You Siapa? Ronnie Liu Bikin Kecoh di Raub


You pula siapa, Ronnie?

1. Insiden bermula semalam apabila Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menjalankan operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

2. Dalam operasi itu, 18 orang disyaki pekebun haram durian Musang King melontarkan provokasi, memaki hamun dan menghalang penguatkuasa (menghalang tugas dan laluan keluar masuk kenderaan anggota penguatkuasa).

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/provokasi-melampau-18-pekebun-durian-musang-king-ditahan/

3. 18 orang terbabit kemudiannya ditahan. Pagi tadi, Mahkamah Majistret Raub membenarkan kesemua mereka direman selama dua hari.

4. Perkarangan mahkamah menjadi kecoh akibat campur tangan beberapa pemimpin DAP, antaranya Wong Tack (ahli Parlimen Bentong), Tengku Zulpuri Shah (ahli Parlimen Raub) dan Ronnie Liu (ADUN Sungai Pelek).

https://www.kosmo.com.my/2021/07/05/pekebun-durian-direman-kompleks-mahkamah-kecoh/

5. Yang paling biadap ialah Ronnie Liu apabila mengganggu urusan pihak polis yang hendak membawa tahanan reman ke balai polis. Tonton videonya:

https://www.youtube.com/watch?v=7ijh1xQJ9V0

6. Antara kata yang dihamburkan oleh Ronnie kepada seorang pegawai polis (sesudah polis terbabit memintanya beri laluan) ialah:

“Pangkat apa? Balai mana? Apasal jahat sangat? Ini orang you tangkap ka (merujuk tahanan reman)?”

“You rasa you ada hak? You ada kuasa? You berani angkat you punya cermin (cermin mata hitam) keluar ka?”

“Siapa you?”

7. Kita juga boleh tanyakan kepada Ronnie, You pula, siapa? Peguam kepada tahanan? Bukan. Wakil rakyat dari Pahang? Bukan. Pengerusi persatuan pekebun Musang King? Bukan. 

8. Selanjutnya, Polis Pahang membuka dua kertas siasatan ke atas Ronnie. Pertama, disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. Kedua, disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana merentas negeri.

https://www.kosmo.com.my/2021/07/05/polis-buka-dua-kertas-siasatan-terhadap-ronnie-liu/

9. Dalam perkembangan yang lain, Lim Guan Eng berkata, DAP bersedia menawarkan khidmat guaman percuma kepada 18 tahanan tersebut.

https://www.facebook.com/limguaneng.malaysia/posts/4711284688901595

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2879601192369375&id=2263676617295172

No comments

Powered by Blogger.