News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Pelakon dan pengacara Ary Malik telah disahkan meninggal

February 28, 2017



Pelakon dan pengacara Ary Malik telah disahkan meninggal pada 7.17 malam di Hospital Ampang, kerana kanser ovari. Takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga roh Ary ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

PAS MENYOKONG KETEGASAN PIHAK BERKUASA DAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU PEMBUNUHAN INDIVIDU DARI KOREA UTARA

February 27, 2017



PAS MENYOKONG KETEGASAN PIHAK BERKUASA DAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU PEMBUNUHAN INDIVIDU DARI KOREA UTARA


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin menyatakan sokongan di atas ketegasan pihak berkuasa negara kita terutamanya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam menangani isu pembunuhan individu dari Korea Utara pada 13 Februari 2017 lalu.

PAS juga senada bahawa siasatan kes jenayah berkenaan semestinya dilaksanakan dengan merujuk pada undang-undang dan tatacara yang ada dalam negara di mana kes pembunuhan itu berlaku. PAS melihat isu ini mempunyai sudutnya yang tersendiri apabila wujudnya cubaan campurtangan dari pihak Korea Utara menerusi perwakilan mereka di Malaysia yang boleh memburukkan lagi suasana hubungan diplomatik yang ada pada waktu ini, sebagaimana yang dilapurkan oleh media massa dalam dan luar negara. PAS secara konsisten memperjuangan kedaulatan Malaysia dari sebarang pencerobohan dan gangguan dari mana – mana pihak.

Isu geo-politik dan percaturan dalaman negara yang dikatakan terlibat adalah tidak wajar menjadi alasan mana-mana pihak dari Korea Utara untuk mengganggu siasatan yang sedang dijalankan secara bebas dan professional oleh pihak PDRM.


“Inilah Penyelesaian Kita”


ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
29 Jamadil Awal 1438H / 26 Februari 2017 M

Agong gesa KL, Riyadh bekerjasama tangani cabaran dihadapi umat Islam

February 26, 2017



Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kanan) berkenan bergambar bersama Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Majlis Mengadap dan Santapan Negara di Istana Negara malam ini. Majlis itu turut diserikan dengan pengurniaan anugerah negara iaitu Anugerah Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Raja Salman. Raja Salman berada di Malaysia sempena lawatan negara selama empat hari.-Foto/BERNAMA

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Malaysia dan Arab Saudi, selaku anggota aktif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa bekerjasama untuk menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam.

Gesaan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam titah ucapan Seri Paduka pada majlis santapan negara bagi meraikan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, di sini, malam ini.

Majlis yang berlangsung di Istana Negara itu merupakan sebahagian aturcara pada hari pertama lawatan negara empat hari Raja Salman di Malaysia, lawatan sulung baginda sejak menaiki takhta pada 23 Jan, 2015.

Dalam mengalu-alukan kedatangan Penjaga Dua Masjid Suci itu dan rombongan baginda ke Malaysia, Sultan Muhammad V mengambil perhatian bahawa Kuala Lumpur dan Riyadh berkongsi pendirian yang sama berhubung keperluan untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang menjejaskan ummah.

"Dalam soal ini, Malaysia dan Arab Saudi selaku anggota aktif OIC perlu bekerjasama dalam menangani pelbagai cabaran yang dihadapi umat Islam," titah Seri Paduka.

Hadir pada majlis santapan negara itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seri Paduka seterusnya menzahirkan harapan lawatan bersejarah Raja Salman itu akan membuka gerbang kerjasama khususnya dalam aspek ekonomi dan perdagangan berpaksikan nilai kepercayaan dan saling menghormati antara kedua-dua negara.

“Beta amat gembira melihat kesungguhan kedua-dua negara dalam meningkatkan hubungan perdagangan. Kerajaan tuanku (Raja Salman) adalah antara rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Timur Tengah,” titah Sultan Muhammad V.

Seri Paduka menarik perhatian bahawa jumlah perdagangan Malaysia-Arab Saudi pada 2016 meningkat 12.4 peratus kepada US$3.17 bilion daripada US$2.82 bilion pada 2015.

Walaupun perkembangan positif ini diraikan, namun Seri Paduka percaya masih banyak peluang dan manfaat boleh terus diusahakan secara bersama dalam menerokai peluang ekonomi antara kedua-dua kerajaan.

Sultan Muhammad V bertitah kehadiran delegasi perniagaan yang besar dalam lawatan Raja Salman mencerminkan usaha berterusan pemerintah Arab Saudi itu dalam menggalakkan kerjasama ekonomi lebih luas antara kedua-dua negara.

Yang di-Pertuan Agong seterusnya bertitah peranan Raja Salman sebagai Penjaga Dua Masjid Suci memberi makna amat besar kepada dunia Islam seluruhnya.

Titah Seri Paduka, berjuta rakyat Malaysia telah mengunjungi Tanah Suci dan mereka yang pulang sentiasa memuji usaha kerajaan Arab Saudi diterajui Raja Salman untuk meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan jemaah.

“Beta berasa amat bersyukur mendengar khabar gembira akan limpah perkenan tuanku untuk meningkatkan kuota haji bagi rakyat Malaysia pada tahun ini,” titah Seri Paduka.

Tabung Haji pada bulan lepas menyatakan kuota jemaah haji Malaysia dikembalikan kepada 27,900 orang tahun ini berbanding 22,230 sebelum ini.

Mengimbau sejarah persahabatan yang terjalin antara kedua-dua negara, Sultan Muhammad V bertitah Arab Saudi merupakan negara yang telah menghantar wakil sewaktu pengisytiharan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.

“Sesungguhnya sejak 60 tahun dahulu, negara Malaysia dan Arab Saudi telah menikmati hubungan persaudaraan yang akrab bertunjangkan kepada perkongsian nilai kepercayaan serta visi dalam mempromosikan perpaduan dalam kalangan negara,” titah Seri Paduka.

Sultan Muhammad V menyifatkan lawatan Raja Salman memberi makna besar dalam mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

“Beta juga berhasrat mengadakan kunjungan balas ke Arab Saudi,” titah Seri Paduka.

Raja Salman diberi sambutan negara di Dataran Parlimen pagi tadi.

Raja Arab Saudi itu disambut Najib sejurus pesawat khas yang membawa pemimpin negara Timur tengah itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang.

Raja Salman dan Najib dijadual mengadakan pertemuan di Putrajaya esok.-BERNAMA

Kolonel Aziz Al-Faghm, Bodyguard Raja Arab Saudi Paling Setia!



Kolonel Aziz Al-Faghm, Bodyguard Raja Arab Saudi Paling Setia!

Sebentar tadi Raja Arab Saudi, Raja Salman selamat mendarat di KLIA bersama ratusan ahli rombongannya.

Di sisi baginda, terserlah satu susuk tubuh lelaki sasa yang serius. Tegap dan botak orangnya. Sekali imbas macam bodyguard Mat Salleh yang diupah keluarga Diraja.

Tidak sebenarnya.

Ia adalah pengawal peribadi Raja Arab Saudi paling setia - Kolonel Aziz Al-Faghm.

Aziz juga merupakan pengawal peribadi Almarhum Raja Abdullah, Raja Arab Saudi yang wafat sebelum ini. Dia dah berkhidmat dengan keluarga Diraja Saudi hampir 30 tahun lamanya!

Maaf, di saat orang lain cerita benda lain pasal lawatan Raja Salman, aku lak tulis benda lain.

Sorryler hehehe. 'Iklan' sekejap.

Copy paste facebook

Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud tiba untuk lawatan negara empat hari ke Malaysia




Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud tiba untuk lawatan negara empat hari ke Malaysia.

Rawat Slipped Disc dengan Pengetuk!



Rawat Slipped Disc dengan Pengetuk!
*
Tok, Tok, Tok!

Sedapnya ketuk belakang orang dengan kayu dan tukul. Katanya boleh betulkan slipped disc. Adoi, harapnya janganlah ada yang percaya. Slipped disc TAK AKAN dapat dibetulkan dengan mengetuk!

Risau betul la saya rasa. Jangan 11 ribu share tu bermakna 11 ribu manusia yang percaya dah la.

Saya akan sentuh 2 perkara sahaja bagi MENAFIKAN rawatan yang ditayangkan dalam video ini.

Sedikit mengenai Slipped Disc
*
Tulang belakang manusia terdiri daripada 33 tulang iaitu:

7 tulang Cervical (C1-C7)
12 tulang Thoracic (T1-T12)
5 tulang Lumbar (L1-L5)
5 tulang Sacrum (S1-S5)
4 tulang Coccyx

Intervertebral Disc ialah Disk (kusyen) yang melapik antara 2 tulang belakang. Ia berfungsi bagi menyerap tekanan apabila kita bergerak atau mengangkat berat. Kusyen ini boleh pecah dan struktur dalamnya (yang dikenali sebagai nucleus pulposus) boleh beralih dan menekan saraf tulang dan/atau anak saraf menyebabkan kaki menjadi lemah atau kebas.

Kesakitan tipikal yang berlaku ialah kesakitan seperti karen elektrik yang menjalar dari kawasan punggung ke belakang peha dan betis. Keadaan ini dikenali sebagai Slipped disc (atau Prolapsed Intervertebral Disc/PID). Ia paling kerap berlaku antara tulang L4L5 dan L5S1.

Penjelasan 1

Nak merawat slipped disc ni, bukan boleh main suka-suka ketuk. Garisan yang dilukis secara kasar sebegini adalah amat TIDAK TEPAT. Ketuk pun main intai-intai bawah kain.

Bagi mengetahui lokasi slipped disc, doktor akan bertanya simptom dan melakukan pemeriksaan. Kami akan tahu level mana berdasarkan pemeriksaan kerana setiap sendi peha, lutut, buku lali dan jari pesakit mewakili saraf yang berbeza dan kami tahu saraf mana yang tertekan. Diagnosis akan dapat dipastikan dengan MRI scan (disc TIDAK akan kelihatan dalam xray).

Rawatan akan diberi secara tanpa pembedahan (ubat, fisioterapi & penjagaan tulang belakang) terlebih dahulu. Majoriti pesakit akan sembuh. Bagi pesakit yang mengalami tekanan saraf yang serius sehingga menyebabkan lemah sendi dan kekebasan, pembedahan MUNGKIN perlu.

Jika pembedahan dilakukan, ia perlu dibuat selepas menjalani MRI bagi memastikan lokasi slipped disc itu. Di bilik bedah, doktor akan menggunakan Image Intensifier (xray) bagi sekali lagi menandakan kawasan yang terbabit dengan tepat sebelum prosedur dilakukan. Bukan main tanda dengan pembaris dan ketuk lebih kurang!

Penjelasan 2

Dari segi anatomi, cara sebegini nak betulkan slipped disc pun dah TAK betul. Adalah mustahil disk yang terkeluar tu boleh kembali ke kedudukan asal dengan ketukan hikmat ini.

Mari kita tengok anatomi. Kalau diketuk dari belakang macam dalam video ni, kesan ketukan TIDAK AKAN sampai pun ke disk yang terkeluar tu. Kenapa? Kerana disk yang slipped tu kat depan, bukannya dari arah belakang. (Lihat Gambar cross-section tulang belakang di bawah)

Ketuk dari arah belakang macam dalam video ni, ia akan kena kulit je, kalau ada pun kesan tekanan, yang lebam ialah otot paravertebral muscle anda kat dalam tu. Tenaga ketukan akan ditahan oleh spinous process terlebih dahulu, kalau lah nauzubillah, spinal process anda pecah, yang kena lepas tu ialah spinal cord atau saraf tunjang yang terletak di depan disk tu. Disk tak kena pun, yang kena ialah saraf tunjang anda! Habis nak rawat slipped disc, LUMPUH pula anda jadinya sebab saraf tunjang dah rosak!

Kesimpulan
*
Menurut ilmu Ortopedik, cara sebegini adalah MUSTAHIL dapat memberi apa-apa kesan kepada disk yang terkeluar itu (slipped disc). Yang jelas akan terkesan dan terkeluar ialah wang anda.

Ikhtiar tu ikhtiar la juga. Alternatif tu alternatif la juga. Tapi pastikan ada asas kebenaran dari segi logik akal. Sains tidak akan bercanggah dengan agama. Ilmu Sains akan sentiasa membenarkan apa yang tertulis dalam AlQuran.

Anda boleh baca penjelasan dan penulisan saya mengenai slipped disc dan rawatannya di www.mmgazette.com

Tolong kongsikan agar kebenaran disebarkan kepada lebih ramai daripada 11 ribu yang share video asal. Terima kasih.

#DrMahyuddin Datò Mohamed
Pakar Ortopedik HOSHAS

#MedTweetMY
#MedicalMythbustersMalaysia (M3)
#MalaysianMedicalGazette (MMG)

Rujukan

1. http://www.mmgazette.com/sakit-belakang-angkara-slipped-disc-dr-ahmad-mahyuddin/
2. Link Post asal: https://www.facebook.com/muhabsi.muhabsi/posts/759054704245457
3. Video Ketuk: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=759054317578829&id=100004228024467
4. Gambar: Wikipedia

Cc
1. Yang dihormati Datuk Dr. Hisham Abdullah DG of Health

2. Spine Consultants: Dato Dr. Fazir Mohamad, Ukm Spine, Myortho Spine, Mr. Shaharuddin Bin Abdul Rhani, Mr. Manmohan Singh, Mr. Kamalnizat Bin Ibrahim, Mr. Shahrid Zahari, Ass.Prof. Ed Simor Khan

PS Teringat pulak saya kat Pendekar Mustar dalam Pendekar Bujang Lapok mintak pengetuk nak ketuk paku kat dinding 😂

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Artikel Bertajuk "Usul Hadi langgar syariah, kata bekas pakar Jakim"



Susulan berita bertajuk "Usul Hadi langgar syariah, kata bekas pakar Jakim" di Media Online 'Free Malaysia Today' atau FMT yang bertarikh 25 Februari 2017 oleh Abdar Rahman Koya, Jakim menegaskan bahawa individu yang bernama Nurul Haq Shahrir TIDAK pernah dilantik secara rasmi oleh Jakim untuk menjadi 'penyemak penerbitan Islam' dan beliau juga BUKAN sebagai 'penulis fatwa Jakim'.

Justeru, kenyataan dan pandangan atas nama beliau yang disiarkan oleh FMT pada 25 Februari 2017 adalah sama sekali tidak mewakili pandangan Jakim. Setiap kenyataan media yang mewakili pendirian dan dasar Jakim mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan rasmi dari Pengurusan Tertinggi Jakim. Perbuatan mengaitkan nama Jakim dalam berita tersebut adalah amat
tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Jakim mengingatkan pihak 'Free Malaysia Today' atau FMT agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sekian

SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT JAKIM
25 Februari 2017

Apa Jasa Gangster Hingga dapat Dato' Seri, Dato'



Apa Jasa Gangster Hingga dapat Dato' Seri, Dato'

Ketua Geng 24, Dato' Seri Ng Chian Sia
DUA hari lepas seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Ng Chian Sia didakwa di Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah te­rancang, Geng 24 Pulau Pinang.

Datuk Seri Ng yang mengetuai Geng 24 Pulau Pinang itu dituduh bersama 21 konco kumpulan berkenaan.

Dia kena tangkap di sebuah kasino.

Penolong Ketua Geng 24, Mendiang Dato' Ong Teik Kwong (mati dibunuh)

Kalau korang ingat kes bulan lepas seorang gangster yang mati kena tembak di Penang tu, Dato' Ong Teik Kwong. itulah pembantu dia.

Makna kata, dalam kumpulan gengster 24 ni, ketuanya pemegang darjah kebesaran Dato' Seri dan penolongnya bergelar Dato'. Untuk rekod, Datuk Teik Kwong yang mati itu baru berusia 32 tahun!

Aku dah tak tau nak cakap apa. Benda ni dah jadi bualan orang ramai sejak dulu lagi, namun samseng-samseng ni masih boleh terlepas 'masuk' dalam istana serta mendapat gelaran-gelaran kebesaran yang kita difahamkan dulu hanya diberi pada mereka yang banyak menabur jasa.

Apa jasa ketua-ketua ganster ini agaknya?

Aku simpati pada mereka yang benar-benar layak menerima anugerah-anugerah kebesaran seperti Datuk ini kerana lama-kelamaan masyarakat pasti akan mula skeptikal dan sinis dengan anugerah yang diterima mereka.

Begitu juga gelaran Dato Seri Jamal Jamban dengan gelagat bodohnya

Dan sebagai rakyat biasa, kita hanya mampu melihat sajalah dengan hati yang remuk dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Moga akan ada perubahanlah selepas ini kerana kalau perkara ini dibiarkan berterusan, entah malaun manalah pulak yang akan dapat gelaran yang sama selepas ini.

Kredit: Shaharuddin

Food Flotilla For Rohingya Maynmar



Food Flotilla For Rohingya Maynmar:

PAS bukan sahaja sekapal dengan UMNO, PAS juga sekapal dengan pegawai kerajaan dari Agensi Penguatkuasa Miritim, Majlis Keselamatan Negara, yang berparti dan tidak berparti, ahli dan penyokong pelbagai parti politik, termasuk penyokong PKR dan PAN. PAS jugak sekapal dengan pertubuhan Melayu dan pertubuhan pelajar. PAS jugak sekapal dengan berpuluh-puluh wakil media tradisi dan media atas talian.

PAS juga sekapal dengan orang Cina, India, Iban, orang Arab, orang Rohingya, melayu Mamak, melayu Pattani, dan orang Champa yang berbilang negara, warna kulit, agama, bangsa dan bahasa...
Bukan setakat itu saja, dalam MV Nautical Aliya ada orang Islam, ada penganut kristian (anak paderi) dan ada penganut hindu. Ada berpuluh-puluh NGO dan pertubuhan, politik dan bukan politik dan berbilang matlamat perjuangan...

Bukan itu sahaja, PAS jugak sekapal dengan orang China, orang Amerika Syarikat, orang Sweden, orang Thailand, Kemboja, Perancis, Bangladesh, Arab Saudi dan Indonesia.

FFFM ini bermatlamat membuka mata dunia kepada genocide (penghapusan etnik), pembunuhan, kekejaman, pengusiran dan penderitaan Muslim Rohingya oleh regim Myanmar. Semua yang sekapal dalam Nautical Aliya berkongsi matlamat ini.

Saya beri maklumat tambahan ini kepada pemilik pemikiran yang sempit yang cuba menyempitkan pemikiran orang ramai pula.

Sanusi

Berhentilah Menjaja Nama dan Memfitnah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz

February 24, 2017



Berhentilah Menjaja Nama dan Memfitnah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Hanya kerana hendak mencari dalih dan alasan menolak pindaan Akta 355, PAN sanggup memfitnah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Kononnya, Almarhum telah menolak pindaan Akta 355 ini pada tahun 1984.
Fitnah ini mula disebar menjelang persidangan Parlimen pada Oktober tahun lepas lagi. Ia dikarang oleh si Peguam Zul 7 Undi yang berada dalam DAP sekarang.

Kemudian, ia diulang sebar oleh sekalian juak PAN demi mempertahan pendirian mereka menentang RUU 355.

2. Saya sudah pun menyemak handsard dan membacanya dengan teliti. Mereka telah memutar belit (spin) sebahagian ucapan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang bertarikh 11 Oktober 1984.
Almarhum Tuan Guru bukannya menolak pindaan Akta 355 tersebut, sebenarnya Almarhum tidak bersetuju dengan sebahagian ucapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Yusof Nor ketika membentangkan pindaan tersebut.

Timbalan Menteri itu berkata "Di Malaysia pada masa sekarang kes-kes kesalahan jenayah di kalangan anggota masyarakat Malaysia amnya dan orang-orang Islam khasnya semakin bertambah walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah , ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan agama Islam , namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku."

3. Ucapan inilah yang tidak disetujui oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana Almarhum berpandangan kaedah menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah sebahagian tuntutan agama Islam.

Ini petikan daripada handsard;

"Tuan Yang di-Pertua,
saya katakan mukadimah ini sebagai mukadimah penting sebagai melahirkan tidak setuju saya yang amat sangat terhadap ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang ini. Beliau menyebut di halaman 68, walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan Agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku.

Dari kata-kata itu bolehlah difahamkan bahawa kerja mendenda dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu bukan usaha agama bahkan yang disebut sebagai usaha agama itu hanya berkisar di atas dakwah, ceramah dan penerangan- penerangan
berhubung dengan agama.

Sedangkan menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah agama sepertimana yang disebut sekejap tadi."

4. Apabila dibaca keseluruhan teks ucapan Almarhum Tuan Guru, tidak terjumpa pula ayat yang mengatakan Almarhum menentang pindaan Akta 355.

Bahkan, seawal tahun 1984 lagi, Almarhum dengan berani menerangkan berkenaan Hudud, Qisos, dan Takzir dalam dewan Parlimen.

Ini cerita 33 tahun dulu, jelas ia bukti perjuangan PAS tetap konsisten sejak dulu sehingga sekarang dalam usaha mengangkat syariat Allah. Yang hanya berbeza ialah pendekatan dan langkah yang diambil secara berperingkat.

PAS terus berusaha dalam keadaan pihak lain hanya tahu memperlekeh, mengecam dan memperli perjuangan ini.

5. Di penghujung ucapan Almarhum Tuan Guru ada menyebut,

"Tuan Yang di-Pertua,
akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf Mahkamah- mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan Mahkamah-mahkamah Majistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja."

6. Jadi, pesanan dan seruan kepada penyebar fitnah ini,bertaubatlah dan berhentilah membuat kerja dosa ini, apatah lagi mengguna nama tokoh yang sudah tidak ada di muka bumi ini untuk menjawab tuduhan ini.

Apabila PAS sebut berkenaan Hudud, mereka kata belum sesuai, tidak kondusif, kejam, konservatif, diktator agama, pak lebai, walaun, Taliban dan bermacam lagi.
Ketika mana PAS sebut berkenaan pindaan Akta 355 bagi memperkasa Mahkamah Syariah, mereka sebut ini bukan Hudud, ini ciptaan Presiden PAS maka ia boleh ditentang, tidak kafir, dan tidak munafik jika menentangnya..

8. Lain kali, berterus terang sahaja pendirian kamu.
Usahlah mencipta 1001 dalih dan alasan bagi menentang perjuangan memartabatkan agama Islam.

Kalau ada yang berkata, PAS mempolitikkan hal ini.
Jawab saya mudah sahaja, dah sememangnya PAS sebuah parti politik dan dasar PAS ialah Islam maka sewajibnya PAS memperjuangkannya melalui jalan siasah.

Takkan mahu PAS memperjuangkan ideologi sekularisme, nasionalisme, liberalisme pula..?

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
24 Februari 2017

Agong solat Jumaat bersama warga Telekom



Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat Jumaat di Surau Menara Telekom Malaysia (TM) hari ini.

Baginda memakai jubah serta berkopiah putih dan diiringi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengerusi TM, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Selepas selesai menunaikan solat fardu Jumaat, baginda dilihat mendirikan solat sunat dua rakaat.

Kesempatan itu juga, Sultan Muhammad V mencemar duli dengan meluangkan masa bertemu dengan jemaah surau kira-kira 10 minit.

Keputusan preliminari analisa Jabatan Kimia mengenai kes pembunuhan warganegara Korea Utara





Keputusan preliminari analisa Jabatan Kimia mengenai kes pembunuhan warganegara Korea Utara.

•Apakah "Nerve agent VX"?
•Apa kesan/bahayanya?

Leicester pecat Ranieri



London: Claudio Ranieri dipecat sebagai pengurus Leicester City sembilan bulan selepas memimpin kelab itu ke kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Leicester dalam satu kenyataan berkata, lembaga pengarahnya dengan berat hati berpendapat penukaran pemimpin perlu demi kepentingan kelab itu.

“Statusnya sebagai pengurus paling berjaya di Leicester tidak dapat dinafikan.

“Bagaimanapun, keputusan tempatan dalam kempen semasa meletakkan status Liga Perdana kelab ini di bawah ancaman," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Leicester, Aiyawatt Srivaddhanaprabha berkata, “kami bertanggungjawab mempertimbangkan kepentingan jangka panjang kelab ini terlebih dahulu sebelum sentimen peribadi.”

Ranieri mengambil alih Leicester pada Julai 2015 dan diundi Pengurus Terbaik FIFA, bulan lalu.

Leicester menjuarai Liga Perdana musim lalu tetapi kini terletak satu mata di atas zon penyingkiran selepas 25 perlawanan dan belum menjaringkan gol dalam enam perlawanan liga tahun ini.

Beliau tertekan dalam beberapa minggu ini dan turut dikatakan bertelagah dengan beberapa pemainnya.

Namun, Leicester masih beraksi dalam Liga Juara-Juara dan tewas 2-1 kepada Sevilla pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir, kelmarin.

Pembantu pengurus, Craig Shakespeare dan jurulatih pasukan utama, Mike Stowell akan mengambil alih buat sementara waktu.

Indonesia ‘ajar’ kezaliman Netanyahu

INDONESIA mahu Israel segera memerdekakan Palestin jika mahu kedua-dua pihak menjalinkan hubungan diplomatik. AFP

SYDNEY 23 Feb. - Gara-gara dilarang memasuki ruang udara Indonesia, sebuah pesawat yang membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terpaksa dilencongkan mengikut laluan yang lebih jauh daripada kebiasaan.

The Guardian melaporkan, in­siden itu berlaku ketika Ne­tan­yahu dan delegasinya dalam penerbangan dari Singapura ke Sydney, Australia untuk menghadiri



program lawatan kerja buat kali pertama di negara kanggaru itu beberapa hari lalu.

Disebabkan pertukaran laluan itu, penerbangan Netanyahu dengan pesawat El Al yang sepatutnya memakan masa sekitar lapan jam setengah bertukar menjadi lebih daripada 11 jam.

Perkara itu kemudian disahkan oleh salah seorang anggota de­legasi Netanyahu kepada akhbar tersebut.

Selain Indonesia yang memiliki penduduk beragama Islam paling ramai di dunia, kebanyakan negara Islam lain termasuk Pakistan dan Malaysia turut me­ngenakan sekatan terhadap Israel daripada memasuki ruang udara mereka.

Hampir semua negara itu juga dikatakan tidak memiliki sebarang hubungan diplomatik de­ngan Israel disebabkan penindasan yang dilakukan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Akhbar The Australian dalam laporannya memberitahu, pesa­wat yang ditempah khas itu terpaksa melalui Fi­lipina dan merentasi Papua New Guinea yang bersempadan de­ngan Indonesia sebelum tiba di Sydney.

Akhbar sama mendakwa, pe­nerbangan pesawat itu mungkin yang terakhir buat Netanyahu selepas Kabinet Israel meluluskan pembelian pesawat untuk kegunaan Perdana Menteri dan Pre­siden.

Washington Post pula menjelaskan, pesawat yang membawa Netanyahu dari Tel Aviv ke Si­ngapura telah mengambil laluan yang luar biasa dan ditetapkan dengan mengelak ruang udara Arab Saudi serta negara lain.

Namun, wakil El Al tidak memaklumkan negara terlibat.

Dalam perkembangan ber­kai­tan, akhbar Times of Israel memetik kenyataan Netanyahu sebagai berkata, Indonesia dan Israel sepatutnya menjalin kerjasama erat khususnya dalam memera­ngi keganasan.

“Saya juga memiliki beberapa rakan Facebook dari Indonesia,” kata Netanyahu.

Walau bagaimanapun, Indonesia dalam kenyataan balas pula mahu Israel segera ‘memerdekakan’ Palestin jika mahu menjalin hubungan diplomatik.

“Perkara paling penting yang perlu mereka (Israel) lakukan ialah memberikan kemerdekaan kepada rakyat Palestin,” kata Setiausaha Kabinet Indonesia, Pramono Anung.

Terdahulu, The Independent melaporkan, dalam sidang akhbar di Sydney, Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull mengkritik ‘resolusi berat sebe­lah’ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin ditamatkan.

Beliau juga mengulangi soko­ngan Australia terhadap penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin.

Sementara itu, kira-kira 650 penunjuk perasaan berhimpun secara aman di Town Hall dekat sini bagi membantah kunjungan Netanyahu ke Australia.

Anak perempuan berumur 15 tahun kehilangan ibunya gara-gara daun rerama

February 23, 2017



Anak perempuan berumur 15 tahun kehilangan ibunya gara-gara daun rerama

45 tahun, ibu seorang anak perempuan tunggal yang baru berusia 15 tahun.

Seorang tukang masak. Kencing Manis 5 tahun, tapi dah 3 bulan tidak ambil insulin. Katanya daun RERAMA boleh turunkan gula, tak payah ubat-ubat lain dah. Entah siapa yang beritahu semua ini.

Demam seminggu. Datang hospital tak sedar diri, paru-paru, buah pinggang semua tidak berfungsi. Gula tinggi melangit tidak terbaca (HIGH INDEX), komplikasi merbahaya DIABETIC KETOACIDOSIS. Terpaksa di letak tiub dalam corong paru-paru untuk bantuan pernafasan (gambar hiasan). Sangat tenat.

Pemeriksaan bahagian sulit beliau nampak ada nanah meleleh keluar, ianyanya berpunca dari bisul/kuman. Rupanya nanah tu merebak daripada bahagian dalam badan (perineum). Perut (abdomen) bahagian bawah beliau juga kelihatan begitu merah. Allahuakhbar, agaknya berapa lama paras gula beliau tinggi disebabkan tidak mengambil insulin.

Bila seseorang mempunyai paras gula tinggi, tahukah anda yang kuman senang hinggap! Bila datang menyerang, apa pun yang kita lakukan sudah sangat susah nak diselamatkan. Bagi antibiotik satu gelen pun tak jalan.

Jika kencing manis, pastikan JANGAN tinggalkan ubat Doktor. Nak ambik lain-lain itu mohon bincang dulu dengan Doktor merawat. Tanyalah kami, mohon lah🙏 ye.

Tapi sangat tak logik kalau daun rerama itu dikatakan mengurangkan paras gula. Ye mungkin satu dua bacaan tapi bukan terus menerus. Kalau kita tak makan apa-apa makanan pun, nescaya paras gula kita rendah. Kami hanya nak tahu bacaan gula lepas anda makan, bukan lepas puasa berhari macam testimoni jurujual produk-produk dipasaran (yang ini tak minat langsung).

Apa patofisiologi DAUN RERAMA?

- Adakah ianya mengandungi insulin atau menambah sel beta di pankreas untuk menghasilkan insulin? TIDAK.

- Adakah ia meningkatkan penghasilan insulin (seperti ubat sulphonylurea contoh Gliclazide). TIDAK.

- Adakah ia mengurangkan penghasilan gula oleh hepar seperti Biguanide (contoh Metformin)? TIDAK.

- Adakah ia meningkatkan sensitiviti sel-sel kita kepada insulin seperti Thiazolidinozeones (contoh glitazones)? TIDAK.

Dan banyak lagi ubat-ubat Kencing Manis yang pengamal perubatan tahu mekanisme nya.

Tak kira apa ubat pun, semua pesakit perlu mencapai tahap kandungan gula yang terkawal. Paras gula perlu antara 4.4-7.0 mmol/L, bacaan selepas makan 4.4-8.5 mmol/L (CPG 2016) & paras HbA1C antara 6-7% mengikut profil risiko pesakit (ADA 2017).

Bukan hanya komplikasi kegagalan organ tinggi (Buah Pinggang, Buta, Jantung, Amputasi Kaki dan banyak lagi) disebabkan oleh Kencing Manis yang tidak terkawal; malah jangkitan kuman adalah yang paling kami pengamal perubatan takuti. Yang masuk hospital pun ramai sebab ini. Mohon kurangkan risiko dengan mengawal ketat paras gula anda.

Pesakit ini dibawa ke Dewan Bedah secepat mungkin. Bertungkus lumus Pakar Bedah cuba membuang nanah & kuman yang dah lama bersarang. Tapi apakan daya keadaan beliau sudah terlampau teruk. Beliau meninggal dunia keesokan harinya di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Terlihat seorang budak perempuan, duduk di salah satu penjuru bilik pelawat khas ICU semasa kami menyampaikan berita kematian. Anak Arwah. Mukanya sugul, tunduk kebawah sepanjang masa. Nampak raut wajahnya seorang yang matang, begitu cekal & tenang.

Ya Allah, kuatkanlah dia untuk mengharungi masa hadapan tanpa seorang ibu, doaku.

Ya Allah, kuatkan kami pengamal perubatan menempuh hari-hari sebegini & sesungguhnya kami sentiasa berdoa supaya pesakit kami tidak mengambil risiko. Kami doakan yang baik-baik sahaja untuk semua.

Berusahalah dengan cara yang betul, jangan percaya rawatan bukan-bukan.

Kesihatan anda didalam genggaman sendiri. Jangan serahkan kepada tangan orang lain!

Al-Fatihah.

#JanganKacauPesakitKronik

Rafidah Abdullah
Pakar Perubatan & Buah Pinggang
#MedTweetMY

Subahan Kamal Presiden FAS



Dari kiri, Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim, Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad, Datuk Seri Subahan Kamal dan K Palanisamy sebelum memulakan Kongres Luar Biasa Persatuan Bola Sepak Selangor di Geno Hotel. - Foto Osman Adnan

SHAH ALAM: Datuk Seri Subahan Kamal dipilih sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) badan induk itu hari ini.

Subahan menggantikan presiden terdahulu yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meletak jawatan Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporation, Datuk Seri Shahril Mokhtar dipilih selaku Timbalan Presiden yang sebelum ini disandang Datuk Mokhtar Ahmad.

Sultan Selangor tidak berkenan kenderaan jenazah disalahguna untuk kegunaan lain selain urusan kendalian jenazah



Sultan Selangor tidak berkenan kenderaan jenazah disalahguna untuk kegunaan lain selain urusan kendalian jenazah - Setiausaha Sulit Sultan Selangor

Markas Tentera Udara nafi dakwaan pegawai TUDM didera

KUANTAN - Markas Tentera Udara hari ini menafikan dakwaan berlaku kejadian pengawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didera dan dibelasah di Kuantan yang tular di media sosial hari ini.

"Pihak TUDM telah mengambil maklum perkara ini. Pengurusan tertinggi TUDM tidak sama sekali membenarkan perkara seumpama ini berlaku dan akan melaksanakan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebuah laman sosial telah menyiarkan aduan yang mendakwa pegawai TUDM di sini dibelasah dan didera serta berlaku salah guna kuasa dalam kalangan orang atasan berkaitan orientasi pegawai baharu.

Pengadu berkenaan mendakwa kejadian itu melibatkan pegawai graduan ijazah yang melapor diri ke unit masing-masing mengikut kepakaran dan kejadian itu difahamkan turut berlaku pada waktu makan dan solat.

Pengadu itu turut meletakkan nama dua pegawai yang didakwa tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam melakukan tugasan mereka, serta menambah kejadian itu tidak diketahui oleh komander pangkalan berkenaan. - Bernama

Lindsay Lohan disuruh buka tudung



Lindsay Lohan disuruh buka tudung

Pelakon, Lindsay Lohan disuruh membuka tudungnya di lapangan terbang, baru-baru ini.

ISU perubahan pelakon Hollywood, Lindsay Lohan yang kini kelihatan mendalami Islam kini timbul kembali apabila aktress tersebut menceritakan pengalamannya ditahan di lapangan terbang, lapor ENews!.

Lohan, 30, mendakwa pegawai di lapangan terbang tersebut menahannya hanya kerana satu sebab sahaja iaitu memakai tudung.

“Baru-baru ini saya ke kota New York dan memakai tudung, namun begitu saya telah ditahan di lapangan terbang dan ‘diprofil secara perkauman’, ini merupakan pengalaman pertama saya berhadapan situasi ini.

“Apabila pegawai tersebut membuka pasport dan melihat nama saya, dia kemudiannya meminta maaf tetapi meminta agar menanggalkan tudung saya,” katanya dalam rancangan Good Morning Britain.

Lohan yang juga seorang penyanyi mengatakan pengalaman tersebut menakutkannya dan terfikir bagaimana dengan wanita muslim yang turut dipaksa menanggalkan tudung mereka.

“Pengalaman ini menarik namun menakutkan dan pelik. Saya berasal dari New York namun ia membuatkan saya berasa gentar,” katanya lagi.

Bintang tersebut dipercayai pulang dari Turki di mana beliau sempat bertemu dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Lohan mendakwa tindakannya memakai tudung semasa berada di negara tersebut untuk menghormati masyarakat di sana.

Perubahan bintang tersebut menjadi perbualan orang ramai setelah memegang al-Quran serta meletakkan ayat ‘Alaikum salam’ di laman sosial Instagramnya.

LUHAM NEGERI KELANTAN BERKAIT GATE-CRASHING CERAMAH MEGA PEMUDA

February 22, 2017



KENYATAAN LUHAM NEGERI KELANTAN
BERKAIT GATE-CRASHING CERAMAH MEGA PEMUDA

1. Undang-undang yang mengawal selia program ceramah dan himpunan di Malaysia adalah Akta Himpunan Aman 2012. Seksyen 9 akta menghendaki penganjur memaklumkan kepada pihak polis dalam masa 10 hari sebelum program diadakan.

2. Seksyen 10 akta yang sama menetapkan butiran-butiran yang perlu diberitahu kepada pihak polis. Antara lainnya butiran penganjur, maksud himpunan, tarikh, tempat himpunan termasuklah nama dan alamat penceramah sebagaimana peruntukan 10 (c) akta.

3. Antara tanggungjawab penganjur pada seksyen 6(2)(d) adalah memastikan program tersebut berjalan mengikut sebagaimana pemberitahuan. Kegagalan mematuhinya akan mengakibatkan penganjur program boleh dikenakan tindakan.

4. Justeru itu saya berpendapat bahawa keputusan penganjur tidak membenarkan YB Dato Husam berucap (walau lima minit) adalah tepat sebagaimana peruntukan undang-undang yang difahami. Nama YB Dato Husam tidak termasuk dalam senarai penceramah sebagaimana yang dikehendaki dalam peruntukan 10 (c) Akta.

5. Walaupun peruntukan tidak menghadkan bilangan penceramah; tetapi senarai penceramah wajib diberitahu terlebih dahulu.

6. Pada masa yang sama saya tetap berpegang kepada perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak warganegara untuk bersuara; tetapi hak bersuara itu tetap tertakluk kepada undang-undang lain.

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah
Pengerusi,
Lajnah Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia
Negeri Kelantan.

RUU 355: IKTIBAR DARIPADA IBLIS

February 21, 2017



RUU 355: IKTIBAR DARIPADA IBLIS

Para ulama tafsir meriwayatkan makhluk yang bergelar Iblis pada asalnya sangat dihormati oleh para malaikat yang sangat taat kepada Allah, kerana iblis itu kuat beribadat, berada di dalam syurga, pernah melihat neraka dengan seksaannya dan diberi kelebihan berdialog di hadapan Allah.

Para malaikat hanya melihat sifat zahirnya sahaja tanpa mengetahui sifat buruk yang tersirat di dalam hati iblis, iaitu perangai takabur yang merasa dirinya mengetahui segala-galanya dan dirinya melebihi daripada yang lain. Maka terserlah kebodohan iblis kerana mengangkat diri sendiri yang dimuatkan dalam bakul sendiri.

Sifat buruk ini dizahirkan apabila Allah SWT yang mencipta makhluk manusia bermula dengan Adam A.S. Allah SWT berfirman:

﴿وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ٣٠﴾ [البقرة: 30]

(Dan ingatlah apabila Allah berkata kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak ciptakan makhluk yang menjadi Khalifah di atas muka bumi”. Para malaikat berkata: “Adakah Engkau ciptakan makhluk yang akan melakukan keburukan di atasnya dan menumpahkan darah, pada hal kami ini sentiasa bertasbih, memuji dan memujaMu (wahai Tuhan kami)”. Allah menjawab: “Aku lebih tahu di samping adanya apa-apa yang kamu tidak tahu”). (Surah al-Baqarah: 30)

Manusia yang dijadikan Allah mempunyai ciri-ciri naluri, jasad, roh, sifat kendiri dan bermasyarakat yang menjadikan mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada makhluk yang lain.

Namun kelemahan mereka dibantu dengan hidayah daripada Allah, bukan sahaja hidayah sifat naluri, perasaan dan akal yang berbeza dengan makhluk yang lain. Allah mengurniakan hidayah al-Din (hidayah agama) melalui kitab yang diwahyukan kepada para rasul yang dilantik daripada kalangan manusia. Allah SWT berfirman:

﴿۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا٧٠﴾ [الإسراء: 70]

(Dan sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam (manusia) dan kami tanggungkan mereka berada di darat dan laut, serta kami berikan rezeki kepada mereka daripada segala yang terbaik dan kami berikan kelebihan kepada mereka mengatasi kalangan makhluk yang kami ciptakan dengan kelebihan yang dijadikan keistemewaannya). (Surah al-Isra’: 70)

Allah SWT telah menamatkan syariatNya dengan diwahyukan Al-Quran dan diutuskan Nabi Muhammad S.A.W berkonsepkan penerimaan untuk beriman secara anjal (fleksibel) sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya:

﴿وَٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ هُوَ ٱلۡحَقُّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِعِبَادِهِۦ لَخَبِيرُۢ بَصِيرٞ٣١ ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٞ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡهُم مُّقۡتَصِدٞ وَمِنۡهُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٰتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡكَبِيرُ٣٢﴾ [فاطر: 31-32]

(Dan ajaran yang telah kami wahyukan (Al Quran) kepadamu (wahai Muhammad S.A.W) ialah yang benar, lagi membenarkan kitab lain yang sebelumnya yang ada dihadapanmu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui (berkenaan kamu) lagi Maha Melihat. Kemudian kami warisi kitab yang kami pilih kepada orang-orang yang kami pilih dikalangan hamba-hamba kami (mereka ialah umat Islam). Maka kalangan mereka ada orang-orang yang menzalimi dirinya sendiri (kerana mengerjakan maksiat), ada kalangan yang sederhana (amalannya) dan ada yang sangat maju mengerjakan kebajikan dengan izin Allah. Demikian itulah kelebihan yang sangat besar fadilatnya). (Surah Fatir: 31-32)

Dalam ayat ini, Allah SWT meletakkan konsep beriman kepada kitab-kitab Allah secara umum sama ada golongan yang beramal atau tidak beramal dengan kitab-kitabNya atau golongan yang tenggelam di dalam maksiat, mereka semua telah dijanjikan oleh Allah akan mendapat kelebihan sehingga selepas kematiannya. Namun, mereka yang menolak ajaran kitab-kitab Allah secara ingkar tidak termasuk di dalam orang-orang yang mendapat kelebihan ini.

Iblis yang ingkar kerana sifat takabur yang ada di dalam dirinya tidak mengikut perintah Allah supaya hanya sujud menghormati ciptaan Allah iaitu Adam A.S. (makhluk manusia). Perintah yang lebih mudah daripada RUU 355. Oleh kerana sifat takabur dalam diri iblis itu, dia merasa dirinya melebihi daripada semua orang lain, seolah-olah tahu semuanya sehingga mencabar ilmu Allah. Firman Allah:

﴿وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ٣٤﴾ [البقرة: 34]

(Dan ingatlah apabila Tuhan Mu berkata kepada para malikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”. Lalu mereka semua sujud melainkan iblis. Dia enggan dan takabur, lalu dia termasuk dikalangan mereka yang ingkar). (Surah al-Baqarah: 34)

Allah menyebut pula dalam surah yang lain:

﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ١٢﴾ [الأعراف: 12]

(Allah bekata: “Apakah yang menghalang kamu daripada sujud?”. Dia (iblis) berkata: “Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah “). (Surah al-A’araf: 12)

Iblis telah menggunakan kaedah Qias dan Maqasid Syariatnya sendiri menyebabkan pertimbangan yang salah kerana perbezaan unsur api dan tanah. Adapun para malaikat yang mulia menunjukkan sifat tawaduknya di hadapan Allah:

﴿قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ٣٢﴾ [البقرة: 32]

(Mereka berkata: “Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami! Kami tidak ada ilmu melainkan sekadar yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau sahaja sebenarnya Tuhan kami Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Baqarah: 32)

Perbincangan sifat tawaduk dan takabur dibahaskan dalam lapangan ilmu akhlak yang dinamakan juga ilmu tasawuf. Dalam kitab,إيقاظ الهمم disebut kata-kata Imam Malik R.A.:

من تصوف ولم يتفقه فقد تزندق. ومن تفقه ولم يتصوف فقد تفسق.

(Sesiapa yang bertasawuf sahaja tanpa feqahnya, dia menjadi zandiq dan sesiapa yang berfeqah sahaja tanpa taswufnya dia menjadi fasiq).

Ilmu Islam itu mencakupi tiga bahagian mengikut soalan Malaikat Jibril kepada Rasulullah S.A.W. dihadapan para sahabat R.A. iaitu Islam (rukun syariat), Iman (rukun aqidah) dan Ihsan (rukun sifat mulia daripada hati) terhadap Allah, sifat yang menggerakkan hati dan yang memerintah kepada akhlak mulia kepada akal dan jasad.

Sesiapa yang memisahkan ketiga-tiga perkara ini atau mana-mana yang kecil sahaja sudah cukup akan menjadi pengikut syaitan.

Firman Allah SWT yang menegaskan tentang konsep beriman kepada ajaran Islam secara menyeluruh:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ٢٠٨﴾ [البقرة: 208]

(Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam itu semuanya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata kepada kamu). (Surah al-Baqarah: 208)

Konsep beriman kepada semua ajaran Islam dan bercita-cita menegakkannya wajib berada dalam diri setiap muslim. Walaupun kemampuan adalah ukuran pelaksanaan, namun tidak harus menafikan beriman kepada hukum Islam dalam perkara yang tidak menjadi kemampuannya dari segi pelaksanaan.

Contohnya seseorang yang tidak ada kemampuan untuk menunaikan haji menjadikan haji tidak diwajibkan ke atas dirinya pada masa ini, tetapi haram dia menegaskan hukum haji tidak wajib secara dasarnya.

Begitulah juga ketidakmampuan untuk melaksanakan undang-undang jenayah yang dinaskan di dalam Al Quran kerana tiada kuasa politik, tidak menasakhkan hukum wajib beriman kepadanya, bahkan ianya menjadi kewajipan untuk diperjuangkan, menjadi cita-cita dan keazaman yang diberi pahala walaupun tidak melaksanakannya.

Inilah yang diamalkan oleh Amirul Mukminin Saidina Umar bin Al Khattab R.A. yang tidak menjatuhkan hukuman terhadap orang miskin yang mencuri kerana kedudukan ekonomi di zaman kemelesetan, namun suasana ini tidak boleh menjadi nas untuk membatalkan hukuman terhadap orang kaya yang melakukan kesalahan jenayah mencuri.

RUU 355 adalah permulaan bagi melaksanakan sebahagian daripada syariat Islam yang adil kerana dapat menghapuskan halangannya, walaupun ianya dalam perkara yang tidak ada nas daripada al-Quran dan Hadis. Para ulama Usul Fiqh menetapkan kaedah:

مالا يتم الواجب إلا به فهو واجب

(Apa-apa yang tidak disempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib).

Sebagai contoh di zaman terkini yang menetapkan pasport haji dan visa, maka pasport dan visa menjadi syarat wajib yang berikutnya walaupun tidak disebut dalam nas kitab Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W. Beginilah betapa syariat Allah dapat menjadi hidayah di sepanjang zaman dan semua tempat.

Sistem kehakiman menjadi sebahagian daripada jalan menegakkan keadilan syariat Islam yang mewajibkan pindaan Akta 355 untuk meninggikan kedudukan Mahkamah Syariah yang dipenjarakan oleh penjajah dahulu. Mereka yang menghalangnya adalah menjadi wakil kepada penjajah terhadap umat Islam.

Orang bukan Islam tidak boleh menentang, kerana ini bukan urusan mereka. Adapun penganut Islam yang jahil adalah berdosa kerana tidak belajar. Manakala orang yang tahu tetapi menentang juga, bacalah firman Allah SWT:

﴿وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَالَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ١٧٦ سَآءَ مَثَلًا ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا وَأَنفُسَهُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ١٧٧ مَن يَهۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِيۖ وَمَن يُضۡلِلۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ١٧٨﴾ [الأعراف: 175-178]

(Bacalah kepada mereka (kumpulan ahli kitab) cerita orang yang kami kurniakan kepadanya ilmu berkenaan ayat-ayat kami, tiba-tiba dia melapahkan dirinya daripada kitab itu, lalu syaitan menggoda dibelakangnya (berlagak laksana pengikut), maka jadilah dia dikalangan orang-orang yang sesat. Kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan kedudukannya, tetapi dia mahu kekal di dunia ini, lalu dia mengikut hawa nafsunya. Maka bandingannya seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya sama ada engkau membawa sesuatu kepadanya atau tidak. Begitulah bandingan puak yang mendustakan ayat-ayat Kami. Bacalah kepada mereka cerita-cerita (yang menjadi pengajaran) supaya mereka berfikir. Alangkah buruknya contoh mereka yang mendustakan ayat-ayat kami, sebenarnya mereka menzalimi diri mereka sendiri. Sesiapa yang Allah memberi hidayah kepadanya nescaya dia mendapat petunjuk (ke jalan yang benar) dan sesiapa yang Allah jadikan dia sesat, maka mereka menjadi orang-orang yang rugi). (Surah al-A’araf: 175-178)

Di antara sifat yang tidak layak mendapat hidayah itu adalah takabur. Sifat inilah yang ada pada iblis yang sangat berilmu, mampu menyaksikan kebesaran Allah dan melihat syurga dan neraka. Sifat inilah yang meletakkan diri sendiri sangat bijak, seolah-olah orang lain semuanya bodoh.

Peristiwa memperjuangkan RUU 355 menempa sejarah kerana melibatkan semua kalangan umat Islam, semua wajah yang berada di medan para ulama, ahli politik, NGO, para pengamal undang-undang, ilmuan, para mahasisiwa, media, seniman, pasukan keselamatan, jentera kerajaan dan rakyat di semua lapisan. Maka yang terpisah daripadanya laksana kambing yang terpisah daripada kawanannya yang mudah menjadi mangsa serigala liar yang berkeliaran.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

24 Jamadil Awal 1438H / 21 Februari 2017M

Pak Cik Anggota Amal Yang Hebat!

February 19, 2017



Sepanjang H355 tiada gambar untuk saya sharing di sini (apatah lagi gambar sendiri), melainkan gambar seorang otai dari Perak. Beliau dipanggil Pak Rahim, bekas komando, walaupun usianya sudah lanjut, namun daya juangnya jauh lebih tinggi dari saya.

Nama beliau tidaklah disebut sebut di dada akhbar, apatah lagi gambar beliau yang tidak dikenali melainkan mereka yang terlibat dengan AMAL. Setiap program PAS Perak, sudah pastinya beliau antara yang hadir awal, dan beliau jugalah antara yang lewat pulang.

Benarlah, AMAL bukan dikenali dengan figure figure tertentu sebagai superhero, akan tetapi mereka dikenali sebagai sebuah Avangers yang bergerak dalam sebuah pasukan. Mungkin saya boleh mengajar Kitab kitab Arab, akan tetapi dalam bab Ikhlas saya perlu menuntut dengan mereka.

- Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berangkat menziarahi jenazah bonda Dato' Seri Mohamed Azmin

February 18, 2017



DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berangkat menziarahi jenazah bonda Dato' Seri Mohamed Azmin dan bersolat dipimpin Dato' Setia Mufti Negeri Selangor.

Antara Media Musuh Trump

Sekumpulan Budak Berbasikal Maut Dirempuh Awal Pagi Tadi








AL FATIHAH

Kemalangan maut membabitkan sekumpulan penunggang basikal kanak-kanak berdekatan Lingkaran Dalam Johor Bahru awal pagi tadi.

Takziah kepada ahli keluarga mangsa.

KENYATAAN MEDIA KETUA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BERKENAAN ISU PEMERIKSAAN PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA BERDASARKAN MAKLUMAT AWAM PADA 8 JANUARI 2017

February 17, 2017



KENYATAAN MEDIA

KETUA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
BERKENAAN ISU PEMERIKSAAN PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA BERDASARKAN MAKLUMAT AWAM PADA 8 JANUARI 2017

Sah Mayat Kim Jong Nam

February 16, 2017



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini secara rasminya mengesahkan lelaki Korea Utara yang mati di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada Isnin ialah Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un.

Ahmad Zahid, yang juga timbalan perdana menteri berkata Jong-nam ialah orang yang sama dengan pemilik pasport menggunakan nama Kim Chol.

Pena Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia: Mana Bahaya, UMNO atau DAP?



Pena Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Mana Bahaya, UMNO atau DAP?

Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara PAS dan PPBM. Kenyataan beliau itu adalah ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bahawa jika PPBM meneruskan hubungan dengan DAP, maka hubungan yang cuba diusahakan adalah tamat. Tempoh sebulan adalah tidak perlu.

Ia menjelaskan dua perkara besar. Pertama, PAS serius dengan pendiriannya menolak DAP dan siapa pun yang ada hubungan dengan DAP. Selepas PAN yang juga ditolak kerana pengkhianatannya terhadap PAS, PPBM semakin dekat atau secara tidak rasminya ditolak oleh PAS. Adapun PKR, PAS secara serius mengkaji hubungan dengannya.

Kedua, persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan IKATAN semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan PH. PPBM telah mengukuhkan pendiriannya untuk menjalin hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).

Kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga adalah nyata. Kerana itu, DAP, PAN, PKR dan PPBM terus menerus menembak PAS dengan senjata beratnya bahawa PAS adalah rakan UMNO. Kerana itu juga, UMNO mengurangkan tekanan dan perseteruannya terhadap PAS. Tujuannya sama. Menidakkan PAS sebagai satu kekuatan dan pilihan terbaik bagi menggantikan BN mahupun PH.

Bagi PH, undi PAS adalah undi UMNO. Maka jangan undi PAS. Bagi UMNO, undi UMNO adalah undi PAS. Maka undilah UMNO. Tujuan mereka walaupun berbeza tetapi bertemu di satu titik iaitu kemenangan adalah samada untuk UMNO BN ataupun untuk PH. Hilangkan kemenangan untuk PAS.

Adakah itu sukar buat PAS? Ya, PAS sentiasa sukar perjuangannya. Tetapi kemenangan dan kekuatan PAS hari ini adalah hasil kesabarannya menempuh kesukaran demi kesukaran. PAS sentiasa yakin bahawa motivasi perjuangan Islam adalah 'beriring kesukaran adalah kemudahan'.

UMNO tidak mampu lagi selain berbuat baik kepada PAS. Rekod buruk UMNO terhadap PAS mesti dipadamkan demi survival UMNO. Manakala PH tidak pula mampu memomokkan rekod buruk PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dulu sebagai peluru ampuh buat membedil PAS. Mereka walaupun benci tetapi terpaksa akur jasa PAS dalam PR. Jika mereka menidakkan, peluru itu akan melantun balik kepada mereka sendiri.

Justeru sebaik-baik senjata mereka untuk membunuh PAS adalah menghujahkan perbuatan baik UMNO kepada PAS sebagai bukti bahawa PAS dan UMNO adalah satu. DAP menjaja PAS menyokong UMNO. PPBM menjaja PAS makan dedak UMNO. PKR menjaja PAS menyokong kezaliman. PAN hanya ikut kata. Mabuknya belum habis. Setianya dengan DAP memang lejen. Satu dalam sejarah negara.

PAS menolak untuk tunduk kepada tekanan musuhnya. PAS akan kekal melaungkan ingatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia bahawa penyelesaian terbaik adalah dengan kembali kepada Islam sebagai cara hidup. Ia suara yang tidak akan padam dengan jaminan Allah. PAS setianya dengan Islam adalah lejen. Satu dalam sejarah politik negara.

Walau baik mana sekali pun UMNO terhadap PAS, PAS akan kekal bersendirian melawan UMNO. UMNO adalah musuh tradisi PAS dalam politik. Jika UMNO ikhlas berbuat baik, itu hak dan kewajiban semua untuk berbuat baik. Jika UMNO bersandiwara atau hanya berlakon semasa susahnya kini, lambat laun UMNO pasti akan terjun ke dalam lubang digalinya sendiri. PAS telah siap siaga menolak sebarang sandiwara. PAS telah lama beriman dan mengajar rakyat bahawa dunia ini adalah sandiwara. Yang selamat adalah yang hidup istiqamah dan berwaspada di jalan Allah. Di tikar sejadah ubudiyah mahupun di karpet merah kemewahan.

PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana UMNO membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai. DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti. PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang.

Lebih malang adalah rakan lama dalam perjuangan, IKRAM. Semoga Allah memilih yang terbaik daripada kalangan rakan-rakan dalam IKRAM untuk segera menyedari kesilapan dan memadamkannya. Jangan mabuk politik DAP macam PAN. Mabuk laut tak apa.

Orang bertanya mana bahaya antara UMNO dan DAP? Saya berkata, bahaya UMNO bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya menanti. Hapuskan bahaya dirasai. Hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS

MEMBETULKAN HIDUP UNTUK BETULKAN AKHIRAT



MEMBETULKAN HIDUP UNTUK BETULKAN AKHIRAT

Bila sudah jauh tersasar dari landasan akhirat, pasti kita kena kembali merujuk hidup yang kita jalani seharian. Sudah mengikut kehendak agama atau kita masih menempel menjadi makhluk yang tak tahu arah tuju?

Kita mungkin sudah dewasa, nak membetulkan diri mungkin makan masa. Anak-anak adalah harapan untuk kita perkemaskan kembali jiwa mereka menjadi mujahid agama. Jangan pula kita berlepas diri, sebai-baiknya berserah diri kembali semula mengikut fitrah agama.

Allah sudah memberi jaminan syurga kepada hambanya yang berserah diri dengan harta dan diri. Harta paling berharga bagi seorang suami pastinya anak dan isteri. Jadilah sebagaimana Nabi Ibrahim yang berjaya mendidik isteri dan keturunannya patuh dan taat kepada perintah Allah. Mampu menjadi pembawa risalah kebenaran, membetulkan ummat manusia.

Ambil pelajaran dari kisah nabi Nuh yang tidak dapat bawa bersama anak dan isteri kepada Allah, hanya kerana mereka tidak dapat melepaskan dunia dan tidak mahu membenarkan misi agama yang dibawanya.

Manusia tetap manusia, dari hari pertama penciptaan manusia hingga ke hari ini. Manusia mudah lupa, kerana fitrahnya manusia seorang pelupa.

Tambah pula bila diri dikuasai dengan nafsu yang menghambat akal dari logik agama demi memuaskan cita-cita membolot harga, kuasa dan wanita langsung membuang syariat ke belakang.

Dunia menjadi sembahan, untuk manusia yang buta, pekak dan tuli.

Semoga kita semua kekal di jalan yang lurus mengikut acuan Allah kerana setiap hari dan masa untuk kita jatuh ke dalam lurah neraka jahannam sangatlah mudah.

SHAUQI
Ihdinassirotol mustaqim.

#petunjuk #sembangsubuh #dosapahala #muhasabah

RILEKS, KIM JONG-UN BUKAN GILA

February 15, 2017



RILEKS, KIM JONG-UN BUKAN GILA

Lelaki Korea Utara (DPRK) bernama Kim Jong-nam terbunuh di Malaysia. Jong-nam adalah abang tiri kepada Kim Jong-un, pemimpin tertinggi DPRK. Jadi, ramai yang anggap DPRK akan serang Malaysia, atau hubungan DPRK dan Malaysia akan jadi tegang. Ada yang kata ada konspirasi untuk membabitkan Malaysia dalam perang. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memperlekeh sistem keselamatan Malaysia.

Dari semalam lagi ada sahabat meminta pendapat saya. Saya tidur nyenyak. Sebab tak ada apa yang akan berlaku. Rileks.

1. Adakah Kim Jong-un akan serang Malaysia untuk membalas dendam?

Sebenarnya Jong-nam mati, Jong-un yang paling gembira. Malah kebanyakan media Korea Selatan mendakwa Jong-un lah yang menghantar perisik untuk membunuh Jong-nam. Mengapa Jong-un mahu bunuh abang tirinya? Sebab kuasa.

Ayah mereka, Jong-il lebih sayangkan Jong-nam dan menjadikan Jong-nam sebagai pewaris pemerintahan, pada mula-mulanya. Cuma Jong-nam ini jenis memberontak dan banyak buat hal, dan akhirnya dia kehilangan kedudukan sebagai “putera mahkota”. Selepas Jong-il meninggal dunia pada 2011, Jong-un yang mewarisi ayahnya masih melihat Jong-nam sebagai ancaman. Kerana ikutkan budaya Asia Timur, Jong-nam sebagai anak sulung lebih berhak menjadi pewaris berbanding Jong-un yang merupakan anak bongsu. Jong-nam yang berada di luar DPRK pula suka mengkritik Jong-un secara terbuka.

Berkali-kali percubaan membunuh telah dilakukan ke atas Jong-nam. Jong-nam pernah kelihatan muncul di Malaysia pada tahun 2014. Kemungkinan besar, kejadian semalam adalah dirancang oleh Jong-un untuk menamatkan riwayat Jong-nam.

2. Ada konspirasi untuk membabitkan Malaysia dalam konflik US-China? DPRK proksi China?

Ada yang kata kalau DPRK serang Malaysia, maka US boleh bercampur tangan dan berperang dengan China. Ada pula yang kata, Malaysia rapat dengan China, DPRK proksi China ... bingo!

Tidak, DPRK bukan proksi China, malah mereka paling pantang dilihat sebagai proksi China. Walaupun DPRK sebuah negara komunis, pengasas DPRK iaitu Kim Il-sung (datuk kepada Jong-un) tidak mahu DPRK menjadi hamba kepada Soviet ataupun China. Dia mencantas puak-puak pro-Soviet dan pro-China di bawahnya dan mengisytiharkan “Juche” (berdikari, bebas) sebagai ideologi rasmi DPRK pada tahun 1977. Tapi nak “Juche” macam mana sedangkan Soviet dan China itu kuasa besar, DPRK ini negara kecil? Jawapannya adalah nuklear.

Program pembangunan nuklear DPRK bermula sekitar 1980-an, tujuannya adalah untuk mencegah Soviet atau China dari membulinya. Dalam hubungan antarabangsa, senjata nuklear juga dikenali sebagai “the great equalizer” sebab ia dapat menyamaratakan kedudukan sebuah negara kecil dengan kuasa-kuasa besar yang mempunyai senjata nuklear (US, Soviet/Russia, China dan sewaktunya). Selepas Perang Dingin tamat pada 1991, rejim DPRK berada di ambang keruntuhan kerana satu per satu negara komunis telah digulingkan. Maka Kim Jong-il mula menggunakan senjata nuklear sebagai alat dasar luar untuk memaksa kuasa-kuasa besar menunduk kepada kehendaknya demi menjamin kelangsungan Dinasti Kim. Hebat kan?

Strategi DPRK ini dikenali sebagai “nuclear brinkmanship”. Modus operandinya adalah (1) DPRK membuat ujian peluru berpandu (“missile”) yang mempunyai keupayaan nuklear untuk memaksa (2) US berunding dengan DPRK demi menjamin keselamatan sekutunya iaitu Korea Selatan dan Jepun maka (3) DPRK meminta bantuan kewangan sebagai syarat untuk tidak mengganas. Kalau US mungkir janji atau DPRK rasa kesuntukan sumber, ulang balik langkah No. 1.

“Brinkmanship” yang sama juga dipakai ke atas hubungannya dengan China. Walaupun China kurang berpuas hati dengan DPRK, namun DPRK penting sebagai negara penyangga (“buffer state”) yang boleh menghalang tentera US yang bertapak di Korea Selatan. Jadi, mau tak mau China terpaksa melindungi DPRK dengan membekalkan sumber ekonomi yang diperlukannya (China ialah pembekal bantuan terbesar DPRK).

3-4 tahun kebelakangan ini, China cuba mengubah strategi. Xi Jinping (Presiden China) cuba berbaik-baik dengan Park Geun-hye (Presiden Korea Selatan) untuk memujuknya membatalkan hubungan pakatan Korea Selatan dan US. Kalau US berundur dari Semenanjung Korea, maka DPRK tidak lagi penting. Kalau tak penting tak guna lagi DPRK “blackmail” China. Lalu apa Kim Jong-un buat? Tembak peluru berpandu sebagai amaran.

3-4 hari yang lepas, Shinzo Abe berjumpa dengan Donald Trump untuk mengukuhkan hubungan US-Jepun. Lalu apa Kim Jong-un buat? Tembak lagi sebiji peluru berpandu sebagai amaran. Walaupun DPRK sebuah negara yang miskin dan kedudukannya dikepung oleh 5 negara (China, Russia, Korea Selatan, Jepun, US), ia berjaya mempermainkan negara-negara di sekelilingnya untuk kepentingannya.

Jadi, bom nuklear yang dibuat susah payah oleh DPRK bukan untuk digunakan secara suka-suka tetapi untuk mengukuhkan kepentingan geopolitik DPRK. Kim Jong-un bukan gila. Dia, ayahnya, atuknya semua adalah aktor yang rasional dan bijak dalam memelihara kepentingan Dinasti Kim. Propaganda Hollywood (seperti filem “The Interview”) yang membuat orang ramai anggap DPRK ini gila. Ye lah, kalau ikut piawai Hollywood, Trump gila, Putin gila, Kim Jong-un gila, semua gila. Mereka saja yang betul, mereka saja yang normal.

Jadi sekarang anda faham mengapa saya boleh tidur nyenyak?

Rileks, kematian Kim Jong-nam tidak akan menyebabkan Malaysia diancam nuklear Korea Utara. Ia berpunca daripada pertelingkahan politik dalaman Korea Utara. Jangan pandai-pandai nak membabitkan Malaysia pula.

NOTA: Sebaik saja Korea Selatan mengisytiharkan ia tidak lagi memusuhi negara-negara komunis/sosialis pada 23 Jun 1973, Malaysia (yang telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Korea Selatan) mendirikan hubungan diplomatik dengan Korea Utara pada 30 Jun 1973.

-Ayman Rashdan Wong

Dua Wanita Pembunuh Upahan Abang Tiri Pemimpin Korea Utara



RAKAMAN kamera litar tertutup CCTV turut menunjukkan salah seorang pembunuh di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) yang tersebar meluas.

SEOUL: Dua wanita disyaki pembunuh abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un didakwa ditemui mati, menurut laporan ketua biro ABC News, Joohee Cho, di sini. Wakil Channel News Asia, Michiyo Ishida turut melaporkan mayat kedua-dua yang membunuh Kim Jong Nam itu ditemui dengan memetik laman berita Kyodo News dari Jepun.

Rakaman kamera litar tertutup CCTV turut menunjukkan salah seorang pembunuh di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) yang tersebar meluas. Dia mempunyai rambut panjang sehingga ke bahu dan memakai skirt dengan baju berwarna cerah dengan perkataan 'LOL' di bahagian depan dan sedang membawa satu beg tangan.

Sebelum ini, amalan oleh ejen khas Korea Utara untuk membunuh diri selepas menamatkan misi mereka sudah pernah dilihat beberapa kali. Contohnya adalah Kim Hyun-hee, pengebom pesawat Korea Selatan pada 1987 yang mengikut arahan rejim Korea Utara. Selepas melakukan tugasan yang menyebabkan 115 penumpang maut, Hyun-hee cuba membunuh diri tetapi gagal.

Sementara itu, jurucakap polis Malaysia, Fadzil Ahmat beranggapan Jong Nam mungkin diracun menggunakan sehelai kain. "Mangsa merasakan seseorang memegang muka beliau dari belakang. Beliau kemudian merasa pening," kata pegawai polis itu. "Selepas diserang, beliau meminta bantuan di kaunter KLIA. Kami tidak pasti ia kain atau jarum." - ABC News/Kyodo News

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/248631?m=1

RUU 355 adalah satu usaha untuk melaksanakan perintah al Quran dan Sunah Nabi s.a.w



RUU 355 adalah satu usaha untuk melaksanakan perintah al Quran dan Sunah Nabi s.a.w :

1. Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

-QS 24:2

2. Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

-QS 24:4

3. Hadis Muslim no 3220
(Dua hadis sebelumnya juga membawa maksud yang sama)

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Zuhair bin Harb dan Ali bin Hujr mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Isma'il -yaitu Ibnu Ulayyah- dari Ibnu Abu 'Arubah dari Abdullah Ad Danaj. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim Al Hanzhali sedangkan lafadznya dari dia, telah mengabarkan kepada kami Yahya bin Hammad telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Mukhtar telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Fairuz bekas budak Ibnu 'Amir Ad Dannaj, telah menceritakan kepada kami Hudlain bin Mundzir Abu Sasan dia berkata,

"Aku pernah melihat Al Walid dihadapkan kepada 'Utsman bin Affan, setelah melaksanakan shalat subuh dua rakaat, Utsman lalu berkata, "Apakah aku boleh menambahkan untuk kalian? Ada dua orang laki-laki yang menjadi saksi atas perbuatannya, salah seorang di antaranya adalah Humran, dia menyaksikan sendiri bagaimana dia meminum khamer, sedangkan yang lainnya bersaksi bahwa dia pernah melihat Al Walid sedang muntah-muntah (setelah meminum khamer)." Lalu Utsman berkata, "Dia tidak akan muntah kecuali ia minum khamer." Setelah itu, Utsman berkata kepada Ali, "Wahai Ali, bangun dan deralah Al Walid." Ali pun berkata kepada Hasan, "Wahai Hasan, bangun dan deralah Al Walid." Kemudian Hasan pun berkata, "Sebaiknya kita serahkan saja pelaksanaan hukuman dera ini kepada khalifah Utsman dan para aparatnya." Akhirnya dia berkata kepada Abdullah bin Ja'far, "Wahai Abdullah, bangun dan laksanakanlah hukuman dera kepada Al Walid." Setelah itu Abdullah bin Ja'far menderanya sedangkan Ali yang menghitungnya, ketika deraan telah sampai pada hitungan ke empat puluh, Ali berseru,

"Berhentilah." Lalu dia berkata,

"Dahulu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mendera peminum khamer sebanyak empat puluh kali, Abu Bakar juga pernah melakukan hal yang sama, sementara Umar bin Khattab pernah melaksanakan hukuman dera sebanyak delapan puluh kali. Sebenarnya semua itu adalah sunnah (pernah dilakukan), dan itulah yang lebih aku sukai."

Ali bin Hujr menambahkan dalam riwayatnya, " Isma'il berkata, "Sungguh aku pernah mendengar hadits Ad Dannaj darinya, namun aku tidak begitu menghafalnya."



Kesimpulan:

Menentang RUU355 adalah menentang Allah dan sunah Rasul.

Adalah aneh, tersangat aneh jika ada mufti yang menghalangnya.

Lebih jahat lagi mufti itu pengaruh orang lain pula untuk ikut dia.

Kelas Mengaji Al Quran Dalam Jet Mewah

February 14, 2017



Kelas mengaji Al-Quran yang dikendalikan oleh Johan Qariah Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman pada ketinggian 9,000 meter dalam jet peribadi serba mewah bernilai AS$21 juta (RM93.4 juta).

Walaupun mahal, khabarnya RM2,000 sejam tapi kelas mengaji kendalian beliau mendapat sambutan hangat dari dlm hingga keluar negara, termasuk ke Timur Tengah, Arab Saudi, China mahupun Australia.

Selain kelas mengaji Al-Quran, ada jugak kelas2 keagamaan lain yang disediakan.

Dah dengar dah beliau mengaji, suara hebat giler.

Burger percuma rai kepulangan Mat Tere



MAT TERE (dua dari kiri) bersama sebahagian pengunjung yang membanjiri restoran KB Burger Bakar di Kota Bharu, hari ini. - UTUSAN ONLINE
ZAAIN ZIN

14 Februari 2017 7:13 PM

KOTA BHARU 14 Feb. - Bagi meraikan Mat Tere atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apiz Baharum yang dibebaskan semalam, sebuah restoran, KB Burger Bakar mengagihkan burger percuma kepada orang ramai hari ini.

Pengagihan burger percuma itu berlangsung selama dua jam bermula pukul 6 petang sehingga 8 malam dan berjaya menarik ratusan pengunjung yang berbaris sejak pukul 5.30 petang.

Pemilik KB Burger Bakar, Adni Hazimee Adnan, 27, berkata, selain meraikan kepulangan Mat Tere, pemberian burger percuma merupakan usaha pihaknya menghargai pelanggan setia.

Katanya, hebahan mengenai burger percuma itu dibuat menerusi laman sosial Facebook dan sambutan diterima amat menggalakkan.

"Program pada hari ini sebenarnya dirancang secara spontan dan kami memperuntukkan kira-kira RM13,000 untuk menjayakan program ini.

"Walaupun percuma, kami tetap menjaga kualiti apabila daging lembu dan ayam masih dikekalkan pada saiz sama iaitu 180 gram setiap satu," katanya ketika ditemui di pekarangan restoran itu di sini petang ini. - UTUSAN ONLINE

Tuan Mufti Perlis, Mengapa Terus Terkeliru?



Tuan Mufti Perlis, Mengapa Terus Terkeliru.?

1. Saya meneliti sehingga habis kenyataan terbaru Dr MAZA di FB nya yang bertajuk "Apakah Yang Mengelirukan?".
Walaupun tidak secara terang menyebut nama PAS namun, secara umumnya kita faham artikel itu sememangnya ditujukan khusus kepada PAS.

2. Elok juga kita bantu memahamkan Tuan Mufti yang sedang terkeliru ini agar dirinya tidak berterusan terkeliru dan mengelirukan ummat.
Aneh bukan.? Dalam keadaan ramai Mufti yang menyokong pindaan Akta 355, Mufti Perlis memilih jalan mencipta 1001 alasan dan dalih sehingga kita pun tidak pasti pendirian dirinya samada "setuju atau tidak".?

3. Dalam artikel Dr MAZA itu, beliau menyerang PAS dalam hal;
a) " ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud."
b) "sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik."
c) "mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti."
d) "apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan"
e) "janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini."

4. Buat kesekian kalinya dipertegaskan di sini, PAS tidak pernah beriman kepada fahaman "politik suku, agama suku". PAS tidak menjadikan ideologi sekularisme, liberalisme mahupun sosialisme sebagai dasar perjuangan PAS.

Intipati dan dasar perjuangan PAS ialah ISLAM yang syumul dalam segenap aspek kehidupan.
Semenjak PAS ditubuh pada tahun 1951 sehinggalah sekarang usianya mencecah 66 tahun, PAS tidak mengubah prinsip perjuangannya seperti termaktub dalam Perlembagaan PAS.

FASAL 3: "Dasar PAS ialah ISLAM"
FASAL 5:
Tujuan PAS ialah:
i) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

ii) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

FASAL 6. Usaha-usaha

i) Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

ii) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari‟at serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan

5. PAS merentasi arus perjuangan yang penuh liku dan onak duri. PAS tidak pernah berubah dasar dan hala tujunya.

Yang berubah hanyalah pertukaran kepimpinan dan orientasi pendekatan agar menepati realiti semasa. Ada masa PAS bersendiri, ada masa bergabung dengan parti pembangkang lain dan pernah sekali dalam sejarah, PAS bersama parti UMNO-BN memerintah Malaysia ini.
Dalam banyak keadaan, PAS sentiasa ditekan dan dizalimi oleh parti seteru utamanya iaitu UMNO khususnya pada era pemerintahan Tun Mahathir, tokoh idola sanjungan Dr MAZA.

6. Dr MAZA kata PAS hanya tumpu isu Hudud sahaja.
Beliau berpandangan hukuman seperti potong tangan pencuri, rejam dengan batu penzina, pancung orang yang dituduh murtad belum kondusif untuk dilaksanakan kerana semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas.
Katanya lagi, kita perlu utamakan urustadbir yang baik berbanding pelaksanaan hukum.

Soalannya mudah sahaja;

Adakah pindaan Akta 355 ini undang-undang Hudud.?

Bolehkah Tuan Mufti tunjukkan di mana dalam teks usul yang dibentang oleh YB Marang di Parlimen yang mengatakan kita hendak laksanakan hukuman potong tangan, rejam dan pancung itu.?
Sememangnya tidak ada pun. Jadi, mengapa Dr MAZA mahu kelirukan orang lain.?

7. Dr MAZA menuduh PAS mempolitikkan agama dan menjadikan akidah ummat sebagai taruhan. Lalu diungkit kembali isu "Amanat Haji Hadi".
Dulu UMNO sering guna modal ini untuk serang PAS.
Tak sangka pula modal lapuk ini digunapakai oleh Tuan Mufti pula.
Tidak dinafikan dalam mana-mana kumpulan akan ada yang ekstrem dan melampau.
Yang salahnya, perjuangan itu atau yang melampau itu.?
Contohnya, kumpulan ISIS yang mendakwa mereka pejuang Islam.
Mereka kelompok pelampau yang menyimpang dan bertindak bercanggah dengan Islam. Yang salah adalah mereka yang melampau, Islam tidak wajar dipersalahkan sepertimana yang sering Donald Trump jadikan alasan untuk serang Islam.

8. Dalam PAS, tidak kurangnya alim ulamak yang faham mengenai Fiqh al-Ikhtilaf (Fikah perbezaan), Fiqh al-Muwazanat (Fikah keseimbangan), Fiqh al-Nusus (Fikah nas-nas syarak), Fiqh al-Awlawiyat (Fikah keutamaan), Fiqh al-Waqi’ (Fikah realiti semasa) dan Fiqh al-Taghir (Fikah perubahan).
Para Ulamak ini walaupun tidak bergelar Mufti dan bertitle PhD, merekalah yang memandu perjalanan PAS agar tidak tergelincir daripada landasan syarak.

PAS bukan sahaja berteori tetapi mempraktikkan konsep "tadarruj" iaitu berperingkat dalam pelaksanaan.
Dr MAZA bercakap seolah seandainya PAS menang hari ini, esok terus Hudud dilaksanakan seluruh Malaysia. Habis ramai yang akan dipotong tangan, direjam dan dipancung...!!!
Mengapa Dr MAZA bercakap seperti suara kelompok liberal yang begitu suka menjadikan "hudud" sebagai alat menakutkan orang ramai kepada Islam.?

9. PAS berusaha untuk meminda Akta 355 ini kerana ia adalah kunci utama bagi mengangkat martabat Mahkamah Syariah di seluruh negara ini.

Adakah usaha untuk memberikan kuasa kepada Hakim Mahkamah Syariah agar lebih tinggi daripada Majistret (mahkamah terendah dalam sistem Mahkamah Sivil) ini memerlukan kondusif suasana terlebih dahulu.?
Kali terakhir Akta 355 ini dipinda ialah pada tahun 1984 iaitu 33 tahun yang lalu.
Adakah kita kena tunggu cukup 100 tahun baru boleh mencapai tahap kondusif idaman Dr MAZA baru boleh dipinda undang-undang ini.?

10. PAS tetap berusaha memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam di tanah air ini walau dikeji, diperli dan difitnah macam-macam daripada segenap penjuru.
Samada Dr MAZA mahu menyokong atau tidak, PAS tetap terus bergerak ke depan.
Kita berharap agar Dr MAZA dan yang seangkatan dengannya tidak sekadar menjadi pengkritik tegar di tepian gelanggang, hanya tahu mempertikai dan memperlekeh usaha orang lain.
Kita juga mahu bertanya, "kalau dah semua yang PAS buat tak betul daripada kacamata Tuan Mufti, maka apa pula usaha Tuan Mufti dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah.?"

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
14 Februari 2017

TMJ Titah Bebaskan Mat Terey

February 12, 2017



Alhamdulillah kes selesai. TMJ bertitah bebaskan Mat Tere yang menjadi mangsa keadaan. Mat Tere ni insan istimewa, patut tangkap org yang rekod video tu.

Sumber : Johor Southern Tigers

FAP kecewa dengan tindakan ganas segelintir individu yang memburukkan negeri



KENYATAAN MEDIA

FAP kecewa dengan tindakan ganas segelintir individu yang memburukkan negeri

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) terkejut dan kecewa dengan tindakan ganas segelintir individu yang telah merosakkan kemudahan-kemudahan di dalam Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan malam tadi berikutan persaingan Liga Super Pulau Pinang melawan Sarawak. Malah, ada yang membakar api suar walaupun mereka sedar bahawa tindakan itu adalah satu kesalahan besar dalam mana-mana perlawanan bolasepak di Malaysia.

Pihak FAP akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian ini tidak berulang. Pada masa yang sama, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas, khususnya pihak polis, yang berjaya mengawal keadaan.

Kami sedar peminat bolasepak Pulau Pinang yang sebenar adalah mereka yang benar-benar sayang kepada pasukan mereka walau apa pun terjadi. Mereka tidak akan bertindak ganas atau melakukan perbuatan yang akan memudaratkan orang awam.

Kepada para peminat Pulau Pinang yang setia, jutaan terima kasih kami ucapkan, dan semoga terus memberi sokongan dalam usaha FAP meningkatkan tahap pasukan negeri.

Kepada segelintir golongan yang mahu memburukkan nama negeri sendiri, pihak FAP dengan kerjasama pihak berkuasa keselamatan tidak akan membiarkan perbuatan ganas beberapa individu merosakkan nama baik Pulau Pinang.

Demi rakyat dan negeri, pasukan bolasepak Pulau Pinang akan terus berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik.

Zairil Khir Johari

PRESIDEN FA PENANG

George Town
12 Februari 2017

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.