Surat PM Kepada Dr Mazlee mendedahkan kenapa beliau di pecat!

MACAM MANA THE MALAYSIAN INSIGHT BOLEH DAPAT SURAT PM?

MASZLEE LETAK JAWATAN SELEPAS TERIMA SURAT DARIPADA PM

Diterbitkan pada 5 Jan 2020 7:38AM

DR Maszlee Malik letak jawatan sebagai menteri pendidikan Khamis lalu selepas menerima sepucuk surat daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menasihatinya supaya berundur dari kabinet.

Dalam surat yang dilihat oleh The Malaysian Insight, Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya terhadap Maszlee yang dianggap sering membuat keputusan yang meletakkan kerajaan “dalam keadaan sukar.”

Dr Mahathir menyebut bagaimana Maszlee mempunyai fikirannya sendiri yang seringkali bertentangan dengan nasihat beliau, malah dalam beberapa keadaan, bercanggah dengan pandangan Jemaah Menteri.

Perdana Menteri menyenaraikan beberapa isu, antaranya, pengajaran tulisan Jawi, pembekalan perkhidmatan Internet di sekolah, dan program sarapan percuma di sekolah rendah yang bermula hujung bulan ini.

Pada akhir surat 17 perenggan itu, Dr Mahathir menyuarakan pandangan “sudah tiba masanya untuk Yang Berhormat (Maszlee) mengundurkan diri dari kabinet.”

The Malaysian Insight difahamkan surat bertarikh 27 Disember 2019 dihantar ke pejabat Maszlee pada tarikh yang sama. Maszlee ketika itu sedang bercuti bersama keluarga di Amerika Syarikat.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/210126

No comments

Powered by Blogger.