Rakyat tolak politik kaum, fitnah - Husam

PERMATANG PAUH, 27 Ogos (Hrkh) - Keputusan pilihan raya semalam membuktikan bahawa rakyat menolak politik perkauman, fitnah dan pemanipulasian jentera kerajaan.

Menurut Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa,keputusan pilihan raya ini membuktikan bahawa rakyat menolak politik perkauman, fitnah memusnahkan peribadi individu selain memanipulasikan jentera kerajaan termasuk media untuk kepentingan politik mereka.

Image"PAS bangga dengan pencapaian ini menunjukkan rakyat mahukan reformasi dan kemerdekaan daripada segala bentuk ancaman dan politik sempit dan kotor.

"Ia juga merupakan suatu signal bersifat fundamental ke arah kesatuan serta menolak poltik tidak bermoral serta perkauman yang sudah tidak relevan bagi mengorak langkah ke hadapan," tegasnya semasa sidang media selepas kemenangan Anwar semalam.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan penghargaan pengundi yang bijak membuat keputusan bagi memberikan isyarat jelas kepada BN.

"Mereka telah memberi pengajaran kepada Najib dan BN akan hakikat sebenar sekarang ini," ujarnya.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam,Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi dan calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi

No comments

Powered by Blogger.