Mahkamah Rayuan Dan Persekutuan Penyelamat UMNO

Oleh: Tok Janggut

Sejak berlakunya krisis di Perak, kebanyakan saman Pakatan Rakyat di Mahkamah Tinggi memihak kepada PR, tetapi apabila samada pihak UMNO atau SPR membuat rayuan di Mahkamah Rayuan ataupun di Mahkamah Persekutuan, keputusan akan berubah kepada UMNO atau SPR. Apakah keputusan di Mahkamah Tinggi ini hanya satu lakunan yang dirancang oleh UMNO supaya nampak seolah-olah mahkamah tidak mengikut telunjuk UMNO?

Kadangkala kita terfikir apakah undang-undang yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi itu berbeza yang dirujuk oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan?

Mahkamah Tinggi kelihatan seolah-olah di arahkan supaya memihak kepada Pakatan Rakyat supaya Nampak kononya adil dan tidak mengikut telunjuk UMNO manakala Mahkamah Rayuan dan Persekutuan. Nampak jelas ini semua hanyalah lakunan yang skripnya disediakan oleh UMNO bagi memperbodohkan rakyat.

Di Kota Siputeh Kedah umpamanya, yang terlibat adalah kerajaan negeri (speaker), SPR dan Mahkamah tetapi bagaimana pula UMNO yang masuk campur dan sibuk untuk memfailkan rayuan di mahkamah? Apa kaitanya dengan UMNO? Sepatutnya biarlah Speaker, SPR dan mahkamah saja berdepan dengan situasi ini, mengapa UMNO nampak seolah-olah punya peranan untuk mempengaruhi Mahkamah Rayuan dan Persekutuan kerana mereka tahu mahkamah tinggi telah di arahkan supaya memihak kepada Pakatan Rakyat kecuali keadaan benar-benar terdesak seperti yang berlaku di Perak maka Mahkamah Tinggi akan dipergunakan juga untuk melindungi UMNO kerana kesuntukan masa untuk ke mahkamah rayuan atau persekutuan.

Kalau beginilah keadaanya, elok rasa Pakatan Rakyat tidak perlu membawa apa-apa kes yang ada kaitan dengan UMNO atau SPR ke mahkamah, hanya buang masa saja. Keputusan Mahkamah kebanyakanya hanya membuat keputusan dengan membaca skrip yang disediakan oleh UMNO saja. Hakim-hakim tidak boleh apa-apa kecuali seorang dua yang benar-benar berani mempertahankan undang-undang dan menegakan keadilan saja tetapi mereka tidak akan ditugaskan untuk menghakimkan kes-kes yang melibatkan kepentingan UMNO bila berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Atau apakah ini tektik UMNO dan SPR untuk melambat-lambatkan pilihanraya kecil Kota Siputeh bagi membolehkan UMNO dan SPR mengatur mendaftarkan pengundi-pengundi hantu untuk kawasan itu? Apakah juga hakim Mahkamah Rayuan atau Persekutuan turut diarahkan oleh UMNO supaya menolak keputusan Mahkamah Tinggi? Elok bubarkan saja Mahkamah Tinggi kerana banyak kes yang melibatkan UMNO semuanya membuktikan Mahkamah Tinggi tidak punya peranan atau sekadar kambing hitam saja.

Kalau ada orang mengatakan tugas seorang hakim (yang mengaku Islam) sebelah kakinya berada di neraka dan sebelah lagi berada di syurga, bagi penulis pula kedua-dua kaki majoriti hakim sekarang sudah pun berada di neraka. Bagaimana untuk mendapat keadilan sekiranya para hakim kebanyakanya mempunyai rekod yang buruk, rasuah dan khianat pada tugas dan amanah? Tetapi hakim beginilah yang dikekalkan oleh UMNO kerana mereka akan mengikut saja apa arahan UMNO untuk mengelakan diri dari dipecat atau dibongkar rekod buruk mereka itu.

Beginilah keadaan Negara kita selagi kerajaa Pusat tidak ditukar. Apabila pemerintah terdiri dari puak korup, tidak amanah, rasuah dan salahguna kuasa maka semua agensi di bawahnya pun turut sama korup dan tidak amanah serta penindas dan perompak. Yang jadi mangsa ialah rakyat miskin dan lemah yang tidak berdosa. Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia.

Kita kena sama-sama berfikir mengapakah UMNO beria-ia sangat hendak jatuhkan Nik Aziz di Kelantan? Tidak lain kerana wang minyak yang bernilai jutaan ringgit setahun itu. Bagi mereka selagi Nik Aziz berkuasa di Kelantan, UMNO tidak akan mampu untuk merampas Kelantan dan citc-cita puak UMNO untuk merompak wang minyak agak sukar. Jadi mereka cari jalan walaupun cara kotor untuk aib dan jatuhkan Nik Aziz. SPRM yang memang menjadi barua UMNO bersedia berkhidmat untuk UMNO dulu, kini dan selamanya. Kalau Nik Aziz ambil RM5 pun mereka akan siasat dan dakwa tetapi puak UMNO rompak berjuta-juta wang rakyat, mereka semua buta hati, buta mata dan pekak badak saja. Kerana syaitan dan iblis telah menguasai hati, perasaan dan nafsu mereka. Itulah UMNO dulu, kini dan selama-lamanya.

No comments

Powered by Blogger.