KPI..Nasib Rakyat Semakin Buruk! Masalah Seperti Dulu.. Menteri Tak Buat Apa

KPI diukur daripada segi impak kepada rakyat - Koh
29/09/2009 4:26pm

KUALA LUMPUR 29 Sept.— Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bukan hanya merujuk kepada angka bagi sesuatu perkara yang dilakukan tetapi impak terhadap rakyat.

Beliau berkata, sejak KPI diumumkan pada 27 Julai lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, agensi kerajaan kini telah mula menunjukkan perubahan dalam sistem perkhidmatan masing-masing.

“Salah satu pencapaian setakat ini melalui KPI ialah para menteri dan pegawai kerajaan dari pelbagai kementerian telah mula bekerjasama.

“Batasan yang wujud pada suatu ketika dulu semakin berkurangan dan kini ia telah menghasilkan kerjasama yang padu berdasarkan kepada enam bidang NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) seperti memerangi jenayah, menghapuskan rasuah dan memartabatkan mutu pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum transformasi menerusi pengurusan prestasi di sini hari ini.

Koh yang bertanggungjawab terhadap KPI dan perpaduan, mengambil contoh kejayaan KPI di Jabatan Imigresen, yang sebelum ini mengeluarkan pasport dalam masa dua minggu, kemudian kepada tiga hari dan hari ini telah dapat mengeluarkannya dalam tempoh masa tiga jam sahaja.-Bernama

1 comment

uwaistrading said...

imigresen?
1.berapa ramai rakyat Thai yg berniaga disini tanpa permit.
org malaysia mahu buka kedai tomyam hanya dua org tukang masak tp mereka seberapa ramai boleh
2.org malaysia tak boleh orang asing kerja kedai/warung makan sebagai pembantu,tp mereka seberapa ramai boleh
3.org malaysia kena daftar niaga,lesen majlis,cukai pendapatn mereka semua tak payah
4.cuba tgk kiri kanan jalan waktu malam mcm cendawan gerai tomyam mna imigresen ambil tindakan.

Powered by Blogger.