Mengapa 'Mufti' ini di benci ? - malaysiakini


Seperti yang dilaporkan, Dato Harun Din telah membidas Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato Harussani Zakaria. Laporan tersebut boleh dibaca di sini. Bagi saya, ini adalah langkah pertama terhadap "penyatuan" semula PAS.

Kemunculan fraksi UMNO dalam PAS ini ada kaitannya dengan Mufti Perak, Harussani Zakaria. Saya tak nak cerita panjang tapi cukup saya katakan bahawa Dato Harussani telah menggunakan hubungan beliau dengan beberapa orang Ahli Majlis Syura Ulama untuk "mengadu" kononnya Islam dan Melayu adalah dalam bahaya hasil dari kekalahan UMNO di Perak dan seluruh Malaysia.

Lantaran dari itu timbul pula berbagai-bagai "cerita"kononnya Islam dalam bahaya dan DAP sedang menghancurkan Islam. Yang lagi aneh, cerita2 ini datangnya dari Selangor sahaja dan hampir tiada cerita datang dari Perak.

Hasilnya, seperti yang kita semua sudah maklum, berlakulah muzakarah dan muqabalah dan segalanya. Berlakulah juga "geng Terengganu" mengambil sikap menyokong usaha membawa PAS masuk BN ini.

Di Selangor pula, usaha ini disokong gagah kerana kononnya Baginda Sultan mahukan wakil PAS menjadi MB dan bukannya wakil PKR. Maka, tak hairanlah semua cerita fitnah berkenaan Pakatan Rakyat menghancurkan Islam datangnya dari Selangor. Cerita kononnya azan tak dibenarkan di dua masjid di Selangor sebenarnya mula berlegar-legar di kalangan orang PAS Selangor dan bukan datang dari UMNO. UMNO ambil certia tersebut kemudiannya untuk dipolitikan.

Tidak ketinggalan kononnya cerita Anwar Ibrahim musuh Islam, liberal, tidak hormat PAS dsbnya. Semuanya berlegar-legar di kalangan ahli dan setengah2 pimpinan PAS.

Cerita seperti PAS dipinggirkan, PAS tidak diperdulikan, PAS dianaktirikan, PKR dan DAP tidak hormat pada dasar PAS, juga berlegar hebat walaupun ianya adalah dongengan semata-mata.

Mereka yang menentang usaha ini (seperti saya)digelar tidak wala' pada ulama. Lama saya memikirkan fitnah ini dan bagaimana ianya terhasil. Rupanya, fitnah ini bermula kerana usaha membawa PAS masuk UMNO bermula dengan pujuk rayu dari Harussani Zakaria kepada beberapa ahli Majlis Syura Ulama.

Yang hairan juga, TOk Guru Nik Aziz juga menentang usaha untuk membawa PAS dengan UMNO ini dan setahu saya TGNA bukan sahaja seorang ulama tetapi Tok Guru.

Kemuncak dari itu kita lihat sendiri bagaimana Syed Azman telah ditolak dari menjadi calon Kuala Terengganu walaupun 2/3 cawangan PAS di Kuala Terengganu mencalonkan beliau. Namun, hasil usaha beberapa pimpinan PAS Terengganu yang telah expire konspirasi meminggirkan Syed Azman berjaya.

PAS berjaya menang Kuala Terengganu juga kerana UMNO salah pilih calon dan bantuan Anwar Ibrahim berkempen. Jentera PAS tempatan rata-rata memboikot kempen namun mereka tetap keluar mengundi. Ceramah Tuan Guru Haji Hadi tak ramai yang datang masa itu. Malahan, ceramah Raja Petra lagi ramai orang.

Harussani Menampakkan Belang Sebenar !

Rupanya, tindakan Harussani Zakaria itu bertujuan untuk melemahkan PAS untuk membolehkan UMNO menjalankan konspirasi mereka tanpa merisaukan gerak geri PAS. Dengan PAS berpecah sedemikian, maka PAS tidak mampu menggempur UMNO di peringkat akar umbi.

Hasilnya, UMNO mampu bergerak dengan bebas dan laba pertama mereka adalah merampas kembali kerajaan Perak Darul Makmur. Hikmah dari peristiwa ini adalah tembelang Harussani pecah. Sekarang ini saya yakin ramai Ahli Majlis Syura Ulama sedar mereka telah ditipu hidup-hidup oleh Harussani.

Kita kena sedar walaupun Harussani ini M

ufti, tapi beliau TETAP UMNO. Beliau memberi wala' kepada UMNO dan bukannya kepada Islam. Ertinya, cakap2 beliau harus diambil dengan penuh hati-hati.


Kita patu bersyukur kerana Harussani tidak percaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Ini kerana TGNA mempunyai pengalaman politik yang cukup luas berbanding dengan majoriti Ahli Majlis Syura Ulama PAS. Sebab itulah TGNA tak dapat dipengaruhi. Hasilnya usaha membawa PAS masuk BN gagal.

Ulama Tidak Maksum. Itu Adalah Ajaran Islam !

Yang kita persoalkan bukan ilmu ulama2 tetapi yang dipersoalkan adalah kefahaman mereka tentang waqi' atau realiti. Hukum akan berubah mengikut waqi'. Misalnya, kalau waqi' adalah dalam keadaan "darurah" seperti tawaf haji, maka tersentuh kulit tidak batal solat. Tapi kalau waqi' dalam keadaan biasa, maka batal.

Begitulah juga dalam hal ini. Yang dipersoalkan oleh saya adalah kefahaman tentang waqi' atau realiti. Realiti yang ada tidak memerlukan kita bekerjasama dengan UMNO. Kenapa? Kerana kita lebih berpengaruh dalam barisan Pakatan Rakyat berbanding dengan dalam Barisan Nasional.

Juga, tiada bukti menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ini anti Islam dan merugikan Islam. PAS pada masa itu dan sekarang telah bertindak dan menghukum berdasarkan kepada cerita-cerita dongeng semata-mata.

Masa Untuk Bersatu !

Sekarang tembelang dah pecah, cempedak dah jadi nangka. Kebenaran telah terserlah. Masanya kita bersama dan merapatkan saf semula. Segala cerita untuk membawa PAS masuk UMNO harus ditanam sedalam-dalamnya ke dasar tanah.

Jelas UMNO telah mendapat laba dari perpecahan PR sehingga PR hilang satu negeri.Bayangkan kita baru sahaja mengadakan Muktamar di negeri yang UMNO baru sahaja rampas.
source : [link]

No comments

Powered by Blogger.