Suhaimi Taib: Era baru perjuangan PAS

Suhaimi Taib

Satu era baru perjuangan PAS dekad ini ialah menentukan parti memenangi hati rakyat berbilang kaum dan agama, budaya dan taraf ekonomi.

Kecenderungan ini dapat dibaca apabila era pasca revolusi rakyat Asia Barat mencetuskan kesedaran rakyat seluruh dunia betapa mereka perlu kembali kepada hakikat sebenarnya keperluan kehidupan mereka.

Mereka memerlukan undang-undang yang adil untuk melihat segala kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam kehidupan mereka dapat diadili dengan baik. Pembahagian kekayaan di kalangan rakyat diagihkan secara adil tidak hanya kepada kroni pemeritah semata-mata.

Gelombang ini merayap bukan sahaja di Asia Barat tetapi ke dalam masyarakat Malaysia sendiri yang berbilang kaum.

Orang Cina, India, Melayu, Kadazan, Bidayoh dan lain-lain hari ini bercakap tentang ketidakadilan pembahagian kekayaan di kalangan rakyat. Mereka telah terpedaya dengan kepincangan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terlalu lama lebih lima dekat. Menyifatkan selama ini bagus dan membanggakan. Tetapi hakikatnya tidak.

Perasaan tidak puas hati itu telah membuak-buak di dada mereka, menunggu masa untuk diadaptasikan dalam pilihan raya umum akan datang.

Di sinilah PAS memainkan peranannya untuk bersama mencetuskan perubahan di kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama itu.

Sebagaimana dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya bahawa PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Polisi Bersama Pakatan Rakyat yang sudah dibahas dan diterima oleh PAS.

“Ianya melibatkan suatu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urustadbir negara,” jelas Datuk Seri Presiden PAS di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd. Noor di Taman Melewar, Gombak Selangor baru-baru ini.

Suatu perubahan menyeluruh ini khususnya menyentuh soal dasar pemerintahan negara yang banyak memberi ruang kepada aktiviti-aktiviti rasuah telah merosak akauntabiliti kepimpinan negara dan pegawai-pegawai kerajaan semua peringkat.

Bermula dari pemandu kenderaan kerajaan sampai kepada wakil rakyat parti pemerintah khususnya BN. Indeks rasuah yang merudum sebelum ini terbukti benarnya dakwaan ini.

Tidak wujudnya urustadbir yang baik negara berpunca dari tidak wujudnya sistem pentadbiran yang tidak memberi ruang kepada berlakunya rasuah berleluasa di semua peringkat, mengakibat bahana menimpa kepada perancangan kerajaan khususnya pembangunan yang dirancang.

Banyak projek gagal dilaksanakan dengan baik kerana puncanya rasuah. Kos pembiayaan tinggi tetapi kualiti pembangunan tidak berada di tahap memuaskan dan mengikut piawaian yang dibenarkan. Akibatnya banyak bangunan runtuh dan mengorbankan nyawa rakyat tidak berdosa.

Wang rakyat disalahgunakan untuk membiyai parti kerajaan (Umno) secara tidak langsung dengan memasukkan wang dikatakan untuk projek pembangunan dalam akaun syarikat tertentu dan kemudianya disalurkan kepada Umno dalam bentu dana tertentu.

Perkara inilah PAS dan Pakatan Rakyat berusaha membenterasnya supaya bukan sahaja ia menghasilkan pembangunan berkualiti dari semua sudut bahkan telah terbukti menarik ramai pelabur datang untuk membuat pelaburan dalam negara terababit sebagai contoh Singapura dan lain-lain kerana berpunca dari rasuah berada di bawah tahap minima atau pembangunan tanpa rasuah.

Indonesia kini mengorak langkah ke arah membentras rasuah. Tetapi Malaysia gagal melaksanakan tugas menghapuskan rasuah walaupun berlaku penambahbaikan kepada Badan Pencegah Rasuah bertukar menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yang penting ialah rakyat menerima inpak besar dari jika gerakan Pakatan Rakyat berjaya membuat perubahan tanpa mempedulikan serangan dan fitnah yang ditaburkan BN sepanjang perjalanan mereka melaksanakan tugas untuk rakyat itu.

Justeru gandingan usaha yang tidak pernah putus arus, lambat laung akhirnya akan membuahkan hasilnya. Ini kerana keburukan rasuah dan penyelewengan itu tidak selama-lamanya kekal ditakuti dan disokong apabila ianya dapat kejahatannya dizahirkan di hadapan mata rakyat hari demi hari.

Oleh itu PAS dan Pakatan Rakyat sekali-kali tidak perlu jemu menyatakan kebenaran ini sama ada menang pilihan raya atau kalah.

No comments

Powered by Blogger.