Kerajaan Negeri Berusaha Pindah Kawasan Ternakan Ulu Yam ke Hulu Selangor

SHAH ALAM, 28 Sept - Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha mewartakan semula Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong bagi memulihara khazanah hutan dan memelihara alam sekitar di kawasan berkenaan.

Isu pemuliharaan hutan simpan ini sepatutnya dibincangkan dalam sessi pendengaran awam Draf Rancangan Subang Jaya bagi mendapatkan maklumbalas daripada pihak berkaitan 1 September lalu.

Bagaimanapun, sessi pendengaran awam itu terpaksa ditunda kepada 20 Oktober ini disebabkan kesuntukan masa jawatankuasa perancangan negeri.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, pada perbincangan awal ahli-ahli panel pendengaran awam sebelum ini, mereka mengalu-alukan usaha mengekalkan hutan simpanan Ayer Hitam.

Menurutnya, keputusan rasmi akan dibuat di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri 20 Oktober ini, sebelum proses mewartaan semula hutan simpan Ayer Hitam, diteruskan.

Elizabeth dalam satu kenyataan hari ini, turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar Puchong dan Signature Campaign Teamwork (SCT) dalam usaha memulihara hutan simpanan Ayer Hitam.

Beliau turut mengalu-alukan keprihatinan semua pihak serta maklumbalas yang diberikan oleh pihak terbabit berhubung isu ini.

“Apa yang diharap semua pihak akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk memulihara lebih banyak kawasan tadahan hujan sebagai kawasan hutan simpanan,” jelasnya.

No comments

Powered by Blogger.