Penarik Beca dan Blogger Anti Kerajaan Perpaduan Akan Di Tangkap?

Blogger Penarik Beca atau Bakaq Haq hari ini menerima panggilan telefon dari Bukit Aman memintanya hadir ke Ibupejabat Polis tersebut. Tiada alasan yang diberikan tetapi beliau diminta hadir bersama,

* Isterinya
* Seorang anaknya
* Nombor Telefon Tuan Rumahnya
* Bil Streamyxnya

Setahun yang lalu blogger tersebut yang juga pengkritik hebat Timbalan Presiden PAS dan gagasan Muzakarah dan Kerajaan Perpaduan pernah ditangkap dan direman selama 4 hari oleh Pasukan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman bagi membantu siasatan atas kes mengubah logo PDRM.

Bagaimanapun beliau kemudian dibebaskan dan tiada tindakan susulan kepada beliau mahupun blogger lain yang menyiarkan logo tersebut.

Waktu itu, blogger Bakaq Haq hebat mengkritik segelintir pihak didalam PAS yang bertemu secara sulit dengan Perdana Menteri ketika itu. Bakaq juga adalah blogger pertama yang mendedahkan isu pertemuan dalam gelap di Jalan Bellamy.

Selang sebulan selepas itu, saya pula ditangkap atas tuduhan menghasut rakyat Malaysia menerbalikkan bendera Malaysia. Kebetulan, artikel terakhir saya sebelum ditangkap ialah berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang tidak dibenar siarannya di Harakah oleh Mustapha Ali.

Selepas Muktamar PAS awal Jun lalu, saya telah memberitahu Bakaq bahawa saya terdengar-dengar akan berlaku penangkapan semula bakaq, saya dan beberapa orang blogger lain.

Hari ini Bakaq menghubungi saya dan dengan nada geram berkata, “betullah hang habaq, depa dah panggil aku dah!”.

http://kickdefella.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.