REINKARNASI KOMUNISME: JANGAN LUPAKAN WAJAH GELAP KERAJAAN PH SELAMA 22 BULAN.


REINKARNASI KOMUNISME: JANGAN LUPAKAN WAJAH GELAP KERAJAAN PH SELAMA 22 BULAN.

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Nasib tanahair ini tak seburuk seperti tanah seberang yang pernah Partai Komunis Indonesia berada disekeliling elit pemerintah sehingga berlaku Gestapo 1965. PKI dibawah D.N Aidit, Soebandrio dan lain-lain agak mempengaruhi halatuju Indonesia bahkan memicu berlakunya konfrontasi Malaysia Indonesia pada tahun 1962 -1963. Soekarno condong kepada Soviet dalam era perang dingin malah merasakan penubuhan Malaysia adalah bidak catur kuasa Barat terutama Britain.

Kader-kader PKI pernah melakukan kekerasan dan pembantaian kepada kaum muslimin di Indonesia sehingga ratusan ribu yang terkorban, terutama para santri dan agamawan. Begitu ketat permusuhan komunis kepada santri dan ilmuan Islam kerana agama inilah yang berseberangan idea dengan ideologi komunis. Pembersihan etnik juga melanda Cambodia di era Pol Pot dengan pembunuhan skala besar terhadap umat Islam. Komunis Cambodia lebih ekstrem dalam menanggani umat Islam dengan cuba mengubah demografi negara itu, namun cahaya Allah tak mampu dipadamkan kerana muslimin terus bangkit terutama selepas kejatuhan ideologi tersebut diseluruh dunia.

Ideologi komunis cuba untuk bangkit di Indonesia pasca Mei 1998, namun umat Islam di tanah seberang mengawasinya dengan serius. Mantan perwira negara dengan gerakan rakyat sedar tidak membiarkan anak-anak muda yang tolol mempamerkan apa sahaja lambang PKI pada pakaian , program -pgram untuk menghidupkan PKI diawasi malah akan berdepan dengan bentrokan massa jika cuba dilakukan oleh kader-kader PKI dan pseudo komunis.

Keadaan ini berbeda dengan negara kita, reinkarnasi komunisme menjalar pasca Mei 2018 dengan kemenangan PH yang ditunjangi oleh DAP. Usaha keras untuk meluluskan gran-gran tanah kepada kampong baru (Min Yuen), mengubah naratif sejarah melalui komik dan wacana-wacana ilmu, bahkan ramai anggota legislatif daripada DAP mengakui keluarga mereka adalah bintang tiga, anggota MPAJA dan petualang PKM. Jangan lupa juga negara kita digegerkan dengan isu abu mayat Chin Peng ,seolah menoreh luka jutaan muslimin. Bersambung pula dengan himpunan reuni kader dan penyokong PKM di sebuah kolej swasta di Kajang, semuanya dengan mesej jelas bahawa komunisme mahu diwirakan di tanahair yang menyaksikan keganasan mereka lebih lima dekad.

Seperti babi yang sifatnya menyondol, mereka tak peduli akan kritikan apabila merasa mereka menggenggam secubit kuasa pasca Mei 2018. Terdapat satu usaha terancang untuk mengangkat naratif baru sejarah pejuang kemerdekaan. Segelintir daripada kalangan  kelompok penguasa juga antara yang cuba-cuba berani untuk menukar naratif perjuangan kemerdekaan seperti usaha mengiktiraf perjuangan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Elit penguasa berfikrah sosialis ini mahukan rakyat percaya bahawa MPAJA juga adalah pejuang Perang Dunia II, menentang penjajahan negara matahari terbit selama tiga tahun lapan bulan di tanahair ini.

Sejarah perkembangan Partai Komunis Malaya di negara ini berkait rapat dengan perkembangan komunisme di luar negara seperti di Tanah Besar China (PKC ). Ideologi komunis disebarkan melalui kesatuan buruh, kesatuan sekerja serta melalui sekolah-sekolah persendirian Cina sehingga British memantau dengan ketat ketiga elemen yang disebutkan tadi.  

Partai Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930 dengan mendapat bantuan dan pengarahan antarabangsa. Terdapat juga segelintir orang Melayu yang berjaya dikaderkan oleh mereka seperti Mokhtaruddin Lasso serta kader komunis Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk merekrut anak watan,namun mereka kurang berjaya . Masyarakat Cina di negara ini agak terdedah dengan pengaruh komunis kerana kemenangan  PKC di Tanah Besar China menubuhkan kerajaan republik komunis serta era penjajahan Jepun yang menindas etnik ini.

Pembantaian Sook Ching yang mengorbankan 70,699 orang cina di Malaya dan Singapura adalah kemuncak pertembungan tajam tentera Jepun keatas masyarakat Cina. Sejarah etnik Cina di Tanah Melayu yang menentang Jepun disebabkan Jepun mula-mula menakluki Manchuria,  bahagian Timur Laut China sebelum meletusnya Perang Dunia II sekitar tahun 1939. Etnik Cina yang sebahagian besar dilahirkan di Tanah Besar China mempunyai semangat patriotik yang tinggi,menurut Dr Cheah Boon Ken, generasi kedua migran Cina di Malaya mula berpartipasi dengan fahaman komunis.

Di Tanah Melayu, segelintir orang-orang Cina yang datang sebagai imigran ini ada yg telah kembali ke China untuk bersama rakyat menentang Imperialis Jepun. Kekejaman tentera Jepun terhadap bangsa Cina dan Korea telah menjadi api yang membakar kemarahan etnik Cina di Malaya. Mereka juga telah bertindak, membentuk solidariti dengan  menghantar bantuan kewangan untuk menentang imperialisme Jepun.

Kedatangan penjajah Jepun ke Tanah Melayu membuka pintu pembalasan dendam tentera Jepun kepada etnik Cina, ribuan yang mati dibunuh, disiksa, diperkosa. Di Tanah Melayu PKM telah membuka satu front perlawanan rakyat, militia awam atau dikenali pasukan bersenjata Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Kolaborasi PKM dengan British telah berlaku dalam era penindasan Jepun ini, termasuk bantuan risikan, juga sebahagian persenjataan MPAJA telah dibekalkan oleh British sebagai pasukan gerila. 

Jepun telah menyerah kalah akibat ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945, maka pemerintah tentera  Jepun di Tanah Melayu juga telah menyerah kalah dengan acara penyerahan kuasa telah diadakan di perkarangan Victoria Institution Kuala Lumpur. Sebaik saja Jepun menyerah kalah, agen-agen komunis telah berpesta pora meraikan kemenangan, masa untuk membalas dendam terutama apa yang disifatkan sebagai talibarut Jepun. Anggota MPAJA, juga disebut anggota Bintang Tiga telah mengambil kesempatan dalam keadaan  "vacum power" atau kekosongan kuasa di Malaya. Reaksi balas akhirnya berlaku dan menyebabkan pergaduhan kaum di Batu Pahat Johor, Sungai Manik Perak dan tempat-tempat lain di Malaya.

Situasi balas dendam, pertembungan kaum, mahkamah rakyat tanpa hak bela diri ini  ini adalah gambaran kerakusan  pejuang MPAJA atau bintang tiga apabila mendapat segenggam kuasa. Tempoh kekacauan massa ini  berlaku Tanah Melayu selama 14 hari. Kegawatan ini kembali reda apabila Malayan British Army (MBA) kembali ke Tanah Melayu, mereka cuba membetulkan kondisi kekacauan awam. Tempoh untuk menenangkan orang Melayu seperti yang berlaku di Batu Pahat Johor akibat kebangkitan gerakan Selempang Merah (Gerakan Kiai Haji Salleh).  

MBA mahukan supaya  MPAJA dilucutkan senjata yang dibekalkan kepada mereka diera perlawanan dengan Jepun. Namun MPAJA enggan tunduk kepada British dengan hanya menyerahkan sedikit alatan peperangan dan merasakan agenda mereka untuk menegakkan republik komunis belum berakhir, sehinggalah PKM akhirnya menerima arahan komunis antarabangsa untuk melancarkan pemberontakan bersenjata pada tahun 1948. 

Darurat yang berlangsung selama 12 tahun sehingga tahun 1960 telah mengorbankan belasan ribu tentera, polis dan rakyat negara ini. Perjuangan PKM dibawah Chin Peng bersambung lagi kerana keengganan mereka meletakkan senjata walaupun mempunyai peluang. Dalam dekad 1960an dan 70an tak sedikit kekacauan digerakkan oleh PKM   termasuk membunuh pegawai-pegawai tinggi keselamatan, mengebom tugu negara, infiltrasi dalam gerakan mahasiswa , mensabotaj aset negara dan lain- lain kerosakan.

Jangan menganggap isu debu mayat dan himpunan komrad PKM di Kajang sebagai isu remeh dan usaha bermain politik. Betapa pentingnya kita  mempertahankan naratif sejarah Tanah Melayu ini, jika kita leka maka maka generasi baru dan mentah akan disuntik normalisasi terhadap komunisme. Ada kalangan pimpinan DAP seperti Ronnie Liu selain bersungguh menyentuh isu-isu umat Islam, juga cuba mengubah naratif sejarah negara ini. Cukup berbangga dengan ahli keluarga mereka yang menjadi anggota komunis maka dimanakah maruah keluarga kita yang sebahagiannya adalah anggota keselamatan yang berjuang dihutan menentang komunis?

Jangan kita mudah melupakan sejarah, diantara syarat Perjanjian Hatyai 1989 adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) mesti berikrar taat setia kepada ketua negara Malaysia iaitu Yang DiPertuan Agong. Taat setia  bermaksud semua anggota PKM hendaklah turut sama berhenti mempromosi, menyebar serta  mempertahankan ideologi dan perjuangan PKM kerana antara tujuan PKM dahulu adalah bagi menggulingkan YDPA dan kerajaan baginda yang sah untuk menubuhkan sebuah kerajaan republik.

Usai perjanjian 1989 yang mengakhiri penentangan PKM terhadap kerajaan dan rakyat Malaysia, sebahagian komrad PKM ini menetap di kampong Perdamaian Betong Thailand  dan kerajaan Malaysia juga menawarkan permohonan kewarganegaraan secara pukal kepada 338 bekas komrad PKM yang dilahirkan di Malaysia. Jika tidak kerana reuni anggota komrad PKM di Kajang, ramai kita menyangka mereka sebahagiannya telah insaf atau telah meninggal dunia tetapi jika himpunan itu bertujuan bagi membuka naratif baru sejarah bahawa perjuangan mereka adalah untuk kemerdekaan, demokrasi, keamanan dan kebebasan, maka semua warga negara wajib membuka mata akan keseriusan usaha melakar naratif sejarah negara ini oleh sebuah parti dominan dalam Pakatan Harapan.

Ingatlah wahai kaum muslimin semua, kesilapan 9 Mei 2018 jangan kita ulangi lagi , kekhilafan adalah pengajaran terbesar buat ummah .  22 bulan mengajar kita banyak perkara yang membuka tabir agenda  kelompok ini. Katakan tidak kepada PH !.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)

Ustaz Riduan Mohd Nor

No comments

Powered by Blogger.