MT Umno teliti keputusan di Permatang Pauh esok

KUALA LUMPUR: Majlis tertinggi Umno akan bermesyuarat esok bagi membincangkan beberapa perkembangan baru, termasuk menilai keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam yang dimenangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat.

Ketua penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata mesyuarat berkenaan bagaimanapun bukan khusus untuk membincangkan isu itu, sebaliknya hanyalah mesyuarat bulanan biasa yang turut akan menilai perjalanan mesyuarat hampir 200,000 cawangan parti seluruh negara yang tempohnya hujung minggu lalu.

Selain itu, katanya, mesyuarat MT itu juga akan meneliti pelbagai isu dalaman parti.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas isu-isu dalam yang dimaksudkan, sebaliknya berkata: "Bukan semua perkara melibatkan Umno perlu dihebahkan kepada orang ramai."

Katanya, MT juga mungkin akan membincangkan beberapa arahan baru yang mungkin akan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan perjalanan mesyuarat-mesyuarat bahagian yang tempohnya akan bermula kira-kira seminggu selepas hari raya nanti.

Mengenai keputusan Permatang Pauh, Muhamamd percaya faktor utama menyumbang kepada peningkatan majoriti yang diperolehi Anwar berbanding isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada pilihan raya umum yang lepas ialah hakikat bahawa beliau adalah anak tempatan kawasan itu.

Anwar memperoleh 31,195 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi dengan majoriti 15,671. Seorang lagi calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Hanafi Mamat, hilang wang deposit selepas memperoleh hanya 92 undi.

Pada pilihan raya umum lalu, Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,888. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi, manakala Pirdaus mendapat 16,950 undi.

Umno bersama rakan-rakan parti komponen BN yang lain, kata Muhammad, telah pun berusaha sebaik mungkin untuk meyakinkan pengundi di kawasan itu supaya memilih BN, tetapi mereka telah pun menunjukkan kehendak mereka melalui peti undi dengan memilih calon PKR itu.mstar

bubar je bn...masuk pakatan..apa macam???

No comments

Powered by Blogger.