MP PAS Pokok Sena: Media diharap tidak mengelirukan masyarakat

25 Feb. 2009 - Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah Diraja)
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk turut berucap dalam Menjunjung Kasih ini. Perkara pertama yang saya ingin sebut ialah berkaitan dengan apa yang telah disebut di dalam Titah Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan soal kepentingan kepada Perlembagaan Persekutuan kita sebagai Undang-undang Tubuh yang di sepakat bersama di dalam negara kita ini dan juga isu-isu perkauman yang disebut berbangkit dalam negara kita ini.

Saya bersetuju bahawa sepatutnya harus diberikan perhatian oleh semua pihak termasuk daripada Kerajaan Barisan Nasional dan juga media-media arus perdana dalam Negara kita ini tidak cuba untuk mengelirukan masyarakat dan rakyat yang akhirnya boleh menyebabkan tercetusnya keadaan-keadaan seperti yang tidak kita ingini seperti mana yang sedang berlaku sekarang ini.

Ekoran daripada krisis yang berlaku di Perak yang sepatutnya dilihat bahawa krisis itu adalah merupakan krisis yang berkaitan dengan soal Perlembagaan negara kita dan juga undang-undang tubuh negeri tersebut serta juga merupakan krisis perundangan.

Bagi saya tidak seharusnya diperlihatkan seolah-olah ada sentimen perkauman ataupun unsur-unsur penderhakaan terhadap ke bawah Duli Tuanku, Sultan dan juga Raja-Raja Melayu.

No comments

Powered by Blogger.