10 Hujah Ibrahim Ali: Semuanya Mengarut?

Ibrahim Ali, ahli Parlimen Pasir Mas, mengutarakan 10 hujah kenapa Nik Abdul Aziz mesti berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sejak 1990.

Berikut ialah 10 hujah yang dikemukakan oleh Ibrahim:

1 Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah ‘barang lama’ manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.

:Barang lama kalau masih berguna lebih baik daripada barang baru yang tidak bernilai langsung. Sampah masih boleh dikitar semula. Akan tetapi di Kelantan ada sejenis “barang” yang langsung tidak boleh dikitar semula.

2. Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.

:Nyanyuk lebih baik daripada sejenis manusia yang melalak tidak tentu pasal. Hajat hati tidak kesampaian, orang lain pula diamuknya.

3. Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.

:Uzur badan tetapi masih mampu melaksanakan tanggungjawab tidak seteruk orang yang uzur mental yang hanya reti kecek tetapi tidak reti bekerja.

4. Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.

:Andainya Nik Aziz tidak tumpu kepada tugas, rakyat Kelantan telah lama bersuara, tidak perlu menunggu orang yang tidak boleh dipercayai memberi peringatan.

5. Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.

:Kalau tidak cekap mentadbir telah lama PAS Kelantan tumbang. Kalau tidak ada idea dan kreativiti mustahil Nik Aziz disanjung oleh semua kaum di Kelantan. Berbeza dengan seseorang yang dibenci oleh semua kaum, termasuk kaum sendiri.

6. Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.

:Janganlah menyamakan Nik Aziz dengan diri sendiri. Nik Aziz tidak bodoh sehingga jadi alat DAP. Sebaliknya, Ibrahim menang atas tiket PAS, tetapi bercakap mewakili UMNO. Siapa yang jadi alat sebenarnya? DAP menentang pelaksanaan negara Islam kerana DAP bukan Islam; lebih mulia daripada orang Islam yang menolak dasar Islam.

7. Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

:Cakap pakai kepala lutut? Nik Aziz pemimpin pembangkang (pusat), maka tidak timbul soal jadi alat pakatan pembangkang. Ada Ahli Parlimen Bebas tetapi jadi alat UMNO. Siapa lebih mulia?

8. Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.

:Inilah yang dikatakan ludah ke langit, timpa mukda sendiri. Siapa yang tidak berani? Ramai pemimpin PAS Kelantan mahu Ibrahim Ali letak jawatan Ahli Parlimen Pasir Mas yang dimenangi dengan tiket PAS. Mereka telah lama bersuara, tetapi Ibrahim yang tidak berani menyahut cabaran.

9. Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.

:Memang pun Nik Aziz yang betul kalau dibandingkan dengan Ibrahim Ali. Semua orang tahu latar belakang Ibrahim Ali sewaktu dan selepas keluar dari UMNO. Istilah “katak hijau” pertama kali dibawa masuk Parlimen dirujuk kepada siapa?

10. Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.

:Jikalau Nik Aziz gagal mewujudkan peluang pekerjaan di Kelantan, maka semua MB, KM dan PM juga gagal kerana masalah pengangguran ialah masalah nasional yang melibatkan semua negeri.

Aduhai YB Ibrahim ooi, cerminlah diri dahulu sebelum bercakap tentang orang lain. Rakyat Kelantan, terutama penduduk Pasir Mas kenal benar dengan anda. Kalau bukan kerana Nik Aziz bermurah hati, anda telah lama hilang dari peta politik negara.

satu malaysia

No comments

Powered by Blogger.