Kementerian Pelancongan Terlibat Dengan Konsert Maksiat Di Bukit Jalil?



Lima maut akibat ambil dadah berlebihan, empat kritikal ketika tonton konsert

KUALA LUMPUR: Lima orang termasuk dua wanita maut dipercayai kerana mengambil dadah secara berlebihan ketika menyaksikan konsert hiburan antarabangsa di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tiga lelaki dan dua wanita itu berusia di antara 19 dan 28 tahun.

Dalam pada itu, dua lelaki dan dua wanita dilaporkan kritikal juga dipercayai akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

Mangsa yang kritikal kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.