Perundangan Syariah Tiada Tempat Dalam Manifesto Pakatan Harapan

Perundangan Syariah Tiada Tempat Dalam Manifesto Pakatan Harapan

Seperti yang dijangka, barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang diketuai DAP secara terang-terangan menolak sebarang usaha memperkasakan perundangan syariah yang menjadi kebanggaan masyarakat melayu Islam di Malaysia.

Malaysia jelas satu-satunya negara yang mempunyai dua sistem undang-undang yang unik iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah.

Namun, usaha untuk memartabatkan dan memperbaiki kelompongan undang-undang syariah ini dipandang sepi oleh Pakatan Harapan.

Ia dapat di lihat menerusi manifesto Pakatan Harapan yang TIADA satu pun perkataan “perundangan Syariah” tercatat dalam manifesto mereka.

Yang ada hanyalah janji mahu menyemak elaun dan gaji hakim2 termasuklah di mahkamah syariah.

Ianya dilihat hanya sekadar gula2 yang diharapkan dapat membisukan hakim2 syarie dan kakitangan mahkamah syariah.

Apa yang dikehendaki adalah meningkatkan bidangkuasa mahkamah syariah yang tidak di semak sejak 30 tahun lepas.

Perkara tersebut tidaklah menghairankan kerana Pakatan Harapan ditunjangi oleh puak-puak liberal dan sekular yang sememangnya mahu semua perkara yang bersangkutan dengan agama Islam dihapuskan.

Klimaks penentangan ini dapat dilihat dengan jelas apabila Ahli Parlimen Marang membentangkan usul pindaan Akta 355 melalui usul persendirian.

Ketika itu, kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan khususnya yang bukan beragama Islam menentang cadangan pindaan tersebut yang kononnya adalah pintu belakang bagi pelaksanaan hukuman hudud oleh PAS.

Tidak cukup dengan itu, Ahli Parlimen Bukan Islam mereka secara jelas memperlekehkan amalan penganut Islam yang selama ini bebas di amalkan di Malaysia.

Antara usaha mereka yang dapat dilihat dengan jelas adalah menghapuskan tulisan jawi di papan tanda jalan, menghalang laungan azan melalui pembesar suara, melarang penggunaan pembesar suara ketika ceramah agama, mahu kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam, mempromosikan pesta arak dan banyak lagi.

Barisan kepimpinan mereka seperti Rafizi Ramli, Charles Santiago dan Khalid Samad turut konsisten menyerang institusi Islam seperti Tabung Haji, Jakim, Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.

Setiap isu yang bersangkutan dengan agensi Islam akan diberikan liputan media secara besar-besaran oleh media online milik mereka seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today dan The Malay Mail Online.

Liputan ini jelas bertujuan mahu memburukkan imej institusi Islam dan akhirnya dapat mempengaruhi masyarakat Malaysia termasuk orang Islam.

Justeru, masyarakat Islam Malaysia seharusnya bijak memilih pemimpin yang mampu mempertahankan kedaulatan negara, agama dan bangsa serta menolak barisan kepimpinan yang bencikan sebarang usaha memartabat agama Islam di negara ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=356897501476377&id=283966468769481

No comments

Powered by Blogger.