News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

LAWATAN KELANTAN-KRABI MENGHASILKAN HUBUNGAN POSITIF

July 30, 2016



LAWATAN KELANTAN-KRABI MENGHASILKAN HUBUNGAN POSITIF

Oleh : Mohamad Sahrulnizam Mat Rashid
Pegawai Khas

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

Rombongan Kerajaan Negeri Kelantan ke Wilayah Krabi, Thailand pada hari ini diteruskan dengan mengadakan kunjung hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Krabi. Disamping berseminar berkaitan pengurusan tanah, delegasi kerajaan turut mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam disini bagi meninjau pengurusan Masjid dan pengurusan hal ehwal agama Islam di Krabi.

Didalam sesi perbincangan dua hala, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Krabi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pimpinan dan delegasi Kerajaan Kelantan kerana sudi hadir ke Pejabat Majlis Agama Islam Krabi. Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat lebih 200 buah Masjid diseluruh wilayah Krabi yang diselia oleh Majlis Agama Islam disini. Berbeza dengan wilayah lain di Thailand, pengurusan Masjid disini lebih kehadapan dengan menjadikan teknologi diatas talian (IT) sebagai medium menyampaikan informasi dan maklumat berkaitan Islam kepada orang ramai malah keberkesanan sistem yang digunakan ini telah dijadikan contoh oleh wilayah-wilayah lain di Thailand. Majlis Agama Islam Krabi juga telah diberikan mandat oleh Kerajaan Thailand untuk membangunkan industri halal.

Bagi perancangan masa hadapan juga, Majlis Agama Islam Krabi sedang dalam proses untuk menghantar pelajar-pelajar Islam di wilayah ini bagi mendalami ilmu agama di pondok-pondok di Negeri Kelatan disamping membina rangkaian strategik didalam pembangunan ilmu agama diantara Kelantan-Krabi.

Dalam pada itu, Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata pihak kerajaan sangat berbesar hati dan bersedia untuk mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Krabi bersama-sama Jabatan Agama Islam Kelantan untuk membina jaringan terutamanya melibatkan pertukaran pelajar yang ingin mendalami ilmu agama diantara kedua wilayah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Dato' Mohd Nassuruddin Daud turut diberikan penghormatan untuk menyampaikan kuliah agama di Pondok An-Harul U-Loom, Koh Klang, iaitu sebuah institusi pemulihan dadah yang terdapat di wilayah Krabi.

Rombongan Kerajaan Negeri Kelantan ke Wilayah Krabi tidak hanya mengadakan seminar dan perbincangan berkaitan hal ehwal tanah, tetapi disertakan dengan pelbagai program rasmi bagi membina hubungan dan jaringan antara Negeri Kelantan dan Wilayah Krabi. Antara aspek dan sektor yang menjadi perhatian selama lawatan adalah pembangunan Islam, pelancongan, pembangunan hub halal, pemerkasaan institusi pondok dan pengajian agama serta pengurusan majlis agama Islam yang terdapat disini.

Saat si ayah berkata..

July 28, 2016



Saat si ayah berkata,

" Adalah saya ayahnya, wali kepada pengantin perempuan, Dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, pemeliharaan keselamatan, kasih sayang, cinta, pengorbanan dan perjuangan, serta tanggungjawab agama islam kepadamu sebagai suami yang sah, semoga diberkati Allah swt ke atas kamu dan orang dibawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu."

Maka dari itu, pasti bercucuran linangan air mata dari insan yang selama ini menjagamu, memeliharamu, mendidikmu dan menyayangimu. Can you imagine that?

Lelaki,

Penyerahan 'tanggungjawab' bukan bermaksud 'kau bebas' bermain dengan nafsu semata-mata walaupun si dia halal, tetapi penyerahan tanggungjawab ialah kau sedia cari makanan saat si dia lapar, kau sedia cari ubat saat si dia sakit, kau sedia cari duit saat dia perlukan duit, kau sedia jadi budak riang, saat si dia stress dengan masalah, kau sedia pujuk saat si dia merajuk, kau sedia pinjamkan bahu saat si dia menangis, kau sedia masak, basuh kain, kemas rumah, basuh pinggan dan lain-lain saat si dia berpantang dalam bersalin, kau sedia menahan lapar saat si dia perlukan kewangan untuk zuriatmu, kau sedia bangun malam saat si dia sakit menanggung perutnya yang memboyot, kau sedia membelai dengan penuh cinta saat si dia lemah tidak punya kekuatan untuk bersalin, kau sedia berikan motivasi saat dia futur, kau sedia balik awal ketika kerja untuk memastikan si dia sentiasa selamat tanpa diganggu orang jahat, kau sedia bimbing ilmu fardhu ain, dan ilmu-ilmu yang lainnya sehinggalah si dia benar-benar faham dan amal.

Pendek kata kau sedia untuk menjadi sahabat, murabbi, dan kekasih buat dia.

Kerana dia permata yang kau pilih. Maka kenapa perlu 'berhenti' walhal kau memilih jalan itu ? Kalau hendak berhenti kenapa perlu bermula ?
Bukankah setiap yang bermula ia perlu diakhiri ?

Ya, diakhiri dengan syurga dan redha Allah.

Buat seluruh bunga di luar sana,
Bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup? Bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung? Sakit bersalin berpantang? Realiti, anak mahu berjam-jam di pangkuan kita sampai badan menggigil lapar, dan lesu yang amat.

Remember, you are giving your life for your children. Kata mak saya, JANGAN MIMPI hendak makan, mandi dan tidur dengan aman selagi anak masih kecil. Sebab itu wahai wanita, jangan memberontak kalau mak ayah tak izin lagi untuk nikah. Mereka tahu tahap mana 'kemampuan' anak-anak mereka, mereka tahu kita belum siap sedia menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Bukan kerana mereka tak sayang kita. No. But kerana mereka sayang lah mereka berbuat demikian. Mereka risau dan risau kita menjadi isteri yang derhaka, yang mengabaikan hak dan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak.

Ingat, semua itu hanyalah kerana mak ayah ingin MENDIDIK KAMU bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH, sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba untuk hadapi susahnya liku kehidupan tanpa harapkan orang lain.

Kamu yang masih bujang,
Kalau kamu lihat semua yang indah-indah belaka. Itu hanyalah apa yang mereka perlihatkan kepada dunia. Hakikatnya, susah payah, perit air mata yang disembunyikan hanya Allah sahaja yang tahu. Kita hidup di alam realiti bukan fantasi. Again, realiti bukan mimpi atau ilusi. Jangan hanya berangan-angan yang indah belaka tanpa mahu MEMIKIRKAN amanah dan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan.

Alasan,
1. Sudah kenal lama
2. Elak maksiat

Tidak cukup untuk kahwin tergesa-gesa. Sebab jika gunakan alasan masa bujang kahwin awal untuk pelihara maruah, bagaimana kamu yakin akan menjaga maruah selepas nikah ?

Sebab itu untuk kahwin, perlu ilmu. Bukan nafsu melulu.

Ingat kawan-kawan, Imam Nawawi tidak sempat menikah kerana sibuk dengan ilmu. Beliau meninggal pada usia muda. Namun sumbangannya kepada dunia islam amat besar dan terlalu besar. Terutamanya dalam mazhab syafie, beliau juga merupakan seorang ulama mujtahid Tarjih.

Again, lelaki dan perempuan perlu ilmu.
Bukan ilmu yang perlu kamu.

Lelaki, biarlah khatam satu kitab bab nikah sebelum nikah. Sekurang-kurangnya kitab Muhimmah. Insya Allah cerdik rumah tangga.

Tidaklah terpampang di surat khabar, mahupun menjadi viral di fb berita-berita seperti suami menceraikan isteri dan menggangap lafaz cerainya adalah lafaz gurau dan sebagainya.

Wallahualam.

Kak Hassanah
Kota Kinabalu, Sabah.

Gambar sekadar hiasan.
Photoby : Faisal Hafiz

Mereka Cabar Dasar Islam Dari Zaman Pemerintahan TG Nik Aziz

July 27, 2016



Sokongan Dewan Pemuda PAS Kelantan terhadap tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar raya Islam (MPKB-BRI) yang mengambil tindakan kepada premis perniagaan yang mempamerkan gambar wanita seksi yang mencolok mata di AEON Mall, Kota Bharu. Memorandum sokongan diserahkan oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari kepada YDP MPKB BRI Tuan Haji Zamri Ismail pagi tadi.

Semasa Persidangan Penuh kali ke-6 tahun 2016 Ahli-ahli Majlis MPKB BRI tadi pagi, Ketua Whip Tuan Haji Azmi Nor telah melahirkan kekesalan dengan tindakan pemilik premis yang tidak sensitif dan prihatin dengan dasar kerajaan negeri. Ketua Whip juga melahirkan penghargaan atas sokongan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan berkata MPKB tidak keseorangan dalam melakanakan dasar Membangun Bersama Islam.

Kata Cikgu Mi lagi "Kalau nak berniaga, buat cara nak berniaga. Kalau tidak gi ke tempat lain. Ni Kelantan ada peraturan yang mesti dipatuhi" di samping mengharapkan tindakan lebih tegas kepada mereka yang sengaja dilihat mencabar dasar kerajaan negeri sedangkan ia perkara asas yang telah lama diketahui dan dilaksanakan sejak era Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang sering juge mengikuti siri Kuliah UAi dalam YOUTUBE



Di akhir Majlis , UAi mengadap Tengku Puan Phg merakamkn ribuan terima kasih atas undangan Diraja.

Kata Tengku Puan lagi , KDYTM Tengku Mahkota Pahang sering juge mengikuti siri Kuliah UAi dalam YOUTUBE👍👍👍

Moga Usaha dakwah kami di bumi Pahang terus direstui ..Ameenn

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1755023734712673&id=100006151893502

"POLITIKUS BERHENTI MAINKAN ISU HUDUD"



KENYATAAN MEDIA PKPIM
27 Julai 2016

"POLITIKUS BERHENTI MAINKAN ISU HUDUD"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan kekesalan kami atas kenyataan segelintir ahli politik yang gemar memainkan isu hudud bagi meraih sokongan politik masyarakat tertentu.

Kami merujuk kenyataan media oleh MCA bertarikh 26 Julai 2016 melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berjudul "MCA strongly opposes the Private Member's Bill to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act".

Dalam kenyataan media itu, MCA menyatakan pendiriannya untuk menentang secara total cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

PKPIM berpandangan, kenyataan media ini adalah salah satu strategi populis meng"kambing-hitam"kan isu hudud bagi meraih sokongan politik. Kenyataan yang seumpamanya juga pernah dikeluarkan oleh parti politik yang lain seperti DAP. Justeru, seruan PKPIM kepada para politikus, 'berhenti mainkan isu hudud'.

Kami melihat Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta 355 berkaitan Mahkamah Syariah adalah suatu cadangan yang dibuat secara berperlembagaan (constitutional). Malah, perkara-perkara berkaitan Mahkamah Syariah punya peruntukan sendiri dalam Perlembagaan Persekutuan.

PKPIM juga berpendapat, adalah terlalu awal untuk menyatakan Rang Undang-undang Persendirian Pindaan Akta 355 sebagai Rang Undang-undang Hudud kerana ia hanyalah cadangan bagi meningkatkan hukuman maksimum oleh Mahkamah Syariah kepada hukuman yang selaras dengan syarak.

Setakat ini, cadangan yang dikemukakan tidak ada pertindihan dengan undang-undang jenayah sivil. Malah untuk melaksanakan hudud, perlu pindaan terhadap beberapa bahagian dalam perlembagaan, bukan hanya Akta 355. Jelas, setakat ini, ia tiada kaitan dengan hudud.

Oleh yang demikian, persoalan kami kepada para politikus, mengapa terus-menerus memainkan isu hudud ini dalam waktu sekarang?

Apakah para politikus "kurang modal" dalam meraih simpati dan sokongan rakyat? Atau ini kaedah MCA bagi melencongkan permasalahan lebih besar dalam negara seperti skandal besar 1MDB? Ini menghairankan kami.

PKPIM secara tegas menolak kenyataan dan pendirian seperti MCA ini. Ia hanya akan membina 'pandangan awam' (public opinion) yang didasari oleh salah-faham serta membentuk 'budaya takut' dan Islamophobia, khususnya kepada masyarakat bukan Islam.

MCA seolah-olah tidak faham ataupun sengaja 'buat-buat tidak faham' tentang peruntukan Mahkamah Syariah yang tidak menyentuh atau terpakai ke atas orang bukan Islam. Sudah begitu ramai pakar dan orang cerdik pandai dalam MCA, mengapa masih memutarbelitkan isu seperti ini. Mereka harus bersikap objektif.

Secara realitinya, PKPIM menyedari, hudud adalah suatu isu yang sekian lama dipolemikkan. Malah, apabila memperkatakan tentang undang-undang Syariah, banyak isu berbangkit melibatkan pertentangan antara bidang kuasa Mahkamah Sivil dengan jurisdiksi Mahkamah Syariah. Kami akui ini masih perlu kepada penambahbaikan dan pengharmonian.

Dalam masa yang sama, kami juga terfikir dan tercari-cari apakah cadangan atau formula terbaik dalam mengharmonikan kod undang-undang jenayah sivil dengan undang-undang jenayah syariah hudud sekiranya ia ingin dilaksanakan. Jelas sekali, ia akan membentuk dualisme dan ini bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan kerana akan mendatangkan masalah rumit di hari muka kelak.

Walaupun begitu, permasalahan ini harus dirundingkan secara bersama oleh pakar-pakar perundangan dan wakil masyarakat. Betul, hak bersuara dan berpendapat adalah hak semua. Malah orang bukan Islam pun punya suara dalam menyatakan pandangan mereka tentang hudud (walaupun mungkin tidak menyentuh orang bukan Islam secara langsung), kerana Malaysia adalah negara kita bersama.

Akan tetapi, sudah sampai masanya para politikus berhenti menjadikan isu hudud sebagai polemik politik. Ia tidak akan berkesudahan. Dalam politik, parti pilihan hati rakyat adalah parti yang berprestasi, transparen dan beramanah, mempunyai keupayaan urus-tadbir yang baik dan peduli kepada rakyat. Banyak lagi kerja lain yang perlu politikus lakukan selain mempolitikkan isu hudud.

PKPIM, sebagai suara pelajar dan mahasiswa Islam di Malaysia, menyatakan pendirian sikap ini demi hasrat melihat negara tercinta ini terus membangun dengan cemerlang dan seluruh anak bangsa Malaysia tanpa mengira ras, keturunan dan agama dapat mengecapi buah hasil daripada kemakmuran negara.

"Hidup Biar Berjasa"

Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

27 Julai 2016

TERKINI! KEADILAN teruskan perbincangan PRN Pulau Pinang



KEADILAN teruskan perbincangan PRN Pulau Pinang

PETALING JAYA 26 JULAI: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas KEADILAN sebulat suara belum yakin dengan cadangan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut DUN Pulau Pinang.

Katanya KEADILAN tetap bersedia meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan.

“Justeru KEADILAN akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti untuk menerangkan pendirian ini kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat,” kata Wan Azizah.

Beliau mengumumkan perkara demikian selepas mesyuarat di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, malam ini.

Wan Azizah berkata, KEADILAN sebagai rakan politik terus berjuang untuk mempertahankan mereka yang dianiaya dan dizalimi.

Katanya, ia termasuk kes pendakwaan politik Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi yang bangkit melawan rejim Umno-Barisan Nasional.

Rabu lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai PRN itu.

EZY

Isu Budak Perempuan Gelenyar Bercukur Kening?

July 25, 2016



SUMBER DARI MAKCIK SAYA; SALAH SEORANG GURU SEKOLAH TERSEBUT:

Budak ni tahun lepas terkehel leher akibat jatuh dalam bilik air setelah bergaduh ngn mak dia sebab suka keluar malam balik tengah malam.

Hari Selasa:
semua yang pakai baju ketat di denda kerana pengetua tercabar dengan ejekan budak perempuan ni "kenapa sy sorang yg di tangkap? Org lain pun ade pakai baju ketat". Pengetua bengang dan arahkan cikgu cari budak2 tingkatan3 yg lain.

Cikgu menangkap lalu transfer pelajar2 bermasalah tu kepada ustazah Huslin. Semua pelajar dikenakan denda yg sama; iaitu ustazah pegang kedua2 belah pipi dan tepuk (3x) kedua-dua belah mereka. Semua sama rata.

Hari Rabu:
Budak perempuan ni MC.

Hari Khamis:
Dia datang seperti biasa dan kembali aktif takda masalah apa pun. Siap menyindir cikgu yg tangkap dia sebab baju ketat dan tak ada butang di lengan; "cikguu... Saya dh pakai baju besarrr hari niii..." Berlalu pergi dengan hilai tawa sinis.

Hari Jumaat:
Budak perempuan bermasalah ni mengadu sakit leher. It could be anything though.. Nak di jadilan cerita, dia kaitkan ustazah tu. Eh, elok jer leher dia masa datang sekolah hari khamis..? Salah bantal kot 😂

Katanya ada mengadu muntah2 pula. Elok kasi pregnancy test pulak.

-CP-

Baba Tuan Guru Haji Salleh Musa (Sik) Meninggal Dunia

July 22, 2016



BELANGSUNGKAWA
KEMBALINYA PERMATA NUSANTARA
--------------------------------------------------------
Sebentar tadi dihubungi adinda pembantu Baba memaklumkan khabar sedih, dengan berat hati saya ingin merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan guru mulia yang sangat kita kasihi, Baba Tuan Guru Haji Salleh Musa (Sik).

إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه.

Didoakan roh yang mulia ini ditempatkan bersama roh murabbi-murabbi yang soleh atas segala kebaikkan dan ilmu bermanafaat yang disampaikan. Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah tanda ingatan dan kasih kita.

Al-Fatihah

••••••
Sani Araby Al-Kahery

DAN BURUNG PUN INGIN MENJUMPAI "PEMIMPIN ADIL" INI DI PUNCAK BUKIT

July 21, 2016



DAN BURUNG PUN INGIN MENJUMPAI "PEMIMPIN ADIL" INI DI PUNCAK BUKIT

Seekor burung terbang dan hinggap di kepala Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan setelah ia selesai melaksanakan shalat Jum’at. Peristiwa ini terjadi ketika Erdogan meresmikan Masjid Al-Qiblah yang terletak di puncak bukit provinsi Rize, sebagaimana dilansir Shehab News Agency pada Sabtu (15/8/2015).

Hal tersebut mengingatkan kita pada sebuah kalimat hikmah tentang ciri orang yang merendahkan diri dalam shalatnya bahwa, “Hati itu seperti pohon. Bila dahannya rindang, burung-burung pun senang hinggap di atasnya. Bila hati bercabang, pikiran-pikiran dan nafsu pun senang bermain di dalamnya. Shalatlah dengan shalat yang memutuskan perpisahan dari dunia. Allah tidak akan terasa bila urusan dunia menggelayut dalam hati.”

source: TribunJabar

Bagaimana Amerika Syarikat jumpa bukti tapi Malaysia tak jumpa?



Bagaimana Amerika Syarikat jumpa bukti tapi Malaysia tak jumpa?

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat secara rasminya mengambil tindakan memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset yang berkaitan dengan 1MDB.

Peguam Negara AS Loretta E Lynch mengumumkan tindakan ini adalah untuk melucutkan dan mendapatkan kembali dana sebanyak USD 1 bilion berkaitan dengan 'konspirasi antarabangsa' mengubah dana haram yang diperolehi daripada 1MDB.

Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan bapa tiri kepada Riza Aziz akan terus menyepi?

Apa yang menarik di dalam kertas saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan AS ialah siasatannya mendapati bahawa Good Star Limited dimiliki oleh Low Taek Jho dan bukannya PetroSaudi seperti yang ditegaskan Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen pada 26 Mei yang lalu.

Selain itu, kertas saman sivil itu juga menegaskan bahawa Aabar-BVI adalah satu syarikat yang tiada kena mengena dengan Aabar Investment PJS, sebuah anak syarikat IPIC, yang dimiliki Abu Dhabi.

Cuma pelik bagaimana Jabatan Keadilan AS dapat menjumpai bukti mengenai syarikat yang berpengkalan di Malaysia tapi tidak pihak berkuasa Malaysia.

Apakah status siasatan Ketua Polis Negara terhadap 1MDB? Apakah Ketua Polis Negara akan bekerjasama dengan Jabatan Keadilan AS untuk mendapatkan bukti-bukti yang gagal diperolehi selama ini dalam penyiasatannya ke atas 1MDB?

Bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara? Apakah beliau kini dapat melengkapkan laporan auditnya yang kini di bawah OSA dengan maklumat-maklumat baru ini?

Apa pula tindakan Peguam Negara dan SPRM selepas ini? Apakah masih tetap bahawa dengan pendirian yang ada?

Bagaimana pula dengan Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim yang telah menutup kes terhadap 1MDB? Apakah dengan maklumat terkini, kes 1MDB akan dibuka semula?

Rakyat sedang melihat apakah kalian sedang bekerja untuk negara dan rakyat, atau individu tertentu?

Dan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, fikirlah apa langkah terbaik seterusnya buat anda dan negara.

PAS menggesa agar satu Suruhanjaya DiRaja Siasatan yang dianggotai termasuk ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam ditubuhkan.

Siasatan harus menumpukan kepada dua aspek. Pertama, pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap, iaitu strategi dan jangkaan pelaburan yang salah. Perkara ini dalam ekonomi konvensional adalah biasa, tetapi dalam ekonomi Islam ada hukum berbeza.

Kedua, aspek penyelewengan seperti tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika yang gagal disiasat pihak berkuasa negara, melibatkan pengubahan dana haram iaitu perpindahan wang tanpa saluran yang betul dan pemilikan harta atas nama peribadi.

Kedua-dua ni perlu disiasat oleh Suruhanjaya DiRaja untuk menyelesaikan kes ini yang sudah bertahun-tahun.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
21 Julai 2016

Bagaimana Amerika Syarikat jumpa bukti tapi Malaysia tak jumpa?



Bagaimana Amerika Syarikat jumpa bukti tapi Malaysia tak jumpa?

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat secara rasminya mengambil tindakan memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset yang berkaitan dengan 1MDB.

Peguam Negara AS Loretta E Lynch mengumumkan tindakan ini adalah untuk melucutkan dan mendapatkan kembali dana sebanyak USD 1 bilion berkaitan dengan 'konspirasi antarabangsa' mengubah dana haram yang diperolehi daripada 1MDB.

Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan bapa tiri kepada Riza Aziz akan terus menyepi?

Apa yang menarik di dalam kertas saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan AS ialah siasatannya mendapati bahawa Good Star Limited dimiliki oleh Low Taek Jho dan bukannya PetroSaudi seperti yang ditegaskan Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen pada 26 Mei yang lalu.

Selain itu, kertas saman sivil itu juga menegaskan bahawa Aabar-BVI adalah satu syarikat yang tiada kena mengena dengan Aabar Investment PJS, sebuah anak syarikat IPIC, yang dimiliki Abu Dhabi.

Cuma pelik bagaimana Jabatan Keadilan AS dapat menjumpai bukti mengenai syarikat yang berpengkalan di Malaysia tapi tidak pihak berkuasa Malaysia.

Apakah status siasatan Ketua Polis Negara terhadap 1MDB? Apakah Ketua Polis Negara akan bekerjasama dengan Jabatan Keadilan AS untuk mendapatkan bukti-bukti yang gagal diperolehi selama ini dalam penyiasatannya ke atas 1MDB?

Bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara? Apakah beliau kini dapat melengkapkan laporan auditnya yang kini di bawah OSA dengan maklumat-maklumat baru ini?

Apa pula tindakan Peguam Negara dan SPRM selepas ini? Apakah masih tetap bahawa dengan pendirian yang ada?

Bagaimana pula dengan Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim yang telah menutup kes terhadap 1MDB? Apakah dengan maklumat terkini, kes 1MDB akan dibuka semula?

Rakyat sedang melihat apakah kalian sedang bekerja untuk negara dan rakyat, atau individu tertentu?

Dan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, fikirlah apa langkah terbaik seterusnya buat anda dan negara.

PAS menggesa agar satu Suruhanjaya DiRaja Siasatan yang dianggotai termasuk ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam ditubuhkan.

Siasatan harus menumpukan kepada dua aspek. Pertama, pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap, iaitu strategi dan jangkaan pelaburan yang salah. Perkara ini dalam ekonomi konvensional adalah biasa, tetapi dalam ekonomi Islam ada hukum berbeza.

Kedua, aspek penyelewengan seperti tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika yang gagal disiasat pihak berkuasa negara, melibatkan pengubahan dana haram iaitu perpindahan wang tanpa saluran yang betul dan pemilikan harta atas nama peribadi.

Kedua-dua ni perlu disiasat oleh Suruhanjaya DiRaja untuk menyelesaikan kes ini yang sudah bertahun-tahun.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
21 Julai 2016

FIDAN ADALAH INTEL TERBAIK DUNIA YANG MENGAGALKAN KUDETA

July 20, 2016



FIDAN ADALAH INTEL TERBAIK DUNIA YANG MENGAGALKAN KUDETA

“Terjadi kudeta, tuan Presiden! Kami akan bertempur dengan mereka hingga mati! Anda bergabunglah bersama rakyat, nyatakan keadaan darurat sekarang juga!”

itulah bunyi pesan yang disampaikan oleh kepala intelijen Turki kepada Presiden Erdogan malam terjadinya kudeta.

Namanya Hakan Fidan. Mantan guru dan tentara. Sosok ini layak dijuluki sebagai Murat Alemdar di dunia nyata. Murat Alemdar merupakan sosok aktor utama dalam film Valley of The Wolf (Lembah Serigala) yang diperanankan oleh Polat Alemdar.

Hakan Fidan merupakan Ketua intelijen Turki, MIT. Beliau dikenal sebagai sosok yang sangat loyal kepada Presiden Erdogan. Diangkat menjadi ketua MIT sejak tahun 2010 dan Kecerdasan kontra intelijennya dianggap paling top di Timur Tengah.

Hakan berhasil menggagalkan puluhan usaha Israel memusuhi Turki. Beliau otak dibalik pemutusan hubungan Turki-Israel.

Pendiam seribu tanda tanya, Hakan Fidan adalah sosok kuat yang menyokong pemerintahan Erdogan serta melumpuhkan musuh dari luar dan dalam,baik dari Israel, Iran dan Suriah. Intelijen teluk dan Saudi sangat ketidakenakan dengannya.

Satu lagi, Fidan adalah otak dibalik gagalnya rencana kudeta berdarah jenderal Ilker Basbug terhadap Erdogan beberapa tahun lalu. “As-Sisi Turki” itu sekarang mendekam seumur hidup dalam penjara.

Ketua intelijen Mesir Muhamed Refaat mengakui Fidan adalah intel terbaik dunia Islam saat ini. Mengalahkan intel Zionis dan Amerika.

Lagi-lagi kali ini Hakan Fidan membuktikan talenta intelijennya. Pesanan heroiknya sekali lagi telah menggagalkan usaha kudeta yang sebenarnya sudah sangat terencana dengan matang oleh pihak musuh.

Selamat untuk rakyat Turki. Ini semua berkat kedekatan pemerintahan Erdogan dengan Allah swt.

KENAPA ERDOGAN HENDAK DIJATUHKAN?

July 19, 2016



KENAPA ERDOGAN HENDAK DIJATUHKAN?

Sebenarnya barat tak selesa dgn keberkesanan & keupayaan Erdogan menjadikan Turki kuasa Ekonomi & Ketenteraan

Turki : Kenapa Dicemburui?

ISTANBUL - Dari artikel penulis Jordan, Ihsan Al Faqih, pada media Achahed:

1. Produk Domestik Nasional Turki di tahun 2013 mencapai 100B dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, UAE, Iran, dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lebanon.

2. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke peringkat 16, dengan rata-rata peningkatan 10 % setahun, yang bererti masuknya Turki ke dalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia.

3. Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Moden yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang disasarkan adalah Turki menjadi kekuatan politik dan ekonomi nombor 1 di dunia!

4. Airport International Istanbul adalah airport terbesar di Eropah yang menampung 1,260 pesawat setiap harinya, ditambah Airport Shabiha yang menampung 630 pesawat setiap hari.

5. Turkish Airline meraih peringkat penerbangan terbaik di dunia dalam 3 tahun berturut-turut.

6. Dalam 10 tahun, Turki telah menanam 770 juta pohon Harjia dan berbuah.

7. Untuk pertama kali Turki di masa moden ini memproduksi sendiri Tank baja, pesawat terbang dan pesawat tempur tanpa awak, serta satelit tentera moden pertama yang multi fungsi.

8. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universiti baru, 189 sekolah baru, 510 rumah sakit baru dan 169.000 kelas baru yang moden, sehingga kadar siswa dalam sekelas tidak lebih dari 21 orang.

9. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti Eropa dan Amerika menaikkan wang kuliah. Sedangkan Erdogan menghapuska seluruh biaya kuliah dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadi tanggungan negara.

10. Dalam 10 tahun terakhir, pendapatan perkapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3,500 dolar setahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11.000 dollar setahun, lebih tinggi dari perkapita penduduk Perancis. Dan Erdogan naikkan nilai tukar mata wang Turki 30 kali ganda!

11. Di Turki, negara sedang meningkat keupayaan untuk membiayai 300 ribu ilmuwan melakukan penelitian ilmiah untuk menuju tahun 2023.

12. Di antara keberhasilan politik terbesar Turki adalah keberhasilan Erdogan mendamaikan dua bahagian Cyprus yang bertikai. Ia juga melakukan pembahasan damai dengan parti Buruh Kurdistan untuk menghentikan pertumpahan darah, dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah berlarutan sejak 6 dasawarsa

13. Di negara Turki, gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat, dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah penganggur menurun dari 38% menjadi 2%.

14. Di Turki, anggaran pendidikan dan kesehatan, mengungguli anggaran pertahanan, dan gaji guru sama gaji doktor.

15. Di Turki telah dibangunkan 35 ribu laboratorium IT dan data base moden yang melatih pemuda-pemuda Turki.

16. Erdogan melangsaikan defisit anggaran yang mencapai 47B dolar. Sebelumnya baki terakhir hutang Turki ke IMF adalah hanya 300 juta dolar pada Julai lalu. Bahkan Turki memberi pinjaman kpd IMF sebanyak 5.0B dolar. Disamping itu Erdogan juga meningkatkan simpanan negara sebanyak100B dolar.

17. 10 tahun lalu, ekspot Turki hanya 23 B dolar. Sekarang meningkat menjadi 153 B dolar, mencapai 190 negara. Yang paling banyak adalah kereta yang kedua peralatan elektronik. Setiap 3 peralatan elektronik di Eropah, satunya adalah produk Turki.

18. Kerajaan Erdogan mengawali pelupusan sampah menjadi pengeluar tenaga elektrik yang digunakan oleh sepertiga penduduk Turki. Dan tenaga elektrik sudah dinikmati oleh 98% penduduk Turki.

19. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang anak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung television, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau hormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Sekaligus beliau didik anak-anak Turki satu contoh dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca masa depan.

20. Erdogan adalah teman Israel, begitu menurut kaum sekular Arab. Erdogan berikan tamparan keras kepada Israel, dan dia paksa Israel meminta maaf karena kes kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki berikan syarat pembekuan Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.

21. Erdogan adalah teman Israel??? Beliau berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap pidato Simon Perez dalam pertemuan Ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum keluar ruangan dan pulang ke Turki: "Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap pidato ini, padahal Israel telah membunuh ribuan anak dan wanita di Gaza..."

22. Erdogan meleraikan para demonstrasi penentangnya dengan air. Tidak menembak mereka dengan pesawat tempur, atau rudal atau bom-bom molotov.

23. Erdogan menolak anak gadisnya membuka hijab di sekolah. Maka beliau kirim anaknya sekolah di Eropah agar tetap berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.

24. Erdogan satu-satunya ketua negara bersama istrinya mengunjungi Myanmar dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana dari kawasan Myanmar yang dapat bencana.

25. Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al Quran dan Hadits di sekolah-sekolah negeri, setelah hilang selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah sekular.

26. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlimen.

27. Erdoganlah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terbesar di dunia di pantai laut hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan "Bismillahirrahmanirrahim.." Padahal, salah satu negara Arab membuat pohon krismas terbesar di dunia dengan menelan dana mencapai 40 juta dolar.

28. Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Ustmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri.

29. Erdogan melepas 10 ribu anak-anak muslim yang berumur 7 tahun di jalan-jalan Istanbul, dengan penuh bangga anak-anak tersebut akan memulai kewajiban shalat berjamaah dan menghafal Al Quran.

ALLAHU ALAM

TMJ: JANGAN DIAJAK PENEMBAK TEPAT PERGI MENEMBAK

July 18, 2016



JANGAN DIAJAK PENEMBAK TEPAT PERGI MENEMBAK

Anda memberi komen tentang pemain yang bersara dan membuat kenyataan seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan. Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu 'terima kasih'. Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja. Usah tunjuk kepada saya dan generasi sekarang yang anda semua sebagai orang lama susah hendak menerima bahawa masa dan dunia ini telah berubah. Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ini adalah 'pendrive' diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek. Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, 'jangan diajak penembak tepat pergi menembak'.

Akhir sekali, saya ingin mengingatkan, duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bolasepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor



DON'T INVITE A SNIPER TO GO SHOOTING

You commented about the retirement of some players and making statements as if they did not serve the country and win anything with the national team. Why is it so difficult to respect their decision? There's only one thing you should say about them or to them, which is 'thank you'. Thank you for their sacrifices all these while. That's it. You don't need to show me and the current generation that you as old-timers are struggling to accept that the world and time have changed. What's strange is that after all these years, all of you can accept and stand the 30 years of corruption within the Football Association of Malaysia (FAM).

Here is a pendrive containing the information and activities within the FAM, the media personnel that the FAM always uses including former footballers in Malaysia, the amount of money taken by FMLLP and given to the FAM as well as a rubbish auditor's report given to me by my high-ranking friends in Kuala Lumpur. Maybe it's time for football supporters of this country to see the truth and judge for themselves. I have a commander in India who always says, 'don't invite a sniper to a shooting range'.

Lastly, I would like to remind you all that the rakyat's money should be used for the rakyat only. Not for football and politics. Please take action on the issue of player salaries that has not been resolved.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Menjawab Khalid Samad



Menjawab Khalid Samad

Blok pembangkang akan tenang kalau Khalid (Samad) boleh 'tutup mulut' atau Parti Amanah Negara (P.A.N) dibubarkan. Saya sebagaimana orang ramai melihat P.A.N akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihanraya umum akan datang.

Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihanraya kecil yang lalu. Kecuali DAP atau PKR sedia menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan (PH) tersebut.

Sebab itu elok serap sahaja dalam parti yang sedia ada. Negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti dalam blok pembangkang semata-mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.

Sikap 'tidak boleh bekerja di bawah orang' lah antara sebab muncul pelbagai parti politik.

Saya tegaskan saya tiada masalah bekerja bersama Presiden dan saf kepimpinan PAS yang ada.

Kami sangat bahagia, seronok dengan kemanisan ukuhwah sangat dirasai. Sikap hormat-menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
18 Julai 2016

HATRIK ANAK PASTI DI BULAN SYAWWAL



Syawwal ialah bulan kemenangan, ia bulan kegembiraan kerana padanya disambut Hari Raya Idulftiri selepas melalui tarbiyah Ramadhan selama sebulan. Padanya berlaku peristiwa peperangan Ahzab yang menyaksikan kemenangan gilang gemilang tentera Islam yang berkubu di Kota Madinah mempertahankan Kota Nabawi tersebut dari serangan tentera Musyrikin dari Makkah yang dibantu oleh kabilah-kabilah sekitarnya.

Pertolongan Allah SWT hadir dalam peperangan ini yang menyaksikan turunnya ribut taufan menerbangkan khemah Musyrikin dan mengusir mereka kembali dengan kecewa ke Mekah. Lantas, diabadikan sejarah kekalahan mereka di dalam takbir Idulfitri yang dilaungkan setiap kali menjelang hari raya, “Allah yang mengalahkan tentera Ahzab dengan kuasaNya secara bersendirian..”

Syawwal 1437H ini menyaksikan kegembiraan bertali arus kepada penggerak-penggerak pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Tiga kejayaan gemilang dicatat oleh bekas anak-anak didik PASTI membuktikan bahawa benih yang menerima tarbiyah di pusat pendidikan pra sekolah ini bukan calang-calang benih. Ia sedang berkembang dengan pesat dan gigih bagi mewarnai negara ini satu hari nanti. PASTI yang mula beroperasi secara rasmi pada tahun 1988 di bawah kendalian Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini hanya berumur 28 tahun, namun rekod yang dilakar olehnya sehingga saat ini cukup untuk memberikan satu petanda bahawa pusat inilah yang akan melahirkan anak-anak yang akan mengemudi arus kebangkitan ummah satu hari nanti.

ANUGERAH OUTSTANDING INTERNATIONAL BTEC STUDENT OF THE YEAR 2016

Hatrik anak PASTI di bulan Syawwal ini bermula dengan berita kejayaan anak didik Pasti Qaryah Pulau Serai Dungun, Terengganu iaitu Mu'az Abdul Karim. Pada 2 Syawwal yang lepas, beliau telah menerima anugerah Outstanding International BTEC Student of the Year 2016 di Royal Horticultural Halls, London, United Kingdom. Muaz adalah pelajar pertama dari Malaysia dan sekaligus Asia Tenggara yang telah berjaya merangkul anugerah berprestij tersebut diantara 800 pencalonan dari seluruh dunia.

Anugerah ini hakikatnya cukup manis dan bermakna. Bukan calang-calang individu yang menggalas anugerah BTEC atau Business and Technology Education Council ini yang merupakan satu sistem akreditasi pendidikan antarabangsa yang berteraskan kepakaran teknikal. Mereka yang mengikuti sistem ini akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ataupun terus menyertai industri pilihan mereka selepas tamat pengajian. Penganugerahan yang yang telah diterima oleh Mu’az Abdul Karim adalah di atas kecemerlangan akademik dan kejayaan beliau dalam merangkul pelbagai anugerah inovasi di dalam dan luar negara. Ciptaan beliau yang diberikan nama Smart Lawn Mower juga telah memenangi Pingat Emas di Eureka Innovation Exhibition.

Anak didik PASTI ini merupakan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Petaling Jaya, sebelumnya beliau mengikuti pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Imtiyaz Terengganu dan juga merupakan seorang hafiz al-Quran.

STORM RIDER DI BUMI JERMAN

‘Jaringan kedua’ anak PASTI di bulan Syawwal ini ialah kejayaan Ke’on atau nama sebenarnya Khairul Idham Pawi di bumi Jerman semalam. Beliau mewakili Honda menjuarai Moto3 Grand Prix Jerman di Sachsenring selepas menamatkan perlumbaan 27 pusingan dalam masa 47’07.763. Beliau yang mendapat jolokan Super KIP turut mencatat masa terpantas pada pusingan kelima 1’42.544 dengan kelajuan purata 128.8 km/j. Semalam, beliau sebenarnya bermula dengan kedudukan ke-20, namun dengan keazaman dan tekad yang kuat, beliau mengejar pelumba di hadapan sehingga ke kedudukan ke-7 sebelum terus mengungguli kedudukan teratas semasa perlumbaan yang berlangsung dalam hujan dan litar yang begitu basah. Seorang rakan FB saya menulis, “kejayaan Khairul Idham Pawi mengajar kita satu perkara iaitu tidak penting di mana anda bermula, yang penting ialah bagaimana anda mengakhirinya’!

Baru sahaja pada bulan April lepas, Keon muncul juara pada Grand Prix Argentina. Dan pada kedua-dua kejayaan ini, beliau lebih berjaya membuktikan prinsipnya apabila melarikan diri sewaktu acara pancutan minuman keras dilakukan di atas podium. Bahkan kelmarin di Jerman, rakaman menyiarkan bagaimana ada pemenang yang mengejar Keon untuk menyemburkan minuman keras namun beliau tegas untuk melarikan diri.

Sebenarnya, teguh berpegang dengan prinsip di tengah-tengah masyarakat asing bukan satu perkara yang mudah. Saya bertanya Keon bulan lepas sewaktu beliau turun bersama jentera Pemuda PAS di pilihanraya kecil Kuala Kangsar berhubung kehidupannya di bumi asing, beliau telus menceritakan betapa sukarnya untuk menjaga solat dan puasa ketika sesi latihan untuk menyertai sebarang kejohanan. Namun, dikuatkan hati dan mengingatkan diri sendiri bahawa beliau seorang muslim. Saya tanya tentang makan minumnya, katanya beliau membawa bekalan dari tanah air untuk dimasak sendiri di dalam bilik penginapan bagi mengelakkan diri terjebak dengan makan minum yang tidak halal. Dan tidak lupa saya bertanya tentang ‘girlfriend’, Keon menjawab, “Ada awek ini menyusahkan saja Ustaz…” :D Saya tidak pasti untuk bersetuju atau tidak.

Dan untuk rekod, Keon ialah ialah bekas pelajar Pasti Nurul Iman di Kampung Gajah, Perak dan dianugerahkan sebagai Tokoh Anak Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia sempena Muktamar Kali Ke-57 2016 di Kota Bharu Jun lepas.

QARI JUNIOR PENYEJUK MATA

‘Jaringan ketiga’ melengkapkan hatrik bulan Syawwal ini ialah kejayaan Ahmad Naufal Fauzi berusia 12 tahun malam semalam di Pentas akhir Qari Junior musim kelima. Ia disiarkan secara langsung jam 9 malam di TV3. Adik Naufal bersaing merebut gelaran juara bersama-sama lima lagi peserta iaitu Hana Batrisyia, Ahmad Naufal, Sofea Humairah, Wan Ahmad Nur Firas dan Danish Farhan.

Siaran langsung Qari Junior semalam menyaksikan bagaimana kehebatan adik-adik kecil menghafaz al-Quran, menyambung ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dan ditebuk dari hafazan 3o Juzuk bahkan berjaya menghuraikan dengan baik makna ayat yang dibaca. Dan, titisan air mata mengiringi kedua ibubapa adik Ahmad Naufzl Fauzi ini apabila beliau akhirnya diumumkan sebagai juara. Kejayaan ini membolehkan beliau membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000 daripada TV3, pakej umrah (tajaan Almas Beauty & Health) dan baucar tunai RM900 (tajaan Ana Muslim Sdn Bhd). Walaupun ia jauh lebih kecil berbanding nilai hadiah juara maharaja lawak iaitu RM500,000.00 dan juara Akademi Fantasi yang bernilai RM50,000 serta pakej percutian ke Dubai, namun ia adalah satu hadiah yang cukup bermakna khususnya bagi seorang ibu dan bapa yang menginginkan dada anak-anak mereka terisi dengan al-Quran. Paling tidak, ia adalah kempen kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti pengajian tahfiz selepas daripada ini.

Untuk rekod, adik Ahmad Naufal ialah bekas pelajar PASTI Muaz bin Jabal, Kota Bharu.

Inilah senarai tiga jaringan hatrik anak-anak PASTI di bulan Syawwal 1437H ini. Dengan penuh yakin, kita berani menyatakan kejayaan ini bukanlah kejayaan yang terakhir anak-anak PASTI. Dengan bilangan 115 ribu anak-anak PASTI di seluruh negara pada hari ini, kejayaan demi kejayaan yang gilang gemilang akan terus dilakar. Kuncinya ialah, pendidikan rabbani berteraskan tauhid yang mantap dan kefahaman yang syumul. Dengan dinding yang kurang sempurna, gaji yang sekadar cukup untuk makan minum, situasi yang serba dhaif ini, PASTI berjaya melahirkan bintang yang cukup gemilang menerangi seantero negara.

Semoga Allah merahmati semua tokoh-tokoh yang pernah berjasa dalam pembinaan PASTI dari awal ia dibangunkan sehingga kini. Ada yang telah ‘pergi’ dan tidak kurang pula ramai yang masih istiqamah bersama panji-panji perjuangan.

Sejarah akan terus melakar kegemilangan Insya-Allah.

- Ahmad Fadhli bin Shaari, 18 Julai 2016. Penulis merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Pengarah PASTI Negeri Kelantan.

Zairil Khair Johari bersikap Anti Demokrasi Bila Melibatkan Hak Orang Islam



Zairil Khair Johari bersikap Anti Demokrasi Bila Melibatkan Hak Orang Islam.

Saya membaca tulisan terbaru Zairil Khir Johari yang dimuatkan dalam lidah rasmi Kerajaan Pulau Pinang, "Buletin Mutiara" bertarikh: 1-15 Julai 2016 yang bertajuk " RUU Hadi Tidak Boleh dipandang Ringan" dan mendapati cukup jelas pendekatan beliau dan juga sebagai Pimpinan DAP melayu. Ternyata Zairil begitu bimbang dengan Islam menjadi amalan praktikal orang Islam yang menyeluruh. Sehingga begitu mengambil berat dan mencuba supaya syariat sebahagian Islam tidak dijayakan untuk orang Islam mengikut saluran demokrasi.

Nampaknya, penganut demokrasi DAP Melayu ini adalah penganut hipokrit. Disokong jika untuk kepentingan mereka, dibenci jika ada kebaikan untuk Orang Islam yang majoritinya gembira sekiranya organisasi umat Islam dipertingkatkan.

Isu yang dibicarakan adalah RUU yang dibawa oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, RUU pindaan 355 yang bertujuan menaiktaraf bidang kuasa mahkamah syariah. Namun yang lebih dibimbangkan Zairil adalah RUU ini memberi ruang kepada Islam diamalkan dan seolah olah begitu membenci ia berjaya ditegakkan dalam masyarakat Islam negara ini. Beliau bimbang, mahkamah syariah dapat menangani masalah zina, mencuri dan jenayah yang disebut dalam Quran ditangani dengan undang undang Islam sendiri. Sehingga tahap begini, membuatkan kita bertanya, Masihkah Zairil ini beriman atau sudah membuang keimanannya demi menyesuaikan nafsu demokrasinya yang tidak mencintai islam?

Persoalan untuk Zairil, mampukah demokrasi dan negara ini berdiri tanpa undang undang? Adilkah sekiranya diberi peluang untuk undang undang lain diundi dan dibahas secara demokrasi, tetapi bila giliran untuk hak Islam, disekat dan dihalang sehingga ruang yang diguna dalam demokrasi pun tidak layak untuk Islam?

Sikap Zairil ini, menyerlahkan sikap sebenar Pemimpin DAP Melayu ini. Kalau yang Melayu islam pun boleh bersikap macam ini yang bimbang Islam diamalkan sepenuhnya oleh orang Islam, maka bayangkanlah sifat bukan Islam yang menjadi pemimpin Zairil dan rakan politik hariannya. Sepatutnya kedudukan diguna untuk bantu Islam, tetapi diguna untuk menyekat cahaya Islam.

Disini ditampilkan beberapa perkara penting yang perlu kita faham berkenaan dengan RUU persendirian Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah (1965) yang kali terakhir dipinda pada tahun 1984.

PAS ISTIQAMAH MEMPERJUANGKAN ISLAM

Sejak kita merdeka, bidang kuasa Mahkamah Syariah yang diamalkan di Malaysia lebih rendah daripada Mahkamah Majistret. Sudah menjadi cita-cita semua pencinta islam ingin melihat undang-undang islam diangkat ke tempat yang selayaknya. Kenapa tiba-tiba YB Zairil mengalih sisi pandang ke arah bias sosial kepada golongan terpinggir yang sepatutnya ia harus diletakkan dibahu penguatkuasa undang-undang? tapi yang dipersalahkan pula RUU yang datang untuk memulihkan keadaan sosial.

Firman Allah S.W.T berbunyi:
"Bagi setiap umat telah kami tetapkan syariat tertentu yang harus mereka amalkan, maka tidak sepatutnya mereka bantah membantah dengan engkau dalam urusan syariat ini. Dan serulah mereka kepada tuhanmu. Sesungguhnya engkau (Muhammad) berada di jalan yang lurus".
(Al-Hajj:67)

RUU PROSES KE ARAH PEMERKASAAN INSTITUSI SYARIAH DI MALAYSIA

Hudud hanya dikenakan dalam beberapa kesalahan sahaja, kesalahan lain pula akan tetap dengan hukuman yang sedia ada, mana mungkin RUU ini mampu beri kuasa mutlak kepada sistem perundangan syariah? Rujuk Kanun Keseksaan, hanya berapa peratus sahaja dari keseluruhan jenayah dikategorikan dibawah hudud. Adapun proses pembuktian kesalahan dibawah hudud dibuat dengan sangat teliti.

Firman Allah S.W.T:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab (al Quran) kepada kamu (Muhammad) membawa kebenaran agar engkau mengadili antara manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah kepada kamu Dan janganlah engkau menjadi penentang (orang yang bersalah) kerana (membela) orang yang khianat".
(An-Nisa:105)

PENGAMALAN SISTEM DEMOKRASI YANG SAH

Ahli Parlimen Marang mengemukakan RUU mengikut saluran demokrasi yang betul dan sah termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Sudah pasti mana-mana pihak yang ada idea dan solusi terbaik bagi membangungkan negara boleh sama-sama memanfaatkan saluran ini. Dalam usul RUU baru-baru ini, PAS yang mengamalkan gagasan Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) telah mendapat respon yang baik dari UMNO untuk sama-sama membantu ke arah mengerjakan kebajikan.
Firman Allah S.W.T:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam melakukan kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksanya"
(Al-Maidah:2)
Perkara 3 Perlembagaan Malaysia menyatakan: "Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain bebas diamalkan secara aman dan damai di mana-mana bahagian dalam Persekutuan".

Jelas, agenda PAS mendaulatkan Islam merupakan agenda yang tepat dan betul disisi undang bertepatan dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada pembukaan Parlimen ke-13, Penggal ke-4, pada 7 Mac 2016 supaya institusi Mahkamah Syariah diperkasakan.

Saya berharap YB dapat mendengar secara terperinci berkenaan RUU dari mulut Ahli Parlimen Marang sendiri supaya tidak berlaku lagi salah faham yang boleh menimbulkan keraguan kepada masyarakat.

Akhir sekali, saya ingin mendapat pengesahan daripada pihak YB, adakah pihak YB sangsi dengan hukum Islam sebagai penyelesaian kepada segala masalah? Sepertimana kenyataan YB dalam perenggan terakhir “Walaupun agenda hudud ini mampu mencapai tujuan politik Umno dan PAS dalam jangka masa pendek, ia akan membawa bencana bagi negara kita dalam jangka masa panjang.” Amat malang bagi seorang muslim andainya ada ragu-ragu didalam hati tentang keadilan hukum Islam.

Ir Ahmad Rafaei bin Dato Ir A Rashid
Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

CATATAN DARI HATI PENUH CINTA.. (Serampang 2,3 mata)…

July 17, 2016



CATATAN DARI HATI PENUH CINTA..
(Serampang 2,3 mata)…

Oleh : Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi

Terasa seperti mahu berkongsi berkenaan pengalaman sekitar hampir seminggu berada di Turki mewakili delegasi Malaysia ke Persidangan Wanita al- Aqsa pada baru-baru ini. Delegasi yang diketuai YB Mumtaz Md Nawi, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit. Ianya terpahat di dalam memori yang tidak dapat dilupakan. Saya berani katakan ianya merupakan musafir tarbiah bukan sekadar melancong, tetapi kerana Allah swt telah menerapkan ruh perjuangan ke dalam hati saya serta rombongan.

KREDIT UNTUK BANGSA TURKI :

Apabila disebut ‘Turks’ kita dapat merasakan suatu kelainan. Terasa seperti emosi mengalir bersama-sama darah perjuangan Sultan Muhammad al – Fateh. Ianya bersesuaian apabila menjadi tuan rumah kepada persidangan ini, kebanyakan ucapan dari wakil negara mereka berucap dalam Bahasa Turki. Mereka berbangga dengan bahasa mereka. Itu jati diri mereka. Saya tidak berminat untuk mengulas berkenaan politik Turki mutakhir ini, kerana sudah terdapat mereka yang arif mengulasnya.

Dari sudut sosio-demografi, ada suatu perkara yang amat unik menarik perhatian saya. Kebanyakan lelaki-lelaki Turki tidak kira tua atau muda memegang erat tangan perempuan-perempuan atau pasangan mereka. Samada ianya ayah, suami ataupun anak. Pada mulanya saya sangkakan ianya hanya fenomena pasangan muda berkelakuan sebegitu, tetapi sangkaan tersebut meleset apabila terdapat anak-anak lelaki memegang erat tangan ibunya yang sudah berumur ketika berjalan menyusuri kaki lima. Mungkin inilah yang dikatakan proses asimilasi budaya barat dan timur yang berlaku di negara unik ini. Ianya suatu pemandangan yang menenangkan.

SOSOK WANITA HEBAT :

Bermusafir bersama-sama seorang EXCO Kerajaan Negeri wanita ini telah memberikan saya suatu sudut pandang yang baru terhadap kehidupan, perjuangan serta kerjaya. Selesa dengan hanya dipanggil ‘Kak Taz’ sahaja, beliau tidak lokek berkongsi ilmu kepada kami. Apa yang paling membuatkan saya berasa kagum ialah apabila beliau sanggup membawa suaminya yang kurang upaya (ditimpa strok) ke mana-mana sahaja persidangan antarabangsa. Saya melihat sendiri dengan mata kepala saya bagaimana seorang wanita solehah ini sanggup memapah suaminya ketika bangun dari kerusi roda, ketika menaiki "flight", menguruskan keperluan suami, dan ketika mengajar suaminya terapi berjalan. Sambil itu beliau memikirkan ucapan di dalam persidangan nanti.

“Kak Taz tenang bila bawa Abang Man bersama-sama. Kalau jadi apa-apa Kak Taz ada disamping dia, Kak Taz tak akan menyesal, biarlah susah senang bersama, boleh jadi terapi juga untuk Abang Man, biar dia gembira isteri ada di samping dia” ujar Kak Taz panjang lebar. Beliau sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk suaminya mengiringi ke setiap persidangan antarabangsa.

Kebiasaan kita melihat wanita-wanita gugur dari medan perjuangan dengan alasan mahu menjaga anak-anak dan memberi tumpuan pada keluarga. Tidak pada sosok ini. Beliau memilih untuk menjaga suami dan anak-anak pada puncak kerjaya dan perjuangannya. Dari manakah beliau punya kekuatan sedemikian? Saya pulangkan kembali persoalan ini untuk anda semua fikirkan.

Beliaulah juga dengan bersemangat mahu memperkenalkan inovasi MamaPride kepada dunia.
“Kak Taz rasa MamaPride boleh pergi jauh. Kita sepatutnya menjadi ‘pioneer’ dunia islam terutama sekali dalam isu menjaga maruah ummat islam khususnya wanita muslim”

"MamaPride sudah menjadi fardhu 'ain bagi Kak Taz!", Ujarnya dengan bersemangat.

Saya juga melihat sendiri bagaimana professional dan cekapnya Yb Mumtaz dan pegawai-pegawainya melaksanakan tugas. Sememangnya terdapat kekurangan sedikit sebanyak, akan tetapi perkara yang menjadi pemerhatian saya, beliau & pegawai sedaya upaya berusaha berjimat cermat dalam membelanjakan dana peruntukan kerajaan negeri. Jika sikap professional dan amanah sebeginilah saya tidak hairan apabila 13 daripada 18 jabatan serta Agensi Kerajaan Negeri telah diberi penarafan 5 Bintang bagi kategori Akauntabiliti Kewangan bagi tahun 2015 oleh Ketua Audit Negara. Tambah membanggakan, pengurusan Kerajaan Negeri turut diiktiraf dan diberi penarafan 5 Bintang bagi indeks SSR Agensi Sektor Awam tahun 2015/2016 oleh Ketua Setiausaha Negara dan Penarafan 5 Bintang dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS 2015 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Selain mendapat penarafan 5 Bintang iaitu penarafan tertinggi, Kerajaan Negeri turut menerima Sijil Audit Bersih Penyata Kewangan Kerajaan Negeri seperti tahun-tahun sebelumnya. AlhamdulilLAH.

BAGAIMANA PULA SOLIDARITI DI MALAYSIA?

Di saat kita semua bersolidariti untuk Turki, apakah kita telah mengambil sikap yang adil dan saksama dalam menilai prestasi kerajaan di bawah satu-satunya panji Parti Islam di negara kita ini? Maka apabila ada ura-ura dari sesetengah pihak mahu menukarkan kerajaan negeri saya terasa malu sendiri. Di saat apabila sampainya delegasi Malaysia dari Negeri Kelantan, mereka menyambut kami dengan begitu meriah dan penuh takzim kerana, merasa takjub dengan prestasi pemerintahan PAS di Kelantan yang menjangkau 27 tahun dengan cemerlang ‘despite’ layanan anak tiri yang diberikan.

Oleh itu, wahai saudara-saudaraku, berhati-hatilah apabila bertemu dengan permainan persepsi. Boleh jadi berita yang disampaikan hanya sebelah pihak dan kita terus bersikap tidak adil dalam menilai.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

(Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.)
(Surah al-Maidah ayat :8)

Akhir kata,
Long long last glory for Kelantan State & Turkey!
Allah memelihara Kelantan & Turki. Bendera pun dah dekat-dekat sama. Hehehe.

#MamaPrideNo1Dunia #PrayForTurkey #MamaPride

Pidato Erdoğan di hadapan ribuan rakyat Turki selepas merayakan kejayaan mempertahankan demokrasi Turki dari rampasan kuasa tentera



Pidato Erdoğan di hadapan ribuan rakyat Turki selepas merayakan kejayaan mempertahankan demokrasi Turki dari rampasan kuasa tentera.

"Saudara-saudariku, saya atas nama peribadi, atas nama bangsa ini, saya mengucapkan terima kasih atas aksi heroik yang kalian perlihatkan. Saudara-saudari tercinta, kita semua bersama dalam perjalanan suci ini."

"Dalam perjalanan ini, ketundukan, penghambaan hanya ada kepada Allah. Mereka yang menghamba kepada hamba, menghamba kepada kepentingan, dengan menyusup ke dalam tubuh angkatan tentera kita yang bersih, lewat apa yang mereka lakukan pada pasca 17-25 Desember, lewat apa yang mereka lakukan (kudeta) malam tadi, mereka telah menampakkan diri mereka sebenarnya."

"Malam tadi, mereka memperlihatkan keganasan dalam erti sebenrnya. Begitu rendahnya mereka ini, senjata, kereta kebal dan helikopter yang dibeli dengan hasil keringat rakyat, mereka halakan kepada rakyat. Pesawat F-16 terbang di langit ini, apa itu mereka beli dengan wang bapak mereka?" kecam Erdogan dengan keras.

Erdogan juga menyebut kelompok kudeta ini adalah sekelompok kecil di dalam tubuh angkatan tentera. “Mereka tidak mengendalikan tentera, dan mereka tidak bisa dan tidak mampu melakukannya. Pemerintah yang dipilih rakyat saat ini masih dalam tugas."

"Saya ingin kalian tahu ini. Selama nyawa ini di kandung badan, dengan kain kafan tersarung, tidak ada yang tidak bisa kita lakukan untuk berdiri kukuh melawan kelompok ini.” kata Erdogan.

Dalam kesempatan ini, Erdogan juga sampaikan pesannya ke Pennsylvania, kepada pimpinan kelompok yang dikenal dengan "parallel state":

“Cukup pengkhianatan yang kamu lakukan terhadap bangsa ini, terhadap ummat ini. Kalau kamu tidak bersalah, ayuh balik ke negerimu. Kekuatanmu tidak akan cukup untuk menghancurkan negeri ini dari sebuah bilik.” Serunya.

Fethullah Gulen adalah dalang dalam percubaan rampasan kuasa ini

July 16, 2016



Fethullah Gulen adalah dalang dalam percubaan rampasan kuasa ini.

Menurut Erdogan, Fethullah Gulen, ahli politik berprofil tinggi yang berpengkalan di US merupakan dalang kepada cubaan rampasan kuasa di Turki. Bukan sekali, tapi sudah berkali-kali Gulen sebagai orang utama dan dalang dalam melakukan rampasan kuasa terhadap Kerajaan Turki.

Gulen sudah menjadi orang buangan di U.S kerana beliau mengkhianati sahabat baiknya Recep Tayyip Erdogan dan Negara Turki.

PERCUBAAN RAMPASAN KUASA YANG DIGAGALKAN DI TURKEY



PERCUBAAN RAMPASAN KUASA
YANG DIGAGALKAN DI TURKEY
-------------------------------------------------
Hari ini rakyat Turki telah berjaya mencatat satu sejarah kemenangan kerana berjaya menghalang suatu kudeta yang diusahakan oleh sekumpulan kecil pihak askar.

Usaha Kudeta yang berlaku pada 16 Julai 2016 ini bukanlah kudeta yang pertama, ia pernah berlaku berkali-kali pada tahun 1960, 1971 dan 1997. Ia juga pernah berlaku pada era Uthmaniyyah oleh pihak askar elit Janissary.

Namun kerana kemajuan teknologi telekomunikasi dan juga kemampuan pemerintah Turki menggerakkan rakyat marhaen dalam masa yang singkat untuk turun ke jalan juga telah menjadi sebab usaha mematahkan kudeta ini daripada berjaya.

Apa yang berlaku di Turki pada saat ini menjadi satu contoh dimana masyarakat/rakyat mampu menghalang sebarang usaha jahat dan mampu melakukan perubahan. Namun usaha ini haruslah bersifat kolektif.

Alhamdulillah hari ini kita melihat semua parti2 pembangkang, top general, masyarakat dunia telah bersama-sama menunjukkan penentangan terhadap usaha kudeta terhadap kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.

Laporan Said Imaddudeen

Lagi rujukan
http://www.hurriyetdailynews.com/situation-largely-under-control-after-coup-attempt-turkish-pm-.aspx?pageID=517&nID=101669&NewsCatID=341

#TurkeyCoupFailed
#MAPIM
#StayStrongTurkey
#saniarabyalkahery

CUBAAN RAMPASAN KUASA OLEH TENTERA TURKI GAGAL



CUBAAN RAMPASAN KUASA OLEH TENTERA TURKI GAGAL (like & share untuk semua tahu)

Polis cawangan khas Turki telah berjaya menangkap mereka yang terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan yang SAH di Turki. Berlaku pertempuran menyebabkan 17 orang polis terbunuh menurut sumber berita.

Rakyat Turki kelihatan turun ke jalanan membantah percubaan rampasan kuasa yang berlaku malam tadi. Masjid-masjid di Turki melaungkan azan berterusan sebagai tanda musibah yang mengharapkan bantuan Allah swt.

Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera maka ia insyaallah akan jadi turning point politik Turki kearah yang lebih baik.

Jika ini perancangan jahat musuh-musuh maka mari la sama-sama kita berdoa kesejahteraan di Turki.

Ya Allah peliharakah Turki dari perancangan2 jahat musuh-musuh

#prayforturkey

Cubaan rampasan kuasa di Turki



Cubaan rampasan kuasa di Turki

Didoakan agar Turki kembali aman untuk kepentingan umat sejagat.

Semoga semua pihak kembali ke meja perundingan.

Semoga mereka yang berniat jahat seharusnya dibawa segera ke muka pengadilan dan hukuman yang setimpal.

Zionis antarabangsa dan kuasa besar dunia sememangnya ingin melihat Turki dihimpit oleh permasalahan dalaman dan luaran agar agenda mereka terus berjaya.

http://www.bbc.com/news/world-europe-36809083

https://www.rt.com/news/351343-turkey-coup-military-attempt/

Turkey coup attempt: Army group says in control - News from Al Jazeera
http://www.aljazeera.com/news/2016/07/turkey-military-blocks-bridges-istanbul-160715195444742.html#

https://www.google.com/amp/mobile.nytimes.com/2016/07/16/world/europe/military-attempts-coup-in-turkey-prime-minister-says.amp.html#

http://m.utusan.com.my/berita/
nasional/rampasan-kuasa-polis-turki-tahan-50-komander-tentera-1.303717

http://www.malaysiagazette.com/ms/dunia/rampasan-kuasa-di-turki-jambatan-utama-lapangan-terbang-ditutup

SELAMATKAN NEGARA BERSAMA ISLAM

July 14, 2016



SELAMATKAN NEGARA BERSAMA ISLAM

Firman Allah:

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) beristiqamah (sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran (bertaubat) serta mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

(Surah Hud, ayat 12-13)

Ramai yang membuat kenyataan mahu selamatkan negara yang bermasalah ini, tanpa membuat muhasabah bahawa sebabnya ialah kerana pemimpin dan rakyat yang memilih pemimpin. Semua masalah yang membebankan negara sehingga terkini wajib dipikul bersama, serta wajib juga menegaskan penyelesaiannya yang diimani secara ikhlas, bukan kerana merebut peluang dan kesempatan yang mengulangi jahat dan zalimnya pula.

PAS mempunyai pendekatan tersendiri bersama Islam dan wajib beristiqamah dengannya, sehingga istiqamah dijadikan perkataan penting kepada tema beberapa kali muktamar, sehingga mereka yang tidak beristiqamah keluar PAS atau dipecat. Mereka bersama PAS wajib bersyukur kerana mencipta rekod ketahanan jadi diri para pemimpin yang dipilih memerintah negeri, sehingga tidak ada ruang untuk bertindak kerana rasuah, salah laku dan sebagainya. Adapun kejatuhan di Perak, contohnya kerana salahlaku rakan dalam pakatan (DAP dan PKR) yang menjual kerusi.

PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al Quran, Kalam Allah dan Ilmunya:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."

(Surah Al-Maidah, ayat 02)

Al Quran dan Sunnah menunjukkan dua pendekatan kerjasama Islam bersama pihak yang lain, berasaskan konsep wajib berpegang teguh tanpa berganjak dan tidak ada tawar menawar dalam perkara aqidah perjuangan, dasar dan matlamat yang ditetapkan oleh Allah, sehingga menjual atau mengadai atau memberi percuma dalam perkara tesebut demi kesetiaan kepada pihak lain semata-mata kerana kemenangan dunia tanpa akhirat sehingga memberi wala' kepada musuh Islam atau pengkhianat. Firman Allah :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang yang bersama(yang dipercayai) dalam perjuangan . Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya."

(Surah Ali-Imran, ayat 118)

Allah juga berfirman :

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ *إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

(Surah Al-Mumtahinah, ayat 08-09)

Rasulullah SAW adalah contoh manusia pilihan Allah SWT menghayati petunjuk Allah, termasuk aspek politik diperingkat Makiyyah ketika paling lemah dizalimi dan diperingkat Madaniyyah ketika berkuasa memerintah negara dalam kedudukan paling kuat.

Ketika Marhalah Makiyyah, apabila bapa saudaranya Abu Talib yang disegani mengemukakan tawaran para pemimpin Mekah supaya berdakwah tanpa kuasa politik, paling mudah tanpa gangguan, sabdanya dengan tegas :

يا عم، والله لو وضعوا الشمس في يمينى والقمر في يسارى على أن أترك هذا الأمر ـ حتى يظهره الله أو أهلك فيه ـ ما تركته.

(الرحيق الختوم ـ صفي الرحمن المباركفوري) (ص :69)

"Wahai bapa saudara kesayanganku! sekiranya diletakkan matahari dikananku dan bulan dikiriku,dengan syarat aku meninggalkan urusan menegakkan Islam ini, sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati didalam perjalanannya nescaya aku tidak sekali-kali meningalkannya)."

Adapun bertahaluf (berkerjasama) dengan berbagai pihak bukan Islam termasuk yang munafik ketika menegakkan negara di Madinah pula beristiqamah bersama dasar dan matlamat yang dinyatakan di dalam Piagam (Perjajian).

وإنه ما كان بين أهل هذه الصحيفة من حدث أو اشتجار يخاف فساده فإن مرده إلى الله عز وجل، وإلى محمد رسول الله صلى الله عليه وسلم الرحيق (الختوم ـ صفي الرحمن المباركفوري) (ص: 148)

"Dan apa-apa sahaja perkara atau pertelingkahan yang berlaku dikalangan mereka yang terlibat didalam perjanjian ini yang ditakuti boleh merosakkannya. Hendaklah dikembalikan penyelesaianya kepada Allah (Al Quran) dan Muhammad Rasulullah SAW (Sunnah)"

Maka mereka yang menubuhkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah menetapkan dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) PAS. Hukum tertinggi ialah Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias yang nyata. Bagi memelihara perjalanan PAS maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak.

Matlamatnya ialah menegakkan Islam dalam masyarakat dan pengurusan negara.
Maka PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Bahawa semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya.

Maka sesiapa yang menyertai PAS hanya memandang sebelah mata aspek wawasan keduniaannya sahaja tidak boleh bertahan besama PAS. Ketahuilah bahawa perjuangan ini memandang dua belah mata, ke arah kemenangan akhirat yang paling besar dan kemenangan dunia yang diuji menjadi jambatan ke akhirat juga.


Allah menegaskan kepada mereka yang hanya inginkan kesempatan kemenangan yang cepat:

لَوۡ كَانَ عَرَضٗا قَرِيبٗا وَسَفَرٗا قَاصِدٗا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلشُّقَّةُۚ وَسَيَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَوِ ٱسۡتَطَعۡنَا لَخَرَجۡنَا مَعَكُمۡ يُهۡلِكُونَ أَنفُسَهُمۡ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati adanya terlalu dekat dan satu perjalanan yang dapat dilihat pencapaiannya, nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."

(Surah At-Taubah, ayah 42)

Perjuangan ini juga tidak boleh disertai oleh mereka yang menjaga hubungannya dengan manusia, harta dan sebagainya, kerana Allah berfirman :

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

(Surah At-Taubah, ayat 24)

Demikiankan kalangan mereka yang punya apa-apa yang disenaraikan oleh Allah pasti keluar daripada PAS cara sekarela atau dipecat, dan mencari atau mencipta bahtera yang lain, menjadi si luncai yang terjun bersama labunya.

Belajar dan faham daripada Al Quran dan Sirah Nabawiyyah dan para salaf soleh, jangan sekali-kali terpengaruh dengan pandangan jalanan atau ilmu daripada syaitan yang meredah langit terbuka tidak mengira dosa dan pahala,serta tidak yakin kepada janji Allah. Sila baca firman Allah kepada generasi Al Quran :

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang jahil bercakap terhadap mereka , hadapkan kata-kata menjawab; dengan perkataan: Selamat sejahteralah (dari perkara yang tidak diingini)."

(Surah Al-Furqan, ayat 63)

Teruskan Istiqamah, jangan diheret oleh musuh atau kawan yang berpura-pura, tangan kiri yang bergelumang memegang kita, tangan kanannya bergantung kepada lawan yang juga mengheret kita daripada "Al-Siratol Mustaqim". Jadikan cahaya Islam ini lampu penyuluh jalan mencapai matlamat walau pun jauh dan panjang, namun tetap selamat dan inilah juga cara mengenal kawan dan lawan secara berhemat.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

09 Syawal 1437H / 14 Julai 2016M

MERBAHAYA! Pemimpin DAP Tolak Keputusan Mahkamah Antarabangsa



Hari itu, kita melihat kesetiaan pemimpin DAP Nga Kor Ming kepada Amerika Syarikat.

Hari ini, setelah pengumuman keputusan oleh Mahkamah Antarabangsa bahawa Laut China Selatan bukan milik China, seorang lagi pemimpin DAP mencetuskan persoalan kesetiaan.

Saya cukup takut memikirkan rakyat menyokong pemimpin-pemimpin begini. Patriotisma adalah kewajipan setiap rakyat Malaysia. Kewarganegaraan, sempadan dan kedaulatan tidak blh dikompromi walau se-inci.

SANGAT MERBAHAYA PERANGAI MACAM NI!

Tok Pa Hanya 'Menteri' Jeli?

July 11, 2016



Ramai yang mengeluh, kenapa di kelantan dianak tirikan pembangunan lebuh raya?

Tok pa hanya nak tunggu perintah kelantan baru nak buat jalan raya besar?

Sampai bila rakyat yang bayar cukai dizalimi? Tok pa hanya menteri di jeli saja ke?

Tolak la pemimpin zalim.

SU Akhbar MB Kedah Fitnah Almarhum Ustaz Azizan Isu Air

July 10, 2016



Assalamualaikum Saudara Nahar Tajri, Setiausaha Akhbar YAB Dato' Seri Ahmad Bashah Mad Hanipah, Menteri Besar Kedah DA.

Sila tarik balik komen fitnah melampau saudara kepada Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan yang telah saudara tulis atau saudara panjangkan di facebook.

Seberapa segera, sila buat kenyataan permohonan maaf terbuka kepada ahli keluarga, sahabat taulan, pimpinan dan ahli PAS Kedah diatas fitnah yang saudara lemparkan kepada Almarhum.

Sesungguhnya beliau adalah insan yang tidak pernah mementingkan dirinya, tidak mengambil kesempatan atau peluang di atas kedudukannya, dan beliau tidak hidup dalam gaya seperti pemimpin dalam parti yang saudara pilih untuk cari makan dan beri khidmat saudara.

Rekod perkhidmatan beliau bersih dan cemerlang, kerja dan komitmen beliau kepada tanggungjawab beliau berkelas dunia. Pengorbanan, pandangan dan gagasan beliau untuk rakyat dan negeri ini melangkaui kepetingan diri, keluarga, malah partinya.

Hasil dedikasi beliau kepada amanah yang dipikulnya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemimpin negeri yang pernah saudara kenali.

Ada sejumlah besar daripada pendapatan yang sepatutnya menjadi hak beliau mengikut undang-undang, beliau sumbangkan kembali untuk pendidikan anak negeri ini yang dikasihi melalui Tabung Tengku Mahmud.

Daripada gajinya sendiri, disumbangkan kepada parti, petugas jemaah, orang-orang miskin, pelajar, sekolah agama, para balu mantan pemimpin, ibu tunggal dan anak-anak yatim mengatasi angka yang saudara sanggup bayangkan. Jauh mengatasi sesiapapun... dan kehidupan beliau bersama keluarga besarnya sangat-sangatlah sederhana. Dan... beliau tidak perlu 'mencuri' wang daripada SADA/negeri milik rakyat untuk melakukan itu semua seperti saudara maksudkan dalam tulisan saudara.

Sekelian yang menghormati dan mengasihi insan hebat ini pasti terluka dengan tulisan saudara itu. Fitnah seperti ini bukan perangai politik yang wajar diamalkan oleh saudara atau sesiapapun. Kami tidak akan membiarkan sesiapapun mencemari integriti dan reputasi beliau dengan politik murahan seperti ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1215447258479800&id=100000436113775

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tajuk jahat sensasi yang dicipta oleh Malaysiakini: Like Anwar, there must be four witnesses for Najib

July 8, 2016



Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tajuk jahat sensasi yang dicipta oleh Malaysiakini: Like Anwar, there must be four witnesses for Najib.

Apa yang disebut oleh Presiden PAS ialah "Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga.. Saksi yang adil".

Tajuk sedemikian yang berbeza maksudnya dengan isi sebenar ucapan Presiden PAS itu dengan jelas menunjukkan sama ada Malaysiakini tidak faham, atau mempunyai agenda mereka yang tersembunyi.

Perbuatan sedemikian adalah amat dikesali dan meruntuhkan kemurnian pemberitaan yang telus dan benar.

Sekian.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
7 Julai 2015.....

Peristiwa setahun lepas terjadi lagi hari ni. Presiden PAS tetap konsisten dengan jawapannya. Mereka yang spin tetap dengan spin mereka.

Statement di atas boleh dipakai lagi utk artikel The Malaymail di bawah:

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/wsj-must-produce-four-witnesses-to-prove-graft-claims-against-najib-hadi-sa

YE, KAMI BELUM ADA ANAK SENDIRI..

July 2, 2016



[ YE, KAMI BELUM ADA ANAK SENDIRI..... ]

- Memang la boleh berbelanja lebih, tak ada anak lagi kan..
- Memang la rumah kemas jer, tak ada anak yg nak sepahkan..
- Memang la boleh cuti raya lama, tak ada anak sekolah kan..
- Memang la boleh pergi bercuti selalu, tak payah susah2 nak bawak anak kan..
- Memang la boleh gambar berdua sweet2, tak ada anak yg kacau kan..
- Memang la boleh pergi umrah awal, tak perlu fikir nak tinggalkan anak lama2 kan mana kan..

Sekarang ni Zana nak tanya,
"Salah ke kami suami isteri dapat rasa semua nikmat rezeki tu di saat perkahwinan kami diuji dengan ketiadaan anak? Atau awak rasa ada anak tu membataskan kehidupan awak?"

Jangan ingat yg tak ada anak ni semuanya boleh belanja mewah, kita tak tau belanja dan simpanan dia macam mana.. Kita tak tau apa perancangan hidup mereka.. Kita tak tau apa2 sebab kita orang luar.. Kita tak tau apa perasaan mereka setiap kali soalan "bila nak ada anak?" tu ditanya..

Kebanyakan pasangan yg masih menanti rezeki anak ni, sangatlah bahagia.. Diberi rezeki utk lebih mengenal hati pasangan.. Sebab tu secara automatik kita akan nampak pasangan ni lebih mesra sebab memang rutin seharian mereka semuanya dilakukan berdua..

Sedih? Tipu kalau tak ada rasa sedih tu, tapi jarang sekali dan selalunya perasaan sedih tu sekejap sangat.. Selebihnya, mereka lebih suka memilih untuk teruskan kehidupan normal seperti biasa, berusaha, berdoa dan percaya dengan ketentuan rezeki drpd Allah..

Percaya tak hampir semua yg belum ada anak ni, bila diasak dengan soalan "bila nak ada anak" ni akan rasa lagi teruk sedihnya daripada rasa sedih menerima hakikat masih belum ada anak.. Sebab soalan2 tu la kebanyakan mereka jadi sayu hati, rajuk hati, menjauh diri dan rasa rendah diri..

Lagi sedih bila soalan tu ditanya di hadapan orang ramai.. Diusik seolah2 suami isteri ni berdosa berkahwin tanpa anak.. Diketawakan seolah2 pasangan ni serba kekurangan..

Maaf yer.. Zana bukan minta simpati, cuma minta kita semua sama2 belajar menghormati..

Hormati perasaan orang sekeliling kita.. Letakkan diri kita di tempat orang lain sebelum berkata sesuatu.. Bila kita cuba jaga hati dan air muka orang lain, insyaAllah Allah akan jaga hati, diri dan maruah kita..

Yang dah kahwin, bersyukur ada pasangan hidup.. Bayangkan kalau kita masih belum ada pasangan hidup.. Bayangkan kalau kita tiba2 kehilangan pasangan hidup..

Yang belum kahwin, bersyukur dan bersabar. Mungkin Allah nak bagi kita peluang lebih berbakti lama kepada ibu dan ayah..

Yang dah ada anak, bersyukur ada anak.. Anak adalah saham akhirat kita.. Betapa bertuahnya mempunyai anak yg mampu mendoakan kita setiap hari.. Bayangkan hidup kita kalau masih belum dikurniakan anak..

Yang belum ada anak, bersyukur Allah bagi nikmat rezeki bersabar.. Bayangkan jika kita ada anak, adakah hati kita boleh sesabar itu? Allah bagi peluang kita utk lebih meluangkan masa bersama insan yg sudi terima baik buruk diri kita..

Yakinlah Allah bagi apa yg kita perlu dan bukan apa yg kita mahu.. Kita merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.. Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak..

Kita sebagai hamba-Nya memang selayaknya diuji.. Setiap di antara kita berbeza ujiannya.. Tapi percayalah yg Allah menguji sesuai dgn kemampuan diri kita..

Belajar menerima Qada dan Qadar Allah.. InsyaAllah semuanya akan jadi lebih indah..

Zana & Adiey,
Trying To Conceive (TTC) for 6 years.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208330828661579&id=1630313940

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.