Terkini! Illi Najwa masih Islam, mengadap Sultan Johor
SEORANG wanita yang menimbulkan kontroversi selepas melangsungkan perkahwinan dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar pada tahun lalu masih Islam.
Mengiringi bersama, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Shamsudin yang turut.
Pada pertemun itu, Yahya turut mempersembahkan hasil siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangan.
“Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk mengadap Baginda Tuanku Sultan,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).
Menurut Yahya, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.
“Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” katanya.
Pada Disember lalu, Sultan Johor menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.
Sultan Johor bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, Baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.
Rakaman video majlis resepsi perkahwinan mereka kemudian tular di media sosial dengan memaparkan Manpreet mengenakan sut perkahwinan Punjabi.
Manakala Illi Najwa memakai pakaian pengantin wanita Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.
Dalam majlis itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya.-SM
No comments
Post a Comment