KENAPA LEBAI TAK JAWAB KEJIAN DAN CACIAN?

KENAPA LEBAI TAK JAWAB KEJIAN DAN CACIAN?

Baru ku sedar kenapa Ulamak tidak pernah menjawab kejian dan cacian dari mereka yang jahil.

Kisah yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Ibnu 'Ajlan rhm. meriwayatkan daripada Sa'id al-Maqburi rhm, daripada Abu Hurairah r.a :

أَنَّ رَجُلًا سَبَّ أَبَا بَكْرٍ عِنْدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، وَالنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم جَالِسٌ لَا يَقُولُ شَيْئًا. فَلَمَّا سَكَتَ، ذَهَبَ أَبُو بَكْرٍ يَتَكَلَّمُ. فَقَامَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم، وَاتَّبَعَهُ أَبُو بَكْرٍ. فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ! كَانَ يَسُبُّنِيْ، وَاَنْت جَا لِسٌ. فَلَمَّا ذَهَبـْتُ أَتَكَلَّمُ، قُمْتَ. قَالَ : إَنَّ الْمَلَكَ كَانَ يَرُدُّ عَنْكَ. فَلَمَّا تَكَلَّمْتَ، ذَهَبَ الْمَلَكُ، وَوَقَعَ الشَّيْطَانُ، وَكَرِهْتُ أَنْ أَجْلِسَ.

Maksudnya: "Sesungguhnya seorang lelaki telah memaki Abu Bakar r.a di sisi Nabi SAW, sedangkan Nabi SAW duduk tanpa berkata apa-apa. Tatkala lelaki itu diam (dan habis memaki), Abu Bakar r.a pula pergi bercakap ( membalas makian tersebut). Lalu Rasulullah SAW bangun (beredar dari tempat itu), dan dikejar oleh Abu Bakar r.a seraya berkata: "Wahai Rasulullah! Dia telah memaki saya, sedangkan Tuan duduk (dan diam sahaja). Tetapi ketika saya pergi bercakap, Tuan bangun (dan beredar)." Baginda pun bersabda: "Sesungguhnya malaikat telah mempertahankan kamu (ketika kamu diam). Tatkala kamu bercakap, malaikat itu pun pergi dan syaitan datang. Jadi, aku tidak suka duduk (di tempat yang didatangi syaitan).
~Riwayat oleh Al-Baihaqi~

Beginilah tarbiyah Rasulullah SAW kepada para sahabatnya dan kita semua bagi mengajar erti kesabaran yang sangat tinggi pada saat yang sangat mencabar. Dengan bersabar, pasti Allah akan datangkan bantuan dan pertolonganNya samada disedari ataupun tidak.َ

Kredit: Al-Amin Haji Salleh

No comments

Powered by Blogger.