berita melucukan....

Dari Malaysia Kini

Beberapa pihak yang rapat dengan Umno berkata, berdasarkan kepada apa yang berlaku di majlis penerangan bersama Presiden Umno yang dihadiri jentera penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibunegara semalam, ia lebih merupakan kempen yang diatur untuk menyelamatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai presiden Umno dan Najib selaku timbalannya.

Menurut pihak-pihak tersebut, kira-kira 1,000 orang ketua penerangan Umno bahagian serta anggota kemas tidak diberi peluang untuk bertanya sebarang soalan selepas Abdullah menyampaikan ucapan kira-kira jam menerangkan sebab-sebab Umno dan BN kalah teruk dalam pilihanraya tersebut.

"Beberapa mikrofon disediakan di beberapa tempat untuk membolehkan para hadirin bertanya soalan, tetapi ianya tidak menjadi kenyataan," kata salah seorang pemimpin yang hadir di majlis semalam.

Menurutnya, sebaik sahaja Abdullah selesai menyampaikan ucapan, ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, meminta supaya sesi soal-jawab tidak diadakan atas alasan penjelasan presiden Umno sudah cukup jelas.

"Tan Sri Muhd Taib bertanya kepada hadiran siapa yang bersetuju sesi soal-jawab tidak diadakan, ramai yang jawab setuju.

"Kemudian beliau bertanya siapa yang tidak setuju ia dibatalkan, ramai yang jawab tidak setuju.

"Tapi beliau berkata, yang berkata bersetuju ramai dan beliau menamatkan majlis tersebut dan Datuk Seri Abdullah berjalan keluar untuk menghadiri sidang akhbar di bilik sebelah," katanya.

Beliau berkata, tindakan itu pasti menimbulkan persoalan sama ada beliau tidah mahu para hadirin bertanya soalan yang mungkin dianggap mempersoalkan kepimpinan Abdullah.

Oleh itu, katanya, adalah tidak tepat apabila Muhd Taib memberitahu pemberita bahawa para hadirin yang tidak mahu majlis soal-jawab itu diadakan.

Pulihkan keyakinan

Seorang pemimpin bahagian lagi berkata, Najib juga dilaporkan oleh pihak akhbar hari ini sebagai berkata, amanat presiden semalam akan menjadi penaung kepada proses perubahan bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada Umno.

"Kalau intipati ucapan perdana menteri semalam dijadikan asas, ia dilihat lebih menjurus kepada usaha memulihkan keyakinan ahli-ahli parti kepada Abdullah.

"Apatah lagi, mesyuarat perwakilan peringkat cawangan akan diadakan pada 17 Julai hingga 24 Ogos dan peringkat bahagian pula pada 9 Ogos hingga 9 November depan.

"Jelas sekali, sekarang ada masa yang paling baik untuk mereka menganjurkan majlis penerangan tersebut sebelum cawangan dan bahagian Umno bermesyuarat," katanya.

Di samping itu, katanya, kenyataan Muhyiddin bahawa jawatankuasa itu akan turun ke negeri-negeri yang tidak dikuasai BN, jelas menunjukkan ia satu usaha untuk menyelamatkan Abdullah dan Najib dan untuk meredakan kemarahan ahli-ahli Umno di sana.

Menurutnya, ramai pihak dalam Umno yang sependapat bahawa tindakan Umno pusat menukar senarai calon pilihanraya yang dicadangkan oleh badan-badan perhubungan Umno negeri menjadi salah satu punca berlaku sabotaj di 14 kerusi parlimen dan 22 kerusi negeri yang dinyatakan oleh Abdullah semalam.

No comments

Powered by Blogger.