Nahas helikopter: Tiga mayat ditemui

KUALA LUMPUR: Tiga mayat dijumpai di tempat nahas sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, petang tadi.

Penemuan tiga mayat itu disahkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sehubungan itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, helikopter yang terbabit dalam nahas itu adalah milik swasta jenis AS365N2 Dauphin.

Katanya, helikopter itu dikendalikan syarikat pengendali, Solitaire Services.

No comments

Powered by Blogger.