News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

IJTIMAK TARBAWI 5.0: CATATAN PERIBADI SEORANG MAHASISWA

October 28, 2016

IJTIMAK TARBAWI 5.0: CATATAN PERIBADI SEORANG MAHASISWA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau pernah dikenali sebagai Parti Islam Se-Tanah Melayu pada awal penubuhannya telah lama menegaskan bahawa parti tersebut mempunyai pelbagai fungsi (multi-functional) bertujuan mencerap Islam sebagai satu agama yang tidak kaku dan beku sebaliknya cuba menggarap Islam sebagai agama yang praktikal dan realistik.

Berbeza dengan agama lain yang telah dirombak definisi-definisi asas mereka dan telah diletakkan di tempat yang terlalu suci seperti agama selain Islam, tidak praktikal dalam ruang kehidupan manusia selain daripada segmen ritual untuk mengekalkan nilai spiritual manusia. Itupun mereka gagal mengekalkan nilai spiritual yang dicanang mereka kerana tempias sekularisasi yang pertama kali digerakkan secara efektif oleh Martin Luther King.

PAS sering dicanang oleh pemimpin mereka bahawa PAS merupakan parti yang mampu berfungsi dalam berbagai ruang hidup masyarakat termasuk aspek politik, pendidikan dan PAS juga terus menerus meletakkan diri mereka secara serius sebagai parti yang mempelopori agenda menyeru manusia kembali kepada Allah swt. Seringkali terma-terma yang disisip bersama dengan PAS adalah TARBIYAH, DAKWAH, SIYASAH. Pernah ditegaskan oleh al Marhum al Ustaz Tuan Guru Harun Taib yang pernah menjawat sebagai Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat bahawa PAS bergerak secara beriringan dalam tiga jalur iaitu dakwah, tarbiyah dan siyasah.

PAS membuktikan kepada umum bahawa ia akan terus serius menggalas 3 tugasan utama ini. Dan beberapa hari lepas, PAS telah berjaya mengadakan program Ijtimak Tarbawi 5.0 dengan kehadiran secara keseluruhan mencecah hampir 8000 ke 9000 orang yang merangkumi segenap lapisan masyarakat antaranya anak muda, para mahasiswa, orang tua yang telah mencecah umur emas dan kaum wanita dengan anak-anak kecil mereka.

Apa Yang Menarik Secara Umumnya Dalam Setiap Program PAS?

Pertama, kita semua hairan dan pelik dengan kesungguhan ahli-ahli PAS untuk menyertai program ini. Mereka tidak dibayar wang ringgit untuk datang. Tetapi mereka mesti membayar yuran RM15 untuk sebuah buku teks. Tidak disediakan penginapan yang selesa kerana saya mendapati rata-rata mereka hanya menumpang di masjid, surau, PASTI dan bangunan-bangunan pejabat PAS yang tidak selesa sebagaimana rumah mereka.

Berbeza dengan program parti lain sudah tentu mereka akan mendapat imbuhan tertentu dan penginapan dan pengangkutan yang kondusif telah disediakan pihak penganjur. Peserta ijtimak sering berpanas dan duduk di atas padang sahaja kerana ruang di bawah khemah tidak cukup. Mereka datang dengan senyuman dan semangat. Saya sempat bertegur sapa dengan beberapa pakcik tua. Mereka boleh dianggap sebagai warga veteran dengan pakaian yang ala kadar serta tidak kemas bagi kita. Akan tetapi, mereka tetap datang berbekalkan semangat dan keikhlasan mereka.

Ada yang berkongsi kurma biji kepada saya untuk makan dan semasa slot pengisian yang memerlukan teks perbincangan sempat seorang pakcik uzur bertanya kepada saya berapa ringgit yuran pendaftaran untuk mendapatkan teks nota tersebut. Saya menilai daripada pakaian pakcik tersebut mungkin pakcik tersebut tidak mampu untuk mendaftar.

Mungkin untuk program seterusnya, PAS boleh menyediakan satu 'booth' khusus untuk ahli-ahli mereka yang benar-benar tidak mampu untuk mendaftar agar mereka boleh mendaftar secara percuma. Lebih mengejutkan semasa ijtimak, terdapat satu buku akaun Tabung Haji peserta tercicir. Daripada buku itu, saya dapati pemilik buku tersebut tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kemungkinan beliau melakukan simpanan dari awal lagi untuk beliau gunakan sebagai perbelanjaan menghadiri program. Catatan akhir dalam buku tersebut mempamerkan baki tidak sampai seratus ringgit. Mungkin itulah sahaja simpanan beliau.

Padahal PAS tidak pernah memaksa mana-mana ahli mereka untuk datang. Akan tetapi, pengorbanan dan kesungguhan ahli mereka sangat tinggi dan selayaknya dipuji kerana ketulusan dan kesungguhan mereka tidak ada pada mana-mana organisasi dan pertubuhan lain. Mereka mengeluarkan duit perbelanjaan mereka sendiri untuk apa yang mereka yakin.

Kedua, PAS tidak meninggalkan aspek keilmuan dan nilai intelektual dalam ahli mereka. Parti politik boleh untuk tidak menekankan hal ini dan menumpukan kepada kerja politik semata-mata, memberi penerangan berkait isu politik semasa dan membongkar penyelewengan kuasa pemerintah sahaja. Tetapi tidak bagi PAS. Mereka mahu melahirkan generasi pelapis yang berkualiti. Seingat saya, slot yang betul-betul bertemakan agenda politik adalah slot pada malam kedua iaitu sesi Pidato Pindaan Akta 355 RUU Persendirian kerana pindaan tersebut memerlukan kehendak politik (political will).

Slot ini menjadi slot bukan kegemaran saya kerana saya tidak gemar mendengar ucapan yang tema utamanya ialah sentimen politik. Pada malam itu juga baru saya dapat mendengar ucapan pemimpin rakan parti politik yang memeterai persetujuan dengan PAS iaitu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, pemimpin parti Ikatan.

Selain slot tersebut, pengisian spiritual seperti solat hajat dan munajat serta sesi qiamullail turut diadakan. Bahkan, malam pertama ijtimak dimulakan dengan sesi kuliah maghrib oleh al Ustaz Tuan Guru Zulkifli Ismail, yang juga merupakan Mudir Pondok Baitul Qurra' bertajuk Ancaman Sekularisme.

Selain itu, Ustaz Zaharudin Muhammad juga turut menjadi speaker dalam satu slot perbincangan Maqasid Syariah yang menjadi slot kegemaran saya. Bagi saya, beliau telah berjaya membawa topik berat ini dengan sangat ilmiah dan santai menelusuri perbincangan sekitar sejarah fiqh dan usul fiqh dan mencerap kitab ar Risalah tulisan Imam Abu Musa Ash'ari (Imam Syafie). Imam Syatibi menjadi orang pertama menggunakan terma Maqasid Syariah di dalam bukunya al Muwafaqat dan metod Imam Abu Hanifah dibukukan oleh Imam as Shaibani.

Apa yang saya boleh rumuskan ialah ilmu Maqasid Syariah merupakan satu cabang ilmu di bawah ruang perbincangan al Istihsan dan merupakan satu ilmu nazariyyat sebagai penjelasan secara generalisasi kepada objektif agama Islam yang dikonklusikan melalui batang tubuh syariah.

Maqasid Syariah bersifat tidak independen kerana ia wujud adalah berasaskan nas-nas al Quran, hadith dan praktikal para sahabat Nabi Muhammad saw. Sebelum program berakhir, slot kuliah tafsir disampaikan oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan perbincangan tafsir terarah kepada surah al Kahfi bermula ayat 7. Tuan Guru membawa perbincangan tersebut lebih berfokus kepada sejarah dan penerangan bahasa Arab sesuai dengan kepakaran beliau dalam bidang sejarah dan bahasa.

Bagi saya, kalau benar PAS betul-betul menggunakan agama untuk politik, sesi perbincangan agama dan penyampaian ilmu Islam tidak perlu dilaksanakan mengikut disiplin ilmu yang telah digariskan oleh Islam. Namun sebaliknya, menurut pemerhatian saya, PAS sejak dahulu tidak mengeksploitasi agama untuk kepentingan mereka. Bahkan, mereka cuba untuk menyampaikan Islam dalam bentuk yang mudah difahami masyarakat dan pada masa yang sama, mereka mampu mengekalkan nilai dan warna asal disiplin ilmu.

Tidak disampaikan dengan sentimen, membabi-buta serta penyampaian yang simplistik dan secara pukal pukul rata. Dan PAS telah melalui pelbagai cabaran termasuklah diletakkan di bawah Ordinan Darurat, pemimpin mereka dipenjara dan ada yang dibunuh seperti di dalam peristiwa Memali, dan mereka sampai hari ini dicerca dan dihina sebagai golongan yang 'barbaric' ketinggalan zaman.

Kalau betul PAS lebih mementingkan agenda politiknya, sepatutnya PAS sudah lama meninggalkan agama dalam jalan politiknya kerana agama sebenarnya dilihat akan mendatangkan kesusahan dan melambatkan mereka. Tapi, PAS mendidik ahli mereka agar menjadi ahli akhirat yang sentiada berpegang kepada redha Allah dan janji Tuhan mereka, "Di sebalik kesusahan akan ada kesenangan." (94;6).

Ketiga, PAS mempunyai kekuatan pemimpin mereka sangat menjaga hubungan mereka dengan Allah swt. Sejak awal penubuhan PAS lagi, PAS mampu mementaskan pemimpin yang sangat berkualiti dari sudut spiritual dan rohani. Kebanyakan daripada mereka merupakan ulama' dan profesional yang menjaga batas-batas agama dalam urusan mereka. Hampir 2/3 daripada bilangan pemimpin PAS hari ini merupakan profesional yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama secara rasmi dan majoriti mereka mempunyai anugerah doktorat dalam bidang masing-masing.

Nilai spiritual mereka diterjemahkan dalam arena politik dan sampai hari ini, musuh politik PAS tidak mampu mengheret PAS dengan tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa. Hal ini juga dibuktikan melalui anugerah lima bintang ketelusan, akauntabiliti dan integriti oleh Jabatan Audit Negara kepada kerajaan negeri Kelantan walaupun dihimpit kiri dan kanan dengan tuduhan liar pecah amanah daripada musuh mereka yang prejudis dan bias sejak pentadbiran al Marhum Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu, para pemimpin PAS juga dididik agar berucap dengan apa yang berpandukan ajaran Islam termasuk menyertakan ayat al Quran di awal ucapan dan sering diselit dengan hadith Nabi sewaktu menghidangkan kepada audiens perbincangan ulama' terdahulu berkait sesuatu hal. Tidak menghamburkan kata-kata kesat dan tidak beradab.

Agama menjadi kiblat dan panduan utama PAS dalam urusan mereka. Seperti dalam pengisian ijtimak, setakat ini PAS tidak gagal mengetengahkan pemimpin yang jiwa mereka mempunyai Allah swt. Ucapan mereka tidak sunyi dengan ilmu agama dan ayat Allah swt. Ucapan mereka basah dengan disambut pendengar bersama laungan takbir bertujuan membesarkan Allah swt yang Maha Agung secara tidak langsung menjadi terjemahan semangat pendengar yang tidak surut.

Saya akhiri catatan saya dengan rangkap lagu rasmi PAS.

Selamatlah Parti Islam melangkah,
Memimpin ummah di medan siasah,
Berpedomankan al Quran dan Sunnah,
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah..

Akhukum fil Islam,
Tuan Badiu'zzaman b Tuan Halizan
Pelajar Jurusan Undang-undang

Fast Fact: Sejarah Hospital Sultanah Aminah

October 27, 2016



Fast Fact: Sejarah Hospital Sultanah Aminah.

✅ Hospital ini telah dibina pada tahun 1938

✅ Semasa perang dunia ke 2, Hospital ini di jadikan Hospital Tentera

✅ Kosnya pembinaan hospital ini adalah RM2,057,075.00.

✅ Rekabentuk bangunan ini telah dibuat oleh syarikat arkitek "Palmer and Turner" .

✅ Idea rekabentuk hospital ini diperolehi daripada sebuah hospital di Nanking, China

✅ Bangunan setinggi 5 tingkat ini telah memuatkan 857 buah katil. Ia mempunyai dua sayap (wing) berbentuk "T" mengandungi 80 buah katil dalam tiap-tiap wad.

✅ Pembukaan rasmi bangunan ini telah di lakukan pada 29hb. Mei 1941 oleh DYMM Sultan Ibrahim

✅ Pada masa itu, hanya seorang Pegawai Perubatan bertugas malam bagi seluruh hospital.

✅ Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, nama hospital di tukar kepada Rumah Sakit Umum, Johor Bahru.

✅ Pada tahun 1970, nama hospital ditukar kepada Hospital Besar.

✅ Pada tahun 1984, sekali lagi nama hospital ini ditukar kepada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dengan mengambil sempena nama bonda DYMM Sultan Johor

✅ Kini, hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru memberikan perkhidmatan pelbagai kepakaran

✅ Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim antara kerabat yang pernah menerima rawatan di HSA.

✅ YAM Tunku Kalsom Aminah Sofiah Binti Tunku Ismail, puteri pertama TMJ lahir di HSA

#pray4HSA

Bas di San Francisco mengiklankan kempen boikot Israel



Bas di San Francisco mengiklankan kempen boikot Israel

Pada bulan Ogos lalu, Seattle Mideast Awareness Campaign (SeaMAC) telah melancarkan kempen ini dengan slogan Boycott Israel Until Palestinians Have Equal Rights. Kempen ini berjalan selama 4 minggu pada bas-bas yang ada di San Francisco.

Sumber: mondoweiss.net [ws]

SELAMAT ULANGTAHUN HARI KELAHIRAN SANG MURABBI

October 20, 2016



SELAMAT ULANGTAHUN HARI KELAHIRAN SANG MURABBI.

Dalam usia yang telah mencapai 69 tahun, beliau terus berkhidmat menjadi khadam Islam yang terus bergerak memberikan pencerahan kepada ummah tanpa lelah. Doakan agar Harakatul Ummah ini terus membimbing ummah.

Selamat ulangtahun kelahiran Tuan Guru, semoga terus sihat membimbing kami dan menjadi lantera kepada perjuangan ini. Dan semoga Allah mempermudahkan urusan Tuan Guru untuk membentangkan pindaan akta 355 di waktu terdekat ini. Hasbunallah wanikmal wakeel.

KENYATAAN RASMI ISU ANAK MANGSA KEMALANGAN DUKE

October 19, 2016



KENYATAAN RASMI ISU ANAK MANGSA KEMALANGAN DUKE

1. Kami menerima laporan di media-media sosial berkenaan luahan kekecewaan Puan Yusnidah Hussain, kakak kepada almarhum Fairuz Nizam, yang menjelaskan bahawa dua anak saudaranya iaitu anak kepada adiknya, hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

2. Jumlah wang kira-kira RM300,000 itu dilaporkan dimasukkan ke dalam akaun adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain. Pada sidang media baru-baru ini, Puan Yusnidah Hussain memaklumkan bahawa wang tersebut tidak sampai ke tangan anak-anak yatim ini untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian.

3. Antara alasan yang dinyatakan oleh adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain adalah mereka telah merujuk kami, selaku Mufti Wilayah Persekutuan dan dikatakan bahawa kami menyatakan yang duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka kerana ianya adalah akaun atas nama mereka sendiri, bukan anak-anak ini. Rujuk

4. Sebenarnya, memang kami ada menziarah keluarga ini sebagai tanda simpati beberapa hari selepas tragedi berkenaan. Rujuk. Ada yang bertanyakan kepada kami tentang keharusan penggunaan wang sumbangan orang ramai untuk keperluan (maslahah) anak-anak yatim itu sendiri.

5. Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara HANYA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH (TRUSTEE/MUTAWALLI) di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah TERTAKLUK KEPADA KEPERLUAN (MASLAHAH) DAN SUMBANGAN/SEDEKAH kepada kedua anak yatim berkenaan, dan diuruskan dengan penuh KEJUJURAN dan rasa TANGGUNGJAWAB. Itulah yang kami maksudkan kepada pihak yang bertanya. Bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya.

6. Justeru, kami akan menjelaskan hal ini dengan lebih lanjut dalam Bayan Linnas, insyaAllah dalam masa terdekat.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.

Catatan Khas Parlimen: Bilakah RUU 355 akan dibahaskan?

October 18, 2016



Catatan Khas Parlimen: Bilakah RUU 355 akan dibahaskan.?

1. Semenjak semalam, saya dihujani dengan soalan tersebut oleh banyak pihak yang menantikan saat bersejarah khususnya para penyokong PAS yang ingin menyaksikan Tuan Guru Presiden PAS membentangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (355). Mungkin kerana ianya tersenarai pada giliran nombor empat dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Isnin, 17 Oktober 2016.

2. Dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, usul RUU 355 ini telah beranjak kepada giliran nombor tujuh. Eh, mengapa jadi begitu.? Pastinya ia akan menimbulkan kekeliruan yang boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu contohnya portal Malaysiakini meletakkan tajuk berita, “Hari kedua, usul Hadi ditolak ke bawah”.

3. Penjelasannya begini, untuk memahami proses perjalanan mesyuarat Sidang Dewan Rakyat, hendaklah merujuk kepada Buku Peraturan Mesyuarat Dewan.
Dalam buku peraturan tersebut ada dinyatakan,
“15. (1) Pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.”
Pada semalam, pihak kerajaan telah mengemukakan Rang Undang-Undang kerajaan untuk Bacaan Kali Pertama;
a) Rang Undang-Undang Perbekalan 2017
b) Rang Undang-Undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016
c) Rang Undang-Undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016
d) Rang Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016
e) Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2016
Hari ini, RUU Kerajaan yang dibaca kali pertama semalam telah disenaraikan sebagai Bacaan Kali Kedua. Semestinya, ia mestilah mendapat giliran diatas mendahului Rang Undang-Undang Ahli Persendirian daripada ahli bukan kerajaan iaitu YB Marang. Maka, sebab itulah giliran usul YB Marang teranjak daripada nombor 4 kepada nombor 7.

4. Persoalannya, bilakah RUU 355 itu akan dibahaskan.? Yang lebih tepat untuk menjawabnya ialah pihak kerajaan kerana kuasa ada di tangan eksekutif untuk menentukan tarikh yang sesuai bilakah laluan akan diberikan kepada YB Marang. Adakah ianya boleh berlaku.? Ya, boleh.
Cuba kita ingat kembali sejarah pembentangan usul ini kali pertamanya pada 26 Mei 2016 yang lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, Dato' Sri Azalina telah bangun mencadangkan;
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2), saya mohon mencadangkan bahawa usul Yang Berhormat Marang seperti yang tertera di nombor 15 didahulukan selepas Rang Undang-undang Hak Milik Strata (Pindaan) 2016 di nombor 1 di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini”.
Usul YB Marang terletak pada giliran terakhir hari itu, namun ianya dapat didahulukan kerana Menteri menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(2) yang menyebut;

Majlis Mesyuarat dengan dikeluarkan usul (oleh seorang Menteri) yang akan diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, dan yang tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu terlebih dahulu boleh pada bila-bila masa memutuskan hendak menjalankan mana-mana urusan dengan tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan. Usul ini hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

5. Sidang Dewan Rakyat Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga kali ini adalah selama 25 hari yang bermula daripada 17 Oktober 2016 sehingga 24 November 2016. Pada Jumaat ini, PM Najib akan membentangkan Bajet 2017. Bermula Isnin depan sehingga 22 November 2016 adalah tempoh perbahasan bajet bagi peringkat dasar dan jawatankuasa. Bolehlah kita fahami di sini, kemungkinan RUU 355 ini boleh dibentangkan samada hari yang berbaki sebelum pembentangan Bajet 2017 atau pada penghujung sidang nanti.

6. Terdapat pelbagai pihak yang berusaha gigih untuk menghalang pembentangan RUU 355 oleh YB Marang. Hairan bukan.? Atas prinsip sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan, apa yang sedang diusahakan oleh YB Marang adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia dan tidak juga bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Beliau membawa usul tersebut ke institusi Parlimen untuk dibahaskan dan dibuat pengundian. Mengapa perlu takut dan gelabah sangat.?

7. Apa yang ingin dipinda ialah Akta 355 yang sudah sedia ada semenjak tahun 1965 lagi. Akta tersebut dahulunya dibentang, dibahaskan, diluluskan di Parlimen yang sama juga. Pada tahun 1984, Akta 355 ini pernah dipinda bagi menambah bidang kuasanya. Setelah 32 tahun, Tuan Guru Presiden PAS memanfaatkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Marang mencadangkan Akta 355 ini diperluaskan bidang kuasanya agar Mahkamah Syariah yang sudah sediaada dapat dimartabatkan kedudukannya selari dengan Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana Bahagian Persekutuan.”

8. Jadi, sila nyatakan di celah mana yang dikatakan RUU 355 ini bercanggah dengan Perlembagaan.? Buktikanlah apa yang menyebabkan orang bukan Islam terkesan dengan pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang tidak pun melibatkan mereka. Pihak yang menentang seperti DAP, MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak hanya menggunakan persepsi palsu bagi menakutkan orang bukan Islam kepada Islam.

9. Pihak The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), Persatuan Hokkien Malaysia dan Majlis Gereja Malaysia turut sibuk masuk campur tangan hal ehwal ummat Islam dengan menggesa Ahli Parlimen menolak RUU 355 ini kononnya atas semangat mempertahankan Perlembagaan. Adakah kami orang Islam sendiri tidak ada hak untuk beragamal dengan agama kami yang menjadi Agama Persekutuan Malaysia.? Malangnya, kelompok Muslim liberal seperti G25, Sister in Islam, IRF, Zaid Ibrahim, Peguam Siti Kasim dan yang seangkatan dengannya turut menentang keras usaha kita bagi memartabatkan undang-undang Syariah. Media yang dikuasai mereka digunakan untuk mengelirukan rakyat umum. Contoh termudah ialah penggunaan terma RUU Hudud yang sering digunapakai dalam penerbitan berita mereka adalah penipuan secara terang-terangan. Mereka sengaja menggunakan perkataan Hudud kerana ia adalah senjata yang paling mudah untuk menakutkan orang kepada Islam.

10. Akhirnya, saya petik kembali kalimah yang digunakan oleh Tuan Guru Presiden PAS ketika beliau diserbu oleh pihak media semalam adakah RUU 355 ini akan diluluskan.? Beliau hanya tersenyum dan menyebut “Insyaallah”.
Kita semua pendokong dan penyokong di segenap peringkat perlu bersifat optimis dan positif sepertimana yang telah dizahirkan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Kita teruskan berdoa, bersabar, dan berharap kerana akan tiba masanya mentari itu akan tetap menyinar setelah hujan berhenti.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
18 Oktober 2016
Pejabat PAS, Tingkat 14, Menara Parlimen

Empat Jenis hidayah



Empat Jenis hidayah

1. Hidaya sifat semulajadi/naluri (ada pada semua makhluk, manusia, malaikat binatang, kayu, batu, tumbuh-tumbuhan mengikut fitrah masing-masing. Dengan fitrah, ikan hidup di lautan masin, tidak boleh hidup di darat.

2. Hidayah Hawas, Hidayah ada rasa. Perasaan, rasa sakit, rasa gembira, rasa selesa
- Kanak-kanak pun ada rasa sedap, binatang puna ada hidayah ini.

3. Hidayah akal, manusia sahaja yang ada.Manusia yang tidak ada akal, tak mukallaf.

4. Hidayatun din mengikut ajaran agama. Hidayah petunjuk agama perlu usaha, dengan mengaji, belajar, berdoa. “Ya Allah berikan kami jalan yang betul” mesti berdoa setiap raakaat termasuk solat jenazah yang tidak ada rukuk dan sujud. Hidayah ini sangat penting.

Taufan Sarika @ Typhoon Sarika, sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan cuaca negara



Taufan Sarika @ Typhoon Sarika, sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan cuaca negara. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) di kawasan perairan Sabah, WP Labuan dan Sarawak.

DARIPADA: KETUA PENGARAH
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH: 17 Oktober 2016
Our Ref: JMM.RML06/599/46/Jld.41(7)
Nasihat Taufan
Di keluarkan pada 09:42PM 17 Oktober 2016

Kategori : Taufan (Sarika)
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 17 Oktober 2016

Kedudukan : Latitud 17.6 Utara dan Longitud 112.3 Timur, kira-kira 480 km ke Timur Laut Da Nang, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat Barat Laut dengan kelajuan 20 km/j.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 1,270 km ke Barat Laut Kudat, Sabah.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) di kawasan perairan Sabah, WP Labuan dan Sarawak.

Typhoon Advisory
Issued at 09:42PM 17 October 2016

Category : Typhoon (Sarika)
Time of Observation : 8:00 pm, 17th October 2016

Location : Latitude 17.6 North and Longitude 112.3 East, approximately 480 km Northeast of Da Nang, Vietnam.

Movement: West-Northwestward with speed of 20 km/h.

Distant from nearest town: Approximately 1,270 km Northwest of Kudat, Sabah.

Threat to Malaysia: This condition may cause strong winds of 40-50 kmph and waves up to 3.5 metres (11 feet) over the waters off Sabah, Labuan FT and Sarawak.

- WiraAlam -

Isu Status Halal Auntie Anne’s

October 17, 2016



[Isu Status Halal Auntie Anne’s]

Saya bekerja sebagai QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne's Malaysia. Saya merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Teknologi Kimia (Makanan) dan adalah seorang ‘certified’ Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC). Penyataan ini bukanlah untuk meninggi diri, tetapi bertujuan untuk mempertahankan kreadibiliti saya bagi menjawab isu status halal di tempat saya bekerja.

"Permohonan halal Auntie Anne's (HALAL-20160627) ditolak JAKIM"

Ya betul, permohonan kami telah ditolak atas beberapa isu. Isu-isunya adalah seperti berikut:-

1) JAKIM meminta kami untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

2) Saya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne’s dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta saya untuk mengasingkan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama.

3) Nama menu ‘Pretzel Dog’ haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menuboard sebelum proceed kepada permohonan baru.

Untuk pengetahuan semua, saya telah menghantar permohonan bagi CK. Kami telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM. Saya sertakan surat dan resit bayaran dalam post ini.

Ingin saya tegaskan, Auntie Anne’s BUKAN pemegang sijil halal JAKIM tetapi kami sedang BERUSAHA kearah itu. JAKIM mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal JAKIM. Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam. Doakan saya berjaya :)

Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne’s, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne’s sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya :)

Ikhlas,

Anak dara Makcik Anne

Sambutan 26 tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan

October 15, 2016



Sambutan 26 tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan.

Harga Perubatan Islam Tak Masuk Akal!



Mohon bertaubat dan pulangkan duit mangsa

Kaedah fiqih yang membolehkan mengambil upah daripada hasil ruqyah orang yang sakit diambil daripada hadis Abu Said Al-Khudri RA.

Namun para ulama' (seperti Syeikh Dr. Abdullah al-Jibreen) mengatakan bahawa upah hanya diambil sekiranya pesakit itu sembuh, jika tidak sembuh maka tidak diambil upah atau tidak boleh dikenakan caj yang mahal.

Syeikh Dr. Rabi' bin Hadi al-Madhkali juga mengatakan haram hukumnya mengambil upah dari ruqyah yang tidak sembuh.

Allah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan keredhaan di antara kamu…” [an Nisaa: 29]

[TERKINI] Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

October 14, 2016



[TERKINI] Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Johor Tolak Tawaran Menjadi Yang Di Pertuan Agong



DYMM Sultan Johor telah menolak tawaran untuk menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk memberi jalan kepada DYMM Sultan Kelantan. Ini adalah kerana DYMM Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor. Allah Peliharakan Sultan

--

HRH The Sultan of Johor has respectfully declined the offer to be the Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong (HM The King of Malaysia) in order to make way for HRH The Sultan of Kelantan. This was all done as HRH The Sultan of Johor insists on giving his utmost focus on the sovereignty of Johor and the welfare of the people of Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Kepada Allah Kami Berserah
#HarimauSelatan
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JohorMestiSentiasaJadiJohor

Hillary Clinton's Wikipedia page was hacked to display a pornographic.



Hillary Clinton's Wikipedia page was hacked to display a pornographic.

PAS Tak Akan Bekerjasama Dengan DAP Lagi - Mursyidul Am

October 13, 2016



PAS Tak Akan Bekerjasama Dengan DAP Lagi - Mursyidul Am

Raja Thailand Bhumibol Adulyadej baru meninggal dunia



Raja Thailand Bhumibol Adulyadej baru meninggal dunia. Berusia 88 tahun, bertahta selama 70 tahun.

TS Annuar Musa Bersama Sultan Muhammad V





Berkesempatan mengadap DYMM SULTAN MUHAMMAD KE V sebentar tadi dan persembahkan ucapan SYUKUR DAN TAHNIAH.DYMM Tuanku bertanya khabar hal pasukan bolasepak Kelantan..DAN DYMM TUANKU BERKIRIM SALAM PADA SEMUA PEMAIN DAN PEGAWAI BOLASEPAK KELANTAN..
ALLAHUAKBAR ..DAULAT TUANKU!

FB TS ANNUAR MUSA

Mokhzani Mahathir letak jawatan Pengerusi Sepang International Circuit berkuatkuasa serta-merta - SIC



Mokhzani Mahathir letak jawatan Pengerusi Sepang International Circuit berkuatkuasa serta-merta - SIC

PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE 15

October 12, 2016




PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE 15

1. Ramai yang bertanya tentang proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang baru. Adakah disyaratkan untuk mempunyai Permaisuri? Setakat pemakluman, tiada dalam perlembagaan menetapkan syarat adanya permaisuri.

2. Antara syarat yang ditetapkan adalah merupakan raja yang berada di kedudukan teratas. Selain itu, baginda yang dilantik mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

3. Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

4. Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

5. Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran.

6. Buat masa sekarang, Sultan Muhammad V berada di kedudukan teratas iaitu menjawat jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Semoga impian rakyat Kelantan dapat direalisasikan untuk melihat Sultan Muhammad V menaungi seluruh rakyat Malaysia.

7. Hari ini, mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Kali ke-242 berlangsung yang dipengerusikan oleh Sultan Johor. Manakala mesyuarat khas pemilihan Yang di-Pertuan Agong baru pula diadakan pada hari jumaat ini.

Baca maklumat di pautan ini perkara yang tidak melayakkan menjadi Yang di-Pertuan Agong
www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/objektif/45#section=p3

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1335842363115395&id=100000689330938

TG Haron Din Tentang Nasihat Anaknya Dr Huda Supaya Berehat

October 10, 2016



"Ejection Fraction almarhum TG haron Din dah 30% dah. Memang bawah borderline dah (41-49%). Doktor yg merawat baba memang mintak baba banyakkan berehat."

Dr Huda Haron sambung lagi, dia terus menasihati baba, kalau boleh biarlah jadual harian almarhum yang padat disusun olehnya, supaya ada waktu untuk jantung almarhum berehat.

Kata Dr Huda, almarhum kemudiannya memberi satu analogi yang menusuk kepada dirinya. Almarhum menyebut hidup ni umpama marathon.

"Marathon merupakan acara lumba lari jarak jauh. Logikkah orang yang hampir ke garisan penamat menperlahankan langkahnya? Sedangkan umur baba ni dah mencapai umur subsidi. Umur Nabi sampai 63 sahaja. Malu bila kita dah dapat subsidi tapi nak berehat rehat."

Begitulah bagaimana ulama memanfaatkan hidupnya kepada ummah, memandang jarak usia sebagai bekalan akhirat yang perlu disemai secepat mungkin. Semoga semangat almarhum terus segar dalam jiwa kita semua terutamanya pemuda.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209705792294392&id=1017721174

Tahniah kepada #DaiNeizal menjadi juara untuk Da'i Pendakwah Nusantara musim ke 4

October 9, 2016



Tahniah kepada #DaiNeizal menjadi juara untuk Da'i Pendakwah Nusantara musim ke 4.

Ustaz Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am PAS



Ustaz Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am PAS

AZIZ MUDA | 09 Oktober 2016.

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini, sebulat suara memilih dan melantik Tuan Guru Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menerusi mesyuarat tersebut, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Menurutnya, faktor yang menyebabkan Datuk Ahmad Yakob dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am, walaupun beliau layak untuk memegang jawatan Mursyidul Am PAS, disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan.

Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, Ustaz Ahmad sendiri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am PAS.

"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Haji Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Atas faktor itulah katanya, Tuan Guru Hashim Jasin dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura sebagai Musyidul Am PAS dan perlantikan itu juga turut dicadangkan sendiri oleh Ustaz DatukAhmad Yakob.

Beliau menjelaskan, mesyuarat tersebut berlangsung pada jam 4.00 petang, dengan dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob selaku Pemangku Mursyidul Am pada hari itu, setelah Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu, jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

- HARAKAHDAILY 9/10/2016

SYOKNYA PUASA MINGGU INI!!



SYOKNYA PUASA MINGGU INI !! Jangan lepaskan peluang untuk berpuasa pada minggu ini ye. Semoga pahala puasa sunat yang dibuat dapat memberatkan timbangan amal kita di akhirat kelak. InsyaAllah.

Untuk niat puasa, boleh niatkan di dalam hati, "Sahaja aku berpuasa sunat Tasu'a pada esok hari kerana Allah ta'ala." Boleh disertakan juga niat puasa sunnah Muharram pada hari-hari tersebut.

Contohnya, "Sahaja aku berpuasa sunat Tasu'a dan sunat Muharram pada esok hari kerana Allah Ta'ala." Jika kita puasa sunat 'Asyura atau lain-lain, kita hanya perlu tukar atau tambah jenis puasa sunat yang ingin kita lakukan. Mudah kan?

Jadi, selamat berpuasa! ;) Facebook : Nur El-Hikmah

Twitter : @nurelhikmah
Instagram : @nurelhikmah

VIRAL ROZITA BT OTHMAN DIKUBURKAN DI KUBUR KRISTIAN

October 6, 2016



VIRAL ROZITA BT OTHMAN DIKUBURKAN DI KUBUR KRISTIAN

Pencerahan: Mendiang Rozita Bt Othman ialah berketurunan Orang Asli beragama Kristian.

Tidak timbul isu murtad dalam kes ini kerana si mati memang beragama Kristian.

Viral yang disebarkan Rozita merupakan orang Melayu berusia 37 tahun murtad dan dikuburkan dikubur Kristian. Berita ini PALSU dan FITNAH.

Beberapa komen yang mengenali Rozita Bt Othman mengesahkan si mati bukan beragama Islam dan berketurunan Orang Asli, antaranya ialah pemilik FB bernama Lidya Roslan.

#tabayun
#SemakSebelumSebar

Tiada Lesen Pembalakan di Kawasan Air Terjun Dakota : Pemuda PAS Kelantan Akan Segera Buat Laporan

October 5, 2016



Tiada Lesen Pembalakan di Kawasan Air Terjun Dakota : Pemuda PAS Kelantan Akan Segera Buat Laporan

Oleh : Nazman bin Che Iberahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan merasa amat terkilan dan sedih dengan laporan-laporan di media massa berkaitan kemusnahan satu kawasan air terjun yang disebut sebagai Air Terjun Dakota yang terletak di lokasi Hutan Simpan Balah, Kompartmen 121 berdekatan dengan Tanah Kerajaan di Gunung Chamah.

2. Mengikut maklumat awalan kami, TIADA LESEN PEMBALAKAN yang berkuatkuasa berdekatan kawasan air terjun ini. Perkara ini jelas mengundang kemarahan dan kesedihan yang teramat bagi anak anak negeri Kelantan yang cintakan alam sekitar serta flora dan fauna.

3. Secara asasnya, Air Terjun Dakota tersebut didapati terjejas teruk akibat banjir besar yang berlaku pada akhir tahun 2014 dan pada awal tahun 2015 yang lalu. Runtuhan tanah dan batu batuan besar boleh dilihat dengan jelas di kawasan ini sejurus selepas air bah besar surut. Tunggul dan batang kayu serta sampah sarap juga dilihat hanyut ke kawasan ini dengan saratnya. Namun gambar gambar terbaru kawasan ini, sekiranya benar ia dirakamkan di kawasan Air Terjun Dakota tersebut, maka kita merasa cukup sedih dengan kemusnahan dan kerosakan kawasan yang indah ini.

4. Kendatipun begitu, Pemuda PAS Kelantan menyarankan agar semua pihak tidak membuat tuduhan melulu bagi mengaitkan kejadian ini kononnya berpunca daripada kesalahan Kerajaan Negeri sedangkan siasatan wajib dijalankan terlebih dahulu oleh pihak yang berautoriti. Dan dalam hal ini ia merujuk kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bagi mengesahkan punca-punca kejadian dan sebagainya. Pihak yang berautoriti harus mengesahkannya terlebih dahulu sebelum fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri disebar dan diviral sedemikian rupa.

5. Sebagai rekod, pada tahun 2013 terdapat lesen yang dikeluarkan sewaktu kawasan Gunung Chamah ini berstatus Tanah Kerajaan. Namun, setelah Kerajaan Negeri memutuskan bahawa kawasan Gunung Chamah ini wajib diwartakan semula sebagai Hutan Simpan Kekal, maka SEMUA lesen berhampiran dengan air terjun ini dan juga kawasan Gunung Chamah telah DIBATALKAN DENGAN SERTA MERTA. Inilah dia antara komitmen dan usaha keras oleh Kerajaan Negeri dalam memelihara dan memulihara alam sekitar di negeri ini.

6. Dan untuk makluman juga, bangkai kapal terbang di kawasan ini telah sebahagian besarnya hanyut akibat banjir besar dahulu, bukannya sengaja ditimbus seperti dakwaan sesetengah pihak. Beberapa bahagian yang hancur sempat dikutip semula dan dikumpulkan selepas bah surut dahulu.

7. Justeru, Pemuda PAS Kelantan akan segera melaporkan kes ini kepada pihak Polis dan juga merujuk kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan agar kes ini sekiranya benar, maka pesalah harus segera di bawa ke muka pengadilan, Insyaallah.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang telah dinobatkan sebagai antara muslim yang paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies

October 3, 2016



Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang telah dinobatkan sebagai antara muslim yang paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpengkalan di Amman, Jordan. Beliau telah diberikan pengiktirafan ini menerusi kategori Pendakwah & Pembimbing Rohani (Preachers & Spritual Guides) di dalam keluaran terbaru The Muslim 500; The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2016.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.