News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Mangsa Lemas Di Wakaf Bharu Sudah Dijumpai

January 21, 2017




Pihak @bombaJBPM P. Kubor mengusung jenazah seorang remaja yang ditemui lemas dalam tali air di Kampung Dusun, Wakaf Bharu, Tumpat.

Pagi ini portal Free Malaysia Today (FMT) mengejutkan dunia akademia dengan membawa tajuk berita

January 20, 2017



Pagi ini portal Free Malaysia Today (FMT) mengejutkan dunia akademia dengan membawa tajuk berita:

Local grads only as good as Danish high school dropouts.

atau

Graduan tempatan hanya setaraf dengan pelajar sekolah menengah Denmark yang keciciran.

Saya tidak sempat membaca dengan lebih teliti kerana ada tugasan mengendalikan peperiksaan di fakulti. Tetapi saya lihat sudah ramai ahli akademia memperkatakannya, ada dengan nada kecewa dan ada yang mengambil kesempatan untuk menyalahkan pihak-pihak lain kerana mereka mengatakan kajian telah membuktikannya.

Selesai tugas, di sebelah petang baru saya sempat meneliti. Saya membandingkan laporan berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu dari portal yang sama. Ini fakta sebenar:

1. PROFESSOR LANT PRITCHETT- Citing a recent research on literacy among Indonesian students, which among others found their level to be similar to junior high school dropouts in Denmark, Harvard professor Lant Pritchett said he feared the same could be true with Malaysia if its schools failed to prepare students for university-level education.

2. PROF MICHAEL WOOLCOCK - is the one who conducted the 18 months study and gave a fair contructional views.

Ada 2 professor. Professor pertama, Prof Lant Pritchett memetik kajian literasi/celikhuruf di Indonesia yang membandingkan PELAJAR SEKOLAH di Indonesia (bukan graduan pun) yang dikatakan sama dengan pelajar Denmark tercicir. Dia kemudian memberi amaran bahawa Malaysia mungkin menuju ke arah yang sama jika sekolah tidak mempersiapkan para pelajar untuk ke menara gading.

Lantas dari mana FMT membuat kesimpulan dari kata-kata beliau ini dengan "declare" bahawa GRADUAN MALAYSIA ADALAH SETARAF DENGAN PELAJAR MENENGAH DENMARK YANG KECICIRAN?

Suratkhabar atau portal apakah yang merasa bangga memutarbelitkan kenyataan ke arah "demoralising their own citizens based on totally wrong conclusion" dengan "headlines" sebegitu rupa?

Saya bukanlah seorang yang menolak teguran untuk penambahbaikan. Bahkan saya mengambil maklum laporan Professor kedua, Prof Michael Woolcock yang antaranya menyatakan dalam kajian 18 bulannya di Malaysia :

--------------------------------------

Sistem pendidikan di Malaysia mendapati jurang besar golongan kaya dan miskin, di mana golongan miskin jauh ketinggalan.

“Sistem pendidikan berfungsi dengan baik untuk golongan atas, tetapi cabaran besar adalah menjadikan ia berfungsi kepada semua orang, termasuk penduduk luar bandar dan masyarakat terpencil,” kata Profesor Michael Woolcock kepada FMT.

Satu daripada penemuan Woolcock ialah lebih separuh (51%) daripada golongan pekerja kilang tidak pandai membaca buku panduan atau melakukan prosedur asas.

“Mereka tidak dapat menggunakan teori atau memahami bahasa Inggeris. Ia bukan isu geografi,” katanya kepada FMT.

“Di Malaysia, ia adalah isu kelas. Jika mahu satu sistem berjaya, ia perlu berkesan buat semua orang.”

Woolcock merupakan antara panelis Forum Dasar Awam Asia 2016 yang dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia di sini semalam.

Beliau turut mengakui halangan terbesar dalam penguasaan bahasa Inggeris.

------------------------------------


TIDAK ADA SATU KOMPONEN PUN DALAM KAJIAN PROF MICHAEL YANG MEMBANDINGKAN GRADUAN KITA DENGAN PELAJAR MENENGAH DENMARK YANG KECICIRAN.

Saya percaya graduan kita mempunyai ruang yang banyak untuk memajukan diri sendiri, dan ramai yang telah membuktikannya di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa.

Namun secara semberono melihat dan menganggap mereka setaraf dengan pelajar sekolah menengah negara maju yang tercicir, adalah pandangan yang sangat berniat jahat oleh mereka yang mempunyai agenda untuk meruntuhkan moral anak bangsa. Apatah lagi dasar dan falsafah pendidikan kita berbeza. Bukan semua pelajar kita mampu ke universiti tetapi kerajaan tetap menyediakan pusat-pusat pembelajaran lain seperti institut latihan, institut kemahiran, politeknik dengan bantuan pembiayaan agar anak muda kita tetap mempunyai peluang memperoleh skill berguna walaupun tanpa kemahiran bahasa Inggeris yang tinggi.

Petang ini sama ada FMT baru menyedari kualiti teruk editor yang menyediakan tajuk, atau mereka ditegur secara langsung oleh pihak kementerian, atau agaknya ditegur langsung oleh Professor2 tersebut kerana jauh benar isi dengan tajuk, FMT TELAH MENGUBAH TAJUK MEREKA. Begitulah perangai portal bebas kita!!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=732653783556750&id=248354411986692

Berhubung dengan laporan media tentang ‘electronic pick-pocketing’ bagi kad tanpa sentuhan, Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa laporan ini adalah tidak benar

January 18, 2017



[Terkini] Berhubung dengan laporan media tentang ‘electronic pick-pocketing’ bagi kad tanpa sentuhan, Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa laporan ini adalah tidak benar.

Kad tanpa sentuhan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan:

(a) Cip pada kad yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.
(b) Bagi transaksi dalam talian, pemegang kad dikehendaki memasukkan kod pengesahan urus niaga (transaction authorisation code, TAC) yang dihantar kepada telefon mudah alih mereka.
(c) Maklumat penting pada kad tidak boleh diambil dengan cara ‘electronic pick-pocketing’

Dengan adanya ciri-ciri keselamatan ini, kad tidak boleh diklon atau digunakan oleh individu tertentu untuk transaksi yang tidak dibenarkan.

Pemegang kad dinasihati untuk melindungi kad pembayaran dan PIN mereka pada setiap masa.

Pemegang kad perlu memaklumkan kepada bank pengeluar kad dengan segera sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau PIN mereka terdedah atau mereka menyedari apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.

Bank Negara Malaysia
18 January 2017

Penjelasan dari Pengarah Sukan JDT,Alistair Edward tentang isu pengunduran Mario Gomez dan pelantikan Benjamin Mora.



Penjelasan dari Pengarah Sukan JDT,Alistair Edward tentang isu pengunduran Mario Gomez dan pelantikan Benjamin Mora.

① Perbincangan telah diadakan bersama Tunku Mahkota Johor,Tunku Ismail Sultan Ibrahim,Alistair Edwards dan Mario Gomez baru-baru ini dan kata sepakat telah berjaya diputuskan.

② Perubahan itu dibuat adalah merupakan falsafah kelab Johor Darul Ta'zim untuk meningkatkan lagi mutu permainan bola sepak,serta meningkatkan lagi corak permainan dan taktikal pasukan.

③ Selain itu,Benjamin Mora juga mendapat pendedahan terbaik ketika menjalani latihan Kejurulatihan di Atletico Madrid dan ia mampu untuk mengubah pasukan JDT dalam mengharungi saingan liga domestik dan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia kelak.

④ Benjamin Mora akan memulakan tugasnya serta merta selepas dilantik hari ini.

wanaaron.

ADUN Sungai Air Tawar Meninggal Dunia

January 17, 2017



ADUN Sungai Air Tawar Meninggal Dunia

17 JAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi Selasa dan ia disahkan oleh Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan.

Menurut Mohamad Fariq, arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini di kediamannya selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.

“Sepatutnya beliau menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,” katanya.

Arwah yang berusia 59 tahun adalah Timbalan Ketua UMNO Sabak Bernam dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Air Tawar.

Selain itu, arwah turut menjawat kerusi exco Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC) ADUN BN Selangor dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya (PPK).

Arwah yang popular dengan panggilan ‘Cikgu Zaki’ merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Mawar dengan mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam dunia perguruan.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, arwah mengalahkan oleh calon PAS, Wahid Rais.

Tiada pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan, mengikut Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan mana-mana PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun, sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN.

Mengikut peraturan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), semua negeri sudah mencapai mandat selama tiga tahun bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang.

Gempa Bumi Sederhana

January 16, 2017



Gempa Bumi Sederhana telah berlaku pada jam 8:42malam pada tarikh 16/01/17,3.3Utara 98.4Timur dengan magnitud 5.5 dan kedalaman 10km di Utara Sumatra, Indonesia.35km Barat Daya Binjai,Indonesia.264km Barat Daya Lumut,Perak. Gegaran dirasai di Semenanjung Malaysia.MetMalaysia.

YB Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi telah mengumumkan penubuhan Konsortium baru yang membentuk KONSORTIUM Barisan Penajaan Pasukan KELANTAN 2017

January 15, 2017



INFO TRWTV;

YB Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi telah mengumumkan penubuhan Konsortium baru yang membentuk KONSORTIUM Barisan Penajaan Pasukan KELANTAN 2017.

Konsortium ini akan memantau pengurusan pasukan dan pengurusan kewangan pasukan dalam memastikan Kelantan kekal berdaya saing di Liga Malaysia.

Antara nama syarikat yang disebut membentuk KONSORTIUM TRW adalah:

AL-HAMRA
CHENGAL JATI SDN BHD
REDONE
YAKULT
MOCCIS FURNITURE
SINAR HARIAN
PUSPAMARA
MUTIARA
GLOW GLOWING
Dan lain-lain

Sidang Media juga bagi Memperkenalkan Pemain-Pemain Import Pasukan TRW bagi tahun 2017. 3 pemain import telah diperkenalkan kepada Media dan Penyokong-penyokong TRW iaitu Muhammad Ghaddar dari Lubnan, Pemain Skuad Piala Dunia Cameroon iaitu Cedric Djeugoue dan Pemain dari Nigeria iaitu Okikiola Afolabi.

Antara intipati dan info yang turut disampaikan adalah;
.
1) Logo TRW ada IP (Harta Intelek) Tidak boleh di guna sesuka hati.
.
2) TSAM menjelaskan sokongan anak muda Kelantan pada TRW dan pasukan memang membanggakan!! Beliau membaca komen2 yang tertulis dalam FB/IG dan semua yang berkait dgn TRW akan diperhalusi ulasan ulasan. Beliau menegaskan anak muda Kelantan memang terbaik.
.
3) Jersi akan dilancarkan pada 20 hb Januari 2017.
.
4) CEDRIC, OKIKI & GHADDAR akan ke Airport untuk ke Kelantan pada hari ini.
.
TSAM masih mengalu-alukan lagi penaja-penaja yang berminat untuk menyertai KONSORTIUM ini dan diminta untuk terus menghubungi KAFA atau beliau sendiri.

Diharap dengan terbentuknya konsortium ini, Pasukan Kelantan akan berjaya menjadi pesaing hebat dalam Liga Super Malaysia 2017.

BERSATU DEMI KELATE.
GOMO KELATE GOMO!

Teguran Nik Abduh Kepada Dato Terlajak Laris

Salam buat semua.

Hari ini saya melihat satu iklan di akhbar Sinar Harian oleh syarikat D'HERBS untuk salah satu produk kecantikannya.

Saya pernah bertemu pemiliknya yang hebat, Dato' Aliff Syukri beberapa tahun lepas di Tasik Kenyir semasa kami berkebetulan sama-sama bercuti di sana. Beliau seorang yang memang terlajak baik dan terlajak mesra.

Namun, atas tanggung jawab sebagai seorang muslim sesama saudara muslimnya, ingin saya menasihati dan menegur Dato' Aliff Syukri secara terbuka di sini agar menapis iklan-iklan oleh syarikat perniagaan beliau agar lebih mematuhi syariat agama.

Wanita adalah amanah Allah ke atas para lelaki sebagaimana pesan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kita semua sayugia menjaga mereka daripada segala kejahatan dunia dan akhirat. Jangan biarkan mereka terlalai tanpa nasihat ugama apatah lagi secara sengaja mendorong atau merangsang mereka melakukan kesalahan ugama.

Kegalakan iklan mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh ugama. Allah mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang mempergunakan wanita secara salah untuk tujuan mencari rezeki. Allah tidak akan memberkati rezeki itu bahkan mungkin saja melimpahkannya tetapi nantinya berhujung dan putus samada di dunia lagi atau di pintu kubur tanpa sambungan lagi di alam akhirat.

Maka nasihat saya untuk diri saya, Dato' Aliff, para peniaga dan pengiklan juga seluruh muslimin dan muslimat agar bertaqwa kepada Allah dan mentaati-NYA. Taqwa adalah pintu kekayaan yang takkan kering dan putus.

Semoga perniagaan Dato' Aliff Syukri terus berkembang maju dan diberkati Allah.

اللهم إنا نسألك النعيم المقيم الذى لا يحول ولا يزول ونسألك النعيم يوم العيلة والأمن يوم الخوف. اللهم إني عائذ بك من شر ما أعطيتني ومن شر ما منعتني.

Ghadar Tiba Di Kota Bharu



Sambutan yang sederhana dilakukan oleh peminat bola sepak kelantan.

"I LOVE YOU, MILAH..." - Adenan Satem

January 14, 2017



"I LOVE YOU, MILAH..." - Adenan Satem

Pagi tadi selesai menunaikan solat Subuh, saya segera bersiap untuk pergi ke terminal bas menjemput ayah mertua yang baru sampai dari Bintulu. Sudah menjadi kebiasaan saya untuk menjemput beliau setiap kali datang ke Kuching atas urusan kerja.

Ayah mertua sampai lebih awal dari saya jangkakan. Kami berdua kemudian bersarapan pagi di Kopi O Corner bagi mengisi perut. Ayah mertua bersembang pelbagai topik dengan saya dan antaranya ialah tentang pemergian Datuk Seri Adenan Satem baru-baru ini. Ayah mertua saya banyak memuji almarhum kerana keberaniannya mempertahankan hak negeri Sarawak dan memajukan anak tempatan.

Setelah sejam duduk bersembang, ayah mertua mengajak saya untuk menziarahi kubur almarhum Tok Nan. Saya bersetuju dan setelah membayar makanan, kami terus bergerak menuju ke Tanah Perkuburan Semariang.

Setibanya di sana, kami melihat kereta bersusun di tepi jalan kubur menunjukkan ada yang menziarahi kubur almarhum. Kami berdua pun mengambil tempat untuk membaca Yasin dan doa untuk disedekahkan kepada almarhum.

Rupanya di antara ramai orang tadi, Datin Jamilah Anu serta keluarganya turut ada di kubur untuk menyambut pengunjung yang datang. Masih tampak kesedihan pada riak wajah beliau kerana kehilangan suami tersayang.

Saya dan ayah mertua mendekati beliau dan bertanya khabar. Beliau menyambut kami dengan ramah dan berusaha untuk senyum. Saya dan ayah mertua mengambil peluang untuk bertanyakan kisah Tok Nan beberapa ketika sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

"Nya mula2 sikda papa. Minak demam ajak lekak pulang dari Melbourne (Australia). Pulang dari sia alunya demam, kakya diembak ke hospital molah check up.

Kamek nang sentiasa ada dengan nya. Tapi syukur juak lah, masa nya ninggal ya diriknya baruk kak abis sembahyang. Badan, bajunya dah bersi.

Kamek megang tangannya, nya mpun nangga kamek. Last word nya madah ngan kamek,

"Milah, i love you..."

Kakya alu nya meninggalkan kamek urang selama-lamanya..."

Pada ketika ini, saya mula merasakan bahawa dalamnya cinta Tok Nan kepada isterinya. Datin Jamilah sentiasa setia bersama Tok Nan sepanjang karier beliau sebagai ahli politik, dan telah diketahui ramai Datin Jamilah sangat peramah dan humble down to earth apabila bertemu dengan rakyat biasa. Beliau sangat mesra dengan semua orang sama seperti suami beliau, sehingga semua orang senang dan merasa dihargai apabila bersama dengan beliau.

Cinta Tok Nan kepada Datin Jamilah tidak berbelah bahagi. Cinta beliau amat dalam, dan saya seolah dapat merasakan Tok Nan sendiri mungkin rasa berat hati untuk meninggalkan isteri yang amat dikasihinya.

Takdir Allah mengatasi segalanya. Setakat itu sahajalah usia perhubungan mereka suami isteri, tetapi cintanya tetap kekal abadi.

Kasih dan cinta Datin Jamilah terhadap Tok Nan, akan tetap segar dalam ingatan beliau.

Cinta yang abadi, kasih yang kekal selamanya.

#adenansatem
#teamadenan
#sarawak

Credit to : Asri Bin Sapiee

UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN OPENG ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK



Kenyataan Media Presiden PAS

UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN OPENG ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg atas perlantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam yang dipilih melalui sistem kaukus Perlembagaan PBB.

PAS mendoakan semoga beliau dapat menjalankan tanggungjawab kepimpinan dengan amanah, adil dan berkebajikan, meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat Sarawak dan menjaga keharmonian antara agama, kaum dan bangsa.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

14 Rabi’ul Akhir 1438H / 13 Januari 2017M

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, 66, hari ini dilantik sebagai Ketua Menteri Baharu Sarawak menggantikan Tan Sri Adenan Satem

January 13, 2017



Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, 66, hari ini dilantik sebagai Ketua Menteri Baharu Sarawak menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia Rabu lepas.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu yang lengkap berpakaian baju melayu hitam, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi Ketua Negeri di Kuching pada 4.10 petang.

Upacara itu disaksikan isteri beliau Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang, anggota-anggota Kabinet Negeri, anggota Dewan Undangan Negeri dan kakitangan kanan awam.

Abang Johari atau dikenali mesra dengan nama Abang Jo, merupakan seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.

Merupakan seorang ahli politik veteran, Abang Johari berkecimpung dalam politik lebih daripada 30 tahun.

Beliau merupakan anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Satok selama sembilan penggal.

--BERNAMA

[Tonton BNC di ASTRO 502, HyppTv 410, MyTV 121 & webtv.bernama.com]

Kajian fizik siap dengan perkiraan tentang jaringan Faiz Subri

January 11, 2017



Kajian fizik siap dengan perkiraan tentang jaringan Faiz Subri.

Ketua Menteri Sarawak TS Adenan Satem Meninggal Dunia



Yang Kekal Hanyalah Allah S.W.T

Dengan penuh kesedihan dan dukacita adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak telah kembali ke RahmatulLah pada jam 1.20 tghari tadi di IJN Samarahan.

Semoga ruh beliau ditempatkan bersama ruh orang2 beriman. Takziah buat keluarga, teman-teman dan rakan taulan.

Takziah juga kepada seluruh rakyat Negeri Sarawak.

انا لله وانا اليه راجعون

AL FATIHAH

Catatan Khas 2: Intipati Syarahan Perdana Asia Barat yang Bergolak, Ke Mana Kita.?

January 10, 2017



Catatan Khas 2: Intipati Syarahan Perdana Asia Barat yang Bergolak, Ke Mana Kita.?

Catatan ini adalah sambungan kepada Catatan 1 Muqaddimah semalam.
Diharap semua dapat membacanya dengan teliti dan sabar kerana catatan ini memuatkan 2000 patah perkataan yang diambil daripada bahagian kedua,iaitu 30 minit ucapan Tuan Guru Presiden PAS.

1. Bahagian C: Perkembangan Politik Antarabangsa
Tuan Guru Presiden memulakan ulasan isu Asia Barat ini dengan merujuk kepada kata-kata Norman Dodd, tokoh kewangan yang disiarkan dalam Wall Street Journal pada tahun 1982 bahawa "Amerika sanggup mencetuskan peperangan demi ekonomi sebagaimana Eropah menjana ekonomi melalui Perang Dunia Pertama dan Kedua."

Seterusnya, Tuan Guru Presiden PAS merujuk kepada sebuah artikel tulisan Leftenan Kolonel Ralph Peters, yang diterbitkan dalam Armed Forces Journal pada Jun 2006 bahawa badan penyelidik tentera Amerika sedang menggubal peta baru dunia.
Peta ini dibuat bagi menggantikan peta lama yang dibuat melalui Perjanjian Sykes-Picot dan Perjanjian Laussane.
Perjanjian di Lausanne, Switzerland dahulunya dibuat yang melibatkan tokoh Barat dan juga Kamal Attartuk yang membuat keputusan membubarkan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada 1916 (kini sudah genap 100 tahun).

Selepas itu, Syarif Hussain, Raja Hijjaz (kawasan merangkumi Mekah,Madinah dan Taif) mula mencetuskan pemberontakan dan perang terhadap pemerintahan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah. Dia mendapat sokongan British melalui Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir, Sir Henry McMahon yang terbukti melalui surat perutusan antara mereka berdua.

Pada masa yang sama, di Riyadh pula Abdul Aziz bin Saud berjaya menggulingkan Ibnu Rasyid, pemerintah di bawah Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah.
Abdul Aziz bin Saud menubuhkan kerajaan baru dengan dokongan Thomas Edward Lawrence (Lawrence of Arabia). Ini sejarah yang perlu diketahui.

Kemudian, berlakulah Perang Dunia Pertama yang melibatkan Turki dan Jerman menentang Rusia dan Eropah.
Di atas semangat kebangsaan Arab, Revolusi Agung Arab, mereka menentang Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah.
Tanpa dinafikan memang wujud kezaliman Kerajaan Uthmaniyyah, tetapi adakah boleh kita menjatuhkan Kerajaan Orang Islam dengan memohon bantuan daripada orang bukan Islam.?

Tuan Guru Presiden PAS membaca firman Allah dalam Surah Al Maidah ayat 51 yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani sebagai wali (pendukung,pembimbing,kawan) kamu. Mereka bersahabat antara satu sama lain walaupun berbeza agama. Barangsiapa yang berwalikan mereka akan termasuk dalam kalangan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak mengasihi kaum yang zalim."

Akibat berwalak kepada Barat, jatuhlah Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah maka berlakulah peta negeri Arab pada hari ini mengikut Perjanjian Sykes-Picot. Sykes ialah nama diplomat British manakala Picot ialah nama diplomat Perancis.
Apabila Lenin mengalahkan Tsar di Rusia, terdapat dokumen menunjukkan Menteri Luar Rusia juga terlibat dalam Perjanjian Sykes-Picot ini.
Peta negara pada hari ini dibuat berpandukan perjanjian ini.
Syam menjadi Lubnan dan Syria di bawah naungan Perancis.
Iraq, Arab Saudi di bawah naungan Barat.
Negara baru iaitu Jordan ditubuhkan.
Perjanjian Balfour pula dibuat bagi menubuhkan negara Israel.
Pengaruh Perjanjian Sykes-Picot ini melarat sehingga ke Asia Tenggara.
Berlakunya pembahagian seperti Malaysia di bawah British, Indonesia di bawah Belanda, Kemboja di bawah Perancis, Filipina di bawah Sepanyol.

Badan penyelidik Tentera Amerika mencadangkan agar peta berpandukan Perjanjian Sykes-Picot ini perlu diubah.
Pada tahun 2006, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice telah mendedahkan dalam satu kenyataan di Tel Aviv, Israel bahawa adanya Agenda Asia Barat yang baru (“New Middle East") untuk memecahkan semula negara di Asia Barat termasuklah Asia Tengah, Turki, Afghanistan, Pakistan dan mungkin juga Asia Tenggara ada termasuk juga.

Peta baru ini adalah seperti berikut;

a) Algeria akan dipecah kepada dua- bangsa Arab dan Barbar
b) Libya akan dipecah kepada tiga- ikut zaman Rom dulu
c) Mesir akan dipecah kepada tiga- bangsa Arab, Selatan Mesir dan Kristian Koptik
d) Sudan akan dipecah kepada dua- bangsa Afrika dan Arab
e) Arab Saudi akan dipecah kepada tiga- Riyadh, Kota Suci Mekah & Madinah, dan Syiah Ismailiyyah di Selatan Saudi yang bergabung dengan Syiah Houthi Yaman.
f) Yaman akan dipecah kepada dua- Yaman Utara dan Yaman Selatan
g) Irag dipecah kepada empat- Syiah, Sunni, Kurdish dan Torkuman
h) Syria dipecah kepada dua- Syiah Alawi dan Sunni
i) Lubnan dipecah kepada tiga- Sunni, Syiah dan Kristian
j) Turki akan dipecah kepada dua- Bangsa Turki dan Kurdish
k) Iran akan dipecah kepada dua- Bangsa Parsi dan Pashtun

Inilah peta baru yang dirangka oleh mereka dengan nama peta berdarah (Blood Borders) yang memerlukan pertumpahan darah berlaku seperti Perang Dunia Pertama dahulu atas nama semangat perkauman dan mazhab.

Beberapa tokoh Amerika termasuklah Joe Biden, Naib Presiden US membuat kenyataan bahawa Amerika sedia menolong Sunni bagi melawan Syiah.
Dimomokkan Iran adalah ancaman, bukannya Israel.
Iran dikatakan akan menubuhkan Negara Syiah yang bermula daripada Bahrain sehingga Yaman.
Tuan Guru Presiden PAS berpandangan adalah bodoh sekiranya Iran mahu melakukan sedemikian kerana penganut Syiah hanyalah 10% sahaja daripada 1.3 billion ummat Islam. Ia bagaikan seperti membunuh diri mereka sendiri.

Namun, malangnya orang Arab sendiri yang menjadi bodoh kerana menari mengikut gendang yang dipalu oleh kuasa Barat.
Agenda pertama mereka, memecahkan Lubnan.
Krisis Perang Lubnan sudah berlaku dahulu bagi menjayakan agenda mereka memecahkan negara tersebut kepada Sunni, Syiah dan Kristian.

Almarhum Ustaz Fathi Yakan, sudah tahu mengenai agenda Barat ini. Beliau mengambil langkah bertahalluf dengan kumpulan Syiah di Selatan Lubnan. Malangnya, beberapa tokoh ikhwan terikut dengan agenda Barat sehingga menyebabkan Almarhum Ustaz Fathi Yakan keluar daripada Ikhwan lalu menubuhkan Jabhat al-Amal al-Islami.
3 bulan sebelum Almarhum Ustaz Fathi Yakan meninggal dunia, Tuan Guru Presiden PAS sempat bertemu dengan beliau.
Ramai dalam kalangan kita gagal membaca agenda Barat ini.
Mereka gagal dalam usaha memecahkan Lubnan.

Seterusnya, Iraq dan Syria menjadi sasaran Barat.
Selepas Perang Teluk Pertama, Iraq dipecahkan kepada kelompok Sunni, Syiah dan Kurdistan.
Hari ini, orang Sunni Iraq baru bising atas campurtangan Iran tetapi mereka tidak sedar yang mereka sendiri melakar peta tersebut yang diagendakan oleh Barat.
Demografi Iraq jikalau dicampurkan kesemua Arab, Torkuman dan Kurdish, maka Sunni boleh menjadi majoriti. Namun, orang Arab tidak boleh terima bangsa Kurdish maka Kurdish terasing di utara Iraq dengan pemerintahan sendiri.
Maka, apabila Arab Iraq bergabung, Syiah yang dapat menjadi majoriti. Mengapa mahu bising atas kegagalan mereka sendiri.?

2. Sememangnya tidak dinafikan adanya kelemahan dan kezaliman pemerintah, malangnya Barat menentukan sikap melalui apa yang diatur dengan nama Arab Spring yang bermula pada tahun 2010.
Sekiranya diperhatikan, negara yang menjadi sasaran dibezakan mengikut antara negara yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan Perjanjian Madrid-Oslo.

Perjanjian ini dimeteraikan bagi menyelesaikan masalah Palestin dan Yahudi-Israel yang ditaja oleh Barat dengan kaedah kewujudan 2 negara di Palestin iaitu satu untuk Arab dan satu untuk Yahudi.
Ini akan membuatkan orang Arab akan mengiktiraf kewujudan negara Israel yang merampas tanah Palestin pada tahun 1948.
Banyak pemimpin negara Arab bersetuju dengan perjanjian ini kerana mungkin sebagai tanda mengenang jasa kepada Barat yang memberikan kuasa kepada mereka dahulu.
Kaedah 2 State Solution ini diterima oleh PLO Palestin, tetapi ditolak oleh kesemua gerakan Islam termasuk Hamas,Tanzim Jihad, PAS dan Ikhwanul Muslimin. PAS tetap menganggap Israel adalah negara yang haram.
Malangnya, banyak negara Arab dan negara Islam menerima kaedah 2 State Solution ini termasuklah Malaysia.

Negara yang menolaknya pula ialah Algeria, Libya, Iraq, Yaman, Sudan dan Syria.
Arab Spring dicetuskan bagi mewujudkan demokrasi di negara Arab. Malangnya, mereka hanya menjulang demokrasi di negara yang menolak Perjanjian Madrid-Oslo tetapi pada masa sama mereka menerima diktator di negara yang bersetuju Perjanjian Madrid-Oslo.
Ini mesti kita baca kesemuanya...

3. Pada awal tadi, Tuan Guru Presiden sudah menyebut bahawa Amerika sanggup berperang demi ekonomi. Kepentingan ekonomi adalah pada sumber tenaga petroleum yang banyak di negara Arab termasuk Sudan, Libya, dan juga negeri Islam yang dijajah Soviet dahulu di Asia Tengah.
Demi menguasai kawasan yang kaya dengan sumber ekonomi ini, mereka perlu menguasai laluan dunia iaitu Selat Gibraltar, Babul Mandab (pintu Laut Merah), Selat Hormuz, dan termasuk juga Selat Melaka dan Laut China Selatan.

4. Mereka menimbulkan kekacauan di negeri ini termasuk Syria, negara yang bersempadan dengan Israel. Tanpa dinafikan, sememangnya Basyar Assad ini zalim.
Hafiz Assad sama Parti Baath dengan Presiden Iraq, Saddam Hussain tetapi mereka pernah berkrisis.
Dalam Perang Teluk Pertama, Barat menggunakan Saddam Hussain dan Iraq bagi menyerang Iran yang baru sahaja mengalami Revolusi pada tahun 1980.
Semua negara Arab yang bersetuju dengan Perjanjian Madrid-Oslo telah bersama dengan Iraq bagi menyerang Iran.
PAS pada ketika itu bersama Iran. Ramai rakan Arab yang menuduh PAS sudah menjadi Syiah kerana menyokong Iran.
PAS membaca politik, bukan sahaja Kitab.
Syria pada ketika itu tidak bersama dengan Iraq dalam menentang Iran.
Lalu, Syria dijadikan pengkalan bagi kumpulan Palestin yang menolak Perjanjian Madrid-Oslo iaitu Hamas dan Tanzim Jihad.
Dalam Perang Lubnan, persenjataan Israel gagal menghapuskan Hamas, Hizbullah dan Tanzim Jihad.
Israel anggap pengkalan penentangnya yang paling dekat ialah di Syria berbanding yang jauh di Yaman dan Sudan.

5. Tuan Guru Presiden PAS mengingatkan kita agar tidak menjadi Melayu yang mudah lupa. Israel dulu pernah menyerang Pelabuhan Sudan yang dianggap juga pengkalan penentangnya.
Maka, selepas Iraq kacau-bilau, Syria pula dijadikan sasaran kerana ia pengkalan hadapan bagi menghadapi Israel.
Mereka tidak mempedulikan siapa Basyar Assad, yang penting ialah menghapuskan pengkalan hadapan ini.

6. Lebih kurang 6 tahun lalu termasuk media Al Jazeera yang pro-Barat mendedahkan beberapa negara Arab terlibat dalam menghantar Kumpulan Al Qaeda ke Syria bagi mencetuskan kekacauan atas nama menentang kezaliman Basyar Assad.
Almarhum Necmetin Erbakan, pernah ditemui oleh pemimpin gerakan Islam untuk mengisytiharkan revolusi di Syria, namun Almarhum melarangnya kerana nanti akan termasuk dalam strategi Barat musuh Islam.

Tetapi, mereka tetap memilih cara revolusi khususnya ketika Arab Spring yang telah berjaya menjatuhkan Ben Ali, Hosni Mubarak dan Ali Abdullah Salleh, lalu dianggap Basyar Assad boleh dijatuhkan dengan kaedah yang serupa.
Kekacauan di Syria lebih ganas atas nama menentang kezaliman. Ianya serupa seperti Perang Dunia Pertama dahulu atas nama menentang kezaliman Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah.
Sedangkan di belakang kita adanya penyakit yang lagi besar daripada kezaliman itu.

7. Sekiranya kita lihat, kawasan yang dikuasai oleh DAESH di Iraq dan Syria adalah kawasan yang penuh dengan sumber minyak dan gas. Wakil Syria di PBB mendedahkan adanya negara Arab yang membeli 60,000 Toyota Hilux untuk dibekalkan kepada DAESH.
Persenjataan kepada mereka ini dibekalkan melalui Turki yang adanya Pengkalan NATO.
Kita perlu sedar bahawa Israel merupakan tonggak yang mempertahankan kepentingan Barat.
Minyak diniagakan oleh kumpulan DAESH yang menguasai kawasan tersebut.
Bukankah ini adanya "batu di sebalik udang", bukan lagi udang di sebalik batu.?

8. Tuan Guru Presiden PAS mengingatkan agar kita faham percaturan Barat ini.
Ianya bukan masalah kaum ataupun mazhab.
Kaum dan mazhab dijadikan sumbu untuk menyalakan api yang mempraktikkan peta yang sedang dilakar oleh Barat.
Malangnya, banyak ulamak dan ustaz kita yang tak baca buku dan artikel politik, hanya lebih kepada Facebook dan Kitab sahaja sehingga tidak boleh membuat penilaian atas apa yang berlaku di Asia Barat.

9. Keadaan sangat menyulitkan bagi menyelesaikan masalah ini. Kita tidak tahu apa hikmah di sebaliknya.?
Namun, ada pengamat politik Islam yang mengatakan Allah menjadikan perempuan yang mengandung itu mengeluarkan darah sebelum melahirkan bayi yang segar. Begitulah juga, kebangkitan Islam yang akan berlaku selepas ini. Mereka hanya mampu merancang, Allah menggagalkan perancangan mereka.
Ada hadis Nabi yang menyebut kadang-kadang Allah tolong agama ini melalui orang jahat.
Dalam sejarah Bani Israel, mereka meninggalkan ajaran Kitab Taurat, membunuh para Nabi dan ulamak, Allah menjatuhkan Bani Israel melalui bala tentera yang bukan Islam.

10. Bukan sahaja Asia Barat yang mahu dibahagikan oleh Barat tetapi termasuk juga Asia Tengah (Turkmenistan, Tajikistan, Uzbekistan) kerana mereka menganggap Rusia sudah lemah.
Mereka mahu mengalahkan Rusia dan China dalam kerakusan bagi menguasai politik dunia.
Kapal Terbang MAS yang ditembak jatuh itu menjadi mangsa dalam krisis di Ukraine. Malaysia laksana pelanduk di tengah gajah yang berperang.
Rusia bertindakbalas terhadap Barat yang menggunakan Ukraine bagi menentangnya.
Panglima Tentera NATO memberikan taklimat mengenai Peta Baru ini, orang Turki pun marah.
Oleh sebab itulah, kini adanya gabungan Turki, Iran dan Rusia.
Ini membuatkan adanya perimbangan dalam percaturan politik Asia Barat. Kumpulan yang ditaja oleh Barat mula mengalami kekalahan di Syria.
Namun, berita ada melaporkan Presiden Obama yang akan berundur ini sempat meluluskan bantuan pelancar roket anti-pesawat kepada kumpulan yang ditajanya di Syria.
Hati-hati, kumpulan ini nanti akan kembali ke negara asal mereka dan meneruskan perjuangan tersebut mengikut kehendak mereka.
Ini adalah bencana lagi kepada negara ummat Islam.

11. Akhirnya, Tuan Guru Presiden PAS menyeru agar kita semua sedar dan insaf atas kekalutan yang berlaku ini adalah petanda dunia akhir zaman yang penuh dengan fitnah dan bencana. Tidak ada jalan lain bagi menyelamatkan kita melainkan kembali kepada Islam sebenar yang bersumberkan Al Quran, Hadis, pandangan Ulamak muktabar yang bebas daripada pengaruh kuasa politik yang tidak bertanggungjawab.
Beliau turut berpesan agar segala maklumat ini boleh disemak secara ilmiah melalui internet media baru untuk meyakinkan dan menambah kesedaran.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
10 Januari 2017

Surat Mufti Wilayah Kepada Ustaz Zamihan



DASAR KETERBUKAAN PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk perbincangan dan diskusi yang boleh membuahkan manfaat kepada umat Islam dan seluruh masyarakat Malaysia secara amnya.

2. Kebelakangan ini, kami mendapati ada beberapa kenyataan daripada Sahibul Fadhilah Ustaz Zamihan bin Mat Zain berkenaan kami yang seakan tersasar daripada maksud sebenar yang ingin kami nyatakan. Malah, ianya langsung tidak menggambarkan pendirian kami dalam isu-isu tersebut. Sebagai contoh kenyataan bahawa "Mufti mengharamkan untuk membaca Surah al-Fatihah selepas solat" di sini https://goo.gl/RMwQag. Kami dapati, ianya berpunca daripada 2 faktor terbesar:

a. Tidak membaca keseluruhan artikel yang kami keluarkan.
b. Hanya bergantung kepada sebaran di media sosial semata-mata.

Kami akan jawab salahfaham beliau dengan tuntas sebentar lagi di web rasmi.

3. Dengan ini, kami mempersilakan kepada Sahibul Fadhilah Ustaz Zamihan bin Mat Zain untuk datang ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi merungkai salahfaham dan isu-isu yang dibangkitkan, yang sedikit sebanyak mencalarkan imej kami selaku Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibul Fadhilah Ustaz Zamihan bin Mat Zain boleh menghubungi Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim, Penolong Mufti (Istinbat) di talian 03 8870 9118 untuk tujuan temujanji. Pegawai-pegawai di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan amat berbesar hati menerima kehadiran Sahibul Fadhilah Ustaz Zamihan bin Mat Zain.

4. Tidak ada apa yang kami ingin capai daripada pertemuan ini melainkan keharmonian dan solusi bagi salahfaham ini. Kami amat tidak selesa jika kemelut ini berpanjangan dan mengeruhkan hubungan sesama Muslim. Dalam masa yang sama, kami berpegang kepada prinsip dan paksi kebenaran serta sedia menarik sebarang kenyataan kami sekiranya dapat dibuktikan salah. Kami menjunjung prinsip yang ditegaskan oleh Saidina Umar al-Khattab:

الرجوع إلى الحقّ خير من التمادي في الباطل
Kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.

Kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan terus tetap atas asas kebenaran dan tidak ada masalah untuk terus menghormati pandangan yang berbeza atas masalah ijtihad.

5. Akhir sekali, kami dengan rendah diri memohon maaf kepada Sahibul Fadhilah Ustaz Zamihan bin Mat Zain sekiranya terdapat tutur kata kami yang mungkin mengguris hati dan terkasar bahasa. InsyaAllah, kita doakan pertemuan ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

*Gambar ini ketika Seminar berkenaan Jihad dalam Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada bulan Mac 2015

GOL FAIZ SUBRI MELAWAN HUKUM FiZIK?



GOL FAIZ SUBRI MELAWAN HUKUM FiZIK?
Artikel oleh : Ibn Jawi

Sedang menjadi bualan hangat di dada-dada akhbar mengenai kemenangan Faiz Subri pada sebuah anugerah berprestij bola sepak di mana beliau telah memenangi FIFA PUSKAS AWARD #TheBest Goal in 2016. Walaubagaimanapun, dilihat timbul beberapa ulasan yang kurang tepat bagi menerangkan fenomena tendangan ajaib beliau dimana beberapa skrip berita menyebut “Gol Faiz Subri melawan Hukum Fizik”. Benarkah begitu?

Sebenarnya, gol ini bukanlah sesuatu yang “Khawariqul ‘Adah” (Mencarik Adat) kerana ianya sememangnya mempunyai penjelasan di sebalik Hukum Fizik. Ianya suatu yang tidak bertentangan dengan hukum alam tabii. Ini kerana ianya boleh dihurai melalui Bernoulli’s Principle. Menurut Bernoulli’s Principle, apabila velocity (halaju) bendalir tinggi, maka pressure (tekanan) menjadi rendah dan apabila velocity (halaju) bendalir rendah, maka pressure (tekanan) menjadi tinggi.

Jika kita lihat pada ulang tayang, Faiz Subri melakukan sepakan dengan menyentuh pada titik bawah sebelah kiri bola (warna hijau pada bola dalam ilustrasi). Ini menyebabkan bola bergerak ke arah pintu gol sambil diiringi putaran (rotation warna merah dalam ilustrasi) yang berlaku pada bola tersebut mengikut paksinya (garis putus-putus dalam ilustrasi). Putaran bola pada paksinya menyebabkan bola bergerak merentasi medium udara dengan perbezaan “velocity” dan “pressure” di kedua-dua sisi bola tersebut. Oleh itu, Magnus Effect akan berlaku apabila sisi “high pressure” akan memberi daya serenjang ke atas sisi “low pressure” sepanjang pergerakan bola ke arah pintu gol lalu membentuk lencongan “ajaib”.

Oleh itu, ianya bukanlah sesuatu yang melawan hukum Fizik bahkan sememangnya mengikut hukum Fizik. Ianya bukanlah sesuatu yang di luar adat kebiasaan untuk dilabel sebagai “fenomena” mencarik adat. Maka, gol "ajaib" yang dikatakan sebagai melawan ukum Fizik oleh penyampai berita mungkin hanyalah sekadar "hiperbola" iaitu bahasa kiasan bagi menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenar.

#IlmuTauhid
#IlmuFizik
#IlmuSastera

Sukacita dimaklumkan bahawa Faiz Subri telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Puskas Award 2016.



Sukacita dimaklumkan bahawa Faiz Subri telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Puskas Award 2016.

Catatan Khas 1: Intipati Muqaddimah Syarahan Perdana Asia Barat yang Bergolak, Ke Mana Kita?

January 9, 2017



Catatan Khas 1: Intipati Muqaddimah Syarahan Perdana Asia Barat yang Bergolak, Ke Mana Kita.?

1. Pada Sabtu lepas, Tuan Guru Presiden PAS telah menyampaikan Syarahan Perdana di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Ucapan beliau selama 1 jam diikuti dengan sesi soal jawab sebanyak 15 soalan.
Berikut adalah intipati bahagian Muqaddimah syarahan tersebut yang begitu penting untuk kita dalami terlebih dahulu;

2. Tuan Guru memulakan ucapan dengan membaca Al Quran, ayat 102-105 Surah Ali Imran yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu nkepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan Islam sebenarnya.
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah akan nikmat Allah berikan kepada kamu, dahulu kamu bermusuh antara satu sama lain, lalu Allah menjinakkan hati-hati kamu, lalu kamu menjadi bersaudara; dan dahulunya berada di tepi gaung api neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dengan nikmat Islam.
Begitulah Allah menyatakan ayat-ayatNya supaya kamu mengambil petunjuk.
Dan hendaklah ada di kalangan kamu ummah yang berdakwah mengajak kepada kebajikan Islam yang menyeluruh, mengajak kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran; merekalah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang berpecah-belah dan bertelingkah antara satu sama lain setelah datang keterangan daripada Allah. Mereka itulah orang-orang yang mendapat azab yang besar dan dahsyat."

3. Perbincangan mengenai Asia Barat memerlukan terlebih dahulu kita mengambil perhatian terhadap:

A) Sejarah Perkembangan Politik Islam setelah kewafatan Rasulullah S.A.W
B) Perkembangan Ilmu yang melahirkan Mazhab dan Kumpulan yang berbeza dalam bidang Akidah, Feqah dan Tasawwuf
C) Perkembangan Politik Antarabangsa dan Tempatan terkini

4. Bahagian A:Sejarah Perkembangan Politik Islam
Para Sahabat berkhilaf untuk memilih siapa pengganti memimpin ummat setelah wafatnya Rasulullah S.A.W kerana tidak ada nas yang sahih.
Golongan Ansar mencalonkan pemimpin mereka, Saad bin Ubadah.
Kalangan Ahlil Bait mencalonkan Saidina Ali bin Abi Tholib.
Kekecohan berlaku di tempat perhimpunan di Tsaqifah Bani Saidah, (sekarang ia menjadi kompleks percetakan Al Quran)
Lalu, Saidina Abu Bakar As-Siddiq berjaya menenangkan keadaan, menyampaikan ucapan antaranya menyebut pemimpin daripada Quraisy.
Ibnu Khaldun dalam Kitab Al Muqaddimah menegaskan bahawa maksud Quraisy ialah kaum yang paling berpengaruh, besar kedudukan dalam masyarakat, dan mempunyai kehebatan.

Akhirnya, kesemua mereka bersepakat memilih Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah dan mereka menjadi wazir (Menteri) bagi membantu Khalifah.
Adapun pendapat yang mengatakan Saidina Ali bertaqiyyah dalam melantik Khalifah pertama ini adalah tidak tepat dan bohong kerana Saidina Ali merupakan seorang yang gagah dan berani.

Selepas pemerintahan Khalifah Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al Khattab pula dilantik sebagai Khalifah Kedua dan diikuti oleh Saidina Uthman bin Affan sebagai Khalifah Ketiga.
Ketika pemerintahan Saidina Uthman, berlakunya fitnah bencana yang pertama.
Walaupun ada kitab yang menulis kononnya Saidina Uthman adalah pemimpin yang lemah, hakikatnya adalah ummat yang lemah.
Ramai yang baru memeluk Islam setelah kejatuhan Kerajaan Parsi dan Rom menyebabkan lemahnya amanah dan iman.
Ini keadaan yang dihadapi oleh Saidina Uthman.

Tidak wajar menuduh Saidina Uthman pemimpin yang lemah, sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pernah menyebut "adakah aku tidak malu kepada orang yang malaikat malu kepadanya..?"
Ketika Perang Tabuk, Saidina Uthman adalah orang yang paling banyak menderma kerana dia kaya. Nabi Muhammad S.A.W berdoa daripada waktu Isyak sehingga Subuh, baginda memohon kepada Allah agar meredhai Saidina Uthman .
Beliau adalah menantu kepada Rasulluh S.A.W melalui perkahwinan dengan 2 orang puteri Nabi. Jelas menunjukkan penghormatan baginda kepada Saidina Uthman.

Pada zamannya, diadakan 2 kali Azan waktu Solat Jumaat kerana masih tidak ramai yang hadir ketika azan pertama.
Langkah beliau seperti dalam hal pemberian 'atho' menimbulkan tidak puas hati golongan tertentu.
Atho' adalah imbuhan yang diberikan kepada orang tua, miskin dan pegawai kerajaan yang bersara termasuk orang bukan Islam yang tidak ada pendapatan.
Jumlah rakyat semakin ramai menyebabkan tidak seimbang dalam hal pengurusan dan kewangan.
Timbullah pemberontakan terhadap Saidina Uthman.
Para pemuda antaranya Saidina Hassan, Saidina Hussein, Abdullah bin Zubair datang ke rumah Saidina Uthman bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menentang para pemberontak bersenjata. Namun, Saidina Uthman melarang mereka bertindak sedemikian kerana mahukan masalah ini diselesaikan secara damai.
Akhirnya, Saidina Uthman telah mati dibunuh syahid oleh kelompok pemberontak.

Pada ketika itu,para sahabat telah ramai yang meninggal dunia. Yang masih ada antaranya ialah Zubair, Talhah, Saad, Said, dan Saidina Ali. Lalu, mereka pun membaiahkan Saidina Ali sebagai Khalifah Keempat. Saidina Ali tidak mahu menerima jawatan tersebut, setelah didesak barulah beliau menerima pelantikan tersebut.

Negara masih dalam keadaan huru-hara, rakyat haru-biru, ada kalangan yang tidak berpuas hati terhadap Saidina Ali yang masih belum bertindak terhadap pembunuh Saidina Uthman khususnya keluarga Bani Umayyah.
Berlaku pula Perang Jamal dan Perang Siffin yang termasuk dalam kalangan Sahabat.

Dalam Perang Jamal, ia melibatkan Zubair, Talhah dan Saiyidatina Aisyah menentang Saidina Ali. Keadaan sangat sulit, mereka adalah orang yang dijamin Syurga, bagaimana Saidina Ali mahu berhadapan dengan mereka.?
Saidina Ali berjaya memujuk Zubair dan Talhah berundur, namun mereka berdua dibunuh oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
Saiyidatina Aisyah pula ditawan, dibebaskan dan dihantar semula ke Madinah.

Berlaku pula Perang Siffin, Muawiyah dan pengikutnya yang terdiri daripada keluarga Saidina Uthman telah menentang Saidina Ali.
Tuan Guru Presiden PAS menegaskan dalam hal ini, kita jangan teragak-agak untuk menyatakan Saidina Ali berada di pihak yang betul.
Ada hadis yang banyak antaranya Ammar Bin Yasir dibunuh oleh kumpulan yang derhaka. Ammar Bin Yasir berada di pihak yang menyebelahi Saidina Ali. Ini hadis sahih yang diriwat oleh Bukhari dan Muslim.
Oleh sebab itu, Saidina Ali dimasukkan sebagai Khulafa' Ar Rasyidin yang diiktiraf oleh semua termasuk Ahli Sunnah wal Jamaah, Syiah, dan Khawarij yang awal.

Selepas Saidina Ali dibunuh oleh kelompok Khawarij, orang-orang di Hijjaz telah membaiahkan Saidina Hassan sebagai Khalifah seterusnya. Namun, beliau tidak senang melihatkan kekacauan yang berlaku lalu meletakkan jawatan.
Selepas itu, tertubuhnya Kerajaan Bani Umayyah yang naik secara darurat, bukannya melalui Baiah Ihtiyari.
Dalam pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah, hanya Saidina Umar Abdul Aziz sahaja yang naik menjadi Khalifah melalui persetujuan orang ramai.

Akhirnya, muncullah selepas itu pelbagai mazhab;
a) kumpulan yang menyokong pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah
b) kumpulan yang menyokong Saidina Ali termasuklah antaranya Ahlil Sunnah, Syiah yang fanatik kepada Saidina Ali dan juga Ahlil Badar seramai lebih 100 orang

5. Bahagian B: Perkembangan Ilmu
Pusat Ilmu ialah di Mekah, Madinah, Taif, Yaman, Damsyik, Iraq, Basrah, dan Kufah.
Di sinilah tempat berkumpulnya para Sahabat menyebarkan ilmu.
Akibat daripada tekanan politik pada zaman pemerintahan Umayyah dan Abbasiyyah, ada kalangan mereka yang jauh berhijrah dari pusat ilmu ini.
Dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah adanya pelbagai mazhab dalam hal Akidah, Feqah dan Tasawwuf.
Begitu juga dalam Syiah dan Khawarij, terdapat pelbagai mazhab di dalamnya.

Kitab yang paling terperinci mengenai kepelbagaian mazhab ini ialah Maqalatul Islamiyyin karangan Imam Mazhab Ahlil Sunnah Wal Jamaah, Abu Hassan Assyaari, zuriat daripada Sahabat Abu Musa Assyaari. Kitab ini lebih terperinci berbanding Kitab Al Milal wal Nihal karangan al-Shahrastani, Kitab Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa' wa al-Nihal karangan Ibnu Hazmin.
Hal ini kerana Abu Hassan Assyaari tinggal di Iraq, tempat lahirnya mazhab feqah dan politik Islam.

Asalnya, kumpulan Syiah dan Khawarij termasuk dalam Mazhab Politik Ahlil Sunnah.
Kemudian, tercetusnya kepelbagaian Mazhab Feqah dan Mazhab Akidah yang menyebabkan ia bercampur-aduk dengan Mazhab Politik.
Dalam Mazhab Akidah Ahlil Sunnah ada 3 pecahan;
a) Salafi
b) As Syairah
c) Maturidiah

Dalam Mazhab Fekah Ahlil Sunnah ada 4 pecahan:
a) Hanafi
b) Maliki
c) Syafie
d) Hambali

Syiah pula ada 3 kumpulan yang besar:
a) Ghulah-pelampau Syiah ada 15 mazhab di dalamnya
b) Imamiyyah- ada 24 mazhab di dalamnya
c) Zaidiyyah- ada 6 mazhab di dalamnya

Khawarij pula ada 2 kumpulan:
a) Ibadi- ada perbahasan, ada yang mengatakan mereka masih Ahlil Sunnah, mereka keluar kerana sebab politik. Mereka ini pengikut Abdullah bin Ibad, ramai berada di Musykat, Oman.
Ada sejarahwan mengatakan mereka ini golongan Tabiin, Tabiq Tabiin. Mereka tidak berbaiah kepada Kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyyah.
Mereka terpecah pula kepada 4 mazhab di dalamnya.

b) Ajaridah- ada 15 mazhab di dalamnya

6. Seterusnya, Tuan Guru Presiden menasihatkan agar kita tidak begitu mudah menyesatkan antara satu sama lain. Ada ulamak yang menghuraikan hadis berkenaan ummat Nabi terpecah kepada 73 puak, hanya 1 sahaja yang masuk syurga. Nabi menggunakan kalimah "ummatnya" yang terpecah bermakna Nabi menganggap mereka itu masih ummat Islam.

Tokoh Salafi yang keras pendiriannya, Syeikh Nashiruddin Al Albani mengatakan tidak boleh mengkufurkan Ahlil Kiblah yang masih menerima Rukun Islam dan Rukun Iman yang asas kecuali bagi yang menafikan perkara nas yang nyata dalam Al Quran, Hadis dan Ijmak.
Imam Malik ada berkata tidak boleh dihukum individu itu sekiranya ada 1 keraguan walaupun sudah ada 99 hujjah.

Majmak Al Fiqh di bawah OIC dalam Sidang di Jordan pada tahun 2006 telah mengisytiharkan 8 Mazhab yang dikira termasuk dalam ummat Islam;
a) Hanafi
b) Maliki
c) Syafie
d) Hambali
e) Zahiri
f) Imamiyyah
g) Zaidiyyah
h) Ibadi

Keputusan ini turut disahkan dalam Persidangan OIC di Mekah.
Namun, apabila berlaku kekacauan sekarang habis dilupai kesemua resolusi ini.
Majma' al-Buhut al-Islamiyyah, institusi di bawah Universiti Al Azhar Mesir pernah menyenaraikan 8 mazhab ini di dalam Ensiklopedianya. Beberapa tokoh ulamak asy-Syaukani dan as-Sanani juga menyebut mazhab ini.
Begitu juga Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan menyebut dan menaqolkan pendapat mereka di dalam kitab beliau.

Namun, keadaan yang berlaku hari ini telah dipengaruhi oleh suasana politik antarabangsa........

*Bahagian C: Perkembangan Politik Antarabangsa akan bersambung dalam Catatan Khas 2.

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
9 Januari 2017

Ini ialah antara MELAYU YANG TAK SEDAR DIRI



Ini ialah antara MELAYU YANG TAK SEDAR DIRI. Bila Faiz Subri mahu mengenakan busana melayu lengkap utk majlis anugerah Fifa, dikutuk²nya mamat tu x ingat dunia. "too much" la apa la.

Woi bodoh-bodoh sekalian, player wanita Jepun yg menang anugerah Fifa dulu siap pakai kimono lagi. Tau x kimono tu pakaian apa? Pakaian TRADISI jepun bai. Org Jepun BANGGA heritage depa. Sbb tu depa maju!

Melayu yg x sedar diri ni pegi mereput la.

TERJEMAHAN ARTIKEL TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

January 7, 2017

TERJEMAHAN ARTIKEL TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

المصلحة لمن

PEPERANGAN DEMI KEUNTUNGAN SIAPA?

رجع الشرق الأوسط إلى الصراع الجديد كما وضعه التاريخ قبل قرون وعقود ساحة الصراع بين الدول الكبرى لإيقاد الحروب الإقليمية والعالمية , وإحياء سنة التدافع بين الناس ودولهم وأديانهم ومذاهبهم . فعلينا نحن المسلمين المحاسبة على ميزان الهداية , ولا ميزان الجباية الذي وضعتها أصحاب لعبة الشطرنج من أهالي العروش والأموال , وتجار الأسلحة وشركات البترول .

Rantau Timur Tengah kembali bergolak dalam peperangan siri baru seperti mana yang berlaku dalam sejarah beberapa kurun sebelum ini. Medan pertempuran terancang antara negara-negara besar ini bertujuan untuk mencetuskan permusuhan peringkat nasional dan antarabangsa; dan menghidupkan konflik di antara manusia, antara negara, antara agama dan juga antara mazhab. Maka kita selaku kaum muslimin perlu bermuhasabah dengan neraca hidayah, bukan berpandukan neraca kepentingan material yang ditawarkan oleh pencatur yang terdiri dari kaum pemodal, pelobi-pelobi mahupun taukeh-taukeh senjata dan syarikat-syarikat minyak.

فالسبب الأساسي ليس اختلاف المذاهب بين المسلمين , السنة والشيعة وصراع القوميات بين العرب والفرس والأكراد , فإنها حاضرة منذ قرون طويلة .

Faktor utama pertembungan yang berlaku hari ini bukanlah berpunca dari perbezaan mazhab antara kaum muslimin. Bukan antara Sunni dan Syiah; bukan juga perbalahan antara bangsa iaitu antara Arab, Parsi dan Kurdish. Ini kerana, perbalahan dengan sebab semua ini telah berlaku sejak sekian lama.

فخير القرون الأولى فترة تمسك الأمة بالإسلام واعتصامها بحبل الله المتين مهما كانت شدة اختلافها وتفرقها ولكنها صنعت الفتوحات الواسعة التي حملت عدل الإسلام ورحمة الرسالة إلى العالم من أدناه إلى أقصاه وأنجزت سياسة التعارف بين الناس في داخل المجتمع المتعدد , فسميت الفتوحات لأنها حررت الأوطان المكبدة بظلم الحكام وجور الأديان , ففتحت أراضى البلاد وقلوب العباد . بخلاف الاستعمار الذي استعبد الناس وغصب الموارد والأموال لتكون دولة بين الملوك والأغنياء , فحينما دخلوا أفسدوها وجعلوا أعزة أهلها أذلة وكذلك يفعلون

Era awal Islam yang dikenali sebagai era terbaik, era umat kuat berpegang dengan Islam dan berpaut dengan prinsip agama (tali Allah) yang kukuh. Biarpun berlaku perbalahan dan perselisihan yang sengit sesama sendiri. Namun era tersebut telah berjaya membuka pelbagai kota dan berlaku perluasan wilayah Islam. Mereka membawa keadilan Islam dan rahmat risalah dakwah ini ke seluruh pelusok dunia. Perluasan ini telah menjayakan misi perkenalan antara manusia dalam masyarakat yang mempunyai kepelbagaian.

Oleh kerana itu, penaklukan Islam dinamakan dengan "Pembukaan Kota” kerana ia membebaskan anak watan yang dibelenggu kezaliman pemerintah dan penyelewengan agama. Dengan itu, ia bukan sahaja memerdekakan negara tetapi turut menawan hati-hati manusia. Berbeza sekali dengan "Penjajahan Barat” yang telah memperhambakan manusia, merampas hasil mahsul dan kekayaan negara yang akhirnya kekayaan itu berlegar di kalangan pembesar negara dan orang kaya sahaja. Bila mana mereka menjajah negara, mereka menjarah bumi taklukan mereka, mengubah kemuliaan rakyat asal menjadi hina dina. Itulah kerja mereka.

فلابد من قراءة الأحداث المعاصرة بالرشد , لا بالتعصب المذهبي أو القومي أو كليهما . أليس منكم رجل رشيد ؟ . فأولا مشروع وضع الخريطة الجديدة للشرق الأوسط التي أعلنوها قبل سنوات, وبالتالي فتوى التجديد في سياسة الشرق الأوسط لتكون على منهج حرية الديموقراطية الغربية بعد فشل الدفاع عن الديكتاتورية بعد وضعها على حسب معاهدة سأيكس بيكو لمنع رجوع الخلافة الإسلامية من جديد ووضع دولة إسرائيل مركزا للحراسة مع تطبيق مشروع الماسونية والصهيونية العالميتين .

Oleh yang demikian, kita sewajarnya membaca situasi politik dan peristiwa yang berlaku mutakhir ini dengan matang. Bukan dengan fanatik mazhab dan emosi perkauman atau kedua-duanya. Bukankah dalam kalangan kalian masih ada orang yang bernas buah fikirannya?

Taktik terbaharu mereka adalah merencana projek peta baru Asia Barat yang telah mereka nyatakan beberapa tahun yang lalu. Seterusnya “fatwa baru” dalam menstrukturkan semula politik Asia Barat agar berubah mengikut sistem demokrasi Barat setelah gagal mempertahankan sistem diktator hasil persepakatan Perjanjian Sykes-Picot. Ke semua perancangan ini bertujuan untuk menyekat kebangkitan semula Khilafah Islam sekaligus menjadikan negara haram Israel sebagai pusat kawalan di samping melaksanakan agenda Freemason dan Zionis Yahudi antarabangsa.

وليست القومية والمذهبية إلا فتيلتان لإشعال الحروب بالوكالة لتطبيق تلك المخططات المرسومة . لأنهم لا يرون كما يرى السفهاء من الناس المنشغلين بالتعصب حتى وصلوا إلى مستوى التكفير بين أهل القبلة الواحدة مهما أخطأت في الأمور الفرعية كما نسب إلى الإمام مالك رحمه الله قوله : من صدر عنه ما يحتمل الكفر من تسعة وتسعين وجها، ويحتمل الايمان من وجه، حمل أمره على الايمان ". فهناك الجهل والأمية والسفاهة في الدين المنتشرة داخل الأمة كلها بعد غياب تطبيق الإسلام كافة واتباع خطوات الشيطان الأكبر والأصغر الذي يوسوس في صدور الناس في دينهم والوسوسة لا تصل إلى الكفر وكذلك الجهل . وهناك المتساهلون في الدين والمتشددون الذين لا يفقهون .

Sentimen perkauman dan sektarian mazhab tidak lain hanyalah seperti sumbu pelita yang menyemarakkan lagi api peperangan proksi bagi merealisasikan perancangan mereka. Mereka tidak naif seperti sangkaan sesetengah puak yang jahil dan fanatik mazhab sehingga mengkafirkan sesama kelompok yang berkongsi kiblat yang satu terutamanya apabila ahli kiblat tersilap dalam isu cabang agama seperti kata-kata yang disandarkan kepada Imam Malik RA ;

“Sesiapa yang melakukan satu perkara yang membawa 99 kemungkinan makna kufur dan satu sahaja kemungkinan tanda iman, nilailah urusannya dengan makna iman.”

Hari ini kita melihat kejahilan dan lemahnya pemikiran umat dalam agama kita tersebar luas secara menyeluruh setelah ketiadaan pelaksanaan syariat Islam dan mengikut jejak langkah syaitan besar dan kecil, yang sentiasa menimbulkan syak dan was-was dalam pemikiran manusia berkaitan urusan agama mereka. Was-was dan kejahilan tidak sampai membawa kepada kekufuran. Di sana ada juga golongan yang bermudah-mudah terhadap agama dan juga ada kelompok yang keras pegangan agama mereka tetapi tidak faqih dalam agama.

ولا يجوز أن يلدغ مؤمن من جحر واحد مرتين فقد يلدغ مرات . أليست سقوط الخلافة من الفتنة الداخلية المذكورة , وأراضينا منقسمة على حسب الخريطة التي وضعوها أعداؤنا . واذكروا دور لورنس البرطاني الذي نسب إلى العرب وليس بعربي . والفريضة إلغاء الخريطة التي وضعتها سأيكس بايكو إلى الوحدة الإسلامية , ولكنكم جعلتم يوم تطبيقها عيدا وطنيا لبلادكم أيها العرب والمسلمون .

Sangat tidak patut bagi seorang mukmin jatuh dua kali dalam jerat yang sama, malahan mereka telah berkali-kali jatuh ke dalamnya. Tidakkah kejatuhan khilafah dahulu berpunca dari fitnah konflik dalaman seperti yang telah disebutkan? Akhirnya, tanah air kita telah dibahagikan mengikut peta yang dicorakkan oleh musuh kita. Ingatlah peranan Lawrence, seorang British yang digelar sebagai seorang Arab sedangkan dia sama sekali bukan orang Arab.

Kewajipan kita hari ini adalah untuk menggagalkan pemetaan baharu ala Sykes-Picot dengan cara menyatukan kembali umat Islam. Tetapi malangnya, kalian orang muslim Arab meraikan hari termeterainya perjanjian itu sebagai hari kemerdekaan kalian.

فإن الحروب التي رجعت في الشرق الأوسط ستكون ضحيتها الشعب العربي المستضعفين وليست الملوك والأمراء والوزراء والأغنياء الذين وقفوا وراءها , فإنهم مستعدون للفرار فرار بن علي من تونس وقبله فرار الملك فاروق من مصر قبل عقود . فأما الذين وضعوا فتنتها ليست إلا لتطبيق الخريطة الجديدة للشرق الأوسط الجديد وتقوية دولة إسرائيل المحرمة والمصالح الإستعمارية والمشروع الماسوني ولصهيوني . وهنا يقومون بتدمير كل قوة تهدد أمنها من الدول في المنطقة والمقاومة لا فرق بين السنة والشيعة والعرب والعجم.

Peperangan yang diatur di rantau Asia Barat sekarang hanya akan memangsakan orang Arab sendiri. Yang pasti korban peperangan adalah di kalangan orang awam yang tidak berdosa. Pembesar negara, menteri-menteri dan orang-orang kaya yang berada di sebalik peperangan ini tidak terjejas pun. Mereka telah bersiap sedia untuk melarikan diri jika berlaku kekacauan nanti, seperti mana Ben Ali melarikan diri di Tunisia. Jauh sebelum itu lagi, Raja Faroq turut melarikan diri dari Mesir. Orang yang menjalankan huru hara ini hanyalah menjalankan sebuah konspirasi demi melakar peta baru di rantau Asia Barat seterusnya mengukuhkan hegemoni regim Israel, kepentingan penjajah baru, menjayakan perancangan Freemason dan zionis. Untuk itu, mereka menghancurkan semua kekuatan yang boleh menggugat keamanan mereka. Tanpa mengira sama ada golongan tersebut sunni, syiah, arab mahupun bukan arab.

ولا ننسى مانشرته موقع الجزيرة قبل سنوات دور المخابرات الغربية والعربية بوضع المتشددين التكفيريين في سوريا واليمن قبل الربيع العربي وبعده ليكون الربيع لا يثمر ثماره الناضجة . ولا ننسى قضية اغتيال العلماء والخبراء الإيرانيين وغياب أحدهم في موسم الحج وظهوره بعد سنوات في أمريكا , ولا ننسى كذلك المعلومات الكاذبة من المخابرات الغربية حول وجود أسلحة كيماوية والدمار لإشعال حروب الخليج , وكذلك نشر جديدا في الموقع بي بي سي البريطانية نباء وجود صواريخ إيران في اليمن لضرب المدن السعودية والخليج بدون أدلة صحيحة وبراهين صادقة .

Kita tidak melupakan pendedahan oleh rangkaian berita Al-Jazeera tentang peranan agen-agen perisik Barat mahupun Arab sejak beberapa tahun lalu, yang mewujudkan kumpulan ekstrim yang suka kafir mengkafir di Syiria dan Yaman sebelum dan selepas tercetusnya Arab Spring untuk memastikan revolusi itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita juga tidak lupa dengan pembunuhan para saintis dan perisik Iran dan kehilangan salan seorang mereka dalam musim haji, dan kemudiannya muncul semula selepas beberapa tahun di Amerika.

Kita juga tidak lupa dengan maklumat palsu dari perisik barat yang mendedahkan kewujudan senjata kimia dan peledak untuk mencetuskan peperangan Teluk. Kemudian tersebar baru-baru ini di BBC, berita kewujudan roket milik Iran di Yaman untuk menyerang Saudi dan negara Teluk tanpa bukti dan dalil yang kukuh.

ونشر خطر الهلال الشيعي بمقدمة فتوى أمريكي وتبعه فتوى علماء المسلمين الرسميين وغير الرسميين .

ثم إن الحرب أعلنت في واشطن بعيد زيارة غير رسمية من بنيامين نيتانياهو الإسرائيلي في أميريكا . ثم عقد مؤتمر كامب ديبيد الجديد بحضورأمراء العرب وأمريكا لضمان دور أمريكا للدفاع عن دول الخليج لرد العدوان –وطبعا- إلا من العدوان الإسرائيلي.

Kemudian tersebar pula berita bermotif panik, kononnya wujud bahaya Bulan Sabit Syiah (al-Hilal al-Syi’i). Spekulasi itu dimulakan dengan fatwa tuduhan dari Amerika dan dikuti dengan fatwa para Ulama Islam yang rasmi dan bukan rasmi.

Kemudian perang diisytiharkan di Washington selepas lawatan tidak rasmi Benjamin Nentayahu ke Amerika. Seterusnya, diadakan ala persidangan Camp David baharu dengan kehadiran pemimpin Arab dan Amerika untuk menjamin peranan Amerika dalam mempertahankan negara Teluk dari sebarang musuh melainkan musuh dari Israel.

أليس منكم رجل رشيد ؟. فاسمحوا لي كتابة هذه السطور ولست بعربي ولكني مسلم أحب العرب والمسلمين وأعوذ بالله من تدميرعزتنا وقوتنا بأيدينا وأموالنا وأنفسنا بأسلحة أعدائنا على حسب تسعيرهم , ويا للأسف لوكانت لربح تجار الأسلحة وشركات البترول والدفاع عن العروش الطاغية وأمن إسرائيل .

Tiadakah di kalangan kalian, masih ada orang yang matang rasional? Izinkan saya menulis catatan ini walaupun saya bukan orang Arab. Akan tetapi saya adalah seorang muslim. Saya cintakan Arab dan kaum muslimin. Saya berlindung dengan Allah dari hancurnya kemuliaan dan kekuatan kita yang dilakukan oleh tangan-tangan kita sendiri, harta kita, diri kita menggunakan senjata musuh yang ditentukan harganya oleh mereka. Alangkah malangnya jika semua krisis ini hanya menguntungkan taukeh senjata dan syarikat minyak; dan mempertahankan kuasa besar yang jahat dan keamanan Israel.

لماذا لا تجتمع أموال العرب وعلماء وخبراء إيران وتركيا والأيادي الكثيرة من أفريقيا إلى باكستان وأفغانستان وإندونيسيا وماليزيا وغيرها يدا واحدة وصفا واحدا لإصلاح العالم من جديد بإسلامنا لتحرير العالم من الحلول الطاغية الفاشلة برحمة ديننا . فأين وضعنا قول ربنا :

Mengapakah aset dan harta orang Arab, para saintis dan pakar dari Iran dan Turki serta dari pelbagai pihak; dari Afrika hingga Pakistan, Afghanistan, Indonesia, Malaysia dan lain-lain, tidak dikumpulkan dalam satu ketumbukan dan satu saf untuk membaiki semula dunia ini dengan Islam. Ia bertujuan untuk membebaskan dunia dari cengkaman taughut yang gagal. Di mana kita meletakkan firman Allah:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103) آل عمران .

“Dan berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah dan janganlah kalian berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kalian ketika kalian saling bermusuhan lalu Dia menyatukan hati-hati kalian maka dengan nikmat tersebut kalian menjadi saling bersaudara. Dan kalian berada di jurang api neraka lalu Dia menyelamatkan kalian darinya. Demikian itulah Dia menerangkan kepada kalian ayat-ayatNya agar kalian beroleh hidayah.” (Surah Ali Imran, ayat 103)

وقد ذكر محمد بن إسحاق بن يَسار وغيره: أن هذه الآية نزلت في شأن الأوس والخزرج، وذلك أن رجلا من اليهود مَرَّ بملأ من الأوس والخزرج، فساءه ما هُمْ عليه من الاتفاق والألْفَة، فبعث رجلا معه وأمره أن يجلس بينهم ويذكرهم ما كان من حروبهم يوم بُعَاث وتلك الحروب، ففعل، فلم يزل ذلك دأبُه حتى حميت نفوس القوم وغضب بعضهم على بعض، وتثاوروا، ونادوا بشعارهم وطلبوا أسلحتهم، وتواعدوا إلى الحرة، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم فأتاهم فجعل يُسكِّنهم ويقول: "أبِدَعْوَى الجَاهِلِيَّةِ وأَنَا بَيْنَ أظْهُرِكُمْ؟" وتلا عليهم هذه الآية، فندموا على ما كان منهم، واصطلحوا وتعانقوا، وألقوا السلاح، رضي الله عنهم .

Muhammad Ibnu Ishaq Ibnu Yasar dan lain-lainnya menceritakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan peristiwa yang dialami oleh kabilah Aus dan Khazraj. Ketika itu berlaku peristiwa seorang lelaki Yahudi melewati di hadapan sejumlah orang terhormat dari kalangan kabilah Aus dan kabilah Khazraj. Maka si Yahudi itu merasa tidak senang dengan kesatuan dan kerukunan yang ada di antara mereka. Lalu dia mengutuskan seorang lelaki kepercayaannya dan mengarahkan kepadanya duduk bersama mereka bagi mengingatkan mereka kepada peristiwa-peristiwa dendam masa lalu yang pernah terjadi di antara mereka. Iaitu peperangan Bu'ats dan peperangan lain yang terjadi di antara mereka. Lelaki utusan si Yahudi itu meneruskan tugasan itu sehingga terjadi suasana menjadi panas kembali dan mereka saling marah dan membenci serta berbalas kata-kata, mengungkapkan kembali slogan mereka yang terdahulu, mempersiapkan senjata dan mengajak untuk berperang. Berita tersebut sampai kepada Nabi SAW, maka baginda berjumpa dengan mereka, lalu baginda meredakan dan melerai mereka serta bersabda:

«أَبِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ وَأَنَا بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ؟»

"Apakah kalian menghidupkan seruan Jahiliah, sedangkan aku berada di antara kalian?"

Kemudian Rasulullah SAW membacakan ayat ini kepada mereka. Akhirnya mereka menyesali perbuatan mereka. Lalu mereka berdamai, saling berpelukan, dan semua senjata mereka lemparkan. Semoga Allah meredhai mereka.

Ibrah diambil dari lafaznya yang umum, bukan dengan sebab yang khusus.

Ya Allah, Sesungguhnya aku benar-benar telah sampaikan, ya Allah saksikanlah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
2015

Diterjemahkan oleh:
Abdul Mu'izz Muhammad
Sofia Alwani Ali

21 TAHUN YAHYA AYYASH, HERO PALESTIN MENINGGALKAN KITA

January 6, 2017



05/01/1996 - 05/01/2017

21 TAHUN YAHYA AYYASH, HERO PALESTIN MENINGGALKAN KITA.

Yahya Ayyash merupakan seorang jurutera dan wira Palestin yang berjaya menentang pengganas Israel dan membuktikan kepada mereka bahawa Palestin tidak pernah menyerah dengan apa-apa cara sekalipun.

Hero Palestin ini melibatkan diri secara aktif dalam Briged Ezzdeen Al-Qassam dan menyumbang kepakaran dalam membuat bahan letupan dari bahan2 mentah.

Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka ke atas orang awam. Baruch Goldstein, syaitan bertopengkan manusia berbangsa Yahudi membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis. Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam keatas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan balas dilakukan keatas Israel. Pihak kerajaan Israel kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalam sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu utama yang tersenarai dalam most-wanted list rejim Israel.

Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun. Dalam tempoh persembunyiannya, beliau telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi (seperti Paderi Kristian), dan penyamarannya ternyata berkesan kerana rejim Israel gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat datang dari pihak Islam sendiri. Ayyash bukanlah seorang yg pengecut kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan asas yg boleh ditemui di bumi Palestin.

Pada 5 Februari 1996, Yahya Ayyash syahid disebabkan strategi pembunuhan yang begitu licik oleh pihak Israel iaitu dengan meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya. Ini membuktikan betapa gerunnya Israel terhadap wira ini.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.