LIM GUAN ENG, JANGAN LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN

LIM GUAN ENG, JANGAN LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN.


Lim Guan Eng mungkin ingat apa yang berlaku dalam PH orang luar tidak tahu. Sebenarnya banyak rahsia yang berlaku di dalam PH sudah di ketahui umum. Pergolakan yang berlaku di dalam PH membuatkan rakyat mula muak dengan PH. Itu belum lagi di kira banyak polisi yang u-turn dan janji yang di sapu di bawah tikar.


Contoh jelas hari ini, belum lagi mesyuarat Majlis Presiden PH, PKR awal lagi telah sebut akan bertanding di Rantau dan umum kerusi Rantau sememangnya milik PKR tetapi bila Bersatu mahu lebarkan sayap ke Sabah, di suruh pula berbincang dan di bawa dahulu ke mesyuarat Majlis Presiden PH. Jika di amati, memang ada amalan double standard dan pergolakan di dalam PH.


Sebenarnya berlaku amalan “ insubordination “ di dalam Kerajaan PH yang seolah-olah mencabar dan engkar kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PH. Itu belum lagi kisah PKR yang bersilat di belakang tabir berusaha merebut jawatan MB Kedah daripada Bersatu, bukankah itu mencabar Tun Dr. Mahathir ? Sebenarnya Kerajaan PH luaran nampak cantik tetapi hakikatnya sedang retak menunggu belah.


Di sebalik kekalutan di kalangan pemimpin PH  berikutan pendedahan PAS bahawa akan berlaku pembelotan terhadap Tun Dr. Mahathir, tiada satu pun pemimpin utama PH seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng mahupun Mat Sabu bertanyakan Tun Dr. Mahathir sendiri untuk apakah dokumen sokongan tersebut. Lim Guan Eng seperti jaguh kampung meminta Datuk Takiyuddin Hassan pula beri bukti.


Kenapa Lim Guan Eng tidak tanya Tun Dr. Mahathir sendiri untuk apa keperluan dan sebab meminta dokumen sokongan dari PAS ? Sebenarnya Lim Guan Eng tidak berani tanya Tun Dr. Mahathir kerana hanya akan mendedahkan pekung yang telah lama bernanah di dalam PH. Jika benar Lim Guan Eng dan DAP menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir, CABARAN untuk DAP dan Lim Guan Eng, adakah mereka bersetuju dan menyokong Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga PRU 15 ?


Lim Guan Eng dan DAP jangan ingat mereka jadi Kerajaan kerana mereka kuat dan mendapat sokongan rakyat. Sebenarnya PH menang kerana sokongan rakyat terhadap Tun Dr. Mahathir terutamanya orang Melayu. Majoriti orang Melayu menolak DAP sejak dari dahulu lagi walau pun DAP bermati-matian cuba mendapatkan sokongan orang Melayu. Beranikah Lim Guan Eng dan DAP menyahut cabaran ini ? Jika tidak berani bermakna sebenarnya memang akan berlaku seperti yang di jangka. 


Lim Guan Eng usah berlagak seperti jaguh namun sebenarnya penakut, seperti lempar batu sembunyi tangan. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu buat-buat tanya pula.


Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Ketua Pemuda,

Dewan Pemuda PAS Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.