adakah pak lah hanya tau baca sahaja?


SIAP SEDIA: Abdullah dibantu Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (kanan), memasukkan laporan Bajet 2009 ke dalam beg di Kementerian Kewangan, di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha (dua dari kiri).

Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan

KUALA LUMPUR: Bajet 2009 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, dijangka menggariskan inisiatif bagi merangsang ekonomi domestik ketika negara berdepan kelembapan ekonomi global serta membantu rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mengharungi kenaikan harga barangan.

Justeru, bajet yang akan diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu dijangka terus bersifat bajet pengembangan dengan kerajaan menambah peruntukan perbelanjaan awam serta memperkenalkan beberapa langkah bagi meningkatkan pendapatan boleh belanja rakyat dan merangsang pelaburan swasta. Sebagai bajet ketiga selepas pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan dan Pelan Induk Perindustrian Ketiga, Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan langkah dan inisiatif bagi mengukuhkan lagi usaha mencapai sasaran yang digariskan dalam kedua-dua pelan induk itu dan teras Misi Nasional.

Dalam usaha menambah pendapatan boleh belanja rakyat, kerajaan dijangka menurunkan kadar cukai pendapatan individu dan memberi pilihan kepada pekerja mengurangkan kadar caruman wajib dalam Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP).

Seorang ahli ekonomi di sebuah firma penyelidikan, berkata kerajaan mungkin menurunkan kadar cukai pendapatan individu sebanyak satu peratus setiap tahun kepada 27 peratus tahun depan dan 26 peratus pada 2010 serta menurunkan had minimum pendapatan yang dikenakan cukai bagi manfaat golongan berpendapatan sederhana.

No comments

Powered by Blogger.