hamba Sayyidina Umar,

♡ Shafwan bin Baidha’ dari Bani al-Harits bin Fihr. Beliau dibunuh oleh Thuaimah bin ‘Ady.

Dari kalangan #Anshar

♡ Sa’ad bin Khaitsamah,

♡ Mubasysyir bin ‘Abdul Mundzir,

♡ Yazid bin al-Harits,

♡ 'Umair bin al-Humam – beliau di bunuh oleh Khalid bin al-A’lam al-Alqami. Beliau adalah merupakan perajurit Islam pertama yang gugur syahid di medan Badar. Ketika pertembungan antara tentara Muslimin dengan tentera Musyrikin kian hampir. Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: Majulah menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Mendengar seruan itu Umair bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم apa benar syurga itu seluas langit dan bumi? Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menjawab: Ya! Seluas, langit dan bumi. ‘Umair berkata Bakh! Bakh! (Bagus! Bagus!). Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bertanya, apa maksudmu dengan mengatakan Bakh! Bakh!. ‘Umair menjawab: Demi Allah! Ya Rasulullah, aku tidak mengatakannya melainkan aku sangat berharap menjadi penghuninya. Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم berkata: Sesungguhnya engkau termasuk penghuni syurga.

♡ Rafi bin al-Mu’alla,

♡ Haritsah bin Suraqah bin al-Harits,

♡ Auf bin al-Harits bin Rif’ah bin Sawad,

♡ Mu’awwidz bin al-Harits bin Rif’ah bin Sawad

Sebagaimana disebut oleh Imam an-Nawawi bahwa peperangan Badar berlaku pada hari Jummat 17 Ramadhan tahun ke-2 dari Hijrah. Maka sesungguhnya, tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijriyah merupakan hari yang menyaksikan pembelaan Ahli Badar kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sungguh tidak ada orang yang lebih setia, lebih memuliakan dan lebih mencintai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melebihi kesetiaan dan kecintaan Ahlul Badr, رضي الله عنهم أجمعين kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Badar juga menyaksikan kecintaan perajurit Islam kepada syahid

رضي الله عنهم ورضوا عنه
رضي الله عنهم ورضوا عنه
رضي الله عنهم ورضوا عنه

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.