DNA: Anwar ketuai MP Pakatan keluar dewan

Semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan sebagai membantah keengganan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji "kecacatan" dalam rang undang-undang DNA.

Mereka yang diketuai oleh ketua pembangkang yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar dewan selepas bertegang leher dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, selama 30 minit.

Menteri berkenaan berkeras bahawa jawatankuasa pilihan itu tidak perlu ditubuhkan untuk mengkaji rang undang-undang tersebut, yang didakwa oleh ahli parlimen pembangkang mengandungi kecacatan dan bermotifkan politik.

pakatan mp walkout dna bill 280808 01Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang tempat duduknya, terletak bertentangan dengan tempat duduk Anwar, hadir di dalam dewan sewaktu pertengkaran itu berlaku.

Syed Hamid dikritik hebat oleh ahli parlimen Pakatan, termasuk oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Menteri itu menjawab, susah untuk mengendalikan Mahfuz kerana ahli parlimen PAS itu 'duduk atas pokok' - merujuk kepada nama kerusi parlimen yang diwakili Mahfuz.

Manakala Azmin Ali (PKR-Gombak) pula memberi 'kata-dua' kepada Syed Hamid.

Menurut Azmin, perkara itu mudah untuk diselesaikan kerana pihaknya hanya mahu Syed Hamid berkata 'iya' atau 'tidak' berhubung penubuhan jawatankuasa pilihan itu.

Katanya, beliau juga sedih kerana perdana menteri hanya duduk berdiam diri melihat tindak tanduk menterinya itu.

pakatan mp walkout dna bill 280808 02Ketika itu, Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaffar mencelah bahawa beliau akan meneruskan prosiding untuk mendapatkan kelulusan bagi bacaan kedua rang undang-undang tersebut.

Di peringkat itulah, Anwar dan semua ahli Parlimen Pakatan bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.

Bacaan kali ketiga rang undang-undang tersebut, yang akan membolehkannya menjadi undang-undang, akan hanya dibaca Disember depan apabila dewan bersidang semula selepas bulan puasa Ramadhan serta untuk membahaskan bajet 2009.http://www.malaysiakini.com/news/88785

lawan botak tu!!

No comments

Powered by Blogger.