Kerajaan digesa beri biasiswa pada semua

Saya meminta kerajaan memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang berjaya ke menara gading tanpa memperkenalkan konsep merit sepertimana yang dikehendaki menerusi 'Biasiswa Nasional'.

Kerajaan tidak rugi apa-apa untuk membiayai bidang pendidikan kepada keseluruhan bakal mahasiswa atau mahasiswi kerana mereka merupakan aset penting untuk membina sebuah kerajaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

"Kerajaan tidak rugi untuk pelaburan itu kerana selepas berjaya mereka akan membantu pentadbiran dengan membangunkan negara ke arah yang lebih stabil dan baik. Saya rasa sistem merit tidak sesuai sebaliknya berikan pada mereka yang layak melangkah ke univesiti, "

Sistem merit dilihat kurang adil terutamanya pelajar yang datang daripada sekolah di luar bandar sedangkan mereka melepasi tahap atau syarat ke univesiti.

Tentunya terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar sekolah luar bandar dan dalam bandar kerana bergantung pada segi infrastruktur.
"Jika pelajar luar bandar berjaya melepasi syarat yang dikehendaki bagi kita mereka layak menerima biasiswa daripada kerajaan. Di sini pastinya terdapat perbezaan pencapaian mereka di luar bandar dan dalam bandar sedangkan mereka berkelayakan dengan syarat yang ditetapkan. Tetapi kerana adanya merit mungkin pelajar ini terkandas daripada menerima biasiswa untuk membantunya membiayai pembelajaran di menara gading, "

Berlainan pula dalam dunia perniagaan seperti kontraktor di mana kerajaan memerlukan merit untuk memilih syarikat mana yang terbaik baru boleh mengamanahkan pelaksanaan projek yang ingin dilaksanakan.

"Merit dalam memberikan kontrak saya raya perlu kerana kita mesti memilih yang terbaik bukan yang kurang menyerlah dan kemampuan. Jika kita abaikan merit tersebut tidak hairanlah ada rosak atau runtuh dalam jangkamasa yang singkat, "

mahfuz

No comments

Powered by Blogger.