Pesakit COVID-19 berjudi di PKRC MAEPS, polis buka kertas inkuiri
Pesakit COVID-19 berjudi di PKRC MAEPS, polis buka kertas inkuiri
Terima laporan aktiviti judi daripada petugas di sana
BANGI, 8 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Polis sudah membuka kertas inkuiri (siasatan dalaman) berhubung tindakan sekumpulan pesakit COVID-19 dipercayai berjudi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada petugas polis di PKRC MAEPS Serdang di balai Dato Abu Bakar Baginda.
Katanya, kertas inkuiri telah dibuka untuk siasatan lanjut serta pemantapan pemeriksaan pesakit di MAEPS.
Sebelum ini tular di media sosial rakaman video menunjukkan aktiviti segelintir pesakit COVID-19 berkumpul bermain daun terup.
Berdasarkan rakaman video itu, tiada wang diletakkan sebagai taruhan, namun kelihatan paket makanan seperti biskut dan mi segera dipercayai dijadikan sebagai barang pertaruhan.
Video itu tular beberapa hari selepas media melaporkan, sekumpulan pesakit COVID-19 di PKRC Sabah mengambil minuman keras secara terbuka sehingga mengundang kemarahan orang ramai.
No comments
Post a Comment