News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Mayat Bayi Dalam Lori Sampah Di Pasir Tumbuh

September 30, 2016





Berlaku di pasir tumbuh kelantan. Kawasan pejabat mardi.

Semoga allah memberi balasan setimpal kepada si pelaku.

Isu Air Selangor Angkara Perbuatan Khianat Dalaman

September 29, 2016



Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menggantung seorang pekerjanya kerana disyaki terlibat dalam perbuatan khianat yang menyebabkan gangguan bekalan air hingga menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling 1 September lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata pekerja tersebut digantung pada 6 September lepas manakala laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 9 September lalu.

Katanya laporan siasatan juga dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Terkini: Kenyataan Media Azizan Osman



FOR IMMEDIATE RELEASE

PRESS STATEMENT

SHAH ALAM, September 29: In response to the Press Statement made by University Malaya, we would like to inform that we take this matter seriously. We have seeked further clarification and the outcome of the inquiry will be communicated once the process has run its course.

We acknowledge the inconvenience this may cause, nonetheless, we are committed to continue to deliver the highest value to our clients and partners.

We are humbled by their loyalty and support and we will address this as efficiently as possible.

UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA

SHAH ALAM, September 29: Merujuk kepada Kenyataan Akhbar dari Universiti Malaya, kami ingin memaklumkan bahawa kami mengambil perkara ini secara serius. Kami juga telah memohon untuk penjelasan lanjut dan sebaik sahaja proses ini berakhir, kami akan memaklumkan secara umum.

Kami kesal di atas kesulitan yang mungkin berlaku dan kami tetap komited untuk terus memberikan nilai yang tertinggi kepada pelanggan dan rakan sekutu kami.

Kami sangat menghargai kesetiaan dan sokongan mereka dan kami akan menangani perkara ini dengan sebaik mungkin.

For further information, visit:
Untuk maklumat lanjut, layari:

Richworks International Sdn Bhd
Website: www.richworks.com.my
Facebook: Azizan Osman Official Page

Contact/Hubungi: Corporate Communications Division
Email: inquiries@richworks.com.my

FAKTA PROJEK LADANG HUTAN @ PEMBALAKAN



[PROJEK LADANG HUTAN @ PEMBALAKAN]

Berikut pendedahan eklusif KelantanKini berkenaan kelulusan Projek Ladang Hutan Negeri Kelantan bermula dari tahun 1999-2016. Antara fakta yang menarik adalah TIADA kelulusan projek@kawasan baru sepanjang tahun 2014 dan 2015 di era kepimpinan YAB Ustaz Dato Ahmad Yaakub. Apa yang berlaku pada hari ini adalah pembalakan di kawasan yang telah diluluskan sebelum ini dan projek penanaman spesies hutan di kawasan yang diteroka secara haram. Semoga FAKTA yang dikemukakan ini menjawab fitnah pihak-pihak yang tertentu yang mempunyai agenda tersendiri terhadap kerajaan Kelantan. Yang HAK pasti MENANG!

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

Fynn Jamal kantoi menipu?



So Fynn Jamal sekali lagi kantoi menipu??
Sehari 2 lepas Viral kononnya dia berkahwin dengan Mat Despatch...tapi rupa2nya bukan.

Gitaris xpdc terbaik



Respek dengan guitaris kumpulan Rock XPDC brother IZO sanggup menunggu untuk mengaji Quran dahulu walaupown dah lambat untuk ke show@photoshoot. lepas abis turn nye terus cepat cepat cabut..hihi..Salute Bro..

Apabila agama telah masuk ke dalam hati, pasti akan taat perintah Allah walau apa jua keadaan sekali pun.Subhanallah..Smoga terus istiqomah.. - Jubah Ejay

Ramai betul yang ambil berat pasal ucapan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di PBB

September 28, 2016



Ramai betul yang ambil berat pasal ucapan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di PBB.

Aku tak nafikan bahawa ucapan Zahid di PBB tu tak eloquent mana. Tapi Zahid orang Bagan Datoh, Perak. Lidah dia lidah Jawa campur Melayu. Dia bukan Margaret Thatcher atau Barack Obama dan bukan native speaker bahasa Inggeris.

Dia Melayu keturunan Jawa yang bercakap dalam bahasa asing yang dia telah pelajari. Kita yang boleh bercakap bahasa Inggeris sebab 11 tahun belajar di sekolah ini pun bukannya bercakap Queen's English atau BBC English, tapi lebih kepada English ikut acuan Malaysia. Dan kalau kau boleh cakap mengikut Queen's English pun bukannya kau ada peluang nak tunjuk betapa powderful-nya English kau di atas pentas PBB.

"Tapi Zahid tu TPM kot. Malulah TPM punya English macam tu."

Aduh. Charles de Gaulle dulu pun bahasa Inggeris dia tak power mana juga. Vladimir Putin, bila CNN tanya dalam bahasa Inggeris dia bantai balik jawab dalam bahasa Rusia. Mat Saleh duduk Australia atau Amerika Syarikat tu, walau bercakap dalam bahasa Inggeris pun sebutan dia tak sama dengan Mat Saleh United Kingdom. Dan kita kena ingat, masa Zahid berucap di PBB tu bersepah pula delegasi negara lain di bawah yang pakai headphone sebab nak dengar terjemahan ucapan tersebut dalam bahasa lain pilihan mereka.

"Dah tu, kenapa Zahid tak berucap je dalam bahasa Melayu? Dia kan pemimpin Melayu? Bahasa kan jiwa bangsa?"

Dalam PBB ada enam bahasa rasmi yang digunakan. Bahasa Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Rusia dan Sepanyol. Bahasa ini digunakan dalam ucapan, mesyuarat dan sebagai teks dokumen. Yang pakai headphone dengar Zahid berucap tu, diorang tengah dengar terjemahan dalam salah satu dari enam bahasa tadi.

Dalam Perhimpunan Agung PBB, wakil negara yang berucap digalakkan untuk menggunakan salah satu dari enam bahasa rasmi ini. PBB melalui United Nations Interpretation Service menyediakan khidmat terjemahan (lisan dan teks) dari satu bahasa rasmi (Inggeris contohnya) kepada lima bahasa rasmi yang lain.

Wakil negara, walaubagaimanapun boleh pada waktu tertentu memilih untuk menggunakan bahasa lain yang bukan bahasa rasmi PBB. Ini boleh berlaku kerana dia tak reti mana-mana bahasa rasmi PBB, atau atas faktor pendirian politik. Dan kalau ini berlaku, adalah menjadi tanggungjawab wakil negara tersebut untuk membawa penterjemah mereka sendiri atau menyediakan teks terjemahan ucapannya untuk edaran umum.

Dalam kes Zahid, dia reti bahasa Inggeris dan dia tak ada nak mendemonstrasikan apa-apa pendirian politik. Dan dia juga nak mengelakkan dari membawa penterjemah sendiri atau menyediakan teks terjemahan. Senang cerita dia pergi PBB, dia berucap dalam bahasa Inggeris, penterjemah terjemahkan kepada lima bahasa rasmi lain dan semua delegasi happy dan lepas perhimpunan boleh pergi jalan di Manhattan Fish Market (bukan yang tipu punya). Yang penting isi ucapan itu sampai.

Jadi bagi pejuang bahasa Inggeris yang mengutuk Zahid, sila ingat ada beribu lagi bahasa lain di dunia ini dan sekurang-kurangnya Zahid Hamidi tahu Inggeris tapi Obama sah-sah tak reti cakap Melayu.

Dan untuk pejuang bahasa Melayu yang mahu Zahid berucap dalam bahasa Melayu, sila beringat bahawa bahasa kebanggaan korang tu bukan bahasa rasmi PBB dan berpegang pada pepatah Melayu yang serupa, bila masuk kandang PBB, kita guna sajalah salah satu dari enam bahasa rasmi PBB. Tak payah menyusahkan orang lain.

Lucius Maximus
Pengguna bahasa Melayu, Inggeris dan Peghok.

Nota Untuk Sang Juara

September 25, 2016



Nota Untuk Sang Juara

3 is the number! Kejayaan yg dilabel Hattrick. 3 in a row!

Rasanya, pasukan JDT sudah dominan di Malaysia dan kini mahu menumpukan usaha untuk masuk ke slot ACL.

Musim 2016 ada peluang namun gagal di play off. Kenapa gagal di play off? Pasukan ini masih mentah dan masih muda di peringkat asia.

Walaupun menjuarai AFC Cup musim lalu namun dari segi kualiti memang masih kurang layak untuk beraksi di ACL.

Ini yg diusahakan pengurusan JDT sepanjang 2016. Dalam bola sepak, ada satu istilah yg penting adalah 'matang'.

Musim ini pasukan JDT lebih matang daripada musim sebelum ini. Mereka kelihatan lebih baik dari pelbagai aspek kecuali bolos last minute๐Ÿ˜.

Kenapa mereka terus cuba memperbaiki apa yg ada sedangkan ada beberapa pasukan lain sudah selesa dengan comfort zone masing-masing?

Ia adalah berkaitan dengan passion dan keinginan untuk bersaing di peringkat setinggi yang boleh.

Mereka diterajui orang yg betul. TMJ musim lalu buktikan dia boleh mengemudi JDT dengan cemerlang.

Namun selepas pergi merantau dan melihat model pengurusan Eropah, dia tahu, bola sepak perlukan orang yg lebih pakar daripada apa yg beliau ada. Lalu beliau melantik Alistair Edward sebagai sporting director.

Alistair ada darah bola sepak yg kuat dan lebih pakar dalam isu isu lebih teknikal. Jika TMJ jantung dalam pengurusan, Alistair adalah oksigen.

Mario Gomez adalah orang penting dalam kejayaan ini. Beliau terpaksa memerah otak untuk menjadikan Lucero pure no.9.

Pada awalnya ramai pihak merasakan Lucero is another version of Patito Rodriguez ataupun Danny Guiza sebelum ini.

Dalam beberapa perlawanan awal musim, JDT tidak ada penjaring utama dan mostly gol adalah dari sumber yg perlbagai.

Perlahan lahan mereka mencari formula untuk menggandingkan Lucero dan Diaz. Safiq mulai ditolak ke no.8.

Diaz juga memainkan peranan penting. Kemampuan beliau untuk adapt dengan apa juga taktikal dan posisi menjadikan pemain ini sangat hebat.

Dalam artikel saya musim lalu, saya menggariskan missing piece dalam skuad JDT sebelum ini adalah Diaz.

Nak tak nak, have to admit ia adalah mistake untuk mengeluarkan Diaz daripada pasukan. Murjulahbia sekadar pinjaman.

Kepulangan Diaz membuatkan JDT tidak perlu melabur terlalu besar untuk menggantikan Figueroa. Cukuplah dengan Lucero.

Diaz - Lucero mencipat fenomena dan menjadi deadliest duo di dalam MSL dan AFC Cup musim ini.

Ia seperti never ending project buat masa ini. Bagaimanakah mereka akan membentuk skuad pada musim hadapan.

ACL adalah sasaran paling penting mereka. Jika berjaya mara ke ACL, saya menjangkakan mereka akan mengambil langkah pragmatik dalam pembentukan pasukan yg lebih thick dari segi depth dan juga mungkin penambahan kepakaran dalam kejuralatihan.

Saya bukanlah suka dengan 1 team domination dalam sesuatu Liga. Jadi, saya berharap pasukan pasukan yg lain akan memberikan cabaran kepada JDT.

Musim ini hanya Felda Utd yg konsisten memberikan persaingan kepada mereka. Kita perlukan lebih daripada 3 pasukan untuk menjadi Felda United musim hadapan.

Tahniah JDT! Totally Deserved it!

https://m.facebook.com/axellotacts/photos/a.508628539288967.1073741829.508338079318013/736264299858722/?type=3

KETEGASAN TUAN GURU DALAM ISU SAKA



KETEGASAN TUAN GURU DALAM ISU SAKA

Pernah sekali saya lihat TG betul2 bengang... semasa merawat seorang kakak dgn anaknya...kakak tu sebut,"Sebelum ni saya pernah berubat dgn seorang ustaz, dia kata dia anak murid ustaz (TG), dia kata anak saya dan saya ada SAKA...". Serta merta berubah air muka TG...selepas melepaskan keluhannya beliau berkata, "Beritahu ustaz tu kata kat dia DIA BUKAN ANAK MURID SAYA.." .. Buat pertama kali saya lihat TG marah...sebab itu saya dan rakan2 perawat Darussyifa' sangat berhati2 dlm soal ini... janganlah sewenang2nya beritahu pesakit pasal SAKA-SAKA ni..sebab seperti yg TG pesan..apabila kita kata seseorang itu ada SAKA maknanya kita telah menuduh ayah,ibu, datuk atau nenek serta keturunannya pernah melakukan perkara SYIRIK dan tuduhan tersebut ada pertanggungjawabannya...Nauzubillah.

Ihsan daripada Ustaz Ikmal Zaidi Hashim
Darussyifa

Lee Chong Wei Juara Badminton Open Japan



[Admin] Dato' Lee Chong Wei ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retains his 6th Japan Super Series Open title after defeating Jan ร˜. Jรธrgensen of ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ฐDenmark 21-18, 15-21, 21-16!

Still and forever a champion, Dato'!

#JapanOpen2016

Kemalangan maut penonton go kart di kuantan




Info Awal
Berlaku dekat Trek Eimarace Sukpa Pahang..
Kereta Go kart melanggar penonton..dilaporkan seorang maut 3 lagi cedera.
●●
Kepada yg mengenali ustazah siti suhaiza. SKIMU
Sek Keb Indera Mahkota Utama

Berlaku kemalangan go kart di taman bandar merempuh mereka sekeluarga.. suaminya meninggal dunia.. anak2 separa kritikal dan kritikal. .. ustazah pun tak brape ingat..

Skrg tgh berusaha contact waris sebb phone dia kena ambil. .phone suami lock..
Manalah tahu blh membantu. Tolong viralkan semuga semuanya dipermudahkan. Aamiin.

#PAHANG
#DTTB

Perjuangan Datuk Dr Haron Din tetap diteruskan

September 23, 2016



Artikel penuh saya tanpa edit mengenai Tuan Guru Dato Dr Haron Din adalah seperti berikut, oleh kerana kekurangan ruang, keseluruhan artikel tak dpt disiarkan:-

Perjuangan Datuk Dr Haron Din tetap diteruskan.

Negara kehilangan sebutir permata atas pemergian Datuk Dr Haron Din kembali ke pangkuan Penciptanya pada 16 September lalu di Amerika Syarikat. Saya berkesempatan akrab dengan Almarhum mulanya sebagai anak murid dan selepas itu pelbagai program bersama dengan Almarhum menyebabkan tatkala saya menukilkan rencana ini mengalir airmata mengenangkan saat-saat bersamanya. Saya juga berpeluang memberi sedikit nasihat perundangan kepada Almarhum di dalam hal ehwal yang dihadapinya serta juga Pertubuhan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Darussyifa' yang mana Almarhum adalah pengasas dan penasihatnya.

Umum mengetahui keintelektualan dan kegigihan Almarhum sebagai aktivis agama khususnya dalam bidang dakwah dan pengubatan Islam. Bagi saya Almarhum merupakan peribadi yang banyak mencorak pemikiran saya dalam konteks pelaksanaan syariah di Malaysia. Selain Almarhum dua tokoh lain ialah Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim dan Prof Datuk Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua mereka juga telah mendahului kita menemui Yang Maha Esa. Saya mendoakan ketiga-nama nama besar di dalam perundangan Islam ini ditempatkan bersama roh orang yang beriman.

Walaupun almarhum Datuk Dr Haron Din juga terlibat di dalam arena politik nama almrahum lebih masyhur di pentas dakwah dan pengubatan Islam. Jawatan almarhum di dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) sentiasa dijadikannya wadah menegakkan syiar Islam dan tekad mengarusperdana syariah.

Almarhum amat tegas di dalam prinsip tetapi pemurah dengan senyuman. Ketinggian ilmu almarhum tidak menyebabkan almarhum mendabik dada tetapi membumi akhlak almarhum menyebabkan ramai yang menyenangi almarhum. Amat terperinci di dalam meneliti sebarang syor atau saranan dan tidak alpa kesan terhadap sesuatu tindakan.

Almarhum amat pemurah dan tidak pernah menetapkan sebarang bayaran untuk ceramah atau pengubatannya. Almarhum tidak pernah menjadikan bayaran sebagai prasyarat untuk mendapat perkhidmatan almarhum. Malah acapkali juga diperhatikan wang yang diberikan kepadanya dipulangkan kembali untuk kegunaan umum secara senyap-senyap.

Usaha almarhum telah membuahkan hasil apabila Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari 2016 (Akta 775) telah memasukkan pengubatan Islam sebagai pengubatan komplimentari yang diberi pengiktirafan untuk diamalkan dan diberi ruang di beberapa hospital moden. Akta 775 tersebut merupakan suatu akta bagi menagwal selia perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia termasuk pengubatan Islam. Ia akan menjadikan pengubatan Islam lebih tersusun bersistematik dan diuruskan sejajar dengan ajaran Islam.

Mungkin hasil titik peluh almarhum ini tidak dapat dilihatnya semasa hayat almarhum tetapi masyarakat sudah pasti dapat menikmati perjuangan almarhum yang mahukan perubatan moden ini berjalan seiring dengan perubatan Islam.

Almarhum selalu menegaskan walaupun beliau terlibat di dalam pengubatan Islam namun perubatan moden tidak seharusnya ditolak. Beliau sendiri mendapat khidmat perubatan moden walaupun logiknya almarhum menghafal pelbagai doa meminta kesembuhan. Malah anak dan menantu almarhum juga beramal sebagai seorang doktor perubatan dan mempunyai klinik sendiri. Hal ini berbeza dari anggapan umum yang menyatakan perubatan Islam menolak perubatan moden.

Perubatan moden dan kaedah pengubatan Islam seharusnya saling komplemen antara satu sama lain, saling lengkap melengkapi bukan bersaing antara satu sama lain.

Pemergian Almarhum menjadikan negara pilu dan bersedih. Pelbagai pihak menzahirkan kedukacitaan mereka dalam pelbahai wadah. Namun begitu terdapat juga pihak yang sangat tidak bertanggungjawab memfitnah dan menghina Almarhum dengan pelbagai tohmahan. Kalau sebelum ini merekalah mendakwa juara keterbukaan minda, menghormati orang lain dan tidak rasis. Namun lakonan mereka terserlah dengan pelbagai hinaan dan cercaan terhadap Almarhum. Pelbagai perkataan dan reaksi kurang ajar ditunjuk mereka menggambarkan sikap sebenar kumpulan ini. Mereka hanya akan meminta orang lain menghormati mereka tetapi mereka sendiri seolah-olah berada di atas neraca akhlak dan undang-undang.

Amat menyedihkan insiden sebegini masih berlaku pada zaman yang didakwa penuh dengan tamadun. Ia menzahirkan sebahagian masyarakat bukan Islam sangat berprasangka terhadap orang Islam. Insiden yang sama juga berlaku di kalangan orang Islam. Hal ini perlulah diperbaiki di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira ras budaya dan agama.

Bagi saya pemergian Almarhum ke alam baqa' ibarat sebuah mahligai kaca yang terhempas berderai di lantai. Namun sebagai salah seorang anak didik yang menjadikan Almarhum sebagai tanda aras perjuangan saya tetap akan mengutip deraian kaca yang terhempas tersebut dan menyusunnya kembali membentuk mahligai yang baru. Walau saya sedar mahligai tersebut tidak akan sama dengan yang dibina Almarhum sekurang-kurangnya kami dapat mendirikan sebuah mahligai juga inshaALLAH.

Wasiat Almarhum mahu disemadi di tempat kematiannya Amerika Syarikat boleh juga dikiaskan dengan wasiat Abu Ayyub Al-Ansari yang mahu disemadikan di Kota Konstantinople yang ketika itu masih di bawah pemerintahan bukan Islam. Apabila ditanya mengenai wasiat beliau, Abu Ayyub menjelaskan bahawa beliau mahu mendengar derapan kuda sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera (Tentera Sultan Muhammad Al-Fateh) ketika mereka bergerak masuk membebaskan Konstantinople. Diharapkan suatu hari nanti Amerika Syarikat juga akan menjadi negara Islam kelak.

Sebutir permata yang telah digilap bersinar kini sudah tiada lagi. Sebagai salah seorang anak murid almarhum saya turut bersama dengan keluarga almarhum berdukacita atas kehilangan besar ini. Jika boleh saya mahu almarhum terus berada di sisi kamu namun perancangan Allah adalah lebih baik selaras dengan ingatan ALLAH di dalam surah Al Insan ayat 29-30 yang bermaksud ' Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan, maka sesiapa yang menghendakinya nescaya dia akan mengambil jalan kepada Tuhannya. Dan jika kamu tiadalah kamu kehendaki sesuatu melainkan jika Allah menghendakinya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana'.

Kami mendoakan Almarhum aman disisiNya. Berehatlah Tuan Guruku di taman syurgamu. Perjuanganmu akan tetap diteruskan.

Rencana ini ditulis oleh Datuk Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Artikel terbaru Tun Mahathir: MEMPERTAHANKAN NAJIB



MEMPERTAHANKAN NAJIB
22 Sep 2016 | http://chedet.cc/?p=2261

1. Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam Negara amat tidak baik.

2. Khususnya mereka tentu tahu bahawa Perdana Menteri telah dituduh melesapkan beribu juta Ringgit duit Kerajaan (rakyat). Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.

3. Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih 3.5 bilion Dolar Amerika sudah dilesapkan oleh Najib, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1” (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan ialah Dato Sri Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari 3.5 bilion Dolar Amerika.

4. Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.

5. Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti Kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.

6. Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih Negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Dato Sri Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.

7. Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi Perdana Menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.

8. Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi Perdana Menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion Ringgit.

9. Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya Perdana Menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.

10. Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi Perdana Menteri. Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan Negara. Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.

11. Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada Kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.

12. Saya berpendapat gaji saya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit Kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.

13. Saya akui ada kala Kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.

14. Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang. Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.

15. Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.

16. Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba “corner the market”. Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi.

17. Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.

18. Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit Kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.

19. Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian Kerajaan disebabkan saya masukkan duit Kerajaan dalam akaun peribadi saya?

20. Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi 2.6 bilion Ringgit untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya untuk dibelanja sesuka hatinya. Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.

21. Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh Najib tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja mengkritik Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk menyingkirnya.

22. Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara.

23. Apakah sebabnya yang laporan polis terhadapnya tidak disiasat oleh polis, tetapi pembuat laporan dan peguamnya disoal, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

24. Apakah sebabnya yang Gani Patail, Peguam Negara, diberhentikan dan diganti dengan pelawak Apandi.

25. Kenapakah undang-undang Negara tidak dipatuhi? Sekarang tidak ada Rule of Law. Kenapakah rakyat diugut dengan Akta Keselamatan baru yang memberi kuasa untuk tangkapan tanpa dibicara.

26. Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya, jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong dan pegawai. Jangan guna Jabatan Kerajaan untuk ugut, untuk mencipta kesalahan cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib seperti dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.

27. Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat.

28. Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat. Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap perbicaraan mahkamah keadilan.

BIAR OMBAK DAN BADAI MELANDA TETAP ISTIQAMAH MENERUSKAN PERJALANAN

September 22, 2016



BIAR OMBAK DAN BADAI MELANDA TETAP ISTIQAMAH MENERUSKAN PERJALANAN

Oleh: MUHAMMAD NUR ALI BIN OMAR

Tulisan ini dibuat ketika saya berada di lautan. Sejak berkurun lamanya, teknologi perkapalan menjadi aspek yang penting kepada negara. Sejarah teknologi ini bermula sejak zaman para anbiya' iaitu ketika Allah mengarahkan nabi Allah Nuh A.S untuk berbuat bahtera seperti dirakam dalam Al-Quran:

ูˆุตู†ุน ุงู„ูู„ูƒ ุจุงุนูŠู†ู†ุง ูˆูˆุญูŠู†ุง ูˆู„ุง ุชุฎุทุจู†ู‰ ูู‰ ุงู„ุฐูŠู† ุธู„ู…ูˆูฑ..ุงู†ู‡ู… ู…ุบุฑู‚ูˆู†{ุณูˆุฑุฉ ู‡ูˆุฏ:ูฃูง}
Mafhumnya: Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami dan janganlah kamu berbicara dengan Aku tentang orang yang zalim itu; sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan.

Setelah nabi Allah Nuh A.S menyiapkan teknologi perkapalan ini lalu Allah memerintahkan kepada baginda untuk memuatkan beberapa jenis binatang secara berpasangan dan muatkan orang2 beriman lalu pelayaran bermula sehingga bahtera itu mendapat clearance dari Allah untuk sandar di atas Bukit Judy seperti dirakam dalam ayat yang seterusnya dalam Surah Hud. Sejak dari itu,teknologi perkapalan berkembang sehinggalah pada zaman Saidina Umar R.A dan Saidina Usman R.A diwujudkan batalion armada laut bagi melaksanakan misi Futuhah Islamiyah. Teknologi ini bukan saja digunapakai oleh para sahabat malah ia terus berkembang sehingga pada zaman kerajaan Islam Turki Uthmaniyah.

Pada tahun 1453M, Sultan Muhammad Al-Fateh dalam melaksanakan misi sebaik2 panglima dan sebaik2 tentera seperti dirakam oleh Hadis Nabi S.A.W:

ู„ุชูุชุญู† ุงู„ู‚ุณุทู†ุทู†ูŠุฉ ูู„ู†ุนู… ุงู„ุงู…ูŠุฑ ุฃ ู…ูŠุฑู‡ุง ูˆู„ู†ุนู… ุงู„ุฌูŠุด ุฐู„ูƒ ุงู„ุฌูŠุด ุงูˆ ูƒู…ุง ู‚ุงู„..{ุฑูˆุงู‡ ุงู…ุงู… ุงุญู…ุฏ}

Mafhumnya: Terlaksananya misi menakluk Kota Konstantinopel ini adalah dengan sebaik2 panglima pada ketika itu, dan tentera pada waktu itu adalah sebaik2 tentera.

menggunakan jentera perkapalan ini sehinggakan Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan para tenteranya untuk melakukan Mission Impossible ketika memindahkan kapal perang melalui sebuah bukit menggunakan jalan darat. Begitu juga ketika peperangan Kerajaan Islam Melaka dalam menghadapi Portugis, Kerajaaan Turki Uthmaniyah menghantar armada tentera laut melalui jalan laut bagi menghadapi musuh di Melaka.

Teknologi perkapalan ini berkembang di Malaysia apabila tertubuhnya beberapa akademi pelayaran seperti Akademi Laut Malaysia dan Politeknik Ungku Omar yang mengkaderkan deck officer, marine engineer,deck dan engine rating sehinggakan kerajaan Malaysia menubuhkan syarikat Malaysian International Shipping Company (MISC). Akademi2 pelayaran dan syarikat2 perkapalan muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan ketika ekonomi import eksport memperoleh keuntungan yang lumayan bagi menambah pendapatan kerajaan Malaysia. Pada hari ini, ekonomi Malaysia merudum, harga minyak di pasaran kurang menyebabkan syarikat offshore terpaksa struggle dan syarikat tanker wajib survive dalam menghadapi kegawatan ekonomi.

Apa yang menjadi persoalan dikalangan orang awam didarat apabila melihat berita dikaca2 TV atau media sosial berkaitan teknologi perkapalan ini adalah isu hijacking. Tanker khususnya products tanker seperti Ocean Tanker, Orkim Harmoni dan baru2 ini Vier Harmoni kebanyakan dibawa lari, disamun, dirompak dan pelbagai lagi. Sebagai pelaut, saya mengikuti berita2 ini secara dekat sehinggalah apa yang boleh saya sampaikan disini disebabkan beberapa faktor, antaranya kes hak dan batil, kes tertangguh gaji dan kes lanun.

Seperti kita sedia maklum hadis daripada
Ibnu Majah:

ุฃุนุทูˆุง ุงู„ุฃุฌูŠุฑ ุฃุฌุฑู‡ ู‚ุจู„ ุงู† ูŠุฌู ุนุฑู‚ู‡ {ุฑูˆุงู‡ ุงุจู† ู…ุงุฌู‡}

Mafhumnya: Berikan kepada pekerja upahnya sebelum peluhnya kering.

Hadis ini memberikan gambaran bahawa Islam menggesa mana2 majikan untuk tidak melengahkan pembayaran gaji apatah lagi menangguhkan gaji sehingga berbulan2 dan tidak membayarnya. Seringkali terjadi, Malaysia shipping company menangguhkan gaji crew kapal sehingga berbulan2 dan ada antaranya tidak dibayar walaupun perkara ini telah di laporkan kepada Jabatan Laut Malaysia yakni sebuah institusi kerajaan Malaysia dalam mengawal selia perjalanan operasi perkapalan di Malaysia. Kes tangguhnya gaji ini menyebabkan crew kapal yang berani untuk terus membawa lari kapal sehinggakan ada yang menjual kapal itu tanpa kebenaran ownernya.

Kes hijacking lanun juga tidak boleh dipandang sepi. Kes ini muncul apabila mereka inginkan duit dengan cara yang mudah dan berjuang untuk survival hidup di dunia tanpa mengira apa cara sekalipun seperti dirakam dalam filem Captain Philips dan pelbagai lagi. Kes ini syarikat perkapalan telah sedia maklum dan beberapa SOP telah diambil untuk membanteras kejadian seperti ini.

Didalam Al-Quran menyebut:

ุฒูŠู† ู„ู„ู†ุงุณ ุญุจ ุงู„ุดู‡ูˆุงุช ู…ู† ุงู„ู†ุณุงุก ูˆุงู„ุจู†ูŠู† ูˆุงู„ู‚ู†ุทูŠุฑ ุงู„ู…ู‚ู†ุทุฑุฉ ู…ู† ุงู„ุฐู‡ุจ ูˆุงู„ูุถุฉ ูˆุงู„ุฎูŠู„ ุงู„ู…ุณูˆู…ุฉ ูˆุงู„ุฃู†ุนู… ูˆุงู„ุญุฑุซ؛ุฐู„ูƒ ู…ุชุน ุงู„ุญูŠูˆุฉ ุงู„ุฏู†ูŠุง؛ ูˆุงู„ู„ู‡ ุนู†ุฏู‡ ุญุณู† ุงู„ู…ุฃุจ {ุณูˆุฑุฉ ุงู„ ุนู…ุฑุงู†؛ูกูค}

Mafhumnya: Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan pada apa2 yang diingini iaitu wanita2, anak2, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang2 ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik.

Fitrah manusia suka kepada kekayaan dan material. Ia tidak disalah untuk mengumpulnya bahkan diwajibkan zakat keatasnya namun cara untuk mencapai matlamat tersebut wajar diberi perhatian sama ada mengikut lunas syariat atau jalan kebatilan. Oleh itu, Islam menggesa agar perkara2 yang boleh membawa kepada perkara haram ditutup dengan segera menggunakan kaedah ุณุฏ ุฒุฑุงุฆุน. Contoh yang boleh diberikan disini ialah apabila majikan lambat membayar gaji crew kapal selama berbulan, crew akan mengambil jalan untuk laporkan ke Jabatan Laut dan sekaligus yang tidak sabar untuk jual kargo yang dibawa seperti Jet A1, Diesel Oil dan pelbagai lagi. Majikan wajib mencari jalan walaubagaimanapun sama ada jual kapal atau etc untuk menutup pintu2 ke arah perkara haram tersebut.

Oleh itu,saya menyokong penuh gagasan Kerajaan Teknokrat yang dilontarkan oleh Tuan Guru Syeikh Abdul Hadi Awang. Gagasan pemikiran Tuan Guru ini apabila dilihat dari kaca mata pelbagai aspek sama ada perundangan, ekonomi, kejuruteraan, perubatan, kesenian, IT dan teknologi, dan pelbagai lagi menyebabkan portfolio kementerian tersebut ditadbir urus dengan baik tanpa berlaku penyelewengan. Firman Allah di dalam Al-Quran :

ุงู† ุงู„ู„ู‡ ูŠุฃ ู…ุฑูƒู… ุฃู† ุชูˆุกุฏูˆูฑ ุขู„ุฃู…ู†ุช ุงู„ู‰ ุฃู‡ู„ู‡ุง ูˆุงุฐุง ุญูƒู…ุชู… ุจูŠู† ุงู„ู†ุงุณ ุฃู† ุชุญูƒู…ูˆูฑ ุจุงู„ุนุฏู„....
{ุณูˆุฑุฉ ุงู„ู†ุณุงุก؛ ูฅูจ}

Mafhumnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu berhukum dengan adil...

Ayat ini menjelaskan bahawa yang benar2 ahli didalam bidang tersebut digesa kepadanya untuk diberikan amanah. Apabila ahli2 teknokrat mentadbir,mereka telah melalui fasa pengalaman yang cukup luas didalam bidang tersebut menyebabkan anak buah, pekerja dibawahnya tidak akan dizalimi. Saya optimis idea dari Tuan Guru ini bakal menjadi kenyataan apabila PAS sebagai sebuah gerakan islam di Malaysia dapat mengumpulkan seramai mungkin tenaga2 pakar yang ahli didalam bidang masing2 supaya yang mentadbir Malaysia kelak akan berhukum dengan berlandaskan Islam. Firman Allah di dalam Al-Quran :

ูˆุนุฏ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠู† ุกุงู…ู†ูˆูฑ ู…ู†ูƒู… ูˆุนู…ู„ูˆูฑ ุงู„ุตู„ุญุช ู„ูŠุณุชุฎู„ูู†ู‡ู… ูู‰ ุงู„ุฃุฑุถ ูƒู…ุง ูฑุณุชุฎู„ู ุงู„ุฐูŠู† ู…ู† ู‚ุจู„ู‡ู… ูˆู„ูŠู…ูƒู†ู† ู„ู‡ู… ุฏูŠู†ู‡ู… ุงู„ุฐู‰ ูฑุฑุชุถ ู„ู‡ู….....{ุณูˆุฑุฉ ุงู„ู†ูˆุฑ؛ ูฅูฅ}

Mafhumnya: Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan dikalangan kamu, bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka berkuasa dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai...

InsyaAllah, suatu hari nanti dunia akan mengikut pemerintahan acuan Islam. Segala penyelewengan, kerja jahat, kezaliman, penipuan akan dilenyapkan dari muka bumi dengan keizinanNYA.

Moga kita masih diberi kekuatan untuk terus istiqamah!!!!

Seeru a'la barakatillah.

Penulis merupakan ahli gerakan islam PAS sejak dari kampus dan bekerja sebagai marine engineer di sebuah product tanker milik syarikat SEMUA SHIPPING.

TUNTUTAN PALSU: PENGURUS CAWANGAN DIPENJARA 18 BULAN DAN DENDA RM200,000



SEORANG pengurus cawangan sebuah syarikat pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM200,106.20 oleh hakim Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Ipoh, Indra Nehru Savandiah atas kesalahan membuat tuntutan palsu berjumlah RM40,000 sejak tahun 2012.

Agu Salim Saibi, 55, didakwa tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi mengelirukan syarikat Cisco (M) Sdn Bhd berjumlah RM40,021.24 melibatkan tuntutan bayaran gaji di atas nama Roslan Abu Hassan bagi tempoh 29 bulan sedangkan Roslan tidak bekerja di syarikat berkenaan.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara Januari 2012 sehingga Mei 2014 di No. 54A, Tingkat 1, Medan Istana, Ipoh, Perak

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Indra turut menetapkan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan bagi pihak SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Nurul Wahida Jalaluddin.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

22 September 2016

JEFF OOI, TANGAN UMNO DAN WAN A. RAHIM

September 20, 2016



JEFF OOI, TANGAN UMNO DAN WAN A. RAHIM

- oleh Salam Muhammad @ BayangDiAir

Inilah tribulasi yang terpaksa PAS hadapi. Cukup rencam dan beraneka. Antara kebencian politik DAP dan kejahatan kerja tangan UMNO, PAS dihimpit di satu sudut lagi oleh dendam kesumat PAN. Semuanya sedang berpencak di hadapan PAS dalam senario menghadapi PRU14. Bersediakah semua penyokong dan ahli PAS menjadi perisai dan pedang perjuangan ini?

Kebencian DAP terhadap PAS dilontarkan melalui kebiadapan Jeff Ooi yang mempersendakan pemergian TG Datuk Harun Din. Walaupun sikap malaun ini dianggap oleh Lim Guan Eng sebagai tidak mewakili DAP, namun wajah DAP tertempel jelas dalam kedurjanaan ini. Sebab itulah DAP tidak menegur sikap kurang ajar Jeff Ooi tersebut.

Jeff Ooi membenci almarhum kerana ketegasan almarhum menegakkan dan memperjuangkan Islam. Almarhum adalah antara ulama besar dalam PAS yang mendokongi Majlis Syura Ulama. Semua sedia maklum betapa bencinya DAP kepada ulama PAS yang membentengi TG Haji Hadi dan dasar PAS. Kepimpinan ulamalah yang menggagalkan usaha proksi DAP iaitu PAN daripada menerajui PAS melalui muktamar di Kuala Selangor dulu. Tak dapat tanduk telinga dipulas. Tak dapat merebahkan TG Dr Harun Din, menerima berita kematiannya pun sudah cukup untuk melunaskan kebencian DAP.

Serentak dengan itu, UMNO pula menjadi tangan ghaib dalam SPR. Orang yang buta politik sahaja tidak nampak ‘peranan’ UMNO dalam persempadan semula kawasan pilihanraya. SPR memperkotak-katikkan sempadan DUN dan Parlimen dengan sejelas-jelasnya dengan cara menimbun kekuatan pembangkang di suatu kawasan dan membuka ruang lebar untuk UMNO menawan kawasan-kawasan lainnya. Dalam bahasa mudah,andai dalam satu Parlimen yang ada 4 DUN yang mencabar bagi UMNO, SPR cuba mengheret dan melonggokkan pengundi pembangkang dalam satu DUN di samping membuka ruang besar untuk UMNO merampas 3 DUN lagi . Para pembaca boleh mengikuti analisis persempadanan baru yang diviralkan melalui media baru sekarang.

UMNO tak pernah redha dengan PAS. Sebab itulah PAS istiqamah berjuang untuk menumbangkan UMNO walaupun berpegang dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera ( BPMS). PAS tak pernah kendur menentang kebobrokan UMNO. PAS tegas menolak untuk bersama dengan UMNO/BN. Hanya manusia yang bermain-main dengan politik fitnah dan kebencian menggegar-gegerkan UG.
Manusia itulah apabila tersepit dan terdesak mengajak PAS berunding untuk menentang UMNO/BN 1 lawan 1.

Manusia tadi boleh menjelma dalam bentuk Wan Abdul Rahim, Pengerusi PAN Kelantan. Pelbagai alasan (sebenarnya putar-belit) dicari untuk menjelaskan dakwaan 10 ADUN keluar PAS bersama Husam Musa. Habis penyokong-penyokong PAN mengalih muka kerana malu mendengar hujah lawak Wan Abdul Rahim. Manusia lawak inilah ‘membentang kertas-kerja’ untuk menjatuhkan PAS di Kelantan.

Bagi Wan A. Rahim dan pemimpin PAN, digambarkan PAS tak mampu lagi mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN. Jadi, dakwa mereka lebih baik rakyat Kelantan bersama-sama dengan PAN untuk menyelamatkan Kelantan sambil berpaut secara biadap pada nama almarhum TG Nik Abdul Aziz.

Demikian gerbang politik yang akan dilalui oleh PAS. PAS perlu ada kekuatan dan keteguhan dalam berhadapan dengan situasi ini. Penyokong dan ahli PAS tak boleh lagi hanya gagah dengan kata-kata semangat yang semua orang boleh ‘paste and copy’ melalui whatsapp atau media baru.

Di manakah kita berkubu sebenarnya? Adakah dengan meninggalkan aktivis parti bertungkus-lumus dengan pelbagai tugas parti yang terpaksa dipikul sendiri kerana kekurangan amilin, sudah cukup kita titipkan kata-kata motivasi ? Sedangkan kita melayan dan bermanja-manja dengan gaji beribu di bilik-bilik berhawa dingin. Masihkah kita bersembunyi di bawah ketiak penguasa demi zon selesa? Motif tulisan aku adalah untuk menghulurkan sebilah pedang seorang satu.

SIAPA YANG BUNUH NABI MUHAMMAD?

September 19, 2016




Dari zaman jahiliyyah manusia menyembah 3 TA. Itulah harta, takhta dan wanita. Hidup bertuhankan nafsu kepada dunia dan isinya menyebabkan manusia itu lalai daripada amanah agama.

Harta dan takhta itu kita masih boleh kawal dengan menundukkan nafsu kita kepadanya. Tapi nafsu seorang WANITA, satu isu yang boleh membunuh seorang lelaki. Wanita itu sendiri adalah satu fitnah paling besar seluruh umat manusia dari Nabi Adam hinggalah kepada kita hari ini.

Nafsu wanita sahaja ada sembilan. Hanya al-Quran sahaja yang mampu tundukkan seluruh manusia. Itupun kalau lelaki mampu mengajar dan mendidik mereka kepada Allah.Kalau gagal maka rosaklah seluruh generasi hanya kerana seorang wanita di dalam sebuah rumahtangga.

Kerana wanita, dunia boleh dicipta syurga
Kerana wanita, dunia boleh jadi neraka.

Nabi adam terkeluar dari syurga kerana isterinya termakan pujukan dan membisikkan kepada Adam untuk sama-sama melanggar larangan Allah.

Anak nabi Adam, Qabil menjadi pembunuh pertama kerana gagal persembahkan qurbannya untuk mendapat seorang wanita. Dari awal penciptaan manusia, wanita sudah menjadi punca dan fitnah dalam pertimbangan seorang lelaki. Boleh baca kisah mereka di dalam al-Quran dalam surah al-Maidah dari ayat 27-31.

PERISTIWA PEMBUNUHAN NABI

Seluruh kafir musyrikin Mekah telah berusaha keras dalam merancang dan mengatur siasah untuk membunuh karektor Muhammad dalam menyebarkan Islam. Segala harta, pangkat dan kuasa malah wanita dilaburkan oleh puak Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufian untuk memastikan mereka berjaya membunuh Nabi Muhammad.

Semua lelaki-lelaki gagah dipanggil, ada yang menjadi volunteer ada juga yang mahukan upah tetapi semuanya GAGAL!

Tetapi yang berjaya membunuh Rasulullah ialah seorang WANITA!

Peristiwa ini terakam di dalam sirah ketika tahun ke-7 Hijrah. Ketika Rasulullah sedang berehat selepas pembukaan Khaibar seorang wanita Yahudi yang dikenali sebagai Zainab bin al-Harith isteri Salam bin Misykam telah tampil ke hadapan Rasulullah, memberi hadiah kepada Nabi seekor kambing panggang.

Sebelum itu wanita ini telah bertanya bahagian mana yang digemari Nabi dan diberitahu kepadanya, pada bahagian peha. Wanita tadi memasukkan racun kedalamnya sebanyak yang mungkin, kemudian diracun kesemuanya. Setelah itu beliau membawa sajian itu kepada Rasulullah.

Baginda mengambil peha kambing bakar tadi dan menggigitnya, didapati dagingnya tidak baik lalu diluahkannya dan bersabda:

"Tulang kambing ini memberitahu Aku yang ianya telah diracuni"

Setelah itu dipanggil perempuan Yahudi tadi dan disoal, beliau pun membenarkan kata-kata Rasulullah itu, dan bila ditanyanya mengapa beliau berbuat demikian, jawab beliau:

"Kalaulah Muhammad ini raja akan selamatlah aku darinya dan kalau ianya seorang nabi maka beliau akan diberitahu".

Bersama Rasulullah ketika itu Bisyr bin al-Barra' bin Ma'rur, beliau telah mengambil sebahagian dari daging kambing itu. Dimakan kerana didapati menyelerakan akhirnya sahabat itu mati selepas itu.

Selama TIGA TAHUN nabi mengidap sakit akibat racun tersebut sebelum baginda wafat pada tahun ke 10 hijrah. Sesungguhnya musuh Islam tidak pernah diam dari mengatur perancangan untuk membunuh generasi pertama Islam sampailah kepada generasi kita hari ini.

KESIMPULAN

Umat Muhammad hari ini juga sedang menuju nasib yang sama. Kita semua sudah DIRACUN dengan pelbagai kesenangan dan nikmat dunia yang melalaikan kita daripada agenda agama.

Pelajaran besar untuk kita yang sudah diracun dengan pelbagai propaganda Yahudi semenjak 1400 tahun dahulu ke dalam sistem pendidikan, ekonomi, sosial dan segalanya demi memastikan akhlak dan agama Islam itu mati dalam jiwa umat Muhammad.

Habis anak dan isteri kita terabai kerana nafsu yang didorong oleh kesibukan mengejar dunia masing-masing. Anak-anak dari usia sekecil bayi sudah diracun dengan gajet dan permainan yang melekakan mereka.

Atas alasan pendidikan dan untuk memandaikan mereka, kita diracun dengan propaganda Yahudi dan Nasrani untuk membunuh akal anak-anak sendiri. Dari teknologi itulah mereka kenal youtube, fb, online dan pornografi.

Ya betul, kecerdikan itulah yang membunuh kita kalau ibubapanya ambil MUDAH. Percayakan anak sampai gajet itu yang jadi tuhan dan sembahan mereka!

Televisyen, drama dan cerita cinta yang merapu dan melampau angan-angannya meracun perempuan untuk hidup dalam dunia yang tak wujud. Baca novel saja dah buatkan perempuan jadi gila imaginasinya. Belum lagi melayan cerita tv pukul 7 malam.

Habis semua mengidam lelaki romantik, yang rosaknya badan sendiri! Belum kahwin habis berhutang piutang, kerana nafsu serakah lelaki jadi mangsa.

Dah kalau susah nak menikah, habis jiwa dan badan pula sanggup diserah.

Berhati-hatilah wahai wanita, para isteri dan ibu. Disebalik kebaikan dan kelembutan, sejarah dan sirah membuktikan wanita mampu membunuh seorang Nabi!

Keluarga Nabi Nuh, hanya kerana keingkaran isterinya sendiri telah bawa anak-anaknya diseret ke neraka.

Keluarga Nabi Lut, hanya kerana nafsu wanita, isi keluarga dibenamkan ke dalam bumi.

Carilah wanita yang tunduk seperti Siti Hajar. Patuh dan akur walaupun ditinggal suami di tengah tanah tandus. Menggalang amanah mendidik anak menjadi rasul.

Jadilah seperti Siti Khadijah. Merendah diri walaupun berharta, bertakhta dan dia seorang WANITA. Tunduk dan patuh kepada Nabi Muhammad walaupun muda darinya.

Menjadi pendamping kepada suami, ketika susah dan senang. Menggalang misi agama untuk pastikan Islam tertegak tanpa menyesal korbankan harta dan diri untuk Allah dan Rasul.

Wahai para isteri, para wanita yang mahukan syurga. Siapakah kalian disebalik uswah kisah orang terdahulu?

SHAUQI
Bukan suami romantik.

LOKASI SEMADI DATOK HARUN DIN ADALAH BUKTI KEHEBATAN ALLAH

September 18, 2016



LOKASI SEMADI DATOK HARUN DIN ADALAH BUKTI KEHEBATAN ALLAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Siapa sangka? Lahir di Iraq tapi dikebumikan di Kg Sungai Pusu Gombak! Itu yang berlaku kepada Prof. Dr. Irfan dan Dr. Baha’uddin, 2 pensyarah UIAM yang berasal dari Iraq. Siapa sangka lahir di Malaysia tetapi meninggal dunia di ruang udara Ukraine. Itu pula yang berlaku kepada mangsa nahas kapal terbang MH 17. Siapa pula tahu, al-Marhum Tuan Guru Datok Dr. Harun Din, lahirnya di Perlis tapi disemadikan di California, Amerika Syarikat. Jarak antara dua lokasi ini beribu batu jauhnya.

Apabila mengenang “lokasi semadi” Tuan Guru Datok Harun Din, iman kita kepada Allah sepatutnya mencanak naik. Hebat sekali Allah yang merencanakan segala sesuatu. Benar sekali firman Allah ini:

ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุนِู†ْุฏَู‡ُ ุนِู„ْู…ُ ุงู„ุณَّุงุนَุฉِ ูˆَูŠُู†َุฒِّู„ُ ุงู„ْุบَูŠْุซَ ูˆَูŠَุนْู„َู…ُ ู…َุง ูِูŠ ุงู„ْุฃَุฑْุญَุงู…ِ ูˆَู…َุง ุชَุฏْุฑِูŠ ู†َูْุณٌ ู…َุงุฐَุง ุชَูƒْุณِุจُ ุบَุฏًุง ูˆَู…َุง ุชَุฏْุฑِูŠ ู†َูْุณٌ ุจِุฃَูŠِّ ุฃَุฑْุถٍ ุชَู…ُูˆุชُ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุนَู„ِูŠู…ٌ ุฎَุจِูŠุฑٌ

Ertinya: Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); DAN TIADA SEORANGPUN YANG DAPAT MENGETAHUI DI BUMI NEGERI MANAKAH IA AKAN MATI. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya (Luqman[31:34]).

Siapa tahu? Ketika malaikat diarah meniup roh ke dalam janin Tuan Guru Datok Harun Din pada usianya 4 bulan, tarikh dan tempat matinya sudah ditetapkan Allah berlaku di bumi California Amerika Syarikat yang nun jauh di sana. Benar sekali sabda Rasulullah SAW:

ุฅِู†َّ ุฃَุญَุฏَูƒُู…ْ ูŠُุฌْู…َุนُ ุฎَู„ْู‚ُู‡ُ ูِูŠ ุจَุทْู†ِ ุฃُู…ِّู‡ِ ุฃَุฑْุจَุนِูŠู†َ ูŠَูˆْู…ًุง ุซُู…َّ ูŠَูƒُูˆู†ُ ุนَู„َู‚َุฉً ู…ِุซْู„َ ุฐَู„ِูƒَ ุซُู…َّ ูŠَูƒُูˆู†ُ ู…ُุถْุบَุฉً ู…ِุซْู„َ ุฐَู„ِูƒَ ุซُู…َّ ูŠَุจْุนَุซُ ุงู„ู„َّู‡ُ ู…َู„َูƒًุง ูَูŠُุคْู…َุฑُ ุจِุฃَุฑْุจَุนِ ูƒَู„ِู…َุงุชٍ ูˆَูŠُู‚َุงู„ُ ู„َู‡ُ ุงูƒْุชُุจْ ุนَู…َู„َู‡ُ ูˆَุฑِุฒْู‚َู‡ُ ูˆَุฃَุฌَู„َู‡ُ ูˆَุดَู‚ِูŠٌّ ุฃَูˆْ ุณَุนِูŠุฏٌ ุซُู…َّ ูŠُู†ْูَุฎُ ูِูŠู‡ِ ุงู„ุฑُّูˆุญُ

Ertinya: Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian ia menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian ia menjadi seketul daging selama itu juga (40 hari), kemudian dihantar kepadanya malaikat lalu diarahkan agar menulis 4 perkara. Lalu dikatakan kepada malaikat itu: Tuliskan perihal amalannya, kadar rezekinya, ajalnya dan sama ada dia menjadi orang yang celaka (sebagai ahli neraka) atau bahagia (sebagai ahli syurga). Kemudian ditiup padanya ruh (Sahih al-Bukhari, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad).

Ketika mengulas ayat misteri tempat mati yang ditetapkan bagi manusia, Imam Ibn Kathir membawa sebuah hadith, sabda Rasulullah SAW:

ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุชَุจَุงุฑَูƒَ ูˆَุชَุนَุงู„َู‰ ุฅِุฐَุง ุฃَุฑَุงุฏَ ู‚َุจْุถَ ุฑُูˆุญِ ุนَุจْุฏٍ ุจِุฃَุฑْุถٍ ุฌَุนَู„َ ู„َู‡ُ ูِูŠู‡َุง ุฃَูˆْ ู‚َุงู„َ ุจِู‡َุง ุญَุงุฌَุฉً

Ertinya: Sesungguhnya apabila Allah mahu mencabut roh hambanya di sebuah bumi, dijadikan bagi hambaNya itu sesuatu hajat (urusan) di bumi tersebut (Musnad Ahmad & Sahih Ibn Hibban)(Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani).

Ketika mengulas ayat 34 surah Luqman di atas, para mufassir membawa sebuah riwayat Isra’iliyyat yang mengkisahkan satu peristiwa ajaib pada zaman nabi Sulayman AS.

“Pada suatu hari Malaikat Maut bertemu dengan nabi Sulayman AS. Malaikat Maut terpaku melihat seorang lelaki dalam majlis nabi Sulayman. Lelaki itu bertanya kepada baginda AS: “Siapakah dia ini?” Nabi Sulayman menjawab: “Dia adalah Malaikat Maut.” Lelaki itu berkata: “Seakan-akan dia mahu mencabut nyawaku, wahai tuanku suruhlah si angin agar ia membawaku jauh ke negeri Hind.” Nabi Sulayman pun melaksanakan permintaan lelaki tersebut. Sesudah itu Malaikat Maut berkata: “Sebenarnya aku melihatnya kehairanan kerana aku diarahkan Allah agar mencabut nyawanya di negeri Hind sedangkan (dalam beberapa ketika sebelum matinya) dia masih berada bersamamu.” (Tafsir al-Alusi, Tafsir al-Baydawi dan Tafsir al-Nasafi).

Mati adalah misteri Allah. Tiada siapa tahu tarikh mati dan di bumi mana dia akan mati atau dikebumikan. Apa yang pasti, ikatan sempadan negara hanya berlaku di alam zahir ini. Alam barzakh yang menjadi negeri persinggahan sementara sebelum sampai alam akhirat pastinya tiada sempadan ruang dan masa seperti alam dunia. Orang beriman seperti al-Marhum Tuan Guru Datok Harun Din mungkin sedang berbahagia di sana bersama orang beriman yang lain. Ya Allah! Jadikan kubur Tuan Guru kami ini sebagai sebuah taman antara taman syurgaMu. Insya Allah.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

SEJAM 'MAN - TO - MAN TALK' DENGAN HAFIZ, BEKAS CALON SUAMI FARA FAUZANA

September 8, 2016



SEJAM 'MAN - TO - MAN TALK' DENGAN HAFIZ, BEKAS CALON SUAMI FARA FAUZANA

Rasanya peminat hiburan tanah air ramai dah baca kenyataan deejay terkenal Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, yang membuat kejutan apabila memberitahu majlis perkahwinannya dengan Mohamed Hafiz Badiuzzaman yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.

Malah Hafiz juga semalam membuat kenyataan balas menegaskan yang beliau BELUM PERNAH BERKAHWIN seperti mana dakwaan media. Malah beliau juga meminta media bertanya sendiri pada gadis tersebut SEBAB SEBENAR Fara enggan meneruskan majlis yang dirancangkan.

Baik. Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini, aku sangat mengenali Hafiz yang aku panggil Boy walaupun taklah serapat mana. Malah apabila aku menerima panggilan kira-kira pukul 1.09 pagi tadi, aku pun terkejut siapakah yang menelefon aku awal-awal pagi begini kerana aku tidak pernah 'save' nombor beliau, hanya kami kebetulan dalam satu 'whatsapp group'. Rupanya Hafiz yang call.

Selama hampir sejam kami berbual hati ke hati, man-to-man talk, tentang apa yang berlaku. Walaupun beza umur kami hampir 10 tahun, tetapi aku tetap hormat pada 'adikku' ini kerana latar belakangnya, pekerjaannya dan yang paling penting kerana
hati budinya.

Pendek kata, he's a nice guy!

Menariknya, selama sejam kami berbual, Hafiz langsung tidak menceritakan 'keburukan' Fara, jauh sekali mendendami gadis yang sepatutnya beliau nikahi itu. Yang sering keluar dari mulutnya cuma betapa beliau perlu kuat dan 'move forward' atas apa yang berlaku. Ini aku patut puji sekaligus menampakkan kematangannya walaupun baru berusia 30 tahun, enam tahun lebih muda dari Fara.

Bohong kalau aku tidak tanya mengapa Fara membuatkan keputusan drastik sebegitu. Namun dalam bab ini Hafiz masih konsisten dengan apa yang telah beliau jelaskan pada media sebelum ini.

" Bang, bukan saya taknak buka mulut, bukan saya nak lari dari media tetapi memandangkan Fara yang umumkan pembatalan perkahwinan kami, adalah lebih baik ditanyakan sendiri soal tersebut pada yang beliau, " katanya sayu.

Hafiz mengakui seperti mana Fara, beliau juga tertekan kerana segala persiapan, undangan telah dibuat. Malah beliau sendiri tidak sabar untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasih yang dicintainya itu tetapi beliau redha dengan ketentuan ini dan menerima andai itulah penamat percintaan mereka.

Ditanya apakah yang beliau harapkan ketika ini, Hafiz berkata beliau perlu masa untuk menenangkan fikirannya dan ruang untuk beliau terus bersama keluarga yang menjadi tunjang kepada kekuatannya selama ini.

" Saya bukan selebriti bang, saya tak perlukan publisiti...saya hanyalah insan biasa...jadi bila jadi perkara sebegini, saya berasa sangat 'terkesan'...saya menghargai media tetapi janganlah buat spekulasi yang tak betul...rasanya kenyataan balas saya semalam kepada media sudah cukup jelas dan panjang lebar...sekarang ini saya perlu 'move on' walaupun ia bukan mudah, " kata Hafiz.

Actually perbualan kami malam tadi bukanlah 'menarik' dari konteks media kerana tidak ada yang sensasi atau 'benda panas' yang keluar dari mulut Hafiz cuma bagi aku secara peribadi, mengetahui yang Hafiz dapat handle situasi yang runcing ini dengan tenang pun dah lebih dari cukup.

Secara peribadi, aku juga mendoakan agar Fara tenang melalui hari-hari yang mendatang walaupun kisah ini bukanlah satu memori yang indah buat seseorang yang dah hampir benar untuk menempuh gerbang perkahwinan. Pasti ada sebab dan musabab Fara berbuat demikian namun biarlah ia 'berkubur' dengan sendirinya seperti mana berkuburnya cita-cita dan harapannya selama ini.

Jangan dihina Hafiz dan pada masa yang sama jangan dinista Fara. Tiada siapa manusia yang normal akal dan fikirannya mahu menghancurkan pelamin yang sedang dibina. Aku percaya Fara dah cukup matang untuk membezakan mana intan, mana permata dan Hafiz dah cukup waras untuk membezakan mana indahnya berlian dan mana rapuhnya kaca.

Aku harap walaupun Hafiz dan Fara bukannya saudara mara kita, tetapi mereka juga seagama dengan kita yang LAYAK untuk mendapatkan doa dari tangan mereka yang membaca artikel ini.

Tidak ada cacatnya Hafiz, tidak ada celanya Fara. Hanya takdir yang menentukan...segalanya telah berakhir di sini.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” -Surah Al-Baqarah (ayat 216)

.
Ikhlas dari 'abangmu',

SYAHRIL A. KADIR
Kuala Lumpur.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154478731393050&id=821928049

Kenapa Ada Pakej Haji Yang Mahal & Selesa ? Kan Patutnya Manusia tu Sama Sahaja.



Kenapa Ada Pakej Haji Yang Mahal & Selesa ? Kan Patutnya Manusia tu Sama Sahaja.
.

Tuan puan yang dimuliakan,

Hari ini sudah 6 Zulhijjah.

2 hari lagi masuk hari tarwiyah, kemudian hari arafah dan seterusnya hari nahar untuk mula menyembelih binatang.

Musim-musim haji ini ada komen-komen pasal haji pakej. Seperti yang kita maklum, haji pakej ini memang kena bayar lebih dari yang pergi ikut muassasah.

Pakej haji pun tidak semua sama. Ada yang pakej biasa-biasa. Lebih kurang sama sahaja dengan yang pergi haji ikut muassasah. Hotel jauh dengan masjid.

Ada yang pakej VVIP. Yang ini memang ada banyak bezalah. Dekat dengan Masjidil Haram. Tapi kalau jenis dah azan baru nak turun hotel tetap tidak dapat solat betul-betul depan Kaabah.

Pakej Haji VVIP ini memang lebih lebih lebih selesa. Sebab ada blog yang share pasal pakej haji VVIP ini dan ada yang bersuara sumbang bila tengok disajikan udang kara (lobster).

Tuan puan yang dimuliakan,

Haji ialah wukuf di Arafah.

Hari Arafah ini merupakan gambaran padang mahsyar.

Dalam hadis yang sahih ada disebut 7 golongan yang mendapat perlindungan Arasy semasa di padang Mahsyar. Sejuk. Selesa.

Pada masa yang sama, ada hadis lain yang menyebut jarak matahari nanti cuma sejengkal dari kepala. Panas. Ada dikalangan kita nanti yang tenggelam dalam peluh sendiri. Peluh ni bau busuk ke wangi ?

Apakah hadis ini berlawanan ? Tidak.

Gambaran ini memang ada di padang Arafah ketika hari wukuf. Perlindungan dari kepanasan itu berbeza-beza. Jemaah haji Malaysia walaupun pergi dengan muassasah masih tetap ada perlindungan dari terik matahari. Walaupun begitu, keadaanya berhimpit dan begitu terasa bahangnya.

Namun ada jemaah haji yang tidak mempunyai perlindungan apa-apa. Bila nak masuk menumpang khemah, ada syeikh muassasah halau mereka dari masuk dalam kawasan khemah. Dalam keadaan panas terik mereka pun terpaksa pergi dengan air minum pun tiada di tangan.

Pakej haji VVIP sudah tentu mendapat perlindungan yang lebih selesa dan berbeza dengan haji muassasah. Makanan lebih sedap. Tidak berhimpit. Bilik air / tandas lebih baik.

Keadaan bilik air / tandas di Arafah untuk muassasah dapat mengingatkan kita kepada keadaan matahari sejengkal dari kepala yang menyebabkan kita ditenggelami peluh sendiri yang busuk itu. Untuk mereka yang mahu sedar dan ambil pengajaran.

Tuan puan yang dimuliakan,

Pengajarannya adalah kalau di dunia kita dah berusaha bersungguh-sungguh cari duit, maka kita dapat beli keselesaan tersebut. Allah telah bukakan sedikit gambaran mahsyar sejak di dunia lagi melalui hari wukuf di Arafah untuk kita ambil pengajaran kepada yang mahu mengambilnya.

Di Mahsyar nanti, nak dapat keselesaan VVIP pun boleh. Maka kita bersamalah berusaha bersungguh-sungguh berbuat kebaikan di dunia ini. Mudah-mudahan kita dapat masuk dari salah satu dari 7 golongan yang dimaksudkan:

(1) Pemimpin yang adil

(2) Orang muda yang tekun beribadah

(3) Individu yang hatinya terikat dengan masjid (istiqamah solat 5 waktu di Masjid)

(4) 2 orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah

(5) Individu yang diajak berzina oleh seseorang yang mempunyai kedudukan, harta, cantik / hensem dan menolaknya kerana takut kepada Allah.

(6) Orang yang bersedekah sehingga tangan kiri tak tahu apa yang tangan kanan beri.

(7) Orang yang ingat Allah, zikir, tahajud sehingga mengeluarkan air mata.

Nik Abduh: Menjawab Fitnah Terhadap TGNA

September 7, 2016



Menjawab Fitnah Terhadap TGNA

Saya diminta untuk menjawab, sekurang-kurangnya bagi pihak keluarga, atau sebaik-baiknya atas nama Ketua Pemuda PAS Malaysia, perihal dakwaan oleh seorang bekas pemimpin PAS yang dipecat bahawa jika al marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat masih ada, maka dia akan memilih untuk masuk PAN, parti baru serpihan PAS. Alasan yang diberi, PAS sudah keluar dari landasan asal perjuangan. Kelantan kini tidak lagi Kelantan yang dulu.

Saya kata, saya sudah menjawabnya di laman sosial saya di FB. Pendek dan sinis sahaja. Pada saya ia mencukupi. Sekuntum dua bunga seroja mencukupi untuk dipadankan dengan wajah yang memang sedia ayu dan menawan. Kuntuman segar bunga istiqamah dan amanah yang kembang pada tubuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah mencukupi bagi mereka yang mahukan qudwah dan contoh dalam kehidupan beranjau dan berduri ini.

Tetapi sebahagian mahukan yang lebih panjang dan lebih menjelaskan. Setiap fitnah walaupun terlalu teruk untuk dipercayai, akan tetap ada telinga yang sedia menadah dengar sebagai terapi bagi jiwa yang sudah lama sakit dan tidak sedia diubati lagi. Ia akhirnya hanya boleh hidup melalui ubat pelalian dengan dos yang tinggi. Fitnah dosnya memang tinggi. Akhirnya fitnah jika dibiar berkembang, ia akan membaham mangsa baru yang tidak berdosa.

Hidup seseorang muslim itu nilainya pada hujung hayatnya. Sampaikah dia ke destinasi yang ditujunya. Jika dia menuju Allah, sehebat mana perjalanan hidupnya menuju Allah itu, hebat itu hanya kekal terpakai apabila dia memang sampai kepada Allah di hujung hayatnya. Awalnya, tengahnya sehinggalah hujungnya adalah tauhid. Jika tidak, ia sama sahaja, apa erti hebat memandu dalam perjalanan yang jauh menuju destinasi, tetapi hujungnya berakhir di hospital atau terjun longkang?

Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kita meyakini pada zahir yang kita lihat bahawa dia telah mengakhiri hidupnya dalam istiqamah menuju Allah. Hidupnya untuk Allah. Dia berjuang demi Allah.

Demi menjaga kekuatan dirinya dalam perjalanan, dia memilih sedari mudanya untuk mengenderai parti PAS sehinggalah akhir hayatnya. Tak pernah bertukar atau tersentak atau terhenti.

Itu haknya yang nyata. Haknya ke atas semua adalah menyebut istiqamahnya itu. Menyatakan sebaliknya adalah memperlekehkan nilai istiqamahnya dalam hidupnya itu.

Ertinya, jika saya masuk PAN (semoga dijauhi Allah), demi menjaga hak istiqamah ayahanda, saya mesti berkata bahawa saya telah memilih untuk berbeza pandangan daripada ayahanda. Saya sama sekali tidak boleh berkata, jika ayahanda masih ada, dia pun akan pilih jalan saya yang baru ini. Itu perlecehan yang nyata ke atas hak orang yang telah pergi kepada tuhannya dengan penuh kemuliaan.

Itu pertama. Yang kedua, dalam PAS ayahanda Tuan Guru adalah sejarah hidup dan jatuh bangun PAS. PAS membinanya dan dia jugalah yang begitu membina PAS. Dia pernah mentaati dan dia pernah ditaati. Dia memandu dan dia dipandu juga. Puluhan tahun lamanya. Yang tua, yang muda, yang lama dan baru semua pejam celik dengan wajah ayahanda menjadi wajah PAS.

Berapa kali PAS berkrisis dan berpolemik. Terserpih dan pecah. Tewas dan jatuh. Ditertawa dan diperlekeh. Tenggelam dan hilang. Akhirnya saat PAS bangkit, ayahandalah yang di depan menangkis dan menjulang. Dia adalah tanpa was-was dan tanpa ragu-ragu sedikitpun bahawa Islam adalah perjuangannya dan PAS adalah kenderaan dan jamaahnya.

Jika hanya dengan krisis terbaru yang sempat dicium oleh ayahanda sendiri sebelum dia pergi itu dijadikan alasan untuk menukar sinar sejarah perjuangan sucinya dengan PAS yang penuh istiqamah, maka itu adalah perlecehan yang nyata. Mempercayainya adalah penghinaan terhadap diri sendiri bagai melahap bangkai fitnah yang busuk dan menjengkelkan.

Ketiga, saksi-saksi adalah nyata bahawa ayahanda menolak PASMA dan serangan-serangan dalaman oleh beberapa pimpinan PAS pada masa itu terhadap PAS. Saya, keluarga, ahli jamaah masjid Pulau Melaka, apatah rakan-rakan pimpinan PAS di Kelantan dan di luarnya yang lama bersama ayahanda, semua mengecam dan melihat kemarahan dan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan-tindakan mengkritik Majlis Syura Ulama dan presiden PAS sendiri oleh pimpinan PAS yang hari ini berkumpul di dalam PAN dan membedil PAS dengan bantuan DAP sesudah kalah membedil PAS daripada dalam.

Dato Husam Musa jangan menipu diri sendiri bahawa hari-hari akhir ayahanda adalah hari-hari akhir yang tidak indah buat hubungan dirinya dengan ayahanda. Jangan kaitkan dengan alasan sekatan-sekatan oleh keluarga atau sesiapa. Lebih setahun ayahanda berehat dari kerusi Menter Besar sebelum perginya adalah masa yang mencukupi untuk dia memerhatikan seluruh tindak tanduk anak-anak buahnya yang kini bersama bekerja bersama Menteri Besar baru yang menjadi pilihannya.

Kerana tindak tanduk sesetengah pimpinan termasuk Dato Husam yang bersifat 'memberontak' itulah yang mendorong ayahanda secara berterus terang menuntut ahli PAS memberi wala' dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama PAS. Sila rujuk siaran-siaran di akhbar-akhbar pada masa itu.

Adakah anda ingin memperlecehkan persaksian nyata itu dengan senjata fitnah yang membunuh kebenaran dan hakikat?

Keempat, Benarkah Kelantan hari ini sudah tidak lagi seperti dulu?

Ya, Kelantan dulu ada aura Tuan Guru. Kelantan dulu ada style dan cara Tuan Guru. Kelantan dulu ada sentuhan Tuan Guru. Ya, itulah bezanya.

Jadi, adakah itu ukurannya perjuangan PAS di Kelantan berubah? Jika anda berkata ya, saya berkata, padanlah anda masuk PAN pun..

Anda sering menggambarkan yang manis-manis dari zaman Tuan Guru untuk anda bandingkan dengan yang pahit-pahit dari zaman YAB Dato Ahmad Yaakob.

Mengapa kejayaan-kejayaan oleh Dato Ahmad Yaakob yang tak berlaku di zaman Tuan Guru tidak diangkat dan dipuji?

Saya akan menulis mengenainya nanti insya Allah. Kelantan boleh jatuh bila-bila masa pun. Tapi janganlah kerana fitnah dalaman yang memusnahkan sejuta kebaikan sedia berkembang mekar.

Kelantan pernah boleh jatuh bila-bila masa pun pada PRU11 2004 dulu. PAS Kelantan bergayut pada majoriti satu kerusi yang menang dengan kelebihan 2 undi.

Tetapi kerana api fitnah dalaman tiada, PAS mara dan kembali mengukuh sehingga kini.

Pesan saya, siapa pun boleh membakar dengan bahan bakar fitnah. Tetapi ingat, anda tidak akan memuliakan hidup sendiri dengan pekerjaan sebagai pencetus fitnah, bukan pencetus ummah.

Surat Bekas Model Playboy Berkenaan ISTIQAMAH Dalam Berubah



Benarlah bila orang berkata...hijrah itu sebenarnya mudah.

Istiqomah itu yang susah.

Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh berita tentang seorang saudari dan seorang saudara kita yang melambai kain putih tanda mengalah di pertengahan jalan penghijrahan mereka.

Mengejutkan?
Benar, tetapi pada masa yang sama, saya teramat memahami apa yang mereka lalui.

Saya turut mengalami perkara yang sama, setiap hari. Tetapi bagi saya, saya cuba lalikan diri saya daripada tohmahan, makian dan sindiran manusia.

Bagi saya, banyak lagi perkara yang penting dalam hidup ini untuk dibuat...daripada hanya cuba memuaskan hati dan menutup mulut manusia yang tidak menyumbang kepada penghijrahan kita.
Yang hanya tahu mencari kesalahan dan aib kita walaupun kita sedang berusaha menjadi lebih baik.

Misalnya, menjaga keluarga kita, mencari rezeki yang halal, membuat kerja amal, melebihkan dan menyempurnakan ibadah, etc etc.

Tidak perlu kita terlalu mengambil berat apa yang negatif yang keluar dari manusia yang sentiasa berfikiran dan mengucap yang negatif sahaja.

Fokuskan pada yang positif.
Fokuskan pada yang membina.
Fokuskan pada yang ikhlas.

Istiqomah itu terlalu susah, saya tahu.
Tetapi hijrah dan Hidayah itu juga teramat mahal dan berharga. Tidak semua dikurniakannya.

Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri, dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya.
Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang.
Kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf.
Tetapi itulah manusia.

Namun cubalah sedaya upaya, kekalkan pendirian untuk berhijrah...bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT.

Kalau tak boleh Hijrah laju-laju, hijrah lah slow slow.

Lebih baik perlahan tetapi istiqomah...daripada laju tetapi cepat mengalah.

Bagi yang suka menyindir, berburuk sangka, memfitnah dan menghasut orang-orang yang berusaha untuk berhijrah...bertaubatlah.
Mulut tu Allah SWT berikan untuk mengucap yang baik-baik sahaja.
Biarlah syaitan-syaitan sahaja yang buat kerja mereka tu.

Kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu.
Daripada bekas model P*y ini.

Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqomah.
Berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah.

Kisah Sebenar Guru Patah Tangan Ditangkap Polis



Bekas wartawan/sukad cakna Kota Bharu, Sheikh Ashrof (kiri). Sheikh sekarang ni dah jadi chegu, mengajar di sekolah di Lenggong, Perak. Dia alami cedera patah tangan kiri akibat dipulas oleh dua anggota polis berpakaian biasa.

Kisahnya, pada hari kejadian, Sheikh baru balik dari kelas tambahan utk anak muridnya yg menduduki UPSR semalam. Sebaik keluar dari sekolah, dia nampak ada dua lelaki memakai topi keledar mendekatinya.

Sheikh sangka lelaki itu orang jahat@kaki gaduh, lalu cuba larikan diri. Tapi dia dikejar dan nasib Sheikh tak berapa baik. Dia dapat ditangkap dan berlaku pergelutan. Dalam pergelutan itu, Sheikh digari. Situlah, dlm keadaan sakit Sheikh tahu dua lelaki itu anggota polis cawangan dadah.

Tapi apa kesalahannya? Dua ekor polis tu kata Chegu Sheikh disyaki mengisap dadah. Cikgu Sheikh kemudian dibawa ke balai polis dlm keadaan cedera (tangan patah).. Selepas soal siasat dan air kencing diambil (negatif), Sheikh minta hubungi guru besarnya. Selepas guru besarnya dtg balai mengesahkan Sheikh adalah guru di sekolahnya, barulah polis membebaskannya.

Tapi polis tak minta maaf pun, apatah lagi nak hantar Sheikh ke hospital. Guru besar lah yg hantar Sheikh ke hospital utk rawatan. Bertabahlah sahabat. Kita ni sentiasa menjadi mangsa atas syak wasangka pihak berkuasa. Kalau mereka siasat tanpa mencederakan, kira okeylah. Ni tidak.. tumbuk, sepak, repih tangan dulu baru nak soal siasat.

ABANG-ABANG DAN AKAK-AKAK, MINTA LIMA MINIT BOLEH? ABAM NAK CERITA SIKIT KENAPA KITA MESTI SOKONG PINDAAN RUU AKTA 355?

September 6, 2016



ABANG-ABANG DAN AKAK-AKAK, MINTA LIMA MINIT BOLEH? ABAM NAK CERITA SIKIT KENAPA KITA MESTI SOKONG PINDAAN RUU AKTA 355?

Gua nengok je gelagat Siti Kasim masa forum kat Karangkraf semalam. Tapi bagi gua, tu hal dialah. Cara dia semalam pun dah tunjuk 'siapa dia' yang sebenarnya, so gua peduli apa.

OK, gua nak declare yang gua sokong 100 peratus pindaan ni!

Sebelum pergi jauh, basically pindaan ini BUKAN nak wujud undang-undang baru ye cik senah. Ni nak memperkasakan Mahkamah Syariah, itu je pun. Dan pindaan ini TIDAK MELIBATKAN LANGSUNG ORANG BUKAN ISLAM, itu penting tu...tolong bagi pemahaman pada Ah Fook, Arumugam dan Sukhvinder andai depa tanya kat hangpa.

Lagipun last kita pinda benda alah ni almost 32 tahun lepas, dah berlapuk, bersawang bagai.

Pindaan ini penting sebab sebelum ini hukuman mahkamah syariah terbatas kepada hukum maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syar'ie. Alahai...low classsnyalah...nama je hakim syariah...pesalah kalau tahu dia leh gelak guling-guling! So dengan pindaan ini, kita nak bagi kuasa agar pesalah syariah gerun sikit, jangan ingat mahkamah syariah ini cikai je!

Apa yang dicadangkan, hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati...contoh HUKUMAN MAKSIMUM seperti 100 sebatan pada pesalah.

Kejam? Rileks...sebat syariah ni bukan macam sebat kat Penjara Kajang brader. Kalau sebat kat Penjara Kajang tu, baru tiga empat kali libas buntot kau dah pecah berdarah, berkecai kulit-kulit!

Tapi sebat ala syariah ni macam kau kepit buku kat ketiak je. Masa nak hayun rotan tu buku tu tak boleh jatuh...so boleh bayang tak 'lembutnya' sebatan itu. Aku rasa cikgu besor sebat kau kat perhimpunan pun lagi sakit!

Pada yang TAKUT SANGAT pindaan ini 'buka jalan' pada hukum hudud, meh abang nak bagitahu. Dalam Malaysia ni nak buat hudud kena pinda TIGA perkara dalam perlembagaan, kena dapat sokongan 2/3 atau 148 orang Ahli Parlimen. La ni kalau campur semua Ahli Parlimen beragama Islam, kita baru ada 135 orang, still tak boleh buat apa pun - kecuali ada YB bukan Islam pun sokong, ko raser?

So abam pendekkan cerita, orang Islam macam kita ni patut bagi sokongan tak berbelah bagilah mengenai pindaan ini. Ini bukan sebab ko Pas atau UMNO, ini sebab untuk meninggikan martabat agama juga. Ok what?

Sorrylah, abam bukan peguam. Abam tak reti nak guna bahasa peguam. Tapi abam pun study juga bab pindaan ni, bukan main tulis je cuma yelah benda nampak simple tapi banyak lagi selok-belok perundangan yang perlu diperhalusi. Kita bagi mereka yang ahli lah untuk menanganinya. Kalau nak tau lagi, jumpalah yang arif-arif lagi bijaksana.

Abam nak sambung kerja. Bos dok ingat abam tengah tulis sajak cinta ni kah kah kah!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154474410263050&id=821928049

Catatan Terbuka untuk Siti Kasim



Catatan Terbuka untuk Siti Kasim,

Saya bukanlah Da'ie, apatah lagi Pencetus Ummah. Saya cuma seorang manusia yang takutkan Allah. Di sini saya coretkan "sms" ringkas buat seorang peguam yang bernama Siti Kasim.

Siti, kamu mengaku seorang Melayu dan Islam, tetapi kau enggan melihat mahkamah Syariah dinaiktarafkan. Siti, kenapa kamu enggan dengannya sedangkan kamu bukan seorang penjenayah yang bakal menerima hukuman baru tersebut?

Siti, kamu sendiri mengatakan Sivil tidak boleh menjatuhkan hukuman sebat ke atas seseorang yang berumur 50 tahun ke atas. Siti, kalau penjenayah berumur 50 tahun merogol anak perempuan kamu, dan dijatuhkan hukuman minima penjara 5 tahun (seksyen 376), apakah kamu rasa ianya berbaloi dengan tekanan psikologi yang anak kamu alami seumur hidupnya?

Siti, kamu menanyakan kenapa kamu perlu ikut semua ni kerana kamu menganggap ia adalah antara kamu dan Tuhan. Siti, percayalah, kamu tak perlu ikut semua ini andai kamu berada di planet yang bukan diciptakan Tuhan!

- Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohd Fadzil

Surat Haleza Hilmi Kepada Safiey Ilias



Bismillahirrahmanirrahin. Assalamualaikum wbt Safiey Ilias.semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihAllah swt, Aamiin
.
.
Ni kali pertama Kak Ija kirimkan mesej pada Safiey Ilias. Safiey apa kabar? Moga Safiey sihat hendaknya, Aamiin
.
Pertama Kak Ija nak ucapkan terima kasih sangat sangat kerana Safiey banyak memberikan kami kesedaran, di mana kami ni ,ada buat silap, ada kekurangan diri sendiri, banyak tutur kata , penulisan kami tidak kami jaga sehingga menyebabkan Safiey tersinggung. Maafkan kami Safiey. :'(
.

Kak Ija selalu baca post post Safiey, selalu bagi motivasi sampai Kak Ija kagum MasyaAllah, memang kuat Safiey ni. Sungguh! Kami kagum dengan anda yang sentiasa memberikan kami inspirasi dan motivasi, kami pun tak mampu nak jadi hebat macam Safiey. Terima kasih Safiey sebab selalu bagi kami semangat dalam hidup kami. BarakAllahu Fiik.
.
Dan sebenarnya ada sekali tu Kak Ija dijemput untuk satu program Forum ni dimana, kita akan digandingkan dalam forum tu. Masa tu seronoknya dan tak sabar nak berforum dan mendengar perkongsian dari Safiey, namun kita merancang Allah juga merancang, sebaik baik perancang adalah perancangan Allah, Safiey tak dapat turut sama dalam forum. Tak apalah, mungkin ada rezeki lain in sha Allah :)
.
Safiey, betapa kami semua memerlukan doamu untuk kami juga menjadi orang yang baik dan semakin baik di sisiNya, kami juga insan pendosa. Kami sendiri banyak khilaf,kelemahan , dan kami sendiri pun kena cermin diri kami sendiri. Orang macam Safiey dan kawan kawan Safiey banyak bagi kami sedar yang banyak kelemahan kami kena perbetulkan. Terima kasih menjadi asbab untuk sedarkan kami ๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ˜ญ
.
Jom kita sama sama berjemaah saling bantu membantu, menyokong , saling mendoakan, berkata yang baik baik, kita sama sama minta Allah jaga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya sehingga nafas terakhir. Aamiin. Safiey, kami sentiasa ada bersamamu, doa kami mengiringi
.
Safiey,Kak Ija yakin Allah sayang Safiey sangat sangat. Begitu juga dengan kami semua. Betul kan sahabat semua?.....
.
Andai perjuangan itu mudah,
Pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan itu menjanjikan kesenangan,
Pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu,
Turun naiknya,sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tidak terhingga,
Andai rebah, BANGKITLAH SEMULA,
Andai terluka,INGATLAH JANJINYA

Surat 'Nasihat' Da'i Wan Kepada Safiey Ilias



Ini gambar pertama kali kita bertemu dalam aturan Allah swt, Safiey Ilias.

Wan tidak punya panjang bicara lagi, kerana kita sudah bercakap dalam What's app hampir 1 jam tadi dengan bertujuan untuk pujuk Safiey, istiqomah semula.

Namun malam ini, Wan tak berjaya.

Safiey, kata hati penat. Letih. Tak tahan lagi dengan semua ini. Fed up.

Wan tenangkan Safiey lagi, berkali-kali juga.

Untuk jangan..

Untuk sabar.....

Seluruh ahli keluarga Safiey pun melakukan yang sama.

Wan terfikir ditempat ahli keluarga Safiey, jika Wan menjadi salah seorang dari ahli keluarga Safiey, pasti Wan akan terasa:

"Kadang-kadang dia tak tahu betapa kita sayangkan dia. Dia tetap dengan pilihan dia sahaja."

Mengapa disimpan pada hati sendiri dan biar ia terluka seorang diri Safiey, sedangkan kami yang mendoakan, tetap sahaja bersama.

Safiey, pandanglah kami yang terdekat ini, jika yang jauh boleh mengecammu.

Kami yang dekat ini tidak Safiey lihatkah, mereka yang jauh dengan kecaman, itu yang Safiey pertimbangkan.

Wan telah pesan tadi.

Kini bukan waktunya menilai dengan hati. Kerana ia berada dalam keadaan sakit, penat dan terluka.

Gunakan anggota lain waktu ni Safiey, ia adalah akalmu. Cari masa untuk kuat semula. Gunakan ia untuk melawan dan bermula baru dengan berhikmah. Lakukan atas nama dakwah. Bukan atas jagaan hati dan pandangan manusia lagi, sebab itu kamu penat, kamu kecewa, kamu terduduk sebentar sambil tertunduk.

WaAllahi, Allah akan bantu kamu Safiey.

Safiey,

Cuba lihat apa yang telah kamu miliki hari ini?

"Ahli keluarga yang selalu bersama dalam pahit manis liku hidup Safiey, sahabat2 dekat yang tahu Safiey lebih dari semuanya, rakan2 perniagaan yang menjadikan kamu contoh usahawan berjaya, agamawan yang memandang hijrah Safiey sebagai satu kesan baik pada agama & orang-orang sekeliling yang pernah titipkan masa mereka untuk dengar luahan dan kisah Safiey diserata Malaysia."

Kalau pun Safiey penat, kecewa, letih kerana mereka yang acapkali menghentam, mengkritik, negatif viewers.

Ketepikanlah semua itu malam ini, semata untuk Allah dan kami. Kesiankanlah kami yang bersamamu ini. Fikirkanlah kami juga.

Janganlah kembali seperti dulu, Safiey.

Sabarlah...

Sabar...

Sabar.

Semakin Safiey sabar, semakin tinggi darjatmu disisi Allah, apatah lagi malaikat, apatah lagi manusia.

Safiey, this is for you.

"Tiada insan suci yang tidak punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan."

Ini ungkapan yang pernah Safiey ungkapkan dulu sewaktu Wan tonton kamu Live di Tv, dan kamu menangis kerana Hidayah-Nya.

Atas nama syukur, pertahankanlah ia.

Pertahankannya.

Yang benar, Da'i Wan.

Terkini: Luahan Hati Safiey Ilias, Menjadi Makyah Semula



Assalammualaikum semua . Sebelum tu saya nk mintak maaf andai posting ni panjang lebar . Cuma ini luahan saya .
.
Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah . Sebab apa jua yg saya buat masih ada org tetap tak puas hati dan mempertikai . Saya jadi pondan org hina , saya jadi lelaki pun org hina dan org pertikai . Ada yg kata saya tunggang agama , ada yg kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari . 1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tp kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya . Saya dh jadi lelaki pun org tanya mana misai dan janggut saya . Entah lah . Saya fedup .
.
Terus terang cakap saya penat sgt2 dan tak tahu nk tuju kemana lagi untuk bawak diri . Setiap apa yg saya lakukan semua org masih tak puas hati . Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dgn pelbagai kata2 hinaan . Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni . Sumpah saya penat sgt2 . Sana sini org fitnah , dan org tak habis2 kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes . Memang agaknya korg tak boleh pisahkan dua benda ni drpd saya . Maaf tapi bisnes saya dh meletops 3 tahun lalu sejak saya menjadi pondan lagi . Tak perlu nk ckp saya berhijrah sebab bisnes saya tengah down , nak bayar Hummer tak boleh bayar , saya jual kereta mini Cooper sebab bisnes tengah lingkup , dan bermacam lagi dakwaan lain . Saya penat lah dengan semua ni . Saya tak penah ada masalah kewangan !
.
Saat ni , hari ni , saya betul2 nak mintak maaf dkt semua followers saya yg mengkagumi saya tak kesah lah atas apa jua sebab sama ada pghijrahan saya mahupun kejayaan bisnes saya , saya ambik keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dh terlalu penat melalui dugaan yg tak pernah putus2 . Saya dh penat nak layan dan hadap tohmahan korg semua bila saya jadi baik pun org bercakap . Biarlah saya menjadi diri sendiri dan happykan diri saya ikut cara saya .
.
To all my family , saya mintak maaf sgt2 sebab kecewakan harapan akak2 saya dan mak ayah saya . Tak perlu lah nk libatkan mereka dalam keputusan yg saya ambik hari ini sebab mereka pun sedih dan kecewa . Tak perlu libatkan mereka apa2 dan tak perlu nak blame mereka mcm korg blame saya . Keputusan saya ni biarlah saya yg tanggung dan biarlah saya yg hadap . Hanya family yg tahu apa yg saya lalui .
.
Kepada kawan2 saya terutama Harry Zulkifli , aku harap ko terus tabah dan istiqomah dalam penghijrahan yg berliku dan pedih ni . Maafkan aku sebab tarik ko berhijrah dlu tp aku yg terkandas dlu . Aku dh pnat sgt2 dan ko sendiri yg tahu apa aku lalui . Teruskan melangkah dan doakan aku .
.
Kepada Sheikh Sulaiman , Azie Shaziana dan Syarifah Furaiha , maafkan saya tau sebab saya telah mengalah dan tewas kali ni . Korg baik sgt2 dan sentiasa beri moral support pada saya . Thanks u jugak kepada org kuat Al Hijrah yg mesej saya tadi dan siap doakan saya di depan Kaabah tadi . Thanks u juga pada ustaz2 dan Daie Wan Dazrin sebab whatsapp saya tadi . Maafkan saya buat anda semua kcewa .
.
Akhir kata , doakan saya semoga penamat hidup saya dikembalikan dalam keadaan yg sebaik baiknya . Thanks u sangat2 sebab korg sentiasa mendoakan saye . Harap Allah beri ruang untuk saya .
.
So sorry sahabat2 semua . Saya penat . Lepasni korg nk cakap apa korg cakap lah saya dah tak kesah . Now saya buktikan kpd korg semua saya tak kisah bisnes saya lingkup atas keputusan saya ni sebab saya tak pentingkan bisnes dah ! Stop cakap saya berubah itu ini sebab bisnes dan duit . Perlaking saya meletops dlu sebelum saya berhijrah lagi . Biarlah saya menjadi diri saya sendiri . Kalau nk viralkan pun saya tak kisah dan saya tak akan jawab apa2 dah pasal isu ni . Org dh jadi jahat dan jahil , nk ckp apa pun cakap lah dh memang kita jadi jahat .
.
Ig ni ig betul saya . Ada pihak siap buat akaun fake dah nak tambah followers . Pelik2 korang ni . Saya give up . Sorry again . Wasalam . Nite

Kenyataan Media Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan

September 4, 2016



Fafau batalkan perkahwinan

KENYATAAN MEDIA

Assalammualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Rakan-rakan media yang saya hormati,

Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

Keputusan untuk membatalkan rancangan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi.

Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk saya ambil.

Namun setelah memikirkan perkara ini dengan sedalam-dalamnya, juga memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT serta membincangkan perkara ini bersama kedua orang tua dan keluarga terdekat saya, saya tekad untuk tidak meneruskan pernikahan dan percaya bahawa keputusan ini adalah yang terbaik.

Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah SWT dan tentu sekali ada hikmah yang menanti.

Rakan-rakan media yang saya hormati,

Saya berharap kenyataan yang saya keluarkan ini secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir rakan-rakan wartawan yang barangkali sudah menghidu berita ini.
Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran. Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.

Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini.

Bagi pihak saya dan keluarga, saya ingin merakamkan penghargaan yang tulus pada rakan-rakan media yang sentiasa berada di samping saya dalam menyokong perjalanan kerjaya dan hidup saya selama ini. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.

Terima kasih.

Salam hormat,

FARA FAUZANA
4 SEPTEMBER 2016

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.