News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

DOA SYEIKH AHMAD BIN SYEIKH MUHAMMAD SAID (MUFTI PERTAMA NEGERI SEMBILAN) PADA HARI KEMERDEKAAN 1957 DI STADIUM MERDEKA

August 31, 2016



DOA SYEIKH AHMAD BIN SYEIKH MUHAMMAD SAID (MUFTI PERTAMA NEGERI SEMBILAN) PADA HARI KEMERDEKAAN 1957 DI STADIUM MERDEKA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،

اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،

اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،

اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.



Yang bermaksud,

Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/163-himpunan-doa-dan-zikir/562-doa-syeikh-ahmad-bin-mohd-said-mufti-pertama-pada-hari-kemerdekaan-1957

NASIHAT BUAT DA'I DAN SEUMPAMANYA

August 30, 2016



Saya dari awal rancangan Da'i saya sudah nampak keburukan dan bahananya pada agama. Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan rancangan itu hanya rancangan hiburan yang bertopengkan agama. Itulah realitinya.

Dulu saya pernah menegur rancangan ini yang melibatkan lelaki dan perempuan yang bukan Mahram,Lagi pula bermesra berlebihan, Ikhtilat dan batasan tidak di hiraukan dan bercampur antara Da'i lelaki dan perempuan. Ini bukan cara islam.

Sudah saya katakan agama tidak terbit daripada rancangan 'Ala Islamik' begitu. Bahkan ramai Ulama yang melarang rancangan sedemikian rupa. Di antaranya ialah Syeikh Nuruddin Al-Banjari yang tegas melarang rancangan sebegitu.

Saya lihat kebanyakan yang masuk rancangan itu umur belasan tahun dan awal 20-an,Kalau dinisbah dengan ilmu mungkin masih tidak cukup untuk berdakwah di tengah masyarakat. Sepatutnya umur muda teruskan menuntut Ilmu dulu.

Syarat kemasukan rancangan ini pun tidak ada tapis Ilmu melainkan hanya yang pandai berbicara dan pandai "Mengayat" terutama perempuan. Dengan kata kata manis mulut kononya atas nama nasihat agama tapi ayat itu penuh dgn maksiat.

Sepatutnya syarat kemasukan test mereka supaya baca dan hurai Kitab jawi dan arab. bukan test mereka dengan ayat puitis manis di mulut sahaja. Hari itu saya terlihat uji bakat rancangan itu. juri test tanya syarat sah solat pun tak tahu.

Hari ini terbukti ada Dae'i yang berpuitis di laman sosial dengan ayat yang agak keterlaluan dan menghilangkan Tsiqah orang ugama. Kononya ingin menasihat artis, saya lihat itu bukan nasihat tapi lebih kepada "Mengorat", ia bertopengkan ugama demi mencari populariti.

Benarlah kata Syeikh Zainal Abidin Al-Fathoni dalam Kitabnya Aqidatun Najin, Katanya disebabkan Ulama sangat mulia di sisi Allah, Maka ramai orang jahil hari ini mendakwa diri mereka itu Alim" padahal pada hakikatnya ia jahil.

Ulama' manusia mengangkat mereka kerana kealimannya. Akan tetapi orang jahil mengangkat diri sendiri kerana ingin mencari kemasyhuran dan populariti dimata manusia jahil. Ulama makin berkurang dan Da'i yang merapu makin bertambah.

Guru selalu pesan, kita belajar agama ni jangan cari kemasyhuran, jangan nak disanjung dan jangan cari habuan dunia dengan ugama.

Nasihat saya, ayuhlah kita sama-sama belajar. InsyaAllah, bila Alim orang akan angkat kita dengan sendirinya. Jangan kita mengangkat diri sendiri.

Hafiz Adnan
Tok Faqir Pondok

KETAHUI 10 PETUA PENTING PENJAGAAN KERETA JENIS GEAR AUTOMATIK



JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menanggung hutang, Sila baca hingga habis artikel ini...

1) Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula dengan P , R , N , D , 2 , L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah "N" nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.

Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam, On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.

Setiap step perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke "N", (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di "N" sahaja sehingga anda menggerakan kenderaan. Biarkan selama 5 minit,jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam keatas.

Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25 % sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.

Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step "D" sahaja, manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS !!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.

2) Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.

Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO (bergantung kpd model kenderaan)dan bersihkan sebersih-bersihnya. Elakan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO.

Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AUTO. Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear. Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.

Elakan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangkamasa panjang (harga murah,tetapi selepas3-4 tahun lagi anda merana)

3) Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan "D" semasa berhenti di lampu isyarat, dimana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Pastikan diletak di "N" sahaja.

Jangan di "P" ,ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah. Sebab itu step "N" dan "D" diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock”@tombol antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).

Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar. Jangan sangka kan kereta AUTO tiada “clutch plate”. Ianya ada berbelas-belas keping (bergantung kpd model kenderaan).

Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”. Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alatganti. Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan). Tidak silap saya untuk model Wira pun RM 500++.

4) Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti dimana-mana sekalipun , mulakan dgn step "2" atau step ke dua selepas "N". Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada "D" atau satu step dibawah "N".

Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas. Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak. Step "2" umpama anda bermula dengan gear "1" untuk kereta manual.

Step "D" pula ibarat gear "2" atau "3" bagi kereta manual. Maknanya jika anda memulakan dengan "2" step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step "D".

Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.

5) Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.

Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air.

Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar. Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir (maklumlah di lembah klang ni faham-faham sendiri lah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AUTO tidak bercampur dengan air.

6) Elakan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap(contoh:Genting Highland)

7) Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit,sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step "D". Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada dibawah step "D", sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.

8) Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.

9) Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa. Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.

10) Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mula kan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.

Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”. Inilah salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.

INFO TAMBAHAN:

1) Untuk memastikan enjin kenderaan anda sekarang masih baik atau tidak. Hidupkan enjin kenderaan anda waktu pagi dan biarkan selama 10 minit, kemudian lihat di bahagian ekzos ada atau tidak air menitis keluar dari lubang ekzos.

Boleh juga ambil sehelai kertas putih yang kosong letakan di muncung ekzos anda kemudian tengok ada tak percikan air di kertas tersebut, Jika ada air menitis atau ada percikan air di kertas putih tadi maknanya enjin kenderaan anda masih dalam keadaan “sihat walafiat”. Jika tidak maknanya enjin kenderaan anda ada sedikit “keuzuran".

2) Pastikan minyak enjin dan oil filter yang anda gunakan adalah minyak yang sama sepanjang masa dan pastikan ianya yang tulin. Banyak minyak enjin palsu di pasaran sekarang yang mana minyak enjin lama yang dikitar semula dan dipek seolah-olah minyak tulen.

Hati-hati jika anda ditawarkan minyak enjin yang terlalu murah.Pastikan bacaan kelikatan minyak enjin anda adalah sama setiap kali anda menukar minyak enjin. Walaupun jenama sama tetapi bacaan kelikatan adalah berlainan.

Istilah mekanik “minyak tebal dan minyak nipis”. Sila lihat di botol minyak enjin ada nombor seperti (contoh: 10W-40 ). Elakan menggunakan minyak enjin yang melebihi 10,000 km.

Ini boleh membuatkan anda malas hendak periksa minyak enjin anda dan anda mungkin tidak menyedari minyak enjin anda sudah berkurangan atau kering. Jangan amalkan tambah minyak enjin yang terlalu kerap atau banyak.

3) Jangan sesekali bertukar minyak enjin daripada “fully synthetic” kepada “semi synthetic”.Ianya boleh merosakan enjin anda, tetapi boleh daripada “semi synthetic”. kepada “fully synthetic” tetapi bila dah gunakan “fully synthetic” jangan pulak kembali kepada “ semi synthetic".

4) Sebelum mematikan kenderaan anda off kan semua suis, penghawa dingin, radio,lampu atau system audio lain. Selepas off semua suis biarkan 3-5 saat, kemudian baru matikan enjin.

5) Air hendaklah sentiasa diperiksa, kerana air memainkan fungsi yang cukup penting dalam memastikan fungsi enjin berjalan dengan sempurna. Elakan menggunakan air paip kerana ianya boleh menyebabkan keladak dalam radiator.

Gunakan air masak atau air yang telah disuling. Jika selama ini anda menggunakan air paip, saya cadangkan anda pergi servis radiator anda dan selepas itu gunakan air suling.

Jika anda bertanya kepada mekanik mereka akan jawab tiada masalah guna air paip, kerana mereka hendak kereta kita rosak dan mereka ada bisnes. (bukan semua mekanik begitu, siapa yang saya maksudkan anda faham-faham sendiri lah

6) Semasa parkir (parking) kenderaan anda pastikan tayar dan stereng kenderaan anda dalam keadaan lurus. Jangan sesekali parkir dalam keadaan tayar ke kanan atau kiri. Ini boleh menyebabkan “drive shaft” anda cepat rosak.

7) Penjagaan penghawa dingin. Anda boleh on “power” semaksimum yang mungkin (contoh 1,2,3,4) tetapi jangan on temperature semaksimum nya. Temperature hanya boleh digunakan sehingga 80 % sahaja. Pastikan suis penghawa dingin ditutup semasa hendak memati atau menghidupkan kenderaan.

8) Sewaktu hendak menutup “hood” depan atau “bonet” kereta anda pastikan tangan anda dalam keadaan “center” sewaktu menekannya. Jangan sesekali berat ke kanan atau ke kiri.Ini boleh menyebabkan “hood & bonet” anda menjadi tidak sama atau bengkok.

9) Sediakan sebuah buku kecil dalam kereta anda untuk anda merekodkan sebarang pertukaran alat ganti yang lepas dan akan datang atau rekod penyelengaraan kereta anda.

Pastikan mekanik anda adalah mekanik yang mahir dalam penyelengraan model kenderaan tesebut.Amalkan guna mekanik yang sama sahaja kerana dia tahu dan mahir mengendalikan kereta anda dan dia tahu penyakit kereta anda yang lepas-lepas.

Lebih tepat lagi dipanggil istilah “satu tangan pomen sahaja ”. Gunakan minyak petrol yang sama sahaja, jangan terlalu kerap menukar jenama Petrol.

SEMOGA INFO INI BERGUNA BUAT ANDA SEMUA.

HAMPIR RM4 BILLION DALAM AKAUN NAJIB?

August 29, 2016



HAMPIR RM4 BILLION DALAM AKAUN NAJIB !!!

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.

Najib mendakwa kononnya AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.

TS Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum 'derma Arab' itu apabila peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.

"Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah TS Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Najib.

"Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Najib sebelum itu.

"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan

TS Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.

Dakwaan TS Muhyiddin dilihat menyokong laporan ABC News yang berpengkalan di Australia pada Mac yang meletakkan angka dalam akaun bank Najib berjumlah AS $ 1.051 bilion (RM4.2 bilion) berdasarkan penyata bank.

Menurut laporan itu, sebelum deposit RM2.6 bilion daripada Tanore Finance, Najib juga menerima AS$ 120 juta daripada Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), AS$ 80 juta dari Kementerian Arab Saudi dan AS$ 75 juta daripada Putera Faisal bin Bandar Al Saud.

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga menekankan beberapa deposit tidak disebut atau didedahkan dalam laporan ABC News, termasuk tambahan sebanyak AS $ 10 juta pada 23 Februari 2011 dan AS$ 10 juta pada 13 Jun 2011 dari Putera Faisal yang dirujuk sebagai "pengasas bersama PetroSaudi".

Tambahan AS$ 5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$ 25 juta pada 19 November 2012 juga datang dari Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), menurut DOJ.

Ini meletakkan jumlah keseluruhan sebelum deposit RM2.6 bilion pada AS$ 325 juta, atau di bawah RM1 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada tahun 2011 dan 2012.

DOJ mendakwa deposit daripada Tanore Finance, Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan pengasas PetroSaudi berasal daripada 1MDB. DOJ banyak memberi fokus kepada jejak wang melalui sistem kewangan AS.

Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan salah laku.

TS Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas.

TS Muhyiddin mendakwa beliau dipecat selepas menentang isu kemasukan wang berkenaan ke akaun perdana menteri. Pemecatannya kebetulan sama dengan penyingkiran peguam negara waktu itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.

#saveMalaysia
#beranikeranabenar

https://m.facebook.com/GKCMBKB/photos/a.429809743894588.1073741828.429798750562354/521189631423265/?type=3

Pemuda Kelantan berpelikat di New Zealand

August 28, 2016



Pemuda berpelikat di New Zealand

Hari ini masuk hari ke-2 saya berkembara di New Zealand. Sempat berjumpa dengan komuniti pelajar Malaysia dari Auckland, Wellington, Christchurch dan Dunedin.

Alhamdulillah, masing-masing kelihatan ceria dan bersemangat untuk menimba pengalaman sambil menuntut ilmu di pengajian masing-masing.

Pagi ini saya terserempak dengan seorang pemuda Melayu yang hanya berkain pelikat meredah kesejukan pagi (5'C) untuk pergi ke musolla untuk bersolat subuh berjamaah.

Bila ditanya 'Tidak sejuk ke?', dengan selamba beliau menjawab bahawa sejuk itu bukan pada suhu sekeliling tetapi 'dalam kepala'.

Hebat ! Subuh berjamaah tatkala suhu dingin sebegini. Bukan calang-calang anak muda.

Nama beliau adalah NIK Mohd Amin NIK Abdul Rahman, dari Pasir Putih Kelantan. NMA mempunyai rekod akademik yang cemerlang sejak daripada sekolah rendah di Pasir Putih sebelum ke Sekolah Yayasan Saad Melaka, kemudian KYS dan kini belajar dibidang Accountancy di NZ.

Kembara NZ (8)

Sedekah Anggota Tubuh Badan

1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sedekah Anggota Tubuh Badan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ يَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ وَيُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَة

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya sedekah pada setiap hari matahari terbit, seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang bergaduh/berselisih adalah sedekah dan menolong seseorang untuk menaiki haiwan tunggangannya (kenderaan) lalu mengangkat barang-barangnya ke atas haiwan tunggangannya (kenderaan) adalah sedekah dan ucapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah menuju solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang boleh menyakiti atau menghalang orang dari jalan adalah sedekah ". (HR Bukhari No: 2767)

Pengajaran:

1. Jasad harus dikeluarkan zakatnya sebagaimana harta ada zakatnya. Zakat badan adalah melakukan perbuatan baik yang boleh dilakukan dari pelbagai pintu dan relung.

2. Setiap ruas tulang yang ada pada kita perlu melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan pahala. Contohnya sedekah waktu pagi dengan melaksanakan solat duha dengan menggerakkan banyak ruas tulang anggota kita. Berjalan menuju masjid untuk solat dengan menggerakkan banyak anggota badan juga termasuk sedekah.

3. Setiap langkah atau pergerakan anggota kita dalam melaksanakan amal kebaikan juga termasuk sedekah walaupun kecil seperti sifat kepedulian sosial dengan membantu orang lain menaiki kenderaan atau mengangkat barangan ke atas kenderaan. Membuang sesuatu yang mengganggu laluan di atas jalan umpama paku atau kayu adalah termasuk sedekah.

4. Menghilangkan duri dari jalan juga membawa maksud, setiap muslim hendaklah menjauhi atau menghilangkan sesuatu yang memudaratkan sama ada pada dirinya atau pada orang lain.

5. Mendamaikan dua orang yang bergaduh, mengucapkan perkataan yang baik-baik seperti memberi salam, bertegur sapa, menasihat – Malah menahan tangan dan lisan agar tidak menyakiti orang lain juga sedekah.

6. Sedekah sebagai salah satu bentuk kepedulian sosial yang dituntut dalam Islam. Namun ia tidak hanya dengan harta, malah apa sahaja yang kita miliki termasuk tenaga mahupun lisan.

Lelaki yang berkopiah itu ex boss saya semasa di JKR Putrajaya

August 27, 2016



Lelaki yang berkopiah itu ex boss saya semasa di JKR Putrajaya.

Bos saya selama hampir 4 tahun sebagai Pengarah JKR WP Putrajaya. 2007~2011.

Sebagai QS setiap minggu rutin kami di meja mesyuarat tender peringkat JKR Pj bincang pemilihan kontraktor untuk tender projek2 kerja dan projek2 penyelenggaraan bangunan pejabat dan kuarters di Putrajaya.

Tender berjuta malah puluh juta makanan ruji kami hampir setiap minggu...

Mudah berurusan dengan beliau sebab decision beliau jelas dan praktikal. Mudah disepakati. Biasanya mesyuarat berakhir dengan jiwa yang lapang.

Tiada istilah 'wahyu' sepanjang ingatan saya sepanjang dibawah beliau. Walaupun kami faham 'wahyu' itu sentiasa turun dari langit tapi beliau telah menyerapnya sendiri dan tidak dikongsi bersama orang bawahan.

Bagi pembodek ....'wahyu' sentiasa dinanti dianggap umpama bonus untuk dilihat berjasa. Jalan pintas menaik populariti. Bukan sedikit mengguna kaedah ini untuk jadi KP. ADA BANTAHAN?!

Dato' Abd Rahim tidak begitu. Integriti beliau terserlah. Pada saya beliau seorang 'natural born leader' yang fatherly. Kami bekerja dalam keluarga semasa bersama beliau.

Sehingga beliau di'sungkit' keluar oleh pihak yang menunjuk pandai. Tak lama lepas itu beliau dituduh terlibat dalam pemberian sebutharga berharga ratusan ribu kpd keluarga beliau.

Masa dituduh muka beliau keluar dalam berita tv 8.00mlm....front page suratkhabar utama. Kisahnya....salahguna kuasa pemberian sebutharga ratus ribu.(sahaja...)

Kami yang bertahun bekerja bersama beliau kendalikan tender berpuluh juta saban minggu memang cepat terbau suatu "bullshit" sedang dilempar ke muka beliau.

Mungkin sudah jadi fitrah di negara ini yang betul-betul betul itu 'ke dalam', tersungkit, tersingkir. Banyak kali telah terjadi begitu dalam lipatan sejarah kepimpinan wilayah melayu sejak zaman Hang Nadim.

Hari ini selepas 3 tahun pertuduhan dan seminggu selepas beliau bersara Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan.

Itu sebab kenapa wujud kampung hero kungfu yang menyepi diri dalam Kungfu Hustle...

Geng Kapak suka membuli.

Sekian. Untuk Rekod.

Tahniah Dato' Abdul Rahim Ahmad.
Kami berbangga dapat bekerja dengan Dato' satu waktu dulu.

Sabar itu balasannya Taqwa.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207307420267835&id=1355086170

TONGKAT ALI & KACIP FATIMAH BUKTI PENGARUH SYIAH DALAM MASYARAKAT ALAM MELAYU?



TONGKAT ALI & KACIP FATIMAH BUKTI PENGARUH SYIAH DALAM MASYARAKAT ALAM MELAYU?

Saya pernah ditanya seseorang tentang herba istimewa alam Melayu yang dinamakan sempena nama Saidina Ali dan Saidatina Fatimahرضي الله عنهما sama ada ia bukti pengaruh Syiah dalam Alam Melayu. Beliau juga sangsi kerana Islam turut dibawa ke Nusantara oleh pendakwah Parsi, maka boleh jadi masyarakat di Alam Melayu dahulu menganut fahaman Syiah.

Jawapan saya :

1) Dakwaan pengaruh Syiah itu hendaklah dibuktikan terlebih dahulu. Tanpa bukti, ianya hanyalah sangkaan semata2.

2) Yang membawa Islam ke Nusantara rata2nya ialah pendakwah2 berakidah ASWJ Asya’irah -Maturidiyyah & bermazhab fiqh Syafie. Sama ada gerombolan pendakwah dari Yaman, Parsi atau Gujerat, mereka adalah pendakwah Asya’irah bermazhab Syafie. Buktinya, akidah dan mazhab rasmi (majoriti) di Alam Melayu /Nusantara adalah seragam iaitu ASWJ Asya’irah Syafi’iyyah. Dari Champa, Aceh, Sumatera, Jawa, Brunei, Kalimantan, Sulawesi hinggalah ke Selatan Filipina. Malah penganut Syiah sangat asing di wilayah ini. Secara logiknya, para mad’u yang dulu beragama Hindu-Budhha pasti akan mengikuti fahaman para da’i.

3) Memang benar, antara pendakwah yang ramai membawa Islam ke Nusantara adalah dari Parsi. Namun kita perlu tahu bahawa wilayah Parsi (Iran) bertukar menjadi wilayah Syiah hanya selepas tahun 1501 ketika Kerajaan Shafawi mula memerintah Iran. Ketika ini pegangan ASWJ di Nusantara sudah pun kukuh & meluas (well established).

Kerajaan Shafawi menukarkan pegangan bangsa Parsi dari ASWJ kepada Syiah dengan perang & paksaan. Sebelum tahun 1501, majoriti bangsa Parsi di Iran berakidah ASWJ & bermazhab Hanafi dan Syafie. Sebab itu ramai di kalangan ulama2 Parsi yang masyhur & lahir di Iran sebelum penguasaan Dinasti Shafawi, berakidah ASWJ Asya’irah -Maturidiah & bermazhab Syafie seperti Imam Al Ghazali (pengarang Ihya’ Ulumuddin), Abu Nu’aim Al Isfahani (pengarang Hilyatul Auliya’), Imam Baihaqi (pengarang Syu’abul Iman & Sunan Al Kubra) & ramai lagi.

4) Sekurang2nya tiga orang pembesar Melaka yang bernama Umar. Tun Umar anak Seri Bija Diraja, Khoja Umar anak Khoja Muhammad Syam dan Tun Umar anak Seri Wak Raja. Di samping itu ulama besar Kesultanan Melaka bernama Maulana Abu Bakar. Sekuat manapun seseorang Syiah itu bertaqiyyah, mereka tidak akan sama sekali menamakan anak-anak mereka dengan nama Abu Bakar & Umar. Kebiasaan orang2 Melayu menamakan anak2 mereka dengan nama Umar membuktikan mereka bukan Syiah.

5) Mencintai Saidina Ali & Ahlil Bait yang lain memang tuntutan dari Rasulullah SAW & ianya thabit dengan hadith2 sahih & hasan. Sebagai contoh Imam At Tirmidzi meriwayatkan :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِ حَسَنٍ وَحُسَيْنٍ فَقَالَ مَنْ أَحَبَّنِي وَأَحَبَّ هَذَيْنِ وَأَبَاهُمَا وَأُمَّهُمَا كَانَ مَعِي فِي دَرَجَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Rasulullah SAW pernah memegang tangan Hassan dan Hussain sambil bersabda, “Barangsiapa yang mencintaiku, mencintai kedua-dua anak ini, (Hasan dan Husain) dan ayah (Ali) serta ibu (Fatimah) mereka berdua, maka dia akan bersamaku pada hari kiamat”. (Jami’ At Tirmidzi. Hadith No. 3695)

Kecintaan terhadap Saidina Ali & Ahlil Bait inilah yang diajar oleh pendakwah2 Islam kepada masyarakat di Nusantara. Dengan sebab itu, sultan2 Melaka dinamakan dengan nama2 Ahlil Bait seperti Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid), Raja Kassim (Sultan Muzaffar), Raja Abdullah (Sultan Mansur) & Raja Hussain (Sultan Ala’uddin). Atas sebab itu juga, dua herba istimewa itu dinamakan tongkat Ali & kacip Fatimah sempena nama dua insan yang disayangi Rasulullah SAW.

Kefahaman yang ‘elergik’ dengan nama Saidina Ali & Ahlil Bait ini sangat bahaya. Apa sahaja yang bersangkutan dengan nama Ali, Fatimah & Ahlil Bait akan dikatakan dari Syiah. Kefahaman begini bertentangan dengan tuntutan Nabi SAW yang menyuruh kita mencintai Saidina Ali & Ahlil Bait. Ia sebenarnya sama bahaya dengan kefahaman yang mendewakan & memaksumkan Saidina Ali.

والله أعلمُ بالصواب
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

TIGA ULAMA DIGERUNI KOMUNIS : PEMIMPIN PERANG SABIL, PEJUANG YANG TAK DIDENDANG



TIGA ULAMA DIGERUNI KOMUNIS : PEMIMPIN PERANG SABIL, PEJUANG YANG TAK DIDENDANG

Ketika 1940 an dan 1950 an, pengganas Komunis telah menunjukkan sikap biadap & zalim terhadap masyarakat kampung. Mereka menculik anak gadis, membunuh para pemuda serta tok-tok imam di kampung-kampung.

Maka bangkit tiga orang ulama yang memimpin penduduk2 kampung untuk bangkit berjihad menentang kekejaman pengganas Komunis tersebut. Perang sabil ini dipimpin oleh Tuan Guru Haji Yahya bin Taha di selatan Kedah dan utara Perak, Tuan Guru Haji Bakri di Hilir Perak dan Perak Tengah dan Kiyai Haji Salleh di Johor.

Angkatan perang sabil yang dipimpin oleh ulama2 ini ternyata menggerunkan pengganas komunis. Dengan kelengkapan senjata yang terbatas, mereka berjaya membunuh ramai pengganas2 Komunis sehingga mereka serik untuk membuat onar di kampung2 lagi.

Disamping itu, ketiga2 orang tokoh ulama ini juga dikatakan sangat mahir dengan ilmu persilatan. Menurut cerita, banyak maunah (bantuan Allah) berlaku seperti parang terbang, para pejuang tidak mengalami luka ketika ditembak Komunis dan lain2 peristiwa di luar logik akal.

Sempena Hari Kemerdekaan, tokoh2 seperti ini juga wajar diingati. Jasa mereka bukannya kecil untuk dilupakan.

Selamat Hari Merdeka

-Hasanuddin Yusof-

Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

Nabi Isa Ditangkap oleh Popis Tengah Hari Tadi

August 26, 2016





🔴As salam dan Selamat Mlm YDH Dato/Tuan/Puan/Encik..
🔴Tangakpan (1) lelaki Melayu mengaku *NABI ISA* (KES MASIH BELUM DI KLASIFIKASIKAN OLEH PEGAWAI PENYIASAT) akan di maklumkan kemudian.
▶Pengadu
Kpl 148510 Roslan Zainal Abidin
Caw Risikan Operasi JSPT KL
▶No rpt
Jln Tun Razak/006494/16
▶IO
Insp Faizal
▶Tarikh
25/08/2016
▶Masa
2118hrs
🔴Fakta kes tangkapan.
Pada 25/08/2016 pada jam lbh kurang 1630hrs semasa sy bersama Konst 189769,Konst 189776 dan Konst 189594 tugas rondaan penguatkuasaan no pendaftaran palsu dan kenderaan klon di Jln Tun Razak berhampiran susur masuk Jln Kuantan telah tahan (1) buah motorjeep jenis KIA Sportage warma emas no pendaftaran di gunapakai di bahagian hadapan dan belakang *WWE3621 KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA TUANKU RAJA MERONGMAHAWANGSA II SULTAN KEDAH ASAL IMAM ALMAHDI* yg di pandu oleh (1) lelaki berbangsa Melayu bersama (2) Penumpang wanita.Sy bersama saksi Polis telah memperkenalkan diri sebagai anggota Polis dengan menunjukan kad kuasa kepada beliau.Semasa pemeriksaan pemandu telah tidak puas hati kerana menahannya denganmengeluarkan kata-kata *KAMU TIDAK KENAL SIAPA SAYA*, *KAMU PERLU RUJUK KEPADA ISTANA DAN KPN SIAPA SAYA*, *SEDANGKAN JPJ PUN TIDAKBERANI MENAHAN KERETA SAYA* beliau juga berkata *SELEPAS SAYA AMBIL ALIH KERAJAAN MALAYSIA SAYA AKAN BUNUH KETUA POLIS NEGARA TAN SRI KHALID JUGA PERDANA MENTERI DATO NAJIB JUGA KAMU SEMUA YANG MENAHAN SAYA PERLU DI BUNUH* seterusny sy bersama saksi Polis telah membawa pemandu dan penumpang bersama kenderaan balik ke Balai Polis Trafik KL untuk siasatan lanjut.Sebaik tiba di Balai Polis Trafik pemandu tersebut telah mengeluarkan kenyataan di hadapan anggota bertugas trrdiri daripada Insp Shahrul,SM Ruhaizad,Kpl 160470 dan Kpl 165249 di pej tunda bahawa beliau adalah *NABI ISA* dan beliau akan membunuh Ketua Polis Negara, Raja-Raja Melayu dan Perdana Menteri Dato Seri Najib dengan cara gerakan bawah tanah.Belaiu juga mengatakan akan meramapas Putrajaya bersama kumpulannya.Kepada Raja-Raja Melayu sekiranya beliau berselisih dengan kenderaan nya di atas jalan maka beliau akan melanggar Raja-Raja Melayi tersebut sehingga mati.Untuk tindakan JSPT KL suspek telah di keluarkan saman Pol 257 di atas kesalahan (1). memandu kenderaan dengan lesen tamat no siri *A1141G001006* (2).lesen kenderaan tamat tempoh no siri *A1141G001007* (3).no pendafataran tidak ikut peraturan di bahagian belakang no siri *A1141G001009* (4).no pendaftaran tidak ikut peraturan di bahagian hadapan no siri *A1141G001008* kenderaan suspek juga telah di tahan di Balai Polis Trafik KL.
🔴Butir-butit suspek
*PEMANDU*
⏩Nama
Hasbull Jalil B.Hassan
⏩IC
730719-02-5087
⏩Alamat
204 Kg Kuala Samak 09300 Kuala Ketil Kedah
*PENUMPANG HADAPAN/ISTERI*
⏩Nama
Raja Nooraini Bt.Raja Ahmad
⏩IC
611222-08-5760
⏩Alamat
No 31 lorong 5 Tmn Sti Kurau Kemunting 34010 Taiping Perak
*PEMUMPANG BLKG/ANAK*
⏩Nama
Wan Nurhaziqah Asyikin Bt.Hasbull Jalill
⏩IC
011117-10-0704
⏩Alamat
3-3-2 Kenari Apartment Taman Melati Setapak 53100 Kuala Lumpur

Seterusnya suspek telah di rujuk kepada pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Pwrsekutuan (JAWI) utk tindakan lanjut.

🔚Tq

BUDAYA HEBAT MASYARAKAT ISLAM TURKI MENABUR GANDUM ATAS GUNUNG

August 25, 2016



BUDAYA HEBAT MASYARAKAT ISLAM TURKI MENABUR GANDUM ATAS GUNUNG

Masyarakat Islam di sana masih lagi mengamalkan budaya tradisi menabur gandum di puncak gunung bagi sesiapa yang naik ke gunung supaya burung-burung yang kesejukan tidak mati kelaparan dalam tempoh musim salji di kawasan puncak gunung.

Orang pertama yang menuntut penduduk kawasan puncak gunung melakukan seperti ini adalah Khalifah Umar Abdul Aziz.

Kata Umar Abdul Aziz, “Taburkanlah gandum di puncak gunung supaya tidak ada yang mengatakan burung telah kelaparan di negara orang Islam”.

Suspek kes pembunuhan tiga sekeluarga di Kg Bertam Malim ditahan polis di masjid






Suspek kes pembunuhan tiga sekeluarga di Kg Bertam Malim ditahan polis di masjid.

TENTERA TURKI feat TENTERA PEMBEBASAN SYRIA & SEJARAH UTHMANIYYAH SELEPAS 500 TAHUN



TENTERA TURKI feat TENTERA PEMBEBASAN SYRIA & SEJARAH UTHMANIYYAH SELEPAS 500 TAHUN.

Alhamdulillah.. Segala pujian milik Allah.. Dikhabarkan bandar Jarablus telah selamat dibebaskan dari kumpulan Daesh oleh gabungan paksi mujahideen tentera pembebasan Syria (FSA) dan tentera Turki. Dengan pembebasan wilayah ini, Turki dapat mewujudkan zon aman di sempadan negara mereka serta dapat memberi bantuan kepada rakyat Syria untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini.

Gabungan ini juga turut mengusir YPG yang mula bersarang di sekitar Turki kerana mereka sering melakukan serangan kepada Turki dan rakyatnya. Kita doakan agar para mujahideen Syria & Turki terus mara bagi membebaskan wilayah-wilayah seterusnya dan dapat kembalikan wilayah tersebut kepada rakyat Syria.

SEJARAH 500 TAHUN BERULANG.

Pada 24hb Ogos 2016, pasukan tentera Turki bekerjasama dengan tentera pembebasan Syria (FSA) ke wilayah Jarablus bagi membebaskan wilayah tersebut daripada Daesh.

Ini mengingatkan kita kepada sejarah 500 tahun dahulu pada tarikh yang sama 24hb Ogos 1516, ketika itu tentera Uthmaniyyah di bawah kekuasaan Yavus Sultan Selim mengalahkan tentera Sultan Mamluk di Marj Dabiq di mana lokasinya lebih kurang 73 Kilometer dari Jarablus. Kejayaan dari pertembungan ini menghasilkan kejayaan bagi empayar Uthmaniyyah bagi menguasai Syria dan membuka laluan menguasai Mesir.

Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Marj_Dabiq

Pesanan Terakhir Mr Steve Jobs, Pengasas Apple (iPhone, iPad, iPod)

August 23, 2016



"Saya sudah pun mengecapi semua kejayaan dalam dunia perniagaan.

Pandangan orang lain, hidup saya adalah SEMPURNA!

Walau bagaimanapun, selain dari bekerja setiap hari, sebenarnya saya mempunyai hanya SEDIKIT kegembiraan. Akhirnya, "kekayaan" hanyalah yg saya kejar dalam kehidupan saya.

Pada ketika ini, saya berbaring di atas katil sebagai pesakit dan mengimbas kembali seluruh hidup saya, saya sedar bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang saya sangat bangga selama ini telah sebenarnya akan menjadi sia-sia ketika menghadapi kematian.

Masa untuk "pergi" semakin tiba,..
Sekarang baru saya sedar!, apabila saya telah mengumpul kekayaan (Billion Ringgit) yang sangat mencukupi untuk menyara seumur hidup keluarga saya, saya terlepas pandang bahawa, realitinya dalam kehidupan kita perlu meneruskan perkara-perkara lain yang TIDAK berkaitan dengan KEKAYAAN semata-mata .... TIDAK SALAH MENJADI KAYA, TAPI HARUS SEIMBANG

Jika anda Tanpa henti mengejar "kekayaan" semata-mata, anda hanya akan bertukar menjadi seorang makhluk seperti saya.

Tuhan telah memberikan kita deria untuk merasa rasa cinta dan kasih sayang ikhlas dengan orang disekeliling kita, dan itu lah yang kita perlu hargai.

Ya, saya memang kaya! Dan saya SUKSES dalam hidup saya, namun semua ini saya tidak boleh dibawa ke akhirat bersama saya!

Apa yang saya boleh bawa hanyalah kenangan , dan peristiwa yang dicetuskan oleh "CINTA & KASIH SAYANG"

Itulah harta yang sesungguhnya yang akan BERSAMA ANDA, menemani anda, memberi anda kekuatan dan HARAPAN untuk HIDUP!
"DENGAN CINTA DAN KASIH SAYANG" anda boleh melakukan perjalanan jauh walaupun seribu batu. Hidup anda tidak mempunyai Batas! Pergi sahaja di mana anda mahu pergi. Mencapai ketinggian yang anda ingin kecapi!

Tahukah anda, Apakah katil yang paling mahal di dunia? - jawapannya "Katil Pesakit" ...

Anda boleh mengambil pekerja untuk memandu kereta untuk anda, membuat wang untuk anda, TETAPI anda TIDAK BOLEH membayar seseorang untuk menanggung penyakit itu untuk anda.

Jika anda hilang sesuatu Kebendaan, anda boleh mendapatkannya semula. Akan Tetapi ada satu perkara yang tidak boleh didapati apabila ia hilang, iaitu - "Kehidupan Sebenar".

Apabila seseorang masuk ke dalam bilik pembedahan, dia akan sedar bahawa terdapat satu perkara yang masih belum lakukan , iaitu "Kehidupan yang Sihat".

Mana-mana peringkat dalam kehidupan kita sejajar dengan peredaran masa, anda perlu tahu, kita akan Pergi juga suatu hari nanti

"HARGAILAH KASIH SAYANG" keluarga anda, cinta kepada pasangan anda, AKRAB untuk rakan-rakan anda ...
Belai diri anda dengan baik. Hargailah orang lain"

-Steve Jobs-

PENDEDAHAN SKANDAL 1MDB-DUSABLE DAN 260 EKAR TANAH KUALA KETIL, KEDAH.

August 17, 2016



-Dato' Seri Mukhriz Mahathir, di Sidang DUN Kedah 15 Ogos 2016.

1. Pada 11 April 2014, 1MDB dan DuSable, firma permodalan tenaga yang ditubuhkan pada tahun 2013 diketuai oleh Frank White Jr., penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah memeterai perjanjian usahasama bagi membangunkan projek tenaga solar sebanyak 50MW di Malaysia.

1MDB memiliki kepentingan sebanyak 51% di dalam perjanjian usahasama tersebut manakala Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan DuSable memiliki 49%.

2. Pada satu hari tahun 2014, saya yang selama itu hanya berkomunikasi melalui SMS dan tidak pernah terima panggilan dari Dato' Seri Najib terperanjat menerima panggilan dari beliau yang menyuruh saya mencari sebidang tanah seluas 300 ekar bagi tujuan 'Green Initiative' yang dipelopori President Barrack Obama.

Menyusul dari panggilan itu, wakil 1MDB telah bertemu dengan wakil Bina Darulaman Berhad (BDB), anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah untuk tujuan pengambil-alihan tanah di Kuala Ketil, Kedah bagi pembangunan projek tenaga solar tersebut dan 1MDB telah membayar RM3.5 juta sebagai deposit. Tanah tersebut terletak di belakang Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah merupakan tanah pertanian kelapa sawit.

3. Pada 18 Mac 2014, 1MDB telah menerima Surat Penganugerahan ('Letter of Award') daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membangunkan loji janakuasa solar dengan kapasiti sehingga 500MW.

4. Pada 12 April 2014, 1MDB menerusi anak syarikatnya 1MDB Solar telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga ('Power Purchase Agreement'- PPA) secara urusniaga terus ('direct deal') dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 25 tahun untuk pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti 50MW di tanah yang dibeli di Kuala Ketil, Kedah. 1MDB juga akan mengenakan tarif elektrik pada kadar 40 sen/kWj dan 46 sen/kWj menurut perjanjian tersebut.

5. Pada 2 Oktober 2014, 1MDB telah membeli kesemua 49% kepentingan yang dimiliki oleh Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh DuSable dengan bayaran AS$69 juta.

6. Pembelian kepentingan tersebut kononnya sebahagian daripada pelan Tawaran Awam Permulaan ('Initial Public Offering' - IPO) untuk Edra Global Energy Berhad (Edra) yang bakal dilaksanakan oleh 1MDB dan memudahkan 1MDB dan Edra mendapat hak 100% untuk menjalankan projek solar tersebut.

Nama 1MDB Solar ditukar kepada Edra Solar dan segala kepentingan projek tenaga solar di Kuala Ketil, Kedah diletakkan di bawah Edra.

7. Pada Februari 2016, 1MDB telah menjual Edra dan kesemua aset tenaga dan anak syarikatnya termasuk Edra Solar yang mempunyai kepentingan dalam projek solar di Kuala Ketil, Kedah kepada syarikat gergasi tenaga dari China iaitu China General Nuclear Power Corp. (CGN) dan anak syarikatnya CGN Group dengan nilai RM9.83 billion.

Skandal 1MDB-DuSable

1. Kaitan Barrack Obama dalam Isu Tanah Kuala Ketil dan Transaksi 1MDB-DuSable

Transaksi di atas menunjukan jejak bukti bahawa Najib Razak melalui 1MDB sendiri telah bekerjasama dengan DuSable, sebuah firma permodalan tenaga yang ada kaitan secara langsung dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Seorang tokoh yang dilabelkan para pemimpin UMNO sebagai Pembunuh ummat Islam di Iraq tetapi pernah berselfie dan bermain golf dengan Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Ini sekali gus mengesahkan bahawa kes DOJ ke atas Riza Aziz (anak tiri Najib), Jho Low dan Malaysian Official 1 (MO1) adalah kes sivil yang mempunyai jejak bukti jelas wujudnya salahlaku jenayah rasuah para pemimpin dan jenayah penggubahan wang haram.

Ia juga menempelak tuduhan wujudnya campurtangan kuasa asing bagi menjatuhkan Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia seperti didakwa oleh para pemimpin UMNO baru-baru ini.

2. Status pemilikan tanah di Kuala Ketil, Kedah

Sehingga kini tidak dapat dipastikan siapakah pemilik tanah di Kuala Ketil, Kedah sebanyak 260 ekar tersebut. Adakah tanah tersebut telah jatuh ke tangan firma asing dari China ini (CGN)?

3. Status pembayaran pembelian tanah oleh 1MDB kepada BDB

Sehingga kini BDB masih belum menerima bayaran daripada 1MDB setelah 1MDB membeli tanah di Kuala Ketil tersebut. Hanya bayaran deposit sebanyak RM3.5 juta sahaja yang telah dibayar oleh 1MDB kepada BDB.

4. Laporan PAC tentang perolehan tanah Kuala Ketil, Kedah

Dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada halaman ke-98 kolum terakhir telah mendapati terdapat percanggahan antara keputusan Lembaga Pengarah Pemegang Saham dalam 1MDB dan tindakan pihak pengurusan 1MDB itu sendiri tentang perolehan tanah Kuala Ketil, Kedah.

Pada 24 Mac 2015, melalui satu Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB telah meluluskan sebanyak RM33.40 juta sebagai bayaran kepada BDB untuk pembelian tanah seluas 260 ekar di Kuala Ketil, Kedah untuk pembangunan projek perintis tenaga solar dengan kapasiti 50MW.

Namun pihak pengurusan 1MDB telah menetapkan bayaran sebanyak RM65 juta untuk perjanjian jual beli tanah tersebut pada 27 Ogos 2015.

PAC juga gagal menemui sebarang dokumen yang menunjukkan mengapa terdapat perbezaan harga perolehan berjumlah RM31.50 juta yang telah diluluskanoleh Lembaga Pengarah 1MDB.

Persoalannya, sekiranya 1MDB menyatakan mereka telahmembayar RM65 juta kepada BDB, mengapa sehingga sekarang BDB masih belum menerima wang tersebut? Ke mana wang tersebut pergi? Kepada siapa sebenarnya 1MDB bayar wang tersebut?

5. Laporan PAC tentang urusniaga 1MDB dan DuSable

Dalam laporan PAC pada halaman 64, terdapat percanggahan antara amaun yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh DuSable.

Menurut laporan PAC tersebut, 1MDB telah membayar sebanyak AS$95 juta kepada DuSable untuk pembelian kesemua 49% kepentingan Dana Ekuiti Persendirian Yurus dalam projek solar di Kuala Ketil, Kedah.

Tetapi dalam kenyataan media bertarikh 11 November 2015 oleh 1MDB dan DuSable telah menyatakan 1MDB telah membayar AS$69 juta kepada DuSable untuk pembelian semua kepentingan tersebut selepas 6 bulan perjanjian usahasama itu dilakukan.

Mengapa terdapat perbezaan sebanyak AS$26 juta dalam urusniaga tersebut? Ke mana wang itu sebenarnya pergi? Adakah DuSable sedar tentang nilai sebenar urusniaga tersebut? Adakah firma tenaga yang diketuai oleh penasihat Obama ini turut menjadi mangsa skandal 1MDB?

Kesimpulan

Kos AS$95 juta yang telah dilaburkan 1MDB adalah terlalu mahal dan sepatutnya dengan dana tersebut, pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti lebih tinggi daripada 50MW telah dilaksanakan.

Bayaran sebanyak AS$69 juta yang kepada DuSable juga tidak wajar kerana tiada sebarang projek solar dilaksanakan oleh 1MDB di atas tanah tersebut dan pembayaran tersebut dilakukan hanya selepas 6 bulan 1MDB dan DuSable menandatangani perjanjian usahasama projek solar tersebut.

Semakan mendapati tiada sebarang pembinaan dilakukan di atas tanah tersebut dan status pemilikan tanah tersebut juga masih samar. Bayaran kepada pemilik tanah sebelumnya iaitu BDB juga tidak dilakukan.

Kerajaan Negeri Kedah yang mentadbir sekarang juga seolah-olah memandang enteng perkara ini dan tidak melakukan sesuatu untuk mendapatkan kembali hak negeri ini khasnya dan hak rakyat Kedah amnya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209917386432838&id=1279494341

Wan Jek Wira Kelate



Penang - Wan Jek muncul wira apabilo gol beliau pada minit ke-77 memberikey Kelate tigo mato berhargo menewaskam Penang 3-2 di Stadium Bandaraya, male sakni.

Lebih manis, gol tersebut jugok meleburkan rekod tanpo kaloh tuan rumoh di arena mereko.

Beraksi di gelanggae lawe, Kelate mendahului seawal minit ke-6 selepah Wander Luiz yeyy membuat larian dari sebeloh kane berjaya menggelecek duo tigo pemain Penang sebelum melorongkan bola comel untuk disudahkan Wan Jek.

Skuad anok buoh Popov sekali lagi menggegar pado minit ke-18, kali ini gilire Wander Luiz pulok score gol selepas menerimo hantare Baze Ilijoski.

Sele duo minit pahtu, Penang merapakkey kedudukey melalui kapten, Matias Cordoba yey menyambar hantare sile dari alik kiri menewaskan Khairul Fahmi.

Gol tersebut nyato menaikkan semangat Penang dengan sorake hampir 10k fans yeyy bertande.

Usaho mereka berhasil pado minit ngelah sparuh maso pertamo selepas Ranti Martins bijok menyudohkan hantare Seok Min untuk keluar dengan kedudukan seri duo samo.

Pado babak keduo, Penang mempunyai banyok pelu'e keemasey nok score gol tapi kegopohan depe gawe Kelate melegakan Khairul Fahmi Che Mat.

Minit ke-62, Penang sepatutnya didepey selepas Fitri Omar yey menerimo hantare jauh melepasi kawale defend TRW namun sepake derah pemain ini terkeno ti'e gol.

Tanpo disangka, hasil gerakan dari tengoh, Badri Radzi melorongkan bola comel buat Wan Jek melakukan larian dan menguis melepasi Sani Annuar untuk jaringan gol ketigo pada minit ke-77.

Gol tersebut menyemarakkan sorake dan laungan dari penyokong Kelate memberi semangat buat pemain Kelate bertehe hinggalah wisel penamat dibunyikan pengadil perlawane.

Sani Anuar (PG), Mafry Balang, Reinaldo Lobo, Rafiudin Rodin, Mazlizam Ahmad (Jafri Chew), Seok Min, Kumaaharan, Faizat Ghazali (Faiz Subri), Matias Cordoba (KP), Fitri Omar (Fauzan Dzulkifli) dan Ranti Martins

Khairul Fahmi (PG), Norhafiz Zamani, Faris Shah, Brendan Gan (Amir Zikri (Muslim Ahmad), Qayyum Marjono, Daudsu Jamaluddin (Noorhazrul Mustapha), Wan Zack, Badri Radzi (KP), Gomis, Luiz dan Baze Ilijoski.

Berita - RedsfcNews
Foto - Pok Jick

Atlet berbasikal, Azizulhasni Awang #MAS menang keirin repechage heat pusingan pertama untuk mara ke separuh akhir!



Atlet berbasikal, Azizulhasni Awang #MAS menang keirin repechage heat pusingan pertama untuk mara ke separuh akhir!

Saksikan perlumbaan dia yang seterusnya jam 3.46AM waktu Malaysia! Go go go #PocketRocketMan!!! #CyclingTrack #Rio2016

Beregu lelaki Goh V Shem & Tan Wee Kiong mara ke final #Rio2016

August 16, 2016



#RoadToFinal tercapai!!! Beregu lelaki Goh V Shem & Tan Wee Kiong mara ke final #Rio2016 selepas menang 21-18,12-21, 21-17 menentang beregu #CHN, Chai Biao/Hong Wei! Yeahhhhhhh!!!

#TeamMsiaOlympics #KamiTeamMalaysia

Catatan Khas: Turki, Permata yang Sedang Berkilau



(Admin) :
Catatan Khas: Turki, Permata yang Sedang Berkilau

1. Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya program ceramah perdana yang bertajuk Senario Politik Asia Tengah Pasca Cubaan Rampasan Kuasa Turki yang disampaikan oleh Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Apabila diberikan tugasan sebagai Program Coordinator, misi utama yang perlu saya laksanakan ialah memastikan majlis berjalan dengan lancar daripada awal sehinggalah ia melabuhkan tirai dengan jayanya.

2. Pada asalnya, pihak kami telah pun menyediakan meja kuliah dan kerusi agar Tuan Guru dapat berucap sambil duduk sahaja memandangkan beliau kurang sihat dan keletihan pulang dari Turki masih belum hilang dek kerana kepadatan jadual tugasan.
Namun, beliau sendiri pula yang meminta untuk berucap sambil berdiri seperti biasa. Beliau berucap selama 1 jam 15 minit di pentas Dataran KUIZM, Taman Melewar.

3. Bagi sesiapa yang hadir di situ mahupun mendengar melalui Radio Hijau FM ataupun menonton melalui FB live pasti akan terpukau dengan syarahan yang Tuan Guru Presiden sampaikan. Bagaikan berada dalam kuliah subjek Tamadun Islam di universiti, pada lewat malam kita dihidangkan dengan sejarah, pengalaman dan fakta yang agak berat untuk kita hadam. Sempat juga saya buat catatan ringkas, tetapi mana mungkin selembar kertas cukup untuk saya catatkan kesemua isi penting syarahan tersebut yang jauh lebih bernilai daripada Fitnah RM 90 Juta.

**Nota:
Diperingatkan agar para pembaca menarik nafas yang panjang dan keadaan yang tenang untuk membaca catatan di bawah ini yang panjangnya sebanyak 3100 patah perkataan.

4. Tuan Guru memulakan ucapan dengan membaca Al Quran, ayat 10-13 Surah As Sof, ayat ini berkisar mengenai kepentingan dan kelebihan memperjuangkan agama Allah. Ayat ini ayat yang sama dibacakan oleh Qari ketika Himpunan Raksasa yang dihadiri 5 Juta orang di Turki baru-baru ini. Suasana yang tidak pernah berlaku pada zaman pemerintahan Kamal Attarturk dahulu.

5. Tuan Guru memetik kata-kata Saidina Umar Al Khattab bahawa kita adalah ummat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita meninggalkan Islam (mencari cara lain untuk menang) Allah akan hukum kita menjadi umat yang hina.
Bangsa Turki adalah salah satu kaum yang dipilih untuk menegakkan Islam. Islam yang bagaimana.?
Islam yang sempurna sepertimana dalam Al Quran ayat 3 Surah Al Maidah yang diturunkan di Padang Arafah ketika Hajjatul Wada'.
Beratnya ayat ini diturunkan sehinggakan unta yang ditunggang oleh Rasulullah S.A.W ketika itu terduduk.

6. Generasi para Sahabat ditarbiah mengikut Islam acuan Allah ini yang diturunkan di bumi yang kosong tidak ada hasil, telah berjaya menyebarkan Islam ke seluruh penjuru dunia. Hanya dalam masa 80 tahun ia sampai ke perbatasan negeri China, melalui Asia Tengah, menguasai Utara Afrika, menyeberangi ke Eropah, menguasai Andalusia-Sepanyol. Mereka berjaya membina tamadun Islam dengan petunjuk hidayah Allah, mengumpulkan ilmu-ilmu dunia yang digabungkan dengan ilmu wahyu. Tamadun Barat hanyalah ciplak dan serpihan sahaja daripada Tamadun Islam kerana ia tidak meninggalkan aspek hidayah Allah sehingga menyebabkan berlakunya kemusnahan yang kita saksikan sendiri.

7. Apabila kaum Arab meninggalkan Islam, Allah gantikan kaum lain bersilih-ganti yang memimpin Islam. Di antaranya ialah kaum Turki yang berasal dari Asia Tengah, bangsa ini bertempat dari Anadol sehingga Siberia dan perbatasan China. Mereka diislamkan sepenuhnya pada zaman Kerajaan Abbasiyyah, dididik oleh para ulamak Asia Tengah seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmizi, Imam Ibnu Majah dan para ilmuan Islam yang lain.

8. Dalam suatu peristiwa, Baghdad jatuh ke tangan kaum Tartar yang terkenal dengan ganas, dipimpin oleh Genghis Khan disambung oleh Hulagu Khan yang telah menakluk China,dan India. Allah memunculkan Kerajaan Mamalik di Mesir yang dipimpin oleh Sultan Zahir Baybars berketurunan Turki yang memimpin bala tentera Islam yang setia. Sultan Zahir dengan panduan Ulamak seperti Imam Nawawi dan Imam Izzuddin Abdus Salam, yang juga merupakan tokoh Mazhab As-Syafie yang terkenal. Mereka menanamkan semangat Islam, memperbetulkan kerajaan yang rasuah dan yang suka bermewah itu diubah untuk berhadapan dengan Tentera Tartar.

9. Dikisahkan Sultan Zahir Baybars meminta fatwa ulamak supaya dipungut cukai yang sebanyak-banyaknya daripada rakyat untuk sumbangan jihad menentang kemaraan Tartar. Kebanyakan ulamak mengatakan dibolehkan kerana negara dalam keadaan darurat kecuali Imam Nawawi dan Imam Izzuddin Abdus Salam. Imam Izzuddin ini diberikan gelaran Sultonul Ulama’, bukannya Ulama’ ul Sulton,ini ada bezanya seperti Islam Hadhari berbeza dengan Hadhoroh Islam. Syeikh Imam Izzuddin ini ada mengarang kitab khusus berkenaan Maqasid Syariah, sesiapa yang nak belajar bab ini kena baca kitab ini, jangan ambil tengah jalan. Beliau digelar Sultonul Ulama’ kerana di dalam satu majlis yang dihadiri Sultan, beliau berkata adalah haram bagi Tuanku mengambil cukai daripada rakyat selagi Tuanku tidak membelanjakan dahulu kemewahan yang ada di dalam istana ini termasuk diri Tuanku sendiri yang pernah menjadi hamba tawanan Kerajaan Abbasiyyah, Tuanku kena jual diri dahulu,sekiranya masih tidak cukup,barulah dikutip cukai daripada rakyat. Para ulamak lain yang turut hadir bagaikan sudah mahu mengangkat kain jubbah mereka kerana takut percikan darah sekiranya kepala Syeikh Imam Izzuddin dipancung, rupanya beliau tidak dipancung. Nasihat beliau telah diterima dan dilaksana oleh Sultan.

10. Berlakulah peristiwa Ain Jalut, pada 25 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 3 September 1260. Tentera Sultan Zahir dan Qutuz Mesir telah berjaya mengalahkan Tentera Tartar. Ini jasa kaum Turki. Mengikut pandangan Ibnu Khaldun dalam Kitabnya Al Muqaddimah, bahawa secara tabiinya bangsa yang dijajah akan terpengaruh dengan penjajah yang berkuasa dan kuat. Tetapi, ketika Tartar memerintah dengan undang-undang yang mencampurkan Islam, Yahudi, Kristian dan akal fikiran, para ulamak menolak undang-undang sebegini. Rakyat memilih untuk bersama para ulamak. Selepas Tartar dikalahkan, mereka pula yang memeluk Islam. Syeikh Hassan An Nadawi menyebut, hanya dalam sejarah Islam berlakunya keadaan penjajah memeluk agama rakyat yang dijajah. Kerajaan ini lah juga yang berjaya membina tamadun tersendiri ketika menjadi Kerajaan Mogul di India.
11. Kerajaan yang dipimpin oleh Tartar yang memeluk Islam ini ditadbir bukannya mengikut Islam yang sebenar, mereka membunuh rakyat yang tidak mahu memeluk Islam. Lalu, mereka ditundukkan oleh Kerajaan Saljuk yang berpusat di Konya, Turki. Berkebetulan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia memilih Bandar Konya yang bersejarah itu sebagai tempat untuk persidangan 2016, keputusan itu dibuat sebelum berlakunya peristiwa rampasan kuasa yang gagal. Kerajaan Saljuk ini tidak dapat bertahan lama, ia diganti dengan Kerajaan Uthmaniyyah yang ditubuhkan oleh Uthman Razi Urtugul pada 1299. Kerajaan Uthmaniyyah ini memimpin Islam daripada Tahun 1299 sehingga 1924. Ada rekod yang mengatakan ia telah berakhir pada 1923 apabila berlakunya Perjanjian Lausanne di Switzerland yang melibatkan British, Perancis, Itali, Rusia dan Jepun yang membatalkan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Turki memimpin Islam selama 6 abad iaitu 600 tahun, Islam masuk ke Eropah sehingga ke Bulgaria, Yugoslavia, dan sekitarnya. Dahulunya, Kerajaan Melaka berbaiah kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan begitu juga dengan Kerajaan Acheh yang menguasai rantau alam Melayu ini berbaiah yang sama.

12. Berlakunya kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah kerana orang Islam tidak lagi berpegang kepada Islam. Kerajaan itu menguasai Laut Mediterranean, Laut Hitam, sebahagian Laut Arab dan Utara Lautan Hindi, menyebabkan berlakunya pengembaraan Vasco Da Gama dan Marco Polo. Beliau belajar mengenai ini, rupanya pengembara ini merancang untuk mengepung dunia Islam. Itulah berlakunya kejatuhan Kerajaan Melaka pada 1511 selepas Kerajaan Islam Sepanyol pada 1492. Seorang ilmuan Filipina mendedahkan kejatuhan Kerajaan Melaka dirayakan di Vatican City. Kemudian, berlakunya serangan pemikiran melalui penanaman semangat kebangsaan nasionalisme, yang diambil kesempatan daripada kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang ratusan tahun memerintah. Negara-negara Arab mula bangkit menentang kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan kaedah menyokong kuasa penjajah seperti Inggeris dan Perancis.

13. Selepas tumbangnya Kerajaan Turki Uthmaniyyah , berlaku pula Perjanjian Sykes-Picot yang melibatkan Inggeris, Perancis dan Rusia yang membahagikan negeri-negeri yang berada di bawah penguasaan Khilafah sebelum ini. Mereka melagakan umat Islam melalui perbezaan kaum dan mazhab. Apabila Iran dikuasai Syiah, Yaman dikuasai oleh Mazhab Zaidiyyah, Oman dikuasai oleh Mazhab Ibadi-Khawarij, disemangatkan untuk menentang Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bermazhab Sunni. Di Semenanjung Arab yang dikuasai oleh golongan Wahabbi yang menentang Mazhab As Syairah dan Maturidiah, dan Kaum Arab menentang Turki di atas nama kebangsaan Arab. Mereka menyokong kuasa Barat kerana syok dengan janji untuk dinaikkan sebagai khalifah yang baru. Secara rasminya, pada tahun 1924 jatuhlah Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

14. Cuba cek di internet, bila hari kebangsaan bagi negara Arab.? Kita di Malaysia, menyambut Hari Kebangsaan pada hari British keluar sedangkan Negara Arab menyambut menyambut Hari Kebangsaan pada hari Uthmaniyyah keluar. Walaupun diusahakan oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Jamaluddin Al Afghani yang mencadangkan projek perpaduan ummat Islam, dan projek mega rel landasan keretapi dari Turki melalui Mekah, Madinah sehingga ke India. Ini bagi membolehkan orang Islam di Asia Tenggara pergi Haji naik keretapi berjumpa orang Islam di tempat lain dan mengeratkan perpaduan sesama ummat Islam. Projek fasa pertama dari Turki, Syiria ke Madinah yang masih ada kesan sejarah rel keretapi itu sekarang yang mana projek ini dibiayai oleh wakaf ummat Islam. Namun, ia diletupkan oleh Revolusi Arab di atas semangat kebangsaan dengan nasihat Lawrence of Arabia.

15. Kerajaan sekular di Turki bermula selepas tumbangnya Kerajaan Uthmaniyyah. Sekularisme ini diteguhkan melalui Perlembagaan Turki dengan kawalan negara Barat, dan gerakan Zionis dan Freemason. Ketika Tuan Guru belajar di Madinah pada tahun 1969, beliau membaca satu buku dalam yang bertajuk “Asraul Masuniyyah” dalam Bahasa Arab yang dikarang oleh Jeneral Javad Rafaat Aatalkhan. Jeneral Tentera Turki ini pernah menangkap ejen-ejen Yahudi yang dibawa oleh British ke Israel yang mendedahkan gerakan Freemason di samping Zionis untuk menakluk dunia setelah jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah. Oleh kerana Turki ini bangsa yang kuat mempertahankan Islam maka Islam dihalang begitu kuat di Turki berbanding tempat –tempat lain.

16. Sekiranya kemenangan Islam di Indonesia pada tahun 1955 yang dipimpin oleh Parti Masyumi,gabungan Nahdatul Ulamak dan Muhammadiyyah serta kumpulan lain, ia hanya mampu bertahan selama 1 tahun lalu dijatuhkan. Begitulah juga dengan kemenangan Front Islamic Salvation (FIS) di Algeria pada tahun 1991 dan sama juga dengan kemenangan Ikhwanul Muslimin pada tahun 2012 baru-baru ini. Di Turki, Perlembagaannya menyebut Sekularisme sebagai akidah mereka, Tentera sebagai pengawal Sekularisme melalui perlembagaan tidak bertulis. Mana-mana pemerintahan yang cuba mengembalikan pemerintahan Islam, Tentera wajib mengambilalih kuasa tersebut dengan sokongan kuasa Barat.

17. Walaupun demikian, mereka tidak dapat memadamkan cahaya-cahaya Islam.Pada tahun 1956, Adnan Manderes yang memimpin Parti Demokrat menang pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri Turki. Beliau berusaha mengembalikan Islam di Turki, dengan hanya menubuhkan kembali Sekolah Imam Khotib (Sekolah Agama) untuk melatih imam dan bilal. Presiden Erdogan pernah bersekolah di sini. PM Adnan Manderes juga membuka peluang kepada rakyat Turki menunaikan Haji, memajukan bidang pertanian sehingga berjaya mengeksport hasilnya ke pasaran Eropah. Hanya dengan usaha ini tanpa menyentuh pun aspek sekular dalam perlembagaan, Tentera Turki menggulingkan PM Adnan Manderes dengan menangkapnya bersama 3 Menteri yang lain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

18. Pada tahun 1970 an muncul pula Profesor Najmudin Erbakan, seorang jurutera terkenal di Jerman yang mencipta jentera berat termasuk yang menggunakan diesel.Jentera yang dibanggakan oleh Jerman itu dicipta oleh jurutera Islam. Beliau pulang ke Turki, membuka fakulti kejuruteraan yang melahirkan ribuan jurutera baru. Beliau masuk politik dengan menubuhkan parti yang hanya bertahan selama 4 bulan sebelum diharamkan kerana beliau orang yang kuat berpegang kepada Islam. Lalu, beliau menubuhkan lagi parti baru kerana di sana mudah diluluskan tubuh parti. Parti ini bertahalluf siasi dengan parti Kamal Attartur dan mencapai kemenangan. Beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1972, dan berjaya memajukan industri yang menghasilkan 30,000 jentera berat diesel setahun. Pada ketika itu berlaku juga rusuhan kaum di Cyprus di mana ummat Islam Turki di situ bergaduh dengan etnik Greece yang dihantar oleh British. Dengan pengaruh Erbakan, Tentera Turki datang menyelamatkan nyawa ummat Islam Turki di Cyprus.

19. Namun, tidak lama kemudian kerajaan tersebut digulingkan dengan Erbakan dipenjarakan dan dikenakan larangan berpolitik. Pada tahun 1980 an, beliau menubuhkan pula Parti Refah, dan seterusnya pada tahun 1998 menang pilihan raya hasil kerjasama dengan parti-parti lain. Erbakan dilantik menjadi Perdana Menteri Turki, yang mana beliau membina gabungan G 8 Negara umat Islam; Turki, Malaysia, Pakistan, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Nigeria dan Iran bagi menjana ekonomi dunia Islam. Lalu, kerajaan beliau digulingkan lagi oleh Tentera Turki dan dikenakan larangan berpolitik. Kemudian, tubuh pula Parti Saadat, namun Erdogan yang asalnya dari parti yang sama telah membawa pendekatan yang baru. Erdogan menubuhkan Parti Keadilan (AKP) yang berasaskan politik liberal.

20. Tuan Guru Presiden menceritakan pengalaman beliau yang pernah diminta menjadi pendamai ketika berlakunya krisis antara Erdogan dan gurunya, Erbakan. Hal ini kerana Tuan Guru Presiden mempunyai hubungan yang erat dengan Erbakan, beliau menasihati Erbakan untuk berbaik dan bersatu dengan Erdogan. Lalu,beliau dimarahi selama 6 jam oleh Erbakan dalam bahasa Turki dan dijawab dengan hujah melalui khidmat jurubahasa. Tuan Guru Presiden tidak mampu untuk menjawab apabila Erbakan mendedahkan perjanjian Erdogan dengan jeneral Tentera Turki untuk tidak melaksanakan Islam.

21. Siapa pula Fethullah Gulen.? Pemimpin yang menaja gerakan Sufi, politiknya liberal, Islam untuk Bangsa Turki sahaja, tegakkan Islam dengan nasionalisme Turki, perlu berbaik dengan Israel, Eropah, Yahudi dan Kristian supaya 3 agama ini bersatu. Oleh kerana Erdogan mengambil pendekatan yang liberal juga, maka Fethullah Gulen menyokongnya dan berjaya menang besar dalam pilihan raya. Erdogan mendedahkan kesemua PM Turki termasuk dirinya sendiri pernah masuk ke dalam gerakan Gulen kecuali Erbakan. Apabila Erdogan menggerakkan Kapal bantuan Marvi Marmara ke Gaza, Gulen tidak bersetuju kerana akan bermusuh dengan Israel. Gulen pergi ke Vatican City, melawat Israel, berjumpa dengan rabai Israel. Dia mempunyai dana yang begitu besar mencecah billion atau trillion. Dia menyumbang kepada Sekolah Missionary sebanyak 2 Billion. Di Malaysia ini pun ada rangkaian sekolah Tahfiz di bawah Gulen. Dengan pendekatan ini, kuasa Barat Eropah boleh menerima Gulen.

22. Hubungan Gulen dan Erdogan kian tegang apabila Turki gagal menjadi ahli European Union (EU). Antara syarat kemasukannya tidak boleh melaksanakan syariat Islam, kerajaan mestilah dipilih melalui demokrasi. Erdogan berkata demokrasi ini bukan sahaja untuk Kristian tetapi termasuk juga untuk Islam. Maka, berlakulah sebaran dakwah, masjid diimarahkan dan gerakan Islam tidak dihalang di Turki. Pemimpin gerakan Islam dari negara lain boleh bernaung dan mendapat suaka politik di Turki. Segala tuntutan EU telah ditunaikan tetapi tetap mereka menghalang Turki daripada menjadi ahli EU. Mereka tahu bahawa sekiranya Turki masuk EU akan menyebabkan pasaran Turki jauh lebih besar dari pasaran EU. Mereka bimbang dengan kebangkitan Islam melalui Turki.

23. Maka, berlakulah usaha merampas kuasa dengan mempengaruhi sebahagian Tentera Turki yang rapat dengan Gulen. Tuan Guru Presiden mendapat info daripada beberapa orang diplomat kedutaan bahawa Duta Amerika dan pegawai kanannya sudah 5 hari lebih awal keluar dari Turki sebelum berlakunya rampasan kuasa, wartawan CNN sudah datang 2 hari lebih awal untuk membuat liputan. Rancangan ini diatur di negara yang berhampiran dengan Jerman oleh kumpulan Zionis dan Freemason dengan kerjasama Intelligent Barat bagi menyekat kebangkitan Islam di Turki.

24. Sebelum itu, berlakunya provokasi iaitu Jet Turki menembak jatuh Jet Rusia, Turki diheret ke dalam kancah pertempuran di Syria, dan mereka mahu Turki terlibat dengan peperangan secara langsung tanpa keterlibatan mereka. Rupanya, ada ‘batu di sebalik udang’. Rusia memberikan maklumat intelligent nya kepada Turki berkenaan provokasi ini.

25. Antara tokoh penting yang berjaya menggagalkan rampasan kuasa ini ialah Presiden Erdogan, PM Binali Yildirim, dan Ketua Perisik Hakan Fidal. Hakan Fidal ini telah pun mengambil langkah awal beberapa tahun dulu dengan memutuskan hubungan dengan Intelligent Israel. Turki mendapat maklumat bahawa Israel menghantar ejennya ke Iran bagi menggagalkan program nuklear dan sistem pertahanan Iran. Turki berkerjasama dengan Iran dan hasilnya banyak ejen Israel berjaya ditangkap di Iran. Ini adalah perkara yang tersirat.

26. Pada perancangan awalnya, rampasan kuasa akan dilancarkan pada jam 4.00 pagi ketika orang lena tidur. Pihak Intelligent Presiden Erdogan sudah mendapat maklumat berkenaan rampasan kuasa ini. Ketua Perisik Hakan Fidal terus pergi ke Markaz Tentera bertanya kepada Panglima Soluhi Akar mendapat maklumat.? Panglima dan jeneral lain tidak tahu mengenai hal ini. Apabila pihak yang merancang tahu maklumat sudah bocor, mereka segerakan pelaksanaan awal 4 jam. Ini adalah pertolongan Allah. Rampasan tidak jadi berlaku pada saat orang tidur.

27. Panglima Tentera Darat segera memaklumkan kepada Presiden Erdogan agar segera meninggalkan hotel tempat percutiannya itu kerana pengkhianat sudah bergerak. Kesemua pesawat dan helicopter dilarang terbang melainkan pesawat Erdogan dan 4 jet yang ditugaskan untuk menyelamatkan Erdogan. Panglima Tentera Udara yang mengetuai rampasan kuasa telah mengarahkan jet dan pesawat yang dikuasainya turut terbang sehingga keluar pula arahan dari Panglima Tentera Darat dan PM agar kesemua jet dan pesawat ini ditembak. Berlakulah pertempuran di Ankara, Istanbul termasuklah serangan di Parlimen dan Markaz Tentera. Pasukan Komando dan Polis yang setia digerakkan. Ketua Perisik Hakan Fidal meminta Presiden Erdogan membuat ucapan menyeru rakyat keluar ke jalan raya beramai-ramai dan Hakan sendiri akan memimpin operasi dan dia sanggup mati. Stesen TV penting ditawan oleh pengkhianat, namun dalam masa 10 minit rakyat berjaya merampasnya kembali. Rakyat Turki keluar secara spontan, masjid diarahkan azan sehingga kesemua samada yang solat atau tak solat, yang bertudung atau yang tak bertudung, kesemuanya keluar menyekat kemaraan Tentera yang merampas kuasa.

28. Bekas Panglima Tentera U.S, Jeneral Wesley Clark mengatakan kegagalan rampasan kuasa ini kerana 4 sebab:
- gagal menangkap dan membunuh Presiden Erdogan
- media sosial tidak dapat dikawal
- tentera tidak mencukupi
- rakyat tidak bersama tentera
Parti pembangkang turut bersama mempertahankan Kerajaan Erdogan dengan mengerahkan penyokong mereka turun ke jalan raya kerana mereka sudah muak dengan rampasan kuasa tentera. Lori majlis bandaraya digunakan untuk menyekat kemaraan tentera. Tidak lama kemudian, serangan ini berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya perancang utama.

29. Kebanyakan negara hanya menunggu dan lihat siapa yang menang.? Apabila rampasan kuasa gagal, barulah mereka kononnya mendokong kerajaan demokrasi di Turki. Tuan Guru ketika ditemuramah oleh TV Turki ditanya apa harapan kita orang Islam.? Tuan Guru menjawab harapan kami untuk melihat Turki kembali memimpin kebangkitan dunia Islam. Kita perlu menerima hakikat bahawa negara Iran bermazhab Syiah yang telah bebas melalui revolusinya itu tidak dapat menguasai dunia umat Islam yang sebanyak 90% bermajoriti Sunni. Iran sudah mula buat pembaharuan dengan mengadakan solat Jumaat, solat tidak dijamakkan, tidak membina hubungan dengan Israel. Tuan Guru Presiden menegaskan sepertimana nasihat Almarhum Erbakan bahawa Turki dan Iran perlu kerjasama dengan negara yang bermusuh dengan kuasa-kuasa Barat. Kuasa Barat yang pernah mengisytiharkan Orde Baru Dunia hendak memimpin dunia seluruhnya dengan menjadikan Islam sebagai pencabar kepada mereka. Merekalah yang memburukkan Islam dengan menyebarkan fitnah Islam yang melampau dan ganas. Mereka mendesak agar para perampas kuasa ini tidak dibunuh sedangkan mereka juga yang membunuh jutaan nyawa umat Islam di Iraq, Afghanistan dan lain-lain.

30. Pengajaran yang paling baik ialah semangat Islam kembali di Turki. Tuan Guru memetik kata-kata seorang pemuda yang lumpuh kerana tercedera akibat pertempuran rampasan kuasa yang berucap di himpunan raksasa di Turki berkata, “Saya sanggup mati kerana hendak balik kepada Islam dan kami lebih rela ditanam di dalam tanah kerana mati yang mulia menegakkan Islam daripada hidup di atas bumi, hidup yang hina. Kita bukan hendak menggalakan kekerasan tetapi kita mahu mengajar kepada musuh jangan anggap orang Islam ini lemah. Cahaya agama Allah tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja walau dengan apa jua cara sekalipun.

*Tamat juga akhirnya..
Nah, lihatlah lautan ilmu Tuan Guru Presiden PAS.
Beliau boleh bersyarah selama 1 jam berkenaan tajuk ini dengan hanya sesekali sahaja merujuk nota ringkas fakta penting. Beliau berjaya mengadunkan ilmu, kefahaman, dan pengalamannya dalam konteks realiti semasa. Sungguh, umat Islam di Malaysia patut merasa bertuah memiliki tokoh hebat ini yang kita harapkan akan memimpin kebangkitan Islam di Malaysia dan dunia amnya.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS,
9.40 p.m, Isnin, 15 Ogos 2016

Azmin cabar najib isu 1mdb



Hari ini saya mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan kerajaan Malaysia untuk mengubah status sulit Laporan Ketua Audit Negara berkaitan1MDB.

Selaku Ahli Parlimen Gombak, saya memfailkan permohonan untuk mencabar pengelasan laporan itu sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Selaku Ahli Parlimen, saya berhak memastikan laporan itu diketahui umum, kerana rakyat enggan lagi dimomokkan dengan cerita separuh masak dan hikayat dongeng tentang 1MDB.

Alahai Usin Bolt, Selamber Je Muka

August 15, 2016



Wajah Usain Bolt sejurus sebelum memenangi separuh akhir pecut 100m di Rio. #Rio2016

Harap Tidak Ada La Di Kota Bharu Keadaan Macam Ni



Situasi orang kejar pokemon. Sampai ke malam buta.

Harap dengar la nasihat mufti.

Buktikan Dengan Tindakan, Jangan Hanya Bilis Dicari

August 14, 2016



Buktikan Dengan Tindakan, Jangan Hanya Bilis Dicari

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad yang menggariskan fokusnya untuk menjadikan perkhidmatan awam sebagai sebuah perkhidmatan yang bersih dari gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Saya rakamkan tahniah di atas komitmen dan azam yang disuarakan oleh beliau.

Namun, di dalam masa yang sama, suka untuk diingatkan bahawa apa yang ingin dilihat oleh rakyat ialah tindakan dan pelaksanaan terhadap kata-kata yang diucapkan. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru ini perlu menerima hakikat bahawa perlantikan dirinya ke SPRM ialah dalam satu suasana yang penuh dengan kontroversi dan persepsi. Latar belakangnya sebelum ini sebagai Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara dianggap sebagai satu beban yang perlu dibersihkan memandangkan Jabatan Peguam Negara lah yang telah membersihkan Perdana Menteri dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SR International. Justeru, di mata masyarakat, beliau berada di dalam pasukan Peguam Negara dan dibimbangi akan bertindak di SPRM sebagaimana tindakan Peguam Negara.

Dalam masa yang sama, masyarakat juga tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di SPRM apabila tiga orang pegawai tertingginya meninggalkan Suruhanjaya tersebut secara serentak. Mereka ialah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali. Adalah amat mustahil ia merupakan satu kebetulan semata-mata dan dibimbangi ia hasil tekanan dari pihak kerajaan yang memerintah.

Saya menaruh harapan agar Datuk Dzulkifli Ahmad dapat melaksanakan janjinya kepada rakyat dan negara. Ia hanya akan menjadi kenyataan apabila rakyat melihat bahawa bukan ikan bilis sahaja yang akan diburu oleh SPRM, bahkan ia turut memburu jerung-jerung yang lebih banyak mengaut keuntungan hasil salah guna kuasa. Datuk Dzulkifli Ahmad wajib membersihkan imej Malaysia di mata dunia yang menyaksikan bagaimana negara ini menurut laporan Transparency International telah jatuh ke kedudukan 54 pada tahun 2015 berbanding 50 pada tahun 2014. Skor Malaysia juga menurut badan berkenaan telah menurun daripada 52/100 kepada hanya 50/100.

AHMAD FADHLI SHAARI

SURAT TERBUKA Dr Mahathir Mohamad Kepada Rakyat Malaysia,

August 12, 2016



SURAT TERBUKA
12 Aug 2016
Dr Mahathir Mohamad

http://chedet.cc/?p=2213

Kepada Rakyat Malaysia,

Kami adalah tujuh orang pengasas penubuhan sebuah parti politik baru.

Jawatan-jawatan kami adalah sementara. Apabila parti sudah tertubuh, perwakilan akan pilih pemimpin.

Sementara menunggu kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan, izinkan kami jelaskan kenapa parti ini ditubuh sekarang.

Malaysia setelah Merdeka berjaya dibangun oleh rakyat Malaysia dan wakil mereka sehingga terkenal sebagai satu-satunya negara merdeka yang tinggi pembangunannya.

Banyaklah negara-negara dunia ketiga yang anggap Malaysia sebagai negara contoh. Dimana-mana orang Malaysia pergi, mereka dihormati kerana kejayaan pentadbiran dan pembangunan negara mereka.

Tetapi sekarang kita terkenal sebagai sebuah negara dimana rasuah amat tinggi dengan Menteri Kewangan yang terburuk sekali.

Kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedang disiasat kerana besar kemungkinan terlibat dengan money laundering (pembersihan duit haram) berbilion dollar Amerika.

Syarikat 1MDB kehilangan berbilion Ringgit. Di masa yang sama Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya.

Hutang Negara meningkat berbilion Ringgit.

Walaupun belanjawan negara ternampak tinggi tetapi kementerian-kementerian, institusi dan agensi Kerajaan diarah kurangkan perbelanjaan sehingga 30 peratus.

Sementara itu kos sara hidup meningkat tinggi kerana cukai GST, kenaikan cukai tanah, pengurangan subsidi minyak dan penarikan balik status bebas cukai Langkawi dan Labuan.

Demokrasi dan pemerintahan mengikut undang-undang sudah tidak ada lagi. Pegawai ditukar dan diganti dengan pegawai yang setia kepada Najib supaya sanggup melakukan perkara yang salah apabila diarah.

Jenayah dalam Kerajaan dirahsiakan. Yang mendedah jenayah disoal, ditangkap, dipenjara dan dihadapkan ke mahkamah.

Sesungguhnya keadaan dalam negara dan imej di luar negara amatlah buruk. Di luar negara rakyat malu mengaku sebagai orang Malaysia. Tidak ternampak sebarang usaha untuk menghentikan jenayah dan memulih keadaan. Yang ditekankan ialah kesetiaan kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

Dan banyaklah lagi keburukan yang dibawa oleh Najib kepada negara tercinta ini.

Kami pengasas parti baru berpendapat masa sudah tiba untuk rakyat menyelamatkan negara ini. Jika tidak segala-gala yang kita nikmati akan hancur-lebur dan kita dan anak cucu kita akan kembali menderita kemiskinan tanpa maruah.

Parti yang kami tubuh ini bertujuan menjadi alat kepada rakyat yang benar-benar cintakan negara yang bertuah ini.

Hasrat kami ialah untuk berkhidmat memulih semula rakyat dan negara.

Demokrasi dan pemerintahan berasas undang-undang akan kami kembalikan.

Segala kelemahan yang boleh disalahguna oleh pemimpin yang dipilih akan dihapuskan.

Pengurusan kewangan akan tertakluk kepada undang-undang dan aturan-peraturan baru supaya Perdana Menteri atau menteri-menteri tidak boleh sembunyi sebarang perbelanjaan. Ketelusan dalam semua urusan akan diamalkan.

Didikan dan latihan secara besar-besaran akan diberi kepada semua rakyat dari semua kaum supaya mereka dapat bekerja dengan pendapatan yang setimpal dengan hasil kerja mereka.

Yang termiskin dan kurang upaya akan dibantu dengan mencukupi.

Biasiswa untuk pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi akan diadakan bagi semua mengikut keperluan mereka.

Kami percaya kami berpengalaman dan memiliki banyak idea untuk pemulihan ekonomi dan politik negara yang kami akan jelaskan dari masa ke semasa.

Oleh itu sertailah parti kami demi kesejahteraan kehidupan kita semua.

Terkini! Seorang Nenek Dipenggal Kepala Oleh Cucu!

August 9, 2016



Nenek dipenggal cucu

Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my

Kulai: Nenek maut dipenggal cucu di Felda Pengeli Timur di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Maimon Abdul Samad, 76, ditemui dalam kedaan ngeri di rumahnya termasuk kepala yang dipenggal berada di hadapan pintu masuk rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa yang juga suri rumah itu dipenggal cucunya berusia 19 tahun yang tidak bekerja dan dipercayai mengalami gangguan mental serta tidak makan ubat sejak beberapa bulan yang lalu.

"Mangsa ditemui dalam keadaan kepala dipenggal dan berada di hadapan pintu masuk rumah, tubuhnya di ruang dapur di bawah singki.

"Kedua-dua kaki dipotong di bahagian peha tetapi tidak putus dan kedua-dua tangan dipotong, namun hanya sebelah kirinya masih berada di sisi tubuhnya," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mempercayai senjata yang digunakan suspek adalah pisau berukuran kira-kira 15 hingga 18 sentimeter dan ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah.

Katanya, suspek melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran, namun usaha memburunya membuahkan hasil apabila ditahan 8.30 malam tadi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan pendaftaran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)



PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan pendaftaran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS), di sini, petang tadi. Ahli Parlimen Pagoh, Johor itu menyerahkan borang pendaftaran parti baharu itu kira-kira jam 3.20 petang.

Dalam sidang medianya selepas itu, Muhyiddin mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pengerusi parti berkenaan.

Sarawak Report menfitnah PAS

August 8, 2016



Sarawak Report menfitnah PAS

Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku.

Hari ini, Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM9o juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno.

Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

PAS ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.

Tindakan menfitnah PAS ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Selaras dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya" - saya menggesa agar orang ramai agar menjauhi fitnah dan elak menyebarkan sebarang berita yang berbentuk fitnah, terutamanya laporan Sarawak Report terbaru ini.

Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
8 Ogos 2016

Selepas Isu Joget Jahiliyyah, Puteri Umno Alih Isu Dengan Video Lucah Pula


KAMI KONGSIKAN JAWAPAN BALAS DARIPADA KETUA PENERANGAN UMNO KELANTAN. ISU JOGET NI MEREKA KATA ISU TERPENCIL PULAK TU. 


PUTERI UMNO........

Assalamualaikum
Alhamdulillah terima kasih kepada ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu diatas kenyataan maaf beliau mengenai isu tarian dimajlis mesyuarat Perwakilan Puteri Kota Bharu yg banyak diviralkan dilaman sosial hari ini... kenyataan maaf ini mengambarkan sikap keterbukaan Puteri UMNO Kota Bharu mengakui kesilapan yg telah dilakukan .... Tahniah kerana memilih untuk berjiwa besar apabila masalah sebegini timbul tidak seperti pemimpin pembangkan yg mana secara jelas dan terang bersalah dan dijatuhi hukuman pun masih tidak mahu meminta maaf... bukan Juga jika dibandingkan dgn bekas Setiausaha Agong Parti yg Mengakui Islam setelah Video Lucah membabitkan beliau diviralkan malah masih berdolak dalih untuk ucapan Maaf .... bagi saya kes Puteri Kota Bharu ini dianggap sebagai kes yg terpencil sahaja jika nak dibandingkan dengan pemimpin pembangkan yg terus terusan tidak mengakui kesilapannya ...kemudian ramai pula mahu menjadikan pesalah ini sebagai pemimpin no 1 negara ...saya percaya setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan tetapi menasihati adalah perkara yang seharusnya di tuntut bukan makin menghemtam sesama Islam....apabila ramai yang bercerita mengenai kita bermakna kita Sebenarnye menjadi Ancaman untuk mereka...
Ayuh Puteri UMNO bangkit perjuangan kita belum selesai..

Pn.Marshela Binti Haji Ali
Ketua Penerangan Puteri UMNO Negeri Kelantan
Ketua puteri UMNO Bahagian Pasir Puteh

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1228007240565540&id=100000688283422

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.