Eksklusif: Anwar Menang Majoriti Di Permatang Pauh !!

Sesungguhnya berita paling gembira dalam sejarah negara kini terbukti. Setelah terpaksa menghadapi berbagai cemuhan, fitnah, dugaan dan pengorbanan akhirnya terbukti rakyat mahu Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen. Keputusan tidak rasmi bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh kini sah milik Anwar. Kemenangan besar Anwar dengan mendapat 31,579 undi mengalahkan calon BN Amir Shah yang hanya mendapat 15,045 undi jelas sekali membuktikan bahawa rakyat sememangnya mahukan perubahan. Majoriti yang meningkat sehingga mencecah 3,000 undi itu dilihat jelas sekali membuktikan Anwar sememangnya sedang berada di kemuncaknya. Jalan semakin hampir dan laluan semakin terbuka luas kini untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Apapun tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pengundi Permatang Pauh yang berani membhuat keputusan yang sungguh membanggakan ini.
Keputusan ini sememangnya telah dijangkakan sejak hari penamaan calon lagi. Rakyat sudah muak dan jelek dengan segala tohmahan serta fitnah jahat yang dibuat kepada mantan TPM itu. Seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dan teruja dengan keputusan ini. Benarlah telahan semua pihak bahawa sememangnya Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar. Maka terbuktilah kini, yang BN dan UMNO sudah ditolak rakyat Permatang Pauh. Biar pun mereka "menyuap" rakyat dengan berbagai kemewahan dan pembangunan, namun rakyat lebih bijak dalam membuat keputusan. Anwar dipilih biarpun serangan diberika terhadapnya oleh seluruh jentera kerajaan terutamanya media arus perdana. Namun, segalanya bagai ditakdirkan kemenangan jua tercipta akhirnya. Sesungguhnya kemenangan Anwar jelas sekali bakal membuatkan ramai pemimpin UMNO dan kerajaan tidak dapat tidur lena. Baru mereka tahu bahawa suara rakyat adalah suara keramat, dan rakyat adalah hakim negara.
N12 - DUN PENANTI

PKR

BN

AKIM

MAJORITI

8,064

4,229

27

3,834

N10- DUN SEBERANG JAYA

PKR

BN

AKIM

MAJORITI

11,084

6,435

36

4,684

N11- DUN PERMATANG PASIR

PKR

BN

AKIM

MAJORITI

12,034

4,391

26

7,643

KEPUTUSAN KESELURUHAN

PKR

BN

AKIM

MAJORITI

31,579

15,045

89

16,534

Posted at 07:29 pm by Cucu Mat Kilau
Klik Sini Untuk Komen Artikel

No comments

Powered by Blogger.