DI HARAP LAMAN LUCAH JUGA DI TUTUP....KUASA ADA

KUALA LUMPUR: Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan 19 penyedia perkhidmatan internet tempatan menyekat penyiaran laman web Malaysian Today tidak menyalahi undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar, berkata kerajaan bukan berniat untuk menghalang kebebasan rakyat mendapatkan maklumat atau mengemukakan pendapat mereka.

"Itu adalah kuasa SKMM. Sudah banyak peluang serta amaran diberi terhadap laman web berkenaan yang sepatutnya tidak perlu dilakukan SKMM.

"Ini kerana laman web berkenaan menyiarkan kandungan yang mempunyai unsur tidak benar serta bersifat memfitnah terhadap individu lain.

"Pada saya, tindakan SKMM itu di bawah bidang kuasa mereka dan ia mematuhi undang-undang negara ini," katanya kepada pemberita, di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar semalam mengenai pengesahan SKMM yang mengarahkan beberapa penyedia perkhidmatan Internet tempatan untuk menyekat laman web Malaysian Today.

Syed Hamid berkata, semua pengendali laman web serta blog negara ini tertakluk kepada undang-undang negara dan setiap tindakan mereka akan dipantau.

"Kita tidak mahu tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pengendali laman web ini mendedahkan negara kepada suasana kacau-bilau dan tidak tenteram," katanya.

TOLONG-TOLONG TENGOK JUGAK LAMAN WEB YANG LUCAH DAN BOLEH PESONG AKIDAH.....PAKAT-PAKAT PESAN LA KAT ORANG TU

No comments

Powered by Blogger.