Jawapan Untuk MSO berkaitan Dr Rosli

http://pinkturtle2.wordpress.com/


Pada 21 Ogos MSO ada menulis mengenai Dr Rosli Alani Abdul Kadir bekas Pembantu Khas (PA) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa di bawah posting yang bertajuk Qiaserey Goodbye . Apa yang diulas oleh saudara MSO ialah penyebab mengapa DR Rosli mengambil keputusan untuk berhenti berkerja dengan Datuk Husam dan beberapa pekara yang tidak menyenangkan berlaku diantara Datuk Husam dan Dr Rosli…

Kebetulan pada dua malam lepas saya sempat bertemu dengan DR Rosli di Restoran wakaf Siku hadapan CIMB Bank Wakaf Siku … Selesai saya sembang dengan kawan, saya mengajak Dr Rosli yang keseorangan di meja sebelah datang ke meja saya untuk bersembang panjang…Setelah bersembang panjang,saya pun bertanyalah kepadanya beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh saudara MSO itu… Terang lagi bersuluh,maka dapatlah beberapa jawapan yang sudah beberapa hari bermain di fikiran saya mengenai Posting yang di tulis oleh saudara MSO itu…

Banyak benda dan persoalan yang dimainkan dan dibangkitkan Oleh MSO dalam tulisannya itu tidak betul sama sekali mengikut kata DR Rosli.. Mengikut Dr Rosli beliau sudah lama menyatakan hasratnya untuk berhenti kepada datuk Husam kerana ingin menumpukan sepenuh masa pada Perniagaan Hemodialisisnya yang berpusat di Wakaf Che Yeh yang sedikit tergendala akibat tidak mendapat perhatian penuh daripadanya.Selain itu beliau juga ingin menumpukan pada kerja-kerja parti di peringkat kawasannya dan di peringkat negeri yang disandangnya.

Mengikut DR Rosli, Datuk Husam tidak pernahpun melemparkan Fail di hadapannya seperti mana yang di tulis oleh saudara MSO.. Beliau pun hairan dari sumber mana MSO dapat sehingga di bawa masuk ke postingnya.Tambahnya lagi,sepanjang beliau bekerja dengan Datuk Husam, beliau tidak pernahpun dimarahi oleh Datuk Husam… Menurut beliau lagi,Datuk Husam tidak pernahpun menunjukkan kemarahannya kepadanya samada di hadapannya atau di hapanan staf yang lain… Walaupun kadang-kadang ada juga datuk Husam tidak berpuas hati, tetapi beliau tidak pernah pun memperlihatkan kemarahannya itu.. ini luahan Dr Rosli kepada saya sendiri… saya tidak pandai nak menongkot tambah dalam tulisan saya,melainkan apa yang telah diceritakan oleh Dr Rosli kepada saya sendiri.

Selain itu juga, menurut DR Rosli beliau sendiri amat berpuashati dengan Ekspedisi ke Pelantar minyak tempoh hari dan beliau sendiri terlibat secara langsung dan diamanahkan sebagai AJK penting dalam Ekspedisi tersebut.Mana mungkin ini boleh dijadikan alasan atau sebab kepada saudara MSO untuk mengaitkan pemberhentiannya ini..

Pertemuan dan perbincangan kami selesai lebih kurang pukul 1:30 pagi…

Wassalam

untuk rujukan semua


tulisan mso

http://msomelayu.blogspot.com/2009/08/qiaserey-goodbye.html

No comments

Powered by Blogger.