News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

3 parah, seorang cedera slps struktur bangunan dlm pembinaan berdekatan Apartmen Abdullah Hukum,Jln Bangsar runtuh 3.30 ptg tadi

November 30, 2016




3 parah, seorang cedera slps struktur bangunan dlm pembinaan berdekatan Apartmen Abdullah Hukum,Jln Bangsar runtuh 3.30 ptg tadi-@bombaJBPM

Pandai Juga Erdogan Menipu?

November 25, 2016



Siapa yang taksub sangat pada erdogan?

Surat terbuka Ybhg Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani, lawyer yang juga panel JK pindaan RUU 355 kepada menteri-menteri yang menentang RUU355

November 24, 2016

*Surat terbuka Ybhg Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani, lawyer yang juga panel JK pindaan RUU 355 kepada menteri-menteri yang menentang RUU355*

*KEHADAPAN DATUK MENTERI.*

Saya ingin menyatakan seperti berikut :-

1. Datuk Seri Liow Tiong Lai & Datuk Seri Mah Siew Keong pernah atau tidak melawat Amerika Syarikat & Kanada? Boleh teliti sistem perundangan di sana. Kanada umpamanya, mengamalkan sistem perundangan Inggeris dan Perancis. Seluruh Kanada mengamalkan English Common Law melainkan Quebec mengamalkan Civil Law selepas 1759 Battle of Quebec. Amerika Syarikat pula memiliki dual court systems (federal & states). Malah antara setiap negeri di Amerika Syarikat terdapat undang-undang yg berbeza di antara satu sama lain.

2. Tan Sri Adenan Satem perlu tahu bahawa melalui RUU 355 jika berjaya sekalipun, hudud yang boleh dijalankan hanyalah kesalahan zina (100x rotan), tuduh zina (80x rotan) dan minum arak (40-80x rotan). Apa masalahnya Tan Sri? Tiada seoang pun manusia dalam dunia ini sama ada muslim atau non muslim yang mengatakan 3 kesalahan tersebut sebagai perkara baik. Semuanya setuju bahawa 3 kesalahan itu memang buruk. Rotan mengikut undang-undang Islam mudah & ringan. Tidak mencederakan dan tidak dibuka aurat. Ini jauh lebih bertamadun berbanding dengan hukuman rotan jabatan penjara sekarang. Boleh saya tahu, apa masalah Tan Sri?

3. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Janganlah Tan Sri samakan agama Kristian dengan agama Islam. Dalam Bible (Mark 12:17) "And Jesus said unto them, Render unto Caesar the things that are Caesar's, and unto God the things that are God's. And they marveled greatly at him". Ini hanya sesuai untuk agama Kristian. Tetapi dalam ajaran Islam, kami orang Islam tunduk kepada perintah ALLAH & Rasul dalam segenap kehidupan, sewaktu makan, dalam tandas, bilik tidur, di stadium, mahkamah, politik dan segenap aspek kehidupan. Harap Tan Sri tidak samakan Kristian & Islam.

4. Encik S. K. Devamany, boleh tuan tunjukkan saya apa masalah dengan two contradictory legal systems? Saya ingin cadangkan tuan agar ketika melancong di luar negara cuba ambil kesempatan mengkaji sistem perundangan negara maju termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain. Kenapa negara maju boleh lakukan, tetapi negara kita tidak boleh? Malah negara kita sudah ada dual banking system yang juga boleh disebut "contradictory". Tetapi pengalaman peribadi saya ramai client saya yg non Muslim lebih suka menggunakan Islamic banking / finance.

5. Kesimpulan saya, jika boleh memberi peluang sebaiknya kepada undang-undang Islam di Malaysia tanpa sebarang usaha sabotaj, saya yakin ramai akan memilih undang-undang Islam dan mereka akan bertanya, "kenapa kita tidak melaksanakannya lebih awal?".

*Ahmad Jailani Abdul Ghani*
_AJK Teknikal Kanun Jenayah Syariah Peringkat Persekutuan_
_24 November 2016._

MCA - GERAKAN - DAP



MCA - GERAKAN - DAP

Tuduhan kerjasama PAS - UMNO dan momokan UG kerana PAS mendapat kerjasama dari Kerajaan Pusat dalam membawa usul persendirian bagi meminda akta 356 sering kita dengar.

Namun kerjasama MCA - GERAKAN - DAP dalam menentang usul bertujuan memperkasa mahkamah syariah ini tidak pula di persoal. Mereka senada dan seirama dalam menentang hak umat islam yang tiada langsung berkait dengan mereka.

Umat islam jangan tutup mata, parti politik bukan islam bersatu menentang hak umat islam. Ayuh PPBM, PKR, PBB dan UMNO kita bersatu dalam perkara mempertahan hak umat islam. Pastikan semua ahli Parlimen muslim anda menyokong rang undang undang ini.

Kita tengok Ahli Parlimen muslim dari Parti mana akan khianat kepada hasrat seluruh umat islam.

Ucapan Presiden MCA : https://youtu.be/iwcKxGUvo9E

SEKAT SEGERA KEKEJAMAN MYANMAR TERHADAP MINORITI MUSLIM ROHINGYA

November 23, 2016



SEKAT SEGERA KEKEJAMAN MYANMAR TERHADAP MINORITI MUSLIM ROHINGYA

1. Myanmar yang baharu hidup untuk menegakkan pemerintahan negara sedang mendirikannya dengan menggadai nyawa dan darah manusia tanpa hak. Tindakan membunuh, menyiksa jasad, mencabul maruah, mengusir dari kediaman dan enggan mengiktiraf kerakyatan penduduk asal, meletakkan pemerintahan Myanmar di luar batas ketamadunan.

2. Kelakuan jenayah, zalim, purba dan melampaui perikemanusiaan dilakukan ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di negara itu, tidak mungkin dapat disembunyikan dari pengetahuan dunia yang diliputi kecanggihan teknologi maklumat pantas lagi terkini.

3. Tanpa campur tangan badan dunia dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Asean dan lainnya, tidak mustahil Myanmar akan mengukir tragedi berdarah seperti pernah berlaku di Bosnia-Hazegorvina. Bahkan, mungkin lebih buruk jika tidak ditangani penyelesaian segera.

4. Junta tentera Myanmar mesti menyedari, disebalik kuasa senjata dan keganasan dilakukan, negara mereka sedang berjiran dengan negara-negara Asia Tenggara yang dihuni lebih 300 juta umat Islam, tidak termasuk 100 juta di benua India. Solidariti umat Islam sedang memandang serius operasi penghapusan etnik ini dan kesabaran itu ada batasnya, jangan hingga ianya tercabar.

5. PAS menggesa PBB, OIC, Asean dan semua pihak untuk mengambil langkah segera yang adil dan menyelamatkan kemanusiaan dan tamadun ini sendiri agar tidak meletus keadaan lebih parah hingga sukar dibendung. PAS juga menyeru seluruh umat Islam menggandakan munajat dan mengajak seluruh warga dunia mengutuk tindakan jahiliyah Myanmar.

"Inilah Penyelesaian Kita"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
23 Safar 1438H / 23 November 2016

PROTON ERTIGA LANCAR MINGGU HADAPAN

November 19, 2016





PROTON ERTIGA LANCAR MINGGU HADAPAN

Pengumuman kolaborasi antara Proton Holdings Bhd (Proton) dan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SAM) pada Jun tahun lalu menandakan berkuburnya jenama Suzuki di Malaysia.

Mengukuhkan lagi usahasama berkenaan, kedua-dua pihak telah memulakan langkah strategik utama. Langkah pertama ialah melakukan rasionalisasi operasi Suzuki Malaysia Automobile.

Selain itu, menerusi memorandum persefahaman (MoU) dan Persetujuan Lesen dengan Suzuki Corp Japan itu memberi akses kepada Proton untuk berkongsi model, platform, enjin dan teknologi automotif Suzuki.

Maka kita akan melihat model-model rebadge di pasaran tempatan. Dan diharapkan percaturan ini dapat mewujudkan era baharu buat Proton. Sepertimana kejayaan usahasama di antara Suzuki dan Maruti di India.

Model pertama yang bakal menjengah pasaran tempatan di bawah kolaborasi berkenaan ialah Proton Ertiga. Model rebadge tersebut bakal dilancarkan pada 24 Disember hadapan.

Sebelum pelancaran, pihak media berpeluang memandu uji MPV (kenderaan pelbagai guna) kompak itu di litar ujian khas, Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam, Selasa lalu.

Model terlaris di Indonesia itu didatangkan dengan enjin berkod K14B. Enjin 1.4 liter MPI itu mampu menghasilkan kuasa 92PS pada 6,000rpm dan 130Nm pada 4,000rpm. Penghantaran kuasa ke roda hadapan ditugaskan kepada transmisi 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik.

Pasaran tempatan akan menerima dua pilihan varian iaitu Proton Ertiga Executive dan Proton Ertiga Executive PLUS. Lebih menarik model tersebut menerima status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Sekaligus menjadi MPV kompak pertama menerima status itu.

Dari segi rekaan tidak jauh berbeza dengan model sedia ada di Indonesia. Malah, ketika Gaikindo Auto Show di Jakarta yang lalu, Sinar Turbo berpeluang melihat lebih dekat model Ertiga.

Selain logo Suzuki yang digantikan dengan lencana Proton, bahagian belakang Ertiga bagi pasaran tempatan sedikit berubah. Bahagian kabin masih boleh dikatakan selesa. Waima bagi penumpang barisan ketiga. Masih terbilang lapang bagi ketinggian orang Asean.

Malah, Ertiga juga menyediakan pendingin hawa yang boleh dilaraskan bagi penumpang kerusi kedua dan ketiga.
Model MPV itu memiliki dimensi panjang (4, 265mm), lebar (1, 695mm), tinggi (1, 685mm) dan jarak roda (2, 740mm).

Proton menawarkan empat pilihan warna iaitu putih, kelabu, coklat dan merah. Seperti mana model Proton yang lain, Ertiga didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer perbatuan.

Soal harga. Tunggu sahaja pada majlis pelancaran nanti. Menurut Sinar Turbo harga pasti tidak jauh berbeza dengan pesaingnya Perodua Alza, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina. Di Indonesia, Ertiga dijual pada harga bermula Rp184, 000,000 (RM60, 720).

PERBANDINGAN DI ANTARA BUAYA DAN SINGA

November 17, 2016



PERBANDINGAN DI ANTARA BUAYA DAN SINGA

Saya telah mengulas perkembangan Pilihanraya Presiden Amerika di ruangan akhbar Harakah bertajuk “Pilihanraya Presiden Amerika dan Zionis” pada bulan April yang lalu dengan menyebut bahawa perbandingan di antara dua calon Pilihanraya Presiden Amerika iaitu Hillary Clinton (Parti Demokrat) dan Donald Trump (Parti Republikan) adalah kedua-duanya berlumba-lumba membuat kenyataan terbuka menyokong Israel dengan pendekatan yang berbeza, namun tujuannya tetap sama. Tetapi masih ada dikalangan kita sudah lupa betapa konsep dan matlamat kedua-duanya sama sehingga ada yang bersedih kerana calon yang diminati kalah.

Perbandingannya laksana buaya dan singa, kedua-duanya mengganas. Perbezaan singa mengaum dengan kuat, nyata dan menerpa secara terbuka dilapangan. Adapun buaya seperti kata pepatah Melayu ‘bagaikan air yang tenang jangan di sangka tiada buaya’.

Parti Demokrat dan Parti Republikan semuanya terlibat dalam campur tangan yang menimbulkan ketegangan di seluruh pelosok dunia secara langsung atau tidak langsung melalui wakil mereka. Tragedi pembunuhan yang mencecah jutaan mangsa korban dan menjadi pelarian dibenarkan atas nama mendokong kebebasan, demokrasi, keadilan dan hak asasi manusia. Namun, undang-undang antarabangsa dan mahkamah laksana sarang labah-labah yang boleh memerangkap makhluk kecil sahaja. Apa-apa tindakan pun tidak boleh di ambil ke atas Amerika dan sekutunya dan semua keputusan PBB boleh dihalang dengan mudah melalui kuasa vetonya.

Seganas-ganas singa dan buaya boleh dikawal oleh Jabatan Perhilitan dan dikurung dalam sangkar zoo. Begitulah politik, sejarah menunjukkan kuasa besar yang memuncak keganasannya seperti Adolf Hitler dan Benito Mussolini lebih cepat tersungkur.

Amerika adalah sebuah negara yang mendokong demokrasi bebas tetap dikawal melalui perlembagaan dan undang-undangnya. Disamping berlaku protes rakyat terhadap keputusan pilihanraya itu secara demokrasi jalanan, negara Barat di Eropah juga menujukkan tekanan bahawa Donald Trump tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya seperti kempennya di masa pilihanraya kecuali kalau mahu menempah kehancuran Amerika seperti berkecainya kuasa besar Kesatuan Soviet di abad yang lalu atau kemusnahan dengan cara yang lain.

Apa yang perlu menjadi iktibar adalah betapa kecelaruan demokrasi Barat kini kerana disebabkan oleh tidak beriman dan hilangnya sifat budiman dalam pemilihan kepimpinan. Tiga faktor penting yang menjadi rukun manipulasi pemilihan iaitu 3M (Machinery (Jentera), Media and Money). Apabila 3 faktor ini yang dikuasai bangsa Yahudi dimanipulasi sepenuhnya sebagaimana yang diceritakan benar oleh Al-Quran. Firman Allah SWT:

﴿وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ٢٤٧ وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ءَايَةَ مُلۡكِهِۦٓ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلتَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَبَقِيَّةٞ مِّمَّا تَرَكَ ءَالُ مُوسَىٰ وَءَالُ هَٰرُونَ تَحۡمِلُهُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لَّكُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ٢٤٨﴾ [البقرة: 247-248]



Berkatalah Nabi mereka kepada mereka (apabila mereka meminta Nabi itu menetapkan calon raja setelah dimintanya): “Sesungguhnya Allah melantik Talut menjadi raja kamu”. Mereka berkata: “Bagaimana dia dilantik, padahal kalangan kami ada yang lebih layak, dan dia pula tidak berharta banyak (kaya raya)?” Nabi mereka menjawab: “Allah yang memilihnya kerana dia berilmu dan sihat serta gagah perkasa”. Allah sahaja yang memberi kurnia pemerintahan kepada sesiapa yang di kehendaki-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengetahuan dan Kuasa-Nya lagi Maha Mengetahui. (247)

Nabi mereka menegaskan lagi: “Sesungguhnya Allah menunjukkan tanda perlantikannya bahawa datang kepada kamu Tabut (peti) yang dibawa oleh Malaikat, yang ada di dalamnya ketenangan daripada Tuhan kamu dan pusaka peninggalan pengikut Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S. Sesungguhnya itulah dalil daripada Tuhan kamu sekiranya kamu beriman.” (248)] (Al-Baqarah: 247-248)

Al-Quran adalah kitab suci mukjizat yang kekal daripada Allah kepada Rasul akhir zaman Muhammad S.A.W. yang membawa kisah petunjuk sepanjang zaman.

Donald Trump memenangi pilihanraya dengan politik wang kekayaan yang mempengaruhi jentera dan media. Tegasnya, siapa paling kaya dan hebat Zionisnya dipilih dalam pilihanraya di Amerika. Apabila dicampur wang dan Zionisnya maka sangat kuat sumbangan mempengaruhi politik terkini, apabila akal berada di perut dan apabila yang tinggi ilmunya dapat diperkudakan.

Para ulama tafsir Al-Quran menegaskan pengajaran itu diambil daripada lafaznya yang umum bukan sebabnya yang khusus.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI BIN AWANG

Presiden PAS
17 Safar 1438H / 17 November 2016M

DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT ... EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA



DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT ... EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA.

Oleh : Lim Sian See

Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.

PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.

Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.

Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? ... JOM TERJAH!!!

1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.

Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus - bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.

Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.

PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS - sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.

Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR - sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.

Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.

Petikan akhbar - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh semalam.

Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.

“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.

“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” - Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW

Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini - Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.

2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.

Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan - sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.

Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.

Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.

Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti - lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.

Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.

Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

"...dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

"Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. "

"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."
-
Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!
https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056
https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744

Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.

Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB

Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.

Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.

3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.

2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1BmD

Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah)
https://www.youtube.com/watch?v=O41WvJgpRHs&feature=youtu.be

Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak ansur dengan parti yang ‘mencuri’ wakilnya.

Jika anda hormat rakan kerjasama anda, anda pastinya tidak akan menerima akuan sumpah dari wakil rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.

Itu tikam belakang. Yang teruk.

4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.

Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil PAS akan berhenti memperjuangkan hukum syariah dan hudud.

Sebab itulah, isu Hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan yang menyebabkan beberapa perbalahan ketika tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.

Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle tetapi sempat disalin oleh beberapa blog):
-

"Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan Harapan, satu persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan."

"Pertama, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan dibentuk, beliau telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri."

"Ini adalah satu persetujuan dari DAP dan sebagai penghargaan sumbangan Nik Aziz kepada negara dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden PAS Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada 2003 tetapi tidak berupaya melaksanakannya."

"Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan dari PAS yang manifesto bersama Pakatan dan Buku Jingga akan kekal, tanpa perlu melibatkan hudud." https://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/09/30/23889/

Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam ceramah dan ucapan Pakatan selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak termasuk di dalam Polisi Bersama Pakatan Rakyat”.

Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan Hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP membantah keras dan mula memperkecilkan PAS.

Kemudian segalanya mula meletup!

Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS perjuang konsep Negara Islam.” http://goo.gl/oW67CK

Sehari kemudian pada April 2014, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk Hudud di Kelantan - yang menyebabkan Lim Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”. http://goo.gl/UxvkTl

Beberapa hari kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang JUGA berkata DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hadi memberikan bukti. http://goo.gl/kgogGy

Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul. http://goo.gl/2FplaO

Di dalam surat tersebut, jelas ianya menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.”

Sekarang, melainkan Lim Guan Eng jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan hudud, ianya jelas yang DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng menandatanganinya!

Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi Awang. https://goo.gl/W0ueW8

Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS. https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA&feature=youtu.be

Maka, di dalam fikiran mereka, PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah yang pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan kurang ajar - memanggil Abdul Hadi dengan pelbagai gelaran buruk.

Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian terbuka terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS sebagai penipu membuat mereka hilang sabar.

Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan.

Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana yang tidak boleh dipercayai adalah jelas.

JANGAN KAGUM PADA SUPERMOON TAPI KAGUMLAH PADA ALLAH YANG MENGGERAKKAN SI BULAN

November 14, 2016



JANGAN KAGUM PADA SUPERMOON TAPI KAGUMLAH PADA ALLAH YANG MENGGERAKKAN SI BULAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Solat Isyak kami di Surau Nur al-Syura, Bandar Baru Selayang Fasa 2B tadi (14 November 2016) sengaja saya isi dengan ayat berkaitan "BULAN"...

وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Ertinya: Dan antara tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan “BULAN.” Janganlah kamu sujud kepada matahari dan “JANGANLAH PULA SUJUD KEPADA BULAN”, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah (Fussilat [41:37]).

Usai solat, saya ulas tentang ayat ini dalam seminit dua. Kesimpulannya, panjangkan minda dan akal anda. Jangan hanya kagum pada fenomena “SUPERMOON” tetapi kagumlah kepada pemilik BULAN itu sendiri. Ini antara cara bagaimana SAINS MENINGKATKAN IMAN.

Tuan Guru Ustaz Ishak Din telah kembali bertemu Sang Pencipta jam 6.05 petang di IJN



Alfatihah.

Tuan Guru Ustaz Ishak Din telah kembali bertemu Sang Pencipta jam 6.05 petang di IJN.

إنا لله وإنا إليه راجعون

KENALI PERJUANGAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

November 13, 2016



KENALI PERJUANGAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Alhamdulillah atas segalanya. Mengikut satu fakta sejarah, Parti Islam Se-Malaysia - ڤرتي اسلام سمليسيا (PAS) telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951. Walaubagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu, 25 November 1951).

Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS bersetuju bahawa fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh sebenar PAS ditubuhkan.

Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 (Pulau Pinang). PAS yang kemudiannya ditukar namanya kepada Parti Islam Se-Malaysia adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka selepas Hizbul Muslimin diharamkan oleh kerajaan British pada tahun 1948.

Berikut merupakan senarai Yang Dipertua Agung yang kemudiannya dikenali sebagai Presiden PAS sejak penubuhannya:

▶ 1951-1953: Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan
▶ 1953-1956: Dr. Haji Abbas Haji Ilias
▶ 1956-1969: Prof. Dr. Burhanuddin Al-Helmy
▶ 1969-1982: Datuk Mohd Asri Muda
▶ 1982-1989: Tuan Guru Haji Yusof Rawa
▶ 1989-2002: Dato' Tuan Guru Haji Fadzil Mohd Noor
▶ 2002-Kini: Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

MISI, DASAR, SERUAN DAN TUJUAN
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Dasar PAS ialah ISLAM.

Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR!

TUJUAN PAS ialah:

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

2. Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

USAHA-USAHA PAS:

1. Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qur'an.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

HUKUM DAN KEKUASAAN:

Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata.

(Petikan dari Fasal 3, 4, 5, 6 &7 Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)).

#TarbiyahDakwahSiayah
#InilahPenyelesaianKita
#BertekadMelebarMuafakat
#MempersiapGenerasiKemenangan
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Dipetik dari FB Mukhtar Suhaili

Isu Nama Damia. Bahagian JAKIM Beri Pemerangan



Nama Damia boleh digunakan cuma tukar sahaja dengan sebutan yang betul dan ejaan arabnya iaitu دامياء / Damia' / Damiyak maknanya baik dan berkat.

Sebutan yang sebenarnya perlu diperbetulkan kerana tulisan atau ejaan bahasa ini berlainan tafsirannya jika dieja dengan sistem bahasa yang lain; bahasa Arab, Cina atau Jepun, tidakkah berlainan tafsirannya? Bayangkan pula, mereka yang sama nama pada hakikatnya tapi berbeza ejaan sahaja. Contohnya Muhammad, Mohamed, Mohamad, Mehmech.

Begitu juga ejaan dalam bahasa melayu ada yang dibuang huruf hamzah diakhir kalimah. Contohnya Aulia - Aulia'/Auliyak,
Humaira - Humaira'/Humairak, Zahra - Zahra'/Zahrak, Ulama - Ulama'/Ulamak, Hana - Hana'/Hanak, Damia - Damia'/Damiyak.

#ViralNamaDamia
#IkutSebutanNamaYangBetulBukanEjaannya
#BetulkanYangBiasaBiasakanYangBetul
#BahagianDakwahJakim

Dituduh Terima Dedak, Ini Penjelasan Mursyidul Am



13 NOV : Selepas dituduh menjadi pemakan dedak, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin tampil menjelaskan mengapa parti Islam tersebut tidak hadir ke Konvensyen Pakatan Harapan semalam yang menjadi punca Tun Dr Mahathir Mohamad membuat tuduhan sedemikian.

pas-lasakHashim berkata itu sekadar pandangan Dr Mahathir tapi PAS juga ada pendirian sendiri yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Itu pandangan dia (Dr Mahathir), saya ada pandangan saya sendiri. Tidak semestinya PAS kena ikut apa Dr Mahathir kata sebab saya sendiri ada jalan yang tersendiri,”

“Kalau mahu lihat perkara sebenarnya, kita lihat dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media selepas Himpunan Ledakan Suara Rakyat (LASAK) di Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad.

Semalam, Dr Mahathir berkata mana-mana pihak yang memusuhi gabungan pembangkang itu boleh dianggap sebagai penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya sikap berkenaan juga mungkin menjadi petanda bahawa pihak terbabit sudah mendapat “dedak” daripada Najib.

“Dedak” adalah istilah dipopularkan Dr Mahathir dan penyokongnya yang merujuk kepada pemberian didakwa diberi Perdana Menteri untuk mendapatkan sokongan.

Sementara itu, Hashim juga menegaskan pendirian mereka untuk berbincang dengan mana-mana pihak – termasuk UMNO – kerana ia dibenarkan Islam.

Bagaimanapun menurut Hashim tidak ada mana-mana boleh menuduh mereka ingin menyertai parti itu.

“Dalam Islam walaupun dia itu musuh, agama tak larang (kita) berjumpa dan berbincang.

“Jadi, sekarang ini dia (UMNO) nak bincang dengan kita. Apa-apa persoalan kita sedia dengar dan dia (Umno) juga patut sedia dengar apa yang kita nak kata dan (kemudian) kita pertimbanglah.

“Tapi jangan tuduh PAS masuk BN (Barisan Nasional), yang itu kami dah buat keputusan,” katanya.

MB Kelantan ketuai senarai penerima darjah kebesaran

November 12, 2016



MB Kelantan ketuai senarai penerima darjah kebesaran

MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob bakal mengetuai senarai 608 penerima darjah gelaran kebesaran negeri Kelantan sempena hari keputeraan Sultan Muhammad ke-47 Sabtu ini.

Beliau merupakan satu-satunya penerima gelaran kebesaran yang membawa gelaran Dato' Bentara Kanan.

Majlis penganugerahan itu akan diadakan di Istana Balai Besar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata seramai 599 akan menerima gelaran kebesaran negeri, darjah kebesaran, bintang, pingat dan surat kepujian pada majlis tersebut.

Manakala 9 orang lagi dilantik sebagai Jaksa Pendamai (JP).

Katanya, daripada jumlah tersebut seramai 29 individu merupakan penerima Darjah Kebesaran Al-Petrawi bagi peringkat kedua hingga kelima.

"Ia merupakan satu darjah kebesaran baharu yang diperkenankan oleh Tuanku Sultan Muhammad V bermula tahun ini.

"Yang dinamakan Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia atau Al-Petrawi yang terdiri daripada lima peringkat," katanya pada sidang media di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Menurutnya peringkat pertama dan kedua membawa gelaran Dato' yang hanya dikhususkan kepada penerima dari badan beruniform perkhidmatan awam.

Turut hadir pada sidang media itu Pengelola Istana D'Raja Kelantan, Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal.

Tema sambutan hari keputeraan tahun ini “Islam Dijulang, Raja Dijunjung, Rakyat Disanjung”.

Sementara itu persiapan menyambut sambutan keputeraan bermula sejak bulan lepas. Lampu jalan yang dihiasi menarik dipasang di jalan utama di Kota Bharu dan hadapan Kota Darulnaim.

Bendera negeri Kelantan juga dipasang di sepanjang jalan, premis perniagaan serta pejabat kerajaan.

Tuan Guru Ustaz Ishak Din jalani pembedahan jantung hari ini

November 11, 2016



Tuan Guru Ustaz Ishak Din.

Mohon doa dari rakan-rakan semua khas buat beliau (TG Ustaz Ishak Din) kerana pagi ini bakal menjalani satu rawatan di IJN. Agar dipermudahkan segala urusan dan dilancarkan segala perancangan dari Allah.

Bersama beliau, YBhg. Dato' Abu Hassan Din alhafiz, adinda kepada TG Ishak Din menemaninya sekeluarga sebelum ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan.

ربي يسر ولا تعسر يا كريم
ربي تمم له بالخير..

Bekas-bekas Presiden-presiden Amerika Syarikat yang masih lagi " bernyawa "

November 10, 2016



Bekas-bekas Presiden-presiden Amerika Syarikat yang masih lagi " bernyawa ".

Dari kiri: George H. W. Bush Presiden yang ke-41 dari tahun 1989-1993 dari Republik. Beliau pembunuh umat Islam di Panama, Iraq, Somalia, beliau mencetuskan Perang Teluk dan menjatuhkan Soviet Union pada tahun 1991.

Barack Obama Presiden yang ke-44 dari tahun 2009-2016 dari Demokrat. Beliau pembunuh umat Islam di Afghanistan, Iraq, Palestine, Syria, Ukraine, Libya & Yaman.

George W. Bush Presiden yang ke-43 dari tahun 2001-2009 dari Demokrat. Beliau pembunuh umat Islam di Iraq & Afghanistan.

Bill Clinton Presiden yang ke-42 dari tahun 1993-2001 dari Demokrat. Beliau pembunuh umat Islam di Bosnia, Kosova, Rwanda, Balkan, Iraq & Sudan.

Jimmy Carter Presiden yang ke-39 dari tahun 1977-1981 dari Demokrat. Beliau pembunuh umat Islam di El-Savador, Guatemala, Angola, & Afganistan.

Pencerobohan oleh bekas-bekas Presiden-presiden Amerika Syarikat terutamanya di Timur Tengah adalah untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka dan terus kekal sebagai " Kuasa Besar Dunia " dan mahu mewujudkan "New World Order ".

There has been no American President who has no engaged in wars and murders outside of the U.S borders. Those 5 of them who are now alive had their bloody hands involved in wars.

This Is The Real Dictator & The Real Terrorist.

Isu Saman ke atas Tuan Guru Presiden kerana membentang Private Members Bill untuk meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui akta 355 di Parlimen



Isu Saman ke atas Tuan Guru Presiden kerana membentang Private Members Bill untuk meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui akta 355 di Parlimen.

Mahkamah telah memutuskan Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bertindak betul di Parlimen dengan peranannya sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Saman ditolak.

BERSATU DENGAN TALI ALLAH



BERSATU DENGAN TALI ALLAH

Tuan Guru Haji Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS

AQIDAH menjadi tali penghubung yang mengikat hubungan antara sesama manusia yang lebih kuat dari ikatan dan pertalian darah dan keturunan. Inilah yang disebutkan oleh Allah bahawa setiap orang Mukmin adalah bersaudara, dan hubungan mereka seperti susunan batu-bata dalam binaan sebuah bangunan. Mereka saling kukuh-mengukuh antara satu sama lain.

Dalam sejarah Islam, ia bermula dalam sebuah masyarakat yang begitu fanatik dan taksub perkauman dan perpuakan. Islam datang dengan menyatukan seluruh perbezaan darah dan keturunan kepada persamaan aqidah. Semangat perkauman yang kuat sebelum ini telah luntur akibat kekuatan iman sehingga para Sahabat yang berkulit hitam dari Habsyah seperti Bilal bin Rabah dan Sahabat imigran dari Yaman seperti Ammar bin Yasir mendapat kemuliaan setanding bangsawan Quraisy.

Kerana iman yang menjadi asas perpaduan, tidak ada lagi rasa terpisah antara golongan bangsawan dengan hamba sahaya. Persoalan kelas ekonomi dan sosial telah diruntuhkan oleh kekuatan iman. Golongan hamba sahaya dan orang miskin yang selama ini dipandang jijik oleh bangsawan Quraisy Mekah, telah mula mendapat pembelaan di atas semangat iman sehingga Abu Bakar mengorbankan hartanya bagi memerdekakan Bilal.

Kita sudah biasa mendengar nama-nama seperti Salman al-Farisi, Suhaib ar-Rumi, Bilal al-Habsyi dan lain-lain yang menunjukkan mereka bukan berbangsa Arab. Bahkan, di kalangan Ansar wujud Aus dan Khazraj, manakala tidak kurang juga Bani Israel dari keturunan Qainuqak, Quraizah dan Nadhir yang beriman. Mereka disatukan oleh Rasulullah SAW bersama Muhajirin dari Mekah dengan hablillah (tali Allah), sehingga menjadi sumber kekuatan dalam kebangkitan Islam.

Inilah kekuatan iman yang bertunjangkan tali Allah. Apakah tali Allah? Itulah Islam, agama suci yang menjadi cara hidup yang sempurna untuk manusia. Orang-orang yang telah beriman, diperintahkan oleh Allah supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah. Islam menjadi asas yang menyatukan semua orang beriman. Perbezaan kerana warna kulit, daerah, status ekonomi, keturunan, bahkan pegangan politik tidak sepatutnya mengasingkan kumpulan-kumpulan orang yang beriman.

Sebagai mana kita merasai manisnya iman apabila mengenangkan nasib saudara seagama di Palestin, Chechen, Kashmir, Bosnia, Rohingya dan lain-lain, sehingga kita sanggup menghulurkan bantuan, menyuarakan tuntutan dan membela nasib mereka, begitulah sepatutnya rasa keimanan berkembang dalam diri kita. Kita tidak pernah mengenali atau bertemu dengan saudara seaqidah dari Chechen dan Bosnia, tetapi kita menyatakan solidariti. Kenapa?

Nah! Hari ini di hadapan kita orang Melayu menjadi bangsa yang beragama Islam. Bangsa-bangsa lain seperti Cina, India dan Bumiputera juga mempunyai minoriti Islam. Telah lama kita dipisahkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah. Islam menyerukan perpaduan semua manusia atas semangat taaruf, sedangkan Islam memerintahkan orang yang beriman bersatu atas dasar aqidah (hablillah). Perbezaan sedia ada tidak menjadi halangan kerana kita mempunyai ‘penawar’ yang menyatukan iaitu Islam.

PAS telah mendukung Islam sebagai cara hidup yang syumul meliputi soal politik, ekonomi dan sosial. Islam yang diperjuangkan oleh PAS bukan hanya ibadat dan ritual semata-mata, tetapi sebagai sistem hidup. Dalam pada itu, terdapat kumpulan-kumpulan politik dan NGO yang turut disertai oleh umat Islam. Umat Islam hari ini ada dalam Umno, PKR, Bersatu, PAN, DAP dan lain-lain. Kita memperkatakan tentang kerjasama dan perpaduan. Tetapi mengapa umat Islam tidak mahu menjadikan Islam sebagai asas penyatuan mereka?

Jika kita bersedia memilih Islam sebagai alat menyatukan kita, sudah pasti umat Islam boleh menjadi kuat dan kukuh. Kita lupakan dahulu soal semangat kebangsaan atau ideologi yang kita anut, sebaliknya kita kembali kepada Islam sebagai tali Allah. Atas dasar iman, kita telah diperintahkan bersatu dan dilarang berpecah belah. Orang-orang Islam dalam PAS, Umno, PKR, Bersatu, hatta DAP dan PAN juga sewajarnya bersatu hati atas nama Islam, dan melupakan semua kepentingan sempit.

Saya menyeru semua umat Islam dan mereka yang beriman, khususnya di negara ini, supaya bersatu dengan berpegang teguh pada tali Allah. Kita kembalilah kepada Islam yang sebenar dan kita binakan kekuatan melalui perpaduan atas nama Islam. Kerjasama politik atau tahaluf siyasi adalah ruang yang sangat terbuka untuk semua orang, tetapi ia mestilah didasarkan atas nama Islam dan dipimpin oleh Islam. Bergerak di atas dasar al-Quran dan Sunnah akan menyatukan seluruh perbezaan kita dan mengembalikan kekuatan kepada kita!

https://pas.org.my/arkib/mursyidulam/9888-bersatu-dengan-tali-allah

Trump Menang Pilihan Raya Amerika Syarikat

November 9, 2016



Trump Menang Pilihan Raya Amerika Syarikat

9 NOV : Calon Parti Republikan, Donald Trump akan menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45 selepas berjaya memenangi pilihan raya negara itu dengan menewaskan calon Demokratik, Hillary Clinton pada Rabu.

amerikaTrump akan mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu pada Januari tahun depan.

Kemenangan jutawan tersebut mengejutkan banyak pihak yang pada awalnya meramalkan Clinton akan memenangi pilihan raya Presiden, malah pasaran saham dan mata wang global juga menerima kesan daripada keputusan tersebut.

Sebelum ini, kebanyakkan peramal juga pada awalnya menjangka Clinton akan memenangi pilihan raya kali ini.

Calon presiden memerlukan 270 undi untuk menang.

FARAH ADEEBA TV AL-HIJRAH TERKEJUT. PERJUANGAN DEMOKRASI, HAK ASASI DAN KEBEBASAN DI MALAYSIA SEBENARNYA SUDAH LAMA MENDAPAT TAJAAN



FARAH ADEEBA TV AL-HIJRAH TERKEJUT. PERJUANGAN DEMOKRASI, HAK ASASI DAN KEBEBASAN DI MALAYSIA SEBENARNYA SUDAH LAMA MENDAPAT TAJAAN.

Baru-baru ini kita menerima sebaran Whataspp dari Farah yg terkejut dengan agenda US yang inginkan sebuah negara yang mempunyai elemen kebebasan antara agama dan memisahkan agama dari politik / kerajaan. Dalam temubual berkenaan, TV al-Hijrah terpaksa merombak soalan, walau bagaimanapun Rabai berkenaan, menurut Farah masih terus mengalihkan perbincangan kepada aspek demokrasi, kebebasan dan hak asasi.

Sebenarnya, perancangan Yahudi untuk membawa kebebasan agama di Malaysia atas nama demokrasi tidaklah mengejutkan sangat kerana ia telah pun berjalan secara terbuka dan boleh disearch di dalam Google. Mungkin Farah baru sahaja bertemu secara bersemuka.

Salah satu organisasi yang terpenting di Malaysia ialah National Endowment for Democracy (NED) yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah Kongres US, Department of State. Ia mendapat tajaan dari syarikat gergasi dunia seperti Google, Microsoft, Coca Cola dan lain2 bagi membawa misi kebebasan, demokrasi dan hak asasi ke seluruh dunia menggunakan model US yang berteraskan sekularisme, rasionalisme, pluralisme dll. Dengan dana yang begitu besar, mereka membiayai lebih dari 1000 projek setiap tahun di berbagai negara di seluruh dunia kepada mana-mana pihak yang ingin membawa misi dan mencapai objektif mereka.

http://www.ned.org/

Di Malaysia, NED telah bergerak memberikan sumbangan sekitar hampir 1 juta USD setahun sejak dari 2005 hingga kini seperti yang dapat dilihat dalam rajah di bawah. Dengan jumlah yang begitu besar, mereka bergerak di Malaysia sebagai NGO dan organisasi yang bertindak sebagai kumpulan pendesak kepada kerajaan dan juga memberikan pendidikan kepada rakyat agar lebih demokrasi, meraikan hak asasi dan kebebasan bersuara. Apa yang menjadi masalahnya ialah sebahagian dari desakan dan usaha mereka itu bertentangan dengan nilai tradisional melayu dan nilai masyarakat ketimuran, yang peling penting sekali ialah bercanggah dengan syariat Islam. Namun mereka menganggapnya sebagai universal.

1- Islamic Renaissance Front (IRF) - mendapat USD 50-75k setahun sejak 2014 dan ia cuba membawa wacana Islam baru yang berteraskan kepada demokrasi dan kebebasan. Mereka menulis buku seperti Wacana Pemikiran Reformis dan ada juga memanggil tokoh yang dikaitkan dengan pemikiran Liberal seperti Ulil Absar dari Indonesia dan Mustafa Akyol dari Turki untuk memberikan syarahan. Mereka tidak menggalakkan pelaksanaan hukum hudud. Mereka menggalakkan wacana yang mempunyai elemen demokrasi dan kebebasan.

2- Lawyers of Liberty - mendapat USD40k setahun sejak 2011, merupakan sebuah organisasi yang memperjuangkan hak asasi dan mempertahankannya menerusi saluran undang2 dari perkara yang mencabul perlembagaan dan undang2 atau apa2 perkara yang dianggap tidak rasional dari perspektif mereka. Organisasi ini mengumpulkan para peguam bergerak memperjuangkan ketidak adilan kepada mana-mana pihak.

3- Malaysia kini dan TV Kini. Merupakan portal berita yang menyediakan maklumat yang bebas dan pelbagai dari perspektif demokrasi, hak asasi dan kebebasan. MalaysiaKini mendapat USD100k setiap tahun selama 4 tahun berturut2 dan TVkini pula mendapat USD 35k setiap tahun sejak 2014.

4- Merdeka Center - yang mendapat sekitar USD 60-70k setahun sejak 2011 merupakan pusat kajian yang menjalakan kajian dan survey umum terhadap isu-isu yang berlaku di dalam negara.

5- International Republican Institut (IRI)- mendapat dana yang sangat besar antara USD350k hingga USD400k dan pernah mendapat USD800k.

Dengan dana yang banyak dari NED sehingga RM2-3 juta setahun dan pernah mencecah RM4juta, mereka mempunyai gerakan yang tersusun. Oleh sebab itu, projek, program dan usaha yang berkait dengan hak asasi, demokrasi dan kebebasan, termasuk kebebasan agama merupakan usaha yang sering nampak di alam maya kerana mendapat biaya antaranya dari NED. Mungkin ada di sana banyak lagi maklumat dan aktiviti yang tidak didedahkan telah pun dilakukan bagi mengukuhkan perjuangan hak asasi, kebebasan dan demokrasi di Malaysia.

P/s: Kena selebriti bercakap dahulu, baru rakyat sedar. Hmm..

http://myfaisalonline.blogspot.my/2016/11/farah-adeeba-tv-al-hijrah-terkejut-apa.html

Memanjakan yang manja sampai mengada-ngada

November 8, 2016



~Memanjakan yang manja sampai mengada-ngada~

" Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius kejadian murid yang diasingkan dan duduk di atas jalan tar. Pihak KPM meminta JPN membuat siasatan dengan segera". - Metro.

Aku tak faham dah. Sungguh. Betul-betul tak faham. Dah murid lewat, guru asingkan dari murid yang awal. Biasa la tu. Nanti habis perhimpunan, murid yang lewat mungkin diberi taklimat (kena marah la) supaya sedar atas kesalahan dan datang awal lain kali.

Tapi itu pun tak boleh ke? Eh, awal tahun dahulu, kawan aku guru disiplin sekolah menengah rotan murid lewat. Kau tahu apa jadi? Dia didakwa di mahkamah, ibubapa yang tak boleh terima anaknya di rotan buat report polis.

Banyak kali jugalah turun naik mahkamah, mujur dia menang kes tu. Dah memang patut murid tu dirotan, bukan sekali dua datang lewat. Dia anggap sekolah tu atuk dia yang punya ke apa? Suka suki nak langgar peraturan.

Kes ni lagi pelik. Bingung aku memikirkannya. Guru tak sentuh, tak rotan, tak maki hamun. HANYA asingkan sahaja, masih mendengar taklimat di perhimpunan seperti murid lain. Eh, murid lain pun duduk atas tar juga lah. Apa ada hal?

Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru Nasianal, Datuk Dr Mohamad Ali Hassan pun satu hal juga. Patut dia pengerusi PIBGN tolong la back up cikgu. Sebab itu persatuan Ibubapa dan Guru, bukan Ibubapa dan Murid.

Ini tidak, katanya tindakan itu agak keras dan tidak wajar dilakukan.

Yang manja dimanjakan lagi. Yang remeh dibesar-besarkan. Diberi keutamaan pada si manja, sedang yang kental adalah majoriti.

Malah, murid yang dihukum tidak bersungut pun, ibubapa yang lebih-lebih. Mengada-ngada dan manja sungguh ibubapa zaman la ni (khas ibubapa yang up isu ni kat Metro). Menyampah pula aku. Macam dia tak pernah sekolah dahulu.

Eh, kau buat sekolah sendiri la. Sekolah kerajaan ke, swasta ke, memang ada peraturan perlu dipatuhi. Dah pelajar langgar peraturan, mereka akan dihukum la. Kalau yang langgar peraturan dipeluk cium, diberi pujian, sedaplah. Semua orang nak langgar peraturan.

Peraturan dibuat untuk dipatuhi, bukan untuk dilanggar. Kau paham tak?

Amboi, murid kena duduk atas tar sikit terus suruh buat siasatan segera dibuat. Kereta cikgu disimbah cat, tayar dipancitkan, dicalar-calar, dimaki hamun murid, tidak bersegera pula. Cikgu hanya memendam airmata. Memendam rasa penuh hiba.

Letih jadi cikgu akhir-akhir ini. Jadi mangsa segenap pihak. Diperah pun kami, dipersalahkan pun kami. Muktahir ini, guru yang perlu menghormati pelajar.

Sampai bila budaya 'Memanjakan yang manja sampai mengada-ngada' akan diteruskan? Sampai bila? Sampai bila?

#MFS

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1274300442591548&id=100000348124684

USTAZAH PENCERAMAH BEBAS” MENGAKU IBU IMAM MAHDI MEMFITNAH KONONNYA DIPUKUL



"USTAZAH PENCERAMAH BEBAS” MENGAKU IBU IMAM MAHDI MEMFITNAH KONONNYA DIPUKUL

Seorang wanita yang dikenali sebagai “Sakinah” mengaku sebagai bakal ibu kepada Imam Mahdi membuat dakwaan kononnya dirinya dipukul oleh seorang bekas peserta Pencetus Ummah musim ke-2. Sakinah yang ingin dikenali sebagai seorang Ustazah Fardhu Ain selain mendakwa dirinya seorang penceramah bebas telah diceraikan oleh bekas suami dengan Talak 2.

Setelah dirinya ditalak 2, dia menawarkan hubungan seks kepada beberapa individu melalui media sosial agar kelak “Imam Mahdi” yang bakal dilahirkannya mempunyai bapa tiri. Antara yang terkena tempias fitnahnya ini ialah peserta Pencetus Ummah musim ke-2 seperti yang telah diviral. “Ustazah” Sakinah telah menghantar mesej tidak senonoh kepada bekas peserta Pencetus Ummah dan isterinya bagi mengganggu rumah tangga mereka.

“Ustazah” Sakinah yang telah ditalak 2 oleh bekas suaminya di Besut, Terengganu bertindak untuk datang bertemu bekas peserta Pencetus Ummah ini untuk tujuan mencari bakal bapa tiri Imam Mahdi di sebuah Pondok Moden di Damansara. Menurut ramai saksi kejadian, “Ustazah” Sakinah yang berpakaian tidak senonoh menceroboh Asrama Pelajar Lelaki di Pondok milik bekas peserta Pencetus Ummah ini cuba untuk merapatkan diri (memeluk) bekas peserta Pencetus Ummah tersebut.

Dalam kekalutan tersebut, bekas peserta Pencetus Ummah mengelak dari dirinya terkena fitnah. Namun, “Ustazah” Sakinah telah terjatuh dengan sendirinya lalu tercedera. “Ustazah” Sakinah terus membuat laporan dan dakwaan kononnya dirinya dicederakan sedangkan dia yang menceroboh ke premis tertuduh.

Tertuduh iaitu bekas peserta Pencetus Ummah juga akan mendakwa “Ustazah” Sakinah di mahkamah atas sebab menceroboh dan mengganggu ketenteraman di Pondok yang terletak di Damansara tersebut. Hal ini juga telah memberi pandangan buruk terhadap institusi Pondok miliknya selain memberi aib kepada tertuduh serta isterinya.

Oleh kerana aib telah disebar dengan cara fitnah, maka pendedahan dari pihak tertuduh bagi mempertahankan diri perlu diperjelaskan kepada umum. Ini adalah supaya masyarakat dapat mendengar hujah dari kedua belah pihak dan dapat menilainya dengan waras. Penggunaan Media alternatif ini dalah bagi meluruskan semula kekeliruan yang ditimbulkan oleh Media Arus perdana yang kehabisan isu berkualiti dan hanya membuat ulasan berdasarkan penjelasan sebelah pihak sahaja.

Tajuk-tajuk di dada akhbar serta stesyen berita arus perdana begitu mngecewakan apabila membuat putar belit dan menimbulkan kekeliruan semata-mata untuk mengejar sensasi. Jika beginilah kualiti kewartawanan Berita Harian, TV 9 dan sebagainya, maka jangan hairanlah mengapa mereka tidak mampu menandingi pengaruh media alternatif seperti MalaysiaKini dan sebagainya.

GIANT TAWAU Mohon Maaf Isu Alas Kaki

November 7, 2016



Pengurus Supermarket GIANT Tawau Tuan Abas Bin Utoharba dan En Mohammad Nor Bin Kalingalan, Penolong Pengurus datang ke Pejabat PAS Tawau mohon maaf atas perkara jualan alas kaki berbentuk bendera/lambang PAS di supermarket mereka.

Takziah buat Datuk Jalaluddin Hassan. Isteri meninggal.

November 5, 2016



Takziah buat Datuk Jalaluddin Hassan. Isterinya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi tadi selepas melakukan pembedahan jantung semalam. Jenazah kini berada di rumah. Al-Fatihah.

Pagi ini Dato Ustaz Kazim telah dikejarkan ke hospital



Pagi ini Dato Ustaz Kazim telah dikejarkan ke hospital. Pemeriksaan sedang dijalankan. Mari kita sama2 berdoa mohon Allah melindungi beliau dan memberi kesembuhan.

PRASANGKA BURUK DAP TERUS MEMBARA TERHADAP PAS

November 4, 2016



PRASANGKA BURUK DAP TERUS MEMBARA TERHADAP PAS

Kesediaan PAS untuk berkerjasama dengan blok pembangkang yang lain dalam menghadapi BN satu lawan satu jelas bersyarat.

Syaratnya hormati dasar dan prinsip perjuangan PAS. Itulah penegasan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Sebelum ini yang enggan menghormatinya adalah DAP lantaran itu berkecai hubungan DAP dan PAS dan dalam kesungguhan DAP memusnahkan PAS mereka menaja penubuhan Pan kononnya untuk menggantikan PAS.

Itu sejarah dan sukar dipadam.

Anehnya antara yang terawal memberi reaksi terhadap kenyataan Presiden PAS itu adalah DAP. Seolah mereka tidak pernah bermasalah dengan PAS sebelum ini.

Ramai pihak mengalu-alukan kenyataan Tuan Guru itu tetapi Lim Kit Siang tidak. Beliau menimbulkan syak wasangka dan cuba lagi mengadu domba.

Katanya kenyataan Tuan Guru itu diragui keikhlasannya. Beliau syak ianya terdorong kerana kononnya PAS mahu melobi sokongan terhadap RUU 355.

Begitulah perangai DAP sebelum ini, melihat PAS dengan penuh prasangka dan ternyata mereka masih terus begitu.

Hodohnya PAS pada mata DAP.

DAP usah bimbang kerana sikap pertentangan mereka terhadap dasar dan prinsip perjuangan PAS memang meletakkan mereka diluar lengkungan tawaran kerjasama PAS itu.

Bagaimana PAS mahu terima DAP sedang DAP berterus-terusan memusuhi Islam yang PAS perjuangkan.

PAS tidak pernah label DAP sebagai iblis atau syaitan tetapi sikap dan perangai mereka ternyata seakan sama.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=375941309411878&id=100009880363600

PAS sudah U Turun, mahu berbaik dengan Pakatan Harapan?

November 3, 2016



PAS sudah U Turun, mahu berbaik dengan Pakatan Harapan.?

Semenjak semalam, tersebar berita kononnya PAS sudah sedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Hal ini ekoran daripada kenyataan Tuan Guru Presiden PAS di Lobi Parlimen semalam yang telah diputar belit dan ditokok tambah oleh pihak tertentu.
Awas perangkap media.
Sebab itu, apabila sesuatu berita tersebar kita janganlah mudah terperangkap dengan baca tajuk sahaja, perlulah baca isi secara keseluruhannya.

Sudah menjadi kebiasaan, kelibat Tuan Guru Presiden PAS sememangnya sentiasa dinanti oleh para wartawan kerana mereka akan datang mengerumuni Tuan Guru Presiden untuk ditanya pelbagai soalan panas.
Seingat saya sepanjang sidang ini, hanya baru 2 kali sahaja Tuan Guru Presiden PAS melayan soalan wartawan itu pun hanya sekejap sahaja.
Dalam banyak keadaan, beliau akan mendiamkan diri sahaja sehinggalah masuk ke dalam kereta.
Apabila menjadi orang besar, setiap patah perkataan yang keluar boleh menjadi tajuk berita utama.
Saya ingat lagi, pada awal sidang, Tuan Guru Presiden hanya menyebut kalimah "InsyaAllah" apabila ditanya mengenai pembentangan RUU 355.
Pada hari lain pula, beliau hanya tersenyum dan berdiam diri tanpa menjawab soalan, itu pun menjadi tajuk berita.

Semalam, beliau ditanya soalan begini;
"Mursyidul Am PAS berkata PAS sedia berbincang bagi memastikan perlawanan satu lawan satu (PRU 14).
Adakah PAS bersedia berbincang dengan pihak pembangkang.?"
Tuan Guru Presiden pun menjawab;
"PAS sudah lama buka pintu. Pintu tak ditutup. Cuma, apabila dah masuk jangan kacau dalam rumah."

Soalan seterusnya;
"Dengan DAP pun PAS sedia berbincang.?"6
Tuan Guru Presiden menjawab;
"Jangan kacau dalam rumah kami."

Soalan seterusnya;
"Kalau DAP tak kacau, PAS sedia berbincang.?"
Tuan Guru Presiden tidak lagi menjawab soalan, pintu kereta ditutup.
Boleh tonton sendiri video rakaman Malaysiakini TV yang hanya berdurasi 38 saat.

Apa yang disebut oleh Tuan Guru Presiden PAS ini bukanlah perkara baru. Sememangnya PAS sudah sekian lama terbuka untuk berbincang, cuma masalahnya pihak yang begitu berminat sangat dengan PAS itulah yang melampaui batas sehingga masuk campur urusan dalaman PAS.
Parti mana lagi kalau bukan DAP.?
DAP lah yang berkempen begitu kuat untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden PAS pada tahun 2015.
DAP jugalah yang menjadi pembela kepada kelompok yang kalah dan penaja utama penubuhan PAN.
DAP serang Tuan Guru Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan dan gelaran sehingga memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Presiden PAS.
Dan, hari ini mereka pula datang merayu, mengajak berbincang dan bekerjasama pula.
Oh, mungkin mereka baru tersedar betapa pentingnya PAS sekiranya Pembangkang mahu menang Putrajaya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211010412639604&id=1333302954

Masalah Kewangan Negara, Malaysia Tak Mahu Belajar Dengan Arab Saudi?

November 2, 2016



Kerajaan Arab Saudi bertindak bijak dengan memecat Menteri Kewangannya. Pemecatan ini berikutan Kerajaan melaksanakan penstrukturan semula ekonomi besar besaran .

Bagi mengatasi kemelut ini, Kerajaan Arab Saudi mengambil pelbagai langkah PENJIMATAN:

1. Memotong subsidi
2. Mengurangkan GAJI MENTERI
3. Menangguhkan PROJEK MEGA

Kerajaan Malaysia yang dikepalai oleh Umno/BN boleh belajar dari Kerajaan Arab Saudi ini.

Sekian dikaborkan.

Hikmah di sebalik kenaikan harga Petrol dan Minyak Masak yang ramai orang tak tahu

November 1, 2016



Hikmah di sebalik kenaikan harga Petrol dan Minyak Masak yang ramai orang tak tahu :

1. Netizen akan sedar bahawa BUKAN kerajaan yang menentukan harga minyak, sebaliknya NETIZEN itu sendiri yang menentukan harga minyak melalui KERAJAAN pilihan mereka. Mereka yang undi untuk harga petrol itu.

2. Netizen akan semakin sedar, insaf dan bertaubat bahawa jika mereka ingin minyak naik lagi, mereka harus mengekalkan yang sedia ada.

3. Pemberian BRIM adalah bagus dan disokong. Namun selepas diikuti dengan petrol naik, ia seolah netizen dapat segelas air sejuk selepas ditampar 10 kali. BRIM setahun sekali@ 2 kali tapi petrol kena boh hari hari.

4. Netizen harus sedar bahawa pilihan mereka setiap 5 tahun sekali akan menentukan belanja mereka hari hari. Walau pun belum terbukti lagi, namun yang sedia ada la nie memang nak kena ganti. Dah 'busung' sana sini. Kalau yang baru pun tak terbukti, kita tukar lagi. Itulah namanya demokrasi.

Sayang Malaysia

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1417092594986961&id=100000587030478

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.