Inilah bakal barisan kabinet Obama-Malaysiakini



Barack Obama dijangka mengumumkan barisan Kabinet beliau bagi memulakan usaha menangani krisis ekonomi serta isu-isu lain termasuk perang di Iraq dan Afghanistan. Berikut adalah calon-calon yang mungkin dipilih:

SETIAUSAHA PERTAHANAN

- Robert Gates: Setiausaha Pertahanan sekarang. Pernah bertugas sebagai Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) dari tahun 1991 hingga 1993.

- Richard Danzig: Salah seorang penasihat rapat Obama. Pernah berkhidmat sebagai setiausaha Tentera Laut di bawah Presiden Bill Clinton.

SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

- Lawrence Summers: Pernah memegang jawatan tersebut di bawah pentadbiran Clinton. Bekas Presiden Universiti Harvard dan merupakan penasihat tertinggi Obama.

- Timothy Geithner: Presiden Bank Rizab Persekutuan New York. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Rendah Perbendaharaan untuk hubungan luar di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton.

SETIAUSAHA NEGARA

- John Kerri: Senator dari Masschussetts pernah menjadi calon Presiden mewakili Parti Demokrat pada pilihan raya Presiden 2004.

- Sam Nunn: Bekas Senator dari Georgia yang kini mempengerusikan Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat.

- Chuck Hagel: Senator dari Nebraska yang terkenal sebagai bermulut celupar dalam Jawatankuasa Hubungan Luar, adalah antara anggota Republikan yang lantang mengutuk pencerobohan Iraq.

PENGARAH PEJABAT PENGURUSAN DAN BELANJAWAN

- Peter Orszag: Mengetuai Pejabat Belanjawan Kongres sejak Januari 2007 dan pernah menjadi penasihat ekonomi kepada Presiden Bill Clinton.

WAKIL PERDAGANGAN AS

- Dan Tarullo: Seorang profesor di Fakulti Undang-Undang di Universiti Georgetown. Pakar perdagangan dan ekonomi antarabangsa. Pernah menjadi pembantu kanan White House kepada Clinton.

PEGUAM NEGARA

- Eric Holder: Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Peguam Negara di bawah Clinton. Penasihat kanan undang-undang dalam kempen Obama.

- Janet Napolitano: Gabenor Arizona, dipilih buat kali pertama memegang jawatan itu pada tahun 2002 dan sekali lagi pada 2006.

SETIAUSAHA PERTANIAN

- Tom Vilsack: Bekas Gabenor Iowa yang merupakan negeri pertanian yang diperjuang Obama. Pada tahun 2006, beliau menjadi anggota Parti Demokrat pertama mengumumkan pencalonan merebut jawatan Presiden sebelum menarik diri dan menyokong Hillary Clinton.

- Kathleen Sebelius: Gabenor Kansas, dipilih semula untuk memegang jawatan tersebut untuk penggal kedua pada 2006 dan pernah dianggap sebagai calon Naib Presiden.

- Charles Stenholm: Bekas anggota Kongres daripada Parti Demokrat di Texas, merupakan seorang pengeluar kapas sebelum bertanding ke Kongres

No comments

Powered by Blogger.