Bonus Aidilfitri 2 bulan gaji





PENJAWAT awam yang hadir sempena Majlis Rapat Ramadan. FOTO Shazreen Zamzuri

Faliq Lajim

am@hmetro.com.my


KERAJAAN Selangor hari ini mengumumkan bantuan khas Aidilfitri kepada anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di negeri itu dengan insentif dua bulan gaji.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan itu diberikan sebagai tanda terima kasih kepada penjawat awam di Selangor.

"Kita memperuntukkan RM63.3 juta bagi menghargai mereka yang sentiasa komited melakukan kerja.

"Bantuan ini akan dibayar serentak pada 21 Jun ini membabitkan 17,703 penjawat awam," katanya pada Majlis Rapat Ramadan bersama Menteri Besar Selangor di Shah Alam hari ini.

Tahun lalu Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan khas sebulan setengah gaji.

No comments

Powered by Blogger.