Penulis blog: Kami bertanggungjawab

Penulis-penulis blog politik umumnya bertanggungjawab terhadap tulisan yang disiarkan di internet, termasuk mendedahkan identiti dan mengakui kesilapan.

"Macam saya letak logo anjing, saya mengakui saya buat kesalahan bodoh. Tetapi tulisan yang lain saya pertahankan," kata Abu Bakar Mohd Rashid, pemilik blog Penarik Beca.

Pada 6 Ogos lalu, beliau disiasat selama dua hari berhubung pemaparan imej kepala anjing di lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu artikelnya bulan lepas.

Abu Bakar, seorang wartawan sambilan yang dekat dengan PAS, mengulas ura-ura terbaru kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan penulis blog susulan kegagalan BN menjawab tuduhan-tuduhan di internet sehingga dipercayai menjadi salah satu punca ketewasan teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Rumusan langkah terbaru ini dilaporkan dicapai dalam satu pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan minggu lalu.

Tanpa tindakan tegas terhadap penulis blog, kerajaan BN kesan tuduhan-tuduhan di Internet boleh menjejaskan dengan teruk parti dalam pilihanraya umum akan datang, lapor akhbar web Malaysian Insider.

No comments

Powered by Blogger.