PENJELASAN TERHADAP FITNAH TERBARU TMI



PENJELASAN TERHADAP FITNAH TERBARU TMI

Oleh: Zaharudin Muhammad.

3 artikel The Malaysian Insider (TMI) dalam isu Menteri Besar Selangor telah menyebut nama saya, Kumpulan Perangsang Selangor (KPS), Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin, Presiden PAS (TGHH) dan Menteri Besar Selangor (TSKI). Imej yang cuba dibentuk ialah seolah-olah Tuan Guru Presiden mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar adalah disebabkan menjaga kedudukan saya dan Tuan Haji Raja Idris di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

Jelas fitnah ini disebut di dalam TMI melalui artikel analisis Amin Iskandar dan Eilleen Ng apabila menyebut: “Selain faktor peribadi dengan Anwar, antara sebab mengapa Hadi mahu Khalid terus kekal menjadi menteri besar adalah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu menjaga kepentingannya di Selangor. Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad diberikan jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), syarikat milik kerajaan negeri Selangor. Selain itu, Khalid melantik Raja Idris Raja Kamarudin, abang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin sebagai pengerusi kepada beberapa anak syarikat negeri....” TMI menyambung lagi: “Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak presiden PAS itu menjadi menteri besar Terengganu pada 1999-2004.”

Artikel lain yang ditulis oleh Anisah Shukry menyebut benda yang sama sambil memetik sumber daripada Pemimpin PKR: “Hadi diikat oleh Khalid (TSKI) melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal islam dalam perangsang Selangor”. Seterusnya menyebut: “Khalid (TSKI) juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB, kata sumber itu”.

Artikel ini dihangatkan semula dengan tulisan Zulkfili Sulong yang menyebut: Lalu dikatakan Abdul Hadi mempunyai hubungan rapat dengan Khalid melalui menantunya Zaharudin Mohamad yang diberikan kerja di pejabat Kumpulan Perangsang Selangor.” Walaupun tulisan Zul Sulong ini dari satu sudut bermaksud menyindir artikel yang tidak bertanggungjawab TMI sebelum ini, tetapi ramai memahami bahawa ia juga mengandungi penjajaan terhadap maksud Presiden PAS mempertahankan TSKI sebagai MB Selangor disebabkan oleh Menantu dan Tuan Haji Raja Idris yang disifatkan sebagai orang kuat TGHH.

Gambaran ini sebenarnya adalah jelas fitnah yang direka kerana faktor-faktor berikut:
1. Saya tidak pernah berjumpa dan bersemuka secara live dengan TSKI dalam seumur hidup saya melainkan hanya 2 kali sahaja, iaitu program di Perangsang Bersama Raktyat yang diadakan dan satu program di Pulau Indah. Di Ijok, saya hanya sempat berbual ringkas di atas pentas dan sewaktu makan selepas program. Adapun di Pulau Indah, saya hanya melihat TSKI daripada jauh dan tidak berbual walau sepatah kerana beliau di atas pentas dan saya sibuk di bawah pentas menguruskan program. Itulah 2 kali saya melihat secara live dengan TSKI dalam seumur hidup saya. Sangat jauh untuk saya bermesyuarat dan berbincang dengan beliau. Gambaran yang diberikan oleh TMI bahawa hubungan saya dengan TSKI sangat rapat sehingga menjadi sebab kepada TGHH pertahankan beliau adalah tuduhan yang sangat tidak berasas berdasarkan realiti yang berlaku. Cerita yang diceritakan oleh TMI adalah cerita berasaskan imaginasi pembuat fitnah jika dilihat kepada realiti hubungan saya dengan TSKI.

2. Kemasukan saya ke Kumpulan Perangsang bukan melalui TGHH, bukan melalui TSKI dan juga bukan dicadangkan oleh Tuan Haji Raja Idris. Bahkan nama saya dibawa oleh Haji Azlan yang merupakan bekas CFO kepada salah satu Institusi kewangan Islam (IKI) di Malaysia manakala saya pula pada waktu itu adalah Penasihat Syariah kepada IKI tersebut. Pengalaman saya di dalam bidang penilaian dan pembikinan kontrak patuh syariah semenjak lebih daripada 8 tahun serta beberapa track record saya membuat produk IKI yang rumit seperti Takaful Retirement Plan, menjadikan Hj Azlan meminta pertolongan saya untuk menukar kontrak-kontrak konvensional KPS kepada Islamik sewaktu beliau mula masuk bertugas di KPS. Sekalipun Hj Azlan agak rapat dengan saya sewaktu bertugas di IKI, tetapi beliau langsung tidak mengetahui bahawa saya adalah menantu TGHH sehingga beliau menyebut dan mencadangkan nama saya sebagai calon untuk Ketua Pegawai Agama di KPS yang kekosongan pada waktu itu. Jadi, kemasukan saya ke KPS bukan melalui Tuan Haji Raja Idris apatah lagi Presiden PAS atau MB Selangor.

3. Sejak saya masuk berkhidmat ke KPS, TGHH langsung tidak mengetahuinya melainkan selepas 4 bulan ketika satu majlis di Quality Hotel Shah Alam, di mana Tuan Haji Raja Idris telah menyebut secara tidak langsung kepada TGHH bahawa saya sudah berkhidmat di KPS.

4. Secara logik, kalau masuk kerana kepentingan, maka sepatutnya bukan jawatan Ketua Jabatan Agama yang ditawarkan, kerana portfolio ini terlalu kecil dan tiada kuasa yang besar dalam syarikat korporat. Setakat jawatan Ketua Jabatan, apatah lagi Jabatan itu adalah Jabatan Agama yang bukan melibatkan projek, maka langsung tidak munasabah ia mempunyai kepentingan peribadi. Saya di peringkat institusi kewangan, level saya sudah mencapai level BOD (Lembaga Pengarah), kerana Penasihat Syariah adalah satu level dengan BOD. Berdasarkan level di IKI ini, untuk peluang harta dan kepentingan peribadi, sepatutnya paling kurang saya menyandang jawatan CEO kepada salah satu 24 anak syarikat di bawah KDEB atau ahli kepada Board of Director (lembaga pengarah) kepada mana-mana anak syarikat, satu jawatan yang tidak sibuk tetapi mendapat elaun tetap serta peluang besar untuk mendapatkan projek melalui kuasa perjawatan. Tetapi tugasan dan jawatan di KPS sebagai ketua Pegawai Agama langsung tiada kuasa untuk mendapatkan projek, sebaliknya jawatan ini menuntut saya kerja seperti orang lain dan kepenatan itu lebih daripada apa yang telah saya lalui diperingkat perjawatan di IKI.

5. Penggajian di peringkat GLC lebih rendah berbanding skim penggajian di peringkat Institusi Kewangan Islam. Sewaktu saya menerima tawaran berkhidmat di KPS, saya juga telah menerima 2 tawaran daripada 2 institusi kewangan Islam, satu tempatan dan satu di Timur Tengah. Skim penggajian yang ditawarkan jauh, jauh dan jauh lebih tinggi daripada tawaran di KPS. Gaji 5 angka yang bukan bermula dengan angka 1, bukan angka 2 dan juga bukan angka 3.

Justeru itu, tuduhan yang cuba menggambarkan bahawa bertugas di KPS sebagai ketua pegawai agama adalah kepentingan peribadi sehingga TGHH mempertahankan TSKI sebagai MB adalah jauh meleset kerana peluang saya di luar KPS jauh lebih besar. Realiti ini juga jelas menggambarkan bahawa cerita TMI itu direka berdasarkan persepsi sempit si pembuat fitnah.

Saya akan sambung selepas ini, fitnah terhadap Tuan Haji Raja Idris juga adalah sesuatu yang jahat kerana sebab-sebab yang saya akan nyatakan dalam artikel yang akan datang. Juga saya akan coretkan sedikit (tanpa menyebut nama) tentang sumber TMI yang disifatkan sebagai “Pemimpin PKR” oleh tulisan TMI sebelum ini. Beliau (Pemimpin PKR) enggan menerima pelawaan saya untuk bersemuka dengan orang dalam TMI yang menyebut namanya sebagai sumber maklumat fitnah yang disebarkan. Saya belum menuduhnya kerana masih di peringkat tabayyun (mencari penjelasan) sama ada sumber dalaman TMI yang benar atau beliau yang benar. Tetapi sikapnya yang berdolak dalik ketika saya mencadangkan untuk bersemuka dengan sumber dalaman TMI, seolah-olah membenarkan apa yang disebutkan oleh sumber dalaman TMI itu bahawa ‘beliau’ adalah dalang disebalik fitnah ini. Tapi saya tidak berminat untuk mendedahkan namanya dan siapa orangnya.

Bersambung...

- Zaharudin Muhammad.

Rujuk:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/zulkifli-sulong/article/siapa-di-balik-pertemuan-lewat-malam-mb-selangor-dan-pas

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-penghalang-utama-pakatan-singkir-khalid

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanya-hadi-menjadi-halangan-penukaran-khalid-kata-sumber-pakatan

4 comments

Nyokomeng said...

tukar tiub akan pecah tiub lepas ni ha..ha..

Putra IJ80 said...

Mls nk bca habis krna ia ibarat cari air lior utk menegakan hujung. Benang yg bengkok..klu TGHH betul sgt ngpe PAS letak calon di Kota Damansara sahingga UMNO menang...kita x lupa sejarah

N-gine_boY said...

Sejarah mungkin berulang 8) what goes around come around

N-gine_boY said...

Sejarah mungkin berulang @_@ what goes around come around

Powered by Blogger.