Jangan perbesarkan isu contengan protes ‘anti-Rosmah’ kerana akan memalukan universiti

Kuala Lumpur 30 Jun 02:11p.m│Jangan perbesarkan isu contengan protes ‘anti-Rosmah’ kerana akan memalukan universiti, begitulah pendirian seorang pegawai pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dekat sini tadi.

Pendirian tersebut disuarakan selepas Malaysiakini melaporkan kejadian yang berlaku di universiti tersebut minggu lalu.

Media internet tersebut menyatakan dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan “C4″, “puaka” dan “Altantuya” di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Nama individu yang ditahan, Izuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Sharuddin Ahmad Rosli disiarkan.

Laporan yang bertajuk ”Puaka’ hantui dua siswa UM’ diletakkan gambar ditempat kejadian bersumber dari laman web berita universiti tersebut, Um-Today.

Terdahulu, susulan insiden, polis menggeledah tanpa waran empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita, universiti tersebut. Selain itu, polis sedang menjejak tiga lagi pelajar dalam siasatan mereka.

Exco kepemimpinan dan kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tujuan polis menggeledah.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut Malaysiakini, beberapa laman web pro-Umno menafikannya fakta yang disiarkan dalam video ‘Rosmah Perumpuan Puaka’ yang tersebar luar melalui internet tersebut.

Satu laman web Malaysia Instinct mendakwa bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib.

Walaubagaimana pun, Rosmah atau suaminya Datuk Seri Najib Razak setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.-mahasiswakini

No comments

Powered by Blogger.