Pemilik TOL Akan Diberi Hak Milik Tanah Kekal

SHAH ALAM: 28 September- Semua hak milik tanah sementara (TOL) yang melebihi 20 tahun di negeri Selangor akan mendapat status pemilikan kekal, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, ia bertujuan memberi peluang kepada pemilik terbabit memiliki tanah yang diusahakan sejak 20 tahun lalu, secara sah, namun mereka perlu membayar premium yang ditetapkan.

“ we also want to make sure those suppose to be actually given to opportunity stay there for 20 or 30 years then we want to make sure that there is no more TOL on them, That mean we regard them as the rightful owner but of cause they have to pay the premium but we will issue form 5 to satisfy them as the ownership,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pentadbiran Tanah Negeri Selangor di Dewan Annex, Shah Alam pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya ia hanya diberikan kepada pemilik TOL yang menduduki tanah kerajaan yang boleh diluluskan, bukan di tanah rezab seperti rezab sungai dan jalan.

Beliau berkata, jika mereka menetap di tanah rezab sungai, ia perlu digantikan kepada tanah lain yang lebih sesuai.

Menurut beliau, semua pegawai daerah akan mengenalpasti pemegang TOL di setiap kampung dan menyenaraikan nama mereka bagi mengisi boring lima untuk memohon hak milik secara kekal.

“We check them, there have been staying that 20 tahun, 30 tahun then the DO will check them, dia tengok senarai nama-nama dan tahu dah kampung-kampung mereka duduk, ada setenggah kampung tiada nama langsung, dan dia akan tampal namanya di masjid, this are the people, then after sometime no complain and the DO issue the borang, isi dan lulus, dia terpaksa pergi ke exco kerana exco yang boleh luluskan tanah pemberian kerajaan,” katanya.

Ketika ini, difahamkan banyak pemilikan tanah secara TOL, masih tidak mendapat hakmilik kekal, terutama di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Justeru, tanah yang mereka duduki itu tidak mempunyai nilai untuk dicagarkan atau dijadikan modal bagi mengembangkan kegiatan pertanian yang sedang diusahakan.
KEMALIA OTHMAN TVSELANGOR

1 comment

MANSOR JUNUS said...

Satu tindakan yang terbaik kerana mereka telah mengusahakannya sejak sekian lama. Sekurang2nya ada nilai kommersial. Cuma hati2 pemilik tol segera akan tiba2 muncul.

Powered by Blogger.