PAS Jangan Main Kayu Tiga

Kalau Padi Katakan Padi, Tidak Pakatan Rakyat Ternanti-nanti. Pas perlu nyatakan pendirian untuk bersama Pakatan terdahulu sebelum meneruskan perbincangan atau merisik khabar penyatuan bersama Umno.



Tiada siapa yang nak larang Pas bersatu bersama Umno kerana itu adalah bertujuan untuk penyatuan Melayu. (Hidup Melayu dan jangan lupa hunuskan kerisnya sekali) Nak bersatu pun bersatulah tetapi kenapa kepimpinan pas masih belum menntakan pendirian bersama dengan Pakatan Rakyat?

Sikap sebegini akan memprojekkan Pas sebagai sebuah parti yang suka main kayu tiga dan tikam belakang kawan sendiri dalam Pakatan.Kalau perasaan Pas bercelaru, jangan dibiarkan pakatan terus menjadi haru, tak keruan menunggu Pas jadi ke tidak birunya.

Kenapa kiri nak, kanan pun nak? Bersatu dengan umno bukan kerana Islam tetapi kerana Melayu. Kalau hasrat bersama Umno ditolak, mungkin peluang Pas bersama Pakatan masih ada kerana belum buat kata putus, bukan begitu? Sikap apakah ini? Nak pergi, pergilah dan jangan pulak terhegeh-hegeh nak kembali. Apa Pas fikir teman-teman di Pakatan ni tak ada perasaan atau tunggul kayu ke?

Kalau Pas nak kekal setia bersama kenapa Pas masih perlu nak cari teman sebantal yang lain. Apa yang jelas DAP dan Keadilan TIDAK akan bersama dengan Umno/BN dan jika Pas masih mahu berbincang dengan Umno lepaskan dulu pertalian dengan Pakatan. Nyatakan pendirian sejelas-jelasnya supaya senang rakan-rakan yang lain dalam Pakatan berkeputusan. Susah sangat ke nak nyatakan hemah dan pendirian PADI Pas supaya rakan Pakatan tidak payah tertampi-tampi. kalau di Terengganu dulu slogan yang diguna pakai "Pas Molek Doh Weh" bolehlah segera kami tukarkan kepada "Pas Pelik Doh Weh"

http://sinarhairan.blogspot.com/"

No comments

Powered by Blogger.