jangan gelak apabila baca berita di bawah.


PERHATIAN: Najib membelek al-Quran sambil diperhatikan Ahmad Zahid selepas melancarkan Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam.

Kerajaan pastikan urusan syariah terpelihara, jadi contoh

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memastikan semua sistem urus tadbir agama termasuk yang berkaitan pengurusan harta zakat, wakaf dan haji sentiasa berada dalam keadaan teratur, disegani dan boleh dicontohi negara lain.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan tidak mahu mengurus tadbir agama dengan hanya menekankan aspek retorik kerana tindakan sedemikian tidak mampu menyumbang kepada mutu kerja yang berkesan. “Kita tidak mahu urus tadbir agama dan harta awam dibuat secara ala kadar, tanpa melihat perubahan persekitaran yang lebih berdaya saing.

“Barulah nanti, kelangsungan harta yang disumbangkan dalam bentuk zakat, wakaf atau sedekah dapat dikendalikan dengan telus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan peringkat kebangsaan 1429 Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, semalam. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.

Program anjuran Dewan Amal Islam Hadhari (Damai) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu bertujuan menyemarakkan budaya wakaf di samping meninggikan syiar Islam.

Usaha mewakafkan al-Quran untuk kegunaan penduduk Islam membolehkan mereka menghayati ajaran kitab suci dan sumbangan Malaysia terhadap pembangunan ummah seluruh dunia.

Najib berkata, rakyat perlu sedar dan memahami tidak semua umat Islam dapat hidup selesa seperti umat Islam di negara ini. “Di satu sudut, masyarakat Islam di negara kita bertuah kerana kerajaan menjaga kebajikan orang Islam menurut apa yang sudah digariskan agama.

“Di sudut lain masyarakat Muslim minoriti di negara yang ditadbir pemerintah bukan Islam, sebahagian daripada mereka hidup dalam keadaan daif kerana kemudahan pendidikan dan keagamaan begitu kurang,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, masyarakat minoriti Islam di negara lain perlu dibantu dengan pelbagai cara antaranya membekalkan kitab al-Quran kepada mereka.

Sementara itu, umat Islam yang ingin menderma bagi program Wakaf al-Quran boleh mengirim SMS dengan menaip wakaf 1, wakaf 2 sehingga wakaf 10 ke 32776 atau menghubungi 03-55119001/2/3 atau melayari laman web www.restu-art.com.

hangpa gelak jugak no???? gelak la haha

No comments

Powered by Blogger.