LUHAM NEGERI KELANTAN BERKAIT GATE-CRASHING CERAMAH MEGA PEMUDA



KENYATAAN LUHAM NEGERI KELANTAN
BERKAIT GATE-CRASHING CERAMAH MEGA PEMUDA

1. Undang-undang yang mengawal selia program ceramah dan himpunan di Malaysia adalah Akta Himpunan Aman 2012. Seksyen 9 akta menghendaki penganjur memaklumkan kepada pihak polis dalam masa 10 hari sebelum program diadakan.

2. Seksyen 10 akta yang sama menetapkan butiran-butiran yang perlu diberitahu kepada pihak polis. Antara lainnya butiran penganjur, maksud himpunan, tarikh, tempat himpunan termasuklah nama dan alamat penceramah sebagaimana peruntukan 10 (c) akta.

3. Antara tanggungjawab penganjur pada seksyen 6(2)(d) adalah memastikan program tersebut berjalan mengikut sebagaimana pemberitahuan. Kegagalan mematuhinya akan mengakibatkan penganjur program boleh dikenakan tindakan.

4. Justeru itu saya berpendapat bahawa keputusan penganjur tidak membenarkan YB Dato Husam berucap (walau lima minit) adalah tepat sebagaimana peruntukan undang-undang yang difahami. Nama YB Dato Husam tidak termasuk dalam senarai penceramah sebagaimana yang dikehendaki dalam peruntukan 10 (c) Akta.

5. Walaupun peruntukan tidak menghadkan bilangan penceramah; tetapi senarai penceramah wajib diberitahu terlebih dahulu.

6. Pada masa yang sama saya tetap berpegang kepada perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak warganegara untuk bersuara; tetapi hak bersuara itu tetap tertakluk kepada undang-undang lain.

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah
Pengerusi,
Lajnah Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia
Negeri Kelantan.

No comments

Powered by Blogger.